+ All Categories
Home > Documents > teori pemilihan kerjaya Anne Roe

teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Date post: 11-Nov-2023
Category:
Upload: ums
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
22
PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING TEORI PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE 1
Transcript

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

TEORI

PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

1

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

(Quotes By Anne Roe )

TEORI

PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

OLEH : ANNE ROE

PENGENALAN

LATAR BELAKANG ANNE ROE

Nama Pengasas Teori Pemilihan kerjaya : Anne Roe

2

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Bidang psikologi : Psikologi Klinikal

Teori yang diasaskan : Teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Tarikh Lahir : 1904

Tempat lahir : Denver , Colorado

Anne Roe dilahirkan di Denver, Colorado pada tahun 1904. Beliau merupakan anak kedua daripada empat orang adik beradik dan banyak menjalankan kerja di rumah sebelum beliau mendapatkan peluang pekerjaan yang sesuai. Ibu dan bapa Anne Roe bukanlah dalam kalangan ibu bapa yang hidup mewah mereka sentiasa berusaha mengukuhkan kewangan dari semasa ke semasa. Anne Roe telah melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana psikologi pendidikan di universiti Denver. Walaupun Anne Roe sangat diperlukan oleh keluarganya di rumah namun ibu dan bapanya sangat memberikan galakan kepadanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Sokongan ibu bapa Anne Roe sangat kuat dan hal ini menyumbang kepada peningkatan motivasi Anne Roe sendiri.

Individu yang sangat berpengaruh dalam membentuk kekuatan Anne Roe ialah abangnya. Pada usia empat tahun Anne Roe telah dibawa pulang oleh jirannya iaitu George Gaylord Simpson. Oleh hal yang demikian bermulalah pembentukan persahabatan yang sangat akrab sehingga keperingkat kolej dan akhirnya telah berkahwin.

Anne Roe merupakan isteri kepada seorang ahli paleontologi. Beliau masih berfungsi dalam banyak peranan. Anne Roe mempunyai empat orang anak perempuan. Dua anak perempuan Anne Roe telah mempunyai Ph.d (doktor falsafah), seorang lagi anak perempuannya telah meninggal dunia sebelum memperoleh ijazah dalam bidang sains perpustakaan dan anak keempat Anne Roe merupakan seorang penulis, penyair dan ahli sejarah.

Sebelum Anne roe melanjutkan pelajaran di Universiti Denver beliau ingin menjadi guru Bahasa inggeris. Namun begitu beliau telah berjumpa dengan seorang ahli psikologi bernama Thomas Garth. Thomas menawarkan kepada Anne roe untuk melanjutkan ijazah sarjana di Universiti Denver.Anne Roe juga melanjutkan pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang psikologi.

3

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Semasa perang dunia kedua, suami Anne Roe merupakan tentera dan gaji beliau sangat rendah. Oleh hal yang demikian sumbangan Anne Roe dalam kewangan adalah sangat penting. Anne Roe pernah mendapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang pada tahun 1972 oleh bahagian psikologi klinikal persatuan psikologi klinikal. Beliau pernah menjadi profesor emiritus di Universiti Harvard dan dianugerahkan sebagai profesor penuh pada tahun 1963.

Beliau telah menjalankan banyak kajian. Contoh kajian ialah kajian kefungsia intelektual dalam kalangan orang dewasa, kecelaruan mental tingkah laku bayi baru lahir, kesan pengambilan alkohol dan banyak lagi.

Antara tajuk beliau adalah penyelidik, ibu, guru dan pentadbir. Fokus utama kerja beliau telah merangkumkan kajian fungsi intelektual di kalangan orang dewasa normal, aphasic dan bercelaru mental, tingkah laku bayi yang baru lahir, status anak angkat dari latar belakang yang berbeza, kesan pengambilan alkohol, personaliti artis dan ahli-ahli sains, psikologi pekerjaan dan kreativiti, dan hubungan antara tingkah laku dan evolusi serta juga antara pengalaman awal dan corak kerjaya. Anne Roe juga merupakan pengasas kepada Teori pemilihan kerjaya yang lebih memfokuskan berkaitan gaya asuhan ibu bapa mempengaruhi pemilihan kerjaya dan personaliti individu. Pada tahun 1980, dia mengalami masalah jantung yang tidak baik dan terpaksa membantutkan usaha kerjaya profesionalnya ke arah yang tertinggi. Anne Roe telah meninggal dunia pada tahun 1991 akibat komplikasi jantung.

LATAR BELAKANG TEORI

Teori ini merupakan salah satu teori pemilihan kerjaya.Teori ini telah diasaskan oleh salah seorang pengamal psikologi wanita iaitu Anne Roe. Anne Roe telah mengintegrasikan teori personaliti dengan klasifikasi sesebuah pekerjaan. Anne Roe merupakan ahli psikologi wanita yang cuba memasukkan berkaitan elemen kekeluarga dalam membentuk dan mengasaskan teori ini. Teori anne Teori anne Roe ini banyak menyentuh berkaitan peranan keluarga dalam menentukan personaliti dan kerjaya seseorang individu.Teori pemilihan kerjaya Anne Roe merupakan sebuah teori yang memfokuskan kepada dua bahagian iaitu personaliti dan klasifikasi pekerjaan yang bertujuan untuk mengetahui hubungan semua

4

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

bidang kerjaya dengan latar belakang keluarga dan pengalaman layanan ibu bapa semasa bersama kanak-kanak.

Anne Roe menyatakan pengalaman awal pada zaman kanak-kanak di rumah bersama kedua orang tua mereka iaitu ibu bapa meruapakan asas kepada pembentukan sikap dan juga personaliti termasuklah di dalam pemilihan sesebuah kerjaya. Kanak-kanak sebenarnya telah menjadikan peranan dan tingkah laku ibu bapa sebagai model ataupun contoh peranan dan tauladan. Oleh itu, hal ini menyatakan bahawa pengalaman-pengalaman yang berhubungkait dengan zaman masa yang lepas bersama orang lain merupakan sesuatu yang signifikan dan penting kerana ianya dianggap sebagai sebuah asas dan elemen yang penting dalam mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri individu. Anne Roe menyatakan spekulasi bahawa sebuah interaksi dan gaya layanan yang dibentuk oleh ibu bapa yang diterima oleh diri individu merupakan elemen yang penting dalam membantu individu dalam menentukan pemilihan kerjaya. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Anne Roe sendiri, Anne Roe telah mengenalpasti bahawa ahli seni lukis sebenarnya mempunyai beberapa tret personaliti tertentu iaitu pasif, sensitif dan mempunyai tahap intelektual yang tinggi dan unik. Menurut Anne Roe lagi di dalam Brown dan Brook, 1984 beliau telah mengenalpasti bahawa:

Seseorang individu sebenarnya boleh dikelompokkan kepada pelbagai jenis personaliti tertentu.

Terdapat beberapa kerjaya tertentu yang sesuai dengan jenis personaliti yang ada dalam diri individu.

Oleh hal yang demikian, semua individu yang berada di dunia ini sememangnya mempunyai personaliti yang unik dan boleh bekerja dalam beberapa jenis pekerjaan Kedua-dua penryataan ini merupakan penekanan yang sangat penting dalam teori ini dan merupakan asas yang perlu dipraktikkan dalam teori ini.

Anne Roe (1956) telah memberikan penekanan bahawa pengalaman pada awal masa kanak-kanak yang memainkan peranan penting dalam pencapian kepuasa dalam bidang yang telah dipilih oleh seseorang individu. Pemfokusan dan penelitian telah menginvestigasikan bagaimana sesuatu pola asuhan kedua orang tua (parental styles) yang telah mempengaruhhi hierarki keperluan anak-anak, dan bagaimana hubungan antara keprluan ini dengan gaya hidup masa zaman dewasa

5

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

seseorang individu. Anne Roe dalam memperkembangkan teori beliau dia telah menggunakan pendekatan teori Maslow tentang hierarki keperluan manusia sebagai asas ataupun dasar kepada pembentukan teori beliau. Struktur keperluan teori seseorang individu berdasarkan apa yang ditekankan oleh anne Roe sangat dipengaruhi oleh frustasi dan kepuasa pada zaman awal masa kanak-kanak. Misalnya jika seseorang individu mengimpikan sebuah pekerjaan yang lebih tertumpu kepada skop kontek pekerjaan yang melibatkan manusia (person Oriented) adalah mereka didorong oleh sebuah keperluan yang sangat kuat untuk mendapatkan kasih sayang dan mendapatkan pengakuan sebagai anggota sesebuah kelompok. Mereka memilih jenis pekerjaan yang melibatkan non-person oriented yang akan memenuhi keperluan ataupun needs yang akan menyebabkan individu berasa aman semasa berada pada kedudukan yang lebih rendah.

Teori Anne Roe juga biasanya dikenali sebagai “a need theory approach to career choice”, teori pemilihan kerjaya berdasarkan pendekatan keperluan . Berdasarkan Osipow 1983 menyatakan bahawa teori ini mempunyai dua bahagian utama iaitu person centered dan tidak memusatkan manusia.

HIERARKI PEMILIHAN KERJAYA ABRAHAM MASLOW

Hierarki pemilihan kerjaya Abraham Maslow merupakan antara teori asas yang digunakan oleh Anne Roe sebagai dasar ataupun tapak kepada pembentukan teori pemilihan kerjaya anne Roe ini. Keperluan individu sebenarnya dapat memberikan pengaruh yang major dalam pemilihan kerjaya individu berkenaan. Dalam hal ini Anne Roe menyatakan bahawa teori keperluan yang dikemukakan oleh Abraham Maslow merupakan pendekatan asas dalam pembentukan teori ini. Secara hierarki Maslow menyebutkan terdapat lapan motif dan peringkat dalam keperluan individu. Berikut merupakan lapan hierarki Maslow dalam diri individu iaitu :

6

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Jadual : Hierarki keperluan Maslow

Lapan bahagian tersebut ialah :

a) Keperluaan fizikal (physiologcal needs)b) Keperluan keselamatan (safety needs)c) Keperluan kasih sayang dan dicintai (Needs for belongingness and love)d) Keperluan penghargaan kendiri (self esteem needs)e) Keperluan pengetahuan dan pemahaman (Need and know understand)f) Keperluan estetika (Aesthetic needs)g) Keperluan aktualisasi diri ( Self actualization )h) Keperluan hubungan dengan kuasa (Transcendence)

Hierarki keperluan maslow ini sebenarnya lazim digambarkan sebagai segi tiga piramid yang mana menunjukkan keperluan yang paling asas ialah memiliki ruang yang paling luas sehingga keperlua yang paling kecil. Terdapat keperluan yang mudah untuk dipenuhi danada yang tertunda dan setiap keperluan ini tidak dapat dipenuhkan sekali gus.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA

Berikut merupakan tiga (3) faktor yang ditekankan dalam teori kerjaya yang diasaskan oleh pakar psikologi kerjaya Anne Roe :

7

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Teori pemilihan kerjaya Anne roe ini telah menggariskan tiga faktor yang dianggap penting dalam pembangunan teori ini. Faktor-faktor termasuklah faktor latar belakang genetik, pengaruh tenaga psikik, dan faktor pengaruh genetik dan hierarki keperluan. Di bawah ini merupakan huraian dan perincian berkenaan faktor pemilihan kerjaya anne Roe :

Latar belakang genetik

Sebenarnya latar belakang genetik ini memberikanb pengaruh ke atas pembentukan minat, sikap, kecerdasan dan personaliti serta ciri keperibadian dalam didi individu. Pembentukan kesemua elemen dalam pengaruh genetik ini sebenarnya akan mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang. Faktor genetik ini juga dapat mempengaruhi sifat fizikial individu misalnya seperti ketinggian , kecantikan, dan kecacatan seseorang individu. Sebagai contoh individu yang tidak mempunyai ketinggian yang tertentu sudah tentu tidak boleh menjadi polis dan peragawati. Individu yang rabun warna pula tidak boleh menjadi seorang pakar dalam bidang sains kimia. Teori anne Roe mempunyai kepercayaan bahwa faktor pewarisan dan biologi amat penting dalam menentukan kerjaya seseorang individu.

Pengaruh tenaga psikik

8

PENGARUH GENETIK DAN HIERARKI

KEPERLUANPENGARUH TENAGA

PSIKIKLATAR BELAKANG

GENETIK

FAKTOR MEMPENGARUHI PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Perkembangan dalaman diri individu seseorang sebenarnya ditentukan oleh ke arah mana tenaga psikik ini diperkembangkan sama ada ianya berada di luar kawalan ataupun tanpa sedar. Arah perkembangan ini pula terlebih dahulu telah ditentukan degan kepuasan dan kekecewaan yang dialami oleh diri individu sejak bermula pada zaman kanak-kanak. Pada zaman kanak-kanak keperluan yang menjadi asas dalam diri seseorang adalah untuk rasa dimiliki dan hal ini akan kekal sebagai sebuah elemen tidak sedar dalam diri individu. Keperluan tidak sedar inilah yang akan membentuk sebuah tenaga psikik dan akhirnya mempengaruhi pemilihan kerjaya dalam diri individu.

Pengaruh genetik dan hierarki keperluan

Pengaruh dalam faktor genetik dan perkembangan hierarki keperluan sebenarnya mempengaruhi pemilihan kerjaya seseorang individu. Keperluan individu misalnya yang telah ditekankan oleh Abraham Maslow melalui pembentukan piramid hierarki peperluan manusia sentiasa akan memberikan pengaruh dalam diri individu. Berikut merupakan keperluan yang amat dititikberatkan oleh Abraham Maslow :

Keperluan psikologikal Keselamatan Kasih sayang dan rasa ingin dicintai Penghargaan kendiri Pencapaian kesempurnaan kendiri

Apabila sesebuah keperluan asas ini telah dipenuhi, keperluan yang lebih tinggi akan terbentuk dan akan terus berkembang dan mengalami peningkatan sehingga mencapai keperluan yang paling tinggii iaitu berada pada tahap pencapaian keperluan kendiri . Keperluan yang kuat ini akan memenuhi sesuatu keperluan merupakan elemen sumber sumber motivasi yang sangat kuat yang akan menggerakkan diri individu ke arah sesebuah kejayaan. Pengaruh genetik dan perkembangan motivasi individu ini akan memberikan penentuan kesemua aspek perbezaan dalam pencapaian kerjaya seseorang individu.

ANDAIAN ASAS TEORI PEMILIHAN KERJAYA ANNE ROE

9

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Berdasarkan Brown dan Brook, (1984) menyatakan bahawa Anne Roe telah menekankan dan menggariskan lima pernyataan dan andaian asas yang amat penting dalam teori pemilihan kerjayanya. Andaian asas ini sebenarnya telah dihasilkan oleh Anne Roe berasaskan minat dan juga keperluan individu. Berikut merupakan kelima-lima keperluan andaian asas yang menjadi elemen penting dalam teori pemilihan kerjaya Anne Roe :

1. Pewarisan genetik seseorang individu sebenarnya dapatmenentukan had potensi dalam perkembangan semua karakteristik dan ciri-ciri yang terdapat dalam diri individu tetapi terdapat had perincian kawalan genetik serta sifat keterbatasan yang berbeza-beza berdasarkan ciri yang berlainan.

2. Darjah dan hala perkembangan ciri yang diwarisi adalah dipengaruhi oleh pengalaman yang dialami oleh diri individu tetapi juga oleh semua aspek latar belakang kebudayaan dan kedudukan sosioekoniomi sesebuah keluarga.

3. Corak ataupun pattern dalam perkembangan minat, sikap dan pemboleh ubah personaliti dalam diri inwdividu adalah berbeza dengan kawalan genetik yang secara relatifnya agak kecil ataupun ianya tidak spesifik, pada asasnya ianya ditentukanoleh pengalaman seseorang individu itu sendiri.

4. Corak sesebuah tenaga psikik yang terjadi dari konteks segi pengurusan perhatian ialah penentu utama minat.

5. Kekuatan kesemua keperluan-keprluan ini , kepuasan mereka dan juga sesebuah organisasi mereka merupakan penentu utama darjah motivasi yang dinyatakan dalam sesebuah bentuk pencapaian.

GAYA LAYANAN IBU BAPA

Anne Roe telah menggariskan tiga elemen penting dalam skop gaya layanan ibu bapa dalam sesebuah institusi kekeluargaan. Setiap individu ini berkencerungan untuk mewarisi dan boleh menyalurkan tenaga dalaman ke arah perkembangan kerjaya tertentu. Kecenderungan ini sebenarnya banyak dipengaruhi oleh gaya

10

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

layanan yang diterima oleh anak-anak daripada ibu dan bapa mereka. Terdapat tiga elemen teknik asas gaya layanan ibu bapa semasa mereka berinteraksi dengan anak-anak mereka. Berikut merupakan gaya layanan ibu bapa yang telah digariskan oleh Anne Roe :

**Rajah 1 : Gaya Asuhan /Layanan ibu bapa

GAYA LAYANAN DAN ASUHAN KEIBUBAPAAN

GAYA LAYANAN MESRA

11

GAYA LAYANAN MENUMPUGAYA

LAYANAN MESRA

GAYA LAYANA

N DINGIN

GAYA LAYANAN IBU BAPA

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Gaya layanan mesra dibahagikan kepada dua iaitu Mesra bersahaja dan Mesra pengasih. Berikut meruppakan perincian bagi sub elemen mesra bersahaja dan mesra pengasih :

Mesra bersahaja

Ibu dan bapa yang mengamalkan gaya ini menunjukkan bahawa mereka memberikan kasih sayang yang sederhana kepada anak-anak mereka. Fokus ibu bapa dalam gaya layanan mersa bershaaja lebih memberikan perhatiab kepada anak-anak sekiranya terdapat keluangan masa dankelapangan aktiviti. Ibu bapa sambil lewa, mempunyai peraturan teteapi tidak dikuatkuasakan dan ditekankan. Peraturan yang wujud dalam keluarga juga tidak dilaksanakan sepenuhnya.

Mesra Pengasih

Ibu bapa yang mengamalkan gaya ini sebenarnya memberikan kemesraan dan kasih sayang kepada anak-anak mereka. Ibu bapa dalam mesra pengasih ini lebih cenderung untuk cuba membantu anak-anak dalam menyelesaikan sesuatu masalah penting dan rumit. Ibu bapa juga banyak memberikan pujian dan peneguhan serta kebebasan yang muhasabah kepada anak-anak mereka.

GAYA LAYANAN DINGIN

Gaya layanan dingin juga dibahagikan kepada dua bahagian. Antara dua bahagian yang ditekankan dalam gaya layanan dingin ini termasuklah gaya layanan dingin mengabai dan gaya layanan dingin mengelak. Berikut adalah perincian dalam gaya layanan dingin:

Dingin mengabai

Ibu dan bapa yang mengamalkan konsep gaya layanan dingin mengabai ini kurang memberikan perhatian dan kasih syanag kepada anak-anak mereka. Mereka iaitu ibu bapa ini lebih suka untuk fokus kepada penjaga fizikal yang agak minimum dan kerap tidak menepati janjo dengan anak-anak mereka.

12

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Dingin mengelak

Ibu bapa yang berada dalam gaya layanan ini sering mengamalkan gaya yang bersifat dingin, tidak mengambil berat, selalu merendah-rendahkan kebolehan anak mereka sendriri dan senantiasa menghina anak-anak.

GAYA LAYANAN MENUMPU

Gaya layanan menumpu yang ditekankan oleh Anne Roe ini juga dikategorikan kepada dua elemen gaya layanan iaituterlampau melindungi dan terlampau menuntut. Berikut merupakan dua perindian bagi gaya layanan menumpu :

Terlampau melindungi

Ibu bapa yang mengamalkan gaya layanan dan asuhan ini dapat memenuhi segala keperluan fisiologikal anak-anak mereka. Ibu bapa amat memntingkan perhatian terhadap minat, memanjakan anak-anak, memberikan kasih sayang kepada anak-anak, menjaga keselamatan anak-anak, dan kurang memberikan kebebasan kepada nak-anak mereka.

Terlampau menuntut

Sebahagian ibu dan bapa yang mengamalkan gaya asuhan ataupun layanan terlampau menuntut ini lazimnya akan menyediakan piawaian yang amat tinggi kepada anak-anak mereka. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini akan menyediakan peraturan yang wajib dipatuhi oeleh anak-anak. Peraturan yang dibuat sangat keras, tegas dan anak-anak pula tidak boleh membantah ataupun memberikan sebarang jenis pendapat kepada ibu bapa yang mengamalkan gaya asuhan seperti ini. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini meniginkan anak-nak mereka dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang amat berguna dalam diri mereka. Ibu bapa dalam gaya asuhan ini juga sering memberikan denda kepada anak-anak dan sangat membatasi pergaulan sosial dan bebas anak-anak mereka.

Hipotesis Teori pemilihan kerjaya Anne Roe

13

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Gaya layanan keibubapaan yang ditekankan oleh Anne Roe ini trlsh mrngrmuksksn lims hipotrsis awal yang cuba dihubungkait antara gaya asuhan dengan pembbentukan orientasi dan seterusnya pemilihan kerjaya terhadap anak-anak. Berikut merupakan lima hipotesis yang telah digariskjan oleh Anne Roe:

1. Ibu bapa yang berifat melindungi , menuntut dan pengasih ibni akan menghasilkan anak yang berkecenderungan ke arah berorientasikan manusia dan begitu juga dalam konteks pemilihan sesebuah pekerjaan.

2. Mankala ibu bapa yang menolak, mengabai dan terlalu bersahaja dalam memberikan didikan kepada nak-anak akanmenghasilkan anak-anak ytang berkecenderungan ke arah yang tidak mempunyai orientasi manusia dan dalam memilih sesuatu kerjaya.

3. Anak – anak yang terlampau dituntut dan terlampau dilindungi berkemungkinan berada dalam konteks hela bina diri dan menjadi anak yang tidak berorientasikan manusia.

4. Sesetengah individu daripada sesebuah keluarga yang memfokuskan ibu bapa yang menolak iaitu mengabaikan dan mengelak memungkinkan anak-nakan mereka akan memilih kerjaya yang lebih terdoirong kepada manusia dalam usaha untuk mencari sebuah kepuasan.

5. Layanan dan asuhan yang cukup kepada anak-anak oleh ibu bapa yang mengamalkan gaya pengasih dan bersahaja di samping faktor lain seperti kebolehan individu mungkin menjadikan keperluan hubungan interpersonal lebih daripada sesebuah keperluan peribadi dalam diri anak-anak.

14

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Orientasi utama dan pemilihan pekerjaan

Sebagaimana yang telah dinyatakan dan dikemukakan sebelum ini oleh Anne Roe berpendapat bahawa orientasi pekerjaan ini semeamngnya boleh dibahagikan kepada 2. Jika merujuk kepada Teori Pemilihan Kerjaya Holland, semua pekerjaan yang lebihberorientasikan manusia adalah lebih kepada aspek kerjaya yang lebih terdorong kepada pekerjaan yang diletakkan dalam kategori Sosial (S), dan Enterprising (E) Sains pula ialah Realistik dan Investigatif.

Teori pemilihan kerjaya Anne Roe telah menerangkan bahawa gaya asuhan dan layanan yang diterima dari keluarga, keperluan yang perlu dipenuhi dan kaitannya dengan pemilihan bidang kerjaya yang bakal seseoang individu itu ceburi.

Berdasarkan kenyataan yang ditekankan oleh anne roe menyatakan bahawa orientasi pekerjaan sebenarnya merujuk kepada bidang-bidang pekerjaan yang telah diklasifikasikan oleh Anne Roe kepada dua dimensi atau bahagian. Berikut merupakan dimensi yang telah dibahagikan oleh Anne roe dalam pembangunan teori pemilihan kerjaya yang dibangunkan oleh Anne roe :

Berdasarkan pengelasan yang dibuat dan dihasilkan oleh John Holland pada tahun 1998 pekerjaan berorientasikan manusia merupakan sebuah pekerjaan yang berkait rapat dengan bidang sosial dan Enterprising. Manakala itu pekerjaan yang tidak

15

DIMENSI TIDAK BERORIENTASIKA

N MANUSIADIMENSI

BERORIENTASIKAN MANUSIA

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

berorientasikan manusia pula berkaitan dengan bidang realistik dan investigatif. Rajah 4.4 di bawah merupakan kesan pengaruh pengalaman yang dialami oleh anak-anak di rumah dengan ibu bapa masing-masing, tetapi tidak menentukan peringkat serta jenis-jenis pekerjaan. Hal ini adalah disebabkan oleh Anne roe ingin mengemukakan faktor-faktor yang boleh mempengaruhi baka ataupun genetik, taraf kedudukan sosioekonimi, danpeluang-peluang pekerjaan yang terbuka. Penekanan terhadap motivasi juga merupakan faktor penting sebagai aspekj paling utama dan penting dalam peringkat ini.

Menurut Anne roe dalam Osipow 1973 orientasi sesebuah pekerjaan dikategorikan kepada dua kumpulan utama iaitu berorientasikan manusia dan tidak berorientasikan manusia. Sebenarnya, pekerja yang bekerja di dalam sektor pekerjaan yang mempunyai bentuk dan corak manusialazimnya akan datang daripada keluarga yang mesra dan penuh dengan kasih sayang serta diterima oleh kedua-dua ibu dan bapanya. Sementara itu pekerja yang bekerja dalam dimensi bukan berorientasikan manusia lazimnya kan hadir daripada keluarga yang mengalami kehidupan yang agak dingin dan tidak dipedulikan oleh beberapa keperluan emosi tidak dipenuhi dan tidakmencukupi.

Teori Anne Roe ini telah membahagikan peluang pekeraan dan kerjaya ini kepada beberapa kumpulan daripada peringkat yang paling rendah kepada peringkat yang paling tinggi. Bagi kumpulan pekerjaan yang telah dibahagikan oleh Anne Roe, beliau membahagikan kumpulan pekerjaan ini kepada lapan bahagian iaitu perkhidmatan, perniagaan, organisasi, teknologi, kerja luar atau luar rumah, sains, kebudayaan umum, seni dan hiburan. Berikut merupakan kumpulan-kumpulan pekerjaan yang telah dinyatakan oleh Pakar psikologi Anne Roe:

16

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Kumpulan Kumpulan pekerjaan Orientasi pekerjaan

Kumpulan I

Kumpulan II

Kumpulan III

Kumpulan IV

Kumpulan V

Kumpulan VI

Kumpulan VII

Kumpulan VIII

Perkhidmatan

Perniagaan

Organisasi

Teknologi

Kerja luar/luar rumah

Sains

Kebudayaan umum

Seni hiburan

Manusia

Manusia

Manusia

Bukan manusia

Bukan manusia

Bukan manusia

Manusia

Manusia

**Jadual 1 : Kumpulan dan orientasi pekerjaan

17

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Anne roe turut mengklasifikasikan peringkat-peringkat pekerjaan. Berikut merupakan peringkat pekerjaan yang ditekankan oleh Anne roe :

Peringkat pekerjaan Keterangan pekerjaan

Profesional dan pengurusan 1

Profesional dan pengurusan 2

Separa profesional

Berkemahiran

Separa berkemahiran

Tidak berkemahiran

Memiliki ijazah kedua dan ketiga daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf.

Memiliki kelayakan ijazah pertama daripada institusi pengajian tinggi yang diiktiraf

Mempunyai diploma dari institusi pengajian tinggi yang diiktiraf

Mempunyai sijil kemahiran daripada institusi latihan formal yang diiktiraf

Tidak memerlukan kelayakan akademik tertentu atau sijil kemahiran tetapi telah mendapat latihan secara tidak formal.

Tidak memerlukan kelulusan akademik tertentu atau sijil kemahiran

** Jadual 2 : Peringkat – peringkat pekerjaan Anne Roe

18

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

MODEL SIRKULAR

TEORI PEMILIHAN KERJAYA

ANNE ROE

Rajah : Model Sirkular Anne Roe

19

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Kelebihan teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Setiap teori ataupun model yang dibina oleh para penyelidik akan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. Teori pemilihan Kerjaya Anne Roeini merupakan sebuah teori yang memfokuskan berkaitan dengan gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi personaliti anak-anak untuk memilih bidang kerjaya yang diminati. Gaya asuhan ibu bapa merupakan sebuah elemen yang sangat penting bagi membentuk sebuah ciri personaliti interpersonal yang dapat membantu membuat keputusan. Anne Roe merupakan seorang pakar psikologi wanita yang menjinakkan diri dalam dunia kaunseling kerjaya. Ianya merupakan sebuah inovasi baharu dalam dunia kerjaya. Pendekatan teori ini banyak menyentuh berkaitan dengan zaman kanak-kanak danpengaruh keluarga yang menjadi elemen sangat penting dalam membentuk pemilihan kerjaya seseorang individu.

Gaya asuhan yang ditekankan oleh Anne Roe ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu gaya asuhan layanan mesra, gaya layanan menumpu dan akhir sekali ialah gaya layanan dingin.Kesemua gaya layanan dijadikan sebagai kayu ukur untuk mengkaji keperluan klien dalam prospek pemilihan kerjaya. Teori ini merupakan sebuah teori yang unik kerana menjadikan elemen kekeluargaan dalam membentuk keperibadian individu. Keluarga merupakan aset penting dalam diri seseorang. Keluarga juga merupakan sebuah pengaruh yang besar dalam membentuk personaliti individu kerana pendidikan daripada keluarga yang bakal menentukan personaliti individu. Namun praktik menggunakan pendekatan teori Pemilihan kerjaya anne roe ini juga mempunyai kelemahan tertentu yang menyebabkan kaunselor berasa rigid untuk menjalankan sesi kaunseling ini. Hal ini kerana tidak terdapat teknik yang khusus dan spesifik dalam sesi kaunseling yang dijalankan bersama klien.

20

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

Limitasi teori pemilihan kerjaya Anne Roe

Teori pemilihan kerjaya Anne Roe ini telah menekankan banyak aspek berkaitan dengan kekeluargaan. Anne Roe juga banyak mengutarakan tentang pertalian serta hubungan persekitaran-persekitaran tertentu pada peringkat kanak-kanak, perkembangan keperluan, personaliti dan juga pemilihan kerjaya. Pada peringkat awal terbentuknya teori ini, anne Roe telah menggunakan pendekatan seni dan saintifi9k, namun hakikatnya teorinya kini hanyalah teori yang bersifat general ataupun umum. Anne Roe hanya memberikan penekanan bahawa seseorang individu itu dilahirkan dengan mewarisi tret psikologikal yang tertentu dan mempunyai kekuatan serta keistimewaan serta kelemahan ataupu limitasi dalam konteks fizikal dan fisiologikal, namun idea-idea ini amat rumit untuk dikaji. Walaupun Anne Roe mengiktiraf kepentingan sesebuah pemboleh ubah dalam ciri demografi sosial dalam pemilihan kerjaya, namun beliau masih belum dapat secara cukup untuk memberikan sebarang penjelasan bagaimanakah sesuatu pemboleh ubah itu saling berhubung dan berinteraksi.

Anne Roe sama juga seperti para pengkaji ataupun pembentuk teori yang lain yang telah gagal mengambil kira aspek proses dalam membuat keputusan yang sebenarnya berlaku. Hal ini merupakan sebuah lagi kelemahan ataupun limitasi dalam teori pemilihan kerjaya Anne Roe. Selain itu, Anne Roe juga merupakan seorang pengkaji yangmempunyai latihan dalam bidang psikologi klinikal, namun begitu beliau tidak mempunyai minat yang mendalam untuk memperkembangkan teori ini terutama dari konteks segi pengaplikasian teori. Oleh hal yang demikian masa hadapan teori ini masih belum jelas dan sukar untuk diramalkan kemajuannya.

Tidak sama seperti Teori pemilihan Kerjaya Holland yang cukup terkenal dan popular dan mempunyai banyak intrumen dan alat kajian ujian psikologi yang menyokong pembentukan teori ini. Teori pemilihan Kerjaya Anne Roe ini agak lemah dan hanya bersifat umum. Tidak banyak yang boleh dijalankan oleh kaunselor dalam menjalankan sesi kaunseling dengan menggunakan teori ini

21

PK 6333 THEORY AND PROCESS VOCATIONAL COUNSELLING

sebagai elemen asas kaunseling. Teori ini hanya dapat memberikan penjelasan dan kefahaman tentang kecenderungan individu dalam memilih sesuatu kerjaya berdasarkan pengalaman lampau klien iaitu pada fasa zaman kanak-kanak khususnya dari konteks layanan dan asuhan ibu bapa terhadap klien. Bagi membantu pemilihan kerjay6a dengan menggunakan model pendekatan Anne Roe ini merupakan sesuatu yang rumit dan sukar. Ini disebabkan oleh pemilihan sesebuah kerjaya secara praktikal dan proses pembuatan keputusan kerjaya berdasarkan teori pemilihan Anne Roe ini tidak dinyatakan. Bahkan pengaplikasian teori ini dari kemahiran dan teknik juga tidak dihuraikan secara terperinci. Alat kajian dan pendekatan instrumen juga tidak dinyatakan sebagai elemen asas pengukuran bagi pemilihan kerjaya klien. Hal ini boleh memberikan kesukaran dalam mengendalikan sesi kaunseling bersama klien semasa menjalani sesi kaunseling kerjaya ini. Anne Roe hanya memberikan penekanan berkaitan gaya asuhan ibu bapa yang mempengaruhi pemilihan kerjaya anak-anak. Ianya merupakan sesuatu yang subjektif dan tidak dibuktikan melalui alat pengukuran psikologi. Berbeza dengan ujian psikologi pemilihan kerjaya yang lain yang ada menggariskan berkaitan dengan ujian psikologi yang sistematik.

KESIMPULAN

Sesuatu bidang kerjaya sebenarnya memiliki teori dan model yang sesuai yang dipadankan dalam pembentukan sesebuah penyelidikan. Model dan teori pemilihan kerjaya Anne Roe ini merupakan sebuah teori yang banyak menekankan berkaitan dengan pendekatan dan pengaruh kekeluargaan. Elemen kekeluargaan merupakan asas dan elemen yang sangat penting untuk membentuk teori ini. Anne Roe banyak memberikan penekanan berkaitan dengan gaya asuhan ibu bapa yang memberikan kesan dan hubung kait dengan personaliti dan juga pemilihan kerjaya.

Namun begitu kemajuan teori ini dilihat mempunyai kelemahan dan perlu diperbaiki . Hal ini kerana penggunaan dan pengaplikasian teori anne Roe ini terbatas dan hanya tertumpu dalam konteks kekeluargaan sahaja. Diharapkan pada masa akan datang teori ini dapat ditambah baik dan dapat memberikan sumbangan terhadap perkembangan dalam dunia pemilihan kerjaya.

22


Recommended