+ All Categories
Home > Documents > This about Life

This about Life

Date post: 20-Jan-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
48
TAUHID & AQIDAH ISLAM ITU INDAH ISLAM ITU HIDUP ISLAM ITU AGAMA Al-Islam Keselamatan
Transcript

TAUHID & AQIDAHISLAM ITU INDAH

ISLAM ITU HIDUP

ISLAM ITU AGAMA

Al-Islam

Keselamatan

Bab 1 : Memahami Konsep Tauhid

Pengertian Tauhid

Mengesakan Allah , tuhan yang tiada sekutu

bagiNya, yang bersifat dengan segala sifat

kesempurnaan, kesucian, kebesaran dan keadilan .

Pengertian Iman

Keyakinan yang kukuh dengan hati, mengakui

dengan lidah dan melaksanakan dengan anggota.

Rukun Iman dan Pengertiannya

Rukun

Percaya kepada Allah

Sifat Allah

Wajib Mustahil Harus

20 Lawan sifat 20 1

Percaya kepada Malaikat

Malaikat yang wajib dipercayai secara

tafsili

Jibril Menyampaikan wahyu

Mikail Membawa rezeki

Israfil Meniup sangkakala

'Izrail Mencabut nyawa

MunkarMenyoal mayat di dalam

kubur

Nakir Menyoal mayat di dalam

kubur

Raqib Mencatit amalan kebajikan

Atid Mencatit amalan kejahatan

Malik Menjaga pintu neraka

Ridwan Menjaga pintu syurga

Percaya kepada Kitab

Kitab Samawi

Al-Quran Injil Zabur Taurat

MuhammadBahasa

ArabIsa

Bahasa

SiryaniDaud

Bahasa

QibtiMusa

Bahasa

Ibrani

Percaya kepada Rasul

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh

6.

Ibrahim7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub

11. Yusuf 12. Ayub13.

Syu'aib14. Harun 15. Musa

16.

Ilyasa'

17.

Zulkifli18. Daud

19.

Sulaiman20. Ilyas

21. Yunus22.

Zakaria23. Yahya 24. Isa

25. Muhammad

S.A.W.

Percaya kepada Hari Akhirat

Percaya kepada Qadha’ dan Qadar

o Erti Qadha' adalah

perlaksanaan setiap satu

perkara

o Erti Qadar pula adalah

ketentuan setiap satu perkara

o Oleh itu percaya kepada Qadha'

dan Qadar adalah setiap

perkara yang terjadi itu

adalah kehendak dan ketentuan

Allah

Bab 2 : Permulaan Ilmu Tauhid

Mabadi ( Permulaan ) Ilmu

Tauhid

Perkataan ' Mabadi ' itu

bahasa Arab jama' daripada

perkataan mabda' Bererti :

Punca , mula terbit .

Maksudnya keterangan yang

ringkas atau tujuan

sesuatu ilmu sebelum

membaca atau belajar ilmu

itu. Disebut juga

Pembukaan sesuatu ilmu.

Adalah Mabadi ilmu tauhid

itu sepuluh perkara :

1) Nama ilmu ini : 

Iaitu dinamakan Ilmu

Tauhid , Ilmu Kalam , Ilmu

Usuluddin, Ilmu 'Aqaid,

Ilmu sifat dan Al-Iman.

2) Tempat ambilannya : 

Iaitu diterbitkan daripada

Al-Quraan dan Al-Hadith.

3) Kandungannya : 

Iaitu mengandungi

pengetahuan dari hal

membahaskan ketetapan

pegangan, kepercayaan

kepada Allahdan kepada

rasul-rasulnya daripada

beberapa simpulan atau

ikatan kepercayaan dengan

segala dalil-dalil supaya

diperolehi I'ktikad yang

yakin, kepercayaan yang

putus yang mana ia akan

menaikkan perasaan bekerja

dan beramal menurut

bagaimana kepercayaan

tersebut.

4) Tempat bahasannya

( Maudhu'nya )kepada empat

tempat :

Pertama : Pada zat

Allah Ta'ala dari

segi sifat-sifat

yang wajib bagiNya,

Sifat-sifat yang

mustahil atasNya dan

sifat yang harus

padaNya.

Kedua : Pada zat

Rasul-rasul dari

segi sifat-sifat

yang wajib bagiNya,

Sifat-sifat yang

mustahil atasNya dan

sifat yang harus

padanya.

Ketiga : Pada segala

kejadian dari segi

jirim-jirim dan

aradh-aradh yang

mana menjadi dalil

dan bukti atas wujud

yang menjadikannya.

Keempat : Pada

segala pegangan dan

kepercayaan dengan

kenyataan yang

didengar daripada

perkhabaran

Rasulullah seperti

hal-hal perkara

ghaib contohnya

arash , syurga ,

mahsyar ,neraka dan

lain-lain tentang

hari Qiamat.

5) Faedah Ilmu Tauhid : 

Iaitu dapat mengenal Allah

s.w.t. dan percayakan

rasul serta mendapat

kebahagiaan hidup di dunia

dan di akhirat yang kekal.

6) Nisbah ilmu Tauhid

dengan ilmu-ilmu yang lain

:

Ilmu yang merangkumi ilmu

asas di dalam ajaran Islam

dan yang paling utama

sekali.

7) Yang menghantarkan : 

Imam Abu Hasan Al-Asy'ari

dan Imam Abu Mansur Al-

Maturidi. Dan orang yang

pertama menerima ilmu

Tauhid daripada Allah

Ta'ala ialah nabi Adam

a.s. dan yang akhir sekali

ialah Saidina Muhammad

s.a.w.

8) Hukumnya :

Iaitu fardhu A'in atas

tiap-tiap orang mukallaf

lelaki atau perempuan

mengetahui sifat-sifat

Allah s.w.t. dengan cara

ijmal ( ringkas ) dan

dengan cara tafsil

( huraian atau satu

persatu ) berserta dengan

dalil ijmal . Adapun

mengetahui dalil tafsil

itu fardhu kifayah .

9) Kelebihannya : 

Iaitu semulia-mulia dan

setinggi-tinggi ilmu

daripada ilmu-ilmu yang

lain kerana menurut hadith

Nabi Muhammad s.a.w. yang

bermaksud :

" Sesungguhnya Allah

s.w.t. tidak memfardhukan

sesuatu yang terlebih

afdhal daripada mengEsakan

Allah dan ada sesuatu itu

terlebih afdhal

daripadanya ,nescaya

tetaplah telah difardhukan

ke atas MalaikatNya

padahal setengah daripada

Malaikat-malaikat itu ada

yang rukuk selama-lamanya

dan setengahnya ada yang

sujud selama-lamanya." 

( Riwayat Hakim )

10) Kesudahan ilmu ini : 

Iaitu dapat membezakan di

antara 'aqaid dan

kepercayaan yang sah

dengan yang batil.

Bab 3: Hukum 'Aqal

Sesungguhnya setiap orang

yang hendak mengenal Allah

s.w.t. dan mengetahui

sifat-sifatnya , maka

wajiblah lebih dahulu ia

mengetahui akan hukum

'aqal dan bahagiannya.

Pengertian Hukum 'Aqal :

Hukum ialah menetapkan

suatu perkara kepada suatu

perkara yang lain atau

menafikan suatu perkara

daripada perkara yang lain

dengan tidak berkehendak

kepada dicuba pada

menetapkan sesuatu perkara

itu ( Adat ) dan tidak

tergantung kepada sesuatu

perbuatan yang diperbuat

oleh mukallaf ( bersalahan

dengan hukum Syari'e ).

Pengertian 'Aqal :

Adalah 'Aqal itu satu

sifat yang dijadikan Allah

s.w.t. pada manusia

sehingga dengan itu

manusia berbeza dengan

haiwan. Maka dengannya

boleh menerima ilmu

Nazhariyyah ( Ilmu yang

berkehendakkan berfikir )

dan boleh mentadbirkan

segala pekerjaan dengan

fikiran yang halus dan

daripadanya tempat

lahirnya berbagai-bagai

manafaat dan kebahagiaan

kepada manusia.

Dan aqal itu berhajat

kepada undang-undang

Syarak dan undang-undang

Syarak juga tidak boleh

berjalan mengikut yang

dikehendaki melainkan

berhajat kepada 'aqal. Dan

di antara keduanya

berhajat antara satu

dengan yang lain ( ' Aqal

berhajat kepada Syarak dan

Syara' berhajat kepada

'Aqal ) .

Bahagian Hukum 'Aqal :

Adalah hukum 'aqal itu

terbahagi kepada tiga :

1) Wajib 'Aqli iaitu

perkara yang tiada

diterima 'aqal akan

tiadanya, hakikatnya mesti

menerima ada.Yang demikian

wajib bagi Allah s.w.t.

bersifat qidam maka

maksudnya ialah mesti ada

Allah s.w.t bersifat

qidam.

2) Mustahil 'Aqli iaitu

perkara yang tidak

diterima 'aqal akan adanya

, hakikatnya mesti tiada .

Yang demikian mustahil

Allah s.w.t. bersifat

baharu maka maksudnya

tidak sekali-kali Allah

s.w.t. itu bersifat

baharu.

3) Harus 'Aqli iaitu

perkara yang diterima

'aqal adanya dan tiadanya,

maka hakikatnya boleh

menerima ada dan tiada

seperti keadaan seseorang

itu adakalanya boleh

bergerak atau diam.

Bahagian Wajib 'Aqli :

Adalah wajib 'aqli

terbahagi dua :

1) Wajib 'aqli

Dharuri - Iaitu

menghukumkan sesuatu

itu tetap adanya

dengan tiada

berkehendak kepada

bahasan dan

kenyataan seperti

menghukumkan satu

itu tetap separuh

daripada dua .

2) Wajib 'aqli

Nazhari - Iaitu

menghukumkan suatu

itu tetap adanya

dengan berkehendak

kepada fikiran dan

bahasan serta

mendatang- kan

dalil-dalil atas

ketetapan hukumnya

itu seperti

menghukumkan wajib

adanya Allah s.w.t.

yang menjadikan alam

ini berserta dengan

bahasan dan dalil-

dalilnya.

Bahagian Mustahil 'Aqli :

Adalah Mustahil 'Aqli

terbahagi dua :

1) Mustahil 'Aqli

Dharuri - Iaitu

menghukumkan suatu

itu tetap tiada

Berkehendak kepada

bahasan dan

mendirikan dalil

seperti contoh

menghukumkan tiada

terima ;aqal satu

itu separuh daripada

tiga.

2) Mustahil 'Aqli

Nazhari - Iaitu

menghukumkan suatu

itu tetap tiada

Dengan berkehendak

kepada fikiran dan

bahasan serta

mendatangkan dalil-

dalil atas ketetapan

hukumannya itu

seperti menghukumkan

tiada terima 'aqal

ada yang mensyirik

bagi Allah s.w.t.

maka dengan itu

'aqal menghukumkan

mustahil ada syirik

bagi Allah s.w.t itu

melainkan dengan

diadakan bahasan

dengan mendatangkan

dalil.

Bahagian Harus 'Aqli :

Adalah Harus A'qli itu

terbahagi dua :

1) Harus 'Aqli

Dharuri - Iaitu

menghukumkan sesuatu

boleh terima ada dan

tiada dengan tidak

berkehendakkan

bahasan dan

mendatangkan dalil

seperti menghukumkan

keadaan seseorang

itu adakalanya ia

bergerak atau diam .

2) Harus 'Aqli

Nazhari - Iaitu

menghukumkan sesuatu

boleh dijadikan atau

tiada boleh dengan

berkehendak kepada

bahasan dan

mendatangkan dalil-

dalil seperti contoh

memberikan ganjaran

pahala kepada orang

yang tidak beramal ,

maka 'aqal

menghukumkan hal itu

adalah harus

melainkan dengan

diadakan bahasan dan

dalil-dalil yang

menunjukkan harus

pada Allah s.w.t.

memberikan seperti

itu .

Bab 4 : Kejadian Alam

Sesungguhnya apabila

seseorang itu berfikir dan

meneliti kejadian alam ini

maka ia dapat petunjuk

bahawa Allah s.w.t yang

telah menjadikannya.

1. Melihat sesuatu

kejadian yang ada

disekeliling kita seperti

kerusi atau meja dan

sebagainya maka kita

dapati kerusi atau meja

tersebut tidak boleh ada

dengan sendirinya

melainkan ada yang

membuatnya dan yang

mengadakannya.

Maka dengan itu kita

beri’tiqad dan percaya

alam ini tidak boleh ada

dengan sendirinya

melainkan ada yang

menjadikan dan

menciptakannya tentulah

Allah s.w.t yang Maha

Pencipta.

2. Kita meneliti dan

mengkaji dengan lebih jauh

lagi akan perbuatan-

perbuatan orang yang

membuat kerusi atau meja

ada yang berbagai bentuk

dan rupa, yang mana mereka

sentiasa membuat dan

mengukir kerusi atau meja

tadi dengan lebih baik dan

lebih halus lagi ukirannya

tetapi tidak pernah

lengkap dan sempurna.

Maka itu kelemahan dan

kekurangan manusia yang

mengikut kadar dan ilmu

serta kekuatan yang

dianugerahkan oleh Allah

Ta'ala. Maka kita

menyedari bahawa Allah

Ta’ala adalah Maha

Sempurna di dalam mencipta

kejadian alam ini.

3. Kita melihat akan

kejadian langit dan bumi

ini dan alam cekerawala

ini daripada manusia,

bulan, matahari, haiwan,

tumbuh-tumbuhan yang mana

setiap jenis dijadikan

dengan cukup lengkap dan

sempurna. Contohnya

manusia yang dijadikan

adalah sebaik-baik

kejadian iaitu: berakal,

bertutur, mendengar dan

lain-lain sifat lagi.

Dan apabila kita

perhatikan alam cekerawala

seperti bumi, langit,

bulan, matahari dan lain-

lain yang mana semuanya

dicipta untuk manafaat dan

keperluan semua makhluk

yang mana semua itu

melemahkan akal para

cerdik pandai memikirkan

segala kejadian tersebut

yang tiada tolok

bandingnya. Maka nyatalah

di sini bahawa penciptanya

mempunyai kuasa yang Maha

Sempurna, Ilmu yang Maha

luas dan bersifat dengan

segala sifat kesempurnaan

yang Maha Suci dari segala

sifat kekurangan.

Sesungguhnya dari Kaedah

Syar’iyyah dan berita para

Nabi bahawa yang

menjadikan alam ini ialah

Allah s.w.t kerana segala

perbuatanNya menunjukkan

bekas bagi segala sifat

yang Maha Suci dan

tidaklah makhluk dapat

mengetahui hakikatnya

kerana segala makhluk

ciptaanNya sentiasa

bersifat lemah dan

mempunyai segala

kekurangan.

Rujukan : ( Kitab Risalah

Tauhid – Abdul Ghani Yahya

)

Bab 5 : Mengenal Allah S.W.T.

1. Mengenal Allah s.w.t adalah fardhu Ain atas

tiap-tiap mukallaf dengan mengetahui namaNya dan

sifat-sifatNya yang bertepatan dengan syarak

yang berlandaskan ajaran para Nabi dan Rasul.

2. Nama-nama Allah s.w.t (Al-Asma ‘ul-Husna) dan

sifat-sifat yang Maha Besar dan Maha Tinggi.

Nama Allah s.w.t yang lebih masyhur di antara

segala nama-namaNya ialah Allah, disebut lafaz

Al-Jalalah (Lafaz yang Maha Besar) dan yang lain

daripada ini diketahui melalui Al-Quran dan Al-

Hadith. Semuanya sentiasa menjadi sebutan umat

Islam contohnya Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus,

As-Salam, Al-Mukmin.

3. Sifat-sifat yang diketahui oleh mukallaf

terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan

Ijmali (Ringkas) iaitu bahawa beriktiqad dan

berpegang oleh seseorang dengan iktiqad yang

putus (jazam) bahawa wajib bagi Allah s.w.t

bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan yang

layak dengan keadaan ketuhanan dan mustahil

atasNya bersifat dengan apa-apa jua sifat

kekurangan.

2) Mengetahui sifat-sifat Allah s.w.t dengan

jalan tafsili (satu persatu) iaitu bahawa

beriktiqad dan berpegang oleh seseorang dengan

iktiqad yang putus dengan dalil aqli (dengan

akal) dan dalil naqli (dengan Al-Quran dan

Hadith) bahawa wajib dan beriktiqad dengan

iktiqad yang putus dengan dalil aqli dan naqli.

Maka mustahil atas Allah s.w.t bersifat dengan

segala lawan sifatyang wajib tersebut.

4. Mengenal Allah s.w.t wajib melalui tiga

perkara :-

1) Iktiqad yang putus (jazam) iaitu tiada syak,

dzan dan waham. Jika iktiqadnya ada salah satu

daripada tiga tadi maka tidak dinamakan mengenal

Allah s.w.t.

2) Muafakat (bersetuju) iktiqad itu dengan yang

sebenar (bertepatan dengan iktiqad Ahli Sunnah

Wal-Jamaah), maka tidak dinamakan mengenal jika

iktiqad tidak bertepatan dengan yang sebenar

(Ahli Sunnah Wal-Jamaah) seperti iktiqad orang

Nasrani dan Yahudi.

3) Dengan dalil sekalipun dengan dalil ijmali,

jika iktiqadnya putus (jazam) serta bertepatan

dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah tetapi jika tidak

dengan dalil maka dinamakan taqlid.

5. Iktiqad yang tidak terputus atau tidak

bertepatan dengan Ahli Sunnah Wal-Jamaah, maka

para ulama membuat persetujuan bahawa menghukum

orang itu kafir. Dan bagi iktiqad orang

bertaqlid itu timbul perselisihan ulama padanya.

Mengikut qaul yang muktamad orang yang bertaqlid

itu tidak dihukumkan kafir jika taqlidnya putus

dengan dihukum mukmin yang menderhaka (jika ia

belajar maka tidak dihukumkan mukmin yang

derhaka).

6. Makna taqlid ialah menerima perkataan orang

lain dengan tidak mengetahui dalil dan

keterangan.

7. Taqlid terbahagi kepada dua bahagian :-

1) Taqlid Jazam (putus) - Iktiqad yang teguh dan

tidak akan berubah walaupun orang yang diikuti

itu berubah. Maka taqlid ini di sisi Ahli Sunnah

Wal-Jamaah sah imannya kerana ada mempunyai

iktiqad yang jazam (putus).

2) Taqlid yang tidak Jazam (Tidak Putus) -

Menerima perkataan orang lain dengan tidak teguh

sekiranya orang yang diikuti seperti guru-

gurunya, ibubapanya atau lainya. Iktiqad mereka

berubah-ubah mangikut orang yang diikutinya.

Maka taqlid ini dihukumkan tidak sah imannya

kerana serupa imannya dengan syak,zhan atau

waham(tiada putus).

8. Kesimpulannya iman orang yang bertaqlid

sentiasa di dalam bahaya atau bimbang dan

tergantung kebenarannya atas orang yang

diikutinya. Jika benar perjalanan orang yang

diikutinya seperti guru-gurunya maka mengikutnya

selamat, tetapi jika sebaliknya binasalah

mereka.

9. Hendaklah seseorang itu bersungguh-sungguh

menuntut Ilmu Tauhid yang sahih supaya terlepas

ia daripada syak dan waham dalam iman kerana di

akhir zaman ini terdapat ramai ahli-ahli

bida’ah.

10. Taqlid itu membawa mudharat kerana jalan

membawa kepada sesat yang amat hina yang tiada

layak pada seseorang manusia.

Bab 6 : Sifat 20

Adalah sifat-sifat yang wajib bagi Allah s.w.t.

yang wajib bagi Allah yang wajib diketahui

dengan tafsil ( satu persatu ) iaitu 20 sifat :

1. Wujud : Ertinya Ada

Iaitu tetap dan benar yang wajib bagi zat

Allah Ta'ala yang tiada disebabkan dengan

sesuatu sebab. Maka wujud ( Ada ) – disisi

Imam Fakhru Razi dan Imam Abu Mansur Al-

Maturidi bukan ia a'in maujud dan bukan

lain daripada a'in maujud , maka atas qaul

ini adalah wujud itu Haliyyah ( yang

menepati antara ada dengan tiada) .

Tetapi pada pendapat Imam Abu Hassan Al-

Ashaari wujud itu 'ain Al-maujud , kerana

wujud itu zat maujud kerana tidak

disebutkan wujud melainkan kepada zat.

Kepercayaan bahawa wujudnya Allah s.w.t.

bukan sahaja di sisi agama Islam tetapi

semua kepercayaan di dalam dunia ini

mengaku menyatakan Tuhan itu ada.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Dan jika kamu tanya orang-orang kafir itu

siapa yang menjadikan langit dan bumi

nescaya berkata mereka itu Allah yang

menjadikan……………" ( Surah Luqman : Ayat 25 )

2. Qidam : Ertinya Sedia

Pada hakikatnya menafikan ada permulaan

wujud Allah s.w.t kerana Allah s.w.t.

menjadikan tiap-tiap suatu yang ada, yang

demikian tidak dapat tidak keadaannya lebih

dahulu daripada tiap-tiap sesuatu itu. Jika

sekiranya Allah Ta'ala tidak lebih dahulu

daripada tiap-tiap sesuatu, maka hukumnya

adalah mustahil dan batil. Maka apabila

disebut Allah s.w.t. bersifat Qidam maka

jadilah ia qadim. Di dalam Ilmu Tauhid ada

satu perkataan yang sama maknanya dengan

Qadim iaitu Azali. Setengah ulama

menyatakan bahawa kedua-dua perkataan ini

sama maknanya iaitu sesuatu yang tiada

permulaan baginya. Maka qadim itu khas dan

azali itu am. Dan bagi tiap-tiap qadim itu

azali tetapi tidak boleh sebaliknya, iaitu

tiap-tiap azali tidak boleh disebut qadim.

Adalah qadim dengan nisbah kepada nama

terbahagi kepada empat bahagian :

1 ) Qadim Sifati ( Tiada permulaan sifat

Allah Ta'ala )

2 ) Qadim Zati ( Tiada permulaan zat Allah

Ta'ala )

3 ) Qadim Idhafi ( Terdahulu sesuatu atas

sesuatu seperti terdahulu bapa nisbah

kepada anak )

4 ) Qadim Zamani ( Lalu masa atas sesuatu

sekurang-kurangnya satu tahun )

Maka Qadim Haqiqi ( Qadim Sifati dan Qadim

Zati ) tidak harus dikatakan lain daripada

Allah Ta'ala.

3. Baqa' : Ertinya Kekal

Sentiasa ada, kekal ada dan tiada akhirnya

Allah s.w.t . Pada hakikatnya ialah

menafikan ada kesudahan bagi wujud Allah

Ta'ala. Adapun yang lain daripada Allah

Ta'ala , ada yang kekal dan tidak binasa

Selama-lamanya tetapi bukan dinamakan kekal

yang hakiki ( yang sebenar ) Bahkan kekal

yang aradhi ( yang mendatang jua seperti

Arasy, Luh Mahfuz, Qalam, Kursi, Roh,

Syurga, Neraka, jisim atau jasad para Nabi

dan Rasul ).

Perkara –perkara tersebut kekal secara

mendatang tatkala ia bertakluq dengan Sifat

dan Qudrat dan Iradat Allah Ta'ala pada

mengekalkannya. Segala jisim semuanya

binasa melainkan 'ajbu Az-zanabi ( tulang

kecil seperti biji sawi letaknya di

tungking manusia, itulah benih anak Adam

ketika bangkit daripada kubur kelak ).

Jasad semua nabi-nabi dan jasad orang-orang

syahid berjihad Fi Sabilillah yang mana

ianya adalah kekal aradhi jua. Disini

nyatalah perkara yang diiktibarkan

permulaan dan kesudahan itu terbahagi

kepada tiga bahagian :

1) Tiada permulaan dan tiada kesudahan

iaitu zat dan sifat Alllah s.w.t.

2) Ada permulaan tetapi tiada kesudahan

iaitu seperti Arash , Luh Mahfuz , syurga

dan lain-lain lagi.

3) Ada permulaan dan ada kesudahan iaitu

segala makhluk yang lain daripada perkara

yang diatas tadi ( Kedua ).

4. Mukhalafatuhu Ta'ala Lilhawadith.

Ertinya : Bersalahan Allah Ta'ala dengan

segala yang baharu.

Pada zat , sifat atau perbuatannya sama ada

yang baru , yang telah ada atau yang belum

ada. Pada hakikat nya adalah menafikan

Allah Ta'ala menyerupai dengan yang baharu

pada zatnya , sifatnya atau perbuatannya.

Sesungguhnya zat Allah Ta'ala bukannya

berjirim dan bukan aradh Dan tiada sesekali

zatnya berdarah , berdaging , bertulang dan

juga bukan jenis leburan , tumbuh-

tumbuhan , tiada berpihak ,tiada ber-

tempat dan tiada dalam masa. Dan

sesungguhnya sifat Allah Ta'ala itu tiada

bersamaan dengan sifat yang baharu kerana

sifat Allah Ta'ala itu qadim lagi azali dan

melengkapi ta'aluqnya. Sifat Sama' ( Maha

Mendengar ) bagi Allah Ta'ala berta'aluq ia

pada segala maujudat tetapi bagi mendengar

pada makhluk hanya pada suara sahaja.

Sesungguhnya di dalam Al-Quraan dan Al-

Hadith yang menyebut muka dan tangan Allah

s.w.t. , maka perkataan itu hendaklah kita

iktiqadkan thabit ( tetap ) secara yang

layak dengan Allah Ta'ala Yang Maha Suci

daripada berjisim dan Maha Suci Allah

Ta'ala bersifat 

dengan segala sifat yang baharu.

5. Qiamuhu Ta'ala Binafsihi : Ertinya :

Berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya .

Tidak berkehendak kepada tempat berdiri

( pada zat ) dan tidak  berkehendak kepada

yang menjadikannya 

Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan

Allah s.w.t. berkehendak kepada tempat

berdiri dan kepada yang menjadikannya.

Allah s.w.t itu terkaya dan tidak berhajat

kepada sesuatu sama ada pada perbuatannya

atau hukumannya.

Allah s.w.t menjadikan tiap-tiap sesuatu

dan mengadakan undang- undang semuanya

untuk faedah dan maslahah yang kembali

kepada  sekalian makhluk. Allah s.w.t

menjadikan sesuatu ( segala makhluk )

adalah kerana  kelebihan dan belas

kasihannya bukan berhajat kepada faedah.

Allah s.w.t. Maha Terkaya daripada

mengambil apa-apa manafaat  di atas

kataatan hamba-hambanya dan tidak sesekali

menjadi  mudharat kepada Allah Ta'ala atas

sebab kemaksiatan dan kemung-

karan hamba-hambanya. Apa yang

diperintahkan atau ditegah pada hamba-

hambanya adalah  perkara yang kembali

faedah dan manafaatnya kepada hamba-hamba-

nya jua.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Barangsiapa berbuat amal yang soleh

( baik ) maka pahalanya  itu pada dirinya

jua dan barangsiapa berbuat jahat maka bala

- sannya ( seksaannya ) itu tertanggung ke

atas dirinya jua ". ( Surah Fussilat : Ayat

46 )

Syeikh Suhaimi r.a.h berkata adalah segala

yang maujudat itu dengan  nisbah

berkehendak kepada tempat dan kepada yang

menjadikannya , terbahagi kepada empat

bahagian :

1) Terkaya daripada tempat berdiri dan

daripada yang menjadi- kannya iaitu zat

Allah s.w.t.

2) Berkehendak kepada tempat berdiri dan

kepada yang men-jadikannya iaitu segala

aradh ( segala sifat yang baharu ).

3) Terkaya daripada zat tempat berdiri

tetapi berkehendak 

kepada yang menjadikannya iaitu segala

jirim. ( Segala zat yang baharu ) .

4) Terkaya daripada yang menjadikannya dan

berdiri ia pada zat iaitu sifat Allah

Ta'ala.

6. Al – Wahdaniyyah. Ertinya : Esa Allah

Ta'ala pada zat , pada sifat dan pada

perbuatan.

Maka hakikatnya ibarat daripada menafikan

berbilang pada zat , pada  sifat dan pada

perbuatan sama ada bilangan yang muttasil

( yang ber-hubung ) atau bilangan yang

munfasil (yang bercerai ). Makna Esa Allah

s.w.t. pada zat itu iaitu menafikan Kam

Muttasil pada Zat ( menafikan bilangan yang

berhubung dengan zat ) seperti tiada

zat Allah Ta'ala tersusun daripada darah ,

daging , tulang ,urat dan lain-lain.

Dan menafikan Kam Munfasil pada zat

( menafikan bilangan yang ber-cerai pada zat

Allah Ta'ala )seperti tiada zat yang lain

menyamai zat Allah Ta'ala.

Makna Esa Allah s.w.t pada sifat iaitu

menafikan Kam muttasil pada Sifat

( menafikan bilangan yang berhubung pada

sifatnya ) iaitu tidak  sekali-kali bagi

Allah Ta'ala pada satu-satu jenis sifatnya

dua qudrat dan menafikan Kam Munfasil pada

sifat ( menafikan bilangan – 

bilangan yang bercerai pada sifat ) iaitu

tidak ada sifat yang lain menyamai

sebagaimana sifat Allah s.w.t. yang Maha

Sempurna.

Makna Esa Allah s.w.t. pada perbuatan iaitu

menafikan Kam

Muttasil pada perbuatan ( menafikan bilangan

yang bercerai–cerai pada perbuatan ) iaitu

tidak ada perbuatan yang lain menyamai

seperti perbuatan Allah bahkan segala apa

yang berlaku di dalam alam semua-nya

perbuatan Allah s.w.t sama ada perbuatan itu

baik rupanya dan 

hakikatnya seperti iman dan taat atau jahat

rupanya tiada pada hakikat-nya seperti kufur

dan maksiat sama ada perbuatan dirinya

atau perbuatan yang lainnya ,semuanya

perbuatan Allah s.w.t dan tidak sekali-kali

hamba mempunyai perbuatan pada hakikatnya

hanya pada  usaha dan ikhtiar yang tiada

memberi bekas.

Maka wajiblah bagi Allah Ta'ala bersifat

Wahdaniyyah dan ternafi bagi Kam yang lima

itu iaitu :

1) Kam Muttasil pada zat.

2) Kam Munfasil pada zat.

3) Kam Muttasil pada sifat.

4) Kam Munfasil pada sifat.

5) Kam Munfasil pada perbuatan.

Maka tiada zat yang lain , sifat yang lain

dan perbuatan yang lain menyamai dengan

zat , sifat dan perbuatan Allah s.w.t . Dan

tertolak segala kepercayaan-kepercayaan yang

membawa kepada menyengutukan Allah Ta'ala

dan perkara-perkara yang menjejaskan  serta

merosakkan iman.

7. Al – Qudrah :

Ertinya : Kuasa qudrah Allah s.w.t. memberi

bekas pada mengadakan 

meniadakan tiap-tiap sesuatu.

Pada hakikatnya ialah satu sifat yang qadim

lagi azali yang thabit

( tetap ) berdiri pada zat Allah s.w.t.

yang mengadakan tiap-tiap yang 

ada dan meniadakan tiap-tiap yang tiada

bersetuju dengan iradah.

Adalah bagi manusia itu usaha dan ikhtiar

tidak boleh memberi bekas pada mengadakan

atau meniadakan , hanya usaha dan ikhtiar

pada jalan menjayakan sesuatu .

Kepercayaan dan iktiqad manusia di dalam

perkara ini berbagai-bagai

Fikiran dan fahaman seterusnya membawa

berbagai-bagai kepercayaan dan iktiqad.

1) Iktiqad Qadariah :

Perkataan qadariah iaitu nisbah kepada

qudrat . Maksudnya orang yang beriktiqad

akan segala perbuatan yang dilakukan

manusia itu sama ada baik atau jahat

semuanya terbit atau berpunca daripada

usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri dan

sedikitpun tiada bersangkut-paut dengan

kuasa Allah s.w.t.

2) Iktiqad Jabariah :

Perkataan Jabariah itu nisbah kepada Jabar

( Tergagah ) dan maksudnya orang yang

beriktiqad manusia dan makhluk bergantung

kepada qadak dan qadar Allah semata-mata

( tiada usaha dan ikhtiar atau boleh

memilih samasekali ). 3) Iktiqad Ahli

Sunnah Wal – Jamaah :

Perkataan Ahli Sunnah Wal Jamaahialah orang

yang mengikut perjalanan Nabi dan

perjalanan orang-orang Islam iaitu

beriktiqad bahawa hamba itu tidak digagahi

semata-mata dan tidak memberi bekas segala

perbuatan yang disengajanya, tetapi ada

perbuatan yang di sengaja pada zahir itu

yang dikatakan usaha dan ikhtiar yang tiada

memberi bekas sebenarnya sengaja hamba itu

daripada Allah Ta;ala jua. Maka pada segala

makhluk ada usaha dan ikhtiar pada zahir

dan tergagah pada batin dan ikhtiar serta

usaha hamba adalah tempat pergantungan

taklif ( hukum ) ke atasnya dengan suruhan

dan tegahan 

( ada pahala dan dosa ).

8. Al – Iradah :

Ertinya : Menghendaki Allah Ta'ala.

Maksudnya menentukan segala mumkin tentang

adanya atau 

tiadanya. 

Sebenarnya adalah sifat yang qadim lagi

azali thabit berdiri pada 

Zat Allah Ta'ala yang menentukan segala

perkara yang harus atau setengah yang harus

atas mumkin . Maka Allah Ta'ala yang

selayaknya menghendaki tiap-tiap sesuatu

apa yang diperbuatnya.

Umat Islam beriktiqad akan segala hal yang

telah berlaku dan yang akan berlaku adalah

dengan mendapat ketentuan daripada Allah

Ta'ala tentang rezeki , umur , baik , jahat

, kaya , miskin dan sebagainya serta wajib

pula beriktiqad manusia ada mempunyai nasib

( bahagian ) di dalam dunia ini sebagaimana

firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

" Janganlah kamu lupakan nasib ( bahagian )

kamu

di dalam dunia " .

( Surah Al – Qasash : Ayat 77 )

Kesimpulannya ialah umat Islam mestilah

bersungguh-sungguh 

untuk kemajuan di dunia dan akhirat di mana

menjunjung titah 

perintah Allah Ta'aladan menjauhi akan

segala larangan dan 

tegahannyadan bermohon dan berserah kepada

Allah s.w.t.

9. Al – Ilmu :

Ertinya : Mengetahui Allah Ta'ala .

Maksudnya nyata dan terang meliputi tiap-

tiap sesuatu sama ada yang

Maujud (ada) atau yang Ma'adum ( tiada ). 

Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada

( thabit ) qadim lagi azali 

berdiri pada zat Allah Ta'ala.

Allah Ta'ala Maha Mengetahui akan segala

sesuatu sama ada perkara

Itu tersembunyi atau rahsia dan juga yang

terang dan nyata.

Maka Ilmu Allah Ta'ala Maha Luas meliputi

tiap-tiap sesuatu di

Alam yang fana' ini.

10. Al – Hayat .

Ertinya : Hidup Allah Ta'ala.

Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap

qadim lagi azali berdiri pada zat 

Allah Ta’ala .

Segala sifat yang ada berdiri pada zat

daripada sifat Idrak ( pendapat )

Iaitu : sifat qudrat , iradat , Ilmu ,

Sama’ Bashar dan Kalam.

11. Al - Samu’ : Ertinya : Mendengar Allah

Ta'ala.

Hakikatnya ialah sifat yang tetap ada yang

qadim lagi azali berdiri pada

Zat Allah Ta’ala. Iaitu dengan terang dan

nyata pada tiap-tiap yang maujud sama ada

yang maujud itu qadim seperti ia mendengar

kalamnya atau yang ada itu harus sama ada

atau telah ada atau yang akan diadakan.

Tiada terhijab ( terdinding ) seperti dengan

sebab jauh , bising , bersuara , tidak

bersuara dan sebagainya. Allah Ta'ala Maha

Mendengar akan segala yang terang dan yang

tersembunyi. Sebagaimana firman Allah Ta'ala

yang bermaksud :

" Dan ingatlah Allah sentiasa Maha Mendengar

lagi Maha Mengetahui ".

( Surah An-Nisa'a - Ayat 148 )

12. Al – Bashar : Ertinya : Melihat Allah

Ta'ala .

Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap ada

yang qadim lagi azali berdiri

pada zat Allah Ta'ala. Allah Ta'ala wajib

bersifat Maha Melihat sama ada yang dapat

dilihat oleh manusia atau tidak , jauh atau

dekat , terang atau gelap , zahir atau

tersembunyi dan sebagainya. Firman Allah

Ta'ala yang bermaksud :

" Dan Allah Maha Melihat akan segala yang

mereka kerjakan ".

( Surah Ali Imran - Ayat 163 )

13 . Al – Kalam : Ertinya : Berkata-kata

Allah Ta'ala.

Hakikatnya ialah satu sifat yang tetap

ada , yang qadim lagi azali ,

berdiri pada zat Allah Ta'ala. Menunjukkan

apa yang diketahui oleh ilmu daripada yang

wajib, maka ia menunjukkan atas yang wajib

sebagaimana firman Allah Ta'ala yang

bermaksud :

" Aku Allah , tiada tuhan melainkan

Aku .........".

( Surah Taha - Ayat 14 )

Dan daripada yang mustahil sebagaimana

firman Allah Ta'ala yang 

bermaksud :

" ........( kata orang Nasrani )

bahawasanya Allah Ta'ala 

yang ketiga daripada tiga..........".

( Surah Al-Mai'dah - Ayat 73 ) 

Dan daripada yang harus sebagaimana firman

Allah Ta'ala yang 

bermaksud : 

" Padahal Allah yang mencipta kamu dan

benda-benda yang 

kamu perbuat itu".

( Surah Ash. Shaffaat – Ayat 96 )

Kalam Allah Ta'ala itu satu sifat jua tiada

berbilang.

Tetapi ia berbagai-bagai jika dipandang

dari perkara yang dikatakan 

iaitu :

1) Menunjuk kepada 'amar ( perintah )

seperti tuntutan mendiri-

solat dan lain-lain kefardhuan.

2) Menunjuk kepada nahyu ( tegahan )

seperti tegahan mencuri dan lain-lain

larangan.

3) Menunjuk kepada khabar ( berita )

seperti kisah-kisah Firaun

dan lain-lain.

4) Menunjuk kepada wa'ad ( janji baik )

seperti orang yan taat 

dan beramal soleh akan dapat balasan syurga

dan lain-lain.

5) Menunjuk kepada wa'ud ( janji balasan

seksa ) seperti orang 

yang menderhaka kepada ibubapa akan dibalas

dengan azab

seksa yang amat berat.

14. Kaunuhu Qadiran :

Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang

Berkuasa Mengadakan Dan Mentiadakan.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala , 

tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum ,

iaitu lain daripada 

sifat Qudrat.

15.Kaunuhu Muridan :

Ertinya : Keadaan Allah Ta'ala Yang

Menghendaki dan menentukan tiap-tiap

sesuatu.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala , 

tiada ia maujud dan tiada ia ma'adum ,

iaitu lain daripada 

sifat Iradat.

16.Kaunuhu 'Aliman : Ertinya : Keadaan Allah

Ta'ala Yang Mengetahui akan 

Tiap-tiap sesuatu.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala , tiada ia maujud dan tiada

ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat Al-

Ilmu.

17.Kaunuhu Haiyan : Ertinya : Keadaan Allah

Ta'ala Yang Hidup.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada

ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat

Hayat.

18.Kaunuhu Sami'an : Ertinya : Keadaan

Allah Ta'ala Yang Mendengar akan tiap-tiap

yang Maujud.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada

ia ma'adum, iaitu lain daripada sifat

Sama'.

19.Kaunuhu Bashiran : Ertinya : Keadaan

Allah Ta'ala Yang Melihat akan tiap-tiap

yang Maujudat ( Benda yang ada ).

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada

ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat

Bashar.

20.Kaunuhu Mutakalliman : Ertinya : Keadaan

Allah Ta'ala Yang Berkata-kata.

Hakikatnya iaitu sifat yang berdiri dengan

zat Allah Ta'ala, tiada ia maujud dan tiada

ia ma'adum , iaitu lain daripada sifat

Qudrat.

Bab 7 : Sifat Mustahil Bagi Allah s.w.t

Wajib atas tiap-tiap mukallaf mengetahui sifat-

sifat yang mustahil bagi Allah yang menjadi

lawan daripada dua puluh sifat yang wajib

baginya. Maka dengan sebab itulah di nyatakan di

sini sifat-sifat yang mustahil satu-persatu :

1.   ‘Adam beerti “tiada”

2.   Huduth beerti “baharu”

3.   Fana’ beerti “binasa”

4.   Mumathalatuhu Lilhawadith

beerti “menyerupai makhluk”

5.   Qiyamuhu Bighayrih beerti “berdiri

dengan yang lain”

6.   Ta’addud beerti “berbilang-bilang”

7.   ‘Ajz beerti “lemah”

8.   Karahah beerti “terpaksa”

9.   Jahl beerti “jahil/bodoh”

10.   Mawt beerti “mati”

11.   Samam beerti “tuli”

12.   ‘Umy beerti “buta”

13.   Bukm beerti “bisu”

14.   Kaunuhu ‘Ajizan beerti

“keadaannya yang lemah”

15.   Kaunuhu Karihan beerti

“keadaannya yang terpaksa”

16.   Kaunuhu Jahilan beerti

“keadaannya yang jahil/bodoh”

17.   Kaunuhu Mayyitan beerti

“keadaannya yang mati”

18.   Kaunuhu Asam beerti “keadaannya

yang tuli”

19.   Kaunuhu A’ma beerti “keadaannya

yang buta”

20.   Kaunuhu Abkam beerti “keadaannya

yang bisu”

Bab 8: Sifat Harus Bagi Allah s.w.t

Adalah sifat yang harus pada hak Allah Ta’ala

hanya satu sahaja iaitu Harus bagi Allah

mengadakan sesuatu atau tidak mengadakan sesuatu

atau di sebut sebagai mumkin. Mumkin   

ialah sesuatu yang harus ada dan tiada.


Recommended