+ All Categories
Transcript
Page 1: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

     

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT  

DI SEKOLAH‐SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

HAJI AHMAD BIN KAMARI 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 

Page 2: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

 

PSZ 19:16 (Pind. 1/07)   UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

 

 

NOTES : * If the thesis is CONFIDENTAL or RESTRICTED, please attach with the letter from the organization with period and reasons for confidentiality or restriction.

DECLARATION OF THESIS / UNDERGRADUATE PROJECT PAPER AND COPYRIGHT

Author’s full name : HAJI AHMAD BIN KAMARI

Date of birth : 29.09.1960

Title : PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT

DI SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG.

Academic Session : 2006 - 2009 

I declare that this thesis is classified as :

 

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

I acknowledged that Universiti Teknologi Malaysia reserves the right as follows:

1. The thesis is the property of Universiti Teknologi Malaysia. 2. The Library of Universiti Teknologi Malaysia has the right to make copies for the purpose

of research only. 3. The Library has the right to make copies of the thesis for academic exchange.

Certified by :

 

 

SIGNATURE SIGNATURE OF SUPERVISOR    

  600929-01-5973                              DR. HAJI MOHD. ANUAR BIN ABD. RAHMAN            

      (NEW IC NO. /PASSPORT NO.)               NAME OF SUPERVISOR

Date : 27 Oktober 2008 Date : 27 Oktober 2008  

OPEN ACCESS I agree that my thesis to be published as online open access (full text)

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the

organization where research was done)*

Page 3: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

     

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan)”.

Tandatangan : ..........................................................

Nama Penyelia : DR. HAJI MOHD. ANUAR BIN ABD. RAHMAN

Tarikh : ……………………………………..

Page 4: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

     

PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU PENYELARAS ICT  

DI SEKOLAH‐SEKOLAH RENDAH ZON PALOH, KLUANG 

 

 

 

 

HJ. AHMAD BIN KAMARI 

 

 

 

Laporan projek ini dikemukakan 

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat 

penganugerahan ijazah Sarjana Muda 

Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) 

 

 

 

Fakulti Pendidikan 

Universiti Teknologi Malaysia 

 

 

 

OKTOBER, 2008 

 

 

 

 

 

Page 5: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  ii

 

 

 

 

PENGAKUAN 

 

 

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap‐

tiap satunya saya nyatakan sumbernya.” 

 

 

    Tanda tangan   : ................................................ 

    Nama Penulis  :  HAJI AHMAD BIN KAMARI 

    Tarikh      :  27 Oktober 2008 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 6: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  iii

 

 

 

 

Untuk bonda dan ayahanda khasnya, 

Untuk isteri tersayang, 

Untuk anak‐anak tercinta 

Setinggi‐tinggi penghargaan di atas kasih sayang, jasa dan pengorbanan 

Yang dicurahkan untuk kejayaan ini 

Segala pengorbanan akan tetap dikenang 

Sehingga akhir hayat 

Untuk adik‐beradik tercinta, 

Untuk guru‐guru dan 

Untuk seluruh umat manusia, 

Terima kasih atas doa dan kasih sayang dari kalian semua….. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 7: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  iv

PENGHARGAAN 

 

 

 

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinNya saya dapat menyelesaikan

Projek Sarjana Muda ini. Saya sangat berterima kasih kepada Dr. Mohd Anuar bin

Abdul Rahman kerana telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar sehingga saya dapat

menyiapkan penulisan ini. Begitu juga dengan pensyarah-pensyarah Fakulti

Pendidikan yang telah membantu secara langsung atau tidak secara langsung dan

semua rakan Guru Besar yang menyertai Program Khas Pensiswazahan Guru Besar

2006/2009 yang turut memberi input, idea, rangsangan dan dorongan dalam

penulisan laporan projek ini.

Saya juga merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasik kepada semua

guru dan kakitangan SK Bukit Paloh yang sentiasa memberikan kerjasama dan

komitmen terhadap tugas terutama semasa ketiadaan saya di sekolah.

Sekalung penghargaan juga saya berikan buat kedua ibubapa iaitu Haji

Kamari bin Ishak dan Hajah Milah bt Yasin, isteri tercinta iaitu Hajjah Faridah bt

Dinyati serta anak-anak tersayang iaitu Ahmad Naim, Aimi Amirah dan Ahmad

Fahmi yang sentiasa bersabar dan mendoakan kejayaan saya dalam penyediaan

laporan projek ini.

Semoga Allah S.W.T sentiasa merahmati dan memberkati kalian. Amin.

 

 

 

 

 

 

 

Page 8: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  v

 

 

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahun ICT, kemahiran ICT

dan sikap dalam mengurus ICT (PKS ICT) di kalangan Guru Penyelaras ICT di

sekolah-sekolah rendah di Zon Paloh. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk

melihat hubungan antara elemen-elemen dalam domain PKS ICT yang dikaji. Data

bagi kajian ini diperolehi melalui instrumen soal selidik berdasarkan senarai tugas

Guru Penyelaras ICT dengan menggunakan skala Likert lima mata. Seramai 80

orang responden dari kalangan Guru Besar, Penolong Kanan dan guru penolong

terlibat menjadi responden untuk menilai tahap PKS ICT Guru Penyelaras ICT di

sekolah masing-masing. Data kuantitatif yang dikumpul telah dianalisis dengan

menggunakan program Statistical Package For Social Sciences (SPSS) versi 10.01

melibatkan statistik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan skor min manakala

korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara elemen-

elemen dalam domain PKS ICT. Dapatan kajian menunjukkan bahawa PKS ICT di

kalangan Guru Penyelaras ICT di sekolah-sekolah rendah dalam zon Paloh, Kluang

adalah pada tahap tinggi. Hasil kajian juga mendapati bahawa terdapat hubungan

yang kuat dan positif di antara elemen Pengetahuan ICT dan elemen Sikap Dalam

Mengurus ICT dan di antara elemen Kemahiran ICT dan elemen Sikap Dalam

Mengurus ICT. Berdasarkan dapatan di atas, beberapa cadangan telah dikemukakan

pada akhir laporan kajian ini.

 

 

 

 

ABSTRACT 

Page 9: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  vi

 

 

This study is to determine the level of knowledge, skills and attitude towards ICT

(PKS ICT) among Guru Penyelaras ICT at primary schools located in Paloh zone in

Kluang. The study is also to identify the correlations among the elements of the PSK

ICT domain. The data of this study was gathered through 5 Likert scales

questionnaires to a sample of 80 Headteachers, Senior Assistants and teachers who

were assasing the level of PKS ICT among Guru Penyelaras ICT of their schools.

Quantitative data collected was analyzed using Statistical Package For Social

Sciences (SPSS) version 10.01 software. Descriptive statistics such as frequencies,

percentages and mean scores are used in this study while Pearson correlation ( r ) is

used to determine the correlation level among the elements in the PKS ICT domain.

Research findings show that the level of PKS ICT among Guru Penyelaras ICT at

primary schools in Paloh zone is high. The results of Pearson correlation ( r ) test

carried out proved that all three elements in PKS ICT domain are interrelated. Based

on the above research findings, a number of ideas are being suggested at the end of

this project report.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KANDUNGAN

Page 10: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  vii

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL x

SENARAI SINGKATAN xii

SENARAI HIPOTESIS xiii

SENARAI LAMPIRAN xiv

1 PENDAHULUAN 1

1.0 Pengenalan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 3

1.2 Pernyataan Masalah 5

1.3 Objektif Kajian 6

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Hipotesis Kajian 8

1.7 Kepentingan kajian 8

1.8 Skop dan Batasan Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.10 Penutup 11

BAB PERKARA MUKA SURAT

2 SOROTAN PENULISAN 13

Page 11: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  viii

2.1 Pengenalan 13

2.2 Penggunaan ICT dalam Pendidikan 13

2.3 Perkembangan ICT dalam Pendidikan 15

2.4 Pengurusan ICT yang Berkesan di Sekolah 18

2.5 Senarai Tugas Guru Penyelaras ICT 20

2.6 Impak Penggunaan dan Pengurusan ICT Berkesan 24

2.7 Kajian-Kajian Lain Berkaitan ICT 28

2.8 Penutup 31

3 METODOLOGI KAJIAN 32

3.1 Pengenalan 32

3.2 Reka Bentuk Kajian 32

3.3 Populasi dan Sampel Kajian 33

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Kajian Rintis 34

3.6 Prosedur Kajian 35

3.7 Analisis Data 36

3.8 Penutup 38

4 ANALISIS DATA KAJIAN 39

4.1 Pengenalan 39

4.2 Analisis Data Responden 40

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jawatan

dan Jantina 40

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jawatan

Bangsa dan Jantina 41

BAB PERKARA MUKA SURAT

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan

Pengalaman Mengajar dan Jantina 42

Page 12: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  ix

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Jawatan

Umur dan Jantina 43

4.3 Analisis Persoalan Deskriptif 44

4.3.1 Analisis Tahap Pengetahuan ICT 45

4.3,2 Analisis Tahap Kemahiran ICT 48

4.3.3 Analisis Sikap dalam Mengurus ICT 51

4.4 Pengujian Hipotesis Kajian 55

4.5 Penutup 57

5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 58

5.1 Pengenalan 58

5.2 Perbincangan Kajian 59

5.2.1 Latar Belakang Responden 59

5.2.2 Tahap Pengetahuan ICT 60

5.2,3 Tahap Kemahiran ICT 62

5.2.4 Sikap dalam Mengurus ICT 64

5.2.5 Hubungan Antara Domain-Domain

PKS ICT 65

5.3 Rumusan Kajian 66

5.4 Cadangan 67

5.4.1 Cadangan Tindakan 68

5.4,2 Cadangan Kajian Lanjutan 69

5.5 Penutup 70

BIBLIOGRAFI 71

LAMPIRAN 77

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Page 13: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  x

3.1 Item Soal Selidik Kajian Berdasarkan Konstruk/

Dimensi dan Elemen 34

3.2 Nilai Alfa Kebolehpercayaan Dalaman Instrumen Soal

Selidik Kajian Berdasarkan Kajian Rintis 35

3.3 Tahap Pengetahuan, Kemahiran, Sikap dan Keberkesanan

Keseluruhan Pengurusan ICT Mengikut Julat Skor Min 36

3.4 Jadual Tahap Korelasi Mengikut Julat Nilai Koefisien

Korelasi Pearson Anjuran Best dan Kahn (1989) 37

3.5 Analisis Data Berdasarkan Persoalan Kajian 37

4.1 Frekuensi dan Peratusan Responden Mengikut Jawatan

Dan Jantina 41

4.2 Taburan Responden Mengikut Jawatan, Bangsa dan

Jantina 41

4.3 Taburan Responden Mengikut Jawatan, Pengalaman

Mengajar dan Jantina 43

4.4 Taburan Frekuensi Jantina Mengikut Jawatan dan Umur 44

4.5 Skor Min dan Tahap Pengetahuan ICT Bagi Setiap Item

Dalam Domain Pengetahuan ICT 46

4.6 Skor Min Tahap Pengetahuan ICT di Kalangan Guru

Penyelaras ICT Berdasarkan Penilaian Respondan

Mengikut Jawatan dan Jantina 47

4.7 Skor Min dan Tahap Kemahiran ICT Bagi Setiap Item

Dalam Domain Kemahiran ICT 48

4.8 Skor Min Tahap Kemahiran ICT di Kalangan Guru

Penyelaras ICT Berdasarkan Penilaian Respondan Mengikut

Page 14: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  xi

Jawatan dan Jantina 50

4.9 Skor Min dan Kategori Sikap Dalam Mengurus ICT Bagi

Setiap Item Dalam Domain Sikap Dalam Mengurus ICT 51

4.10 Sikap Dalam Mengurus ICT di Kalangan Guru Penyelaras

ICT Berdasarkan Penilaian Respondan Mengikut Jawatan

dan Jantina 53

4.11 Skor Min Bagi Setiap Domain dan Keseluruhan Domain-

Domain PKS ICT Mengikut Jawatan dan Jantina 54

4.12 Korelasi Pearson Antara Pengetahuan ICT, Kemahiran

ICT dan Sikap Dalam Mengurus ICT di Kalangan Guru

Penyelaras ICT 56

SENARAI SINGKATAN

Page 15: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  xii

BPPT Bimbingan Perguruan Profesional Dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (BPPT)

ICT Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and Communication Technology)

GAB Grafik animasi berperingkat

GO Badan Kerajaan (Government Organization)

HEM Hal Ehwal Murid

JPN Jabatan Pelajaran Negeri

KPM Kementerian Pelajaran Malaysia

NGO Badan Bukan Kerajaan (Non-Government Organization)

PBK Pembelajaran berbantukan komputer

PPD Pejabat Pelajaran Daerah

PPSMI Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

PKS Pengetahuan, Kemahiran dan Sikap dalam mengurus ICT

P&P Pengajaran dan Pembelajaran

SSMS Sistem Pengurusan Sekolah Bestari (Smart School

Management System)

SPP Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

SPSS Statistical Package For Social Sciences

Page 16: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  xiii

SENARAI HIPOTESIS

NO. HIPOTESIS TAJUK MUKA SURAT

Ho1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan

antara domain-domain PSK ICT yang dikaji. 8

SENARAI LAMPIRAN

Page 17: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

  xiv

Lampiran Tajuk Muka Surat

A Borang Soal Selidik 77

B Surat Kebenaran Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran

Malaysia 83

C Surat Kebenaran Jabatan Pelajaran Negeri Johor 84

Page 18: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkembangan pesat ICT (Information and Communication Technology) dan

ledakan maklumat secara global menuntut institusi pendidikan membuat perubahan

bagi membolehkan ia terus relevan dalam menyediakan modal insan kepada negara

bagi mencapai Wawasan Negara Maju 2020. Hakikat kepentingan penggunaan ICT

dalam pendidikan diakui sendiri oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (1997) yang

telah meletakkan matlamat bahawa pada tahun 2010 semua sekolah rendah dan

menengah di Malaysia sebagai Sekolah Bestari.

Sekolah Bestari merupakan institusi pembelajaran yang direka semula secara

menyeluruh berteraskan kepada penggunaan teknologi maklumat dalam pendidikan

dari segi amalan pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk

menyediakan pelajar dalam zaman maklumat (Rohana et. al., 2005). Justeru itu,

kerajaan telah membelanjakan peruntukan yang besar untuk melengkapkan Sekolah

Bestari dengan segala keperluan termasuk saluran pengajaran seperti komputer dan

kemudahan internet yang boleh digunakan oleh guru-guru untuk tujuan pengajaran.

Kaedah pengajaran sebegini bukan sahaja dapat melicinkan dan memaksimakan

perkembangan pembelajaran dari segi kemahiran pemikiran yang tinggi, tetapi juga

Page 19: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

2

memajukan lagi kepelbagaian kebijakasanaan melalui mata pelajaran yang dipelajari

(Hamizer,1997).

Kajian Chan (1999) tentang Sekolah Bestari mencadangkan bahawa satu

anjakan paradigma cara berfikir diperlukan berhubung penggunaan ICT. Menurut

beliau lagi, untuk menikmati faedah yang optimum, teknologi maklumat perlu

dijadikan dasar dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta dasar pentadbiran

pendidikan dan bukan hanya sekadar menjadi bahan tambahan . Teknologi maklumat

mesti digunakan sepenuhnya dan diberi fungsi utama dalam proses pendidikan di

sekolah bagi menghasilkan suatu perubahan untuk meningkatkan kualiti pendidikan

dan melahirkan murid yang celik serta mahir dalam teknologi.

Dalam usaha mencapai pendidikan berkualiti berteraskan pembangunan ICT,

peranan guru dan pentadbir sekolah menjadi fokus utama kerana mereka adalah

penentu paling utama kejayaan di peringkat pelaksanaannya di sekolah. Para guru

perlu menguasai seberapa banyak ilmu dan kemahiran ICT bagi memenuhi tuntutan

perubahan dalam pendidikan masa kini. Sementara itu, tugas pentadbir sekolah pula

semakin bertambah dan mencabar untuk merealisasikan gagasan Sekolah Bestari. Di

samping tugas-tugas pentadbiran sedia ada, mereka juga bertanggungjawab

mengaplikasikan polisi-polisi Sekolah Bestari dan mengurus segala sumber dan

proses ICT dengan cekap dan berkesan bagi menyokong fungsi pengajaran dan

pembelajaran (Rohana et. al., 2005).

Sehubungan itu, bagi membantu pengetua dan guru besar dalam

melaksanakan gagasan Sekolah Bestari, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengarahkan pihak sekolah mewujudkan jawatan Guru Penyelaras ICT bagi

membantu pentadbir sekolah khusus dalam aspek ICT. Jawatan berstatus lantikan

dalaman ini merupakan jawatan pengurusan di peringkat pertengahan yang

bertanggungjawab terhadap pelaksanaan, pembangunan dan kemajuan ICT di

sekolah.

Page 20: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

3

1.2 Latar Belakang Masalah

Guru besar dan Pengetua merupakan pemimpin di sekolah yang berperanan

dalam mengatur strategi dan melaksanakan dasar-dasar KPM berdasarkan kehendak

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Mereka sewajarnya memiliki

pelbagai pengetahuan dan kemahiran pengurusan untuk menghadapi pelbagai

perubahan dan inovasi dalam pendidikan secara berkesan bagi memastikan

pembangunan dan kemajuan sekolah.

Dalam aspek pembangunan dan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, pihak

pentadbir perlu memahami tanggungjawabnya untuk melengkapkan prasarana dan

peralatan ICT yang diperlukan serta menyediakan latihan dan pembangunan yang

secukupnya kepada guru dan kakitangan lain yang terlibat (Rohana et. al., 2005).

Mereka harus menilai keperluan dan seterusnya menyediakan latihan dan

pembangunan yang diperlukan oleh semua guru dan staf sokongan sekolah sebagai

persediaan menghadapi perkembangan teknologi dan keperluan kearah pembestarian

sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia,1997). Perubahan yang lebih ketara

dalam bidang pentadbiran lebih menjurus ke arah perlaksanaan polisi serta

perhubungan dengan pihak yang mempunyai kepentingan dalam perlaksanaan

Sekolah Bestari (Rohana et. al., 2005).

Bagi memenuhi tuntutan tugas pentadbiran dan pengurusan pendidikan yang

semakin mendesak di sekolah, pentadbir pendidikan perlu bijak menyusun strategi

dan mengambil tindakan bagi memastikan organisasi sekolah diurus dengan berkesan

dan efisen. Salah satu langkah yang perlu mereka ambil untuk meningkatkan

keberkesanan pengurusannya adalah melalui amalan pengupayaan.

Pengupayaan dalam pengurusan moden, merupakan komponen yang

memainkan peranan penting ke arah keberkesanan dan kejayaan sesebuah organisasi.

Organisasi yang berjaya telah mengubah struktur mereka dari struktur yang bersifat

Page 21: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

4

birokrasi, kawalan serta pengkhususan tugas kepada struktur yang lebih mudah

(simple) dan anjal (flexible) dengan lapisan birokrasi yang semakin kurang dan

amalan perkongsian kuasa yang lebih meluas (Gust-Thomason dan Yantis, 1998;

Pounder, 1997). Melalui pendekatan desentralisasi, pengupayaan merupakan kunci

utama bagi menarik semua kakitangan melibatkan diri di dalam aktiviti organisasi

(Pounder, 1997 ).

Dalam konteks pendidikan pula, pengupayaan guru bererti penglibatan

mereka dalam membuat keputusan dalam aktiviti organisasi (Keith & Girling, 1991).

Pada asasnya, pengupayaan dirumuskan sebagai proses sekolah memberi ruang untuk

membangunkan kecekapan guru dan bertanggungjawab terhadap kemajuan diri dan

menyelesaikan masalah mereka sendiri. Dengan ini, guru kanan yang diupayakan itu

memperolehi kemahiran dan ilmu pengetahuan serta mampu bertindak berdasarkan

situasi untuk melakukan proses penambahbaikan (Mohd Anuar et. al, 2004) Faktor

ini menyumbang ke arah pembentukan peluang guru untuk memperlihatkan

kecekapannya (Short, 1998).

Sehubungan itu, sebagai pentadbir pendidikan di sekolah, Pengetua dan Guru

Besar harus mengupayakan tugas-tugasnya berkaitan dengan ICT dan pelaksanaan

gagasan Sekolah Bestari kepada Guru Penyelaras ICT di sekolahnya. Sebagai

pengurus peringkat pertengahan, Guru Penyelaras ICT perlu dibekalkan bukan sahaja

dengan pengetahuan dan kemahiran ICT, malah mereka perlu tahu serba sedikit

tentang pentadbiran dan mempunyai keupayaan untuk mengurus. Dengan adanya

aspek pengetahuan dan kemahiran dalam ICT serta sikap dalam mengurus ICT, Guru

Penyelaras ICT akan dapat melaksanakan gagasan Sekolah Bestari di organisasi kecil

sekolahnya dengan lebih cekap dan berkesan.

Page 22: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

5

1.3 Pernyataan Masalah

Tiga domain PKS melibatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap merupakan

kayu ukur bagi mengenalpasti keberkesanan seseorang pekerja melaksanakan

tugasnya. PKS dalam pengurusan ICT (PKS ICT) juga boleh digunakan untuk

menilai tahap keberkesanan pengurusan ICT di sekolah. Sebagai pengurus

pertengahan dalam bidang ICT di sekolah, Guru Penyelaras ICT perlu mempunyai

tahap PKS pengurusan ICT yang tinggi. Ini kerana mereka perlu bersedia untuk

menambah pengetahuan dan kemahiran mereka dalam ICT di samping mempunyai

sikap yang betul terhadap ICT.

Dua domain utama PKS ICT iaitu pengetahuan dan kemahiran dalam ICT

merupakan indikator yang penting dalam penilaian terhadap literasi komputer.

Literasi komputer merupakan tahap pengetahuan dan kebolehan seseorang untuk

menggunakan komputer (Dologite, 1987). Hunter (1987) dalam kajiannya

menyatakan bahawa literasi komputer adalah kemahiran seseorang individu

menggunakan komputer sebagai alat yang disesuaikan kepada situasi. Mc Keown

(1986) pula menyatakan bahawa jika seseorang itu celik komputer, dia bukan hanya

mempelajari tentang komputer, tetapi juga tahu menggunakannya sebagai alat yang

memudahkan kerja-kerja lain dan berkebolehan untuk mengarah komputer untuk

berbuat sesuatu yang dikehendaki.

Aspek ketiga PKS ICT iaitu sikap dalam mengurus ICT pula merupakan

indikator terhadap keberkesanan pengurusan khususnya di sekolah. Pengurusan ICT

adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha

anggota-anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber organisasi yang lain

bagi mencapai matlamat-matlamat ICT yang ditetapkan (Stoner dan Wankel, 1989).

Ia adalah satu proses sosial melibatkan manusia yang dibentuk dan disusun untuk

mewujudkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti

melibatkan ICT bagi memastikan semua kerja terus berjalan tanpa ada masalah untuk

Page 23: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

6

mencapai objektif atau matlamat ICT (Blandford, 1996). Oleh itu, kebolehan dan

keupayaan pengurusan ICT melibatkan juga aspek sikap, kemahiran komunikasi dan

interpersonal, kaedah pembuatan keputusan, penyelesaian konflik di samping aspek

pentadbiran seperti birokrasi dan tugasan-tugasan yang melibatkan perincian operasi

pentadbiran ICT, teknik pengoperasian ICT, pemantauan dan pelaksanaan polisi ICT

serta dasar organisasi berhubung ICT (K.Ramanathan, 1993).

Menurut kajian yang dilakukan oleh Institut Aminudin Baki Cawangan Utara

(2005), umumnya implementasi ICT untuk meningkatkan pengurusan sekolah dan

proses pengajaran dan pembelajaran masih belum sampai ke tahap yang optimum.

Oleh itu timbul pula persoalan tentang peranan yang dimainkan oleh Guru

Penyelaras ICT di sekolah dan sejauhmana keberkesanan pengurusan ICT selepas

personalia yang bertanggungjawab untuk mengurus ICT diwujudkan di setiap

sekolah. Sehubungan itu, ekoran wujudnya keperluan untuk menilai keberkesanan

pengurusan ICT di sekolah, instrumen soal selidik PKS ICT telah dibina dan

seterusnya digunakan dalam kajian ini. Instrumen tersebut dipanggil PKS ICT iaitu

singkatan bagi pengetahuan (P), kemahiran (K) dan sikap (S) dalam mengurus ICT .

PKS ICT digunakan untuk mengumpul data tentang tahap pengetahuan ICT, tahap

kemahiran ICT dan sikap dalam mengurus ICT di kalangan Guru Penyelaras ICT di

sekolah rendah.

1.4 Objektif Kajian

Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah:

1. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di

kalangan Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru.

Page 24: PENGETAHUAN, KEMAHIRAN DAN SIKAP GURU … filepengetahuan, kemahiran dan sikap guru penyelaras ict di sekolah ‐ sekolah rendah zon paloh, kluang haji ahmad bin kamari

7

2. Mengenal pasti tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di

kalangan Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru

mengikut jawatan dan jantina.

3. Melihat hubungan antara domain-domain keberkesanan pengurusan

ICT di sekolah rendah

1.5 Persoalan Kajian

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas beberapa persoalan

seperti berikut:

1. Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di kalangan

Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru.

2. Apakah tahap pengetahuan, kemahiran dan sikap terhadap ICT di kalangan

Guru Penyelaras ICT sekolah rendah menurut persepsi guru mengikut jawatan

dan jantina.

3. Apakah hubungan antara domain-domain keberkesanan pengurusan ICT di

sekolah rendah.


Top Related