566
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management Editors: Syahrul Fahmy, Syed Hadzrullathfi Syed Omar, Nabihah Abdullah, Rabiatul Manisah Mohamed © Research Institute for Islamic Product and Malay Civilization (INSPIRE) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) e-ISBN 978-967-2231-26-4
PROSEDUR HALAL ṬAYYIB DALAM PEMILIHAN BARANG JUALAN DI SABASUN HYPERRUNCIT SDN BHD
Maaruf Hamid, Anas Mohd Yunus*, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Najihah Abd Wahid & Khiral Anuar Daud
Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin, 21300 Kuala Terengganu
ABSTRAK
Pensyariatan halal ṭayyib banyak kali dinyatakan di dalam al-quran. Orang-orang beriman disyariatkan Allah SWT supaya mengambil sesuatu barangan yang halal ṭayyib sama ada dari sudut luaran dan dalaman seseuatu barangan di samping mengajar untuk sentiasa mengutamakan makanan yang baik dan bermutu tinggi dan manfaatnya bagi memperoleh keberkatan Allah SWT. Ini kerana halal ṭayyib hanya diteliti dari sudut zat luaran sesuatu barangan sahaja. Makalah ini membahaskan berkaitan prosedur halal ṭayyib dalam pemilihan barang jualan yang dilakukan oleh pihak Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd. Metodologi yang digunakan dalam menjalankan makalah ini adalah kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual dan analisis kandungan daripada buku, kitab-kitab dan artikel. Rumusannya, Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd akan menilai barang jualan terlebih dahulu dengan dianggotai seramai 14 panel yang pakar bagi memastikan barang jualan memenuhi segala kriteria yang ditetapkan di samping halal ṭayyib untuk diletakkan dan dijual di premis perniagaannya. Kata kunci : Prosedur, Halal ṭayyib, Pemilihan barang jualan, Sabasun
1. Pendahuluan
Allah SWT Maha Berkuasa untuk menciptakan setiap sesuatu ciptaan di muka bumi ini
kepada manusia untuk dimanfaatkannya dan gunakannya sebagai khalifah di muka bumi
dengan terbaik. Seterusnya, Allah SWT telah memerintahkan kepada orang-orang
beriman khususnya untuk memakan, mengambil dan menggunakan segala bahan yang
halal dan berkualiti iaitu bahan yang mengandung gizi dan vitamin yang mencukupi. Dua
aspek utama perlu dititikberatkan iaitu halal dan baik di samping memelihara kesihatan
jasmani dan kecergasannya, juga akan semakin mendorong meningkatkan kualiti takwa
dan syukur kepada Allah SWT. Hal ini dengan jelas disebut di dalam al-quran, firman Allah
SWT :
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
567
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah di antara
rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah
kepada Allah, jika benar-benar hanya kepada-Nya kamu menyembah.”
(Surah al-Baqarah 2: 172)
Penggunaan bahan yang haram walaupun dilihat daripada luarannya berkualiti dan
bergaya tetapi realitinya secara tidak langsung akan melahirkan akhlak yang buruk dan
mendorong kemudaratan sama ada bagi dirinya mahupun keluarganya di dunia atau di
akhirat nanti. Rasulullah SAW bersabda :
“Jangan membesar daging yang tumbuh daripada barang atau sesuatu
yang haram, melainkan neraka lebih berhak baginya.” (Al-Tirmidhī : 614)
Hadith ini menunjukkan bahawa makanan yang haram itu akan melahirkan akhlak dan
perbuatan yang jahat sehingga menyebabkan kecelakaan yang bersifat abadi di akhirat
nanti iaitu akan dimasukkan ke dalam neraka. Namun, ini tidak bermaksud bahawa Islam
meminggirkan aspek kualiti dalam sesebuah barangan kepenggunaan. Malahan, ia
menjadi pra syarat penting kepada konsep halal sendiri, seterusnya diperkuatkan dengan
perkataan ṭayyib itu sendiri. Apatah lagi ṭayyib itu pada hakikatnya merupakan
manifestasi kepada konsep “Ihsān dan Itqān”. Justeru, aspek halal dan haram serta baik
dan buruk sesuatu perkara tidak hanya dilihat dari aspek tersendiri (dalaman) sahaja,
tetapi meliputi aspek proses penghasilan, tatacara (adab) pengggunaan, kandungan dan
akibat penggunaan sesebuah barangan juga perlu dinilai dan ditikberatkan. Contohnya,
pada peringkat awal iaitu cara mendapatkan makanan atau rezeki yang bersih dan halal
mestilah menggunakan cara yang betul, tidak melalui penipuan, menggandakan hutang,
menerima rasuah, rompakan, kecurian dan cara-cara batil lainnya.
Justeru, penyelidikan ini membahaskan berkaitan konsep halal ṭayyib dari sudut kaca
mata syariah Islamiyyah dan prosedur pihak Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd dalam
pemilihan barang jualan yang menjadikan halal ṭayyib sebagai keutamaan.
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
568
2. Definisi Halal dan Ṭayyib
Perkataan halal dan ṭayyib banyak dinyatakan di dalam al-Quran. Kata kerja halal dalam
bahasa Arab adalah halla, yahillu, hillan yang bermaksud sesuatu yang membebaskan,
membolehkan, memecahkan, membubarkan dan melepaskan (Muhammad Hisyam
Mohamad, 2009). Dari sudut istilah fiqh halal bermaksud suatu pilihan yang diberikan
oleh syarak sama ada keinginan untuk melakukannya atau tidak. Dengan kata lain definisi
ini adalah sinonim dengan perkataan “mubāḥ” (Muhamad al-Tūnjī, 2003 : 273). Lawan
istilah halal adalah haram yang bermaksud tidak dibenarkan atau dilarang. Definisi
haram dalam ilmu Usul Fiqh adalah sebagai suatu perkara yang dimestikan syarak untuk
meninggalkannya (al-Zuhaylī, 1999 : 131). Perkataan halal dan haram ini sebenarnya
termasuk dalam lima hukum taklifi yang asas. Pada asasnya sesuatu hukum halal dan
haram akan berlaku perubahan bergantung kepada tempat, masa dan keadaan. Akan
tetapi, perubahan hukum halal dan haram bergantung kepada asas-asas ijtihad yang
benar lagi kukuh.
Seterusnya, perkataan ṭayyib dari segi bahasa boleh diterjemahkan sebagai suci, baik dan
bagus (Zulkifli Mohd Yusoff, Abdul Rashid Ahmad, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman,
Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Asmadi Yakob, Munirah Abd Razak & Anwar
Ridwan Zakaria, 2010 : 332). Lawan perkataan ṭayyib adalah al-khabīth yang bermaksud
sesuatu yang tidak bagus, jahat, tidak baik, membusuk dan mendatangkan kemudaratan
(al-Marbawiy, t.t : 163) sekaligus ia menggambarkan sesuatu yang bersifat buruk, cacat
serta tidak suci.
3. Halalan Ṭayyiban Sebagai Suatu Konsep Kepenggunaan
a- Halal dan Haram
Aspek halal dan haram sepatutnya menjadi suatu keutamaan untuk dipertimbangkan dan
perlu dititikberatkan dalam diri seseorang Muslim yang beriman dalam segala aspek
urusan kehidupannya. Aspek ini sebagai penentu arah bagi setiap perbuatan manusia
dalam kehidupan tidak mengira waktu dan tempat. Ia merupakan suatu bentuk
pendisiplinan kendiri sebagai umat Islam yang sesuai dan kukuh berpaksikan keimanan
dan keyakinan kepada Allah SWT. Fitrah manusia dilahirkan dengan suatu tabiat untuk
memerlukan dan mengharapkan kepada sesuatu yang berada di sekelilingnya bagi
meneruskan kelangsungan hidup. Jika dipandang dari sudut tauhid, hanya Allah SWT
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
569
yang bersifat “qiyāmuhu bi nafsihi”1, manakala makhluk di muka bumi ini adalah bersifat
memerlukan kepada unsur lain. Keizinan kepada manusia untuk bersifat pengguna boleh
difahami dari sudut perlantikan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Menurut Islam,
Allah SWT menciptakan alam adalah bagi menjamin kebahagiaan dan kemakmuran
manusia. Namun, dalam Syariat Islam manusia secara prinsipnya dibenarkan untuk
menggunakan dan memanfaatkan segala ciptaan alam dengan sebaiknya dengan syarat
melalui cara yang betul. Bahkan kesemuanya adalah keperluan dalam kehidupan yang
perlu diguna, dipelihara dan dibangunkan dengan baik. Perkara ini sering dinyatakan di
dalam al-Quran mahupun al-Sunnah. Para sarjana Islam telah merumuskan keadaan ini
dalam sebuah kaedah Fiqh yang terkenal (al-Sadlān, 1417H : 126) :
األصل يف األشياء اإلباحةMaksudnya : Asal pada setiap sesuatu itu adalah diharuskan
Berdasarkan kaedah ini, dapat diperjelaskan bahawa setiap ciptaan tiada yang haram
melainkan sekiranya terdapat nas yang sah daripada Allah SWT dan Rasullullah SAW
sama ada di dalam al-Quran mahupun al-Sunnah yang menyatakan dengan tegas
berkaitan pengharamannya. Sekiranya tiada nas yang sah, misalnya kerana terdapat pada
sebahagian Hadis yang lemah atau tiada nas yang tegas (ṣarīḥ) yang menyatakan
berkaitan haram terhadap sesuatu, maka sesuatu itu masih dihukumkan harus iaitu
mubāḥ. Beberapa perkara yang diharamkan oleh Allah SWT dinyatakan di dalam al-quran
seperti pengaharaman riba, makan benda yang haram dan lain-lain lagi, pengharaman
terhadap sesuatu itu adalah kerana mempunyai sebab dan hikmat yang mungkin boleh
dicapai oleh akal manusia atau sebaliknya.
Oleh itu, sekiranya dipandang dalam konteks pengharaman sesuatu dalam syariat Islam
itu sebenarnya agak terbatas kerana ianya hanya dibatasi oleh nas-nas yang ṣaḥīḥ dan
tegas daripada sumber al-Quran dan al-Sunnah. Sekiranya sesuatu perkara atau benda
yang tidak terikat dengan hukum halal dan haram, maka ia kembali kepada hukum asal
iaitu halal dan termasuk dalam kategori yang dimaafkan Allah SWT.
1 Berdiri dengan sendiri. Maksudnya adalah Allah SWT maha Kaya dan Berkuasa tanpa memerlukan kepada yang lain.
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
570
Namun, perlu diteliti dan difahami dengan baik keluasan hukum halal dan harus terhadap
sesuatu berdasarkan kaedah ini hanyalah bergantung dan terikat kepada hanya perkara
yang tertentu, masa tertentu, keadaan tertentu dan suasana tertentu. Dari sudut hujahan
lain ia adalah merujuk kepada faktor dalaman atau zat sesuatu perbuatan atau bahan.
Akan tetapi, status hukum sesuatu perkara tidak hanya dilihat dari sudut zat atau
komponen material sesuatu perkara sahaja. Seharusnya konsep ini perlu dilihat daripada
sudut faktor-faktor luaran seperti kaedah atau cara terhasilnya sesuatu benda atau
perkara, penghasilannya, penggunaan sesuatu itu berdasarkan tujuan tertentu dan aspek
kesan penggunaannya dalam jangka masa pendek mahupun jangka panjang. Realitinya, ia
mungkin sesuatu yang suci dan bersih pada zatnya tetapi haram disebabkan faktor luaran
yang memepengaruhi hukum tersebut. Oleh itu para ahli Usul Fiqh telah membahaskan
hukum haram dan telah membahagikan kepada dua bahagian utama :
Pertama : Kemudaratan dan kefasadan yang berlaku berpunca daripada sesuatu
perkara itu sendiri ( لذاتهالحرمة ). Pembahagian ini didefinisikan dalam ilmu Usul Fiqh
sebagai sesuatu yang diharamkan oleh syarak sejak awal atau pada asalnya kerana
sesuatu itu mengandungi kemudaratan yang tidak dapat dipisahkan daripadanya
(Zaydān 1997 : 42). Contohnya seperti binatang yang haram iaitu babi, sesuatu yang
diharamkan seperti bangkai, perkara yang diharamakan seperti arak, judi, zina dan
sebagainya.
Kedua : Kemudaratan dan kefasadan yang pada hakikatnya tidak berpunca
daripada faktor dalam sesuatu perkara, bahkan berpunca daripada faktor luar
Dalam ilmu .(al-Zuhaylī, 1986 : 81-82) (Hassan Ahmad 2002 : 71/72) (الحرمة لغيره)
Usul Fiqh الحرمة لغيره didefinisikan sebagai sesuatu yang dibenarkan oleh syarak pada
asalnya tetapi diharamkan disebabkan faktor-faktor luaran yang bersangkutan
(Zaydān 1997 : 42). Contohnya, pemberian sebilah pisau kepada salah seorang
daripada dua pihak yang sedang bergaduh. Biarpun, pemberian pisau pada asalnya
adalah digalakkan kepada orang yang sedang berada di dapur. Namun, situasi
semasa ketika bergaduh yang menyebabkan pemberian itu dilarang.
Umat Islam secara umumnya biasa memahami dan sentiasa berhati-hati daripada
menggunakan barangan atau perkhidmatan yang ( لذاته الحرمة ) tetapi masih mempunyai
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
571
kefahaman yang kabur tentang (الحرمة لغيره). Bahkan konsep ( لذاته الحرمة ) kadangkala
disempitkan penelitiannya pada perkara-perkara yang berunsur najis semata-mata
seperti babi dan arak. Justeru, terdapat segelintir manusia yang amat berwaspada dalam
persoalan berkaitan kebersihan dan kesucian makanan atau pakaian untuk solat, tetapi
dalam pada itu kurang menitiberatkan persoalan berkaitan muamalat dengan produk-
produk perbankan dan insuran-insuran berkaitan berunsurkan riba dan terlibat dalam
membantu musuh mereka (Anas Mohd Yunus, Wan Mohd Yusof Wan Chik, Mahani Bin
Mohamad, 2010). Ini kerana masih terdapat masyarakat Islam berkaitan aspek halal dan
ṭayyib yang masih dipandang remeh dan masih ramai menganggap bahawa halal itu hanya
sekadar sekiranya sesebuah barangan itu tidak mengandungi babi atau arak atau hanya
bahan yang haram sahaja. Pengharaman akibat faktor luaran pula boleh diperincikan
berkemungkinan wujud pada sebelum, semasa atau mungkin selepas perkara ini wujud.
Contohnya, faktor sebelum iaitu solat dengan memakai baju curi, faktor semasa iaitu
meniatkan atau menggambarkan situasi meminum arak ketika minum air biasa,
manakala faktor selepas ialah seperti menjual gam kepada remaja yang sudah jelas
dimaklumi ketagihan menghidu gam. Perkara yang haram dan memberi kemudaratan
adalah dilarang dalam Islam.
b- Ṭayyib
Selain daripada permasalahan berkaitan halal dan haram aspek kedua yang perlu diberi
perhatian dan diambil berat adalah aspek ṭayyib. Perkataan ini tidak hanya digunakan
dalam makanan bahkan umum merangkumi pelbagai perkara termasuklah niat di hati,
perkataan yang diluahkan, perbuatan yang dilakukan dan pegangan akidah (Ibn Rajab,
2008 : 241). Secara umumnya, konsep disebalik perkataan ini seolah-olah
mengisyaratkan kepada suatu piawaian yang tersendiri. Antaranya :
Pertama : Penggunaan perkataan ṭayyib dalam al-Quran dan al-Sunnah sering
dikaitkan dengan permasalahan penerimaan sesuatu amalan. Ia amat berkait rapat
dengan kemurniaan hati seseorang mukalaf dalam melakukan sesuatu perkara.
Kedua : Ṭayyib sebagai suatu piawaian kualiti kepada barangan yang diambil dan
digunakan. Dalam hal ini Ibn Kathir (2004) menyatakan berkata: “Allah SWT
memberi keizinan kepada manusia untuk menikmati segala makanan yang ada di
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
572
bumi tetapi mesti yang halal lagi baik, tidak membahayakan tubuh dan akal
manusia.” Makanan yang baik-baik itu mempunyai dua aspek iaitu baik pada
mutunya dan baik kerana halal dimakan.
Justeru, segala makanan yang baik dan berkualiti serta mempunyai mutu yang tinggi
secara hakikatnya diketahui oleh manusia amnya selain makanan itu rasanya sedap di
samping kandungannya mengandungi vitamin (khasiat). Maka, Islam menyeru manusia
supaya mengutamakan makanan yang bermutu tinggi baik dari segi kesopanan mahupun
kesihatan dan mempunyai khasiat serta diperakui halal pula dari segi agama. Manusia
dilarang sama sekali dalam Islam untuk menggunakan, mengambil dan memakan
makanan-makanan yang sangat rendah mutunya serta dihina pula jenisnya lebih-lebih
lagi yang menjijikkan di samping tidak diperakui halal. Allah SWT banyak menciptakan
dan menyediakan di muka bumi ini makanan-makanan yang baik mutunya dan berkhasiat
di muka bumi untuk manusia ambil dan memanfaatkan sebaiknya.
Kesimpulannya, berdasarkan kepada pengertian istilah mutu atau kualiti yang agak luas,
pada hemat dan penelitian penulis ia termasuk keenakan rasa dan bau, kesegaran,
khasiat, kesemulajadian, kesucian dan kebersihan, naluri sesuatu kaum atau bangsa, cara
pemprosesan, cara hidangan dan cara pembungkusan. Justeru, segala tanggungjawab ini
perlu digalas bersama oleh pengeluar (pembekal), peniaga (penjual), pengguna (pembeli)
dan badan fardhu kifayah sama ada badan-badan berkanun atau NGO seperti Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri, Persatuan-
persatuan Pengguna dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna (KPDNHEP).
Kerajaan Malaysia telah menggubal undang-undang, enakmen atau akta berkaitan halal
antaranya Akta Perihal Perdagangan 2011, Akta Makanan 1983, Enakmen Kesalahan
Jenayah Syariah 1995 dan lain-lain lagi yang bertujuan bagi memastikan makanan itu
halal, selamat digunakan dan terjamin penggunaannya. Penggubalan ini adalah bertujuan
bagi memastikan bahawa masyarakat dan para peniaga sentiasa mengutamakan
makanan yang halal dan tidak menyalahgunakan logo halal dan sijil halal untuk
kepentingan duniawi semata-mata (Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, 2019).
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
573
4. Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd
Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd merupakan antara pasaraya yang diuruskan oleh orang
Melayu dan beragama Islam. Istilah “SABASUN” adalah hasil daripada gambungan dua
sifat manusia iaitu Sabar dan Sungguh-sungguh. Dua sifat tersebut merupakan antara sifat
yang penting perlu diterapkan dalam diri manusia apabila menjalankan sesebuah
perniagaan. Sabasun Sdn Bhd pada permulaannya telah berdaftar pada 14 Disember 1994
dan telah beroperasi pada peringkat awal pada 2 April 1995 bersamaan 2 Zulqaedah
1415H iaitu pada hari Ahad. Perniagaan Sabasun Sdn Bhd telah ulang tahun penubuhan
yang ke-24 pada tahun 2019. Seterusnya, perniagaan Sabasun Sdn Bhd ini diasaskan oleh
keluarga Haji Che Ibrahim Haji Abdul Kadir dan Hajah Saleha Mohammad sebagai
pengerusi premis perniagaan. Pengarah urusan adalah anak beliau iaitu Che Salmi Haji
Che Ibrahim. Manakala, Che Salman Haji Che Ibrahim memegang jawatan sebagai
pengarah operasi perniagaan (Sabasun, 2019). Mereka merupakan anak jati kelahiran
negeri Terengganu Darul Iman.
Perniagaan runcit Sabasun Sdn Bhd pada awalnya hanyalah dijalankan dalam skala yang
kecil dan sederhana. Pada peringkat permulaan penubuhan perniagaan pekerja yang
diambil dan dipilih adalah terhad dan dilaporkan hanya lapan orang pekerja sahaja dan
terdiri daripada ahli keluarga terdekat. Sabasun Sdn Bhd pada asalnya hanya berkeluasan
4500 kaki persegi dan hanya memiliki dua buah unit kaunter. Kemudian, pada tahun 1997
bilangan pekerja semakin bertambah kepada 100 pekerja selaras dengan kemajuan
perniagaan dan pertambahan produk-produk jualan. Oleh itu, disebabkan sifat kesabaran
dan kesungguhan yang dimiliki oleh pemilik perniagaan. Pada tahun 2000, perniagaan
Sabasun Sdn Bhd berkebang dengan menambah pakerja sebanyak 200 pekerja dan
memiliki bangunan sendiri yang bernilai RM 2.4 juta dan keluasan kawasan jualan
bertambah kepada 27000 kaki persegi (Anas Mohd Yunus et. al., 2010). Sehubungan itu,
perkembangan kemajuan perniagaan memberi peluang kepada Sabasun Sdn Bhd untuk
membuka sebanyak empat cawangan perniagaan sehingga tahun 2019 di beberapa
daerah di negeri Terengganu.
Seterusnya, visi Sabasun Sdn Bhd adalah menjadi peruncit mukmin yang berdaya tahan
dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran global (Sabasun, 2019). Misi yang telah
digariskan oleh pihak Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd adalah menjadikan Islam sebagai
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
574
paksi dalam pentadbiran, pengurusan, urusan jual beli dan pemilihan produk. Di sini jelas
segala pengurusan di Sabasun Sdn Bhd adalah mesti berlandaskan syarat Islam.
Seterusnya, mengamalkan budaya pengurusan dengan bersandarkan kepada kebenaran,
keadilan dan kemuafakatan. Menjadikan budaya ilmu sebagai teras dalam pembangunan
jati diri dan juga jabatan. Memastikan pembaikan berterusan terhadap mutu
perkhidmatan, kakitangan dan juga produk. Memupuk serta mewujudkan suasana
harmoni antara sesama warga kerja, pembekal dan pelanggan. Akhir sekali, menjadikan
Sabasun Sdn Bhd sebagai penjana dakwah dan ekonomi Islam. Berdasarkan misi yang
digariskan dapat dinilai bahawa pihak pengurusan Sabasun Sdn Bhd ingin mewujudkan
sebuah perniagaan yang berkonsepkan syariat Islam. Manakala, motto perniagaan runcit
Sabasun Sdn Bhd adalah “Harga Murah Sokmo” atau “Always Low Price” (Sabasun, 2019).
5. Prosedur dan Kriteria Barang Jualan di Sabasun Sdn Bhd
Sabasun Sdn Bhd merupakan pasaraya yang sentiasa cakna terhadap barang jualan yang
akan diletakkan di premis perniagaannya mana-mana cawangan. Hal ini kerana setiap
barang jualan yang akan diletakkan di premis perniagaan mestilah memenuhi kriteria-
kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Sabasun Sdn Bhd. Beberapa faktor akan diteliti
dan dipertimbangkan bagi bahan ramuan halal seperti sumber bahan, keselamatan
biologi dan keselamatan kimia. Oleh itu, prosedur terhadap barang jualan terlebih dahulu:
1. Akan disaring dan dinilai seterusnya memiliki kelulusan daripada panel yang
berautoriti dan mahir yang dilantik di Sabasun Sdn Bhd.2
Sebanyak 14 panel yang terlibat dalam proses saringan. Panel-panel ini
merupakan kakitangan-kakitangan Sabasun Sdn Bhd yang bertugas di bahagian
dagangan dan pemilihan panel adalah berdasarkan kemahiran dan kepakaran
yang dimiliki berdasarkan kepada latar belakang pengajian seperti bidangan
teknologi makanan serta memiliki pengalaman dalam membuat penyelidikan
seperti kemahiran dalam bahagian pembungkusan, label barang jualan, pakar
dalam meniliti kandungan-kandungan barang jualan. JAKIM juga merupakan
badan yang dijadikan rujukan.
2 Temubual bersama setiausaha pengarah urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd pada 8 Oktober 2019
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
575
2. Pemilihan barang jualan halal ṭayyib
Justeru, antara penelitian yang diambil kira untuk disaring adalah memiliki
pengiktirafan halal yang sah daripada mana-mana badan Agama yang diiktiraf
seperti JAKIM. Pihak JAKIM telah menetapkan beberapa kriteria dan syarat
yang perlu dipenuhi serta mengikut prosedur yang ditetapkan bagi
memperoleh sijil halal. Antara kriterianya adalah bahan tersebut tidak
mengandungi kandungan haiwan diharamkan dan tempat proses bahan bebas
daripada kekotoran.
3. Kriteria yang ditetapkan pihak Sabasun Sdn Bhd
i. Barang jualan tidak mempunyai logo atau lambang yang menyentuh
sensitiviti agama Islam dan umat Islam. Hal ini supaya tidak menimbulkan
perselisihan atau kerisauan kepada para pengguna.
ii. Tidak menggunakan gambar tubuh wanita bagi melariskan barang jualan
atau berbentuk seolah-oleh tubuh wanita. Hal ini adalah dilarang dalam
Islam.
iii. Barang jualan tidak menggunakan lambang negara pengganas seperti Israel
atau Amerika Syarikat atau mana-mana negara yang menindas umat Islam
dan mencemarkan agama Islam.
iv. Bentuk barang jualan tidak menyebabkan kerisauan dan menyinggung
sensitiviti masyarakat seperti botol yang menyerupai minuman keras.
v. Bahan mentah utama akan dijual seperti ayam, daging, akuatik, susu dan
lain-lain adalah bahan mentah tersebut bebas daripada masalah penyakit
seperti selsema burung dan lain-lain binatang ini mestilah disembelih
dengan sempurna dan mengikut syarak.
Berdasarkan kepada prosedur dan kriteria ini, pihak pengurusan Sabasun Sdn
Bhd sangat mengambil berat terhadap barang jualan yang diletakkan di premis
perniagaan. Sehubungan itu, segala aspek barang jualan yang menyentuh
sensitiviti umat Islam sama sekali tidak akan dijual kerana pihak Sabasun Sdn
Bhd akan mengutamakan barang jualan yang bebas daripada pengharaman,
keraguan dan kemarahan para pelanggan.
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
576
Justeru, sekiranya memenuhi kriteria tersebut, maka barang jualan itu akan
dijual di premis perniagaan Sabasun Sdn Bhd di mana-mana cawangan di
negeri Terengganu. Justeru, berdasarkan prosedur dan kriteria yang menjadi
keutamaan oleh pihak Sabasun Sdn Bhd terhadap barang jualan adalah
memnuhi konsep halal lagi baik. Berdasarkan temubual bersama pengarah
urusan Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd iaitu Che Salmi Bin Che Ibrahim
berkaitan persoalan kriteria keutamaan barang jualan yang dijawab yang
pertama adalah barang tersebut mestilah halal lagi baik.
6. Kesimpulan
Rumusannya, pihak Sabasun HyperRuncit Sdn Bhd sangat mengutamakan aspek halal lagi
baik dalam membuat pemilihan sesuatu barang jualan yang diletakkan dan dijual di
samping jaminan kualiti sesuatu barangan juga menjadi keutamaan. Sekiranya, terdapat
masalah berkaitan logo halal lagi baik ini adalah dapat dikenalpasti melalui logo halal
JAKIM atau logo halal mana-mana negara yang diiktiraf oleh JAKIM di samping penilaian
sesuatu barang jualan yang dilakukan oleh penilai yang pakar dan mahir yang dilantik
oleh pihak Sabasun Sdn Bhd yang boleh dipercayai seramai 14 ahli panel. Seterusnya
keriteria-kriteria barang jualan mesti diikuti oleh pemilik dan syarikat pengeluar barang
jualan.
RUJUKAN
Jurnal
Anas Bin Mohd Yunus, Wan Mohd Yusof Bin Wan Chik, Mahani Binti Mohamad (2010), The Concept Of Halalan Tayyiba and Its Application in Products Marketing : A Case Study at Sabasun HyperRuncit Kuala Terengganu, Malaysia, Jurnal Antarabangsa Perniagaan dan Sains Sosial, vol. 1, no. 3.
Laman Sesawang
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (2019), Mencari Makanan Halal Lagi Baik Patuhi Syariat, Khutbah Jumaat pada 18 Januari 2019M, 2 Oktober 2019, lihat http://www.jheains.sabah.gov.my/index.php/perkhidmatan/khutbah-jumaat?layout=edit&id=129
Muhammad Hisyam Bin Mohamad (2009), Tuntutan Halalan Toyyiban Boleh Memperkasakan Ekonomi Ummah, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 4 Oktober 2019, lihat http://www.ikim.gov.my/index.php/2009/03/20/tuntutan-halalan-toyyiban-boleh-memperkasakan-ekonomi-ummah/
Sabasun (2019), 2 September 2019, lihat https://sabasun.com/
Buku dan kitab
Al-Qur’an Al-Karim
Proceedings of the International Conference on Islamic Civilization and Technology Management 23-24 November 2019
577
Al-Zuhaylī, Wahbah (1986), Usūl al-Fiqh al-Islāmīy wa Adillātuhu, Damshiq : Dar al-Fikr
Al-Marbawi, Muhamad bin Idris (1990), Kamus al-Marbawi, Kuala Lumpur : Darul Nukman
Al-Sadlān, Ṣālih Bin Ghānim (1417H), Al-Qawā’id al-Fiqhiyyah al-Kubra wa Mā Tafarra’a ‘Anhā, Al-Riyadh : Dar al-Balansiyyah
Al-Zuhaylī, Wahbah (1999), Al-Wajīz Fī Usūl Al-Fiqh, Lubnān : Dār al-Fikr al-Mu’aṣīr
Al-Bānī, Nāṣir al-Dīn (2000), Ṣaḥīḥ Sunan al-Tirmidhzī, jil. 1, no. 614, al-Riyadh : Maktabah al-Ma’ārif Li al-Nashr wa al-Tauzī’
Hassan Ahmad dan Muhammad Salleh Ahmad (2002), Usul Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah, Kuala Lumpur : Pustaka Abdul Majid
Harlida Abdul Wahab dan Alias Azhar (2014), Halalan Tayyiban Dalam Kerangka Perundangan Malaysia, Jurnal Kanun, Kedah : Universiti Utara Malaysia (UUM).
Ibn Kathir (2004), Tafsir Ibn Kasir, Juz 2, Bandung : Sinar Baru Algensindo.
Ibn Rajab (2008), Jāmi’ al-‘Ulūm Wa al-Ḥikam Fī Sharḥ Khamsīn Ḥadīthan Min Jawāmi’ al-Kalim, Damshiq : Dār Ibn Kathīr
Muhamad Al-Tūnjī (2003), Mu’jam Muṣṭalaḥ Al-Uṣūl, Beirūt : Dār Al-Jīl.
Muslim, Ibn Hajjaj (2006), Ṣaḥīḥ Muslim, Kitab al-Zakāt, Dar Ṭayibah.
Sanu, Qutb Mustafa (2000), Mu’jam Muṣṭalahat Usūl al-Fiqh, Beirut : Dar al-Fiqh al-Mu’asir
Zulkifli Mohd Yusoff, Abdul Rashid Ahmad, Fauzi Deraman, Ishak Suliaman, Mustaffa Abdullah, Faisal Ahmad Shah, Mohd Asmadi Yakob, Munirah Abd Razak dan Anwar Ridwan Zakaria (2010), Kamus Al-Quran, Selangor : PTS Media Group.
Zulkifli Mohamad al-Bakri (2018), Syarah Hadis 40 Imam al-Nawawi dan Tatmin al-Kafi, cetakan kedua, Negeri Sembilan : Pustaka Cahaya Kasturi.
Zaydān, ‘Abd al-Karīm (1997), Al-Madkhal li Dirāsat al-Shari’ah al-Islāmiyyah, Beirūt : Mu’assah al-Risālah