0
Analisa Teknikal
zamrich
TEKNIKAL
ANALISIS
PASARAN
BURSA SAHAM
MALAYSIA
(BSKL)
1
Analisa Teknikal
zamrich
ISI KANDUNGAN
BIL TAJUK M/SURAT
1 Candlestick 2
2 Hubungan Harga dan Volume 6
3 Sokongan dan Rintangan 13
4 Corak Carta 16
TEKNIKAL INDIKATOR
5 Simple Moving Average 32
6 Moving Average Convergence Divergence 37
7 Relative Strength Index 43
8 Stochastic 49
9 Bollinger Bands 52
2
Analisa Teknikal
zamrich
CANDLESTICK
Pada zaman Jepun Tokugawa Shogunate (1603 – 1687), carta candlestick diciptakan
oleh seorang peniaga beras, Honma Munehisa. Dia menggunakan carta candlestick
untuk merekod dan menganalisis perubahan harga beras. Peralatan ini telah membantu
dia meramal pergerakan harga beras dengan tepat.
Pada zaman sekarang, carta candlestick merupakan satu peralatan yang biasa
dikajikan dan diaplikasikan dalam pasaran saham. Candlestick boleh menggambarkan
pergerakan harga dalam bentuk grafik bagi satu tempoh masa tertentu.
Pembentukan Candlestick
Candlestick terdapat 2 jenis, candlestick yang berwarna putih dan hitam. Candlestick
yang berwarna putih menunjukkan harga saham naik, harga tutup (Close) lebih tinggi
daripada harga buka (Open). Sebaliknya, candlestick hitam melambangkan perkara
yang terbalik, iaitu harga tutup adalah lebih rendah daripada harga buka.
Candlestick terbentuk daripada 3 bahagian:
badan (body)
bayang atas (upper shadow)
bayang bawah (lower shadow)
Setiap candlestick mempunyai 4 nilai:
Open: Nilai pada pasaran buka
Close: Nilai pada pasaran tutup
High: Nilai paling tinggi yang tercapai dalam suatu tempoh masa
Low: Nilai paling rendah yang tercapai dalam suatu tempoh masa
3
Analisa Teknikal
zamrich
Tempoh masa candlestick boleh ditentukan mengikut keperluan pelabur. Contohnya,
tempoh masa boleh diubahsuaikan menjadi sehari, dua hari, lima hari, seminggu, lima
minggu, sebulan dan lain-lain.
Faktor Utama Dalam Analisa Candlestick
2 faktor penting yang perlu diberi perhatian:
Kepanjangan badan
Kepanjangan bayang
Kepanjangan Badan
Secara amnya, kepanjangan badan boleh menunjukkan penguasaan pihak tertentu dan
kekuatan tekanannya. Semakin panjang badan candlestick, maka semakin besar
tekanan pihak penguasa.
Candlestick putih yang panjang menunjukkan pihak pembeli telah menguasai keadaan
perdagangan dan tekanan pembelian yang besar. Pihak pembeli sedang menyerang
dengan agresif dan serangannya berjaya menolak harga ke paras yang tinggi.
Sebaliknya, candlestick hitam yang panjang pula menunjukkan pihak penjual telah
menguasai keadaan perdagangan dan tekanan penjualan yang besar. Pihak penjual
telah berjaya menawan pembeli dan harga jatuh ke paras yang rendah.
4
Analisa Teknikal
zamrich
Kepanjangan Bayang
Kepanjangan bayang boleh menunjukkan status pihak pembeli dan penjual. Adakah
pihak dominasi masih menguasai seluruh perdagangan? Adakah pihak dominasi masih
mempunyai tenaga untuk menyerang?
Secara umumnya, bayang atas yang panjang telah menunjukkan pihak pembeli tidak
berjaya menyerang ke paras atas dan tenaganya sudah kehabisan. Masa ini
kemungkinan besar pihak penjual akan menyerang balik, akibatnya harga akan
jatuh. Bayang atas semakin panjang, isyarat kelemahan pihak pembeli semakin kuat.
Bayang bawah yang panjang menunjukkan pihak penjual telah diserang balik oleh
pembeli. Tekanan pembelian yang besar telah berjaya menawan pihak penjual, harga
telah melantun ke paras yang lebih tinggi. Bayang bawah semakin panjang, isyarat
kelemahan pihak penjual semakin kuat.
JENIS CANDLESTICK
Big Black Candle
Biasanya, lilin ini mempunyai badan hitam yang panjang. Kewujudan lilin jenis ini selalu
menunjukkan pihak penjual sedang menguasai seluruh perdagangan.
Big White Candle
Biasanya, lilin ini mempunyai badan putih yang panjang. Tekanan yang kuat daripada
pihak pembeli telah menguasai seluruh perdagangan.
5
Analisa Teknikal
zamrich
Doji
Terbentuk apabila nilai open dan close adalah sama. Panjang bayangan boleh berbeza-
beza. Dalam trend turun atau naik, doji memainkan sebagai satu isyarat pembalikan,
tekanan pembelian adalah seimbang dengan tekan penjualan. Bayang atas dan bawah
semakin panjang, isyarat pembalikan semakin kuat.
Long Lower Shadow
Lilin putih yang mempunyai bayangan bawah yang panjang. Bayangan bawah yang
panjang bermakna tekanan pihak pembeli telah berjaya menghalangkan penjatuhan
harga dan berjaya menolak harga bergerak ke atas. Isyarat kelemahan pihak penjual
tertunjuk.
Long Upper Shadow
Lilin hitam yang mempunyai bayangan atas yang panjang. Bayangan atas yang
panjang bermakna tekanan pihak penjual telah berjaya menghalangkan kenaikan harga
6
Analisa Teknikal
zamrich
dan berjaya menolak harga bergerak ke bawah. Isyarat kelemahan pihak pembeli
tertunjuk.
HUBUNGAN HARGA-VOLUME
Pengenalan
Carta saham terdapat dua elemen yang penting, iaitu Harga dan Volume. Hubungan
antara dua elemen ini berhubungkait dengan emosi dan pandangan pasaran. Maka
dengan ini, pelabur mestilar memberi perhatian ke atas perubahan dua elemen ini pada
masa yang sama.
Biasanya, pemula hanya mementingkan perubahan Harga sahaja tetapi pakar selalu
memerhatikan perubahan Harga dan Volume sekali. Jika pelabur memerhati elemen
Harga sahaja, tafsiran pelabur mudah dibiaskan kerana pergerakan Harga tidak boleh
menggambarkan emosi pasaran sepenuhnya.
Terdapat 6 jenis hubungan Harga-Volume yang asas:
1. Harga naik, Volume naik
Keadaan ini menunjukkan pasaran yang beremosi positif, berpandangan optimistik
serta berharapan tinggi terhadap saham. Jadi, keinginan pelabur untuk membeli saham
tersebut sangat tinggi.
Harga naik, Volume naik ialah satu tanda yang baik.
7
Analisa Teknikal
zamrich
2. Harga naik, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pasaran beremosi konservatif terhadap saham. Pelabur tidak
ingin mengambil tindakan untuk membeli saham walaupun harga naik tetapi mereka
lebih cenderung untuk menunggu dan memerhati prestasi pasaran pada masa ini.
Harga saham tersebut kemungkinan besar akan patah balik kerana keinginan pelabur
untuk membelinya sangat rendah.
Harga naik, Volume turun ialah tanda yang tidak baik.
8
Analisa Teknikal
zamrich
3. Harga sama, Volume naik
Keadaan ini menunjukkan harga susah naik ke atas lagi walaupun banyak pelabur
membeli saham. Tekanan penjualan amat tinggi sehingga tekanan pembelian tidak
cukup besar untuk menolak saham bergerak ke atas.
Oleh itu, pelabur harus berhati-hati dalam keadaan ini kerana saham tersebut mungkin
akan jatuh.
4. Harga sama, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pasaran ingin menunggu dan memerhati prestasi saham
sebelum mengambil tindakan. Harga tidak bergerak kerana pihak pembeli dan pihak
penjual kurang aktif dan tidak ambil tindakan.
9
Analisa Teknikal
zamrich
5. Harga turun, Volume naik
Keadaan ini menunjukkan emosi pasaran yang panik. Pasaran terkejut dan ingin
lepaskan saham dalam masa singkat. Pelabur lebih cenderung untuk menjual saham
walaupun transaksi dilaksanakan dalam paras harga yang rendah.
Harga turun, Volume naik merupakan satu tanda yang tidak baik.
10
Analisa Teknikal
zamrich
6. Harga turun, Volume turun
Keadaan ini menunjukkan pihak penjual dalam pasaran semakin berkurang. Walaupun
tekanan penjualan sedang berkurang, tetapi masa ini masih tidak sesuai untuk membeli
saham kerana harga masih menurun.
Pelabur harus menunggu sehingga harga saham menjadi stabil dan berehat pada suatu
paras (tidak jatuh lagi). Lebih-lebih lagi, Volume berada pada tahap yang sangat rendah
untuk suatu tempoh masa. Situasi ini jelas menunjukkan tekanan penjualan telah
menjadi sangat rendah dan tidak berupaya menekan harga jatuh ke bawah lagi.
11
Analisa Teknikal
zamrich
12
Analisa Teknikal
zamrich
SOKONGAN DAN RINTANGAN
Dalam konsep sokongan dan rintangan, pasaran saham dibagaikan seperti medan
perang. Terdapat dua pasukan tentera di medan perang tersebut,
1. Pihak pembeli yang berpandangan positif (Bull)
2. Pihak penjual yang berpandangan negatif (Bear)
Dalam perang tersebut, kedua-dua pasukan akan meletakkan askar di tempat yang
sesuai untuk mendirikan kubu pertahanan. Kubu tersebut digunakan untuk
mempertahankan serangan pihak lain.
Dalam perdagangan saham, kubu-kubu yang didirikan boleh digambar sebagai tahap
sokongan dan rintangan saham, satu tahap harga yang menghalang saham terus
bergerak.
Sokongan dan Rintangan
Sokongan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren
kejatuhan.
Tekanan pembelian yang cukup besar telah wujud pada paras ini
berjaya menyokong kejatuhan saham
Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada keadaan tekanan
pembelian dan penjualan
Rintangan ialah tahap harga yang saham cenderung kepada berhenti dalam tren
kenaikan.
Tekanan penjualan yang cukup besar telah wujud pada paras ini
berjaya menghalang kenaikan saham
Pergerakan saham yang seterusnya bergantung kepada tekanan pembelian and
penjualan
13
Analisa Teknikal
zamrich
Hubungkait Sokongan dan Rintangan
Sokongan akan bertukar menjadi tahap rintangan selepas saham berjaya memecah
tahap sokongan. Sebaliknya, rintangan akan bertukar menjadi tahap sokongan selepas
saham berjaya memecah tahap sokongan.
Tahap sokongan dan rintangan selalu wujud pada
1. Fibonacci Retracement
2. Tahap sokongan/rintangan yang lepas
3. Harga dalam nombor bulat
Fibonacci Retracement
Nisbah Fibonacci dipercayai merupakan satu siri nombor ciptaan tuhan yang ajaib:
0, 23.6, 38.2, 50, 61.8, 78.6, dan 100
Keunikan siri nombor ini tergambar dalam alam semula jadi seperti dunia haiwan,
tumbuhan, manusia, pasaran saham dan lain-lain. Siri nombor ini sentiasa digunakan
untuk meramal tahap sokongan dan rintangan saham.
Dalam aplikasi Fibonacci Retracement,
1. Satu titik permulaan dan titik perakhiran perlu ditentukan.
2. Bahagikan jarak di antara titik permulaan dan perakhiran mengikut nisbah 0%,
23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6%, 100.0%.
14
Analisa Teknikal
zamrich
3. Harga pada siri Fibonacci tersebut merupakan tahap rintangan/sokongan yang
diramalkan.
4. Apabila harga saham mendekat tahap nombor Fibonancci, tekanan
sokongan/rintangan kemungkinan besar akan wujud dan menghentikan pergerakan
saham.
Carta di bawah jelas menunjukkan pergerakan harga menghadapi sokongan dan
rintangan apabila mendekati tahap Fibonacci Retracement.
Garisan biru ialah tahap Fibonanci retracement (0%, 23.6%, 38.2%, 50.0%, 78.6,
100.0, 123.6, 138.2%, ……).
Kawasan kuning merupakan tahap sokongan/rintangan yang mendekati Fibonacci
Retracement.
15
Analisa Teknikal
zamrich
Tahap sokongan/rintangan yang lepas
Tahap sokongan/rintangan yang lepas memainkan peranan yang penting kerana ia
mudah menjadi sokongan/rintangan saham pada masa depan. Kebanyakan pelabur
akan merujuk kepada sejarah pergerakan saham, maka pelabur akan beli ketika saham
jatuh ke tahap sokongan dan jual ketika saham naik ke tahap rintangan.
Puncak dan lembah harga yang lepas juga merupakan tahap yang penting untuk
memprediksi sokongan dan rintangan saham. Hal ini demikian kerana pasaran selalu
mentafsirkan puncak sebagai titik penjualan dan lembah sebagai titik pembelian.
Carta di bawah jelas menunjukkan tahap rintangan dan sokongan pada masa lepas
ialah satu rujukan yang penting untuk meramalkan sokongan dan rintangan saham.
Harga dalam Nombor Bulat
16
Analisa Teknikal
zamrich
Dalam pasaran saham, harga yang bernombor bulat selalu mempunyai tahap sokongan
dan rintangan yang ketara. Konsep ini boleh diterangkan daripada sudut psikologi
manusia.
Manusia lebih sensitif terhadap nombor bulat dan teringin mengambil tindakan apabila
harga mendekati nombor bulat. Contohnya, $1.00, $2.00, $3.00 dan sebagainya. Harga
di nombor bulat biasanya akan mencetuskan emosi dan keinginan pelabur untuk
membeli atau menjual.
CORAK CARTA
Carta merupakan satu alat yang rekod pergerakan harga. Jadi, ketafsiran carta menjadi
satu kemahiran pelaburan yang utama. Pelbagai jenis corak carta yang tampil di
pasaran, pelabur selalu menghadapi kesulitan dalam analisi corak carta. Sebenarnya,
corak carta yang berlainan boleh dikategorikan kepada 2 kumpulan corak yang asas
sahaja.
1. Corak pembalikan – ciri corak yang wujud ketika proses pembalikan sedang
berlaku dalam suatu tren.
2. Corak pembetulan – proses pembetulan sebelum pergerakan yang seterusnya.
17
Analisa Teknikal
zamrich
HEAD AND SHOULDERS
Pengenalan
Corak carta Head and Shoulders merupakan corak pembalikan yang terkenal. Corak ini
boleh dibahagikan kepada:
Head and Shoulders Top
Head and Shoulders Bottom
Head and Shoulders terdiri daripada left shoulder, head, dan right shoulder serta satu
paksi yang dilukis sebagai neckline.
Head and Shoulders Top
Ciri-ciri yang unik dalam head and shoulders top ialah:
Volume berkurang secara beransur-ansur dari left shoulder ke right shoulder.
Paksi yang menyambungkan dua lembah (right and left shoulder) dinamakan
sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.
Pembentukan head and shoulders top selalunya bermulakan dengan harga bergerak ke
atas secara beransur-ansur, tetapi ia terkena tekanan dari atas dan tidak berupaya
mengatasi tekanan tersebut. Tekanan penjualan jauh lebih kuat daripada tekanan
pembelian dan volume juga berkurang secara beransur-ansur.
Keadaan ini menunjukkan sebahagian pelabur telah mula bimbang dengan tekanan
penjualan saham tersebut. Isyarat kejatuhan menjadi lebih ketara apabila saham telah
jatuh ke bawah neckline dan tidak berupaya melantun ke atasnya.
18
Analisa Teknikal
zamrich
Head and shoulders Bottom
Pembentukan ini mempunyai ciri-ciri yang terbalik daripada head and shoulders top.
Corak head and shoulders bottom selalu membawa isyarat kenaikan. Semasa
pembentukan ini, ciri-cirinya ialah:
19
Analisa Teknikal
zamrich
Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,
volume turun.
Garisan yang menyambungkan dua puncak (right dan left shoulder) dinamakan
sebagai neckline, tahap rintangan yang ketara.
Apabila harga berjaya memecahkan neckline dengan volume yang tinggi dan tidak jatuh
ke bawah neckline lagi, maka isyarat kenaikan yang tercetus adalah kuat.
20
Analisa Teknikal
zamrich
DOUBLE TOP/BOTTOM
Pengenalan
Double top dan double bottom juga merupakan corak pembalikan yang selalu wujud.
Pelabur perlu memberi perhatian kepada pembentukan jenis corak ini supaya
boleh mengambil tindakan pelaburan yang sesuai.
Double top
Ciri-ciri yang unik dalam double top ialah:
Bentuknya sebagai perkataan “M” yang mempunyai dua puncak.
Satu garisan lurus yang dilukiskan untuk menyambung dua lembah dinamakan
sebagai neckline, tahap sokongan yang ketara.
Volume di puncak kiri sentiasa lebih tinggi daripada puncak kanan.
21
Analisa Teknikal
zamrich
Double top ialah corak yang membawa isyarat pembalikan dalam trend naik. Dua
puncak yang agak sama tinggi menunjukkan harga tidak dapat memecahkan tahap
rintangan yang wujud di paras puncak tersebut.
Kekuatan isyarat kejatuhan dalam double top bergantung kepada:
Ketinggian puncak kanan; puncak kanan lebih rendah daripada puncak kiri,
menunjukkan isyarat kejatuhan yang lebih ketara.
Jarak di antara dua puncak; jarak di antara dua puncak semakin jauh, isyarat
kejatuhan semakin kuat.
Jatuh ke bawah neckline; isyarat kejatuhan sudah boleh dipastikan jika
harga jatuh ke bawah garisan ini dan tidak berupaya melantun ke atasnya.
22
Analisa Teknikal
zamrich
Double bottom
Ciri-ciri yang unik dalam double bottom ialah:
Corak yang berbentuk “W”
Pergerakan harga selaras dengan volume: harga naik, volume naik; harga turun,
volume turun.
Paksi lurus yang menyambungan 2 puncak dinamakan sebagai neckline, tahap
rintangan yang ketara.
Double bottom ialah corak yang membawa isyarat kenaikan dalam trend turun. Dalam
trend turun, dua lembah yang terbentuk menunjukkan harga telah menemui satu tahap
sokongan yang kuat dan tidak jatuh ke bawahnya.
Kekuatan isyarat kenaikan dalam double bottom bergantung kepada:
Ketinggian lembah kanan; lembah kanan lebih tinggi daripada lembah kiri
menunjukkan isyarat kenaikan yang lebih kuat.
23
Analisa Teknikal
zamrich
Melantun ke atas neckline; neckline adalah tahap rintangan yang kuat,
isyarat kenaikan sudah boleh dipastikan jika harga melantun ke atas garisan ini.
CUP AND HANDLES
Pengenalan
Cup and handle mempunyai corak yang bentuknya sama dengan cawan. Terdapat 2
jenis Cup and Handle:
Cup and Handle
Inverted Cup and Handle
Cup and Handle
Pembentukan ini berciri berikut:
pergerakan harga selaras dengan volume.
Neckline yang terbentuk merupakan tahap rintangan yang kuat.
harga memecah neckline dan bergerak ke atasnya, maka pergerakan bullish akan
melanjut.
24
Analisa Teknikal
zamrich
Inverted Cup and Handle
Inverted cup and handle mempunyai corak yang bentuknya terbalik dengan cup and
handle. Dalam pembentukan ini,
Pergerakan harga selalunya tidak selaras dengan volume.
Neckline yang terbentuk merupakan tahap sokongan yang kuat.
Isyarat bearish tercetus sekiranya harga jatuh ke bawah neckline.
25
Analisa Teknikal
zamrich
26
Analisa Teknikal
zamrich
BOX
Box adalah corak pembetulan yang harga aset bergerak dalam satu jarak harga yang
tetap. Box terdiri daripada kotak atas (tahap rintangan) dan kotak bawah (tahap
sokongan) yang mengehadkan pergerakan harga. Semasa harga bergerak dalam box,
arah tujunya selalu tidak jelas.
Arah pergerakan saham hanya akan menjadi jelas apabila ia berjaya memecahkan
kotak atas atau kotak bawah dengan volume yang tinggi. Oleh itu, pelabur hendaklah
menunggu dan memberi perhatian kepada pergerakan yang berjaya memecahkan
tahap atas atau bawah.
27
Analisa Teknikal
zamrich
Harga memecahkan tahap kotak atas
28
Analisa Teknikal
zamrich
Harga memecahkan tahap kotak bawah
29
Analisa Teknikal
zamrich
TRIANGLE
Pengenalan
Triangles merupakan corak pembetulan yang berbentuk sama dengan segi tiga.
Ciri-cirinya ialah:
Jarak pergerakan harga smakin lama semakin sempit.
Upper trendline menyambung semua titik puncak.
Lower trendline menyambung semua titik lembah.
Trendlines menumpu ke titik yang sama, lower trendlines akan bertemu
dengan upper trendline pada satu titik.
Volume juga akan semakin berkurang untuk bereaksi dengan pergerakan harga
yang semakin tidak aktik (bergerak dalam ruang yang sempit).
Apabila harga bergerak dalam triangle, dua trendlines yang membentukkan segi tiga itu
memainkan peranan yang penting. Trendlines tersebut adalah tahap rintangan dan
sokongan yang penting.
Harga bergerak ke atas dan memecahkan upper trendline dengan volume yang
tinggi, bullish.
30
Analisa Teknikal
zamrich
Harga bergerak ke bawa dan memecahkan bottom trendline dengan volume yang
tinggi, bearish.
31
Analisa Teknikal
zamrich
32
Analisa Teknikal
zamrich
SIMPLE MOVING AVERAGE
Simple moving average (SMA) ialah satu alat teknikal yang terkenal dengan
penggunaannya yang mudah dan nilai kerujukan yang tinggi. Gangguan dan turun naik
yang wujud dalam pergerakan harga harian boleh disingkirkan dan dineutralkan dengan
aplikasi SMA.
Formula SMA
Formula Matematik SMA:
Contoh Penghitungan SMA 10 hari:
Dalam setiap penghitungan SMA, jumlah harga 10 hari dibahagikan dengan 10 untuk
mendapatkan harga purata. Untuk setiap hari yang berikutnya, data pertama dalam
pengiraan sebelumnya akan dikeluarkan dan digantikan dengan data harian terbaru.
33
Analisa Teknikal
zamrich
Fleksibiliti SMA
SMA ialah satu penunjuk yang fleksibel kerana parameter “tempoh masa” boleh
disesuaikan mengikuti kegemaran dan keperluan pelabur. Tempoh masa yang biasa
digunakan dalam aplikasi SMA ialah 15, 20, 30, 50, 100 dan 200 hari. Intraday trader
selalu menggunakan SMA dengan parameter 5, 10, 15 dan 60 minit dalam
perdagangan hariannya.
Walaupun fleksibiliti SMA tinggi, tetapi SMA boleh dibahagi kepada 3 jenis:
Secara amnya,
Tempoh masa yang ditentukan semakin pendek, maka SMA tersebut semakin
sensitif kepada perubahan harga.
Tempoh masa yang ditentukan semakin panjang, maka SMA tersebut semakin
kurang sensitif kepada perubahan harga.
Fungsi dan Aplikasi SMA
1. Fungsi utama SMA ialah mengenalpasti trend. Ia merupakan satu lagging indicator,
satu penunjuk yang hanya boleh memastikan trend yang telah ditubuhkan tetapi tidak
boleh meramalkan trend yang akan datang.
Trend naik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke atas
Lembah yang terdiri semakin tinggi
Trend turun mempunyai ciri-ciri yang berikut:
SMA (jangka pendek, serdehana, panjang) menuju ke bawah
Puncak yang terdiri semakin rendah
34
Analisa Teknikal
zamrich
2. Momentum pergerakan hargajuga boleh digambarkan dalam SMA. Momentum ialah
kekuatan pergerakkan dalam arah tertentu. Aplikasi ini menggunakan 3 SMA yang
berlainan untuk mengukur momentum pergerakan harga aset.
Contoh combinasi SMA dalam aplikasi ini ialah 10, 50 dan 100 hari. Arah pergerakan
SMA yang akan menggambarkan kekuatan momentum. Momentum yang kuat
bermaksud arah trend tidak mudah berubah dan tenaga yang besar telah wujud dalam
pergerakan tersebut.
Arah tuju ketiga-tiga SMA sama: momentum kuat.
Arah tuju ketiga-tiga SMA berbeza: momentum kurang.
35
Analisa Teknikal
zamrich
3. Pencetus isyarat pembelian dan penjualan. Sepasang SMA akan digunakan dalam
aplikasi ini,isyarat tercetus apabila crossover berlaku di antara SMA jangka pendek
(sensitif) dengan SMA jangka panjang (kurang sensitif).
36
Analisa Teknikal
zamrich
4. SMA sebagai tahap sokongan dan rintangan. Setiap saham mempunyai SMA yang
unik dan berfungsi sebagai rujukan tahap sokongan dan rintangan yang tepat.
SMA yang selalu berperanan sebagai tahap sokongan dan rintangan adalah:
SMA 10 hari
SMA 20 hari
SMA 50 hari
37
Analisa Teknikal
zamrich
MOVING AVERAGE CONVERGENCE DIVERGENCE
Pada keakhiran tahun 1970-an, Gerald Appel telah berjaya mencipta suatu alat teknikal
yang bernama Moving Average Convergence Divergence (MACD) yang terkenal
dengan fungsinya dalam perdagangan pasaran saham dan komoditi.
MACD terdapat 4 elemen yang perlu diberi perhatian:
Garisan MACD
Garisan Signal
Garisan Neutral
Histogram
Penghitungan MACD
38
Analisa Teknikal
zamrich
Formula matematik yang digunakan untuk pengiraan Garisan MACD:
1. Garisan MACD = (12 period Exponential Moving Average) – (26 period Exponential
Moving Average)
2. Garisan Signal adalah 9 period Exponential Moving Average untuk Garisan MACD.
3. Garisan yang bernilai O adalah garisan neutral.
4. Histogram merupakan hasil penolakan Garisan MACD dan Signal.
Parameter Piawai
Parameter piawai yang digunakan dalam penghitungan MACD adalam 12 EMA dan 26
EMA.
Garisan signal piawai yang digunakan adalah 9 EMA.
Walaupun pelabur boleh mengubahkan parameter ini mengikut strategik pelaburan,
tetapi pelabur digalakkan menggunakan parameter piawai sebelum membiasakan diri
dengan penggunaan penunjuk teknikal ini.
Aplikasi
1. Crossover di antara Garisan Signal dan MACD dijadikan sebagai isyarat pembelian
dan penjualan.
Apabila MACD cross garisan Signal dan jatuh ke bawahnya. Isyarat penjualan tercetus.
Apabila MACD cross garisan Signal dan naik ke atasnya. Isyarat pembelian tercetus.
Graf histogram merupakan penunjuk awal bagi isyarat crossover. Sebelum crossover
berlaku, histogram yang terbentuk akan semakin kecil. Perubahan histogram
membolehkan pelabur memberikan perhatian kepada crossover yang akan berlaku
tidak lama lagi.
39
Analisa Teknikal
zamrich
2. Divergence yang berlaku apabila gerakan saham tidak selaras dengan MACD,
MACD memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan berakhir tidak
lama lagi.
Bullish divergence – MACD membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu saham
membentuk lembah yang semakin rendah. MACD memberikan isyarat kenaikan.
40
Analisa Teknikal
zamrich
Bearish Divergence – MACD membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu
saham membentuk puncak yang semakin tinggi. MACD memberi isyarat kejatuhan.
41
Analisa Teknikal
zamrich
3. Garisan neutral adalah tahap sokongan dan rintangan yang ketara bagi penunjuk
MACD.
Saham cenderung kepada melantun ketika MACD mendapat sokongan daripada
garisan neutral.
Saham cenderung kepada jatuh ketika MACD menghadapi rintangan pada garisan
neutral.
42
Analisa Teknikal
zamrich
43
Analisa Teknikal
zamrich
RELATIVE STRENGTH INDEX
Relative Strength Index (RSI) merupakan salah satu penunjuk yang diciptakan oleh
J.Welles Wilder pada tahun 1970-an dan pertama kali diterbitkan dalam bukunya “New
Concept in Technical Trading Systems”. Penunjuk ini terkenal dengan penggunaannya
yang mudah serta nilai rujukan yang tinggi.
Penunjuk RSI direkakan untuk mengukur kekuatan relatif pasaran berdasarkan
perbandingan antara kenaikan dan penurunan yang ditampilkan dalam bentuk indeks
yang bergerak daripada skala 0 sehingga 100.
Formula:
N = purata kenaikan harga selama n hari
T = purata penurunan harga selama n hari
Zon Indeks
Nilai RSI berskala dari 0 – 100. Zon yang berlainan membawa mesej yang berbeza.
80 ke atas - Zon jenuh beli (overbought)
51 ke atas - Tekanan pembelian yang tinggi
Paras 50 - Neutral. Tekanan pembelian seimbang dengan tekanan penjualan
49 ke bawah – Tekanan penjualan yang tinggi
20 ke bawah – Zone jenuh jual (oversold)
44
Analisa Teknikal
zamrich
Fleksibiliti
RSI menggambarkan tekanan pembelian atau penjualan yang wujud dalam satu
tempoh masa, n. Parameter, n dalam formula RSI boleh disesuaikan mengikuti
keperluan dan strategik pelabur.
Parameter masa piawai ialah 14
Parameter masa semakin pendek, RSI menjadi sensitif dan menghasilkan banyak
isyarat
Parameter masa semakin panjang, RSI menjadi kurang sensitif dan kurang
menghasilkan isyarat
Zon Overbought dan Oversold juga boleh disesuaikan mengikut strategik pelabur.
Misalnya, pasangan level (20,80) dan level (30,70) selalu ditentukan sebagai zon
oversold dan overbought.
Aplikasi RSI
1. Isyarat Overbought dan Oversold
Aplikasi ini adalah berdasarkan prinsip bias dalam pergerakan saham.
saham akan mengalami pembetulan jika naik terlalu banyak (overbought)
saham akan melantun jika jatuh terlalu banyak (oversold)
Pelabur bukan sahaja memerhati isyarat yang dihasilkan daripada RSI tetapi juga perlu
memerhati gerakan harga. Pelabur hanya boleh mengambil tindakan sekiranya gerakan
harga selaras dengan isyarat RSI yang tercetus.
RSI jatuh ke zon oversold, gerakan harga perlu menunjukkan kejatuhannya telah
berhenti dan mula naik dengan perlahan.
RSI naik ke zon overbought, gerakan harga perlu menunjukkan kenaikannya telah
menjadi lemah dan mula turun dengan perlahan.
45
Analisa Teknikal
zamrich
2. Harga bergerak dalam BOX
Fungsi utama penunjuk RSI adalah untuk mengesan tahap sokongan dan rintangan
saham. Apabila saham bergerak dalam corak kotak, tahap sokongan(kotak bawah) dan
rintangan(kotak atas) amat ketara.
Biasanya, tahap rintangan akan wujud di kotak atas apabila RSI berada dalam zon
overbought. Apabila harga menemui sokongan dari kotak bawah, indeks RSI akan
berada dalam zon Oversold.
46
Analisa Teknikal
zamrich
3. Divergence
Divergence adalah situasi yang berlaku apabila gerakan indeks RSI berbeza dengan
gerakan harga.
Divergence positif – harga membentuk lembah yang semakin rendah; RSI tidak
mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke atas. Isyarat pembelian tercetus.
Divergence negatif – harga membentuk puncak yang semakin tinggi; RSI tidak
mengikut pergerakan harga tetapi mengarah ke bawah. Isyarat penjualan tercetus.
Carta di bawah menunjukkan Divergence Positif. RSI sepatutnya membentuk indeks
yang berparas sama (lembah harga berhenti pada paras yang sama), tetapi RSI
berbeza daripada gerakan harga dan membentuk lembah yang semakin tinggi. RSI
telah memberi isyarat bahawa harga akan naik.
47
Analisa Teknikal
zamrich
Carta di bawah menunjukkan Divergence Negatif. RSI sepatutnya membentuk puncak
yang semakin tinggi sewaktu puncak harga yang terbentuk semakin tinggi, tetapi RSI
berbeza daripada gerakan harga dan membentuk puncak RSI yang semakin rendah.
RSI telah memberi isyarat bahawa harga akan turun.
48
Analisa Teknikal
zamrich
4. Failure Swing
Failure swings merupakan aplikasi RSI yang unik. Aplikasi ini bebas daripada gerakan
harga tetapi hanya fokus dalam gerakan RSI.
Failure swings Bottom – RSI jatuh ke bawah 30, lantun ke atas, jatuh lagi tetapi
berjaya berdiri di atas 30, seterusnya ia mula bergerak ke atas tanpa kembali balik.
Failure swings Top – RSI naik ke atas 70, jatuh ke bawah, naik lagi tetapi gagal
menyeberang 70, seterusnya ia mula jatuh ke bawah tanpa lantun balik.
49
Analisa Teknikal
zamrich
STOCHASTIC
Stochastic adalah salah satu teknikal indikator yang popular dalam perdagangan
saham. Alat teknikal ini diciptakan oleh George C.Lane pada keakhiran tahun 1950-an.
Teori penciptaan stochastic adalah berdasarkan kedudukan harga tertutup pada julat
puncak-lembah yang lepas. Pencipta tersebut yakin bahawa saham akan mengalami
pembetulan jika kedudukan relatif adalah tinggi; kedudukan relatif yang rendah
akan menyebabkan lantunan berlaku.
Selain itu, prinsip momentum juga diutamakan dalam penggunaan stochastic.
Momemtum sentiasa berubah sebelum arah gerakan saham berubah.
Formula dan penggunaan Stochastic agak sama dengan Relative Strength Index (RSI).
Oleh itu, kombinasi 2 penunjuk teknikal ini selalu digunakan untuk menghasilkan
keputusan yang lebih baik.
Formula Stochastic
%K = (Harga Tutup – Lembah)/(Puncak – Lembah) * 100
%D = Simple Moving Average 3 hari untuk %K
Lembah = Harga terendah yang terbentuk pada suatu tempoh masa
Puncak = Harga tertinggi yang terbentuk pada suatu tempoh masa
Parameter masa yang piawai adalah 14.
50
Analisa Teknikal
zamrich
Stochastic bergerak dalam skala 0 hingga 100.
Aplikasi
1. Isyarat Overbought dan Oversold.
Overbought = Stochastic berdiri di atas paras 80.
Oversold = Stochastic berdiri di bawah paras 20.
Pasangan overbought dan oversold yang piawai adalah (80 , 20). Terdapat pelabur
yang menggunakan pasangan nilai (70 , 30) sebagai pencetus isyarat.
2. Divergence yang berlaku ketika gerakan saham tidak selaras dengan penunjuk
Stochastic. Stochastic memberikan isyarat teknikal bahawa tren semasa saham akan
51
Analisa Teknikal
zamrich
berakhir tidak lama lagi. Momemtum stochastic sentiasa bergerak di depan gerakan
saham.
Bullish divergence – Stochastic membentuk lembah yang semakin tinggi sewaktu
saham membentuk lembah yang semakin rendah. Isyarat kenaikan dipastikan apabila
Stochastic naik ke atas paras 50.
Bearish Divergence – Stochastic membentuk puncak yang semakin rendah sewaktu
saham membentuk puncak yang semakin tinggi. Isyarat kejatuhan dipastikan apabila
Stochastic jatuh ke bawah paras 50.
52
Analisa Teknikal
zamrich
BOLLINGER BANDS
Harga saham sekarang berada pada paras tinggi atau rendah?
Salah satu kesusahan yang dihadapi oleh pelabur adalah ketidaktahuan tentang paras
saham…Beli pada pucuk…Jual pada lembah…
Sekarang saya akan memperkenalkan satu penunjuk teknikal kepada anda.
Bollinger Bands
Saya yakin Bollinger Bands dapat bantu anda menjawab pertanyaan dalam
penentuan strategik supaya keuntungan anda ditingkatkan.
Bollinger Bands adalah teknikal indikator yang diciptakan oleh John Bollinger pada
tahun 1980-an.
Teknikal indikator ini terdiri daripada 3 garisan yang dinamakan:
53
Analisa Teknikal
zamrich
Upper band
Middle band
Lower band
Bollinger bands berfungsi sebagai terowong saham, arah gerakan saham sentiasa
selaras dengan middle band. Kajian statistik menunjukkan 90% gerakan saham
terbentuk dalam terowong ini.
Secara amnya, saham naik dekat upper band, kedudukan relatif saham adalah tinggi;
sebaliknya, kedudukan relatif saham adalah rendah jika saham jatuh dekat lower band.
Pencipta Bollinger Bands menekan bahawa Bollinger Bands tidak memberi isyarat
pembelian/penjualan, penunjuk teknikal ini hanya memberitahu kedudukan relatif
saham (sama ada kedudukan saham tinggi atau rendah). Dalam tren naik yang ketara,
saham selalu bergerak dekat upper band. Sama juga dalam tren turun, saham selalu
dekat lower band.
Kadang-kala, pengguna salah faham konsep Bollinger Bands, tersilap guna Bollinger
Bands sahaja untuk beli dan jual saham. Di sini, saya tekan lagi aplikasi Bollinger
Bands adalah untuk menguji kedudukan relatif saham tetapi bukan memberi isyarat
beli/jual.
Gambar rajah di bawah boleh meningkatkan kefahaman anda terhadap fungsi Bollinger
Bands:
54
Analisa Teknikal
zamrich
Sebagai terowong saham
90% gerakan saham berlaku dalam terowong
Tidak memberi isyarat beli/jual
Kenalpasti kedudukan relatif saham
Selain itu, Bollinger Bands perlu digunakan bersama teknikal indikator yang lain untuk
memberikan isyarat beli/jual. Kajian John Bollinger menunjukkan ketepatan isyarat
beli/jual boleh ditingkatkan dalam kombinasi Bollinger Bands dengan teknikal indikator
lain.
Penunjuk teknikal yang selalu dipasangkan dengan Bollinger Bands adalah
Relative Strength Index (RSI)
Stochastic
Moving Average Convergence Divergence (MACD)
55
Analisa Teknikal
zamrich
Kesimpulannya, banyak Top Trader di dunia ini menggunakan Bollinger Bands
sebagai asas sistem perdagangan saham. Teknikal indikator yang lain hanya
berfungsi sebagai rujukan beli/jual dalam sistem perdagangan.
Dalam tren naik, Trader selalu abaikan isyarat overbought kerana momentum
saham yang kuat akan meneruskan kenaikannya, manakala, nilai rujukan isyarat
oversold yang dijanakan adalah lebih tinggi.
Sebaliknya, dalam tren turun, isyarat oversold selalu diabaikan; ketepatan isyarat
overbought adalah lebih tinggi.
56
Analisa Teknikal
zamrich
TIPS PEMILIHAN KAUNTER PELABURAN
Berapakah syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia? Saya telah melayari laman
web Bursa Malaysia dan informasi yang saya dapatkan adalah seperti berikut:
Data ini menunjukkan 906 syarikat tersenarai dalam pasaran kita.
Mampukah kita menjalankan analisa fundamental dan teknikal ke atas kaunter yang
banyak ini untuk memilih sasaran pelaburan?
Adakah anda juga menghadapi masalah ini?
Saya juga seorang pelabur runcit. Oleh itu, saya jelas dengan masalah yang dihadapi
oleh pelabur runcit. Hari ini saya ingin berkongsi suatu pendekatan yang
boleh memudahkan proses pemilihan sasaran pelaburan, iaitu top down approach.
Top Down Approach
Prinsip utama kaedah ini adalah kaji dan analisis situasi keseluruhan pasaran dulu,
lepas itu melanjutkan kepada sektor yang berlainan. Akhirnya, kita akan fokus dalam
individu kaunter yang terdapat dalam sektor yang baik.
Sekiranya prestasi keseluruhan pasaran baik, maka kita perlu meneruskan kajian ke
peringkat kedua – cari sektor yang sedang melambung. Selepas kenalpasti sektor,
kaunter yang kita perlu kaji hanya terhad kepada syarikat yang dalam sektor tersebut.
Kaedah ini telah banyak jimat masa kita, betulkan?
57
Analisa Teknikal
zamrich
Sebaliknya, situasi keseluruhan pasaran kurang baik, maka kita tidak perlu meneruskan
kepada proses analisis sektor. Biasanya, kebanyakan kaunter berprestasi lemah dalam
pasaran yang kurang baik. Jadi, pelabur harus elakkan diri daripada pasaran pada
masa ini.
Peringkat 1: Market Index
Kaji dan analisis situasi Kuala Lumpur Composite Index (KLCI). Tren naik, tren turun
atau tidak terdapat arah tuju yang jelas?
Kenalpasti Tren Utama
Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan
berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur
panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih
tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan.
Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli
lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur.
Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut?
Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama!
58
Analisa Teknikal
zamrich
Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara
yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.
Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah:
1. Buka carta mingguan saham
2. Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak
3. Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah
4. Lukiskan garisan sokongan dan rintangan
5. Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu
OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren
utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang
saya rumuskan di bawah.
Tren Naik
Ciri-ciri tren naik:
Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline
Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi
SMA 10 Minggu menuju ke atas
Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecilTren Turun
Ciri-ciri tren turun:
59
Analisa Teknikal
zamrich
Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline
Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah
SMA 10 Minggu menuju ke bawah
Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecilBertindak Ikut Tren
Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke
dalamnya.
Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih
murah dalam pembetulan sementara.
Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.
Peringkat 2: Sektor
Sektor yang berlainan akan mempunyai prestasi yang berbeza. Dalam peringkat ini, kita
akan mencari sektor yang sedang melambung! Tema dan isu yang hangat akan
memberi kesan kepada keseluruhan kaunter dalam sektor tertentu. Semua tema dan
isu yang berlaku di kehidupan harian akan memberi impak kepada sektor yang tertentu.
Contoh:
1. Pihak syarikat Petronas mengumumkan anugerah sesiri kontrak yang penting
kepada sektor oil & gas.
2. Tragedi penerbangan MH-17 akan memberi kesan negatif kepada seluruh sektor
penerbangan.
3. Pelaksanaan GST akan memberi impak negatif kepada sektor retail kerana
perbelanjaan pengguna akan berkurang.
4. Penyebaran penyakit SARS yang berleluasa akan membangkitkan sektor hospital.
Peringkat 3: Individu Saham
Dalam peringkat ini, kita hanya perlu fokus kepada syarikat terlibat dalam sektor yang
sedang melambung. Skop pilihan kaunter kita sudah menjadi kecil. Pada masa ini, kita
menjalankan analisa fundamental dan analisa teknikal untuk menyingkirkan syarikat
yang tidak memuaskan.
60
Analisa Teknikal
zamrich
Contoh: Saya akan menyenaraikan semua Price Earning Ratio (PE) untuk semua
syarikat dalam sektor tersebut. Seterusnya, syarikat yang bernilai PE tinggi akan
disingkirkan. Maka dengan ini, skop pilihan saya menjadi lagi kecil.
Top Down Approach adalah pendekatan kegemaran saya kerana kaedah ini telah
banyak mempercepatkan proses pemilihan kaunter.
Harap kaedah yang saya kongsikan di sini dapat membantu anda.
KENALPASTI TREN UTAMA
Salah satu kesilapan pelabur ialah jual saham yang dalam tren naik apabila pembetulan
berlaku. Pembetulan yang sentiasa wujud dalam tren naik akan menyebabkan pelabur
panik dan terjual kaunternya. Sebenarnya, kebanyakan kaunter dapat melantun lebih
tinggi daripada sebelumnya selepas pembetulan.
61
Analisa Teknikal
zamrich
Sebaliknya, lantunan yang berlaku dalam tren turun hanya berlangsung sementara. Beli
lantunan dalam tren turun juga akan membunuh pelabur.
Apakah sebab yang menyumbang kepada semua kesilapan tersebut?
Kekurangan pengetahuan dan ilmu dalam mengenalpasti tren utama!
Bagaimanakah kita boleh mengenalpasti tren utama? Hari ini saya ingin berkongsi cara
yang berkesan dengan anda! Cara ini saya telah guna selama 5 tahun.
Sekarang, anda perlu buat mengikut langkah yang saya tulis di bawah:
1. Buka carta mingguan saham
2. Lukiskan upper trendline yang menyambung titik puncak
3. Lukiskan lower trendline yang menyambung titik lembah
4. Lukiskan garisan sokongan dan rintangan
5. Masukkan Simple Moving Average (SMA) 10 Minggu
OK! Carta saham yang berada di mata depan anda sudah boleh memberitahu tren
utama yang sedang berlangsung! Anda hanya perlu merujuk kepada ciri-ciri tren yang
saya rumuskan di bawah.
Tren Naik
Ciri-ciri tren naik:
62
Analisa Teknikal
zamrich
Saham bergerak dalam saluran naik yang terdiri daripada upper & lower trendline
Paras sokongan dan rintangan yang semakin tinggi
SMA 10 Minggu menuju ke atas
Pembetulan pasaran sentiasa diiringi dengan volume yang kecilTren Turun
Ciri-ciri tren turun:
Saham bergerak dalam saluran turun yang terdiri daripada upper & lower trendline
Paras sokongan dan rintangan yang semakin rendah
SMA 10 Minggu menuju ke bawah
Lantunan sentiasa diiringi dengan volume yang kecilBertindak Ikut Tren
Setiap pelabur yang bijak akan mengkaji tren utama saham dulu sebelum melompat ke
dalamnya.
Jika tren utama saham adalah naik, maka anda boleh beli saham dengan harga lebih
murah dalam pembetulan sementara.
Jika saham dalam tren turun, anda dapat elakkan diri membeli dalam lantunan palsu.
Semoga blog ini dapat menambahkan ilmu pelaburan anda. =)