8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
1/28
1. PENGENALAN
World Health Organization (WHO) telah mendefinisikan Promosi Kesihatan sebagai
:Health promotion is the process of enabling people to increase control over,
and to improve their health.; atau
Promosi kesihatan merupakan satu proses mengupayakan manusia untuk
meningkatkan kawalan seterusnya meningkatkan kesihatan mereka.
Promosi Program Kesihatan mula mendapat perhatian yang serius sekitar tahun
1980an. Program ini merupakan satu proses atau gerakan radikal yang berfokuskan
dari segi aspek kesejahteraan social, ekonomi dan kesejahteraan kehidupan individu
sebagai salah satu asas dalam kesihatan masyarakat.
Selain daripada itu, dalam promosi kesihatan juga ada menekankan dari segi aspek
kesihatan yang positif, iaitu setiap individu perlu mengambil tindakan positifdan
berusaha untuk menjaga kesihatan.Mereka perlu memastikan diri mereka sihat, tidak
dijangkiti penyakit dan bukan hanya sekadar memberi respon terhadap tanda penyakit
yang mereka alami.
Program Promosi Kesihatan ini telah menggunakan pelbagai strategi dari pelbagai
aspek bagi membantu dan menggerakkan masyarakat untuk mengekalkan tahap
kesihatan yang cemerlang dan seterusnya menjaga kesihatan mereka.Sehubungan
dengan itu, setiap individu perlu memainkan peranan mereka masing-masing bagi
menjayakan aktiviti ini.
Promosi kesihatan boleh didefinisikan sebagai tindakan yang menjurus kepada
pembaikan atau perlindungan kesihatan menerusi perubahan tingkah laku, biologi,
sosio-ekonomi dan persekitaran. Promosi kesihatan juga melibatkan bukan sahaja
aktiviti penyebaran maklumat tetapi juga membabitkan usaha atau perubahan untuk
mempengaruhi aktiviti-aktiviti terdahulu kearah amalan gaya hidup yang lebih sihat.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
2/28
1.1 Konsep Promosi Kesihatan
Percel et al. (1981)menyatakan bahawa promosi kesihatan adalah sebagai satu usaha
membina pengetahuan berkaitan dengan kesihatan, kemahiran dan sikap melalui
penggunaan teori tingkah laku.
Aj zen et al. (1980)pula menyatakan dalam teori penyebab tingkah laku bahawa
manusia akan bertingkah laku berdasarkan kepada sikap dan kepercayaan tentang
faedah ataupun kos hasil daripada tingkah laku yang diamalkan. Beliau juga
membincangkan tentang persepsi individu yang berkaitann dengan tekanan social yang
mempengaruhi individu untuk mengubah tingkah lakunya.
Simonds (1976)menyatakan bahawa promosi kesihatan bertujuan untuk membawa
perubahan tingkah laku kepada individu, kumpulan dan penduduk keseluruhannya
daripada tingkah laku yang baik untuk kesihatan, tingkah laku semasa yang bermasalah
kepada tingkah laku kesihatan masa depan.
Mink ler (1989)menyatakan secara ringkas bahawa promosi kesihatan adalah
kombinasi pendidikan kesihatan dengan advokasi kesihatan.
1.2 Teori dan Model Promosi Kesihatan
Model Kepercayaan Kesihatan ( Health Belief Model ) ini mula di perkenlakan sekitar
dekad 1950-an oleh Hochbaum dan Rosenstock dengan menggunakan pendekatan
psikologi.Model ini menunjukkan perubahan tingkah laku kesihatan berdasarkan konsep
yang digambarkan di gambarajah di bawah.
Sekitar tahun 1988, Rosenstock, Strecher dan Becker telah mengubahsuai model
tersebut dengan menambah unsur keyakinan diri (self efficacy).Penambahan ini untuk
adalah untuk mengukuhkan tingkah laku yang memerlukan perubahan jangka masa
yang panjang.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
3/28
1.1 Model Kepercayaan Kesihatan (Health BeliefModel)
KONSEP DEFINISI STRATEGI
Tanggapan kemungkinan
mendapat penyakit
(Perceived susceptibility)
Persepsi mudah mendapat
penyakit
Terangkan tentang
kemungkinan mendapat
penyakit dan tahap risiko
Tanggapan keterukan
penyakit ( Perceived
severity)
Persepsi tentang tahap
keseriusan sesuatu
penyakit dan kesannya.
Terangkan tentang kesan
dan keseriusan sesuatu
penyakit
Tanggapan faedah
(Perceived benefits)
Persepsi keberkesanan
tindakan yang disyorkan
Berikan nasihat, intensif,
bantuan serta perbetulkan
tanggapan yang salah.
Tanggapan halangan
(Perceived barriers)
Persepsi tentang kos
material dan psikologi
akibat mengamalkan
Berikan nasihat, insentif,
bantuan serta perbetulkan
tanggapan yang salah.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
4/28
tindakan yang disyorkan
Petunjuk untuk tindakan
(Cues to action)
Strategi yang mencetuskan
keadaan untuk berubah
Berikan
maklumat,tingkatkan
kesedaran dan wujudkan
system peringatan.
Keyakinan diri (Self
efficacy)
Keyakinan terhadap
keupayaan untuk
mengambil tindakan.
-Sediakan latihan dan
panduan
-Bantu tetapkan matlamat
secara progresif
-Berikan peringatan secara
lisan.
-Demonstrasikan tingkah
laku yang diingini
-Bantu kurangkan
kegelisahan
1.3 Strategi Promosi Kesihatan
Satu strategi Promosi kesihatan telah dibangunkan yang diberi nama sebagai Piagam
Ottawa Untuk Promosi Kesihatan (Ottawa Charter For Health Promotion).Strategi
ini dibina bagi menetapkan hala tuju sesuatu program promosi kesihatan di kalangan
badan-badan promosi kesihatan serta pihak berkuasa kesihatan awam seluruh dunia.
Piagam ini telah diterima dan dipersetujui dalam Persidangan Promosi Kesihatan
Antarabangsa Pertama (First International Conference on Health Promotion) yang
berlangsung pada 21 November 1986 di Ottawa, Kanada.Ia merupakan satu visi
masyarakat antarabangsa kearah mencapai Kesihatan Untuk Semua (Health For All)
bagi dekad tahun 2000 dan seterusnya.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
5/28
1.2 Lima Startegi Utama Piagam Ottawa Promosi Kesihatan
5 TERAS
PROMOSI
KESIHATAN
Persekitaran
Yang
Menyokong
Polisi Awam
Sihat
Orientasi
semula
Perkhidmatan
Kesihatan
Tindakan
Komuniti
Kemahiran
Individu
Dibangunkan
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
6/28
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
7/28
2.0 Latar Belakang Laporan
2.1 Obesiti
Apakah itu obesiti?
Obesiti merupakan pengumpulan lemak yang berlebihan yang menimbun di dalam
badan seseorang.Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit.Ia terjadi apabila tisu-tisu
lemak menjadi keterlaluan. boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan
dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Ia juga akan
mengehadkan kegiatan fizikal dan social dan secra tidak langsung memendekkan
jangka hayat penghidapnya. Obesiti tidak menngira bangsa, jantina mahupun umur
seseorang itu.Antara ciri-ciri obesity adalah berat badan melebihi dua kali ganda berat
badan ideal.Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 40, mengalami beberapa penyakit
seperti tekanan darah tinggi atau diabetes dan gagal mengekalkan berat badan yang
ideal dalam jangka masa yang panjang walaupun mdengan mengikut diet yang
disarankan oleh pakar pemakanan.Bagi memudahkan seseorang mengetahui adakah
individu tersebut obesity ataupun tidak, penilaiann boleh dibuat melalui indeks Jisim
Badan (BMI).
Indeks Jisim Badan (BMI) merujuk kepada kadar berat berbanding ketinggian. Cara
pengiraan BMI adalah seperti berikut :
Berat (kg)
BMI = _______________________
Tinggi (m) x Tinggi (m)
Bawah 18.5 = Kurang Berat
Antara 18.522.9 = Berat yang
sihat
2327.4 = Agak berat
27.5 dan keatas = Gemuk / Obes
# Walaubagaimanapun formula ini tidak
boleh digunakan jika seseorang individu
tersebut:
berusia kurang daripada 18 tahun
ataupun melebihi usia 64 tahun.
mengandung dan menyusukan
anak
ahli sukan yang aktif
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
8/28
2.1.1Perubahan seseorang individu yang normal
kepada individu yang mengalami masalah obesity.
2.1.1 Situasi Semasa
Pada tahun 2009, peratusan rakyat Malaysia yang mengalami obesity berada di tahap yang
membimbangkan berbanding Negara Asia yang lain. Justeru itu, Malaysia mungkin akan menghadapi
isu kesihatan yang besar jika rakyat tidak mengamalkan gaya hidup sihat. Terdapat 38 peratus suri
rumah di Malaysia mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu dua kali puarat negara-negara Asia
yang lain.
2.1.2 Malaysia menduduki tempat keenam di rantau Asia Pasifik bagi masalah obesity dan mendahului di
Asia Tenggara untuk obesity dan kencing manis foto AFP
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
9/28
2.1.2 Bahaya Dan Kesan Obesiti
Kebangkitan makanan segera pada zaman moden ini adalah sesuatu yang amata
membimbangkan. Ibu bapa lebih cenderung untuk membeli dan meyediakan makanan
segera untuk anak-anak mereka .Makanan segera adalah salah satu penyebab kepadamasalah obesiti terutamanya dikalangan kanak-kanak.Walaupun penyelidikan
meningkat dan fakta-fakta mengenai makanan berlemak, dan menjejaskan dengan
badan-badan dan kesihatan rakyat, sejumlah besar dunia Barat masih memilih untuk
mengabaikan fakta-fakta dan gemuk pada makanan segera ini.
Obesiti membawa kesan yangsangat bahaya kepada kesihatan kita. Antara penyakit
yang boleh dihidapi adalah :
1. Penyakit kardiovaskular -orang-orang yang berat badan berlebihan atau obes
akan semakin terdedah kepada penyakit kardiovaskular, ini adalah kerana yang
memberi kesan bahawa obesiti mempunyai tahap lipid darah. Berat badan yang
berlebihan cenderung menyebabkan mempunyai tahap LDL yang tinggi juga
dikenali sebagai kolesterol tidak baik yang membina di dalam arteri dan
mengakibatkan mengecil di dalam arteri, dan dalam beberapa kes yang
menyekat, darah beku adalah kemungkinan, bersama-sama dengan serangan
jantung!
2. Lesu dan keletihan di siang hari- orang-orang yang gemuk telah didapati
semakin menderita daripada keletihan pada siang hari dan akibatnya, akan
lebih cenderung untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya. Lagi lebih ianya
berkemungkinan bahawa orang-orang yang obes akan hidup sebagai
kehidupan yang produktif ini lesu dan keletihan; Hasilnya, ia juga menjadikan
kehilangan berat badan lebih sukar kerana mereka berjuang untuk mencari
tenaga untuk keluar dan bersenam.
3. Diabetes jenis-2 - telah dilaporkan bahawa sehingga 90% diabetes jenis-2
penghidap sama ada berat badan berlebihan atau obes, dan sebagai hasilnya
obesiti telah didapati menjadi faktor utama untuk mempengaruhi sama ada atau
tidak seseorang akan mengalami kencing manis jenis 2. Kencing manis dalam
orang yang gemuk adalah lebih sukar untuk dirawat.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
10/28
4. Tekanan darah tinggi- ia telah lama dikenali sekarang bahawa obesiti boleh
membawa kepada tekanan darah tinggi, seperti tekanan darah tinggi
cenderung untuk meningkat dengan berat badan. Walaupun sebab penuh
mengapa obesiti membawa kepada tekanan darah tinggi tidak diketahui
sepenuhnya, satu teori adalah bahawa ia adalah kerana darah perlu berada di
bawah tekanan yang lebih besar untuk mendapatkan pusingan badan lebih
besar. Walaupun tengah-tengah boleh menahan tekanan darah tinggi untuk
tempoh masa yang lama, selepas satu tempoh masa, ia boleh membesarkan,
ini menjadi satu faktor yang penting dalam kegagalan jantung dan hasilnya
anda boleh mati. Menyekat kapal ke otak (disebabkan oleh penyusutan saluran
darah yang disebabkan oleh tekanan darah tinggi) boleh membawa kepada
angin ahmar, yang juga boleh membawa maut. Serangan jantung dan
kegagalan buah pinggang merupakan dua akibat lain mungkin mempunyai
tekanan darah tinggi.
2.2 Model PRECEDE PROCEED
Model PRECEDE-PROCEED dibanngunkan berdasarkan logic dan memberikan
perkhidmatan asas kepada individu, dalam satu-satu intervensi mahupun program
pembangunan jangka panjang kepada komuniti.Model ini boleh digunakan dalam
menangani isu-isu komuniti setempat selain daripada program kesihatan.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
11/28
Model PRECEDE-PROCEED adalah berasaskan kepada komuniti dan penyertaan
ahli masyarakat dimana ia wujud untuk mengubah promosi kesihatan yang
sebahagiannya secara sukarela. Oleh itu memerlukan penyertaan daripada mereka
yang perlu untuk berubah dengan tujuan mungkin mempengaruhi mereka atau
dipengaruhi oleh mereka.
2.2.1 Justifikasi Model PROCEDE-PROCEED
Sebab utama menggunakan model ini adalah kerana ia merupakan model yang logic.
Ia menyediakan satu struktur di mana bermual dengan perancangan kerja dan
penganjuran pemikiran dan tindakan individu.Setiap intervensi yang dilakukan adalah
terancang dan sangat jelas. Sebagai satu model yang logic, ia menyediakan panduan
untuk menganalisis isu-isu yang terlibat dan memilih satu saluran untuk menangani isu
tersebut.
Model PROCEDE-PROCEED juga adalah satu model yang jitu. Dengan setiap
penyertaan daripada masyarakat, ia akan membawa kepada idea-idea yang bernas
untuk menyelesaikan isu-isu yang timbul. Ia juga merupakan model yang termasuk
dalam pelbagai peringkat (ekologi) perancangan dan penilaian. Model ini diwujudkan
dalam pemantauan intervensi yang membolehkan pelarasan dan keberkesanan yanglebih tinggi.Mdel ini juga memberi kebebasan dalam menyesuaikan struktur
kandungan atau kaedah berasaskan keperluan komuniti.
3.0 Perancangan Program Promosi Kesihatan
3.1 FASA 1 Penilaian Sosial
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) meramalkan pada abad ke-21, obesity
dikalangan kanak-kanak akan menjadi satu isu yang membimbangkan bukan sahaja
dalam kalangan Negara maju, malah Negara membangun. Di Amerika Syarikat,
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
12/28
obesity adalah punca kedua kematian selepas merokok. Sebagai kanak-kanak yang
masih mentah, ia bukanlah satu perkara yang mudah untuk menanganinya.
Obesiti dikalangan kanak-kanak memberi kesan jangka panjang dalam kehidupan
mereka. Mereka akan merasa rendah diri dan seringkali menyediri dan tidak bergaul
dengan rakan-rakan yang lain. Mereka merasa dikecualikan dari pelbagai aktiviti dan
mempunyai tahap yang lebih rendah diri bernilai dan keyakinan diri. Mereka akan
dengan dan menarik diri daripada rakan-rakan mereka. Had fizikal dan
ketidakupayaan untuk mengikuti aktiviti-aktiviti biasa boleh membawa kepada kitaran
ganas berat tambahan. Kajian juga telah menunjukkan bahawa kanak-kanak gemuk
kehilangan empat kali lebih banyak sekolah kanak-kanak berat badan yang sihat,
yang boleh membawa kepada prestasi sekolah menurun (Schwimmer, p. 1814).
3.2 FASA 2 Penilaian Epidemiologi
Banyak punca yang didapati menjadi penyumbang kepada masalah obeisti dikalangan
kanak-kanak.
3.2.1 Punca Obesiti
Antara faktor-faktor yang dikenalpasti sebagai penyumbang kepada masalah ini
termasuklah gaya hidup, pemilihan pemakanan, genetik dan juga kekurangan
kesedaran tentang obesity dikalangan kanak-kanak oleh penjaganya. Kebiasaannya,
ibu bapa dan penjaga yang bekerja sepenuh masa dimana terdapat kekangan masa
dalam pemilihan dan penyediaan makanan yang sihat kepada anak-anak.Pada masa
kini, restoran makanan segera seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald dan
banyak lgi yang tumbuh bagai cendawan.Makanan segera yang ditawarkan
mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi tetapi mempunyai zat dan nutrisi yang
rendah. Ini akan menyebabkan kanak-kanak terjebak ke dalam perangkap
pemakanan tidak sihat.
Kanak-kanak terutamanya di kawasan bandar lebih terdedah kearah gaya hidup tidak
aktif seperti berjalan kaki ke sekolah, berkejar dengan rakan, bermain bola dan juga
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
13/28
menunggang basikal. Kanak-kanak Bandar lebih menggemari aktiviti seperti
menonton televisyen dan bermainpermainan video yang tidak memerlukan untuk
mereka bergerak dan mengeluarkan peluh. Ketidakstabilan dalam pengambilan
berlebihan dan juga penggunaan tenaga yang agak minimal akan menyebakan
kepada ketidakseimbangan kalori. Ini akan menyebabkan kalori yang diambil secara
berlebihan dan tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak.
Faktor genetik ataupun keturunan juga memainkan peranan yang penting dalam
menentukan samada seseorang kanak-kanak itu akan mengalami berat badan
berlebihan atau obes. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan meenunjukkan
bahawa jika kedua ibu bapa seseorang kanak-kanak itu obes, maka anak mereka
berisiko untuk menjadi obes juga adalah sebanyak 70%.Jika hanya ibu sahaja obes,maka kebarangkalian adalah sebanyak 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyai
berat badan yang normal, seseorang kanak-kanak itu hanya mempunayi risiko
sebanyak 10% untuk obes.
Sebelum kita menyalahkan gen atau faktor keturunan kita, adalah lebih baik dan
penting untuk kita mengambil kira gaya hidup yang diamalkan.
Pengambilan makanan yang
berlebihan
Penggunaan tenaga
yang kurang
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
14/28
3.2.2 Rawatan Obesiti
Pengambilan makanan
sihat
Penggunaan tenaga
SEIMBANG
Keperluan makanan adalah bergantung
kepada umur, jantina dan tahap fizikal
seseorang individu itu.
Berat badan normal dan ideal.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
15/28
3.2.2.1 Perubatan
Tujuan utama rawatan perubatan adalah bagi mengelakkan penyakit yang berkaitan
rapat denganobesiti. Perkara yang perlu dilakukan secara berterusan, adalah
memantau ketinggian, berat badan, indeks jisim badan(BMI), tekanan darah dan
penentuan parameter makmal secara berterusan.(kolesterol, trigliserida, High Density
Lipoprotein(HDL), Low Density Lipoprotein(LDL), Very Low Density Lipoproetein(VLDL),
elektrolit, asid urik, Glutamyl Pyruvic Transaminase(GPT), Glutamyl Oxaloacetic
Transaminase(GPT), apolipoprotein A1 dan B, hematologi, dan perbezaan kiraan
darah), pengukuran parameter vaskular, dan penilaian kriteria dalam kes-kes sindrom
ovari polisistik terhadap kanak-kanak perempuan.
3.2.2.2 Pemakanan
Kaunseling perubatan diatetik adalah sangat penting kerana dianggap sebagai
penghantar maklumat, sokongan dan bantuan dengan tujuan untuk menukar tabiat
makan kepada makanan yang rendah lemak, buah-buahan, dan sayur-sayuran yang
banyak khasiat.Salah satu elemen utama rawatan adalah dengan mempunyai satu
protocol diet harian bgi menilai tabiat pemakanan.
Bagi mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, kita hendaklah makan
lebih banyak sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperi ikan. Kita juga
hendaklah mengurangkan penggunaan minyak untuk menggoreng makanan dan
membiasakan diri untuk memasak dengan cara mengukus, membakar atau merebus.
Bagi menjaga pemakanan yang baik, kawalan nafsu makan adalah sangat perlu. Badan
kita adalah apa yang kita makan. Kuih-muih tidak patut dimakan dengan banyak.
Seperti yang dinyatakan, kuih banyak mengandungi bahan-bahan yang boleh
menggalakkan kegemukan.,Amalkan pengambilan buah seperti jambu, sengkuang,betik dan sebagainya sebagai snek yang sihat
3.2.2.3 Psikologikal
Rawatan obesiti diperingkat kanak-kanak adalah terapi jangka panjang dan
mungkin sepanjang hayatnya.Ahli keluarga juga perlu menyertai bersama rawatan ini
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
16/28
bagi mencapai matlamat rawatan yang dicita-citakan.Tujuan utamanya adalah untuk
mencari bersama-sama dengan kanak-kanakdan remaja, corak tingkah laku individu
yang membawa kepada pengambilan makanan yang berlebihan.Pengurusan konflik
yang berbeza membantu menghadapi situasi yang berpotensi bermasalah.Pesakit
diarahkan untuk mengkaji adab dan tingkah laku yang baru dan disokong bagi
merealisasikan tingkah laku yang sihat. Pelan kaunseling individu perlu berdasarkan
gaya hidup. Strategi yang penting ialah dengan menggalakkan kawalan kendiri,
kesedaran diri, interaksi sosial serta strategi yang positif.
3.3 FASA 3 Penilaian Tingkahlaku dan Persekitaran
Punca Masalah Kesihatan
Berdasarkan kepada temuramah antara guru dan murid, terdapat punca terhadap
berlakunya masalah-masalah ini.Ia berpunca daripada tingkah laku dan persekitaran
murid-murid.
a) Genetik
Obesiti berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah genetik. Menurut kajian,
peratus murid Melayu obes meningkat daripada 19.1% pada 2002 kepada 26.1%
pada 2008. Bagi bangsa Cina pula, daripada 25.6% meningkat kepada 27.6%
manakala murid India daripada 16.9% kepada 26.1%. Ini adalah satu fenomena
yang amat membimbangkan.
Terdapat satu kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa jika kedua ibu
bapa seseorang kanak-kanak itu obes, maka anak mereka berisiko untuk
menjadi obes juga adalah sebanyak 70%.Jika hanya ibu sahaja obes, maka
kebarangkalian adalah sebanyak 50%. Jika kedua-dua ibu bapa mempunyaiberat badan yang normal, seseorang kanak-kanak itu hanya mempunyai risiko
sebanyak 10% untuk obes.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
17/28
b) Tingkahlaku
Dari cara pemakanan seseorang itu sendiri dapat melambangkan ciri \-ciri
pemakanan murid tersebut dirumah. Ada dikalangan murid yang ditemuramah
membawa bekal makanan segera ke sekolah contohnya nugget dan jejari
kentang. Alasan yang diberikan oleh murid terbabit adalah ibu dan bapa bekerja
dn tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menyediakan makanan yang
lebih seimbang. Sesetengah ibu bapa tidak menitik beratkan cara pemakanan
anak-anak mereka. Pada anggapan mereka, makanan sebegini lebih sihat
kerana mereka menyediakannya sendiri di rumah padahal hakikatnya adalah
tidak benar sama sekali.
c) Persekitaran
Faktor persekitaran juga mempengaruhi keseimbangan kalori atau tenaga.Ia
dapat dilihat melalui pilihan dan jumlah makanan yang diambil. Malaysia adalah
sebuah Negara yang mewah dengan pelbagai jenis makanan.Ia termasuklah
makanan segera, makanan ringan dengan harga yang murah tetapi
mengandungi kandungan kalori, lemak dan gula yang amat tinggi. Di kawasan
Bandar, berat badan berlebihan bertambah daripada 22.4% kepada
28.1%,manakala di luar Bandar meningkat daripada 17.6% kepada 24.2%.
3.4 FASA 4 Penilaian Pendidikan dan Organisasi
Tiga kumpulan faktor yang menyebabkan penyakit :
a) Faktor Kecenderungan
Dengan kecanggihan dan kemodenan hidup pada masa kini, menyebabkan
semua benda ataupun maklumat mudah di sampaikan samada melalui iklan di
televisyen mahupun di telefon-telefon pintar. Faktor ini telah memberikan
kesempatan kepada para pembekal makanan yang terlibat dalam industry
makanan ringan yang menjadikan kanak-kanak sasaran utama dalam
pemasaran produk mereka. Mereka akan menampulkan iklan serta label
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
18/28
makanan yang akan menarik minat golongan kanak-kanak untuk membeli
produk mereka.
Dengan pengetahuan ibu bapa yang agak terhad terhadap risiko dan keburukan
makanan ringan tersebut, tidak mustahil mereka akan turut membeli produk
tersebut buat anak mereka. Dengan sokongan dan sambutan secara tidak
langsung daripada ibu bapa, syarikat-syarikat pengeluar makanan ringan dan
segera ini akan lebih giat mencipta dan mengeluarkan lebih banyak produk demi
memenuhi permintaan pengguna iaitu kanak-kanak.
b) Faktor Pemungkin
Kebanyakan ibu bapa pada masa kini adalah ibu bapa yang bekerjaya.Mereka
mempunyai masa yang terhad untuk bersama dengan anak-anak mereka.
Mereka akan sentiasa terkejar-kejar ke tempat kerja. Jadi, bagi menjimatkan
masa dan tenaga, ibu bapa akan membeli makanan segera yang mana pada
mereka cepat dan memudahkan. Ada diantara ibu bapa akan memenuhkan
almari dengan makanan atau snek-snek ringan pada setiap hujung bulan supaya
mudah bagi anak mereka untuk mengisi perut yang lapar tanpa perlu meminta
ibu atau bapa memasak.
c) Faktor Pengaruh
Pengaruh iklan kepada kanak-kanak sudah banyak dikaji dan banyak Negara
telah mengharamkan kempen atau pengiklanan pemasaran makanan untuk
mereka. Di Malaysia, kadar pertumbuhan dan pembukaan cawangan baru
restoran makanan segera tumbuh seperti cendawan selepas hujan dan harga
makanan terendah di dunia. lebih hebat kini ada pula system pesanan dan
penghantaran terus ke rumah.
Pengaruh media massa juga mempunyai pengaruh yang amat besar kepada
kanak-kanak. Pengusaha makanan seringkali memaparkan iklan makanan
ringan ketika waktu siaran rancangan kartun yang sudah tentu penontonnya
adalah kanak-kanak. Iklan ini akan semakin bertambah dan kerap tayangannya
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
19/28
semas musim cuti sekolah. Mereka berusaha keras supaya dapat
mempengaruhi kanak-kanak yang naf ini.
3.5 FASA 5
Penilaian Polisi & Pentadbiran
PROCEED ( policy, regulatory and organizational constructs in educational and
environtmental development )
Permulaan bahagian PROCEED. Dalam Fasa 5 iaitu perlaksanaan, dengan sumber-
sumber yang sesuai, perancang memilih kaedah dan strategi intervensi dan
perlaksanaan bermula.dalam penilaian polisi dan pentadbiran, perancang
mengandaikan bahawa jika terdapat sumber dan keupayaan, maka ia boleh
membangunkan dan melaksanakan program.
a) Program Kesihatan
Perancangan Program Promosi Kesihatan
- Dengan mengadakan program kesedaran bahaya obesity ini di sekolah seperti
ceramah kesihatan, tayangan video, pameran, dan mengadakan minggu
kesihatan,diharap dapat membantu murid memahami dan peka terhadap betapa
pentingnya mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang mengikut
keperluan badan masing-masing. Pemilihan makanan yang seimbang dan
mengamalkan cara hidup yang sihat perlu di pupuk sedari kecil lagi. masih
belum terlam bat bagi kanak-kanak yang masih muda dan mentah untuk
mengubah cara pemakanan mereka kepada yang lebih sihat nbagi mengelakkan
masalah obesity.
- Program ini juga di harap agar ada perubahan tingkah laku yang lebih baik dan
sihat supaya murid-murid dapat mencapai tahap kesihatan uanng lebih optimum
melalui 3 elemen asas iaitu makan secarasihat, mengendali stress dan aktiviti
fizikal.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
20/28
- Ewles dan Simnett (1986) telah menyatakan bahawa tujuan mengapa pendidikan
kesihatan diberikan adalah kerana dalam melaksanakan tugas tersebut, seorang
pendidik kesihatan mestilah berusaha untuk mencapai tujuan-tujuan yang
berikut :
Meningkatkan kesedaran kepada murid tentang masalah kesihatan yang
sedang dihadapi.
Memberikan penerangan dan juga menyumbang pengetahuan tentang
segala sesuatu yang berhubung kait dengan masalah yang sedang
dihadapi oleh murid tersebut.
Menimbulkan kesedaran diri (self awareness) setelah mendengar
penerangan dan penjelasan yang diberikan. Dengan adanya kesedaran
ini, diharapakan murid yang dididik akan lebih tegas untuk mengubah
nasibnya.
Membantu murid untuk mengubah sikap kea rah yang lebih positif.
Perubahan sikap inni akan memulakan rantaian perubahan kebiasaan dan
tabiat melalui beberapa aktiviti tertentu sehingga matlamat pendidik dan
murid tersebut tercapai.
- Oleh itu, bagi menjayakan program kesihatan ini, pihak sekolah telah merangka
beberapa aktiviti yang sesuai dengan objektif untuk mengurangkan kadar obesity
dikalangan murid sekolah. Sasaran dan tindakan yang telah dirancang adalah
untuk murid-murid melalui aktiviti fizikal yang bersesuaian seperti senam robik,
khidmat kaunseling, pameran, pemeriksaan kesihatan dan sebagainya.
Kesemua aktiviti yang dirancang akan mendapat kerjasama sepenuhnya
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
b) Strategi Pendidikan
Pihak sekolah akan mengadakan sessi khidmat kaunseling dan ceramah
kesihatan yang akan mendapat kerjasama sepenuhnya dari pegawai kesihatan
yang bertauliah. Pihak sekolah akan meminta wakil daripada Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM) untuk memberi ceramah kesihatan kepada murid-
murid sekolah tentang betapa pentingnya pemakanan yang seimbang dan
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
21/28
betapa bahayanya obesity dikalangan kanak-kanak. Dengan adanya
usahasama daripada pihak KKM, diharap agar sedikit sebanyak dapat memberi
info dan membuka mata serta minda kanak-kanak tentang kesihatan tubuh
badan mereka dan betapa mereka perlu menyayangi diri mereka dengan
mengamalkan pemakanan yang sihat.
Disamping itu, setiap panatia disekolah, akan memberi kerjasama dengan
membuat pameran dan juga poster di dalam kelas dan di papan kenyataan yang
terdapat di sekolah. Guru-guru bertugas mingguan juga akan sentiasa
memberikan peringatan kepada murid pada waktu perhimpunan setiap minggu
tentang obesity.
c) Polisi Peraturan / Garis Panduan Peraturan
Pihak sekolah telah menetapkan supaya semua murid sekolah terlibat dalam
program promosi kesihatan ini. Pendedahan akan diberikan kepada semua
murid untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang betapa pentingnya kita
menjaga pemakanan bagi menjamin hidup yang lebih sihat.
Guru penyelaras yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak sekolah akan
merancang segala program berkaitan dengan obesity serti ceramah, pameran,
tayangan video, kuiz dan sebagainya. Program Promosi Kesihatan ini akan
berlangsung sepanjang tahun di mana setiap minggu guru bertugas mingguan
akan memberikan info-info menarik dan terkini mengenai obesity.
Dalam melaksanakan program promosi kesihatan, beberapa tata etika
pemasaran social yang perlu diambil kira( Rothschild,2001). Antaranya adalah :
Lakukan lebih banyak kebaikan berbanding keburukan dan elakkan
sebaranga agenda tersembunyi.
Perubahan tingkah laku perlulah berdasarkan kerelaan kumpulan
sasaran.
Buat penilaian pemasaran dengan mengambil kira elemen pendidikan dan
undang-undang.
Pilih teknik dan kaedah yang cekap dan berkesan.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
22/28
Pilih teknik pemasaran yang bersesuaian dengan falsafah pemasaran. Ia
perlu memenuhi keperluan kumpulan sasaran dan bukannya keperluan
pengamal pemasaran social / organisasi.
Nilai etika sesuatu polisi sebelum bersetuju untuk membentuk strategi
pemasaran.
3.6 FASA 6 Perlaksanaan
Pelaksanaan perlu dirancang selepas pelan projek program disediakan yang
menerangkan secara terperinci cara untuk menjayakan dan menjalankan aktiviti.
Objektif Aktiviti Tarikh/
Masa
Tempat Sumber Kaedah
PenilaianTenaga
Manusia
Kewangan Bahan
90% pelajar
sekolah tahap 2
akan dapat
mengurangkan
5% daripada
berat badan
mereka diakhir
program selama
10 bulan
Orientasi
Pemakanan
Sihat kepada
Ibu Bapa dan
Guru
Sabtu
8.00pg
5.00ptg
Dewan
Sekolah
-Ibu Bapa-Guru-PegawaiJabatanKesihatan-JurulatihJabatanBelia Sukan
Geran
MY SIHAT
Risalah
Poster
-Rekod
Kehadiran
Senamrobik 2x
seminggu
Selasa
5.00ptg
Khamis
5.00ptg
Padang
sekolah
-Jurulatih
Jabatan
Belia dan
Sukan
-Guru
Penyelaras
Geran
MY SIHAT
Risalah
Poster
Buku
nota
-BMI
-Rekod
Kehadiran
-Kaunselin
Nasihat
Pemakanan
Sihat
Selasa
5.00ptg
Khamis
5.00ptg
Dewan
Sekolah
-Guru
-Pegawai Zat
Makanan
-Pegawai
JabatanKesihatan
Geran
MY SIHAT
Risalah
Poster
Buku
nota
-BMI
-Rekod
Kehadiran
-Rekod
Kaunseling
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
23/28
3.7 FASA 7 Proses Penilaian
Terdapat 3 bentuk penilaian telah digunakan untuk mengukur keberkesanan sesuatu
program :
I. Penilaian Proses
Pada masa kini terdapat kekurangan mengenai cara-cara atau langkah-langkah
yang jelas dan ketara dalam penilaian program. Pendekatan yang lebih
sistematik akan dapat membantu sedikit sebanyak mengatasi masalah ini.
Penilaian program , dalam erti kata yang lebih mudah ialah pemeriksaan secara
sistematik dan jelas terhadap alternatif-alternatif untuk mencapai matlamat-
matlamat dan objektif-objektif yang hendak dicapai bagi sesuatu program.
Pada peringkat pelaksanaan, penilaian proses amat berguna dalam mengesan
jangkauan dan pencapaian program serta tahap pelaksanaannya. Penilaian ini
juga membantu dalam mengesan kekuatan dan kelemahan program,
termasuklah dalam mengenalpasti masalah yang berpontensi atau sedang
berlaku.
Antara elemen yang boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:-
a) Jumlah kehadiran peserta / kumpulan sasar
Jumlah kehadiran para peserta Program Promosi Kesihatan ini iaitu murid-murid
sekolah adalah di tahap memberangsangkan. Sepanjang tempoh program
berjalan, mereka menunjukkan minat yang mendalam untuk mengetahui dengan
lebih lanjut tentang obesity. Semasa program senamrobik dijalankan, mereka
memberikan kerjasama yang amat baik dengan menyertai senaman tersebut.
Bagi pihak ibu bapa pula, kedatangan mereka ke ceramah kesihatan adalah
baik. Ibu bapa menunjukkan minat semasa sessi soal jawab berlangsung
bersama pakar pemakanan.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
24/28
b) Rekod pelaksanaan aktiviti - jumlah / bilangan aktiviti yang telah
dijalankan
Kami telah merancang sebanyak 3 aktiviti dan kesemua aktiviti yang dirancang
telah berjalan dengan jayanya. Kami telah mengadakan orientasi pemakanan
yang telah disampaikan oleh pakar pemakanan yang telah didatangkan khas
daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Aktiviti ini melibatkan ibu bapa dan
juga guru.
Senamrobik pula telah berjalan selama 2 hari setiap minggu iaitu pada hari
Selasa dan Khamis bermula jam 5.00 petang. Senamrobik ini telah diketuai oleh
pegawai daripada Jabatan Belia dan Sukan. Program nasihat pemakanan sihat
pula telah berlangsung pada hari Sabtu dan telah disampaikan oleh pegawai
daripada Jabatan Kesihatan.
2. Penilaian Impak
Penilaian yang digunakan untuk mengukur kesan program secara langsung atau
dalam kadar segera yang boleh digunakan pada sesuatu peringkat program yang
selesai dilaksanakan.
Oleh itu, penetapan objektif yang baik dan realistik memainkan peranan penting
dalam menentukan kejayaan program tersebut dengan memahami konsep objektif
SMART seperti yang dipaparkan dalamgambarajah berikut. Antara elemen yang
boleh dijadikan petunjuk atau indikator seperti berikut:-
Pencapaian objektif program
Pada akhir program, objektif yang dirancang dapat dicapai dimana murid
tahap 2 dapat mengurang sebanyak 5% daripada berat badan mereka.
Penilaian pengetahuan peserta
Penilaian pengetahuan peserta diukur dengan mengadakan kuiz dan soal
jawab dianatar murid dan guru pada setiap minggu semasa perhimpunan
mingguan.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
25/28
Penilaian sikap, perasaan dan nilai peserta
Penilaian sikap dan perassan peserta dinilai melaui pemerhatian guru dan
perubahan tingkah laku murid.
Konsep objektif SMART
3. Penilaian Hasil (Outcome)
Penilaian yang digunakan untuk mengukur hasil atau perubahan yang dapat dicapai
dalam jangka masa panjang yang dapat dinilai dari segi peningkatan kualiti hidup, ekuiti
atau keadaan persekitaran.
Hasil yang dapat dilihat daripada program kesihatan ini adalah peningkatan kesedaran
murid dari segi pemakanan mereka. Dari pemerhatian yang dibuat, dapat dilihat
OBJEKTIF
SMART
Specific /
SpesifikTime Bond
/ Tempoh
masa
Realistic /
Sumber
mencukupi Achievable/ Boleh
dica ai
Measurera
ble / Boleh
diukur
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
26/28
bahawa murid-murid tahap 2 semakin bijak dan berhati-hati dalam memilih makanan
mereka. Ada diantara murid yang mula membawa bekal daripada rumah dan
melebihkan minuim air masak. Penglibatan mereka di dalam bidang sukan juga
semakin memberangsangkan dan mereka dilihat berlumba-lumba untuk meningkatkan
tahap kesihatan mereka dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
3.8 FASA 8 Kesan Penilaian
Kesan penilaian pada fasa ini difokuskan kepada tingkah laku kesihatan yang Berjaya
diubah serta peningkatan pengetahuan mengenai kesihatan, sikap positif terhadap
kesihatan kendiri dan pengamalan gaya hidup sihat dikalangan murid.
Pemantauan dilaksanakan melalui pemerhatian dan tinjauan guru terhadap perubahan
tingkah laku murid yang banyak minum air kosong berbanding air yang bergula. Selain
daripada itu, didapati ramai murid yang mengurangkan pengambilan makanan yang
bergoreng dan berminayk sebaliknya mereka memilih makanan yang direbus ataupun
dikukus. Kebanyakan daripada murid sebelum program lebih menggemari minuman
yang bergula berbanding air kosong. Tetapi selepas beberapa aktiviti yang
dilaksanakan, murid-murid telah sedar tentang bahayanya minum air yang bergula
secara berlebihan.
Pihak sekolah juga telah mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada
pihak kantin sekolah. Pihak kantin kini lebih cakna dalam menyediakan makanan yang
berkhasiat dan sihat. Usaha ini telah sedikit sebanyak membantu menangani masalah
penyakit obesity dikalangan murid sekolah.
Perhimpunan mingguan menjadi tumpuan dan medan tumpuan para guru untuk
member nasihat dan peringatan kepada murid tentang penjagaan pemakanan dan
kesihatan diri mereka. Guru bertugas mingguan telah dipertanggungjawabkan untuk
memberi ulasan dan peringatan tentang penjagaan kesihatan diri mereka. Pemantauan
dan pemerhatian dari pihak guru akan diteruskan agar menjadi amalan berterusan
sehingga masa depan.
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
27/28
4.0 CADANGAN
Pihak sekolah boleh mempelbagaikan lagi aktiviti yang dijalanakan.
Pendedahan tentang obesity kepada murid sekolah adalah amat penting. Pihak
sekolah perlu merancang aktiviti yang menarik bagi menarik mina\t murid untuk
menyertai program kesihatan sebegini. Anatar program yang boleh dijalankan
adalah lawatan ke hospital ataupun klinim kesihatan, pertandingan-
pertandingan yang sesuai dengan program dan sebagainya.
Program sebegini patut diteruskan dan dipertingkatkan lagi pada masa
hadapan.
Kekurangan dana bukanlah satu perkara yang menghairankan. Ini adalah salah
satu factor dimana program seumpama ini tidak dapat dijalankan dengan
sempurna. Pihak sekolah perlu lebih giat mencari sponsor-sponsor dari orang
perseorangan bagi mencari dana bagi menjayakan program ini.
5.0 PENUTUP
Terdapat pelbagai isu yang dibangkitkan berkaitan dengan obesity dikalangan
kanak-kanak. Antara isu-isu yang dibangkitkan adalah desaklan kepada
pengusaha kantin disekolah-sekolah supaya tidak menjual makanan ringan.Cadangan yang kedua adalah supaya berat badan murid diukur dan dicata
setiap bulan oleh pihak sekolah yang tentu sahaja akan membebankan para
guru.
Kesimpulannya, setiap hal yang berkaitan dengan kanak-kanak tidak
seharusnya menjadi tanggungjawab pihak sekolah semata-mata. Pihak ibu
bapa dan masyarakat umum perlu juga bersama-sama memainkan peranan
dan berganding bahu untuk memastikan masalah obesity dikalangan kanak-
kanak dapat diatasi. Pihak kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia
juga adalah amat penting dalam usaha ini. Media massa memainkan peranan
yang penting dengan mengadakan iklan-iklan atau kempen kesihatan di
televisyen. Penjelasan dan penerangan mengenai pemakanan sihat boleh
diberikan melalui anjuran pelbagai program dalam kempen untuk menyedarkan
8/10/2019 Promosi Prog Kesihatan
28/28
masyarakat akan isu kesihatan ini. Semua itu adalah atas satu matlamat yang
sama, iaitu demi melahirkan generasi yang cerdas dan cergas dan tentu sahaja
dengan akal yang pintar dan fizikal yang sihat hasil daripada pemakanan yang
baik.