+ All Categories
Home > Documents > Tugasan B : Isu stress guru - EDU 3093

Tugasan B : Isu stress guru - EDU 3093

Date post: 08-Mar-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
19
Tugasan B : Esei Pendek Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologi dan psikologi terhadap seseorang. Ini bermaksud, stres yang melanda seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut. Sekiranya tahap stres tersebut adalah rendah maka tindakbalas individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi fizikal dan mental, maka sudah pastinya stres yang datang dalam bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan menghadapi masalah yang lebih besar. Boleh dikatakan bahawa, stres bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun stres tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang terlibat.
Transcript

Tugasan B : Esei Pendek

Tekanan atau stres adalah satu tindakbalas fisiologi dan

psikologi terhadap seseorang. Ini bermaksud, stres yang melanda

seseorang akan menyebabkan fikiran dan fizikal individu tersebut

bertindak balas mengikut keadaan dan tahap tekanan tersebut.

Sekiranya tahap stres tersebut adalah rendah maka tindakbalas

individu terbabit juga tidak terlalu besar dan begitu juga

sebaliknya. Hal ini menunjukkan bahawa cara seseorang menangani

tekanan bergantung kepada tahap kesediaan minda dan fizikal

seseorang untuk menerima atau menyerap sesuatu tekanan yang

diterima. Sekiranya individu terbabit tidak bersedia dari segi

fizikal dan mental, maka sudah pastinya stres yang datang dalam

bentuk permintaan ini tidak mampu dihadapi dengan sempurna yang

akhirnya akan menyebabkan individu tersebut tertekan dan

menghadapi masalah yang lebih besar. Boleh dikatakan bahawa,

stres bukanlah satu perkara yang boleh diambil ringan kerana

seseorang itu akan menghadapi risiko untuk berubah perlakuannya

dengan melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti

bercakap kasar, memulakan pertengkaran, terlibat secara fizikal

dalam pergaduhan, penyalahgunaan dadah, terlibat dalam jenayah

dan sebagainya yang membuktikan walau sekecil mana sekalipun

stres tersebut sekiranya tidak diuruskan dengan betul mampu

membawa malapetaka yang lebih dahsyat lagi kepada mereka yang

terlibat.

Stres merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan

kesihatan mental dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini.

Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stres atau tekanan perasaan

telah mendefinisikannya sebagai suatu reaksi yang tidak spesifik

oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang

menimpanya.

selain itu, menurut Mohd Salleh (1994), stres adalah reaksi

fizikal dan mental emosi seseorang akibat sesuatu situasi yang

menyebabkan seseorang itu tidak mendapat keselesaan hidup. Di

negara kita, fenomena stres di kalangan guru sering

diperbincangkan dan dijadikan bahan kajian.  Ini adalah kerana

bidang pendidikan pada hari ini semakin mendesak para guru untuk

bekerja keras dengan lebih masa demi mencapai permintaan tinggi

pendidikan tersebut. Di samping itu, usaha peningkatan dan

pelaksanaan tersebut telah menyebabkan guru-guru semakin tertekan

dengan bebanan kerjaya pendidikan ini. Guru yang gagal mengawal

diri akibat stres akan memberi kesan kepada perhubungan guru

dengan murid dan juga mutu  pengajaran dan pembelajaran. Isu

sebegini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga

profesion perguruan yang akan membantutkan usaha mewujudkan

sebuah masyarakat yang mampu membawa negara kita ke tahap

kecemerlangan dan kegemilangan mutu pendidikan.

            Di Malaysia, profesion keguruan merupakan satu bentuk

perkhidmatan sosial yang sungguh mencabar. Semenjak beberapa

tahun kebelakangan ini, pelbagai usaha dijalankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu usaha dalam

meningkatkan mutu sistem pendidikan di Malaysia. Dengan

pelaksanaan pelbagai-bagai reformasi ini, tugas, peranan dan

tanggungjawab guru menjadi semakin mencabar. Tekanan terhadap

guru memang berkecenderungan untuk menyebabkan guru berada dalam

keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan

kebimbangan.

Dalam kes ‘ Bisikan Misteri Arah Guru Amuk’ yang berlaku di

SK Sabur, Kota Kinabalu adalah amat serius kerana guru tersebut

telah mengamuk sehingga menggunakan pedang samurai dan

menyebabkan seramai 14 orang guru termasuk dua orang guru wanita

terpaksa menyembunyikan diri dalam hutan paya bakau. Walaupun

tiada sebarang kemalangan yang tidak diingini berlaku, akan

tetapi tingkah laku guru tersebut yang kurang waras telah

mengancam keselamatan rakan sejawat yang lain. Ini mungkin akan

membawa sebarang kecederaan ke atas guru-guru yang tinggal

bersamanya. Sumber berkata bahawa suspek tersebut mendakwa

terdapat suara perempuan yang sering mengganggunya sejak beberapa

minggu lalu dan menyebabkan dia tidak dapat bertahan sehingga

mengamuk. 

Melalui pandangan masyarakat setempat yang mempercayai

tahyul mungkin berpendapat bahawa guru tersebut memang diganggu

oleh makhluk halus. Walaubagaimanapun, pandangan yang lebih

saintifik mengenai kes ini berlaku mungkin disebabkan tekanan

emosi yang telah dipendamkan oleh guru tersebut yang agak lama

sehingga dia tidak dapat berfikir dengan waras dan mendakwa

dirinya mendengar bisikan misteri yang mengganggu

ketenteramannya. Akibatnya, tekanan emosi yang serius ini telah

menyebabkan guru berkenaan mengalami kecelaruan fikiran dan tidak

mempunyai kesedaran diri dan melakukan perbuatan yang tidak

terkawal yang boleh mengancam keselamatan orang lain. Dengan

itu, kes yang telah berlaku ini telah membuktikan bahawa pada

zaman kini, para guru sentiasa menghadapi cabaran yang lebih

ketara dengan tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak

pengurusan sekolah dan kementerian demi meningkatkan lagi kualiti

pendidikan..

Isu beban tugas guru ini memang sukar difahami masyarakat

umum melainkan ada dalam kalangan keluarga atau rakan mereka

terbabit dalam kerjaya itu. Tidak seperti kebanyakan kerjaya

lain, tugas guru tidak terikat kepada waktu persekolahan. Selain

terpaksa membawa kerja balik ke rumah, guru kadang kala terpaksa

membuat kerja yang tidak ada kaitan dengan tugas mengajar seperti

menghadiri mesyuarat sekolah, mengikuti program peringkat daerah

atau peringkat negeri atau wakil pengetua atau guru besar. Di

samping itu, mereka juga terpaksa melakukan penyeliaan dan

bimbingan aktiviti kokurikulum seperti persatuan, sukan dan badan

beruniform. Ini tidak termasuk mengiringi pelajar menyertai

program di luar sekolah yang mungkin mengambil masa beberapa jam

mahupun beberapa hari.

Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi

kesan kepada perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu

pengajaran dan pembelajaran seterusnya boleh menjejaskan kualiti

pendidikan dan juga profesion perguruan.    Guru bukan sahaja

terpaksa berhadapan dengan para pelajar yang bermasalah tetapi

juga berhadapan dengan ibu bapa pelajar yang memberikan harapan

yang amat tinggi kepada para guru untuk menjadikan anak-anak

mereka cemerlang dalam pelajaran. ibu bapa kebiasaannya akan

mengukur kejayaan mutlak seseorang pelajar berdasarkan

kecemerlangan akademik semata-mata tanpa mengira aspek-aspek lain

yang tidak kurang pentingnya seperti kemahiran dalam bidang

vokasional. Akibat daripada harapan yang terlampau tinggi,

kebanyakan guru terpaksa menghabiskan banyak masa mereka di

sekolah untuk mengadakan kelas-kelas tambahan di luar waktu

persekolahan bagi memastikan harapan ibu bapa dipenuhi.

            Selain itu, faktor bebanan kerja yang terlampau

banyak juga menyebabkan guru-guru mengalami masalah stress.

Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus

pembelajaran yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan,

kemahiran dan nilai yang hendak diajar kepada pelajar setiap

hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk menyediakan

maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan.

Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas

pentadbiran sekolah contohnya merancang dan menjalankan aktiviti

sekolah, menjadi penasihat persatuan dan kelab, menjalani kursus

yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan

Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh

sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi

kepada para guru kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis

kerja yang berkaitan dengan akademik, kokurikulum dan pentadbiran

sekaligus setiap hari. Tambahan pula, adakalanya tugas-tugas ini

perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga menyebabkan guru

tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga. Ia

menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu

Jawatankuasa Khas bagi mengkaji bebanan tugas guru yang terlampau

banyak.

Sebenarnya, selain mendapat gangguan emosi, stress juga

boleh mengakibatkan beberapa masalah kesihatan. Antara penyakit-

penyakit yang berpunca akibat mengalami tekanan stres adalah

sakit jantung, stroke, kencing manis, darah tinggi dan

sebagainya. Merujuk kepada isu guru tersebut telah mengalami

kesukaran tidur sehingga dia mengamuk. Kesukaran tidur atau

dikenali sebagai ‘insomnia’ adalah salah satu penyakit yang

berpunca dari tekanan stress.

Terdapat juga banyak faktor yang menyebabkan kes sebegini

berlaku. Antaranya adalah persekitaran kerja yang tidak kondusif.

Suasana kerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana

ruang kerja yang sempit dan sesetengah kelas yang terlalu panas

dan tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru

berbanding dengan individu lain yang bekerja di tempat yang

berhawa dingin. Tambahan pula, kemudahan-kemudahan sekolah yang

tidak mencukupi untuk keperluan diri dan pelajarnya terutamanya

sekolah-sekolah di kawasan pedalaman akan menyebabkan guru

tersebut semakin stres.

Selain itu,  kelakuan dan perangai murid dalam kelas yang

sentiasa menjadi cabaran kepada seseorang guru juga merupakan

salah satu faktor yang menyebabkan guru mengalami tekanan emosi.

Murid sentiasa melakukan pelbagai aksi untuk menarik perhatian

guru tentunya akan menimbulkan masalah serta memberikan kesan

kepada emosi guru dan lama-kelamaan ia akan menjadikan guru

berasa stres.

Punca-punca peribadi juga merupakan antara faktor guru

mengalami tekanan emosi. Keadaan kesihatan guru terjejas ataupun

berlakunya kemalangan dan kematian dalam kalangan ahli keluarga

akan menyebabkan guru tersebut mengalami tekanan emosi yang

seirus. Selain itu, hubungan dengan ahli keluarga atau rakan

sekerja adalah amat penting bagi seseorang guru kerana ia

merupakan satu sokongan kepada guru tersebut. Jika berlakunya

perselisihan faham akibat masalah komunikasi yang tidak berkesan

maka ini boleh menyebabkan stres terhadap guru tersebut.

Pada zaman kini, taraf hidup yang semakin tinggi telah

menjadi keperluan yang biasa bagi semua orang. Oleh itu,

perbelanjaan kehidupan seharian amatlah memerlukan wang yang

secukupnya. Kita sering diberitahu bahawa gaji guru adalah rendah

berbanding dengan profesion yang lain. Dengan itu, masalah

kewangan telah membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup

seseorang guru. Ini telah menyebabkan guru tersebut sukar untuk

menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik kepada diri dan

keluarga mereka. Maka, masalah kewangan ini juga boleh

menyebabkan guru mengalami tekanan dan juga stress.

Berdasarkan faktor-faktor yang telah dibincangkan, banyak

usaha dan rancangan untuk mencari penyelesaian yang sesuai

hendaklah dijalankan agar mengatasi masalah beban guru sekolah

agar isu ini tidak akan berterusan dan menjadi semakin serius.

Jika tidak, ia akan membawa kesan yang buruk sehingga guru tidak

suka akan kerja mereka dan secara tidak langsung ia mampu membawa

kesan buruk yang akan menjejaskan imej keguruan. Maka, pihak yang

berkenaan haruslah bekerjasama dan mengambil berat terhadap isu-

isu guru mengalami tekanan emosi akibat bebanan kerja

Dengan itu, pelbagai cadangan telah dikemukakan oleh

pelbagai pihak untuk menangani masalah beban tugas guru. Salah

satunya adalah Kesatuan Perkhidmatan Pengurusan Perguruan

Kebangsaan (KPKK) telah memohon supaya skop kerja guru dapat

dispesifikan dan kebajikan guru dapat diutamakan. Selain itu,

kemudahan asas sekolah perlu lengkap dan program pemprosesan data

dapat diringkaskan serta penambahbaikan semua sistem ICT agar

urusan data guru atau pelajar dapat dilaksanakan secara berpusat.

Bukan sahaja begitu, pihak KPKK juga mencadangkan agar mewujudkan

jawatan pembantu murid untuk membantu urusan kerja-kerja

perkeranian dan mengasingkan guru akademik dan guru sukan agar

guru dapat lebih fokus pada tugas yang telah ditetapkan untuk

setiap individu dalam organisasi itu. 

Sebenarnya, pihak kerajaan sentiasa mengambil berat

terhadap isu beban guru dan berusaha mencari penyelesaian yang

sesuai untuk menangani masalah tersebut. Timbalan Perdana Menteri

, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga merupakan Menteri Pelajaran telah

menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji beban tugas

berlebihan yang ditanggung oleh guru sekolah di seluruh negara

dan diharapkan untuk mencari penyelesaian terbaik untuk

menyelesaikan bebanan guru.

Selain itu, tokoh akademik termasuklah bekas Ketua Pengarah

Pelajaran, Tan Sri Abdul Rahman Arshad telah meminta mengkaji

mewujudkan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di setiap

kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Dengan

itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencari penyelesaian

dengan melatih dan menghantar pembantu pentadbir di sekolah

bertujuan untuk mengurangkan beban kerja guru. Tugas-tugas

seperti tugas perkeranian dan menguruskan pusat sumber serta

bilik-bilik khas sekolah oleh pembantu pentadbir sememangnya

dapat mengurangkan masalah beban kerja guru. Dengan ini, guru

juga dapat lebih fokus kepada tugasnya untuk merancang pengajaran

dan pembelajaran yang lebih berkesan

Bagi seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat

bebanan kerja, guru tersebut seharusnya dapat memiliki penampilan

yang baik dari segi mental dan dapat menghadapi sebarang cabaran

atau halangan dengan pemikiran yang jelas dan baik. Ini adalah

kerana guru bukan sahaja memerlukan penampilan yang baik dari

segi fizikal, malah beliau juga perlu sentiasa berfikiran waras

dan dapat menangani tekanan emosinya dengan berkesan. Oleh itu,

guru seharusnya meningkatkan dan menguasai kemahiran

menyelesaikan masalah yang dapat membantu seseorang guru

menangani masalah tekanan emosi yang dihadapinya secara

rasional,  seterusnya merancang cara penyelesaian secara

sistematik.

Selain itu, sebagai seorang guru, dia juga seharusnya dapat

menguasai kemahiran pengurusan masa. Pada masa kini, kebanyakan

guru yang bekerja menghabiskan masa ke atas tugasan yang kurang

penting telah mengabaikan tanggungjawab yang lain sehingga mereka

berasa tugas mereka tidak dapat diselesaikan. Ini secara tidak

langsung akan mempengaruhi guru mengalami masalah tekanan emosi

akibat beban kerja. Oleh itu, kemahiran pengurusan masa dapat

membantu seseorang guru menumpukan kepada kerja-kerja yang

penting dahulu dan melakukannya dengan lebih bijak. Contohnya,

seseorang guru perlu merancang jadual bekerja dan meluangkan masa

lapang individu yang secukupnya untuk kegunaan diri.

            Seseorang guru yang mengalami tekanan emosi akibat

beban kerja boleh mempelajari kemahiran relaksasi yang dapat

membantu meredakan reaksi fizikal terhadap tekanan. Sebagai

contoh, guru boleh boleh menjalankan relaksasi seperti aktiviti

yoga yang mengutamakan cara menarik dan menghembus nafas dengan

perlahan-lahan yang boleh menangani stres. Bukan sahaja begitu,

seseorang guru patut mengekalkan cara hidup yang sihat dan

seimbang dengan bersenam, makan makanan yang sihat, mempunyai

tidur yang cukup dan tidak meminum air beralkohol kerana badan

yang sihat dapat meningkatkan prestasi kerja. Untuk memperolehi

cara hidup yang seimbang, seseorang guru perlu meluangkan masa

dengan melakukan hobi atau aktiviti rekreasi. Dengan membuat

demikian, mereka dapat mengalih fikiran mereka terhadap kerisauan

dan kebimbangan mengenai tugas serta mendapat persepsi yang baru

untuk menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi.

Jika seseorang guru itu mempunyai cara berkomunikasi yang

baik dan berkesan, maka mereka dapat mencari jalan untuk

meluahkan buah fikiran dan emosinya. Di samping itu, ia juga

dapat memahami reaksi yang diberi. Maka, dengan cara ini dapatlah

seseorang guru itu mengendalikan masalah dan tekanan emosi dengan

lebih berkesan. Oleh itu, sebagai seorang guru, beliau perlu

menjalin hubungan yang baik dengan rakan sejawatnya agar dapat

berkongsi masalah yang dihadapi. Merujuk kepada kes guru

tersebut, guru berkenaan sepatutnya menjelaskan dan membincangkan

masalah bisikan misteri yang telah dihadapi olehnya kepada rakan

sejawat yang lain agar dapat sokongan yang baik untuk mencari

cara penyelesaian yang lebih berkesan.

Seseorang guru yang mempunyai tujuan hidup biasanya dapat

mengendali tekanan dan stres dengan baik. Oleh itu, penglibatan

diri dalam hal-hal keagamaan juga merupakan salah satu cara bagi

seseorang guru untuk menangani masalah tekanan stres kerana agama

dapat memberi sumber harapan atau menjadi pegangan kepada

seseorang apabila diperlukan. Golongan yang bekerja termasuk guru

adalah digalakkan untuk melibatkan diri dalam hal-hal kerohanian

kerana ia dapat memberi mereka perspektif yang betul tentang

kehidupan dan pekerjaan. Dengan ini, penampilan guru dari segi

sifat rohaniah dan kejiwaan dapat dipertingkatkan. Guru tersebut

juga akan lebih bersifat tenang dan mempunyai emosi yang mantap

serta optimistik dalam kehidupan. Selain itu, seseorang guru

perlu berfikiran realistik terhadap pekerjaannya dan memupuk

sikap suka dan minat terhadap kerjayanya dengan menambah ilmu

pengetahuan mengenai bidang atau profesion yang diceburinya demi

memartabatkan lagi profesion keguruan. Beliau juga seharusnya

dapat memahami kekuatan dan kelemahan dirinya. Sementara itu,

fikiran yang positif patut disemai dalam kalangan guru agar

mereka dapat bersiap sedia menghadapi sebarang masalah dan

bersikap terbuka untuk menghadapi sebarang perubahan terutamanya

dalam bidang pendidikan.

Seseorang guru perlulah sentiasa bertanggungjawab dan

memahami akauntabilitinya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat

dan negara serta rakan sejawat dan profesion keguruan agar dapat

menunjukan prestasi yang terbaik ketika bekerja terutamanya

menjalankan peranannya untuk menyampai ilmu pengetahuan dan

merancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan agar murid-

murid dapat mencapai objektif yang optimum. Pihak pengurusan

sekolah pula harus berperanan untuk membantu guru dalam

menghadapi sebarang tekanan, konflik dan isu. Pihak berkenaan

perlu sedar akan kepentingan pemantauan ke atas tahap stres guru

dari semasa ke semasa dan mengambil tindakan yang sewajarnya

untuk mengurangkan masalah tersebut. Contohnya, pihak pengurusan

di sekolah perlulah mengenal pasti guru-guru yang mempunyai

potensi mengalami tahap stres yang tinggi. Seterusnya, pihak

sekolah boleh bekerjasama dengan kaunselor pentadbir yang berada

di Pejabat Pelajaran Daerah dan di Jabatan Pelajaran Negeri agar

mengadakan sesi pertemuan untuk membantu guru yang berkenaan

untuk memahami dirinya dan orang lain, seterusnya mendapatkan

alternatif terbaik yang boleh dilakukan dalam menangani sebarang

isu khususnya yang berkaitan dengan tekanan. Selain itu, pihak

berkenaan juga harus memberi sokongan dan membantu mengurangkan

beban stres yang dihadapi oleh guru dengan mengkaji semula skop

kerja guru. Para guru perlu sentiasa bersikap positif dalam

menghadapi cabaran-cabaran dalam dunia pendidikan hari ini bagi

mengelakan diri terus berada dalam keadaan stres dan menjejaskan

karier diri sebagai seorang guru.

Secara kesimpulannya kerjaya sebagai seorang guru adalah

satu kerjaya yang cukup mencabar. Banyak pengorbananyang perlu

dilakukan oleh seorang guru untuk memberi yang terbaik kepada

para pelajar. Sesuatu yang positif perlu dilakukan segera oleh

pihak atasan sekolah dan juga guru bagi mengelakkan punca-punca

tekanan ini membawa kesan yang lebih teruk sekiranya dibiarkan

berterusan. Boleh dikatakan tekanan dapat dikawal dengan baik

oleh guru sekiranya mereka mementingkan kepada cara-cara untuk

menguruskan tekanan tersebut. Pengurusantekanan amat kritikal

atau diperlukan oleh guru bagi memastikan mereka sentiasa

bersedia untuk menghadapi segala cabaran dalam dunia perguruan

yang mendatang.

Perubahan demi perubahan yang pantas berlaku akan menjadikan

kerjaya seorang guru lebih sukar ataupun complicated. Sekiranya

guru tidak mampu mengawal diri dan tekanan mereka dengan baik,

sudah pastinya kerjaya mereka bukan sahaja akan berakhir lebih

awal malahan dikenakan tindakan-tindakan disiplin yang keras pula

atas segala kesalahan yang dilakukan. Perubahan demi perubahan

yang berlaku dalam persekitaran dunia pendidikan pada hari ini

pula ternyata menyebabkan guru juga perlu berubah, namun tidak

ramai yang mampu untuk membuat perubahan secara drastik

menyebabkan tekanan mula menguasai mereka dan akhirnya membawa

kesan yang besar kepada sistem pendidikan yang dilaksanakan di

sekolah amnya dan di Malaysia khasnya.

           

Akhirnya, sokongan yang berterusan daripada pihak pengetua

sehinggalah kepada kakitangan pentadbiran amat penting bagi

menjamin persekitaran tempat kerja yang harmoni dan aman untuk

semua pihak. Konflik yang sedang berlaku akan berterusan tanpa

noktah sekiranya masih tiada ruang untuk bekerjasama dibuka

seluas-luasnya untuk kedua-dua belah pihak iaitu pentadbiran dan

akademik. Keprihatinan terhadap beban tugas guru perlu

ditingkatkan oleh segenap lapisan masyarakat demi memastikan

kelangsungan sistem pendidikan di Malaysia seterusnya usaha

melahirkan generasi pewaris negara berterusan dan tidak terhenti.


Recommended