Journal of Educational Management, Volume 2 June 2011, Pages 65-87 / ISSN: 2231-7341
Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti
Kokurikulum di Tiga Buah Sekolah Menengah di Daerah
Pasir Gudang, Johor
Yusof Boon1 & Salina Sabtu
²
1Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia 81310 Johor, Malaysia
ABSTRAK: Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap kefahaman dan sikap guru terhadap perlaksanaan aktiviti
kokurikulum di tiga buah sekolah menengah PKG zon Pasir Gudang, Johor. Seramai 20 orang guru di sebuah
sekolah telah dijadikan sampel untuk kajian rintis manakala tiga buah sekolah menengah telah dijadikan lokasi
kajian sebenar dengan 150 orang guru menjadi sampel kajian. Instrumen kajian kuantitatif yang digunakan
adalah soal selidik. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 11.5 dengan ujian statistik
diskriptif serta inferensi seperti ujian-t, ANOVA sehala dan Pekali Pearson. Fokas kajian adalah kepada tahap
kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Kajian juga dilakukan untuk
mengenalpasti hubungan antara demografi guru seperti jantina, kaum dan institusi latihan perguruan dengan
tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Seterusnya,
kajian juga dilakukan untuk melihat hubungan antara tahap kefahaman guru dan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Dapatan kajian menunjukkan tahap kefahaman guru adalah tinggi dan guru
mempunyai sikap yang positif terhadap pelaksanaan aktiviti kokurkulum di sekolah. Dapatan juga menunjukkan
terdapat perbezaan antara kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina
dan institusi latihan perguruan tetapi tidak terdapat perbezaan mengikut kaum. Dapatan juga menunjukkan
terdapat hubungan positif dengan tahap hubungan yang sederhana antara tahap kefahaman guru dan sikap guru
terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah yang dikaji. Sehubungan dengan keputusan
kajian yang telah diperoleh, beberapa cadangan telah dikemukakan.
Katakunci: tahap kefahaman, sikap guru, perlaksanaan aktiviti kokurikulum
ABSTRACT: The purpose of this study is to identify teachers‟ attitude and understanding towards the
implementation of extra co - curriculum activities in secondary school in PKG zone Pasir Gudang, Johor Bahru.
A sample of 20 secondary teachers from one neighborhood school has been selected for pilot test. The actual
survey was conducted in three secondary school in which 150 teachers were selected as a sample. A set of
questionnaire was used as a quantitative survey instrument. Data collected was analyzed using SPSS version
11.5 which involved descriptive and inferential statistics such as t-test, one-way ANOVA and Pearson
Correlation. This study were focus on the level of teachers‟ attitude and understanding towards the
implementation of co-curriculum activities. The study was also conducted to identify the relationship between
teachers‟ demography such as gender, races and teachers‟ training institute on the level of teachers‟ attitude and
understanding towards the implementation of co-curriculum activities. Furthermore the study was conducted to
identify the relationship between the level of teachers understanding and their attitude towards the
implementation of co-curriculum activities. The study found that the teachers‟ attitude and understanding level
were high. The finding also revealed that there was no significant difference between the level of teachers‟
attitude and understanding towards the implementation of co-curriculum activities in gender and teachers‟
training institute aspect but there are significant difference in races aspect. The study also found there were a
moderate positive relationship between the level of teachers‟ attitude and teachers‟ understanding towards the
implementation of co-curriculum activities. In line with research findings, several recommendations were put
forward.
Keywords: teachers’ attitude, implementation of extra co – curriculum
1.0 PENGENALAN
Dalam melahirkan modal insan bertaraf dunia, peranan sistem pendidikan adalah sangat
kritikal. Dalam merealisasikan hasrat menghasilkan warga kelas pertama yang bukan sahaja
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 66
berintelek tinggi, malah sihat, tenteram emosi dan mempunyai kepercayaan yang kukuh,
aspek aktiviti kokurikulum menjadi pemangkin.
Aktiviti kokurikulum dianggap sebagai alat penting untuk memenuhi hasrat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan iaitu perpaduan dalam kalangan pelajar yang berbilang kaum.
Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah
digalakkan supaya mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum dalam
usaha untuk memberi pengalaman bermakna kepada pelajar yang boleh membantu mereka
dalam mencapai kehidupan yang sempurna.
Aktiviti kokurikulum sebenarnya adalah satu pelengkap kepada keperluan dan
kehendak kurikulum dimana ia menyediakan pelbagai peluang pelajar untuk menambah,
mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-nilai yang telah dipelajari
dibilik darjah (Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan, 2002).
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Guru memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan dalam menjayakan misi dan visi
sistem pendidikan Negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu
melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Guru adalah
pembentuk generasi yang berpaksikan kepada skop bidang tugas yang diamanahkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Justeru guru seharusnya tahu dan faham tentang pentingnya peranan yang mereka
mainkan dan menyedari kepincangan dalam melaksanakan tugas boleh memberi impak
negatif yang besar kepada masa depan pelajar dan negara.
Bidang kokurikulum adalah sama pentingnya dengan bidang kurikulum. Tetapi
penekanan lebih diberikan kepada akademik kerana sistem pendidikan kita lebih
berorientasikan peperiksaan. Oleh itu pelaksanaan aktiviti kokurikulum tidak diberi
penekanan yang sewajarnya dan jika ia dilaksanakan di sekolah, pelaksanaannya adalah
sambil lewa sahaja. Ramai guru yang masih menganggap melaksanakan aktiviti kokurikulum
ini adalah satu perkara yang remeh dan tidak memerlukan persediaan dan perancangan serapi
melaksanakan kurikulum.
3.0 PERNYATAAN MASALAH
Keruntuhan nilai positif sosial dalam kalangan pelajar sejak akhir-akhir ini semakin menjadi-
jadi. Kes-kes penderaan dan buli sesama rakan sebaya sering mendapat perhatian pemberita.
Adalah lebih malang lagi apabila masalah yang tidak dapat dibendung ini melibatkan guru
dimana guru dipukul, dan harta benda guru dimusnahkan. Guru tidak lagi dihormati oleh
sebilangan pelajar. Fenomena ini jelas menunjukkan profesion perguruan tidak lagi menjadi
pebendung kepada masalah masyarakat. Guru gagal mendidik pelajar untuk menjadi ahli
masyarakat yang bertangungjawab. Sekolah berjaya melahirkan pelajar yang berkualiti dari
aspek intelek tetapi kurang atau tidak mempunyai kemahiran interpersonal dan intrapersonal.
Sistem pendidikan gagal melahirkan pelajar yang seimbang sebagaimana yang diharapkan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru gagal memainkan peranan membentuk sahsiah
diri pelajar yang unggul dan boleh berdaya saing.
Kajian ini akan melihat sejauh mana kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksannan
aktiviti kokurikulum di sekolah menegah. Apakah faktor yang mempengaruhi kejayaan
proses pelaksanaannya. Guru sebagai pelaksana dasar adalah modal insan kepada
Kementerian Pendidikan Malaysia dan ia haruslah dibangunkan untuk memastikan misi dan
visi kependidikan negara tercapai.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 67
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah:
i. Mengenal pasti tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
ii. Mengenal pasti tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
iii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut jantina.
iv. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut jantina.
v. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
vi. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
vii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan.
viii. Mengetahui sama ada terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan.
5.0 HIPOTESIS KAJIAN
Hipotesis yang ingin diuji dalam kajian ini ialah:
Ho1 Tidak terdapat perbezaan dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut jantina.
Ho2 Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam aspek sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut jantina.
Ho3 Tidak terdapat dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut kaum.
Ho4 Tidak terdapat perbezaan dalam aspek sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
Ho5 Tidak terdapat perbezaan dalam aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan.
Ho6 Tidak terdapat perbezaan dalam aspek sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan.
Ho7 Tidak terdapat hubungan antara kefahaman dan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 68
6.0 KERANGKA KAJIAN
Rajah 1 diilustrasikan untuk menunjukkan bagaimana kajian akan dijalankan. Ia
adalah hubungan antara ketiga- tiga pemboleh ubah yang membentuk keseluruhan konsep
dan formasi kajian. Ia juga merujuk kepada bagaimana faktor-faktor pemboleh ubah
bersandar pertama mempengaruhi pemboleh ubah bersandar yang kedua.
Rajah 1: Kerangka konsep kajian
7.0 SOROTAN KAJIAN
7.1 Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan
perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi pelajar. Aktiviti kokurikulum juga mampu
memberi arah dan hala tuju kepada pelajar untuk menceburkan diri dalam kegiatan berfaedah
dan seterusnya membudayakan gaya hidup yang sihat. Wee (1996) melihat aktiviti
kokurikulum boleh dijadikan pemangkin dalam mengukuhkan intergrasi antara kaum untuk
memelihara perpaduan Negara khususnya kepada generasi selepas merdeka disamping
memupuk sifat kesopanan, berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-
undang yang boleh membentuk pelajar menjadi warga yang berguna sejajar dengan hasrat
Rukunegara yang ke lima iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.
Mohad (1996) dalam Lily (2006) mengkonsepkan aktiviti kokurikulum sebagai satu
platform yang dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk
perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai nilai estetika serta
sosial yang positif.
Aktiviti kokurikulum merupakan satu pelengkap kepada kehendak dan keperluan
kurikulum yang mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada pelajar untuk menambah,
Faktor demografi
guru
1. Jantina
2. Bangsa
3. Institusi
Latihan
Perguruan
Kefahaman dan sikap guru
1. Kefahaman
Memahami
objektif
pelaksanaan
aktiviti
kokurikulum.
2. Sikap guru
Tingkah laku guru
terhadap
pelaksanaan
aktiviti
kokurikulum.
1. Rendah
2. Sederhana
3. Tinggi
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 69
mengukuh dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai- nilai yang telah dipelajari
semasa pembelajaan di bilik darjah (Aminuddin, 2000).
7.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum
Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan iaitu:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
mempertingkatkan potensi individu secara amenyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini
adalah bertujuan untuk melahirkan warga Negara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan Negara.”
Sumber: Buku Panduan Pengurusan Kokurikulum Sekolah Menengah
Dan Rendah. Unit Kokurikulum. Jabatan Pelajaran Johor.
7.3 Panduan Pelaksanaan Kokurikulum
Menurut sub peraturan 3(1) dalam Peraturan peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan)
1997, kokurikulum adalah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan. “Kurikulum
Kebangsaan” ialah satu program pendidikan yang merangkumi semua pengetahuan,
kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan
sesaorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta
menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini untuk menyampaikan pengetahuan.
Pelaksanaan aktiviti kokurikulum mestilah mematuhi dasar dan merujuk kepada
perundangan untuk mengelakkan timbulnya masalah yang tidak diingini kepada organisasi
dan individu pelaksananya.
Pelaksanaan kegiatan kokurikulum disekolah hendaklah berasaskan prinsip penyertaan
beramai-ramai tanpa ada unsur- unsur diskriminasi atau paksaan dan yang bercanggah
dengan dasar Pendidikan Kebangsaan dan Perlembagaan Negara (SPI Bil 16/2000,
KP(BS)8591/Jld. Xvi(16) bertarikh 13 November 2000).
7.4 Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum Sekolah
Guru besar/Pengetua sebagai Penolong Pendaftar mempunyai kuasa untuk melantik guru
sebagai guru penasihat bagi menjalankan tugas- tugas dalam aktiviti kokurikulum berdasarkan
peruntukan yang sedia ada (Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Bahagian 2).
Setiap sekolah seharusnya mempunyai carta organisasi Jawatankuasa Pengurusan
Kokurikulum Sekolah sebelum memulakan operasi mereka. Contoh carta organisasi yang
dicadangkan oleh Bahagian Sekolah, KPM adalah seperti dalam Rajah 2.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 70
Rajah 2: Contoh Carta Organisasi Pengurusan Kokurikulum
7.5 Kefahaman dan Sikap Guru
Menurut Abdullah Sani (2005) aktiviti kokurikulum boleh digunakan sebagai strategi
mengawal disiplin pelajar di sekolah. Walaubagaimanapun, aktiviti ini tidak dapat dijalankan
dengan sempurna disekolah apabila ada setengah-setengah pelajar enggan melibatkan diri
dalam aktiviti ini. Ada juga ibubapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka terlibat
dalam kegiatan kokurikulum kerana dianggap tidak memberi manfaat kepada pelajar.
Sebenarnya ibu bapa dan pelajar perlu memahami fungsi sekolah yang bukan sahaja memberi
ilmu pengetahuan malahan sekolah juga berfungsi melahirkan golongan yang mempunyai
anggota badan yang sihat.
Justeru kefahaman dan sikap guru yang positif diharapkan dapat mengubah persepsi
pelajar dan ibu bapa bagi menyerlahkan kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap
pembangunan jasmani dan sosial individu.
8.0 METOD
8.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian ini menggunakan gabungan kaedah tinjauan dan kaedah korelasi di mana
pelbagai teknik digunakan termasuk penggunaan pengujian statistik deskriptif dan inferensi
berasaskan soal selidik (Mohamad Najib 1999). Soal selidik yang digunakan diperoleh
daripada Supervisory Communication Scales yang dibina oleh Huseman dan rakan - rakan
(1980an) untuk menilai kefahaman guru dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Soal selidik itu kemudiannya diubah suai agar menepati tujuan dan objektif
kajian bagi mendapatkan maklumat daripada responden mengenai perbezaan persepsi
JAWATANKUASA PENGURUSAN KOKURIKULUM SEKOLAH
Pengetua/Guru besar
GPK pengurusan
dan kurikulum GPK HEM GPK Kokurikulum Penyelia Petang
Setiausaha Sukan
Setiausaha Kokurikulum
Penyelaras Pasukan
Badan Berunifom
Penyelaras
Kelab/Persatuan
Guru penasihat Guru Penasihat Guru Penasihat Guru Rumah
Sukan Guru Pasukan
Sekolah
Pengerusi Pasukan Badan Berunifom, Kelab/Persatuan, Kelab Sukan/Permainan, Ketua Rumah
Sukan dan Kapten Pasukan Sekolah (murid murid )
Wakil JBPS
Penyelaras Kelab Sukan/
Permainan
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 71
kefahaman guru dan persepsi sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah menengah.
Bagi mengukur tahap kefahaman dan sikap guru, pengkaji menggunakan pemarkahan
skala likert yang telah diubahsuai mengikut pernyataan- pernyataan yang dikemukakan
kepada responden kajian. Landy (1989) menyatakan skala likert merupakan satu kaedah
pengukuran yang diperkenalkan oleh Rencis Likert (1932). Skala likert digunakan kerana
ianya mudah untuk diaplikasikan dan difahami dalam menjalankan tugas ini. Skala ini
memudahkan pengkaji menggunakan soalan dengan tepat (Robbins, 1986).
8.2 Populasi dan Pensampelan Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada 160 orang guru yang mengajar di tiga buah
sekolah menengah di Zon Pusat Kegiatan Guru (PKG) Pasir Gudang, Johor Bahru seperti
yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.
Jadual 1: Bilangan guru
Nama sekolah Bilangan guru
SMK Seri Kota Puteri 78
SMK Seri Kota Puteri 2 34
SMK Megah Ria 56
Jumlah 160
Tiga buah sekolah yang dipilih kerana mempunyai latarbelakang pencapaian aktiviti
kokurikulum yang kurang cemerlang, dan dalam zon aktiviti kokurikulum yang sama. Dalam
kajian ini seramai 150 orang guru telah dipilih sebagai sampel kajian. Seramai 10 orang guru
tidak terlibat dalam kajian ini kerana mereka tiada di sekolah sewaktu kajian ini dijalankan
atas urusan tugas rasmi di luar sekolah.
Pemilihan guru sebagai sampel kajian dibuat secara rawak berstrata kerana ketidak
seragaman sampel yang wujud disamping dapat mengurangkan ralat persampelan. Menurut
Kerlinger (1986) cara terbaik dalam pemilihan sampel adalah kaedah persampelan rawak.
Sampel rawak adalah kaedah memilih sampel daripada populasi menggunakan senarai yang
banyak dimana setiap sampel mempunyai peluang yang sama banyak untuk dipilih. Dalam
kajian ini walaupun bilangan sampel adalah terhad, pemilihan sampel secara rawak masih
dipraktikkan iaitu dengan memilih sampel tanpa mengira latar belakang pengalaman dan
kemahiran dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
8.3 Instrumen Kajian Menurut Rosnee dan Freeman (1989) dalam Lily (2006), kajian merupakan satu pengumpulan
data secara sistematik dari satu populasi yang ditentukan dengan menggunakan cara
mengedarkan soal selidik atau temuduga. Dalam kajian ini, kaedah soal - selidik digunakan
untuk mengumpulkan data. Kelebihan kaedah pengedaran soalselidik kepada para responden
ialah ia dapat mengelakkan masalah bias di antara penyelidik dengan responden serta
memberi masa yang cukup untuk responden menjawab soalan-soalan yang disediakan.
Borang soal selidik dalam kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian utama yang
merangkumi soalan -soalan tentang ciri -ciri demografi guru, pemboleh ubah bebas dan
pemboleh ubah bersandar.
Bahagian A mengandungi tiga soalan berkaitan maklumat mengenai latar diri
responden seperti jantina, kaum dan institusi latihan perguruan.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 72
Bahagian B mengandungi 10 soalan berkaitan dengan kefahaman guru dalam
melaksanakan aktiviti kokurikulum di sekolah manakala bahagian C pula mengandungi 10
soalan berkaitan dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang
dirancang.
Jumlah keseluruhan soalan yang perlu dijawab oleh responden adalah 23 soalan.
Soalan - soalan ini tidak ditaburkan secara sama rata berdasarkan kepada keperluan aspek
yang hendak dikaji dan dari aspek positif dan negatifnya. Dua bentuk soalan diberikan
kepada responden iaitu soalan berbentuk negatif dan soalan berbentuk positif.
Setiap soalan mempunyai lima jawapan yang diukur dengan menggunakan skala likert
(Cohen, 1992) yang telah diubahsuai seperti berikut:
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju
Pemarkatan item positif dan item negatif ditunjukkan dalam Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Panduan pemarkatan item
Jawapan Item positif Item negatif
Sangat setuju 5 1
Setuju 4 2
Tidak pasti 3 3
Tidak setuju 2 4
Sangat tidak setuju 1 5
Dalam menganalisis data dan melihat kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum, skor yang diperoleh dibahagikan kepada tiga tahap iaitu tahap rendah,
tahap sederhana dan tahap tinggi. Tahap kefahaman guru dikelaskan seperti dalam Jadual 3.
Jadual 3: Tahap kefahaman guru
Tahap sikap guru pula dikelaskan seperti di dalam Jadual 4 berikut:
Tahap kefahaman guru Min skor
Tinggi 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah 1.00 – 2.33
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 73
Jadual 4: Tahap sikap guru
8.4 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan sebelum kajian sebenar dengan menggunakan sampel yang
mempunyai ciri-ciri yang sama dengan populasi yang hendak dikaji. Kajian rintis telah
dijalankan di sekolah yang tidak terlibat dengan kajian sebenar. Seramai 20 orang guru di
SMK Permas Jaya terlibat dalam kajian ini.
Kebolehpercayaan item soal selidik diuji menggunakan Alpha Cronbach. Menurut
Bolhan (2000) Alpha Cronbach merupakan koefisien atau pekali kebolehpercayaan yang
menunjukkan item berhubungan antara satu sama lain dan untuk menguji ketekalan dalaman
soal selidik.
Nilai alpha yang diperoleh dari kajian rintis bagi aspek kefahaman guru dan sikap guru
ditunjukkan dalam Jadual 5 berikut:
Jadual 5: Analisis kebolehpercayaan instrumen kajian
Bahagian Pernyataan Bil. Iten Cronbach Alpha (N=20)
B Kefahaman
Guru 10 0.7586
C Sikap Guru 10 0.7429
Hasil analisis data bagi kajian rintis menunjukkan bahawa nilai alpha bagi instrumen
Bahagian B (Kefahaman Guru) adalah 0.7586 dan nilai apha bagi instrumen Bahagian C
(Sikap guru) adalah 0.7429. Nilai alpha ini berada dalam linkungan penerimaan seperti yang
dinyatakan oleh Sekaran (1992). Oleh itu instrumen kajian rintis tidak perlu dimurnikan dan
boleh digunakan sepenuhnya dalam kajian sebenar.
9.0 DAPATAN KAJIAN
9.1 Analisis Latar Belakang Responden
Jadual 6 menunjukkan taburan responden mengikut jantina.
Jadual 6: Taburan responden mengikut jantina
Jantina Kekerapan ( f ) Peratus ( % )
Lelaki 36 24.0
Perempuan 114 76.0
Jumlah 150 100.0
Tahap sikap guru Min skor
Tinggi 3.68 – 5.00
Sederhana 2.34 – 3.67
Rendah 1.00 – 2.33
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 74
Didapati bahawa jumlah responden perempuan lebih banyak iaitu 114 orang iaitu 76
peratus berbanding responden lelaki sebanyak 36 orang (24 peratus).
Jadual 7 di bawah menunjukkan responden mengikut kaum.
Jadual 7: Taburan responden mengikut kaum
Kaum Kekerapan ( f ) Peratus ( % )
Melayu 127 84.7
Cina 7 4.7
India 15 10.0
Lain-lain 1 0.7
Jumlah 150 100.0
Hasil kajian menunjukkan sebanyak 127 orang (84.7 peratus) responden dari kaum
Melayu, 15 orang (10 peratus) responden dari kaum India, 7 orang (4.7 peratus) orang
responden dari kaum Cina dan seorang (0.7 peratus) responden dari kaum lain.
Jadual 8 menunjukkan taburan responden mengikut institusi latihan perguruan.
Responden yang mendapat latihan perguruan dari Universiti (Sarjana Muda Pendidikan/
Diploma Pendidikan) adalah sebanyak 126 orang (84 peratus) manakala dari Institut
Perguruan (KPLI / Diploma Pendidikan) adalah sebanyak 24 orang (16 peratus).
Jadual 8: Taburan responden mengikut institusi latihan perguruan
Institusi Latihan Perguruan Kekerapan ( f ) Peratus ( % )
Universiti
(Sarjana Muda Pendidikan/ Diploma
Pendidikan)
126 84.0
Institut Perguruan
(KPLI / Diploma Pendidikan)
24 16.0
Jumlah 150 100.0
9.2 Analisis Bahagian B Kefahaman Dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti
kokurikulum
Berikut ialah analisis bilangan, peratusan, skor min dan sisihan piawai bagi meninjau persepsi
responden terhadap setiap item bagi aspek kefahaman guru dan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah.
Jadual 9 menunjukkan taburan responden mengikut aspek kefahaman guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah yang dikaji.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 75
Jadual 9: Taburan responden mengikut aspek kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum
No
Item
Aspek Kefahaman Guru
Am
at
Tid
ak
Set
uju
Tid
ak
Set
uju
Tid
ak
Pa
sti
Ber
setu
ju
Sa
ng
at
Set
uju
Min
SP 1
Bil
(%)
2
Bil
(%)
3
Bil
(%)
4
Bil
(%)
5
Bil
(%)
B1
Aktiviti kokurikulum perlu menyemai
kesedaran murid-murid tentang budaya
1
(0.7)
1
(0.7)
2
(1.3)
54
(36.0)
92
(61.3) 4.57 0.63
B9
Aktiviti kokurikulum dapat
menyediakan murid dengan kemahiran
seperti yang diperoleh dari program
khidmat Negara.
- 2
(1.3)
2
(1.3)
63
(42.0)
83
(55.3) 4.51 0.60
B10
Aktiviti kokurikulum dapat
mengukuhkan integrasi nasional.
1
(0.7) -
2
(1.3)
66
(44.0)
81
(54.0) 4.51 0.60
B2
Aktiviti kokurikulum dapat
menyeimbangkan antara
perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan
emosi murid-murid.
1
(0.7) -
2
(1.3)
67
(44.7)
80
(53.3) 4.50 0.60
B6
Aktiviti kokurikulum dapat
mewujudkan budaya akademik yang
cemerlang.
- - 2
(1.3)
79
(52.7)
69
(46.0) 4.45 0.53
B3
Aktiviti kokurikulum mengukuhkan
perhubungan dan pergaulan di
kalangan murid dalam sekolah sahaja.
- 2
(1.3)
3
(2.0)
73
(48.7)
72
(48.0) 4.43 0.61
B4
Aktiviti kokurikulum membina dan
meningkatkan minat dan bakat-bakat
murid-murid dalam aktiviti yang
diceburi.
- - 1
(0.7)
84
(56.0)
65
(43.3) 4.43 0.51
B7
Aktiviti kokurikulum dapat membina
dan meningkatkan kerjasama antara
sekolah dan ibubapa.
- - 3
(2.0)
80
(53.3)
67
(44.7) 4.43 0.54
B5 Aktiviti kokurikulum membina dan
meningkatkan disiplin murid. - -
4
(2.7)
90
(60.0)
56
(37.3) 4.35 0.53
B8
Aktiviti kokurikulum dapat
mewujudkan sekolah berwatak.
- - 3
(2.0)
8
(5.3)
84
(56.0) 4.27 0.65
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 76
Purata 4.45
Berdasarkan Jadual 9, pernyataan “Aktiviti kokurikulum perlu menyemai kesedaran
murid-murid tentang budaya” mempunyai nilai min yang paling tinggi iaitu 4.57. Sebanyak
92 orang (61.3 peratus) sangat bersetuju dengan kenyataan tersebut, seorang (0.7peratus) amat
tidak setuju, seorang (0.7 peratus) tidak setuju, dua orang (1.3peratus) tidak pasti, dan 54
orang (36 peratus) bersetuju. Secara keseluruhannya 146 orang responden menunjukkan
raeaksi yang positif. Ini adalah kerana aktivti kokurikulum boleh membantu pelajar membina
sikap moral yang baik.
“Sementara itu, terdapat seorang (0.7 peratus) amat tidak setuju, dua orang (1.3
peratus) tidak pasti, 66 orang (44 peratus) bersetuju dan 81 orang (54 peratus) sangat setuju
dengaan pernyataan "Aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integrasi nasional.”. Dapatan
kajian menunjukkan 147 (98.0 peratus) orang responden bersetuju dengan kenyataan
“Aktiviti kokurikulum dapat menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan
perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.”
Pernyataan tentang "Aktiviti kokurikulum membina dan meningkatkan disiplin
murid.”, seramai 146 (97.3 peratus) responden bersetuju, dan empat orang (2.7 peratus)
tidak pasti. Pernyataan "Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan sekolah berwatak.”
mempunyai nilai min yang paling rendah iaitu 4.27, dengan tiga orang (2 peratus)
menyatakan tidak pasti, 8 orang (5.3 peratus) bersetuju dan 84 orang (56 peratus) sangat
bersetuju.
Jadual 10: Taburan responden mengikut aspek sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum
No
Item
Aspek Sikap Guru
Am
at
tid
ak
Set
uju
Tid
ak
Set
uju
Tid
ak
Pa
sti
Ber
setu
ju
Sa
ng
at
Set
uju
Min
SP 1
Bil
(%)
2
Bil
(%)
3
Bil
(%)
4
Bil
(%)
5
Bil
(%)
C10
Walaupun saya tidak berkemahiran dalam
tugas yang diberikan, saya sentiasa berusaha
untuk melaksanakan sebaik mungkin tugas
tersebut dalam menjalankan aktiviti
kokurikulum.
1
(0.7)
2
(1.3)
4
(2.7)
54
(36.)
89
(59.3)
4.52 0.68
C2
Saya akan memberi kerjasama yang baik
kepada rakan-rakan dalam menjalankan
sesuatu aktiviti kokurikulum.
- - 1
(0.7)
76
(50.7)
73
(48.7)
4.48 0.51
C4
Saya sentiasa bersedia sekiranya diarahkan
oleh pihak sekolah untuk menghadiri kursus,
bengkel atau seminar yang boleh
meningkatkan kefahaman dan kemahiran
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum.
- - 3
(2.0)
81
(54.
66
(44)
4.42 0.53
Saya selalu berbincang dengan rakan-rakan
untuk penambahbaikkan program dalam
merancang aktiviti kokurikulum yang akan
- - 5 82 63 4.39 0.55
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 77
C5 dijalankan supaya ia mencapai objektif yang
diharapkan.
(3.3) (54.7) (42)
C1
Saya sentiasa hadir dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan sekiranya saya
tiada masalah atau tugas lain.
1
(0.7)
1
(0.7)
4
(2.7)
85
(56.7)
59
(39.3)
4.33 0.63
C8
Saya memberi kebebasan kepada pelajar
untuk memilih ahli kumpulan mereka sendiri
asalkan terdiri dari pelbagai kaum sekiranya
aktiviti kokurikulum yang dijalankan
melibatkan pembentukan kumpulan.
- - 9
(6.0)
94
(62.7)
47
(31.3)
4.25 0.56
C6
Saya sentiasa menggunakan bahasa yang
sopan apabila berinteraksi dengan pelajar
semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
- - 13
(8.7)
101
(67.3)
36
(24)
4.15 0.55
C7
Saya selalu memberi pujian dan penghargaan
kepada pelajar supaya mereka terus
melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
kokurikulum yang diminati.
- 3
(2.0)
16
(10.7)
97
(64.7)
34
(22.7)
4.08 0.64
C9
Saya selalu berusaha untuk bersikap adil
semasa memberi markah kepada penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan
merujuk wajaran yang disediakan.
- 34
(22.7)
24
(16)
57
(38)
35
(23.3)
3.62 1.08
C3
Saya akan bersedia memberi tunjuk ajar
kepada rakan guru yang lain sekiranya
diperlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti
kokurikulum.
7
(4.7)
32
(21.3)
13
(8.7)
66
(44)
32
(21.3)
3.56 1.18
Purata 4.18
Jadual 10 menunjukkan taburan responden berkaitan sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor. Dari jadual
didapati bahawa 143 orang responden (95.3 peratus) bersetuju dengan pernyataan “Walaupun
saya tidak berkemahiran dalam tugas yang diberikan, saya sentiasa berusaha untuk
melaksanakan sebaik mungkin tugas tersebut dalam menjalankan aktiviti kokurikulum.”
Seramai 149 (99.4 peratus) responden bersedia untuk memberi kerjasama yang baik
kepada rakan-rakan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum dan cuma seorang (0.7
peratus) sahaja yang tidak pasti.
Sementara itu, 81 orang (54 peratus) bersetuju dan 66 orang (44 peratus) sangat setuju
bersedia sekiranya diarahkan oleh pihak sekolah untuk menghadiri kursus, bengkel atau
seminar yang boleh meningkatkan kefahaman dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum dan seramai tiga orang (2 peratus) pula tidak pasti.
Dapatan kajian juga menunjukkan 82 orang (54.7 peratus) bersetuju dan 63 orang (42
peratus) sangat bersetuju untuk berbincang dengan rakan-rakan untuk penambahbaikkan
program dalam merancang aktiviti kokurikulum yang akan dijalankan supaya ia mencapai
objektif yang diharapkan.
Sebanyak 137 orang responden (91.3 peratus) bersetuju untuk sentiasa menggunakan
bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan pelajar semasa menjalankan aktiviti
kokurikulum dan terdapat 13 orang (8.7 peratus) responden tidak pasti. Dalam menguji sikap
guru semasa melakukan penilaian terhadap aktiviti kokurikulum pelajar, didapati 32 orang
(22.7 peratus) tidak setuju, 24 orang (16 peratus) tidak pasti manakala 92 (61.3 peratus)
sangat setuju bahawa mereka selalu berusaha untuk bersikap adil semasa memberi markah
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 78
kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan merujuk wajaran yang
disediakan.
Sementara itu hanya 98 (61.3 peratus) orang responden sahaja yang bersedia untuk
memberi tunjuk ajar kepada rakan guru yang lain sekiranya diperlukan dalam menjalankan
sesuatu aktiviti kokurikulum.
Hipotesis 1: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut jantina
Jadual 11 menunjukkan dapatan kajian berkaitan perbandingan tahap kefahaman guru
terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum dari aspek jantina.
Jadual 11: Analisis Ujian-t perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut jantina
Analisis ujian t menunjukkan nilai signifikan „p‟ yang diperoleh adalah 0.897 dan nilai
ini adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Ini menunjukkan
terdapat perbezaan antara kefahaman guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Oleh yang demikian hipotesis 1 dengan kenyatan tidak terdapat perbezaan
tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum dari aspek jantina adalah
ditolak.
Hipotesis 2: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut jantina
Jadual 12 yang berikut menunjukkan perbandingan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut faktor aspek jantina.
Jadual 12: Analisis ujian-t perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
mengikut jantina
Jantina N Mean SD. t. Sig.
Lelaki 36 4.40 0.38 -0.907 0.568
Perempuan 114 4.46 0.35 -0.861
N=150 Signifikan pada aras 0.05
Analisis menunjukkan nilai „p‟ yang di peroleh dari kajian adalah 0.568 dan nilai ini
adalah lebih besar daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Maka terdapat
perbezaan antara sikap guru lelaki dan perempuan terhadap pelaksanaan aktiviti
Kokurikulum. Oleh yang demikian hipotesis 2 dengan pernyataan tidak terdapat perbezaan
Jantina N Mean SD. t. Sig.
Lelaki 36 4.15 0.37 -0.531 0.897
Perempuan 114 4.19 0.36 -0.526
N=150 Signifikan pada aras 0.05
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 79
dalam aspek sikap guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum terhadap faktor jantina
adalah ditolak.
Hipotesis 3: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum
Jadual 13 menunjukkan perbandingan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut kaum.
Jadual 13: Analisis Anova sehala - perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut kaum
Kaum N Min SP df F Sig.
Melayu 127 4.19 0.36 3
146
149
2.881 0.038
Cina 7 3.94 0.23
India 15 4.16 0.37
Lain-lain 1 5.00 -
Jumlah 150 4.18 0.36
Antara Kump.
Dengan Kump.
Jumlah
1.084
18.310
19.394
Perbezaan signifikan pada aras p≤ 0.05
Berdasarkan Jadual 13 menunjukkan perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti Kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor mengikut
kaum, nilai signifikan „p‟ yang didapati adalah 0.038 dan nilai ini lebih kecil daripada aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara kefahaman
guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang,
Johor mengikut kaum. Oleh yang demikian hipotesis 3 adalah di terima iaitu tidak terdapat
perbezaan kefahaman guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut kaum.
Hipotesis 4: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut kaum
Jadual 14 menunjukkan tidak terdapat perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum kerana nilai „p‟ yang diperoleh adalah 0.019 yang lebih
kecil dari nilai aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05. Oleh yang demikian hipotesis 4
adalah di terima iaitu tidak terdapat perbezaan sikap guru dalam melaksanakan aktiviti
kokurikulum mengikut kaum.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 80
Jadual 14: Analisis ANOVA sehala perbandingan sikap guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum mengikut kaum
Hipotesis 5: Tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman guru terhadap pelaksanaan
aktiviti kokurikulum dari segi institusi latihan perguruan.
Jadual 15 menunjukkan analisis ujian t tehadap perbezaan kefahaman guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor
mengikut institusi latihan perguruan. Nilai signifikan „p‟ adalah 0.353 dan lebih besar
daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05, dengan itu terdapat perbezaan kefahaman
guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang,
Johor mengikut institusi latihan perguruan.
Jadual 15: Analisis ujian-t perbezaan kefahaman guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan
Institusi Latihan
Perguruan
N Mean SD. t. Sig.
Universiti
(Sarjana Muda Pendidikan /
Diploma Pendidikan)
126 4.16 0.36 -1.908 0.353
Institut Perguruan
(KPLI / Diploma
Pendidikan)
24 4.31 0.37 -1.854
N=150 Signifikan pada aras 0.05
Oleh yang demikian hipotesis 5 adalah di tolak dimana terdapat perbezaan kefahaman
guru dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan.
Kaum N Min SP df F Sig.
Melayu 127 4.42 0.35 3
146
149
3.419 0.019
Cina 7 4.37 0.35
India 15 4.67 0.31
Lain-lain 1 5.00 -
Jumlah 150 4.44 0.35
Antara Kump.
Dengan Kump.
Jumlah
1.231
17.519
18.750
Perbezaan signifikan pada aras p≤ 0.05
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 81
Hipotesis 6: Tidak terdapat perbezaan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengikut institusi latihan perguruan
Jadual 16 menunjukkan ujian t perbandingan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
Kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut institusi latihan
perguruan. Nilai signifikan „p‟ yang diperoleh adalah 0.061 dan lebih besar daripada aras
signifikan yang ditetapkan iaitu 0.05 maka terdapat perbezaan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah daerah Pasir Gudang, Johor mengikut
institusi latihan perguruan.
Jadual 16: Analisis Ujian-t perbezaan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
mengikut institusi latihan perguruan
Institusi Latihan
Perguruan
N Mean SD. t. Sig.
Universiti
( Sarjana Muda
PENDIDKAN / Diploma
Pendidikan)
126 4.44 0.33 -0.654 0.061
Institut Perguruan
(KPLI / Diploma
Pendidikan)
24 4.49 0.46 -0.521
N=150 Signifikan pada aras 0.05
Oleh yang demikian hipotesis 6 adalah di tolak dimana terdapat perbezaan sikap guru
dalam melaksanakan aktiviti kokurikulum dari aspek institusi latihan perguruan.
Hipotesis 7: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dengan sikap
guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Jadual 17: Analisis korelasi Pearson hubungan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum
Kefahaman Guru Sikap Guru
N Korelasi Pearson Signifikan
150 0.409** 0.000
Kolerasi adalah signifikan pada aras 0.05 ( 2 hala).
Korelasi adalah signifikan pada 0.05 0.01 (2-hala).
Jadual 17 menunjukkan analisis korelasi Pearson hubungan antara kefahaman dengan
sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah Daerah
Pasir Gudang, Johor. Oleh kerana nilai signifikan „p‟ yang diperoleh adalah 0.00 dan nilai ini
adalah lebih kecil daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01, maka disimpulkan
bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah menengah daerah Pasir Gudang,
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 82
Johor. Ini menunjukkan terdapat hubungan yang bersifat positif dan pada tahap hubungan
sederhana. Mengikut Garis Panduan Guilford jika nilai „p‟ adalah antara 0.40 hingga 0.70,
maka nilai ini menunjukkan hubungan yang sederhana.
Oleh yang demikian hipotesis 7 adalah di tolak kerana terdapat hubungan yang
signifikan antara kefahaman dengan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
tiga buah sekolah menengah Daerah Pasir Gudang, Johor.
10.0 PERBINCANGAN
10.1 Tahap Kefahaman Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di
Sekolah Menengah
Secara umumnya hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman guru terhadap
pelaksanaan aktiviti kokurikulum adalah tinggi dengan nilai min purata sebanyak 4.45 dimana
96.0 peratus responden mempunyai tahap tinggi. Hasil dapatan ini menyokong kajian yang
telah dilakukan oleh Mohd Jannes (2000) yang mendapati tahap kefahaman guru dalam
merancang aktiviti kokurikulum adalah tinggi.
Secara terperincinya untuk item B1 yang berbunyi “Aktiviti kokurikulum perlu
menyemai kesedaran murid tentang budaya” telah mendapat 97.3 peratus responden
bersetuju. Ini menunjukkan bahawa responden tidak peka kepada objektif sebenar iaitu
aktiviti kokurikulum perlu “Menyemai kesedaran murid terhadap agama dan kepercayaan
kepada Tuhan”. Responden mungkin terpengaruh dan terkeliru dengan persekitaran yang
menekankan nilai kebudayaan dalam aktiviti kokurikulum.
Walaupun sebanyak 96.7 peratus responden bersetuju dengan kenyataan dalam item
B3 “Aktiviti kokurikulum mengukuhkan perhubungan dan pergaulan dikalangan murid dalam
sekolah sahaja”, hasil dapatan kajian ini menunjukkan responden kurang arif dengan objektif
sebenar aktiviti kokurikulum yang menekankan pengukuhan hubungan dan pergaulan
dikalangan murid dalam dan antara sekolah. Cuma 1.3 peratus responden jelas dengan
objektif ini dan 2.0 peratus pula tidak pasti.
“Aktiviti kokurikulum dapat mewujudkan budaya akademik yang cemerlang” dalam
item B6 mendapat persetujuan 98.7 peratus responden. Sekali lagi responden tidak jelas
dengan objektif sebenar kokurikulum iaitu “Aktiviti kokurikulum dapat mengwujudkan
budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan”. Walau bagaimanapun, aktiviti
kokurikulum masih dapat membantu mewujudkan budaya akademik yang cemerlang secara
tidak langsung melalui aktiviti kelab dan persatuan ko-akademik. Adnan (1998) berpendapat
kokurikulum adalah satu saluran yang menggalakkan bakat dan sifat kreativiti. Pelaksanaan
kokurikulum dapat melahirkan iklim dan budaya belajar yang lebih ceria dan menyeronokkan
dan meninggalkan kesan positif kepada pelajar (Wee, 1999) dan Khairiah (2006) berpendapat
kokurikulum boleh mencipta kreativiti dan idea baru.
Dengan min 4.43 dan persetujuan responden pada tahap 98.0 peratus, pernyataan
dalam item B7 “Aktiviti kokurikulum dapat membina dan meningkatkan kerjasama antara
sekolah dan ibubapa” mengaburi pernyataan sebenar iaitu “Aktiviti kokurikulum dapat
membina dan meningkatkan kerjasama antara sekolah dan masyarakat”. Ini mungkin
disebabkan oleh pengaruh pengalaman kendiri guru yang kerap berkerjasama dengan ibu bapa
(PIBG) sahaja dalam melaksanakan program aktiviti kokurikulum di sekolah. Konsep
masyarakat atau komuniti adalah lebih meluas dan menyeluruh dengan melibatkan kerjasama
antara sekolah dan badan-badan kerajaan, badan-badan swasta serta agensi bukan kerajaan
(NGO).
Akhir sekali untuk item B10 “Aktiviti kokurikulum dapat mengukuhkan integrasi
nasional”, sebanyak 98 peratus responden bersetuju. Memang tidak dapat disangkal lagi
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 83
dengan penyertaan wajib semua pelajar dalam kegiatan kokurikulum, pelajar belajar
berinteraksi sosial secara positif dengan menghormati perbezaan pendapat dan budaya
kaum-kaum yang lain. Sesuai dengan pernyataan Mohamad Nor (1990) yang berpendapat
kokurikulum sebagai bidang pendidikan yang memberi penekanan ke atas pemupukan
semangat, nilai dan sikap yang diperlukan untuk pembentukan sahsiah yang penting untuk
perkembangan aspek kemasyarakatan ke arah perpaduan dan kewarganegaraan.
10.2 Tahap Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum di Sekolah
Menengah
Analisis berkaitan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang
mempunyai nilai min purata 4.18 di mana sebanyak 97.0 peratus responden berada pada
tahap tinggi. Hasil dapatan ini menyokong dapatan dari kajian yang dilakukan oleh Mohd
Jannes (2000) yang mendapati guru- guru mempunyai komitmen yang tinggi dalam
pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Secara terpeincinya, item C1 yang berpernyataan “Saya sentiasa hadir dalam aktiviti
kokurikulum yang dijalankan sekiranya saya tiada masalah atau tugas lain”, didapati 96.0
peratus responden bersetuju. Ini menunjukkan guru-guru bersedia untuk menghadirkan diri
dalam pelaksanaan aktiviti kokurikulum yang dipertanggunjawabkan. Hasil dapatan ini
bercanggah dengan dapatan dari Yap (2006) yang mendapati pelaksanaan aktiviti
kokurikulum mengganggu tugas-tugas lain di sekolah dan seterusnya menambah beban guru.
Oleh itu guru lebih cenderung untuk tidak menghadirkan diri dalam pelaksanaan aktiviti yang
dirancangkan. Justeru Zainun dan Wan Hasmah (1996) menyarankan agar pengurus
kokurikulum atau pengetua memberi perhatian kepada pengagihan tugas secara seimbang
antara guru-guru untuk mengelakkan kurang komitmen dan timbulnya rasa tidak puas hati.
Bagi item C3 “Saya akan bersedia memberi tunjuk ajar kepada rakan guru yang lain
sekiranya diperlukan dalam menjalankan sesuatu aktiviti kokurikulum” 65.3 peratus
responden bersedia melakukannya. Nilai yang rendah ini adalah disebabkan setiap guru
mungkin mempunyai kemahiran yang agak sama, maka bantuan dari rakan sebaya tidak
begitu diperlukan. Namun sebanyak 26 peratus guru tidak bersetuju untuk berkongsi ilmu dan
perkara ini seharusnya tidak berlaku dalam dunia pendidikan khususnya dalam konteks
perkongsian ilmu. Justeru program Latihan Dalam Perkhidmatan amat sesuai dipraktikkan
dalam usaha membantu dan melatih guru untuk berkongsi ilmu dan kemahiran tanpa mengira
kaum dan pengalaman mengajar.
Follet (1926) dalam Rahimah (2001) menekankan masalah utama organisasi seperti
sekolah adalah bagaimana organisasi membentuk dan menyelenggarakan hubungan yang
dinamik dan harmoni antara anggotanya. Guru perlu dilengkapi dengan pengetahuan dan
kemahiran mengenai hubungan kemanusiaan bagi menjamin kecekapan pengurusan dan
pentadbiran. Hendry (1983) dalam kajiannya menyatakan guru penasihat yang tidak terlatih
hanya akan memberi perhatian untuk melatih pelajar mengambil bahagian dalam
pertandingan sahaja.
Item C6 “Saya sentiasa menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi dengan
pelajar semasa menjalankan aktiviti kokurikulum” mempunyai min 4.15 dengan bilangan
guru yang bersetuju adalah sebanyak 91.7 peratus dan item C7 pula, “ saya selalu memberi
pujian dan penghargaan kepada pelajar supaya mereka terus aktif dalam aktiviti kokurikulum”
mendapati 87.4 peratus responden bersetuju. Ini bersesuaian dengan kenyataan oleh Rahimah
(2001) bahawa untuk menjamin guru atau sekolah berkesan, aspek kemanusiaan seperti
menghormati hak individu, penghargaan kendiri perlu difokuskan. Ini penting untuk
menggalakkan semua guru yang terlibat dalam kepimpinanan menghormati setiap individu
dan bersikap prihatin agar penyertaan bermakna dirasai oleh semua pihak.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 84
Item C9 yang menekankan “Saya selalu berusaha untuk bersikap adil semasa memberi
markah kepada penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan merujuk kepada
wajaran yang disediakan” menunjukkan 61.3 peratus guru bersetuju, dan 22.4 peratus guru
tidak bersetuju. Masih terdapat guru yang kurang mengamalkan nilai keadilan dalam
penilaian mereka dan perkara ini boleh menjadi penghalang kepada keberkesanan penilaian
berasaskan sekolah (PBS). Justeru dengan kecenderugan negatif ini pengurus kokurikulum
seharusnya dapat membimbing guru-guru membuat penilaian yang lebih tekal dan
pemantauan secara berkala perlu dirancang. Sesuai dengan dapatan Gholson (1993) yang
mendapati guru perlu diberi persediaan termasuk kemahiran mengurus, menilai dan menyelia
aktiviti kokurikulum. Sebagai idola guru seharusnya memberi contoh terbaik dalam urusan
penilaian tanpa bias (Pullas dan James,1979).
10.3 Perbandingan Tahap Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Demografi
Berdasarkan analisis ujian-t, menunjukkan terdapat perbezaan antara guru lelaki dan
perempuan dalam tahap kefahaman dan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum. Ini dijelaskan oleh nilai „p‟ yang diperoleh melebihi aras signifikan yang
ditetapkan (0.05 ) iaitu 0.897 dan 0.568 masing-masing. Ini menunjukkan bahawa jantina
mempengaruhi tahap kefahaman dan sikap guru.
Analisis berdasarkan nilai min pula mendapati tahap kefahaman guru lelaki adalah
lebih rendah berbanding guru perempuan, manakala dari aspek tahap sikap, sikap guru
perempuan adalah lebih baik berbanding guru lelaki dengan nilai min 4.46. Hasil kajian ini
menyokong dapatan kajian Mohd Jannes (2000) yang menunjukkan terdapat perbezaan
jelas tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut
jantina.
Walau bagaimanapun, hasil kajian yang didapati ini bertentangan dengan dapatan
kajian Yap (1996) dan Lillooet Learning Communities Society (2000) yang mengatakan tidak
terdapat perbezaan yang jelas tahap pengetahuan dan kefahaman guru lelaki dan perempuan
yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Analisis Anova sehala pula menunjukkan tidak terdapat perbezaan tahap kefahaman
dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum mengikut kaum. Nilai „p‟ yang
diperoleh adalah 0.019, nilai ini lebih kecil dari nilai signifikan 0.05.
Kaum Melayu mempunyai skor min 4.19, diikuti dengan kaum India 4.16 dan kaum
Cina pula 3.94. Ini mungkin disebabkan oleh taburan penempatan guru yang mana bilangan
guru Melayu adalah melebihi bilangan guru India dan Cina.
Dapatan ini tidak bertentangan dengan hasil kajian E (2006) yang mendapati tidak
terdapat hubungan yang signifikan antara tahap minat pelajar terhadap aktiviti kokurikulum
mengikut kaum, begitu juga dengan dapatan Khairiah (2006) yang menunjukkan tiada
hubungan signifikan antara tahap keaktifan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mengikut
kaum.
Walau bagaimanapun menurut dapatan E (2006) lagi, terdapat perbezaan jelas
persepsi pelajar terhadap penglibatan mereka dalam kokurikulum di mana pelajar Melayu
mempunyai skor persepsi yang paling tinggi, diikuti pelajar Cina dan India. Dari aspek
dorongan ibu bapa yang menggalakkan anak-anak mereka aktif dalam kokurikulum, ibu bapa
pelajar India mendahului senarai diikuti oleh ibu bapa pelajar Melayu dan Cina.
Pengalaman sedia ada semasa di bangku sekolah dan faktor dorongan ibu bapa
mungkin tidak mempengaruhi tahap kefahaman dan sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti
kokurikulum di sekolah menengah. Sikap boleh menentukan apakah yang sesaorang itu akan
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 85
dengar, lihat, fikir dan bertindak dan sikap ini adalah berasaskan kepada pengalaman (Susana
dan Marcos, 1985).
10.4 Perbandingan Tahap Kefahaman dan Sikap Guru Terhadap Pelaksanaan
Aktiviti Kokurikulum Mengikut Institusi Latihan Perguruan
Dalam melihat perbandingan tahap kefahaman guru mengikut institusi latihan perguruan
pula, kajian mendapati tahap kefahaman guru yang mendapat latihan perguruan di institut
perguruan adalah berbeza berbanding dengan kefahaman guru yang mendapat latihan
perguruan di universiti dengan nilai min 4.31 berbanding 4.16. Guru-guru lepasan institut
perguruan adalah mempunyai tahap kefahaman dan sikap yang lebih baik berbanding guru-
guru lepasan universiti. Nilai „p‟ yang diperoleh iaitu 0.061 dan nilai ini adalah lebih besar
berbanding nilai aras signifikan yang ditetapkan, iaitu pada 0.05. Maka hipotesis nol ditolak,
dan ini menunjukkan terdapat perbezaan sikap guru mengikut jenis institusi latihan
perguruan. Ini menunjukkan bahawa jenis institusi latihan perguruan mempengaruhi sikap
guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah menengah.
Pengkaji mendapati bahawa hasil dapatan kajian yang dilakukan ini bertentangan hasil
dapatan kajian yang dilakukan oleh Lee Lai Guan et. al (1999) yang mendapati bahawa guru-
guru lepasan maktab perguruan masih belum dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran
dalam pengurusan aktiviti kokourikulum, yang mana guru-guru baru ini masih kekurangan
atau tiada persediaan untuk melaksanakan kegiatan kokurikulum.
10.5 Tahap Hubungan Antara Kefahaman dan Sikap Guru
Akhir sekali kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan yang ketara antara tahap
kefahaman guru dengan tahap sikap guru terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Analisis
korelasi Pearson memberi nilai signifikan 0.000 yang mana ia adalah kecil dari nilai yang
ditetapkan iaitu 0.01. Korelasi koefisien yang diperoleh dari analisis data kajian adalah 0.49
dan nilai ini menunjukkan hubungan yang linear pada tahap sederhana. Ini menunjukkan
bahawa tahap kefahaman guru boleh mempengaruhi tahap sikap guru dalam pelaksanaan
aktiviti kokurikulum.
11.0 KESIMPULAN
Menerusi hasil kajian yang diperoleh menunjukkan guru-guru mempunyai tahap kefahaman
dan sikap yang tinggi terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Walaubagaimanapun,
penekanan kepada tahap kefahaman guru-guru perempuan perlu dipertingkat selaras dengan
perlunya meningkatkan tahap sikap guru lelaki terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di
sekolah. Langkah-langkah terbaik perlu difikirkan oleh pengurus kokurikulum sekolah dalam
memanipulasikan kekuatan dan kelemahan sumber manusia di bawah jagaan mereka supaya
penggembelingan faktor kefahaman dan sikap ini dapat memacu ke arah kecemerlangan
kokurikulum. Sewajarnya Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) menjadi rujukan
kepada guru dalam menjalankan amanah kepimpinan pendidikan supaya hasrat negara untuk
mempunyai rakyat warga kelas pertama menjadi kenyataan.
RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya.(2005). Mengurus Hal Ehwal Pelajar. Kuala Lumpur: PTS
Publications.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 86
Adnan Khamis. (1989). Sikap pelajar terhadap kegiatan kokurikulum pergerakan beruniform.
Satuk kajian awal. Bangi: Tesis Universiti Kebangsaan Malaysia.
Aminuddin Yusof. (2000). Takrif Kokurikulum. Unpublished paper: Universiti Putera
Malaysia.
Cohen, R. J. (1992). Psychological testing and assesment. California: Mayfield Publishing
Company.
E Pei Sze (2007). Persepsi, minat dan faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum
di sebuah sekolah Mmnengah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
sarjana yang tidak diterbitkan.
Gholson (1993). Studying curriculum. Buckingham : Open University Press.
Hendry (1983). Raising good children. New York: Bantam.
Kerlinger, F.N. (1986). Foundations of behavioral research: Educational and pychological
inquiry. London : Holt, Rinehart and Winston.
Khairiah Warman (2006). Hubungan antara tahap keaktifan penglibatan kokurikulum pelajar
dengan pembentukan asas kepimpinan- Satu kajian kes. Universiti Teknologi
Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Landy, J. F. (1989). Psychology of work behaviour. California: Cook/Cole Publishing
Company.
Lee Lai Guan et. al. (1999). Satu tinjauan tahap keperluan latihan guru pelatih semasa
menjalani praktikum - Institut Perguruan Darul Aman. Jurnal pendidikan. Jilid 2: 37 –
63
Lily Yusni Said. (2006). Gaya komunikasi pengetua mengikut persepsi guru dan
hubungannya dengan kepuasan kerja guru di zon PKG Permas Jaya, Johor Bahru.
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan.
Mohd Jannes G. Linggau. (2000). Sikap guru terhadap pengurusan kokurikulum. Tesis
Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan. Skudai : Penerbitan Universiti
Teknologi Malaysia.
Mohamad Nor Mohamad Taib. (1990). Pandangan pelajar dan ibubapa terhadap gerak kerja
kokurikulum sekolah menengah. Laporan Praktikum sarjana Pendidikan. Universiti
Malaya.
Mohd Sofian Omar Fauzee, Aminuddin Yusof, Borhan Yusof. (2000). Kokurikulum, peranan
dan implikasi. Kuala Lumpur: Sanon Printing.
Pullias, E.V and James, D.Y (1997). Guru adalah segala-galanya. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rahimah Hj Ahmad (2001). Kepemimpinan sekolah dalam menghadapi millenium baru.
Kuala Lumpur: Jurnal Institut Pengetua,Universiti Malaya.
Robbins, S.P. (1986).Organizational behaviour: Concepts, controversions and application.
Ed ke-7. Eaglewood Cliffs. Prentice Hall.
Susana de Souza Barros dan Marcos F. Elia. (1985). Physics teacher’s attitude: How do they
affect the reality of the classroom and models for change. F:/ Teachers Attitudes and
Practices.htm
Wee Eng Hoe. (1999). Organisasi dan pentabdiran sukan dalam pendidikan jasmani.
Selangor Darul Ehsan: Fajar Bakti Sdn Bhd.
Yap Eng Keat. (2006). Kerjasama guru terhadap pengurusan kokurikulum dari aspek
persediaan, pelaksanaan dan pengetahuan aspek keselamatan di sekolah menengah
Batu Pahat, Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan.
Yusof Boon & Salina Sabtu / Journal of Educational Management 87
Zainun Ishak dan Wan Hasmah Wan Mamat. (1985). Ke arah pengurusan kokurikulum yang
berkualiti di peringkat sekolah menengah. Jurnal Pendidikan, Jilid 39. Keluaran 82 :
16 – 20
_______________ (2006). Buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah menengah dan
rendah. Unit kokurikulum, Jabatan Pelajaran Johor.