0 0
KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA PROGRAM
/ PROGRAM CODE AND
NAME
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN
TAHAP / LEVEL 4
NO DAN TAJUK MODUL/
MODULE NO AND TITLE
KSK5013
INTRODUCTION TO COMPUTER SYSTEM AND NETWORK
NO DAN PERNYATAAN
TUGASAN / TASK(S) NO AND
STATEMENT
K1 HISTORY OF COMPUTER
1.1 Generations of Computer
1.2 Types of Computer
1.3 Components of Personal Computer
OBJEKTIF PENCAPAIAN
AKHIRAN / TERMINAL
PERFORMANCE OBJECTIVE
Student learn about the earliest computing generations, the
types of computer developed by humans, and the
fundamentals components of personal computer.
TARIKH:
NAMA PELAJAR
NO KAD PENGENALAN
1 1
K1 HISTORY OF COMPUTER
Komputer??
Komputer adalah alat atau mesin automatik yang boleh menerima arahan dari pengguna
kemudian memproses dan menyimpan maklumat untuk kegunaan kemudian. Fungsi utama komputer
adalah untuk memproses data menjadi maklumat. Ia adalah mesin boleh atur cara yang direka untuk
membaca dan melaksanakan urutan sesebuah senarai arahan yang membuatkan ia melakukan
operasi aritmetik dan logik berdasarkan angka binari.
Jujukan arahan kepada komputer dipanggil aturcara komputer (computer program). Arahan-
arahan yang difahami secara langsung oleh komputer dipanggil kod mesin/bahasa mesin. Proses
menyediakan aturcara komputer dipanggil pengaturcaraan komputer (computer programming).
Aturcara komputer ditulis dalam bahasa pengaturcaraan (programming language).
Sejarah Komputer
Sejarah bermula dari zaman purba di mana manusia telah pun mencipta dan menggunakan
pelbagai sistem pengiraan untuk kerja-kerja harian mereka. Walaupun sistem yang digunakan pada
zaman itu primitif, tetapi sistem itu mencukupi dan memenuhi matlamat mereka. Namun, manusia
sentiasa mencari cara supaya mereka boleh mengira dengan cepat dan tepat.
Sejarah seluruh komputer boleh dibahagikan kepada dua tempoh yang berasaskan teknologi
yang digunakan dalam peranti pengkomputeran seperti era mekanikal dan era elektronik.
Sejarah komputer dapat dibahagikan kepada dua era iaitu:
i. Sebelum 1940 an / era mekanikal
Ahli-ahli perniagaan dari negeri China, Turki dan Yunani menggunakan abakus (sempua)
untuk melakukan pengiraan asas campur, tolak dan darab sejak beribu tahun lepas. Abakus
mengandungi batu-batu yang dipasang pada beberapa bar dan pengiraan dilakukan dengan
mengubah kedudukan batu-batu itu.
Pada tahun 1617, John Napier mengemukakan sifir logaritma dan alat dipanggil Tetulang
Napier (Napier's bones). Alat ini dapat membuat pengiraan asas campur, tolak, darab dan bahagi,
dan mencari punca kuasa nombor. Tulang Napier diperbuat daripada tulang, kayu, logam dan
kad. Blaise Pascal mencipta mesin kira mekanikal pertama pada tahun 1642 iaitu Pascaline. Mesin
ini beroperasi dengan menggerakkan gear pada roda.
Pada tahun 1673, mesin pengira Leibnitz atau ' Stepped Reckoner' telah direka oleh ahli
Falsafah dan Matematik Jerman, Baron Gottfried Wilheim Von Leibnitz yang diubahsuai dari mesin
Pascaline.
Sejarah perkembangan komputer kemudiannya menembusi bidang penenunan sutera
pada tahun 1804 apabila Joseph Marie Jacquard membangunkan mesin menenun sutera yang
boleh diatur cara. Mesin itu dikawal dengan satu set arahan untuk melaksanakan satu tugasan
2 2
khusus. Konsep lubang dan tiada lubang Jacquard menandakan permulaan penggunaan
nombor binari dalam pemprosesan data. Herman Hollerith kemudiannya mempopularkan
penggunaan kad tebuk sebagai alat input data dengan mencipta mesin Penjadualan Hollerith
sekitar 1890.
Menyusul selepas itu ialah Charles Babbage yang digelar 'Bapa Komputer' atau 'Arkitek
Komputer Moden' telah membina Enjin Perbezaan (Difference Engine) pada tahun 1822.
Seterusnya pada tahun 1833, Enjin Analitik (Analytical Engine) mula dibina. Kedua-dua usahanya
tidak disiapkan kerana kekurangan teknologi serta terlalu maju untuk masanya. Usaha Babbage
kemudiannya dilaksanakan oleh George Scheutz pada tahun 1855 dan pada tahun 1889, Henry
Babbage telah mereka sebahagian daripada kilang Enjin Analitik itu. Semua komputer pada hari
ini menggunakan model mesin seperti yang dicadangkan oleh Babbage, iaitu input, ingatan,
pemprosesan dan output.
Pada tahun 1854, ahli matematik Inggeris, George Boole telah mencipta satu bidang algebra.
Pada tahun 1937 pula, Howard Aiken memperkenalkan mesin yang dibuat daripada komponen-
komponen mekanik dan elektonik yang dinamai Mark 1. Mesin ini boleh menyelesaikan masalah
fungsi trigonometri dan pengiraan asas.
ii. Selepas 1940 an/ era elektrikal
Pada tahun akhir tahun 1937, Dr. John V. Atanasoff dan Cliffor Berry telah mereka bentuk dan
membina komputer digital elektronik yang pertama di Iowa State University. Mesin mereka iaitu
Komputer-Atanasoff-Berry ataupun ABC, membekalkan asas bagi lanjutan dalam komputer digital
elektronik.
Semasa Perang Dunia Kedua pada tahun 1943, seorang saintis British bernama Alan Turing
telah mereka bentuk Colossus, sebuah komputer elektronik yang telah dicpta untuk tentera bagi
memecahkan kod-kod German. Kemunculan komputer ini telah dirahsiakan sehingga tahun 1970-
an. Pada tahun 1945, John von Neumann telah mencipta komputer elektronik untuk pembelajaran
lanjutan di institut. Komputer dan senibina von Neumann sesuai sebagai prototaip atau model
percubaan untuk komputer program yang distor berikutnya di seluruh dunia.
Pada tahun 1946, Dr. John W. Mauchly dan J. Presper Eckert, Jr telah menyelesaikan/
melengkapkan kerja dalam elektronik skala besar yang pertama bagi tujuan umum komputer
digital. Komputer dan Intergrator Angka Elektronik (Electronic Numerical Intergrator And Computer,
ENIAC) ini yang beratnya 30 tan mengandungi 18,000 vakum silinder, menduduki 30 x 50 kaki ruang,
dan menggunakan kuasa sebanyak 160 kilowatts. Pada kali pertama ianya dihidupkan,
keseluruhan seksyen Philadelphia diterangi dengan cahaya yang kabur.
Transistor telah dicipta oleh John R. Pierce pada tahun 1948 di AT & T Bell Labs. Transistor mula
menggantikan tiub vakum dalam komputer pada tahun 1950 an. Fabrikasi litar bersepadu
merupakan satu lagi perkembangan penting pada akhir 1950 an dan pada pertengahan tahun
1960-an litar bersepadu digantikan litar transistor.
3 3
Kemajuan dalam teknologi integrasi membawa kepada pembangunan integrasi skala sederhana
(MSI), integrasi besar-besaran (LSI) dan penyepaduan skala sangat besar (VLSI) litar. Cip LSI yang
pertama mula tersedia pada tahun 1970. Dengan adanya cip LSI dan VLSI, cip tunggal
mikropemproses boleh dimajukan.
Intel Corporation memperkenalkan mikropemproses yang pertama pada tahun 1971 dan
mikrokomputer cip tunggal yang pertama pada tahun 1976. Pengguna komputer pertama di
Amerika Syarikat adalah Biro Banci Amerika Syarikat yang memperoleh UNIVAC dalam tahun 1951.
Firma perniagaan pertama yang membeli komputer (UNIVAC I) adalah General Electric pada 1954.
Komputer terpakai tiub vakum litar dan dikatakan milik komputer generasi pertama. Di India,
komputer generasi pertama pertama kali digunakan di India Institut Statistik di Calcutta dan pada
Tata Institut Penyelidikan Fundamental di Bombay.
1.1 Generations of Computer
Sejarah komputer boleh dijejaki ribuan tahun dahulu melalui penggunaan sempoa di China. Alat
ini mengira menggunakan manik-manik gelongsoran yang disusun di atas rak. Sempoa telah
digunakan di kedai-kedai kopi Cina di Malaysia sekitar 1970an dan 1980an; manakala kebanyakan
sekolah-sekolah rendah Cina menggunakannya untuk mengajar kira-kira kepada muridmuridnya.
Tradisi ini telah mencipta asas yang kukuh dalam matematik. Sejarah kronologi ringkas adalah
seperti berikut:
3000 SM Sempoa.
1642 Blaise Pascal mencipta kalkulator mekanikal.
1812 Charles Babbage berusaha membina kalkulator automatik.
1885 William Burroughs menghasilkan mesin kira yang pertama.
1890 Hermann Hollerith berjaya mewakilkan data ke atas kad tebuk.
1944
IBM menghasilkan komputer berkuasakan elektrik – mesin ini mampu melakukan
operasi tambah dua nombor dalam 0.3 saat, operasi tolak dalam 0.3 saat, operasi
darab dalam 6 saat, dan operasi bahagi dalam 16 saat.
1947
UNIVAC telah membangunkan ENIAC – mesin ini seberat 30 tan. Ia mengandungi
18,000 tiub vakum, dan memerlukan ruang 1,500 kaki persegi. Mesin ini berupaya
melaksanakan 5,000 operasi penambahan, atau 5,000 operasi penolakan, atau 400
operasi pendaraban, atau 50 operasi pembahagian dalam 1 saat bagi setiap
operasi. ENIAC secara umumnya dianggap sebagai komputer digital elektronik
fungsian yang pertama.
1951 UNIVAC I dihasilkan. Ia adalah permulaan bagi generasi pertama komputer –
bercirikan penggunaan tiub vakum.
1959 HONEYWELL 400 dihasilkan. Ia adalah permulaan generasi kedua komputer –
bercirikan penggunaan transistor.
4 4
1964
IBM 360 dihasilkan. Ia adalah permulaan kepada generasi ketiga komputer –
bercirikan litar bersepadu (IC). Ini menyebabkan semua komputer yang telah
dipasang tidak lagi berguna.
1971
Pengenalan kepada penyepaduan berskala besar bagi litar elektronik (lebihan litar
bagi setiap ruang unit). LSI ini dikenali sebagai permulaan kepada komputer generasi
keempat.
1972 Mikropemproses pertama dihasilkan oleh Intel Corp. Ini membuka jalan kepada
kelahiran mikrokomputer.
1977 APPLE II telah dihasilkan. Ia adalah permulaan kepada komputer peribadi, yang
pada mulanya menggunakan cip mikropemproses 8-bit.
1981
IBM PC dihasilkan. Ia adalah permulaan bagi penglibatan IBM dalam perniagaan
PC/mikrokomputer. Ini merupakan perubahan strategik bagi hala tuju gergasi
perkomputeran ini, secara tradisionalnya, sebagai vendor kepada kerangka utama
dana minikomputer.
1982 -
1999
Beberapa jenis PC; kepelbagaian pencetak; kepelbagaian storan; komputer buku;
komputer multimedia; pembantu digital peribadi; komputer rumah;
telepersidangan; rangkaian kawasan metropolitan; Internet dan sebagainya –
komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian manusia.
2000 -
Kini
Komputer mudah alih dan telefon mudah alih berterusan tersebar luas kepada
penduduk dunia. Ia mengintegrasikan komputer, telefon, kamera, televisyen dan
sebagainya. Komputer dan telekomunikasi telah bergabung dengan baik untuk
membantu perniagaan yang menjurus kepada e-dagang, e-kerajaan,
epembelajaran dan sebagainya.
Pada peringkat awal teknologi komputer, iahanya digunakan oleh saintis dan jurutera. Mereka
menggunakannya untuk melakukan kajian dan pembangunan. Kemudian komputer digunakan
untuk perniagaan dan organisasi kerajaan. Ia digunakan untuk menyokong perniagaan yang
dijalankan, sama ada kecil mahupun besar. Pada masa kini, komputer digunakan oleh para
profesional, pelajar dan sebagainya. Komputer telah menjadi barangan peribadi dan keperluan
rumah seperti mana televisyen, radio, telefon dan peti ais.
Secara umumnya, mikrocip telah menjadi semakin berkuasa, ingatan semakin besar
kapasitinya dan komponen perkakasan yang lain turut meningkat dengan ketara – semuanya
tanpa melibatkan peningkatan kepada saiz secara fizikal. Oleh itu, komputer telah menjadi semakin
kecil dan murah tetapi dengan kapasiti yang lebih tinggi dan lebih keupayaan.
Generasi Pertama (1939 – 1959)
Sebelum tahun 1940, proses pengolahan data telah dilakukan oleh manusia. Manusia juga
menemukan alat-alat mekanik dan elektronik untuk membantu manusia dalam penghitungan
dan pengolahan data untuk mendapatkan hasil lebih cepat. Komputer sekarang adalah suatu
evolusi panjang dari penemuan sebelum ini iaitu alat mekanik mahupun elektronik. Setelah hampir
12 abad, muncul penemuan lain bagi mesin komputer.
Pada tahun 1642, Blaise Pascal (1623-1662), telah menemui alat yang dikenali sebagai
kalkulator roda numerik (numerical wheel calculator) untuk membantu ayahnya melakukan
5 5
pengiraan. Alat ini yang dinamakan Pascaline, menggunakan lapan roda putar bergerigi
untuk menjumlahkan bilangan hingga lapan digit. Alat ini merupakan alat penghitung bilangan
berasaskan sepuluh. Kelemahan alat ini adalah hanya terbatas untuk melakukan penjumlahan.
Pada tahun 1946, Dr John Mauchly dan Presper Eckert berjaya menciptakan ENIAC
(Electronic Numerical Integrator and Calculator) dan EDVAC (Electronic Discrete Variable
Automatic Computer) yang merupakan komputer generasi pertama dengan menggunakan
tabung vakum yang dalam proses pengembangannnya sebagai cikal bakal komputer
terciptanya UNIVAC I (komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perniagaan).
a. ENIAC (Electronic Numerical Integrator and Calculator) dirancang oleh Dr John Mauchly
dan Presper Eckert pada tahun 1946. Komputer generasi ini sudah mulai menyimpan
data yang dikenal sebagai konsep penyimpanan data (stored program concept) yang
dikemukakan oleh John Von Neuman.
b. EDVAC Computer (Electronic Discrete Variable Automatic Computer)
Penggunaan tabung vakum juga telah dikurangkan di dalam perancangan komputer
EDVAC (Electronic Discrete Variable Automatic Computer) di mana proses perhitungan
menjadi lebih cepat dibandingkan ENIAC.
c. EDSAC COMPUTER (Electonic Delay Storage Automatic Calculator)
EDSAC (Electonic Delay Storage Automatic Calculator) memperkenalkan penggunaan
raksa (merkuri) dalam tabung untuk menyimpan data.
d. UNIVAC 1 Computer (Universal Automatic Calculator)
Pada tahun 1951 Dr Mauchly dan Eckert menciptakan UNIVAC 1(Universal Automatic
Calculator) komputer pertama yang digunakan untuk memproses data perdagangan.
Ciri-ciri:
Penggunaan tiub vakum (Vacum Tube)
Perkakasan besar & susah dikendalikan, cepat panas
Penggunaan arus elektrik tinggi
Pengaturcaraan dalam Bahasa Mekanikal; ASSEMBLER
AC yang bersaiz besar diperlukan
Masalah elektrik kerap berlaku
Proses kurang cepat , kapasiti penyimpanan kecil
1946 : ENIAC, komputer elektronik pertama di dunia
yang seberat 30 ton, panjang 30 M dan tinggi 2.4 M
dan memerlukan arus elektrik 174 kilowatts
1953 : IBM 701, komputer komersial berukuran
besar, komputer generasi pertama yang paling
popular
6 6
Generasi Kedua Dari Tahun 1959-1964
Pada tahun 1948, penemuan transistor sangat mempengaruhi perkembangan komputer.
Transistor menggantikan tabung vakum di television, radio, dan computer menjadikan ukuran
peralatan elektrik semakin kecil. Transistor mulai digunakan di dalam komputer mulai pada tahun
1956. Selain itu pengembangan memori inti -magnetik membantu pengembangan komputer
generasi kedua yang lebih kecil, lebih cepat, lebih menjimatkan tenaga berbanding
sebelumnya. Mesin pertama yang memanfaatkan teknologi baru ini adalah superkomputer. IBM
membuat superkomputer bernama Stretch, dan Sprery-Rand membuat komputer bernama LARC.
Hanya ada dua LARC yang pernah dipasang dan digunakan: satu di Lawrence Radiation
Labs di Livermore, California, dan yang lainnya di US Navy Research and Development Center
di Washington D.C.
Komputer generasi kedua ini merupakan komputer yang sepenuhnya menggunakan transistor
dan diode untuk menggantikan penggunaan tabung vakum yang menjadikan ukuran komputer
lebih kecil (mini komputer). Pada generasi kedua ini telah dikenal media penyimpanan memori
magnetik dan telah digunakannya bahasa tingkat tinggi seperti COBOL, BASIC, ALGOL &
FORTRAN untuk berinteraksi menggantikan bahasa mesin yang sukar difahami. Daya ketahanan
transistor lebih baik daripada vacuum tube kerana tidak mudah terbakar. Sebagai komponen
padat, tansistor mempunyai banyak kelebihan: tidak mudah pecah, tidak menyalurkan panas
menjadikan komputer yang ada menjadi lebih kecil dan lebih murah.
Pada tahun 1960-an, IBM memperkenalkan komputer komersial yang memanfaatkan transistor
dan digunakan secara luas. Komputer IBM- 7090 buatan Amerika Syarikat merupakan salah satu
komputer komersial yang memanfaatkan transistor. Komputer ini dirancang untuk menyelesaikan
segala macam pekerjaan baik yang bersifat ilmiah ataupun komersial menyebabkan IBM7090
menjadi sangat popular. Komputer generasi kedua lainnya adalah: IBM Serie 1400, NCR Serie
304, MARK IV dan Honeywell Model 800. Beberapa contoh komputer generasi kedua adalah
UNIVAC III, UNIVAC SS80, UNIVAC SS90, UNIVAC 1107 yang dibuat oleh Sperry Rand-UNIVAC.
Ciri-ciri komputer generasi kedua adalah sebagai berikut:
Lebih laju daripada komputer Generasi Pertama
Sistem Operasi (OS) yang pertama telah dibangunkan
Pengaturcaraan dalam Mesin Bahasa & Bahasa Assembly: FORTRAN, COBOL dan ALGOL
Pita magnet dan cakera telah digunakan
Komputer menjadi lebih kecil dalam saiz daripada komputer Generasi Pertama
Komputer digunakan kurang haba & kurang menggunakan tenaga elektrik
7 7
Generasi Ketiga (1965 – 1974)
Pada generasi ketiga, jenis komputer terkecil mikrokomputer telah muncul dan popular
seperti Apple II, IBM PC dan Sinclair. Dari segi ukuran, ia jauh lebih kecil kerana teknologi cip
mulai digunakan untuk menggantikan transistor sebagai program logik komputer. Bahasa
pengaturcaraan yang lain pun telah muncul seperti BASIC, Pascal dan PL/1. Komputer generasi
ketiga lebih banyak litar monolitik dan miniaturisasi (banyaknya komponen elektronik pada cip)
untuk unit pemprosesan pusat. Intergrated Circuit (lebih dikenal dengan IC) merupakan satu
rangkaian elektronik lengkap dalam satu cip silikon yang kecil. Digunakan pertama kali pada
tahun 1965. Satu IC mampu menggantikan puluhan, ratusan transistor, di mana IC tersebut
lebih kecil bentuknya daripada transistor tersebut. Beberapa contoh komputer generasi ketiga
adalah UNIVAC 1109 dan UNIVAC 9000.
Kemajuan komputer generasi ketiga lainnya adalah penggunaan sistem operasi (operating
system) yang memungkinkan mesin untuk menjalankan berbagai program yang berbeza
secara serentak dengan sebuah program utama yang memonitor dan mengkoordinasi memori
komputer. Konsep semakin kecil dan semakin murah dari transistor, akhirnya memacu orang
untuk terus melakukan pelbagai penelitian. Ribuan transistor akhirnya berhasil digabung dalam
satu bentuk yang sangat kecil. Secuil silicium yang mempunyai ukuran beberapa milimeter berhasil
diciptakan, dan inilah yang disebut sebagai Integrated Circuit atau IC-Chip yang merupakan ciri
khas komputer generasi ketiga.
Cincin magnetic tersebut dapat di-magnetisasi secara satu arah ataupun berlawanan,
dan akhirnya mengsignalkan kedudukan “ON” ataupun “OFF” yang kemudian diterjemahkan
menjadi konsep 0 dan 1 dalam ssstem bilangan binari yang sangat diperlukan oleh komputer. Pada
setiap bidang memori terdapat 924 cincin magnetic yang masing-masing mewakili satu bit
informasi. Jutaan bit informasi ini berada di dalam satu cip tunggal dengan bentuk yang sangat
kecil. Komputer yang digunakan dikenalkan pada tahun 1968 oleh PDC 808, yang memiliki 4 KB
(kilo-Byte) memori dan 8 bit untuk core memory. Dapat digunakan untuk multiprogram. Contoh
komputer generasi ketiga adalah Apple II, PC, dan NEC PC.
Ciri-ciri komputer generasi ketiga adalah sebagai berikut:
Menggunakan IC (Integrated Circuit) sebagai komponennya
Pemrosesan lebih cepat dan kapasiti memori lebih besar
Bentuk fizikal lebih kecil dan harganya murah
Peningkatan Software
Penggunaan elektrik lebih jimat
Penciptaan cip dan cip Litar bersepadu
Penggunaan kuasa elektrik adalah rendah
Cip SSI (small scale integration) & teknologi MSI (medium-scale integration) telah digunakan
Bahasa pengaturcaraan telah digunakan
8 8
Generasi Keempat (1975 – 2000)
Komputer generasi keempat diperkenalkan dengan memori semikonduktor yang cepat,
ukuran kecil, dan keperluan tenaga yang lebih kecil. Pada tahun 1980-an, Very Large Scale
Integration (VLSI) memuat ribuan komponen dalam sebuah cip tunggal. Ultra-Large Scale
Integration (ULSI) meningkatkan jumlah tersebut menjadi jutaan. Cip Intel 4004 yang dibuat pada
tahun 1971 membawa kemajuan pada IC dengan meletakkan seluruh komponen dari sebuah
komputer (central processing unit, memori, dan kendali input/output) dalam sebuah chip
yang sangat kecil. Sebelumnya, IC dibuat untuk mengerjakan suatu tugas tertentu yang spesifik.
Sekarang, sebuah mikroprosesor dapat dihasilkan dan kemudian diprogram untuk memenuhi
seluruh keperluan yang diinginkan. Contoh komputer generasi keempat adalah Apple II.
Ciri-ciri dari komputer generasi keempat adalah sebagai berikut:
a) Menggunakan LSI (Large Scale Integration)
b) Dikembangkan komputer mikro yang menggunakanmicroprosessor dan semiconductor yang
berbentuk cip untuk sebuah memori komputer.
Pada tahun 1981, IBM memperkenalkan penggunaan Personal Computer (PC) untuk
penggunaan di rumah, kantor, dan sekolah. Jumlah PC yang digunakan melonjak dari 2 juta
unit di tahun 1981 menjadi 5.5 juta unit di tahun 1982. Sepuluh tahun kemudian, 65 juta PC
digunakan. Komputer melanjutkan evolusinya menuju ukuran yang lebih kecil, dari komputer yang
berada di atas meja (desktop computer) menjadi komputer yang dapat dimasukkan ke dalam
beg (laptop), atau komputer yang dapat digenggam (palmtop). IBM PC bersaing dengan
Apple Macintosh dalam pasaran komputer. Apple Macintosh menjadi terkenal kerana
mempopularkan sistem grafik pada komputernya, sementara saingannya masih menggunakan
komputer yang berasaskan teks. Macintosh juga mempopularkan penggunaan peranti tetikus.
Pada masa sekarang, kita mengenal perjalanan IBM compatible dengan pemakaian CPU:
IBM PC/486, Pentium, Pentium II, Pentium III, Pentium IV (Serial dari CPU buatan Intel). Juga kita
kenal AMD k6, Athlon, dsb. Ini semua masuk dalam golongan komputer generasi keempat.
Kemajuan teknologi cip ini telah menyebabkan perkembangan komputer dengan terciptanya
Supercomputer.
Penggunaan teknologi LSI & VLSI
Pembangunan komputer mudah alih
Teknologi RAID bagi penyimpanan data
Digunakan dalam realiti maya, multimedia dan simulasi
Komputer mula digunakan untuk Komunikasi Data
Kelajuan mengakses yang tinggi dan kapasiti penyimpanan data yang tinggi.
9 9
Generasi Kelima (2000 – sekarang)
Generasi kelima dalam sejarah perkembangan komputer merupakan komputer impian masa
depan ketika itu. Diharapkan bahawa komputer dapat melakukan lebih banyak unit
pemprosesan yang berfungsi serentak untuk menyelesaikan lebih daripada satu tugas dalam satu
waktu (multi function & multi tasking). Artificial intelligence / kecerdasan buatan yang sepenuhnya
dikendalikan oleh sebuah komputer menjadi prioritas pada generasi ini. Komputer generasi kelima
sedang dalam pengembangan. Komponen yang digunakan adalah VLSI (Very Large Scale
Integration). Komputer pada generasi ini akandikembangkan agar menjadi komputer yang dapat
menterjemahkan bahasa manusia, bercakap-cakap dengan manusia, dapat melakukan diagnos
penyakit yang lebih tepat, dsb. Sifat luar biasa ini disebut sebagai “artificial intelligence”.
Pemprosesan selari digunakan
Penggunaan superkonduktor
Penggunaan pengecaman pertuturan
Penggunaan teknologi robot pintar
Penggunaan kecerdasan buatan
Dikenal juga dengan sebutan Generasi Pentium.
Contoh komputer generasi kelima:
Packard Bell iXtreme 4140i merupakan salah satu PC komputer
yang telah menggunakan Pentium-4 sebagai processor
dengan kecepatan 1.4 GHz, memory RDRAM 128 MB, Harddisk
sebesar 40 GB (1.5 GB digunakan untuk recovery), serta video
card GeForce2 MX dengan memory 32 MB.
Generasi Keenam (Abad 21)
Generasi ini adalah generasi masa depan yang akan dikenali dengan Generasi Titanium.
10 10
Jadual 1: Generasi Komputer
1.2 Types of Computer
Terdapat pelbagai jenis komputer yang anda boleh gunakan, bergantung kepada kerja yang
anda ingin lakukan. Terdapat komputer kecil sehinggalah yang terbesar. Mereka digunakan khusus
untuk melaksanakan pelbagai jenis kerja bergantung kepada kuasa pemprosesan, kelajuan, kos,
keselamatan dan pelbagai kriteria lain.
Komputer boleh diklasifikasikan berdasarkan empat perkara, iaitu data yang diolah (prinsip
operasinya), penggunaan, bentuk dan ukuran, serta generasinya.
Berdasarkan data yang diolah (prinsip operasi)
Komputer Analog
Komputer Digital
Komputer Hybrid
GENERATION PERIOD SWITCHING DEVICE STORAGE DEVICE
PERTAMA 1946-1954 Vacuum Tubes Magnetic tape dan magnetic cakera
KEDUA 1955-1964 Transistors
Teras magnetik sebagai ingatan
utama.
Pita dan cakera untuk storan
sekunder.
KETIGA 1965-1974 Integrated Circuits Teras magnetik yang lebih laju dan
menggunakan cakera yang besar.
KEEMPAT 1975-1989
Large scale integrated
LSI Semiconductor
(LSI) litar semikonduktor untuk ingatan
utama.
Litar Winchester cakera, cakera
magnetik dan cakera optik untuk
storan sekunder.
KELIMA 1990 dan
seterusnya
Very Large Scale
Integrated (VLSI ) super
conducting
(VLSI) super circuits untuk ingatan:
dijalankan oleh litar.
Cakera magnetik dan cakera optik
untuk storan sekunder.
11 11
Berdasarkan penggunaannya
Komputer Untuk Tujuan Khusus (Special Purpose Computer)
Komputer Untuk Tujuan Umum (General Purpose Computer)
Berdasarkan kapasiti dan ukurannya
Komputer Mikro (Micro Komputer)
Komputer Mini (Mini Komputer)
Komputer Super (Super Komputer)
Komputer Kerangka Utama (Mainframe)
Komputer Stesen Kerja (Workstation)
Berdasarkan Generasinya
Komputer Generasi Pertama (1946-1959)
Komputer Generasi Kedua (1959-1964)
Komputer Generasi Ketiga (1964-1970)
Komputer Generasi Keempat (1970-1990)
Komputer Generasi Kelima (1990-sekarang)
1. Berdasarkan data yang diolah (prinsip operasi)
Komputer Analog
Komputer Analog digunakan untuk mengolah data kualitatif, bekerja secara berterusan,
dan bukan data yang berbentuk angka, tetapi dalam bentuk fizikal dan parallel. Biasanya
tidak memerlukan bahasa perantara. Contohnya: komputer yang digunakan untuk mengatur
suhu, kecepatan suara, dan voltan elektrik.
Komputer Digital
Komputer Digital digunakan untuk mengolah atau kuantitatif (huruf, angka, kombinasi huruf
dan angka, serta karakter khusus). Biasanya memerlukan bahasa perantara salah satunya
adalah Komputer PC (PC adalah personal Computer), laptop, dan sejenisnya.
Kelebihan:
• Memproses data lebih tepat
• Dapat menyimpan data selama masih diperlukan oleh proses
• Dapat melakukan operasi logik
• Data yang telah dimasukkan dapat dikemaskini atau dihapus
• Output dari komputer digital; angka, huruf,grafik atau gambar
Komputer Hybrid
Komputer Hybrid merupakan kombinasi antara komputer analog dan komputer digital, contoh:
faksimili.
12 12
2. Berdasarkan penggunaannya
Komputer Untuk Tujuan Khusus (Special Purpose Computer)
Komputer ini digunakan secara khusus (mempunyai tugas khusus) dan mempunyai satu fungsi
kerja; misalkan sebagai server, PC Routher, atau terminal dumb. Ia mengandungi program
tertentu/khusus di dalamnya. Ia sama ada komputer analog atau digital. Kebiasaannya adalah
komputer analog.
Komputer Untuk Tujuan Umum (General Purpose Computer)
Komputer ini digunakan secara umum, misalnya untuk grafik, multimedia, pangkalan data dan
program lainnya. Ia dirancang untuk menyelesaikan bermacam-macam masalah. Ia sama ada
komputer analog atau digital. Kebiasaannya adalah komputer digital.
3. Berdasarkan kapasiti dan ukurannya
Supercomputer
Jenis komputer yang digunakan untuk menyelesaikan masalah yang memerlukan perhitungan
sangat kompleks. Komputer ini jarang ditemui kerana bentuk dan harganya mahal. Biasanya
digunakan di universiti, kementerian/kerajaan dan syarikat multinasional. Komputer ini adalah
yang terbesar, terpantas dan paling mahal yang boleh didapati. Ia tersangat berkuasa dan
direka khusus untuk pengiraan numerikal berkelajuan tinggi yang diperlukan dalam aplikasi
kejuruteraan yang kompleks. Superkomputer berintensifkan pemproses, manakala kerangka
utama pula berintensifkan input-output. Superkomputer boleh melaksanakan pengiraan
aritmetik pada kelajuan bilion operasi titikterapung dalam sesaat (gigaflops). Cray Research,
NEC dan Fujitsu adalah pengeluar utama superkomputer.
Mainframe computer
Jenis komputer ini digunakan apabila pengguna perlu akses untuk menjalankan program, dan
menggunakan data secara bersama-sama. Biasanya komputer jenis ini banyak digunakan
sebagai server e-commerce yang melayani transaksi melalui internet. Komputer ini didefinisikan
sebagai komputer komersial bersaiz besar yang direka bentuk khusus untuk persekitaran
berbilang pengguna dan ia digunakan sepenuhnya oleh badan korporat. Kebiasaannya
komputer ini mempunyai lebih daripada 100 terminal kawalan. Kerangka utama adalah sangat
kuat dari segi keselamatan, sambungan dan keupayaan pengurusan data. Ia mesti diletakkan
dalam persekitaran terkawal yang khusus – dengan pemanasan khas, pengudaraan dan
kelengkapan penyaman udara untuk mengawal suhu, kelembapan dan paras habuk di sekitar
komputer.
13 13
Minicomputer
Komputer jenis ini lebih kecil dari komputer jenis mainframe, tetapi lebih besar dari jenis
microcomputer. Biasanya memiliki beberapa terminal. Jenis komputer ini digunakan sebagai
server jaringan komputer atau server internet. Sehingga lewat 1960an, semua komputer terdiri
daripada kerangka utama sahaja. Kemudian, vendor komputer mula memperkenalkan mesin
yang lebih kecil dan mampu dimiliki syarikat-syarikat kecil. Ini telah menjadi detik kelahiran
minikomputer. Hari ini, minikomputer boleh didefinisikan sebagai komputer terkecil yang direka
bentuk khusus untuk persekitaran berbilang pengguna. Sistemnya boleh memberikan
perkhidmatan antara 2 hingga 100 terminal kawalan dalam satu-satu masa.
Workstation computer
Komputer single-user (digunakan oleh satu orang) yang berkeupayaan tinggi. Biasanya
digunakan untuk aplikasi komputer yang memerlukan perhitungan kompleks dan pekerjaan
yang berat, misalnya pembuatan animasi komputer. Terdapat klasifikasi lain bagi komputer
seperti super-mini, super-mikro, mini-komputer dan sebagainya - pada peringkat awal, mereka
diklasifikasikan sebagai komputer kelompok pertengahan. Beberapa komputer dipanggil
sebagai pelayan atau klien - kerana mereka hanyalah penyedia perkhidmatan dan pengguna.
Stesen kerja adalah sangat penting. Sesungguhnya, perkataan “stesen kerja” diguna pakai oleh
ramai orang dengan penafsiran yang berbeza.Ada yang bermaksud sebagai terminal
rangkaian (pintar tetapi tanpa cakera). Ia sering merujuk kepada terminal dengan pemproses
RISC, bukan Intel. Secara amnya, stesen kerja adalah PC yang canggih.
Micro computer/personal computer (PC)
Komputer ini dikenali sebagai komputer meja dan juga komputer peribadi (PC). Label PC
dikenali sebagai mikrokomputer kerana ia direka untuk kegunaan seorang individu pada satu-
satu masa. Jangan keliru dengan mikropemproses kerana ia adalah sebuah komputer pada
satu cip. Dalam mikrokomputer, mikropemproses, litar elektronik dan cip ingatan dipasangkan
ke atas papan litar tunggal yang dipanggil papan induk. Papan induklah yang membezakan
antara mikrokomputer dengan komputer yang lain. Jenis komputer ini adalah desktop
computer, laptop, PDA.
a. Portable Computer
Portable (mudah dibawabawa) adalah komputer yang ukuran sedikit lebih kecil
dari Desktop. Ia mudah dibawa kemanamana. Komputer ini sesuai bagi pengguna
yang selalu bertugas di luar (outstation. Komputer ini kurang popular kerana besar
dan berat.
b. Desktop Computer
Desktop (meja) adalah komputer yang ukuran sedikit lebih kecil dari dari
Tower, tetapi biasanya diletakkan di atas meja. Komputer ini paling banyak di
14 14
pakai kerana harganya yang lebih murah bila dibandingkan dengan bentuk
yang lain.
c. Tower (menara) adalah berukuran besar, sehingga memenuhi meja. Komputer ini
biasanya banyak memiliki ruang di dalamnya dan banyak memiliki expansion
slot (tem pat unt uk memasang card tambahan), sehingga bisa di tambahkan
dengan berbagai perangkat tambahan.
d. Notebook (buku catatan) adalah komputer yang ukurannya sebesar buku.
Notebook mempunyai ukuran yang sama dengan kertas A4 , iaitu 8½ x 11 inci ,
tebalnya lebih kurang 1 hingga 1 ½ inci dan beratnya antara 4 - 6 kg.
e. Palmtop adalah komputer yang dapat digenggam, kerana ukurannya yang sangat
kecil. Komputer ini sering disebut handheld computer. Komputer ini tidak memerl
ukan aliran listrik, melainkan baterai kecil biasa (ukuran AA). Kelemahan dari
komputer ini adalah layarnya yang t erl alu kecil dan keyboardnya sedikit lebih
kecil dari ukuran standard, sehingga menyulitkan pamakai.
Pengkelasan Komputer Secara Umum
Komputer Terbenam
Mengandungi RAM, ROM, CPU, Input, Output dan Clock
Juga dikenali sebagai micro controller kerana ia digunakan untuk mengawal sesuatu
pekerjaan sahaja.
Contoh alatan:
Televisyen
Telefon
Kamera
Mesin basuh
Ketuhar gelombang micro
Kereta
komputer
terbenam
Komputer mikro
PDA
komputer desktop
stesen kerjakomputer mini
kerangka utama
komputer super
15 15
Komputer Super (Supercomputer)
Komputer yang berkelajuan tinggi dan mahal.
Digunakan oleh kebanyakan universiti untuk tujuan projek
penyelidikan, atau syarikat farmaseutikal untuk penyelidikan
perubatan, penyelidikan dadah atau tentera untuk
penyelidikan senjata.
Kerangka Utama (Main Frame)
Mampu menyokong sehingga ribuan pengguna dalam satu
masa yang sama
Saiznya lebih kecil dan kurang keupayaan berbanding
Komputer Super.
Digunakan terutamanya di bank-bank, syarikat-syarikat besar
dan di pusat-pusat pengajian tinggi.
Kerangka Utama lebih berkemampuan menyokong lebih
pemprosesan atau perlaksanaan program secara serentak.
Komputer Mini
Saiz yang lebih kecil berbanding Kerangka Utama tetapi
mempunyai keupayaan yang hampir sama dengan Kerangka
Utama cuma dalam skala yang lebih kecil.
Mampu menyokong antara 4-200 pengguna yang berkongsi
terminal dalam satu masa.
Komputer Mini berkeupayaan untuk beroperasi lebih pantas
daripada Komputer Mikro serta ia juga mempunyai ruang
storan yang lebih besar.
Komputer Mikro (Personal/desktop Computer, PC)
Komputer untuk kegunaan peribadi.
Semakin canggih, berkuasa tinggi dengan harga yang mampu
dimiliki oleh hampir kebanyakan orang.
Kegunaan rumah, pejabat dan juga untuk tujuan pengajaran
dan pembelajaran.
16 16
Komputer Tangan (Palmtop Computer)
Bersaiz sebesar tapak tangan
Berfungsi seperti sebuah laptop
Papan kekunci kecil atau penggunaan skrin sesentuh dan kayu
ria
Komputer Tangan (PDA)
Personal Digital Assistant (PDA) adalah komputer tangan yang
menggunakan flash memory sebagai pengganti media
penyimpanan.
PDA tidak memiliki papan kekunci, namun menggunakan
teknologi layar sentuh (touchscreen) sebagai media input.
PDA mempunyai ukuran yang sangat kecil, sedikit di atas
ukuran telefon bimbit dan dapat dengan mudah dibawa ke
mana-mana.
Stesen Kerja (Work Station)
Workstation sebenarnya adalah komputer desktop yang
memiliki kelebihan utama dalam hal kemampuan prosesor,
memory yang besar, dan kemampuannya dalam menjalankan
aplikasi-aplikasi yang memerlukan performa tinggi, seperti
aplikasi 3 dimensi, grafik, multimedia dan lain sebagainya.
1.3 Components of Personal Computer
Rajah 1: Komponen Utama Komputer
17 17
Rajah 2: The Four Fundamental Components of Personal Computer System
Komponen utama komputer boleh dikelaskan kepada empat bahagian iaitu:
i. Unit pemprosesan (processing)
- Processor (cpu), RAM, papan induk (motherboard)
ii. Peranti input (input device)
- Tetikus, papan kekunci, mikrofon
iii. Peranti output (output device)
- Monitor, pencetak
iv. Storan Kekal (permanent storage)
- Floppy disk, CDR/W, hard disk, pendrive
Apa itu Komputer?
Komputer merupakan alat atau mesin automatik yang boleh
diaturcarakan untuk menerima data dan mengolah data, seperti
melakukan pengiraan matematik logik atau pemprosesan lain dan
kemudian mengeluarkan data terproses secara bersistem.
Komputer boleh menerima arahan dari manusia dan kemudian
memprosesnya serta menyimpan semua maklumat ini untuk kegunaan
kemudian dan mengeluarkan satu keputusan untuk semakan
pengguna.
Komputer berfungsi sebagai alat untuk memproses DATA menjadi
MAKLUMAT
18 18
KOMPONEN UTAMA PC:
a. MONITOR
Monitor komputer merupakan sejenis peranti perisian output yang berupaya memaparkan
aksara dan/atau imej, baik diam atau bergerak, yang dijanakan oleh komputer dan
diproseskan oleh kad grafik.
b. CENTRE PROCESSING UNIT (UNIT PEMPROSESAN PUSAT)
CPU atau unit pemprosesan pusat ialah salah satu bahagian di dalam komputer yang
menterjemah dan melaksanakan arahan dalam perisian. Dalam kebanyakan CPU, tugas
perlaksanaan ini dibahagi kepada Unit Pengawal (Control Unit) (yang mengawal aliran
aturcara), dan satu atau lebih Unit Pelaksana (Execution Units) yang melakukan operasi
terhadap data. Selalunya, satu koleksi daftar (register) disertakan sekali bagi menyimpan
operator (operand) dan hasil proses.
c. KEYBOARD (PAPAN KEKUNCI)
1. Papan kekunci digunakan untuk memasukkan data dan
teks ke dalam komputer. Papan kekunci terdapat kekunci
(keys) yang disusun hampir sama dengan mesin taip.
2. Papan kekunci boleh dibahagikan kepada beberapa
jenis:
i. Papan kekunci biasa
ii. Papan kekunci Ergonomi
d. MOUSE (TETIKUS)
Tetikus ialah peranti yang digunakan untuk menggerakkan penunding (pointer) ke seluruh
bahagian skrin monitor.
Terdapat 2 jenis tetikus iaitu:
i. Tetikus Optical
ii. Tetikus Infra Red
e. UPS
UPS adalah satu peralatan yang boleh digunakan untuk menghalang komputer kita dari tiba-
tiba berhenti berfungsi apabila ketiadaan elektrik. Dengan adanya UPS komputer boleh
dipadamkan mengikut langkah yang betul.
19 19
f. PRINTER
Printer adalah salah satu hardware (perkakasan) yang dihubungkan ke komputer dan
mempunyai fungsi untuk mencetak tulisan, gambar dan tampilan lainnya dari komputer ke
kertas. Istilah bagi resolusi printer disebut dpi (dot per inch). Maksudnya adalah banyaknya
jumlah titik dalam luas area 1 inci. Semakin tinggi resolusinya maka semakin bagus cetakan
yang dihasilkan. Sebaliknya, jika resolusinya rendah maka hasil cetakan adalah tidak bagus.
g. PERANTI STORAN
Peranti storan menyimpan data yang bukan digunakan pada masa tersebut oleh CPU. Data
biasanya disimpan di dalam cakera magnetic atau cakera optikal. Pemacu cakera adalah
peranti yang membaca data dari dan menulis data pada cakera. Kebanyakkan komputer
sekarang mempunyai pemacu cakera liut, pemacu hard disk dan pemacu cakera optical.
Peranti storan optikal adalah pemacu CD-ROM dan DVD-ROM.
h. SPEAKER
i. MIKROFON/HEADPHONE
REFERENCE
1. www.slideshare.net/oni69/slot-1-definisi-sejarah-komputer-28039563. KSSR, Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. lms.oum.edu.my/e-content/CBCT2203/content/Topik1. Pengenalan kepada Era Maklumat. Open University
Malaysia.
3. www.slideshare.net/abdulrohman_cchayank/pengenalan-komputer
4. https://ashuri98.files.wordpress.com/2012/10/pertemuan-2.pdf
5. Komuniti eLearning, ilmukomputer.com
6. ww2.sabah.gov.my/mafi/download/Pengenalan_Asas_kepada_Komputer.pdf
7. www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/BAB%202.pdf