ISU 07
Finding An Agent That’s Right For You
5432 Any Street West
Townsville, State 54321
COMPAN Y
REAL ESTATE
Isu Kali Ini >>>
PELANCARAN SAMBUTAN
BULAN KEMERDEKAAN DAN
KIBAR JALUR GEMILANG
KOMPLEKS C
PUISI TRIBUTE MH370/MH17
KAPSUL “MERDEKA MALAYSIA”
Imperdiet doming id quod mazim placerat facer minim veni am ut wisi enim ad minim
niam, quis erat nostr uexerci tation ullamcorper nostru exerci tation ullam corper et
iusto odio dig nissim qui blandit praesent lupta tummer delenit augue duis dolore.
Ikuti Kami
SEKITAR Contact us at 555-543-5432 www.yourwebsitehere.com
KUPASAN PERJALANAN TRANSFORMASI JPA
Bahan Berita Sumbangan: Warga JPA Penerbitan : Pasukan Komunikasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Percetakan : Unit Dokumentasi, Jabatan Perkhidmatan Awam Buletin ini juga boleh dilayari secara digital di Portal JPA
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C
15 - 31 OGOS 2014
Putrajaya – Penjawat Awam harus mendokong semangat patriotisme yang tinggi dan tidak berbelah bahagi dalam memastikan nilai-nilai
kecintaan kepada negara dapat dizahirkan melalui pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dan agenda transformasi negara dapat dicapai serta
dilaksanakan dengan jayanya.
Sambungan berita di sebelah
Puisi Tribute MH370-17
Mendung berarak memenuhi kalbu,
Dunia gembur kehausan berita,
Menggunung harapan mengiringi doa,
Agar jelas dalam deria,
Insan disayang muncul segera...
Kiranya terkulai tunjukkanlah tanda,
Kiranya hilang tunjukkanlah jejak,
Kiranya bernyawa pamerkanlah rupa,
Leraikanlah segala kebuntuan ini,
Apakan daya usaha manusia,
Tunduk akur kepada takdir,
Sudah tersurat kalam Ilahi,
Kasih diragut menusuk hati,
Lautan biru bertukar wajah,
Badai menghempas harapan musnah...
Wahai MH 370
Hilangmu penuh misteri,
Sedangkan belum terungkai lagi,
Perkhabaran duka menerjah fikiran,
MH17 berderai, hancur melata,
Menyentap jiwa dengan rakusnya,
Seluruh jasad hancur terkulai,
Kau ragut sekalian nyawa,
Seantero dunia berduka cita..
TEKS PUISI
TRIBUTE MH370-17
Nukilan Sumbangan
Bahagian Pengurusan Psikologi
Jabatan Perkhidmatan Awam
Tan Sri Mohammad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dalam ucapannya turut menasihatkan agar penjawat awam
memahami erti perjuangan kemerdekaan yang sebenarnya supaya kita dapat berbakti kepada Negara dan masyarakat dengan penuh
berdedikasi.
Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2014 yang bertemakan “Malaysia…Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, kejayaan Negara kita
pada hari ini seharusnya diterjemahkan dalam konteks yang lebih luas iaitu keperluan menilai semula peranan dan tanggungjawab kita
selaku penjawat awam.
Melihat kepada ketidaktentuan senario global pada hari ini, negara kita perlu sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi
sebarang ancaman dan kemungkinan. Kita juga telah melalui pelbagai cabaran dan tragedi di luar jangkaan.
Maka disinilah, peranan kita sebagai penjawat awam dalam menyokong dasar-dasar negara dan kesetiaan kepada pemimpin walaupun
dalam dilanda pelbagai dugaan. Kita seharusnya sentiasa menjadi nadi dan tulang belakang kepada satu sistem pentadbiran yang kukuh,
penuh prinsip dan berintegriti. Ini merupakan sesuatu yang bukan terhasil melalui hanya satu peristiwa atau insiden tetapi ia dibina
berlandaskan nilai-nilai murni yang konsisten serta dipratikkan dalam mewujudkan sebuah perkhidmatan awam yang cemerlang dan
gemilang.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang 2014 telah disambut dengah penuh bersemangat dan meriah
dari kalangan Penjawat Awam Kompleks C. Program ini turut dijayakan secara kerjasama degan semua agensi pada 19 Ogos 2014 di
Kompleks C seperti JPA, MOSTI, SPA, SPR, Jabatan Perangkaan dan JKR Wilayah Persekutuan.
SAMBUNGAN...
PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
DAN KIBAR JALUR GEMILANG KOMPLEKS C
Apakan daya sudah tertulis di Luth Mahfuz,
KekuasaanMu tiada siapa dapat melawan,
Semuanya berlaku atas kehendakMu,
Allah itu Maha Mengetahui
Lantaran hembusan angin pengganti tinta
Nan tercurah di benak ragaku
Sungguh.. kehilangan itu amat pilu
Walau sakit terpaksa ditelan,
Kugagahi jua mencari kekuatan,
Hanya redhaMu aku dambakan,
Kau Maha Mengetahui atas setiap rahsiaMu,
Bertabahlah wahai insan,
Pasti terungkai segala tanda tanya,
Teruskan berdoa yakinlah ketentuanNya
Pergi menemui cinta hakiki...
Pada pagi tadi, 16 Jun 2014 telah berlangsung Lab
Transformasi Perkhidmatan Awam (LTPA) Siri ke
7. Lab kali ini disertai oleh lebih kurang 200 orang
pegawai dari KPDNKK, KSM, KBS dan KWP.
Lab ini merupakan siri yang terakhir dianjurkan
oleh INTAN Kampus Bukit Kiara yang melibat-
kan penyertaan semua kementerian.
KAPSUL “MERDEKA MALAYSIA”
OLEH YANG BERBAHAGIA TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
8 Prinsip Meningkatkan Prestasi Penjawat Awam ini dipetik daripada ucapan YAB Perdana Menteri dalam
Perhimpunan Hari Pekerja 2014 Peringkat Kebangsaan pada 21 Jun 2014 yang telah diadakan di MITC Melaka
dan Perhimpunan Penjawat Awam di Jitra, Kedah pada 1 Mei 2014 yang lalu.
Kemerdekaan yang kita kecapi selama ini adalah hasil usaha tanpa jerih perjuangan
nenek moyang kita / bagi melihat sebuah negara bangsa yang bebas, diperintah dan
ditadbir sendiri oleh rakyatnya.
Kita menyambut kemerdekaan ke-57 pada tahun yang begitu mencabar ini dengan
tema yang cukup bererti “Malaysia... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”. Kejayaan
demi kejayaan yang dikecapi oleh negara seharusnya diterjemahkan oleh
Perkhidmatan Awam Malaysia dalam konteks yang lebih luas iaitu keperluan
untuk menilai semula peranan dan tanggungjawab kita sebagai penjawat awam.
Penjawat awam selaku tiang seri negara perlu terus memainkan peranan penting
dalam menyokong dasar-dasar negara dan membuktikan kesetiaan
kepada Raja dan negara.
Jalur Gemilang yang menjadi kebanggaan Malaysia perlu terus megah berkibar
sebagai simbolik kemerdekaan. Walaupun nampak mudah untuk mengibarkan
bendera, namun di situlah letaknya jiwa dan raga kita, di situlah letaknya
harapan untuk melihat negara kita jauh lebih maju, lebih hebat
daripada apa yang ada sekarang.
Seperti Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak ungkapkan
Jalur Gemilang bukan sekadar sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah
pengertian dan seribu makna yang sangat mendalam. Kecintaan kita terhadap
negara seharusnya tidak berbelah bahagi.
Pada 18 Ogos 2014, telah diadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan ke—57 Tahun 2014 yang dirasmikan oleh YAB Dato Seri Najib
Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir bersama semua Menteri dan
Timbalan Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Negara Yang Berbahagia Tan Sri Dr.
Ali Hamsa dan Yang Berbahagia Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam.
Dalam ucapannya, YAB Perdana Menteri menggesa rakyat untuk memberi
komitmen dan menterjemahkan semangat serta azam bagi menyemarakkan jiwa
patriotisme dan memastikan kedaulatan bumi Malaysia tercinta masih perlu
diteruskan.
YAB Perdana Menteri berkata bahawa rakyat negara perlu sentiasa bersatu hati
mengharungi apa jua cubaan dan rintangan sama ada ketika pilu atau gembira
dengan jiwa kental bagi mendepani cabaran mendatang.
Majlis ini sangat memberi erti dan amat signifikan kerana selain sebagai tanda
memulakan perayaan bulan kemerdekaan yang cukup bermakna, (kita) juga perlu
tunjukkan bahawa sebagai rakyat, kita sanggup melakukan tindakan untuk mengi-
bar Jalur Gemilang.
YAB Perdana Menteri juga berkata bahawa semangat bagi mengibarkan Jalur
Gemilang sangat perlu dilakukan kerana ia merupakan simbol kebanggaan yang
mewakili jiwa serta roh sesebuah negara bangsa serta sebagai identiti nasional
yang menyatupadukan rakyat. Jalur Gemilang juga mewakili nilai dan maruah
sebuah pertiwi yang berdaulat dan merdeka selain menjadi tanda satu penghorma-
tan dan kebanggaan serta lambang kemenangan apabila terus dilihat berkibar
dengan megah dan gagah. Jalur Gemilang juga tanda solidariti dan kebersatuan
rakyat yang berdiri teguh serta senantiasa bersemangat untuk mengibar dan
menaikkan bendera kebanggaan negara itu. Jalur Gemilang juga bukan sekadar
sehelai kain bercorak tetapi ia tersimpan sebuah pengertian dan seribu makna
yang sangat mendalam.
Beliau mengakhiri ucapan dengan mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ke-
merdekaan ke-57 dengan semangat mengibarkan bendera tidak mengira sama ada
di rumah, pejabat atau pada kenderaan.
Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Ke-57 Tahun 2014 Sisipan Khas Merdeka > > >
“Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan
baja bagi menyuburkan kemerdekaan
yang kita capai.”
Tunku Abdul Rahman
Perdana Menteri Malaysia Yang Pertama
“…Hari Merdeka ialah hari Kebangsaan kita.
Marilah kita membanggakan negara kita dan
sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi
oleh fahaman Kebangsaan yang sempit.“
Tun Abdul Razak Dato’ Hussein
Perdana Menteri Malaysia (1970-1976)
“Kejayaan sesuatu negara itu bergantunglah
kepada usaha tiap-tiap rakyat. Pengajaran
yang kita dapati daripada negara-negara maju
menunjukkan iaitu kemakmuran rakyat
bergerak serentak dengan daya pengeluaran
dan produktiviti mereka. “
Tun Dr Mahathir Mohamad,
Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)
“…Tuan-tuan sekelian, akhirnya saya suka
berpesan dan berharap semoga tuan-tuan
dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan
taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap
masa. Di samping itu tuan tuan juga
hendaklah sentiasa bersiap sedia untuk
mempertahankan negara dan memberi
perkhidmatan pada masa-masa kecemasan
apabila dikehendaki oleh negara kita… “
Tun Hussien Onn
Perdana Menteri Malaysia (1976-1981)
Sumber: www.malaysiamerdeka.gov.my