+ All Categories
Transcript

MENCARI KEINDAHAN DALAM REKABENTUK WARKAH MELAYU NUSANTARA

ALINA ABDULLAH Fakulti Seni Kreatif, Industri dan Komputeran,

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim Perak, Malaysia

PROF. DR. DZUL HAIMI MD ZAIN Jabatan Pengajian Siswazah, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka,

Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, Malaysia

Abstrak

Tidaklah keterlaluan jika dikatakan bahawa sejak dari zaman dahulu kala lagi para sarjana dan ilmuwan telah memperkatakan tentang konsep-konsep keindahan yang terkandung dalam karya-karya seni dan dalam keharmonian serta ketertiban alam. Konsep keindahan yang diperkatakan pula berdasarkan perkiraan matematik atau, lebih tepat lagi, geometri. Oleh itu, makalah ini akan mencari keindahan rekabentuk warkah lama nusantara dengan menumpukan pada struktur gubahan yang tersembunyi. Prinsip geometri pula dikhususkan pada Simetri Dinamik yang telah dirumuskan secara sistematik oleh Jay Hambidge pada tahun 1920-an. Prinsip-prinsip Simetri Dinamik ini kemudiannya akan ditentuluarkan pada beberapa warkah-warkah Melayu lama di alam nusantara. Struktur gubahan warkah-warkah ini seharusnya berkait erat dengan makna yang ingin ditampilkan oleh para seniman juruhias.

Keywords: simetri dinamik, warkah Melayu, ragamhias

Latarbelakang

Sejak dari zaman dahulu kala lagi para sarjana dan ilmuwan telah berusaha untuk

merumus serta menterjemah bentuk-bentuk keindahan yang mereka tanggapi dalam

kehidupan mereka di alam ini. Mereka memperkatakan tentang konsep-konsep

keindahan yang terkandung dalam karya-karya seni dan dalam keharmonian serta

ketertiban alam. Dalam falsafah klasik, umpamanya, konsep keindahan ini dikenali

sebagai keteraturan dan “hakikat bentuk-bentuk”. Berdasarkan premis ini maka

  2  

makalah ini akan menumpukan perhatian pada konsep keindahan yang berdasarkan

perkiraan matematik atau, lebih tepat lagi, geometri.

Para filasuf Greek, terutamanya Plato dan Socrates, adalah antara yang terawal

berbicara mengenai konsep keindahan ini. Plato, dalam karyanya Timaeus,

mengatakan bahawa yang indah itu sentiasa dalam keseimbangan.1 Beliau mengaitkan

lagi keindahan dengan keseimbangan ini dengan menukil dalam Philebus,

‘seandainya kita tidak dapat menangkap sifat baik ini dalam sesuatu bentuk, maka

kita harus cuba menanggapinya menerusi tiga sifat lain, yakni: keindahan,

keseimbangan (summetriai), dan kebenaran.’2 Perkara ini kemudiannya ditekankan

lagi oleh Aristotel yang mengatakan bahawa perkara utama dalam konsep keindahan

adalah keteraturan dan simetri yang dapat dibuktikan dengan bagus sekali menerusi

ilmu matematik.3

Manakala dalam kalangan ilmuwan Islam pula mereka telah bersepakat

mengaitkan keindahan dengan kesempurnaan dan aturan. Dalam hal ini, Ibnu Rushd,

misalnya, menegaskan bahawa keindahan berkait dengan “faham-faham keteraturan,

rencana-bentuk yang kohesif dan keharmonian fizikal.”4 Ibnu Haytham pula

memajukan lagi konsep keteraturan dan simetri Plato dan Aristotel itu dengan

menggabungkannya dengan prinsip-prinsip seperti “kecocokan seimbang” dan

keharmonian.5 Sementara sarjana Muslim sezaman, Seyyed Hossein Nasr, pula

menyebut bahawa keindahan dalam seni Islam dicirikan oleh, antaranya, keharmonian

berkadar, kejelasan matematik, dan pelbagai lapis simetri.6

                                                                                                               1 Hon, G. & Goldstein, Bernard R., From Summetria to Symmetry: the making of a revolutionary scientific concept, m.s. 94. 2 Ibid. 3 Ibid. m.s. 96. 4 Gonzalez, V., Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and Architecture, m.s. 16 5 Ibid. m.s. 22. 6 Nasr, Sayyed Hossein, The Garden of Truth, 2007, m.s. 75.

  3  

Berdasarkan kenyataan inilah maka makalah ini akan berusaha mencari

keindahan––berdasarkan salah satu daripada prinsip Geometri iaitu Simetri

Dinamik—dalam struktur tersembunyi yang mendasari kesenian rekabentuk Warkah

Melayu nusantara. Sebelum menjengah pada rekabentuk warkah Melayu ini, elok

kiranya terlebih dahulu diterangkan secara serba ringkas mengenai Prinsip Simetri

Dinamik ini.

Prinsip Simetri Dinamik

Terlebih dahulu ingin disebutkan di sini bahawa kajian ini tidaklah hendak

menjelaskan rumusan matematik yang rumit, tetapi hanya sekadar menerangkan

pembentukan geometri yang mudah. Seeloknya perkiraan matematik itu diserahkan

sahaja kepada pakarnya. Sementara kajian geometri ini pula hanya akan memberikan

perhatian pada struktur geometri yang tersembunyi seperti yang dijelaskan dalam

Rasa’il Ikhwan al-Safa’, iaitu geometri yang bersifat teori, yang berasaskan pada

pemahaman dan pengetahuan.7

Jika dilihat dari sisi sejarahnya, teori Simetri Dinamik pertama kali dirumus

secara sistematik pada tahun 1920-an oleh Jay Hambidge, berdasarkan kajian teliti

beliau ke atas bangunan-bangunan klasik seperti Parthenon dan Kuil Apollo di Tenea.

Menurut Hambidge lagi, Simetri Dinamik ini adalah sejenis simetri yang khas di

mana anggota sesuatu organisme––seperti cengkerang atau susunan dedaun pohon––

                                                                                                               7 Menurut Gonzalez, op. cit, ‘prinsip asas (susunan matematik) yang dikembangkan oleh para pemikir Muslim abad pertengahan, sebagaimana misalnya oleh Ikhwan al-Safa’ yang menulis dalam Rasa’il: Prinsip geometri hadir dalam kesemua seni; setiap seniman, jikalau dia menetapkan ukuran dalam seninya sebelum dia mula mengerjakannya maka itu berkaitan dengan suatu teori geometri, yakni ilmu mengenai dimensi-dimensi dan kandungannya… geometri gunaan mengandungi ilmu mengenai ukuran-ukuran dan maknanya, dan mengikat mereka antara satu-sama lain, dan dapat difahami menerusi penglihatan dan dirasa menerusi sentuhan. Geometri yang bersifat teori pula adalah sebaliknya, yakni, pengetahuan dan pemahaman semata-mata.” M.s 72.

  4  

disusun secara beraturan dan dengan demikian adanya membangkitkan kehidupan dan

pergerakan.8 Simetri Dinamik juga merupakan gubahan ruang atau kawasan, dimana

setiap satunya berharmoni dengan yang lain9. Nilai unggulnya terletak pada tenaga

peralihan atau pergerakan dari suatu bentuk kepada bentuk yang lain yang

menghasilkan proses modulasi yang sempurna dalam hasil karya.

Pada dasarnya, simetri dinamik ini berasaskan konsep pepenjuru segiempat

sama Euklid dan menggunakan nisbah tertentu dan puncakuasa segiempat sama

khusus yang mana segiempat sama Keratan Keemasan (Golden Section)10 adalah

satu-satunya bahagian yang paling penting11.

Secara ringkasnya, elemen-elemen Simetri Dinamik itu terdiri daripada

Persegi 1, Persegi 2 hingga membawa kepada Persegi 5 serta Persegi Segiempat

Pusaran. Bermula dengan melukis segiempat sama, kita telah membuat Punca 1 (Root

1) iaitu pada rumusan: 1 x 1 = 1 (Rajah 1). Jika kita mengira jarak pepenjuru

melintang segiempat sama ini, kita telah mendapat kiraan panjang Persegi 2 yang

membentuk satu segiempat tepat (Rajah 2). Kiraan panjang pepenjuru ini tidak perlu

dengan nombor, tetapi cukup hanya dengan kaedah alatan kompas. Begitulah

seterusnya sehingga tiba pada Persegi Lima segiempat tepat (Rajah 3).

Bagi menghasilkan Persegi Segiempat Pusaran pula, bermula dengan

segiempat sama yang dibahagi separuh, dan diukur pada bahagian yang separuh itu

sehingga pepenjurunya. Kiraan penambahan ini menjadi fraksi 0.618 daripada 1.0

(ukuran segiempat sama) (Rajah 4) yang membawa kepada rumusan 1:1.618.12 Jadi,

                                                                                                               8 Hambidge, Jay. Dynamic Symmetry: The Greek Vase, m.s. xv. 9 Ibid. m.s. 8. 10 Golden Section is the ratio of the longer to the shorter side of a rectangle which has the value of 1.618. 11 Lihat Hambidge, Jay. The Elements of Dynamic Symmetry, 1960. 12 Rumusan ini juga dipanggil Nisbah Keratan Keemasan (Golden Section Ration), yang mana nisbah hasil tambah sisi-sisi itu kepada sisi yang lebih besar adalah setara dengan nisbah sisi yang lebih besar kepada sisi yang lebih kecil.

  5  

penambahan panjang pepenjuru separuh ini membentuk segiempat tepat yang

dinamakan Persegi Segiempat Pusaran (Whirling Square Rectangle)13.

Segiempat ini dinamakan sedemikian kerana apabila kita melukis garis silang

pada segiempat ini, dan garis silang pada puncanya, maka kita akan mendapat satu

rangka garis untuk membina petak-petak jujukan yang membawa kepada ukuran

dalam ringkasan 1, 2 , 3, 5, 814 (Rajah 5). Apa yang dipanggil ‘Pusaran’ ialah apabila

kita menyambung setiap pepenjuru dengan garisan yang berterusan, maka terhasillah

lengkungan pusaran (Rajah 6) yang telah nyata terbukti bahawa pola ini banyak

terdapat dalam alam sejadi. Elemen lain yang berkaitan dengan nisbah keemasan ini

juga adalah Pentagon (Rajah 7). Elemen-elemen inilah yang dijadikan asas bagi

membina struktur untuk ditentutularkan pada karya.

Analisis Rekabentuk Warkah Melayu Lama Nusantara

Warkah, atau Surat Melayu Lama adalah antara warisan kesenian terindah dalam

alam Melayu. Ciri-ciri dalam warkah Melayu, antaranya ragam hias, seni khat, aspek

bahasa, rekabentuk dan sebagainya membayangkan keindahan dan kehalusan

kebudayaan dan tamadun Melayu dahulu. Malangnya, tidak banyak pengkajian

dilakukan untuk membongkar aspek keindahan ini.15 Sehubungan dengan ini, kajian

kecil ini akan mengkaji struktur tersembunyi dengan menggunakan prinsip geometri–

–Simetri Dinamik, iaitu hanya sebahagian kecil sahaja daripada alat untuk

menyingkap keindahan rekabentuk dan ragamhias dalam lembaran Warkah Melayu

ini. Dengan menggunakan struktur prinsip geometri yang ditentuluarkan pada

                                                                                                               13 Op. cit. m.s.18, “Thus, we may call this “the rectangle of the whirling squares”, because its continued reciprocals cut off squares.” 14 Ukuran ini juga dikenali dengan siri jujukan Fibonacci. 15 A. T Gallop, op cit. m.s. 8.

  6  

rekabentuk warkah ini, maka dapat diamati unsur-unsur keindahan pada

gubahan ruang dan ragamhias yang menawan tanggapan indera untuk

merasainya secara psikologi serta menuntun akal-fikir untuk merenunginya secara

falsafi, lalu membawa si penatap ke dalam pengalaman keindahan tersebut. Antara

warkah Melayu yang dipilih ialah Warkah Melayu yang dikatakan paling indah, iaitu

Surat Sultan Ahmad dari Terengganu, dan juga Surat daripada Engku Sayid.

Analisis Warkah 1

Warkah 1 (Rajah 8) merupakan salah satu surat yang paling indah pernah ditemui,

dan dihiasi penuh warna keemasan, iaitu warkah daripada Sultan Ahmad dari

Terengganu kepada Gabenur Jeneral Belanda di Batavia yang bertarikh 18 Rejab

1239 (19 March 1824). Warna keemasan ini melambangkan kebesaran dan

keagungan, yang merupakan bahan yang penting dalam warkah-warkah sebegini.16

Rajah 9 menunjukkan gubahan rekabentuk warkah ini. Susun letak teks ini

diletakkan pada bahagian bawah kiri, dan bahagiannya diperuntukkan lebih kurang

sepertiga daripada ruang satah––keadaan yang biasa kelihatan pada warkah mahupun

manuskrip Melayu lama. Ragam hias berupa awan larat terletak pada bahagian dalam

separuh bulatan yang berbentuk bulan sabit serta pada bahagian atasnya, dan juga

pada bahagian sekeliling jidar. Di bawahnya pula terletak kepala surat dengan tulisan

khat. Manakala bahagian atas petak teks pula dihiasi dengan awan larat yang

berbentuk seperti gunungan. Cap mohor yang berbentuk bulat dan berwarna

kehitaman itu pula terletak pada sudut kanan bahagian teks, yang membawa makna

pangkat dan kedudukan pengirim serta penerima surat.17

                                                                                                               16 Ibid. m.s. 38. 17 Ibid. m.s. 50.

  7  

Keseluruhan gubahan rekabentuk pula terdiri daripada Persegi 2 dan Persegi 3

(Rajah 10). Jika dibahagikan petak teks di bawah pula, gubahan ini hampir-hampir

terdiri daripada Persegi 1 (B) dan Persegi 5 (C) (Rajah 11). Petak teks ini disusun di

bahagian bawah, yang perletakkannya menghampiri si penerima atau pembaca,

menandakan bahawa si pengirim menghormati si pembaca. Sekiranya direnung

dengan lebih dekat lagi pada bahagian atas ragam hias awan larat, maka akan didapati

bahawa ruang Persegi 3 yang dilukis garisan silang pada pepenjuru dan garis silang

pada puncanya yang membentuk Punca Persegi (Rajah 12) serta pertindihan Punca ini

membentuk struktur asas (Rajah 13). Titik persilangan A-B dan C-D pula seolah-olah

menjadi struktur tersembunyi bagi ragamhias kepala surat.

Petak ABDC pada Rajah 14 pula seolah-olah menjadi ruang gubahan untuk

ragam hias berupa gunungan ini. Dapat dilihat bahawa ukuran ragam hias ini hampir

menyerupai gabungan Persegi 3 (AaCb) dan Persegi 5 (aBbD). Dan akhirnya, garisan

melintang C-D yang membahagi Punca persegi pada sisi kanan pula hampir menjadi

panduan gubahan struktur pada separuh bulatan pada bahagian atas (Rajah 15).    

Analisis Warkah 2

Warkah 2 (Rajah 16) merupakan surat yang diutus oleh Engku Sayid Muhammad

Zain al-Kudsi dari Lingga buat T. S. Raffles di Melaka, yang bertarikh 10 Zulhijjah

1225 (6 Januari 1811), dengan dakwat dan warna emas serta berwarna-warni.18

Rajah 17 menunjukkan struktur gubahan rekabentuk yang mendasari warkah

kedua ini. Dapat dilihat bahawa keseluruhan satah seolah-olah dibahagi dengan

garisan-garisan menegak, yang mana garisan-garisan menegak ini menjadi pembahagi

antara ruang teks, ruang cap mohor dan juga jidar di sekelilingnya. Sama seperti                                                                                                                18 Ibid, m.s. 153.

  8  

warkah 1, warkah 2 ini juga memperuntukkan lebih kurang satu pertiga ruangan teks

daripada ruang keseluruhan, dan makna perletakkan teks di bahagian bawah itu juga

menandakan penghormatan untuk penerima surat. Manakala bahagian atas petak teks

pula dihiasi dengan corak dan motif yang berupa awan larat dan rupa geometri. Rupa

bentuk keseluruhan corak ini pula seakan gunungan, iaitu corak yang paling kerap

didapati dalam rekacorak ukiran kayu. Pada penjuru petak teks pula terletaknya cap

mohor berwarna hitam dan berkedudukan sama seperti warkah 1.

Apa yang menariknya tentang struktur geometri tersembunyi pada satah

warkah 2 ialah satah (tanpa jidar) terbentuk daripada tiga Persegi 5 menegak (ABC)

yang membahagikan antara garisan menegak––iaitu pembahagian teks dan juga ruang

cap mohor (Rajah 18). Manakala jika diambilkira keseluruhan satah, maka akan

didapati bahawa ruang ini hampir menyamai tiga Persegi 5 yang disusun melintang

(Rajah 19).

Apabila dimasukkan sekali perkiraan jidar di sekelilingnya (Rajah 20), maka

dapat dilihat bahawa satah ini terdiri daripada Persegi Segiempat Pusaran yang

melintang, iaitu pada tiga ukuran berlainan (ABC).

Sekarang kita akan merenung dengan lebih dekat lagi pada satah atas, dimana

terletaknya motif gunungan (Rajah 21). Apabila menentutularkan Persegi Segiempat

Pusaran pada bahagian ini, dapat dilihat bahawa dua struktur garisan pada bahagian

kanan satah––dimana terletaknya cap mohor–– terletak pada pembahagian Punca

Persegi Segiempat Pusaran ini. Manakala ruang motif gunungan ini pula hampir

terletak pada ruang Persegi 1. Garisan A-C pula seolah-olah menjadi panduan bagi

gubahan motif gunungan ini, dan segitiga Cab pula seakan menjadi panduan bagi

susunletak puncak gunungan itu.

  9  

Rajah 22 menunjukkan keadaan dimana ukuran ruang motif gunungan itu

hampir menyamai Persegi 1 (Segiempat Sama). Apa yang jelas kelihatan di sini ialah

susunletak puncak gunungan itu hampir berada dalam segitiga DBE. Manakala

garisan AC dan garisan ae pula seolah menjadi struktur tersembunyi bagi tiga tingkat

gunungan itu, iaitu pada bahagian kepala dan bahagian tengah motif. Seterusnya

garisan gb dan garisan fd pula seakan menjadi struktur panduan bagi bahagian tengah

motif gunungan. Rajah 23 pula menunjukkan bahawa contoh persegi yang boleh

didapati daripada struktur tersembunyi yang dibentuk daripada Persegi 1, Bulatan dan

Pentagon ini adalah beberapa Persegi yang lain—contohnya segiempat sama abfc dan

fced.

Kesimpulan

Daripada analisis di atas maka jelaslah bahawa satah warkah-warkah ini mengandungi

struktur geometri yang tersembunyi––atau secara umumnya mempunyai Simetri yang

Dinamik yang berteraskan perkiraan matematik––yang menjadikan keseluruhan karya

mengandungi nilai estetika yang indah. Jika diteliti, dapat dilihat bahawa setiap

gubahan ragamhias ini memaknakan perlambangan tertentu. Misalnya, ruang teks di

bahagian bawah pada satah warkah membawa makna ‘bumi’, corak ombak atau

gunungan pula membawa makna gunung-ganang––yang merupakan paksi ‘bumi’19,

dan bahagian ruang di atas pula membawa makna ‘langit’. Perlambangan kosmologi

ini sememangnya menterjemahkan pemahaman juruhias tentang alam dan Pencipta.

                                                                                                               19 Lihat Firman Allah dalam Surah 78:6-7, yang bermaksud, “Bukankah Kami telah menjadikan bumi (terbentang luas) sebagai hamparan?; Dan gunung-ganang sebagai pancang pasaknya?”

  10  

Namun, tidak perlu di sini untuk menitikberatkan sama ada juruhias warkah

berkenaan menggunakan prinsip ini secara sedar ataupun tidak kerana sudah menjadi

fitrah manusia gemar akan keindahan—yang mana keindahan itu sesungguhnya

cerminan alam sejadi ciptaan Tuhan.

Daripada apa yang telah dijelaskan di atas ternyata bahawa teras bagi keindahan

ini terkandung dalam sabda Rasullullah s.a.w: ‘Allah itu Indah, dan suka akan

keindahan’. Dan akhirnya, tidak adalah bukti yang lebih tepat lagi daripada sabda

Rasul, melainkan Firman Tuhan yang bermaksud:

‘…Dan segala sesuatu pada sisi-Nya ada ukurannya.’ (13:8);

Dan lagi:

“Dia menciptakan langit dan bumi dengan benar (seimbang).” (39:5)

         

 

 

Rajah  1:  Persegi  1  

 

 

Rajah  2:  Segiempat  tepat  

 

 

Rajah  3:  Persegi  1  hingga  Persegi  5  

 

 

Rajah  4:  Nisbah  Keratan  Keemasan  

 

  11  

 

Rajah  5:  Keratan  Keemasan  bersama  jujukan  nombor  Fibonacci  

 

 

Rajah  6:  Pusaran  Keemasan  

 

 

Rajah  7:  Pentagon  di  dalam  bulatan  dan  segiempat  

 

 

 

Rajah  8:  Surat  Keemasan  dari  Sultan  Ahmad  (sumber:  A.T.  Gallop)20  

 

 

Rajah  9:  Gubahan  rekaletak  

                                                                                                               20 A.T. Gallop, m.s. 39.

  12  

Rajah 10: Struktur satah

Rajah 11: Struktur satah

  13  

Rajah 12: Struktur Persegi 3

Rajah 13: Kedudukan kepala surat pada Persegi 3

Rajah 14: Motif dalam struktur Persegi 3

  14  

Rajah 15: Corak motif dalam struktur persegi

Rajah 16: Surat Engku Sayid (sumber: A. T. Gallop)21

                                                                                                               21 A.T Gallop, m.s. 152.

  15  

Rajah 17: Struktur gubahan rekabentuk

Rajah 18: Struktur satah

  16  

Rajah 19: Struktur satah

  17  

Rajah 20: Struktur satah

Rajah 21: Gubahan rekabentuk dalam Persegi Segiempat Pusaran

  18  

Rajah 22: Gubahan struktur motif dalam Pentagon

Rajah 23: Gubahan struktur motif dalam Pentagon

  19  

Bibliografi

Al Faruqi, Ismail. The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing Co.,

1986 Arnheim, Rudolf. Review of Fearful Symmetry: The Search for Beauty in Modern

Physics, by Zee, A. Leonardo, vol. 21, no. 4 (1988): 457-8.6): 241-5. Brading, Katherine. “Mathematical and Aesthetic Aspects of Symmetry.” Review of

From Summetria to Symmetry: The Making of a Revolutionary Scientific Concept, by Goldstein, B.R. Metascience, vol. 19 (2010): 277-80.

Dzul Haimi Md. Zain. Formal Values in Timurid Miniature Painting. Kuala Lumpur: Penerbitan Fargoes, 1989.

. Pelukis dan Peristiwa: Syed Ahmad Jamal. Kuala Lumpur: RA Finearts, 2008. Emmer, Michele. “Visual Art and Mathematics: Comments on the Meaning of

Order.” Leonardo, vol. 15, no. 1 (1982): 65-6. Engler, Gideon. “From Art and Science to Perception: The Role of Aesthetics.”

Leonardo, vol. 27, no. 3 (1994): 207-9. Erickson, Bryce. “Art and Geometry: Proportioning Devices in Pictorial

Composition.” Leonardo, vol. 19, no. 3 (1986): 211-15. Fischler, Roger. “On the Application of the Golden Ratio in the Visual Arts.”

Leonardo, vol. 14, no. 1 (1981): 31-2. Gallop, Annabel Teh. The Legacy of Malay Letters, London: British Library, 1994. Gonzalez, Valérie. Beauty and Islam: Aesthetics in Islamic Art and Architecture,

London: I.B. Tauris, 2001. Hambidge, Jay. Dynamic Symmetry: The Greek Vase. New Haven: Yale University

Press, 1920. . The Elements of Dynamic Symmetry. New York: Dover Publications Inc.,

1967. Hon, Giora & Goldstein, Bernard R.. From Summetria to Symmetry: the making of a

revolutionary scientific concept, USA: Springer, 2008. Jacobs, Michael. The Art of Composition. New York: Doubleday, 1926. Jolly Koh. Artistic Imperatives: Selected Writings and Paintings. Selangor: Maya

Press, 2004. Kalajdzievski, Sasho. Math and Art: An Introduction to Visual Mathematics. New

York: CRC Press, 2008. Knight, Terry W. “Infinite Patterns and Their Symmetries.” Leonardo, vol. 31, no. 4

(1998): 305-12. Krathwohl, D.R. and Anderson, L.W. A Taxonomy for Learning, Teaching, and

Assessing: A Revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives. Boston, MA: Allyn & Bacon, 2001.

Loeb, Arthur L. Color and Symmetry. New York: John Wiley & Sons, 1971. . “Structure and Patterns in Science and Art.” Leonardo, vol. 4, no. 4 (1971):

339-46. Lutz, L. “Dynamic Symmetry as an Archetype: A Reunification of Mathematics and

Art”. (Ph.D. diss., University of Illinois, 1973). McWhinnie, Harold J. “A Review of the Use of Symmetry, the Golden Section and

Dynamic Symmetry in Contemporary Art.” Leonardo, vol. 19, no. 3 (1986): 241-5.

. “A Biological Basis for the Golden Section in Art and Design.” Leonardo, vol. 22, no. 1 (1989): 61-3.

  20  

Muliyadi Mahamood. Seni Lukis Moden Malaysia: Era Perintis hingga Era Pluralis (1930-1990). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributions Sdn. Bhd., 2004.

Nasr, Sayyed Hossein. The Garden of Truth: the vision and practice of Sufism, Islam's mystical tradition, New York: HarperCollins, 2007.

National Art Gallery. Vision and Idea: Relooking modern Malaysian Art, T.K. Sabapathy (ed.). Kuala Lumpur: National Art Gallery, 1994.

. Ismail Zain: Retrospective Exhibition 1964-1991. Kuala Lumpur: National Art Gallery, 1995.

Prater, Micheal. “Art Criticism: Modifying the Formalist Approach.” Art Education, vol. 55, no. 5 (2002): 12-7.

Papadopoulo, Alexandre. Islam and Muslim Art, transl. by Wolf, Robert E., New York: Harry N. Abrams, 1979.

Ruzaika Omar Basaree. “Art, Mathematics and Philosophy: A Study of the Geometrical and Cosmological Principles in Traditional Malay Art and Design”. (Ph.D. diss., Univerisity of Malaya, 2003).

Seabolt, Betty Oliver. “Defining Art Appreciation.” Art Education, vol. 54, no. 4 (2001): 44-9.

Sentap! Contemporary Visual Art Magazine. Kuala Lumpur: Teratak Nuromar, 2010. Shubnikov, A.V. and Koptsik, V.A. Symmetry in Science and Art. New York: Plenum

Press, 1974. Sommers, Peter van. “Commentary on Symmetry as a Superprinciple of Science and

Art.” Leonardo, vol. 31, no. 2 (1998): 146-9. Speiser, Andreas. “Symmetry in Science and Art.” Daedalus, vol. 89, no. 1 (1960):

191-8. Thurston, Carl. “The Principles of Art.” The Journal of Aesthetics and Art Criticism,

vol. 4, no. 2 (1945): 96-100. Voloshinov, Alexander V. “Symmetry as a Superprinciple of Science and Art.”

Leonardo, vol. 29, no. 2 (1996): 109-13. Walter,  E.  “Jay  Hambidge  and  the  Development  of  the  Theory  of  Dynamic  Symmetry”,  (Ph.D.  diss.,  University  of  Georgia,  1976).


Top Related