+ All Categories
Transcript
Page 1: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

MALAY LANGUAGE

SYLLABUS Pre-University

ML B and H1

Implementation starting with

2012 JC 1 and Pre-U 1 Cohort

Ministry of Education

SINGAPORE

© 2016 Curriculum Planning and Development Division. This publication is not for sale. Permission is granted to reproduce this publication in its entirety for personal or non-commercial educational use only. All other rights reserved.

Page 2: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

KANDUNGAN

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA 7

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI 9

BAB 1 PENGENALAN

1.1 VISI ARIF BUDIMAN 12

1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13

BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI

2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 16

2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU 17

2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM 18

2.4 PENGISIAN UMUM 19

BAB 3 BAHASA MELAYU B

3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 26

3.2 PENGISIAN KURIKULUM 27

3.3 HASIL PEMBELAJARAN 31

BAB 4 BAHASA MELAYU H1

4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 34

4.2 PENGISIAN KURIKULUM 35

4.3 HASIL PEMBELAJARAN 39

BAB 5 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

5.1 PERANCANGAN 42

5.2 PEDAGOGI 44

5.3 PENILAIAN 52

BAB 6 LAMPIRAN

6.1 DAFTAR PERIBAHASA 58

Page 3: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 4: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

PENDAHULUAN

FALSAFAH PENDIDIKAN SINGAPURA

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI

Page 5: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 6: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

PENDAHULUAN

Dasar dwibahasa dalam sistem pendidikan Singapura menekankan

kepentingan pembelajaran Bahasa Ibunda untuk warisan dan budaya kita.

Kebolehan berdwibahasa merupakan kekuatan yang ada pada warga

Singapura; kelebihan yang perlu kita kekalkan. Dengan keupayaan

menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Ibunda dengan fasih, lebih

banyak peluang akan terbuka kepada warga Singapura.

Dengan dasar dwibahasa sebagai tunjang sistem pendidikan kita,

Bahasa Melayu wajib dipelajari dalam kurikulum sekolah di negara ini sebagai

salah satu mata pelajaran bahasa ibunda. Kedudukan bahasa Melayu sebagai

bahasa kebangsaan dan satu daripada bahasa rasmi di Singapura menjadikan

bahasa Melayu berperanan penting dalam penyaluran idea, pemikiran dan

budaya serta menjadi jembatan kukuh hubungan masyarakat Singapura yang

berbilang bangsa, bahasa dan agama.

Oleh yang demikian, kesinambungan penggunaan bahasa penting bagi

membina dan mengekalkan jati diri masyarakat. Di samping itu, penguasaan

bahasa Melayu juga membolehkan warga Singapura merebut peluang di

rantau yang berkembang pesat dan menjalin hubungan khususnya dengan

warga lain di rantau ini . Sementelah, aspek-aspek ini amat bertepatan dengan

kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam abad yang ke-21 ini.

6

Page 7: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

FALSAFAH PENDIDIKAN

Pendidikan di Singapura mempunyai dua matlamat: membentuk sikap

dan menyediakan pelajar menjadi warganegara yang baik serta bersedia

untuk alam pekerjaan.

Pendidikan merupakan proses yang membentuk pelajar menjadi insan

yang baik secara keseluruhan. Melalui pendidikan, pelajar dididik dari segi

moral, intelektual, fizikal, sosial, emosi dan estetika. Pelajar juga akan belajar

menjadi seseorang yang penyayang dan bertanggungjawab terhadap

keluarga dan masyarakat serta memahami dan memainkan peranan dalam

pembangunan masa depan Singapura.

Tujuan Persekolahan

Sekolah merupakan institusi pembelajaran. Dengan kerjasama

keluarga, sekolah membolehkan pelajar mengenali diri dahulu, kekuatan dan

pelbagai aspek pertumbuhan diri. Sekolah memberikan asas-asas kukuh

pembelajaran untuk menyediakan pelajar ke tahap pendidikan selanjutnya.

Pada masa yang sama, pelajar dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan

yang membolehkannya maju dalam dunia yang kompetitif. Kecekapan-

kecekapan ini termasuklah kebolehan melahirkan pendapat dengan yakin,

berfikiran kritikal, bekerja dalam kumpulan, dan berinovatif dan berdaya

usaha.

Sekolah merupakan wadah bagi pelajar bergaul. Semasa berinteraksi

dengan pelajar-pelajar dari latar yang berbeza, pelajar sedar bahawa dirinya

adalah sebahagian daripada masyarakat yang lebih besar dan secara aktif

dia mampu memberikan sumbangan kepada kehidupan orang lain. Dia juga

belajar untuk bekerjasama secara rentas budaya. Sekolah menyediakan

peluang untuk pelajar mengembangkan rasa cinta akan negara.

Sekolah memberikan bimbingan dan hala tuju moral kepada pelajar

melalui etos disiplin dan prihatin. Para pendidik membimbing dan mencorak

daya berfikir dan tanggapan pelajar serta membentuk keperibadian moralnya.

Akhirnya, pelajar memperoleh pengetahuan, kemahiran dan kecenderungan

yang diperlukan untuk menjalani kehidupan yang bermakna dan

menyumbang kepada masyarakat dengan aktif.

7

Page 8: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

Mengasuh Pelajar-pelajar

Pelajar merupakan tumpuan segala usaha pengajaran dan

pembelajaran. Tanggapan kita tentang pelajar dan cara dia belajar

memandu kita untuk membantunya menjadi yang terbaik.

• Setiap anak mempunyai nilai intrinsik; berperibadi dengan fikiran

dan tanggapan sendiri. Kesabaran dan kegigihan diperlukan

untuk mengasuh anak-anak semasa tanggapan dan sistem

nilainya terbentuk.

• Setiap pelajar mampu belajar dan berjaya. Dia mempunyai

keperluan dan keupayaannya sendiri, dan berkembang mengikut

kemampuannya. Dia memerlukan bimbingan untuk membina

kekuatan dan mencapai matlamatnya.

• Pelajar belajar dengan baik sekira adanya peraturan dan disiplin.

Dia juga memerlukan jagaan dan galakan untuk meneroka dan

melakukan suatu tindakan cemerlang. Keseimbangan antara

kedua-duanya melahirkan suasana yang kondusif untuk

pembelajaran dan pertumbuhan.

• Pembelajaran pelajar-pelajar haruslah sesuai dengan

perkembangan mereka. Perkara yang diajarkan perlu sesuai

dengan usia, cara dan berapa banyaknya perkara itu perlu

dipelajari. Hal ini akan membantu pelajar membangunkan

keyakinan dan motivasinya untuk belajar.

Para pendidik harus memahami pelajar-pelajar dan prihatin akan

isu-isu pendidikan yang kompleks. Mereka juga harus berusaha

mendalami kemahiran subjek dan mengukuhkan kecekapan untuk

pengajaran dan pembelajaran. Pendidik tulen mengutamakan anak

didiknya dan yakin bahawa mereka boleh meninggalkan kesan kepada

kehidupan anak itu.

8

Page 9: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

HASIL PENDIDIKAN YANG DIINGINI

Seseorang pelajar yang melalui pendidikan peringkat prauniversiti

haruslah mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini. Pelajar itu haruslah

mempunyai kesedaran kendiri yang baik, berhemah dan mempunyai

kemahiran-kemahiran serta pengetahuan yang diperlukan bagi menghadapi

cabaran masa hadapan. Pelajar bertanggungjawab terhadap keluarga,

masyarakat dan negaranya; mempunyai minda dan tubuh yang sihat;

menghargai persekitaran dan mempunyai azam yang kuat untuk menghadapi

kehidupan. Dengan kata-kata lain, pelajar harus:

• yakin dan berupaya membezakan yang baik atau sebaliknya, boleh

menyesuaikan diri dengan perubahan, gigih, mengenali dirinya,

membuat pertimbangan dengan bijak, berfikir secara kendiri dan kritis,

dan berkomunikasi dengan efektif;

• mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap

pembelajaran sendiri, suka bertanya, melakukan refleksi dan tabah

untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran;

• menjadi penyumbang aktif yang boleh bekerja dalam kumpulan,

menggunakan inisiatif, mengambil risiko, inovatif dan bekerja keras

untuk menghasilkan sesuatu yang terbaik; dan

• menjadi warga yang prihatin, cinta akan tanah airnya, mempunyai

kesedaran sivik yang tinggi, tahu dan memainkan peranan aktif dalam

membaiki kehidupan orang-orang di sekelilingnya.

Untuk memenuhi hasrat Hasil Pendidikan Yang Diingini, setiap pelajar

haruslah mencapai perkara-perkara yang berikut pada akhir pendidikan

prauniversiti :

• mempunyai keberanian moral untuk menegakkan perkara yang betul;

• semangat tidak mudah luntur apabila berada dalam kesusahan;

• boleh bekerjasama secara silang budaya dan mempunyai

tanggungjawab sosial;

• inovatif dan berdaya usaha;

• boleh berfikir secara kritikal dan berkomunikasi dengan yakin;

• bertekad dalam mengejar kecemerlangan;

• menginginkan kehidupan yang sihat dan menghargai nilai estetik; dan

• bangga menjadi rakyat Singapura dan memahami Singapura

mempunyai kaitan dengan negara lain dan dunia global.

9

Page 10: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 1 PENGENALAN

1.1 VISI ARIF BUDIMAN

1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21

Page 11: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 12: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

1.1 VISI ARIF BUDIMAN

Dalam mencapai Hasil Pendidikan Yang Diingini, pelajar perlu

dilengkapi dengan sikap, kemahiran dan ilmu. Oleh itu, kita harus membentuk

setiap pelajar menjadi seseorang yang mempunyai ciri-ciri Arif Budiman. Visi

Arif Budiman, iaitu insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada

masyarakat menetapkan satu hala tuju bagi guru dan pelajar Bahasa

Melayu untuk membina kefasihan berbahasa dan penghayatan nilai dan

budaya Melayu. Pengajaran Bahasa Melayu di Singapura berperanan untuk

melengkapkan setiap pelajar dengan sikap, kemahiran dan ilmu untuk

menjadi insan yang berhemah dan memberikan sumbangan kepada

pembangunan dan penakatan masyarakat dan negara.

Yang berikut ialah rajah visi Arif Budiman dan perkara-perkara yang

diutamakan dalam pengajaran bahasa, nilai dan budaya Melayu di setiap

peringkat pendidikan.

VISI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Menengah

Mendalami dan menghargai bahasa dan budaya Melayu dalam

pelanjutan pembangunan negara.

Rendah

Mengenali dan memahami bahasa dan budaya Melayu sebagai

sebahagian daripada masyarakat majmuk Singapura.

Prauniversiti

Membina bahasa dan budaya Melayu secara kreatif dalam

kesediaan menghadapi cabaran dan peluang dalam dunia yang

berubah.

ARIF BUDIMAN

Insan berilmu pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat.

12

Page 13: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21

Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

dalam falsafah pendidikan adalah untuk membentuk sikap pelajar dan

menyediakan mereka menjadi warganegara yang baik serta bersedia untuk

alam pekerjaan. Untuk itu, guru akan berusaha untuk melengkapkan pelajar

dengan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk

kehidupan dan pekerjaan sebagai orang dewasa dalam abad ke-21.

Untuk menerapkan kemahiran abad ke-21 dalam kurikulum, guru

perlulah memperhalus pendekatan pengajaran dan kaedah penilaian. Yang

berikut merupakan kemahiran abad ke-21 yang diperlukan dalam kehidupan

sejagat:

Literasi Sivik, Kesedaran Global dan Kemahiran Silang Budaya

Masyarakat kita kian menjadi lebih kosmopolitan dan semakin ramai

warga Singapura menetap dan bekerja di luar negara. Oleh itu, pelajar

memerlukan pandangan dunia yang lebih luas dan berkebolehan bekerja

dengan pelajar daripada pelbagai latar belakang budaya dengan idea dan

perspektif yang berlainan. Pada masa yang sama, mereka memerlukan

pengetahuan tentang isu-isu nasional, bangga menjadi warga Singapura dan

menyumbang secara aktif kepada masyarakat.

Pemikiran Kritikal dan Berdaya Cipta

Untuk menyediakan diri untuk masa hadapan, pelajar-pelajar perlu

berupaya berfikir secara kritikal, menilai pilihan yang ada dan membuat

keputusan yang bijak. Mereka harus mempunyai keinginan belajar, meneroka

dan mengemukakan pendapat yang berbeza. Mereka tidak harus takut

membuat kesilapan dan menghadapi cabaran yang mungkin tampak

menggentarkan pada mulanya.

Kemahiran Mengendalikan Maklumat dan Berkomunikasi

Dengan revolusi Internet, maklumat kini boleh didapatkan dengan

pantas. Adalah penting untuk para pelajar mengetahui soalan-soalan yang

patut diajukan, kaedah menapis dan memilih maklumat yang relevan dan

berguna. Pada masa yang sama, mereka perlu pintar menilai agar dapat

melindungi diri mereka daripada bahaya serta mempraktikkan amalan yang

beretika di ruang siber. Yang penting, mereka harus berupaya menyampaikan

idea-idea mereka dengan jelas dan berkesan.

13

Page 14: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 2 KURIKULUM

PRAUNIVERSITI

2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU

2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM

2.4 PENGISIAN UMUM

Page 15: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 16: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

2.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Matlamat

Matlamat program Bahasa Melayu peringkat prauniversiti adalah untuk

melengkapkan pelajar dengan kecekapan berbahasa dan membolehkan

pelajar mendalami dan menghargai bahasa dan budaya masyarakat Melayu

dalam pelanjutan pembangunan negara. Pelajar diharap akan berupaya

berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi

keperluan diri dan membina hubungan sosial dalam konteks masyarakat

majmuk Singapura dan masyarakat dunia.

Objektif

Dalam menjalani pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat

prauniversiti, para pelajar akan dapat:

• menggunakan bahasa Melayu untuk membentuk jati diri;

• menggunakan bahasa untuk berkomunikasi dengan mengambil kira

tujuan khalayak dan konteks masyarakat dan budaya;

• menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui

penggunaan bahasa Melayu;

• memperoleh, menilai, menggunakan dan menyampaikan maklumat,

idea dan perasaan dengan menggunakan bahasa Melayu;

• menanam sikap positif terhadap konsep, idea atau gagasan;

• menyerapi nilai-nilai murni masyarakat, negara dan insan sejagat;

• menghargai dan menghayati unsur-unsur budaya Melayu, khususnya

dan budaya lain amnya;

• menghargai bahasa dan sarana budaya dan ilmu; dan

• menyiapkan diri untuk mengikuti pengajian di peringkat yang lebih

tinggi.

Dalam program-program bahasa Melayu di peringkat prauniversiti,

para pelajar dilengkapi dengan tiga dimensi berkomunikasi dengan

menggunakan bahasa, iaitu kemahiran reseptif, produksi dan interaktif. Mod

komunikasi ini diajarkan melalui enam kemahiran, iaitu:

Dimensi Reseptif Produksi Interaktif

Kemahiran

Bahasa

Mendengar Pertuturan Interaksi Lisan

Membaca Penulisan Interaksi Penulisan

16

Page 17: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 17

Seperti yang dinyatakan dalam Hasil Pendidikan Yang Diingini,

pengajaran dan pembelajaran haruslah sesuai dengan perkembangan pelajar

sama ada usia mahupun keupayaan bahasa mereka. Untuk itu, di peringkat

prauniversiti, pelajar boleh memilih untuk menjalani kursus Bahasa Melayu

sebagai Bahasa Ibunda berdasarkan keupayaan dan kecenderungan mereka.

Bahasa Melayu B

Program Bahasa Melayu B ditawarkan kepada pelajar yang

mempunyai kesukaran mempelajari Bahasa Melayu, terutama mereka yang

tidak mempunyai latar belakang bahasa Melayu dan memerlukan sokongan.

Pelajar menghadapi cabaran walaupun telah berusaha. Pelajar yang

memenuhi kriteria kelayakan berdasarkan keputusan peperiksaan peringkat

‘O’ atau Bahasa Melayu H1 (Gred E8 ke bawah) ataupun pelajar yang

memasuki semula sistem pendidikan kita (dari luar negara) atau mereka yang

menghadapi masalah mengikuti pelajaran Bahasa Melayu peringkat H1 boleh

mengambil Bahasa Melayu B.

Bahasa Melayu Peringkat H1 (H1 ML)

Kursus Bahasa Melayu Peringkat H1 (H1 ML) ditawarkan kepada para

pelajar yang mengambil Bahasa Melayu di peringkat ‘O’ atau pelajar yang

tidak mengambil Bahasa Melayu Lanjutan di peringkat ‘O’ atau para pelajar

yang mendapat Gred D7 ke bawah bagi kertas Bahasa Melayu Lanjutan

Peringkat ‘O’. Kursus ini meliputi komponen bahasa yang diajarkan

berdasarkan tema dan subtema dengan menggunakan Modul Teras dan

Modul Elektif.

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H2 (H2 MLL)

Program Bahasa dan Kesusasteraan Melayu H2 (H2 MLL) ditawarkan

kepada para pelajar yang mempunyai kemahiran bahasa Melayu yang baik

dan berminat untuk menghayati karya-karya Sastera Melayu. Kursus ini

mempunyai 2 komponen, iaitu komponen bahasa dan komponen sastera.

Komponen sastera meliputi teks-teks sastera seperti novel, cerpen, drama dan

puisi.

Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H3 (H3 MLL)

Kursus Bahasa dan Kesusasteraan Melayu Peringkat H3 (H3 MLL)

merupakan lanjutan kepada kursus Bahasa dan Kesusasteraan Peringkat H2

(H2 MLL). Kursus ini merangkumi dua komponen; Penulisan Ekspresif dan

Analisis Kritikal. Komponen Penulisan Ekspresif memerlukan pelajar menulis

sebuah cerpen berdasarkan tema atau menulis komentar berkenaan isu yang

diberikan. Komponen Analisis Kritikal pula memerlukan pelajar memberikan

analisis kritikal mereka terhadap teks sastera yang ditentukan.

2.2 PROGRAM BAHASA MELAYU

Page 18: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

2.3 TEMA DAN WAKTU KURIKULUM

Tema Pengajaran dan Pembelajaran

Di peringkat prauniversiti, pengajaran dan pembelajaran Bahasa

Melayu dijalankan dengan menggunakan dua modul, iaitu Modul Teras dan

Modul Elektif. Modul-modul ini diajarkan berdasarkan enam tema utama dan

beberapa subtema untuk memberikan jangkaan dan ruang lingkup yang lebih

jelas.

Modul Teras

Dalam modul teras, pengajaran dan pembelajaran dijalankan

bersandarkan empat tema utama, iaitu:

Persekitaran

Pendewasaan

Negara dan Masyarakat; dan

Budaya dan Rekreasi

Modul Elektif

Modul elektif pula melingkupi dua tema yang berkaitan dengan:

Lagu dan filem; dan

Internet dan Media

Waktu Kurikulum

Bahasa Melayu di peringkat prauniversiti perlu diajarkan dalam masa

kurikulum yang ditentukan. Waktu kurikulum ini dianggarkan mencukupi dalam

pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai matlamat dan objektif kursus-

kursus di peringkat ini. Peruntukan waktu kurikulum ditentukan berdasarkan

kursus yang ditawarkan seperti yang berikut :

* Anggaran jumlah minggu yang diperlukan untuk pengajaran dan pembelajaran. Guru dan

pihak sekolah boleh membuat penyesuaian berdasarkan keperluan program BM di sekolah

masing-masing.

18

Kursus Waktu

Seminggu

Jumlah

Waktu

Jumlah

Minggu*

Bahasa Melayu B 4 Jam 112 Jam 28 Minggu

Bahasa Melayu H1 4 Jam 112 Jam 28 Minggu

Bahasa dan Kesusasteraan

Melayu H2 (H2 MLL) 4 Jam 224 Jam 56 minggu

Bahasa dan Kesusasteraan

Melayu H3 (H3 MLL) 2 Jam 56 Jam 28 Minggu

Page 19: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 19

Kata Tunggal Kata Terbitan

Bentuk Kata

Kata Majmuk Kata Ganda

Sistem Bahasa

Sistem bahasa ialah aspek bahasa yang perlu dipelajari dalam

pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sistem bahasa ini merangkumi

tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, tanda baca dan

peribahasa. Kesemua aspek ini perlu dikuasai bagi membolehkan pelajar

menggunakan bahasa Melayu baku dengan betul dan berkesan. Untuk

membantu pelajar dalam pembelajaran, aspek bahasa yang telah dipelajari

akan diulang di peringkat seterusnya dan pemahaman pelajar akan

dikukuhkan melalui latihan pengukuhan yang disediakan.

Tatabahasa

Tatabahasa menjadi asas kecekapan berbahasa dan harus diajarkan

secara terancang dan dalam konteks yang bermakna dan difahami oleh

pelajar. Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.

Morfologi - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk kata, proses

pembentukan kata dan golongan kata.

Bentuk kata terdiri daripada kata tunggal, kata terbitan, kata ganda, dan

kata majmuk.

2.4 PENGISIAN UMUM

Pengimbuhan Penggandaan

Proses Pembentukan Kata

Pemajmukan Pengakroniman

Proses pembentukan kata meliputi pengimbuhan, penggandaan,

pemajmukan dan pengakroniman.

Page 20: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 20

Sintaksis - bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan

ayat. Hal ini bermakna bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau

rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan

perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat serta cara ayat

dibina dan disusun.

Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan ialah:

a. unsur utama ayat, iaitu kata, frasa, klausa dan pembinaannya serta

pembahagian ayat (subjek dan predikat);

b. jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan

c. ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif;

d. susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang; dan

e. binaan ayat, iaitu ayat dasar, ayat tunggal dan ayat majmuk.

Sebutan dan Intonasi

Sebutan diajarkan agar pelajar dapat menyebut perkataan dengan betul

dan menggunakan sebutan bahasa Melayu baku. Intonasi ialah naik turun

nada suara ketika melafazkan kata-kata. Dalam pengucapan bahasa Melayu,

terdapat intonasi yang berbeza-beza mengikut ragam dan jenis ayat. Pelajar

perlu memahami penggunaan intonasi agar dapat menyampaikan sesuatu

maksud dengan tepat dan jelas berdasarkan konteks, tujuan dan khalayak.

Kata Nama Kata Kerja

Golongan Kata

Kata Tugas Kata Adjektif

Golongan kata pula terdiri daripada kata nama, kata kerja, kata adjektif,

dan kata tugas

Page 21: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 21

Nilai Murni

Penyerapan nilai murni dalam pendidikan Bahasa Melayu bertujuan

untuk melahirkan insan yang berhemah tinggi selaras dengan nilai yang

termaktub dalam Hasil Pendidikan yang Diingini. Seseorang pelajar yang

melalui pendidikan prauniversiti diharap akan menjadi seorang pelajar yang

mempunyai arah kendiri dan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya,

yakin, menjadi penyumbang aktif dan prihatin, dan cinta akan tanah airnya.

Selain itu, nilai murni negara yang diserlahkan melalui Pendidikan

Nasional juga diberikan keutamaan. Tambahan pula, nilai-nilai murni yang

utuh dipelihara dan dipraktikkan masyarakat Melayu termasuk nilai-nilai

amanah, kejujuran, berhemah tinggi, hormat-menghormati, berjimat cermat,

kesetiaan, kesabaran dan keadilan juga disemai melalui proses pengajaran

dan pembelajaran. Penyerapan nilai-nilai negara dan masyarakat ini diharap

akan dapat melahirkan pelajar yang berupaya mendalami dan menghargai

bahasa dan budaya masyakarat Melayu sebagai sebahagian masyarakat

Singapura dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. Hal

ini diharap akan membantu pelajar mencapai visi Arif Budiman - insan berilmu

pengetahuan yang berbakti kepada masyarakat. Pemahaman dan kesedaran

tentang nilai-nilai yang disasarkan ini harus dilaksanakan secara terancang

atau sistematik sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Pendidikan Nasional

Penyerapan Pendidikan Nasional dalam pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Melayu bertujuan untuk memupuk sikap cinta akan negara dan

mengukuhkan jati diri pelajar sebagai warganegara Singapura. Nilai

patriotisme yang terkandung dalam Pendidikan Nasional hendaklah disemai

secara tidak langsung melalui penggunaan bahan-bahan pengajaran yang

sesuai. Usaha ini hendaklah dilaksanakan dengan perancangan yang teliti

agar perutusan yang hendak disampaikan dapat difahami dan dihayati oleh

setiap pelajar.

Page 22: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 22

Pendidikan Nasional mengandungi enam perutusan berikut:

1. Singapura tanah air kita; di sini tempat kita.

Kita mahu mengekalkan warisan dan cara hidup kita.

2. Kita mesti mengekalkan keharmonian kaum dan agama.

Walaupun kita terdiri daripada berbilang kaum, agama, bahasa dan

budaya, kita mempunyai nasib yang sama.

3. Kita mesti mendukung meritokrasi dan sifat amanah.

Ini bermakna peluang bagi semua, mengikut kebolehan dan usaha

mereka.

4. Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap Singapura.

Kita mesti mencari jalan sendiri untuk bertahan dan mencapai

kemakmuran.

5. Kita sendiri yang mesti mempertahankan Singapura.

Tiada siapa yang bertanggungjawab terhadap keselamatan dan

kesejahteraan kita.

6. Kita mempunyai keyakinan terhadap masa depan kita.

Dengan bersatu, berazam dan bersedia, kita akan membina masa

depan yang cerah bagi diri kita sendiri.

Sebagai pelanjutan kepada perutusan di atas, Pendidikan Nasional

juga memberikan tumpuan pada penglibatan pelajar dan penyediaan ruang

bagi pelajar menyumbang kepada masyarakat. Satu kerangka yang

melibatkan ‘minda, hati dan tenaga’ diusulkan sebagai panduan. Dengan kata-

kata lain, melalui ‘minda’, para pelajar digalakkan agar terlibat secara aktif

dalam pembelajaran, mengetahui dan memikirkan isu-isu yang melibatkan

Singapura dan memahami isu-isu tersebut secara mendalam. ‘Hati’ pelajar

juga perlu terus dipupuk agar mereka menyedari bahawa mereka merupakan

sebahagian daripada Singapura, mempunyai kecintaan terhadap negara dan

menghargai negara sebagai tempat mereka dilahirkan dan dibesarkan. Selain

itu, para pelajar perlulah diberi peluang untuk menyumbang kepada

masyarakat dan menyedari bahawa setiap individu mempunyai peranan untuk

mencipta, membina dan memimpin bagi kemakmuran, penakatan dan

kesejahteraan Singapura.

Page 23: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 23

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Literasi Digital merupakan salah satu keperluan untuk warga Singapura

dalam abad ke-21. Oleh itu, pelan induk Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(ICT) dalam sistem pendidikan Singapura menentukan penggunaan ICT dalam

pendidikan. Falsafah asas pelan induk ini ialah pendidikan mesti secara

berkesinambungan dengan menjangka keperluan masa hadapan dan

menyediakan pelajar untuk memenuhi keperluan tersebut. Di peringkat

prauniversiti, para pelajar diharap dapat :

menganalisis informasi daripada teks dalam media elektronik, audio atau

video dan memberi respons yang sesuai secara spontan;

merakamkan perbualan dengan memberi pandangan mengenai topik

tertentu ;

menggunakan pelbagai alat teknologi untuk menjana pengetahuan baharu;

dan

mengedit media digital daripada pelbagai sumber kepada dokumen untuk

penerbitan

Page 24: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 3 BAHASA MELAYU B

3.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

3.2 PENGISIAN KURIKULUM

3.3 HASIL PEMBELAJARAN

Page 25: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 26: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 26

3.1 BAHASA MELAYU B

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Pengenalan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu B ini mula dilaksanakan pada 2012.

Kursus ini harus dijalankan selama 112 jam atau 4 jam setiap minggu dalam

masa kira-kira 28 minggu. Perancangan program Bahasa Melayu B harus

dijalankan mengikut waktu kurikulum yang ditetapkan ini.

Matlamat

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu B di peringkat ini ialah lanjutan

daripada sukatan pelajaran bahasa Melayu B di peringkat ‘O’. Kursus ini

ditawarkan kepada pelajar yang mempunyai kesukaran mempelajari Bahasa

Melayu, terutama mereka yang tidak mempunyai latar belakang bahasa

Melayu dan memerlukan sokongan. Pelajar kursus ini juga termasuk pelajar

yang menghadapi cabaran mempelajari Bahasa Melayu di peringkat biasa

walaupun telah beberapa kali berusaha.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu B di

peringkat prauniversiti, pelajar dapat:

a. mendengar dan memberikan pandangan tentang topik am yang berkait

rapat dengan kehidupan;

b. membaca dan memahami teks fungsional yang bercetak (contoh – surat

khabar) dan media elektronik (contoh – Internet); dan

c. menulis teks fungsional (contoh – e-mel, blog, diari atau forum) yang

mudah dan jelas.

Page 27: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

Peruntukan Waktu Kurikulum bagi Modul

Yang berikut ialah saranan peruntukan waktu kurikulum bagi modul

teras dan modul elektif:

Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran, Bahasa Melayu B

membahagikan sukatan pelajaran kepada dua modul – Modul Teras dan

Modul Elektif. Beberapa tema telah dikenal pasti agar pengajaran dan

pembelajaran mempunyai konteks dan latar yang luas dan pelbagai.

Modul Teras

Empat tema modul teras – ‘Persekitaran’, ‘Pendewasaan’, ‘Negara dan

Masyarakat’ dan ‘Budaya dan Rekreasi’ akan menjadi panduan pembelajaran

dan pembinaan bahan pengajaran mengikut konteks yang relevan dan

kesesuaian kemampuan bahasa pelajar.

27

3.2 BAHASA MELAYU B

PENGISIAN KURIKULUM

Komponen Fokus Masa

Kurikulum

Modul Teras

Empat tema yang luas dan

penggunaan bahan-bahan

pembelajaran yang autentik

Memperoleh kemahiran

bahasa secara fungsional dan

praktikal untuk memudahkan

komunikasi yang berkesan

dalam kehidupan seharian

80%

(90 Jam)

Modul Elektif (1 daripada 2)

Pilihan dilakukan oleh

pelajar dan pihak sekolah

Penekanan pada kemahiran

lisan

20%

(22 Jam)

Tema Modul

Teras Subtema

1 Persekitaran Pemuliharaan Pencemaran

2 Pendewasaan Diri Keluarga Kawan

3 Negara dan

Masyarakat Masyarakat Negara

Warganegara

Global

4 Budaya dan

Rekreasi

Adat dan

Perayaan Kegemaran

Page 28: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

Subtema telah dibentuk bagi setiap tema teras untuk memberikan

jangkaan dan ruang lingkup yang lebih jelas. Tema dan subtema tersebut

dipilih dengan teliti bagi memastikan topik-topik mempunyai nilai dan menarik

minat pelajar. Yang berikut diberikan tema, subtema dan skop pengajaran

saranan yang boleh dijadikan panduan dalam perancangan pengajaran:

1. Persekitaran

Tema persekitaran memberikan peluang kepada pelajar untuk

meneroka isu-isu persekitaran semasa. Melalui kajian dan perbincangan,

pelajar hendaklah menyedari dan memahami hubungan manusia dengan isu-

isu persekitaran, tempatan, serantau atau sejagat yang antaranya seperti yang

berikut :

2. Pendewasaan

Pada peringkat umur pelajar prauniversiti, pendewasaan menjadi satu

daripada perkara penting dalam kehidupan mereka. Tema Pendewasaan

memberikan peluang kepada pelajar memahami dan menghargai

perkembangan dirinya dan hubungan dirinya dengan orang-orang di

sekelilingnya. Antara isu-isu yang boleh dibincangkan termasuklah :

28

Persekitaran

Pemuliharaan

Air

Tenaga

Hutan

Warisan dan lain-lain

Skop Pengajaran

Saranan

Definisi

Tujuan

Kesan

Punca

Cabaran/Masalah

dan lain-lain

Pencemaran

Bumi

Udara

Air

Bunyi dan lain-lain

Pendewasaan

Diri

Perkembangan Skop Pengajaran

Saranan

Peranan

Cabaran/Masalah

Punca

Keluarga

Hubungan

Kawan

Pergaulan

Page 29: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

3. Masyarakat dan Negara

Di peringkat ini, pelajar memainkan peranan penting dalam pelanjutan

pembangunan negara. Oleh itu, tema ‘Masyarakat dan Negara’ akan

menyediakan wadah perbincangan yang dapat memandu pelajar memahami

kedudukan, peranan dan sumbangannya sebagai anggota masyarakat.

4. Budaya dan Rekreasi

Aspek nilai, norma, dan budaya merupakan aspek penting dalam

pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui tema ‘Budaya dan Rekreasi’, pelajar

diharap akan dapat menghargai budaya Melayu, sedar perlunya melestarikan

unsur-unsur yang relevan dan memahami faktor-faktor yang membawa

kepada perubahan.

29

Budaya dan Rekreasi

Adat dan Perayaan

Jenis

Rentas Budaya

Nilai dan Norma

Skop Pengajaran

Saranan

Definisi

Tujuan

Kesan

Punca

Cabaran/Masalah

Kegemaran

Jenis

Faedah

Masyarakat dan Negara

Masyarakat

Hubungan Masyarakat

Konsep kejiranan Skop Pengajaran

Saranan

Peranan

Cabaran/Masalah

Punca

Negara

Berbilang kaum

Sosial dan ekonomi

Warganegara Global

Konsep

Page 30: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 30

Modul Elektif

Fokus modul elektif adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan pelajar.

Pembelajaran dilaksanakan melalui penyampaian. Dua tema boleh menjadi

panduan pengajaran dan pembelajaran: Lagu dan Filem, dan Internet dan

Media. Melalui tema ini pelajar berpeluang terlibat dalam kajian dan

perbincangan yang berkaitan dengan lagu, filem dan teknologi serta

hubungannya dengan anggota masyarakat lain dalam konteks masyarakat

majmuk Singapura.

Pelajar memilih SATU daripada dua tema elektif berdasarkan keperluan

dan minat pembelajaran mereka. Subtema dan topik saranan yang boleh

diteroka dalam pengajaran dan pembelajaran ialah:

1. Lagu dan Filem

Pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar

mengetahui dan memahami peranan dan pengaruh lagu dan filem dalam

kehidupan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka.

2. Internet dan Media

Dalam kajian dan perbincangan mengenai kesejahteraan siber,

pengaruh, sumbangan dan sebagainya mengenai Internet dan Media, pelajar

akan menyedari peranan Internet dan media dalam kehidupan.

Tema Subtema Skop Pengajaran

Saranan

1 Lagu dan

Filem

Lagu Asia dan

Barat

Filem Asia dan

Barat

Karyawan Industri

Lagu dan Filem

Perbandingan

Perkembangan

Sumbangan

Pengaruh

2 Internet dan

Media

Komunikasi

Melalui Internet

Teknologi Digital

Media Asia dan

Barat

Kesan

Kesejahteraan

Siber

Perkembangan

Pengaruh

Sumbangan

Perbandingan

Page 31: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 31

Hasil Pembelajaran

Dalam mencapai matlamat dan objektif Bahasa Melayu B, pelajar harus

dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan

itu merangkumi kecekapan mendengar, bertutur, interaksi pertuturan, membaca,

menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini merupakan teras pemerolehan dan

penguasaan bahasa baku. Pelajar perlu menguasai kecekapan-kecekapan ini untuk

membolehkan mereka cekap menggunakan bahasa Melayu dalam semua bentuk

komunikasi dan dalam pelbagai situasi penggunaannya. Huraian bagi setiap

kecekapan bahasa untuk mencapai hasil pembelajaran Bahasa Melayu B adalah

seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran bagi Bahasa Melayu B

Kecekapan Penerangan

Mendengar

Boleh memahami teks perbualan tentang topik-topik yang berkaitan

dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Teks harus

mengandungi julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang

pelbagai. Teks harus disampaikan dengan jelas.

Bertutur

Boleh memberi penyampaian tentang topik-topik berkaitan dengan

diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Penyampaian harus

teratur, menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat

yang pelbagai. Sebutan harus jelas dan tepat, intonasi dalam ayat

bersahaja dan dapat bertutur dengan lancar.

Interaksi Lisan

Boleh berinteraksi secara lisan tentang perkara berkaitan dengan

diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara, menggunakan julat

kosa kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai. Penyampaian

harus jelas, sebutan dan intonasi yang tepat.

Membaca

Boleh memahami teks bertulis tentang topik-topik yang berkaitan

dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara. Teks harus

mempunyai struktur organisasi yang sama, menggunakan julat kosa

kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.

Menulis

Boleh menulis tentang topik-topik yang berkaitan dengan diri,

keluarga, sekolah, masyarakat dan negara, menggunakan struktur

organisasi yang sama. Penulisan harus menggunakan julat kosa

kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.

Interaksi Penulisan

Boleh berinteraksi melalui penulisan tentang topik-topik berkaitan

dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat dan negara,

menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang

pelbagai.

3.3 HASIL PEMBELAJARAN

Page 32: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 4 BAHASA MELAYU H1

4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

4.2 PENGISIAN KURIKULUM

4.3 HASIL PEMBELAJARAN

Page 33: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 34: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 34

4.1 BAHASA MELAYU H1

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Pengenalan

Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat H1 ini mula dilaksanakan

pada 2012. Kursus ini harus dijalankan selama 112 jam atau 4 jam setiap

minggu dalam masa kira-kira 28 minggu. Perancangan program Bahasa

Melayu Peringkat H1 harus dijalankan mengikut waktu kurikulum yang

ditetapkan ini.

Matlamat

Kursus Bahasa Melayu Peringkat H1 ML adalah untuk melengkapkan

pelajar dengan kecekapan berbahasa untuk berkomunikasi dengan

menggunakan bahasa Melayu baku bagi memenuhi keperluan diri dan

menjalin hubungan sosial dalam konteks masyarakat majmuk Singapura dan

masyarakat dunia.

Objektif

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu H1 di

peringkat prauniversiti, pelajar dapat:

a. melahirkan dan mengutarakan pendapat tentang topik-topik umum yang

berkait rapat dengan kehidupan mereka;

b. membaca dan memahami teks-teks fungsional daripada media cetak dan

media elektronik contohnya artikel-artikel daripada surat khabar, maklumat

daripada Internet;

c. menulis esei naratif, ekspositori dan argumentatif yang kohesif dan

koheren dan lengkap; dan

d. memahami dan menghargai budaya Melayu dalam konteks masyarakat

majmuk Singapura dan negara-negara serantau.

Page 35: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

Peruntukan Waktu Kurikulum bagi Modul

Yang berikut ialah saranan peruntukan waktu kurikulum bagi modul

teras dan modul elektif:

Modul Pengajaran dan Pembelajaran

Bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran bahasa, Bahasa Melayu H1

membahagikan sukatan pelajaran kepada dua modul – Modul Teras dan

Modul Elektif. Beberapa tema telah dikenal pasti agar pengajaran dan

pembelajaran mempunyai konteks dan latar yang luas dan pelbagai.

Modul Teras

Empat tema modul teras – ‘Persekitaran’, ‘Pendewasaan’, ‘Negara dan

Masyarakat’ dan ‘Budaya dan Rekreasi’ akan menjadi panduan pembelajaran

dan pembinaan bahan pengajaran mengikut konteks yang relevan dan

kesesuaian umur pelajar.

35

4.2 BAHASA MELAYU H1

PENGISIAN KURIKULUM

Komponen Fokus Masa

Kurikulum

Modul Teras

Empat tema yang luas dan

penggunaan bahan-bahan

pembelajaran yang autentik

Memperoleh kemahiran

bahasa secara fungsional

dan praktikal untuk

memudahkan komunikasi

yang berkesan dalam

kehidupan seharian

85%

(95 Jam)

Modul Elektif

Dua tema diberikan. Hanya

satu sahaja akan diuji.

Penekanan pada kemahiran

lisan

15%

(17 Jam)

Tema Modul

Teras Subtema

1 Persekitaran Pemuliharaan Pencemaran Penjimatan

Tenaga/Pengitaran

2 Pendewasaan Diri Keluarga Kawan

3 Negara dan

Masyarakat Masyarakat Negara Warganegara Global

4 Budaya dan

Rekreasi

Adat dan

Perayaan Kegemaran Gambaran Kreatif

Page 36: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

Subtema telah dibentuk bagi setiap tema teras untuk memberikan

jangkaan dan ruang lingkup yang lebih jelas. Tema dan subtema tersebut

dipilih dengan teliti bagi memastikan topik-topik mempunyai nilai dan minat

kepada pelajar.

1. Persekitaran

Tema persekitaran memberikan peluang kepada pelajar untuk

meneroka isu-isu persekitaran semasa. Melalui kajian dan perbincangan,

pelajar hendaklah menyedari dan memahami hubungan manusia dengan isu-

isu persekitaran, tempatan, serantau atau sejagat yang antaranya seperti yang

berikut:

2. Pendewasaan

Pada peringkat umur pelajar prauniversiti, pendewasaan menjadi satu

daripada perkara penting dalam kehidupan seharian mereka. Tema

Pendewasaan memberi peluang kepada pelajar memahami dan menghargai

perkembangan dirinya dan hubungan dirinya dengan orang-orang

sekelilingnya.

36

Persekitaran

Pemuliharaan

Air

Tenaga

Hutan

Warisan dan lain-lain

Skop Pengajaran

Saranan

Definisi

Tujuan

Kesan

Punca

Cabaran/Masalah

Saranan dan lain-

lain

Pencemaran

Bumi

Udara

Air

Bunyi dan lain-lain

Penjimatan Tenaga/Pengitaran

Solar

Kertas, plastik, kaca

Pendewasaan

Diri

Perkembangan Skop Pengajaran

Saranan

Peranan

Cabaran/Masalah

Punca

Keluarga

Hubungan

Kawan

Pergaulan

Page 37: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI

3. Masyarakat dan Negara

Di peringkat ini, pelajar memainkan peranan penting dalam pelanjutan

pembangunan negara. Oleh itu, tema ‘Masyarakat dan Negara’ akan

menyediakan wadah perbincangan yang dapat memandu pelajar memahami

kedudukan, peranannya serta sumbangan sebagai anggota masyarakat.

4. Budaya dan Rekreasi

Aspek nilai, norma dan budaya merupakan aspek penting dalam

pembelajaran Bahasa Melayu. Melalui tema ‘Budaya dan Rekreasi’ pelajar

melibatkan diri dalam kajian dan perbincangan dan diharap akan dapat

menghargai budaya Melayu, sedar perlunya melestarikan unsur-unsur yang

relevan dan memahami faktor-faktor yang membawa kepada perubahan.

37

Budaya dan Rekreasi

Adat dan Perayaan

Jenis

Rentas Budaya

Nilai dan Norma Skop Pengajaran

Saranan

Definisi

Tujuan

Kesan

Punca

Cabaran/Masalah

Kegemaran

Jenis

Faedah

Gambaran Kreatif

Penulisan Kreatif

Contoh: Puisi tradisional dan

moden, cerpen dan lain-lain

Masyarakat dan Negara

Masyarakat

Hubungan Masyarakat

Konsep kejiranan Skop Pengajaran

Saranan

Peranan

Cabaran/Masalah

Punca

Negara

Berbilang kaum

Sosial dan ekonomi

Warganegara Global

Konsep

Page 38: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 38

Modul Elektif

Fokus modul elektif adalah untuk meningkatkan kemahiran lisan pelajar.

Pembelajaran dilaksanakan melalui penyampaian. Dua tema boleh menjadi

panduan pengajaran dan pembelajaran: Lagu dan Filem, dan Internet dan

Media. Melalui tema ini pelajar berpeluang terlibat dalam kajian dan

perbincangan yang berkaitan dengan lagu, filem dan teknologi serta

hubungannya dengan anggota masyarakat lain dalam konteks masyarakat

majmuk Singapura.

Subtema dan topik saranan yang boleh diteroka dalam pengajaran dan

pembelajaran ialah:

1. Lagu dan Filem

Pengajaran dan pembelajaran memberikan peluang kepada pelajar

mengetahui dan memahami peranan dan pengaruh lagu dan filem dalam

kehidupan mereka dan orang-orang di sekeliling mereka.

2. Internet dan Media

Dalam kajian dan perbincangan mengenai kesejahteraan siber,

pengaruh, sumbangan dan sebagainya mengenai Internet dan Media, pelajar

akan menyedari peranan Internet dan media dalam kehidupan.

Tema Subtema Topik Saranan

1 Lagu dan

Filem

Lagu Asia dan

Barat

Filem Asia dan

Barat

Karyawan Industri

Lagu dan Filem

Perbandingan

Perkembangan

Sumbangan

Pengaruh

2 Internet dan

Media

Komunikasi

Melalui Internet

Teknologi Digital

Media Asia dan

Barat

Kesan

Kesejahteraan

Siber

Perkembangan

Pengaruh

Sumbangan

Perbandingan

Page 39: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 39

Hasil Pembelajaran

Dalam mencapai matlamat dan objektif Bahasa Melayu H1, pelajar harus

dilengkapi dengan kecekapan-kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan

itu merangkumi kecekapan mendengar, bertutur, interaksi lisan, membaca,

menulis, dan interaksi penulisan. Kecekapan ini merupakan teras pemerolehan dan

penguasaan bahasa baku. Pelajar perlu menguasai kecekapan-kecekapan ini

untuk membolehkan mereka cekap menggunakan bahasa Melayu dalam semua

bentuk komunikasi dan dalam pelbagai situasi penggunaannya. Huraian bagi

setiap kecekapan bahasa untuk mencapai hasil pembelajaran Bahasa Melayu H1

adalah seperti yang berikut:

Hasil Pembelajaran bagi Bahasa Melayu H1

Kecekapan Penerangan

Mendengar

Boleh memahami teks perbualan tentang topik-topik berkaitan

dengan diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks

harus mengandungi julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang

pelbagai. Teks harus disampaikan dengan jelas.

Bertutur

Boleh memberi penyampaian tentang topik-topik berkaitan dengan

diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia.

Penyampaian harus bermakna dan menggunakan julat kosa kata

yang baik dan struktur ayat yang pelbagai. Sebutan harus jelas dan

tepat; intonasi dalam ayat secara semula jadi dan ekspresif; dan

dapat bertutur dengan lancar.

Interaksi Lisan

Boleh berinteraksi secara lisan tentang perkara berkaitan dengan

diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia dengan

menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang

pelbagai. Boleh bertutur dengan fasih serta menggunakan sebutan

dan intonasi yang jelas dan tepat.

Membaca

Boleh memahami teks bertulis tentang topik-topik berkaitan dengan

diri, keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia. Teks harus

mempunyai struktur susunan yang pelbagai serta menggunakan

julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang pelbagai.

Menulis

Boleh menulis teks tentang topik-topik berkaitan dengan diri,

keluarga, sekolah, masyarakat, negara dan dunia dengan

menggunakan struktur susunan yang pelbagai. Penulisan harus

menggunakan julat kosa kata yang baik dan struktur ayat yang

pelbagai.

Interaksi Penulisan

Boleh berinteraksi secara aktif melalui penulisan tentang perkara

berkaitan dengan diri sendiri, keluarga, sekolah, masyarakat,

negara dan dunia dengan menggunakan julat kosa kata yang baik

dan struktur ayat yang pelbagai.

4.3 HASIL PEMBELAJARAN

Page 40: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 5 PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN

5.1 PERANCANGAN

5.2 PEDAGOGI

5.3 PENILAIAN

Page 41: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 42: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 42

5.1 PERANCANGAN

Kerangka PETALS

Kerangka kerja PETALS™ terdiri daripada lima dimensi pelibatan

dalam pembelajaran. Lima dimensi ini ialah Pedagogi, Pengalaman

Pembelajaran, Keadaan Persekitaran, Penilaian dan Kandungan

Pembelajaran. Setiap dimensi menyentuh aspek-aspek pembelajaran dan

pengajaran yang berbeza, yang apabila disatukan, akan meningkatkan lagi

pembelajaran. Kemahiran yang guru raih daripada dimensi-dimensi PETALS™

untuk membimbing perancangan dan pengajaran mereka akan mempengaruhi

tahap pelibatan pelajar dalam pembelajaran. Oleh itu, Berpusatkan Pelajar

berada di tengah kerangka kerja ini.

Setiap dimensi membimbing guru untuk memikirkan cara dan bahan

yang dapat disediakan untuk melibatkan pelajar dalam bilik darjah. Secara

interaktif, semua dimensi boleh digunakan untuk membimbing guru dalam

perancangan untuk membantu merealisasikan Berpusatkan Pelajar dalam

proses pembelajaran dengan:

memilih Pedagogi yang menimbangkan kesediaan pelajar;

merancang Pengalaman Pembelajaran yang merangsang pemikiran;

menyediakan Keadaan Persekitaran pembelajaran yang kondusif;

mengamalkan Penilaian yang meningkatkan pembelajaran selanjutnya;

dan

memilih Kandungan yang relevan dan bermakna.

Page 43: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 43

Mendengar Membaca

Bertutur Menulis

Interaksi

Penulisan Interaksi

Lisan

Kemahiran

Interaktif Kemahiran

Interaktif

Kemahiran Reseptif

Kemahiran Produktif • Dialog

• Perbincangan

kumpulan

• Main peranan

• Membaca dan

memberikan respons

terhadap iklan,

poster, blog, e-mel

• Memberikan respons

secara bertulis

melalui e-mel, nota

ringkas, memberikan

komen dalam blog

Penekanan Pada Interaksi Lisan dan Penulisan

Penekanan Terhadap Penggunaan Bahasa

Bahasa perlu digunakan. Dengan menggunakan bahasa yang dipelajari

sekerap mungkin, kefasihan berbahasa pelajar diharap akan meningkat. Oleh

itu, penyediaan pembelajaran haruslah menjurus kepada aktiviti-aktiviti yang

boleh mempamerkan kebolehan bahasa pelajar. Dalam mencapai matlamat

dan objektif bahasa Melayu, pelajar harus dilengkapi dengan kecekapan-

kecekapan tertentu. Kecekapan yang dimaksudkan itu merangkumi kecekapan

mendengar, bertutur, interaksi lisan, membaca, menulis, dan interaksi

penulisan.

Page 44: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 44

5.2 PEDAGOGI

Pengajaran dan pembelajaran bersifat dua hala yang melibatkan guru

dan pelajar. Kedua-dua pihak bertindak untuk memastikan pengajaran dan

pembelajaran berlaku dalam bilik darjah seperti yang dirancang. Untuk

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu

merancang pedagogi yang terbaik untuk sesuatu usaha pembelajaran.

Pedagogi ialah satu set strategi yang digunakan oleh guru-guru untuk

mengurus arahan-arahan mereka supaya para pelajar dapat mempelajari dan

memahami konsep-konsep dan kandungan, dan mengembangkan kemahiran

Apabila strategi pengajaran digunakan dengan tepat, pengalaman

pembelajaran yang dilalui oleh pelajar dapat meregangkan pemikiran pelajar,

membetulkan kesalahfahaman atau menggalakkan mereka dalam

pembelajaran mereka.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, beberapa pertimbangan utama

harus diberikan dalam merancang pelajaran seperti yang tertera dalam rajah

yang berikut:

Untuk itu, perancangan pelajaran harus menimbangkan urutan

pedagogi yang memberikan tumpuan pada lisan bagi pelajar yang

memerlukan sokongan dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Satu pedagogi

disarankan apabila merancang pelajaran: Pelajaran yang dimulakan dengan

aktiviti lisan seperti yang berikut:

Lisan Sebagai Asas

Pembangunan kemahiran lisan

mencorak kemahiran membaca

dan menulis terutama sekali

pelajar yang kurang

menggunakan bahasa Melayu di

rumah.

Penekanan Pada Komunikasi

Praktikal

Membina kemahiran bahasa

menerusi aktiviti bahasa yang

autentik

Pengajaran Aspek Bahasa

Secara Eksplisit

Terutama dalam komponen

tatabahasa, kosa kata dan

struktur ayat

Motivasi Merupakan Kunci

Membina persekitaran yang

menggalakkan pembelajaran

melalui maklum balas dan pujian

Page 45: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 45

(LISAN DIDAHULUKAN SEBELUM MEMBACA DAN MENULIS)

Persekitaran Pembelajaran Positif Melalui Pujian dan Motivasi

Penilaian Formatif Berterusan (Contohnya bertanya secara mahir, memberikan maklum balas,

melakukan penilaian kendiri dan rakan sebaya

Rangsangan (Menentukan

keperluan pelajar)

Lisan Membaca

dan Menulis

Penilaian Pascaunit (Lebih Bersifat

Sumatif)

Bermula dengan

lisan (contohnya bercerita)

(1) Mendengar

(3) Produksi Lisan dan Interaksi

Lisan

(5) Produksi Penulisan

dan Interaksi Penulisan

(4) Membaca

(2) Pengajaran Kemahiran/Pengetahuan

Bahasa Secara Eksplisit Aktiviti atau tugasan yang autentik

dan konteks yang spesifik, dapat dijalankan menggunakan bahasa

yang disasarkan.

Penilaian berdasarkan

kelakonan pencapaian

tugasan yang dilaksanakan.

Asas Urutan Pelajaran

Page 46: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 46

(LISAN DIDAHULUKAN SEBELUM MEMBACA DAN MENULIS)

Asas Urutan Pelajaran

Rangsangan

Setiap unit pelajaran akan dimulakan dengan aktiviti mudah (misalnya

menonton klip video pendek) yang menceduk pengetahuan dan pengalaman

sedia ada pelajar dengan menyediakan konteks pembelajaran. Pelajar

digalakkan berbual berkenaan kandungan klip video dan menjadikan mereka

lebih biasa dengan konteks yang dibincangkan. Aktiviti-aktiviti rangsangan ini

akan melibatkan pelajar dan memudahkan mereka untuk belajar.

Pembelajaran Lisan

Pembelajaran lisan dimulakan dengan aktiviti mendengar. Pelajar

mendengar rakaman audio (misalnya penyampaian cerita, perbualan dan lagu)

atau menonton video. Guru boleh bertanya soalan untuk membantu pelajar

menumpukan perhatian kepada item bahasa khusus yang akan dipelajari.

Aktiviti ini akan disusuli dengan pengajaran eksplisit kosa kata dan struktur ayat

lisan. Proses ini akan dibantu dengan penggunaan gambar, objek, bahan

interaktif yang sesuai.

Latihan pertuturan berlatarkan konteks autentik dapat membantu murid

mengaitkannya dengan dunia sebenar, dan menggalakkan mereka

menggunakan bahasa tersebut dalam kehidupan seharian. Pelajar akan

berlatih dalam kedua-dua aspek penyampaian dan komunikasi interaktif

menggunakan kosa kata lisan, struktur ayat dan kemahiran bahasa yang telah

dipelajari oleh mereka. Aspek-aspek ini melibatkan penggunaan kedua-dua

produksi pertuturan dan kemahiran interaktif yang penting dalam komunikasi

seharian.

Latihan penyampaian termasuk ucapan secara berpandu dan

penyampaian lisan. Latihan lisan interaktif termasuk main peranan,

perbincangan berpasangan/berkumpulan atau segmen ‘Tanya dan Jawab’

selepas penyampaian dengan memberi pelajar peluang melibatkan diri dalam

komunikasi interaktif Aktiviti-aktiviti ini akan disokong dengan cara bertanyakan

soalan secara mahir, teknik-teknik memberikan maklum balas oleh guru dan

juga proses penilaian kendiri dan rakan sebaya.

Membaca dan Menulis

Membaca dan menulis merupakan sebahagian penting kurikulum

Bahasa Ibunda. Aktiviti membaca dan menulis akan dibina terutamanya

daripada aktiviti-aktiviti lisan/mendengar pelajar agar mereka boleh mempelajari

kemahiran berdasarkan asas kemahiran lisan mereka. Set kosa kata lisan dan

struktur ayat yang sama dalam pelajaran lisan akan dikukuhkan dan ini akan

membantu pembelajaran mereka.

Page 47: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 47

Strategi Pengajaran

Pembelajaran berpusat pada pelajar

Pelajar menjadi tumpuan utama dalam proses pembelajaran. Guru

perlu merancang pelajaran dan memastikan pendekatan, bahan pengajaran

dan penilaian yang digunakan menepati keperluan, keupayaan, minat, gaya

belajar dan tahap pengetahuan setiap pelajar untuk membolehkan mereka

membuat kaitan antara diri mereka dengan sekolah dan persekitaran. Strategi

pengajaran yang pelbagai perlu untuk menghasilkan pelajaran yang holistik,

menarik, autentik dan bermakna bagi setiap pelajar dan dapat melibatkan

setiap pelajar secara aktif dalam setiap aktiviti pembelajaran dengan

berkesan.

Pembelajaran kontekstual

Kaedah pembelajaran kontekstual mengaitkan isi pelajaran dengan

pengalaman harian pelajar dan hubungannya dengan alam di sekelilingnya.

Selain itu, kemahiran asas bahasa, tatabahasa, kosa kata dan peribahasa

perlu dipelajari dalam konteks penggunaan bahasa sesuai dengan tujuan,

khalayak, situasi dan budaya. Konteks yang dipilih akan menentukan

kesesuaian dan laras bahasa yang perlu digunakan. Pengajaran dan

pembelajaran aspek-aspek ini tidak dilakukan secara tersendiri tetapi

dikenalkan dalam satu wacana komunikatif. Pembelajaran secara kontekstual

membolehkan murid memahami fungsi aspek bahasa yang dipelajari dengan

berkesan di samping berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu yang

diperoleh secara bermakna.

Orientasi proses

Pembelajaran bahasa mengutamakan proses dan bukan pada produk

semata-mata. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu mengambil kira

pelbagai proses bagi komunikasi lisan, aktiviti membaca dan menulis. Pelajar

perlu digalakkan untuk mencuba dan berani mengambil risiko untuk

memperoleh ilmu dan kemahiran baharu. Proses ini memberikan peluang

kepada pelajar bersikap proaktif, menjana idea baharu dan kreatif bagi

menyelesaikan masalah berdasarkan aktiviti yang diberikan dan memperbaik

mutu serta meningkatkan daya hasil kerja mereka.

Page 48: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 48

Penggabungjalinan

Penggabungjalinan bertujuan untuk menggalakkan pengajaran dan

pembelajaran sesuatu kemahiran atau aspek bahasa secara bersepadu.

Penggabungjalinan kemahiran, aspek bahasa, bahan pengajaran, dan strategi

pengajaran dan pembelajaran menjadikan aspek-aspek pembelajaran saling

melengkapi. Proses penggabungjalinan berupaya menimbulkan suasana

pembelajaran yang lebih berkesan, menarik dan bermakna dan memberikan

peluang kepada pelajar untuk menguasai beberapa kemahiran secara

serentak.

Penerapan pelbagai bidang ilmu pengetahuan, budaya dan nilai Masyarakat

Melayu

Penggunaan bahan pelbagai bidang ilmu perlu untuk mewujudkan

situasi yang autentik dan menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Kesedaran dan apresiasi budaya, tradisi dan nilai masyarakat Melayu yang

disepadukan dalam konteks masyarakat berbilang budaya membolehkan

pelajar menghubungkaitkannya dengan budaya Melayu masa kini dan

pandangan dunia mereka.

Kemajuan berbentuk lingkaran

Kemahiran bahasa, item dan bentuk tatabahasa, jenis teks dan

komponen bahasa yang lain diajarkan dan dipertingkatkan mengikut peringkat

dengan kepayahan yang sesuai. Dengan kata lain, pembelajaran merupakan

proses yang dibina secara berperingkat-peringkat. Semakin tinggi peringkat

pembelajaran semakin luas ilmu dan semakin tinggi kemahiran yang dipelajari.

Page 49: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 49

Kurikulum Bahasa Melayu prauniversiti menyarankan penggunaan

pengajaran pembezaan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umum,

pengajaran pembezaan bermakna membezakan kandungan (konsep, prinsip

dan kemahiran), proses (strategi dan aktiviti) dan produk (hasil dan cara

penilaian) dalam pengajaran bagi kumpulan pelajar yang mempunyai

keupayaan yang berbeza-beza. Cara ini membantu guru merancang

pengajaran dengan sistematik untuk memaksimumkan peluang pembelajaran

bagi setiap pelajar yang mempunyai keperluan pembelajaran yang pelbagai.

Dalam sesebuah bilik darjah, pelajar datang daripada latar belakang yang

pelbagai ragam, seperti dari segi kemampuan kognitif, keupayaan berbahasa,

tahap motivasi, sikap dan minat. Oleh itu, untuk memberikan peluang kepada

semua pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran, guru perlu mengambil

kira kepelbagaian ini khususnya kesediaan, profil dan minat pelajar ketika

merancang dan menjalankan pengajaran.

Pengajaran pembezaan merupakan pendekatan pengajaran yang

dapat menjangkau pelbagai kebolehan, minat dan keperluan pelajar dalam

bilik darjah. Dengan yang demikian, pelajar boleh dibantu untuk mendapat

manfaat dan memaksimumkan potensinya.

Untuk membantu pelajar terlibat secara aktif dalam pembelajaran dan

seterusnya mencapai sesuatu kemahiran bahasa atau hasil pembelajaran,

guru perlu memastikan perkara-perkara berikut dalam pengajaran mereka:

• kandungan, matlamat dan objektif pelajaran jelas;

• pelajaran, aktiviti dan produk yang dibina dapat difahami dan diaplikasikan

oleh pelajar;

• bahan-bahan dan tugasan menarik, relevan, autentik dan bermakna serta

memberikan kepuasan kepada pelajar;

• persekitaran pembelajaran yang kondusif;

• pembelajaran berfokuskan pada pelajar termasuklah penggunaan

kumpulan yang fleksibel;

• tahap kepayahan kemahiran dan konsep yang diajarkan haruslah lebih

tinggi agar kemampuan pelajar dapat dipertingkatkan;

• penilaian yang berterusan dan sesuai dijalankan agar kelakonan dan

potensi pelajar dapat dipantau dan ditingkatkan; dan

• aktiviti pengayaan bahasa dirancang untuk menyokong pembelajaran.

Pengajaran Pembezaan

Page 50: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 50

Tugasan

Bermakna Kumpulan

Fleksibel

Kurikulum

Berkualiti

Kandungan

Pembentukan Komuniti

Proses

Melalui Strategi Pembelajaran

Yang Pelbagai

Penilaian

Yang

Berterusan

dan

Bersesuaian

Dibentuk oleh Cara

Berfikir

dan Berdasarkan

Prinsip

Umum Pembezaan

Respons Guru Terhadap Pembelajaran Pelajar

Produk

Guru Boleh Membezakan

Kesediaan

Profil

Pembelajaran

Minat

Berdasarkan

Secara umum, pengajaran pembezaan memberi pertimbangan aspek-

aspek yang dirumuskan dalam rajah yang berikut:

Pengajaran Pembezaan

Page 51: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 51

Guru boleh membezakan perkara-perkara berikut dalam pengajaran

dengan mengambil kira kesediaan, minat dan profil belajar pelajar. Yang

berikut ialah penerangan ringkas tentang ketiga-tiga perkara ini.

Kandungan

Pembelajaran pembezaan dapat dijalankan dengan membezakan

kandungan atau bahan pengajaran: apa-apa yang perlu dipelajari oleh pelajar

dan cara pelajar dapat memperoleh maklumat. Misalnya, guru boleh

mempelbagaikan bahan bacaan pelajar mengikut tahap kesediaan dan minat

mereka. Guru juga boleh mengajarkan semula kandungan kepada pelajar

yang menghadapi masalah dengan mengendalikan pertemuan kecil atau

perbincangan. Sementara itu, guru boleh mengembangkan pemikiran dan

kemahiran pelajar yang lebih cemerlang dengan kandungan pelajaran yang

lebih mencabar.

Proses

Guru boleh membezakan proses dengan menggunakan pelbagai aktiviti

di dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini dapat melibatkan pelajar secara aktif

dalam pembelajaran untuk membolehkan pelajar menguasai kandungan atau

kemahiran yang dipelajarinya. Guru juga boleh memperuntukkan jangka masa

yang berlainan untuk pelajar melaksanakan sesuatu tugasan agar dapat

memberikan peluang kepada pelajar yang lemah melakukannya mengikut

kemampuan mereka dan pelajar yang cemerlang pula berpeluang mempelajari

topik atau kemahiran yang dipelajarinya secara mendalam. Begitu juga,

pelajar boleh diberi tugasan dan melakukannya secara kendiri sementara

pelajar lain pula diberi bantuan atau usaha perancahan bagi membolehkan

mereka menyudahkan tugasan tersebut.

Produk

Guru perlu mempelbagaikan tugasan berdasarkan kemampuan dan

minat pelajar. Hal ini dapat memberikan peluang kepada pelajar bekerja

secara individu atau berkumpulan, berfikir semula, menggunakan dan

mengembangkan perkara yang dipelajari berdasarkan keupayaannya

sepanjang masa pembelajaran. Dengan membezakan tugasan, pelajar

digalakkan untuk memberikan tumpuan pada cara-cara terbaik untuk

menghasilkan produk berdasarkan daya fikir mereka tanpa mengabaikan

kriteria-kriteria yang perlu dipenuhi. Selain itu, guru boleh membezakan produk

dengan mempelbagaikan cara penilaian untuk merangsang pelajar yang

mempunyai keupayaan yang berbeza. Pembezaan penilaian ini juga

menyediakan peluang kepada pelajar yang lebih lemah kemampuannya untuk

memperbaik kelakonan dalam pembelajaran, sementara pelajar yang lebih

berkemampuan boleh dirangsang untuk memaksimumkan potensi mereka.

Page 52: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 52

Penilaian merupakan salah satu aspek penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti penilaian yang berterusan

membolehkan guru mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tentang

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di bilik darjah.

Penilaian dapat membantu pelajar mempertingkatkan kelakonan dalam

pelajaran. Selain itu, keperluan pembelajaran dapat dikenal pasti dan guru

dapat merancang strategi pengajaran untuk tindakan susulan bagi memenuhi

keperluan pelajar.

Pada akhir pendidikan prauniversiti, penilaian yang digunakan harus

berupaya memberikan gambaran sebenar tentang kebolehan pelajar

menyampaikan maklumat, idea dan perasaan selain dapat berfikir secara

kritis dan kreatif.

Penilaian Pembelajaran

Penilaian Pembelajaran atau Penilaian Sumatif (AoL) merujuk kepada

penilaian yang dijalankan untuk mengukur sejauh mana hasil pembelajaran

dalam kurikulum sudah tercapai. AoL digunakan untuk tujuan tertentu seperti,

menentukan gred, kedudukan pelajar dan pensijilan. Oleh itu, AoL berbentuk

sumatif dan selalunya dijalankan pada akhir satu unit, semester atau tahun.

Penilaian untuk Pembelajaran

Penilaian untuk Pembelajaran (AfL) pula merujuk kepada cara penilaian

yang menyokong pembelajaran. Penilaian ini digunakan untuk memastikan

pelajar dapat menguasai matlamat pembelajaran. Oleh itu, penilaian ini

berbentuk formatif, dilaksanakan di dalam bilik darjah dan proses ini

diterapkan dalam pengajaran secara berterusan. Sukatan pelajaran

prauniveristi menyokong pelaksanaan Penilaian Pembelajaran dan Penilaian

untuk Pembelajaran. Untuk memastikan sesuatu penilaian itu lebih bermakna,

keseimbangan dalam pelaksanaan kedua-dua jenis penilaian ini perlulah

dicapai.

5.3 PENILAIAN

Page 53: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 53

Kitaran Penilaian

Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran yang

berikut menunjukkan proses-proses yang perlu dilalui oleh guru apabila

mengintegrasikan penilaian dan merancang pelajaran.

Kitaran Penilaian dan Maklum Balas dengan Pembelajaran

Soalan-soalan berikut berkaitan dengan gambar rajah di atas dan

dapat membantu guru mengintegrasikan penilaian dengan pengajaran:

• Apakah yang ingin saya ketahui tentang pembelajaran pelajar saya?

• Apakah hasil pembelajaran yang ingin saya capai?

• Bagaimanakah dapat saya merancang perbincangan, soalan, aktiviti dan

tugasan yang berkesan agar dapat menyokong pembelajaran pelajar

saya?

• Bagaimanakah boleh saya merancang pelajaran yang membolehkan

pelajar belajar secara berperingkat?

• Apakah bukti yang perlu saya kumpulkan untuk menunjukkan bahawa

pelajar saya telah mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan?

• Apakah jenis penilaian yang dapat membantu saya mendapatkan bukti

tersebut?

• Bagaimanakah dapat saya membantu pelajar maju dalam pembelajaran

dan meningkatkan kebolehan saya mengajar?

• Apakah penilaian yang boleh meningkatkan pembelajaran pelajar saya?

Page 54: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 54

Kaedah Penilaian

Guru perlu menggunakan kaedah yang pelbagai untuk mengumpulkan

maklumat. Maklumat yang dikumpulkan boleh membantu guru mengetahui

sejauh mana pencapaian pelajar mereka. Kaedah-kaedah tersebut

termasuklah pemerhatian dan penyoalan dalam pengajaran seharian

sehinggalah ujian formal dan berstruktur. Dengan menggunakan pelbagai

kaedah ini, guru akan dapat mengumpulkan data yang diperlukan bagi

mengukur pencapaian pelajar dalam pembelajaran.

Garis pandu yang berikut merupakan cadangan bagi penilaian dalam

bilik darjah yang boleh membantu guru:

• menyoal;

• maklum balas;

• penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya;

• penilaian berdasarkan penyampaian;

• jurnal;

• persidangan;

• portfolio;

• soalan diagnostik; dan

• ujian pena dan kertas.

Dalam sesuatu penilaian, tiada terdapat satu kaedah yang khusus.

Keberkesanan sesuatu kaedah bergantung kepada tujuan penilaian. Satu

kaedah akan lebih cenderung kepada penilaian sumatif jika tujuannya adalah

untuk memberikan pelajar gred dan kedudukan, sementara satu lagi

cenderung kepada penilaian formatif jika tujuan penilaian adalah untuk

menggalakkan pembelajaran.

Oleh itu, guru perlu mengimbangkan kedua-dua penilaian ini dengan

menggunakan pelbagai kaedah penilaian dengan tujuan yang tepat lagi jelas.

Selain ujian dan peperiksaan, interaksi seharian antara pelajar dengan guru

(contohnya: menyoal, penyampaian lisan dan melaksanakan tugasan)

memberikan peluang kepada guru untuk mengukur sejauh mana kelakonan

pelajar. Dengan ini guru dapat memberikan gambaran yang komprehensif

tentang sejauh mana pembelajaran para pelajar dan mengambil usaha

susulan bagi membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.

Page 55: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 55

Alat Penilaian

Antara alat yang boleh digunakan dalam menjalankan penilaian untuk

pembelajaran termasuklah:

Senarai Semak

Senarai semak mengandungi matlamat yang ingin dicapai dalam tugasan.

Aspek-aspek yang ingin dicapai disenaraikan dan guru menentukan sama ada

aspek-aspek tersebut diperlihatkan oleh pelajar. Senarai semak boleh

digunakan oleh guru untuk menilai keberkesanan pengajaran atau menilai

kemajuan pelajar. Senarai semak juga boleh digunakan oleh pelajar untuk

menilai rakan sebaya atau membuat penilaian kendiri.

Borang Renungan

Borang renungan memberikan peluang untuk pelajar merakamkan perasaan

dan fikiran tentang pembelajaran yang dilaluinya atau tugasan yang

dihasilkannya.

Rekod Anekdotal

Penilaian jenis ini merakamkan pemerhatian guru terhadap kelakonan pelajar

berdasarkan kemahiran dan objektif pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.

Guru memerhatikan pelajar dalam kemahiran-kemahiran tertentu lalu

merakamkannya dalam bentuk nota. Guru menilai pembelajaran pelajar serta

memberikan komen yang membina agar pelajar dapat membaiki

kelemahannya. Cara ini juga dapat merakamkan perkembangan pelajar

secara berterusan.

Temu Bincang

Ada tiga jenis temu bincang yang boleh dilakukan oleh guru. Pertama, temu

bincang dengan guru. Kedua, temu bincang ibu bapa dengan guru dan ketiga

temu bincang dengan pelajar, guru dan ibu bapa. Semasa temu bincang

dijalankan, guru, pelajar dan ibu bapa dapat memberikan maklum balas

tentang pembelajaran, pencapaian dan perkembangan pelajar.

Rubrik

Rubrik merupakan sejenis panduan memarkah yang digunakan untuk menilai

kriteria-kriteria penilaian yang lebih kompleks atau subjektif. Rubrik

menerangkan secara terperinci tahap perkembangan dan pencapaian pelajar.

Rubrik boleh digunakan untuk pemarkahan kumpulan dan individu. Rubrik ini

boleh menggunakan skala nombor atau deskriptor yang menggunakan kriteria

yang hendak dicapai.

Page 56: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

BAB 6 LAMPIRAN

6.1 DAFTAR PERIBAHASA

Page 57: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan
Page 58: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 58

6.1 DAFTAR PERIBAHASA

Peribahasa Makna

1 Ada padi semua kerja jadi, ada

beras semua kerja deras.

Orang yang mampu (kaya, berilmu)

segala maksudnya mudah tercapai.

2 Air pun ada pasang surutnya. Keadaan (kekayaan, pangkat, dll) itu

tiada tetap.

3 Akal tak sekali datang, runding

tak sekali tiba.

Tidak ada usaha yang serta-merta

jadi sempurna.

4 Api kecil baik dipadam. Basmilah kejahatan itu semasa ia

kecil lagi.

5 Bagai duri dalam daging. Sesuatu hal yang selalu terasa tidak

menyenangkan hati.

6 Bagai lebah menghimpun

madu. Sangat rajin.

7 Bagai mengepal pasir kering.

Sangat susah hendak menyatukan

orang-orang yang berbagai-bagai

fikirannya.

8 Baru bertatih hendak berlari,

tersembam.

Membuat pekerjaan yang lebih

daripada yang tersanggup.

9

Berapa tinggi terbang bangau,

akhirnya hinggap di belakang

kerbau juga.

1. Walau berapa tinggi pangkat

akhirnya hilang juga.

2. Walau ke mana juga kita pergi

akhirnya akan balik ke negeri asal

juga.

10 Baik berjagung-jagung

sementara padi belum masak.

Sementara menunggu sesuatu yang

lebih baik, yang kurang baik pun

boleh dipakai dahulu.

11 Bertanya supaya tahu berjalan

supaya sampai.

Kalau membuat kerja hendaklah

dikaji dahulu dan biar sampai

selesai.

12

Bukannya diam penggali

berkarat, melainkan diam ubi

berisi.

Diam orang yang berilmu itu berfikir,

sementara diam orang yang bodoh

itu sia-sia sahaja.

13 Cembul dengan tutupnya. Sesuai benar.

Page 59: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 59

Peribahasa Makna

14 Di mana ranting dipatah, di

sana air disauk.

Hendaklah menurut adat dan aturan

tempat yang kita diami.

15 Duduk seperti kucing,

melompat seperti harimau.

Orang pendiam yang tangkas

bekerja dan berfikir.

16 Garam dikulumnya tak hancur. Seorang yang pintar menyimpan

rahsia.

17 Hati gajah sama dilapah; hati

kuman sama dicecah.

Banyak sama banyak, sedikit sama

dikongsi.

18 Hilang bahasa lenyap bangsa.

Apabila sesuatu bahasa itu tidak

terpakai lagi maka lambat-laun

hilanglah bangsa itu.

19 Ikan belum dapat, air sudah

keruh, jala sudah koyak.

Objektif belum tercapai, macam-

macam masalah sudah terjadi.

20 Kalau asal benih yang baik,

jatuh ke laut menjadi pulau.

Yang baik itu biar di mana pun

tempatnya akan tetap baik juga.

21 Karam berdua basah seorang.

Dua orang yang melakukan

kesalahan tetapi seorang yang kena

hukum.

22 Ke mana tumpah kuah kalau

tidak ke nasi.

Baik buruk seorang bapa itu sedikit

sebanyak turun ke anaknya.

23 Ke bukit sama didaki, ke lurah

sama dituruni.

Bermuafakat dalam sesuatu perkara

senang atau susah agar sama-sama

dirasai.

24 Kelapa muda tidak berminyak. Orang muda belum banyak

pengalaman.

25 Khabar jauh didengar-dengar,

khabar dekat difikir-fikirkan.

Apa pun berita yang didengar selidik

dulu kebenarannya.

26 Kilat di dalam kilau.

Tujuan (maksud) yang terkandung

dalam percakapan atau tingkah

laku.

Page 60: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 60

Peribahasa Makna

27 Kuat lilit kerana simpulnya. Kekuatan persatuan terletak pada

anggota-anggotanya.

28 Lebih ikan kerana sirip, lebih

burung kerana sayap. Tiap-tiap pakar ada kelebihannya.

29 Lihat anak pandang menantu. Kalau melakukan sesuatu fikirkan

juga kesannya pada orang lain.

30 Membujur lalu melintang patah. Tidak ada yang dapat menghalang.

31 Menaburkan benih di tanah

yang subur.

Berbuat baik pada orang yang tahu

menghargai budi.

32 Meski tertimbun dalam tanah,

namun teras timbul juga.

Orang yang berbudi baik itu

sekalipun dalam keadaan melarat

akan tetap berbudi dan berhati

mulia.

33 Orang berbudi kita berbahasa,

orang memberi kita merasa. Budi dibalas dengan budi.

34 Orang menunggu perigi bilakah

ia mati dahaga.

Orang yang hampir dengan orang

yang berilmu atau kaya tidak

mungkin menjadi bodoh atau susah.

35 Padi setangkai bernas

semuanya.

Keluarga yang bahagia dan

beruntung semuanya.

36 Pagi tidak dibuang, senja tidak

dikejar.

Menggunakan masa dengan

sebaik-baiknya

37 Pahit dahulu, manis kemudian.

Yang rumit (sulit) hendaklah

dijelaskan atau dibincangkan dahulu

(dalam perjanjian) supaya senang

kemudiannya.

38 Pandai menyelam di air dalam. Pandai menyesuaikan diri.

Page 61: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU PRAUNIVERSITI 61

Peribahasa Makna

39 Patah kemudi perahu hanyut. Rakyat yang kehilangan pemimpin

akan kucar-kacirlah jadinya.

40 Pecah buyung tempayan ada. Hilang yang satu ada gantinya yang

lain.

41 Pengayuh sudah di tangan,

perahu sudah di air. Sudah siap sedia.

42 Pukul anak sindir menantu. Lain orang yang dimarahi, lain orang

pula tujuan kata-katanya.

43 Sebab mutiara sebiji, lautan

yang dalam diselam orang.

Orang yang berilmu itu biar di mana

pun ia tinggal tetap dicari orang.

44 Seperti ayam mematuk

anaknya.

Menghukum anak bukan untuk

menyiksa, tetapi untuk memperbaik

kelakuan anak itu.

45 Seperti gunting makan di

hujung.

Mencapai sesuatu dengan diam-

diam.

46 Seperti meniup api di atas air.

Melakukan pekerjaan yang hampir

tidak memberi harapan akan

berhasil.

47 Takkan lari gunung dikejar,

hilang kabus tampaklah ia.

Jangan terburu-buru dengan apa-

apa yang sudah pasti.

48 Tunduk kepala bukan untuk

dipijak.

Berlembut bukan kerana suka

diperbodoh.

49 Ukur baju di badan sendiri.

1. Menilai kemampuan diri.

2. Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah

dipilih sesuai dengan kebolehan

kita.

50

Ular dipukul biar mati, kayu

pemukul jangan patah, tanah

dipalu jangan lembang.

Menyelesaikan masalah dengan

cara bijaksana.

Page 62: MALAY LANGUAGE - moe.gov.sg · 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 13 BAB 2 KURIKULUM PRAUNIVERSITI ... 1.2 KEMAHIRAN ABAD KE-21 Dua matlamat utama pendidikan Singapura seperti yang dinyatakan

Top Related