Post on 25-Sep-2015
description
transcript
Isu Kualiti Guru Page 1
SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR
MATHEMATICAL SCIENCES
SEMESTER 2 SESI 2014/2015
Isu Kualiti Guru Beban Tugas Guru
KUMPULAN A
ZURAINI BINTI SUHAIMI
D20111048177
NAMA PENSYARAH
DR MAZLINI BINTI ADNAN
Isu Kualiti Guru Page 2
1.0 PENGENALAN
Dewasa ini, dunia pendidikan kerapkali dihujani dan digemparkan dengan pelbagai isu
terutama yang berkait dengan guru. Di dada akhbar, isu yang melibatkan guru bagaikan
menjadi satu topik hangat yang sering diperdebatkan dan begitu laris bagai pisang goreng
panas. Isu beban tugas guru, kenaikan gaji guru, guru dibenarkan berpolitik dan pelbagai lagi
isu yang melibatkan profesionalisme guru dan keguruan diperbincangkan. Profesionalisme
guru menurut Hoyle (1980) dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional
Guru, adalah sikap dan tindakan yang menyentuh aspek-aspek yang berkaitan dengan
pekerjaan seperti hal-hal tentang syarat-syarat kerja, soal gaji dan upah, jadual tugas dan hal-
hal lain yang berkaitan dengannya.
Salah satu isu yang penting berkaitan dengan bidang keguruan adalah isu beban tugas guru.
Isu ini bukanlah isu baru namun sehingga kini isu ini masih menjadi topik yang kerap
dibincangkan. Buktinya, banyak kali tajuk ataupun isu ini diperkatakan di dada akhbar, blog-
blog dan sebagainya. Sebagai contoh:
a. Beban Kerja Guru Kini Terlalu Berat Utusan Malaysia 23 Januari 2008
b. Seksa Jadi Cikgu Berita Harian 1 April 2010
c. Tokoh Syor Empat Langkah Kurang Beban Tugas Guru Berita Harian 24 Mei 2010
d. Tubuh Jawatankuasa Khas Kaji Beban Tugas Guru Utusan Malaysia 1April 2010
e. Guru Tidak Perlu Kerja 9 Jam Utusan Malaysia 21 November 2011
f. Jawatankuasa Kerja Tangani Isu Beban Guru Sedang Laksana 28 Perakuan- Muhyiddin
- Utusan Malaysia 16 Mei 2012
g. 14 Isu Beban Guru Ditangani Utusan Malaysia 17 Mei 2012
Sepertimana yang kita ketahui, guru dapat didefinisikan sebagai pendidik, pengasuh dan
orang yang mengajar. Tugas pula mempunyai definisi iaitu kewajipan sesuatu atau dalam kata
lain kerja, tanggungjawab yang mesti dilaksanakan. Beban pula bermaksud jumlah tugas yang
perlu dikerjakan oleh proses atau sistem yang mesti dilaksanakan (Kamus Dewan Edisi
Keempat, 2007).
Isu Kualiti Guru Page 3
Berdasarkan definisi yang telah dinyatakan ini, dapat disimpulkan bahawa tugas utama
seorang guru ialah mengajar dan mendidik dalam suasana pengajaran dan pembelajaran
bersandarkan kepada kewajipan mereka sebagai guru. Walau bagaimanapun, tugas guru saban
hari semakin bertambah
Menurut kajian oleh Mohamad Shukri bin Salleh (1998), beban tugas bermaksud
tanggungjawab yang mesti dipikul dan dilakukan oleh para guru sama ada tanggungjawab di
dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah untuk menyelesaikan kerja-kerja sekolah.
Beban tugas ini boleh diukur dengan melihat jumlah masa yang diperuntukkan untuk
menyelesaikannya.
Tugas dan tanggungjawab guru di sekolah bukan sahaja merangkumi tugas akademik malahan
juga tugas bukan akademik. Tugas-tugas akademik merupakan tugas-tugas yang berkait
dengan tugas pengajaran dan pembelajaran secara formal sama ada di dalam atau luar bilik
darjah. Tugas akademik hanya dijalankan oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang-
bidang tertentu sahaja. Tugas akademik ini terbahagi kepada tugas akademik rutin harian dan
tugas akademik bermusim.
Tugas bukan akademik merupakan tugas-tugas yang dilakukan oleh guru di sekolah dan tugas
ini boleh juga dilakukan oleh mereka yang bukan guru. Tugas bukan akademik adalah tugas
yang tidak melibatkan proses pengajaran secara formal. Tugas ini termasuklah tugas-tugas
pengekeranian, tugas-tugas khas dan tugas kokurikulum. Tugas bukan akademik yang
dilakukan seharian dinamakan tugas bukan akademik rutin harian dan tugas bukan akademik
yang dilakukan mengikut musim dinamakan tugas bukan akademik bermusim.
Berdasarkan tajuk muka hadapan Berita Harian Seksa Jadi Cikgu bertarikh 1 April
2010. Paparan muka hadapan ini jelas menyatakan seksa menjadi guru kerana guru dikatakan
menanggung beban tugas yang terlalu banyak. Dalam artikel ini, Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan (NUTP) telah membuat aduan mengenai beban tugas guru kepada
Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia,
Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 30 Mac 2010.
Isu Kualiti Guru Page 4
Rajah 1. Keratan akhbar Berita Harian 1 April 2010
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam artikel tersebut juga
telah mengulas bahawa berdasarkan aduan yang dibuat oleh NUTP, antara tugas guru bukan
sahaja meliputi hal pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, malahan juga ada guru
yang terpaksa mengendalikan aktiviti kokurikulum, hal ehwal murid, pentadbiran,
perkeranian serta beberapa kerja tambahan lain. Selain itu, NUTP turut membuat aduan
bahawa guru terpaksa bekerja setiap Sabtu disebabkan terbabit dengan banyak aktiviti
sedangkan pekeliling yang dikeluarkan membenarkan guru bercuti pada Sabtu sebanyak dua
kali setiap bulan.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman menyebut;
Ketika ini, guru terutama guru kelas adalah mereka yang paling teruk dibebani dengan
tugas tambahan selain mengajar dan ia paling kritikal ketika musim persekolahan baru
bermula. Guru bukan setakat perlu menyediakan maklumat peribadi pelajarnya tetapi
dibebani dengan banyak lagi tugas lain. Mereka perlu mengutip yuran, sediakan buku
kedatangan pelajar, dapatkan maklumat murid serta keluarga mereka seterusnya membuat
analisis kelayakan untuk diberi bantuan, malah guru juga bertindak sebagai pegawai
kesihatan yang merekodkan maklumat kesihatan. Mana ada jururawat yang ditugaskan
membuat landskap hospital. Mana ada jurutera yang ditugaskan mengecat bangunan pejabat,
Isu Kualiti Guru Page 5
tapi guru ada ketikanya perlu buat semua itu. malah, mural sekolah atau mengecat bangunan
sekolah juga tergalas di bahu mereka.
Tugas-tugas sedemikian sememangnya mendatangkan beban kepada guru kerana telah
mengganggu tugas hakiki guru iaitu mendidik pelajar. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
memandang berat isu ini dengan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji beban
tugas guru dan mengkaji tahap keseriusan isu beban tugas guru ini.
Berdasarkan artikel ini, dapat disimpulkan bahawa isu beban tugas guru perlu
dipandang serius bukan sahaja oleh pihak kerajaan, malahan semua pihak termasuk
masyarakat. Setiap individu perlu menggembleng tenaga dan idea untuk menyelesaikan
masalah dan isu ini. Ini kerana, beban tugas yang semakin bertambah dan kian mencabar telah
menyebabkan prestasi seorang guru terjejas dan ini secara tidak langsung menjejaskan
prestasi murid-murid di sekolah.
Isu Kualiti Guru Page 6
2.0 PERKEMBANGAN
Isu beban tugas guru bukanlah perkara baru di dalam negara kita kerana sejak beberapa tahun
ini, perkara ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat setiap kali bermulanya musim
persekolahan.
Sebagai contoh, pada 8 Januari 2006 dalam Berita Harian telah mendedahkan bahawa guru di
empat negeri, Selangor, Melaka, Johor dan Kuala Lumpur didapati menanggung beban kerja
berlebihan, iaitu 74 jam seminggu berbanding maksimum 48 jam yang ditetapkan Pertubuhan
Buruh Antarabangsa (ILO). Tugas guru semakin hari semakin bertambah bukan sahaja
berkaitan dengan bidang pengajaran malahan juga yang meliputi di luar bidang tugas mereka.
Fenomena ini menyebabkan ramai guru sering mengeluh dan mengalami tekanan akibat
tanggungan beban tersebut.
Gambarajah 1: Bebanan tugas seorang guru
Berdasarkan butir-butir yang terkandung dalam laporan kaji selidik NUTP bertajuk
Pandangan dan Syor NUTP: Beban Guru Meliputi Sekolah Rendah, Sekolah Menengah,
Sekolah Teknik dan Politeknik, beban tugas guru dibahagikan kepada lima bidang iaitu:
1. Urusan data, fail, buku rekod dan laporan
Pemprosesan maklumat guru, pelajar dan sekolah
Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT), stok mata pelajaran dan bengkel
Isu Kualiti Guru Page 7
Penilaian kerja kursus mata pelajaran untuk peperiksaan
Penilaian lisan berasaskan sekolah (PLBS)
Buku Nilam Sekolah
Laporan Adab Belajar
Baitulmal dan biasiswa
Laporan guru bertugas
Urusan disiplin pelajar
Urusan pusat sumber
Program khas dari Jemaah Nazir
Buku rekod kerja sekolah
2. Pentadbiran
Pegawai pinjaman di Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah
Pengurusan pentadbiran
Kutipan yuran dan pelbagai
Guru kelas
3. Kurikulum
Jenis peperiksaan
Program sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pelajaran
Kertas kerja kajian tindakan
Panitia
Mata pelajaran
Isu Kualiti Guru Page 8
Pentaksiran Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM)
4. Kokurikulum
Aspek keselamatan & perlindungan guru dan pelajar
5. Hal Ehwal Murid (HEM)
Urusan HEM Sekolah Menengah Berasrama
Laporan kaji selidik yang telah dijalankan pada 1 Jun 2005 menunjukkan bahawa tugas guru
meliputi pelbagai bidang, namun tugas yang dijalankan lebih tertumpu kepada tugas
pentadbiran. Menurut Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pihaknya risau apabila
mendapati kira-kira 60 peratus tugas guru kini membabitkan kerja pentadbiran.
Masalah beban tugas guru tidak pernah ada pasang surutnya. Pada 30 Mac 2010, NUTP telah
membuat aduan mengenai beban tugas guru. Perjumpaan bersama pihak NUTP dengan
Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah dilaporkan dalam Berita Harian, 1 April
2010. Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menubuhkan satu
Jawatankuasa Khas Mengkaji Beban Tugas Guru. Jawatakuasa itu dipengerusikan oleh Ketua
Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Don dan dianggotai beberapa pegawai
pelajaran dan wakil NUTP bertujuan untuk mengenal pasti tahap keseriusan isu dan mengenal
pasti punca masalah berkenaan dan mencari penanda aras yang boleh diguna pakai bagi
menyelesaikannya.
Sehingga hari ini, tugas guru semakin bertambah dari sehari ke sehari. Dengan
perubahan arus zaman globalisasi dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi yang
begitu meluas, tugas guru menjadi semakin mencabar. Guru merasakan tugas mereka semakin
berat kerana mereka perlu menjalankan tugas yang tiada kaitan dengan tugas hakiki guru iaitu
mendidik seperti tugas perkeranian yang lebih menjurus kepada tugas pengurusan dan
pentadbiran.
Isu Kualiti Guru Page 9
Tugas guru dalam bidang perkeranian telah diakui oleh pihak Kementerian Pelajaran seperti
yang tertera di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet yang mengkaji tentang Dasar Pelajaran
Malaysia 1979;
..oleh sebab terdapat kekurangan kerani, guru-guru terpaksa menjalankan tugas-tugas
bukan ikhtisas dan ini turut menjejaskan prestasi mereka dalam bidang ikhtisas.
Tan Sri Muhyiddin Yassin turut mengulas serba sedikit berkaitan beban tugas guru dalam
wawancara beliau bersama Penulis Buku Sudut Pandang Muhyiddin Yassin:
Namun bagaimana dengan rungutan sesetengah guru yang mendakwa mereka dibebankan
dengan kerja pentadbiran sehingga mengganggu tugas hakiki mereka. Menurut Tan Sri
Muhyiddin;
Kita sedang mengkaji dan memperhalusi perkara ini dan antara lainnya bertujuan untuk
melihat dan memastikan tugas sebenar guru. Jika mengikut definisi biasa, tugas guru adalah
mendidik dan mengajar. Bagaimanapun, kebiasaannya ada tugas lain yang turut
dipertanggungjawabkan kepada guru, contohnya membabitkan aspek disiplin dan
kokurikulum. Ini juga sebahagian tanggungjawab guru. Jadi apabila didakwa sebagai beban,
kita perlu tahu apa sebenarnya yang dikatakan beban itu dan di peringkat mana gandaan
kerja itu berlaku.
Tambahan lagi, pada zaman ini kebanyakan data berkaitan murid perlu diisi dan
dimasukkan secara atas talian internet, sebagai contoh Sistem Maklumat Murid (SMM),
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dan sebagainya. Ini lebih menyukarkan tugas
guru kerana tidak semua guru pakar dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.
Selain itu, kekangan yang terpaksa dihadapi sewaktu proses memasukkan data seperti
masalah server internet di sekolah yang kadangkala terganggu, atau lambat. Data yang ingin
dimasukkan pula bukan sedikit dan kadangkala berlaku pertindihan proses memasukkan data
antara guru-guru di satu-satu sekolah yang menyebabkan talian internet menjadi lambat.
Rungutan para guru berkaitan kesukaran proses memasukkan data dalam talian telah
ditulis dalam Berita Harian, 21 September 2011 bertajuk Guru Merungut Program SAPS
Lebih Sukar Dari Manual.
...sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya menyebabkan
lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-
Isu Kualiti Guru Page 10
mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak
mempunyai komputer atau talian internet di rumah. Namun selepas menggunakan SAPS buat
seketika, ramai guru merungut dan melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis
surat kepada akhbar. Petikan rencana dalam Berita Harian 21 September 2011.
Selain itu juga, tugas guru menjadi satu beban yang berat kerana wujudnya arahan
dalam arahan. Guru melakukan beban kerja berganda kerana program-program yang telah
dirancang di peringkat kementerian perlu dilaksanakan, di samping melaksanakan program
yang lebih kurang sama yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat
Pelajaran Daerah dan seterusnya program sedia ada yang telah dirancang di dalam takwim
sekolah. Kesemua program ini perlu dilaksanakan mengikut tempoh masa tertentu dan guru
perlu menyediakan kertas kerja program, merancang jawatankuasa kerja dan memastikan
program ini berjalan mengikut rancangan.
NUTP dalam Berita Harian bertarikh 2 April 2010 mendedahkan guru menanggung
beban kerja berganda apabila terpaksa melakukan tugasan dalam skop yang sama berulang
kali atas arahan pihak atasan pada peringkat berbeza. Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim
Pheng berkata senario berlaku apabila Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling yang
mengarahkan guru melaksanakan program tertentu, namun pada masa yang sama mereka
dikehendaki menjalankan lagi program seumpama atas arahan pentadbiran pada peringkat
Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), walaupun semua
mengandungi pengisian hampir sama. Hal ini menyebabkan berlaku pembaziran masa dan
menjejaskan tanggungjawab guru dalam pengajaran dan pembelajaran.
Tugas mengurus murid-murid di dalam bilik darjah turut menambah beban di bahu
para guru apabila jumlah murid yang terlalu ramai dalam satu bilik darjah. Ketika ini,
kebanyakan sekolah terutama sekolah di Bandar, mengalami masalah kepadatan bilik darjah
sehingga ada yang melebihi 40 orang murid, menyebabkan guru menanggung beban seperti
kesukaran mengajar kerana tahap penguasaan belajar murid berbeza, selain kerja merekod,
pemantauan disiplin, pengurusan bilik darjah serta menyemak latihan. Lum Chee Hong
menulis laporan bertajuk 2 Cikgu, Satu Kelas Disokong turut menyatakan bahawa terlalu
ramai murid dalam kelas, sehingga jumlahnya melebihi 30 orang satu kelas menyebabkan
persekitaran menjadi sempit dan menyukarkan guru untuk melakukan pemantauan terhadap
semua murid.
Isu Kualiti Guru Page 11
Mohd Feroz dalam laporan khas yang ditulis dalam Berita Harian, 13 Mei 2011,
menyatakan beban waktu mengajar guru yang tidak seimbang antara sekolah menjadi sebab
beban guru bertambah. Hasil tinjauan yang dijalankan menunjukkan bahawa Sekolah
Menengah Harian (SMH) mengalami kekurangan guru khususnya guru subjek Bahasa
Melayu, Sejarah, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Fizik, Kimia dan Kemahiran Hidup.
Beban tugas guru di SMH bertambah apabila bilangan guru tidak mencapai tahap optimum.
Ini berbeza dengan Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional dan Sekolah Berasrama
Penuh.
Selain agihan guru tidak seimbang antara jenis sekolah berbeza, kakitangan kumpulan
sokongan dan pentadbiran mengikut bilangan pelajar dan bukan mengikut beban kerja dalam
organisasi sekolah merupakan penyebab beban guru bertambah. Mengikut amalan sekarang,
nisbah antara Pembantu Tadbir sekolah dengan pelajar ialah 1:300 iaitu seorang Pembantu
Tadbir bersamaan 300 pelajar. Akibat pembahagian guru dan Pembantu Tadbir yang tidak
realistik, beban kerja guru menjadi semakin bertambah dan ini merupakan salah satu sebab
Isu Kualiti Guru Page 12
3.0 IMPLIKASI ISU BEBAN TUGAS GURU
Beban tugas mendatangkan pelbagai implikasi kepada guru dan juga bidang pendidikan itu
sendiri. Jika diamati, guru pada hari ini bukan hanya bertugas sebagai pendidik di dalam bilik
darjah, malahan juga guru turut bertindak sebagai kerani, setiausaha, bendahari, jurujual,
jurutaip, juruhias, dan sebagainya. Implikasi beban tugas yang terlalu banyak juga kadangkala
memaksa guru bekerja lebih masa. Guru juga mendapat kurang waktu berehat apabila
dipanggil menjalankan pelbagai aktiviti pada hari Sabtu. (Shaari, 2006)
Memetik kata-kata Setiausaha NUTP, Lok Yim Pheng, pertambahan beban tugas guru
dikhuatiri akan menyebabkan hala tuju sistem persekolahan negara lebih mementingkan
keputusan berasaskan peperiksaan, berbanding memupuk budaya mencintai ilmu di kalangan
pelajar. Guru kini selain mengejar waktu untuk menghabiskan silibus mata pelajaran, hanya
memberi tumpuan terhadap aspek kemahiran pelajar menjawab soalan peperiksaan. Lok Yim
Pheng, menegaskan bahawa guru ingin memberi tumpuan kepada bidang tumpuan mereka,
iaitu mengajar. Bagaimanapun katanya, guru lebih menghabiskan masa menguruskan data,
fail, rekod dan laporan, menguruskan pelbagai pertandingan kurikulum dan kokurikulum serta
program akademik dan bukan akademik di luar sekolah. Beliau menambah, guru kelas
dibebankan dengan pelbagai kerja perkeranian dan hanya sedikit masa digunakan untuk
tujuan persediaan alat bantu mengajar dan rancangan mengajar serta menyemak buku latihan
pelajar.
Arumugam (1975) menyatakan punca-punca penting bagi ketegangan dan
ketidakpuasan yang dialami oleh guru-guru di Malaysia adalah tugas-tugas perkeranian yang
banyak. Walaupun guru-guru sebenarnya menolak tugas perkeranian yang diberikan kepada
mereka, mereka terpaksa menerima dan melaksanakannya. Beban tugas guru yang terpaksa
dipikul ini akan menyebabkan para guru mengalami ketegangan seperti pendapat yang
dikemukakan oleh Payne & Furnham (1987) iaitu di antara punca yang kerap berlakunya
stress di kalangan guru ialah beban tugas bukan mengajar. Ketegangan yang tinggi di
kalangan guru boleh menyebabkan rasa kecewa, agresif, bimbang dan mengurangkan prestasi
kerja. Coldicot (1985) menjelaskan ketegangan yang tidak terkawal boleh menyebabkan
penyakit dan kemerosotan dalam prestasi kerja.
Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan
Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Ab Aziz Mohd Yatim, berkata
tekanan terhadap komitmen tugas yang perlu dilaksanakan mengikut standard tertentu
Isu Kualiti Guru Page 13
memungkinkan guru bertindak di luar batasan. Menurutnya, guru yang tidak sanggup lagi
menerima tekanan boleh bertindak di luar kawalan termasuk melampiaskan kemarahan
kepada pelajar tanpa disedari hingga mengakibatkan masalah lain.
Dulu, guru boleh mencorakkan cara pengajaran sendiri tanpa perlu memberi banyak
komitmen terhadap tugasan lain. Berbanding sekarang, terlampau banyak kerja remeh temeh
terpaksa dilakukan termasuk tugas dokumentasi yang perlu diserahkan kepada pihak
tertentu. Ab Aziz Mohd Yatim
Hal ini begitu membimbangkan kerana di dada akhbar banyak kes berkaitan guru sakit jiwa
dilaporkan. Salah satu contoh, adalah yang dilaporkan oleh Siti Nor Afzan Kasiman dalam
akhbar KOSMO bertarikh 30 Ogos 2012, profesion perguruan terdedah kepada risiko tinggi
untuk mengalami tekanan mental. Didalam laporan ini menyebut bahawa;
Kajian oleh NUTP mendapati 70 peratus daripada 9000 guru di seluruh negara tertekan
bukan sahaja kerana beban tugas tetapi terpaksa berdepan dengan kerenah pengetua, kerani,
ibu bapa dan juga pelajar.
Salah seorang guru yang ditemu bual, mendedahkan bahawa akibat terbeban dengan
kerja sebagai guru JQAF, beliau mengalami sakit jiwa. Beliau yang mengajar sekolah aliran
agama tidak mampu untuk menanggung beban tersebut lebih-lebih lagi banyak masa
dihabiskan di sekolah berbanding bersama keluarga.
Semasa saya mengajar di Sekolah A, saya pernah bekerja tujuh hari seminggu dari pagi
hinggalah petang sampaikan tiada masa untuk suami dan anak-anak. Hari Isnin hingga
Jumaat, saya mengajar seperti biasa. Kadang-kadang saya diminta menggantikan guru lain
mengajar subjek bukan aliran JQAF. Hari Sabtu pula, ada kegiatan kokurikulum yang mana
semua guru terlibat dan hari Ahad pula saya selaku guru JQAF diwajibkan terlibat dalam
Kem Bestari Solat."
Isu Kualiti Guru Page 14
Menurut Pakar Perunding Kanan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Malaya
(PPUM), Prof. Nor Zuraida Zainal dalam akhbar KOSMO, setiap tahun dianggarkan 22,000
pesakit mendapatkan rawatan di klinik dan wad psikiatri hospital berkenaan. Kira-kira 10
peratus daripada mereka terdiri daripada golongan guru. Malah, jelas Nor Zuraida, guru yang
tertekan berisiko empat kali ganda lebih tinggi untuk mendapat penyakit kritikal seperti sakit
jantung, darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang.
Isu Kualiti Guru Page 15
4.0 CADANGAN MENANGANI ISU BEBAN TUGAS GURU
Oleh kerana tanggungjawab dan tugas guru di sekolah yang terlalu banyak, maka setiap pihak
perlulah memperhalusi dan mengkaji semula setiap tugas yang diberikan agar tugas tersebut
tidak menjadi bebanan yang tidak mampu dipikul oleh guru. Pelbagai cadangan serta cara
disarankan oleh pihak tertentu untuk menyelesaikan isu ini. Pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia sendiri telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi Menangani Isu Beban Tugas
Guru (JKPMIBTG).
JKPMIBTG telah mencadangkan 28 perakuan bagi menangani isu ini. Perakuan ini
terkandung dalam Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pelajaran Malaysia. Antara perakuan yang telah diambil tindakan:
1) Bagi memastikan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu diadakan secara berjadual serta
tidak melebihi dua kali sebulan, satu surat siaran telah dikeluarkan oleh KPM untuk
memastikan pihak sekolah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/2005: Pelaksanaan
Bekerja Lima Hari Seminggu;
2) Bagi mengurangkan beban tugas rencam guru di sekolah, satu Garis Panduan
Penggabungan Jawatankuasa telah disediakan supaya jumlah Jawatankuasa di peringkat
sekolah tidak melebihi sepuluh yang terpenting;
3) Bagi mengurangkan tugas perkeranian yang ada pada ketika ini dilaksanakan oleh guru,
KPM telah memohon pertambahan jawatan Pembantu Tadbir melalui urusan pindah butiran
perjawatan/trade off bagi tujuan pelaksanaan kajian rintis di 50 buah sekolah gred A yang
mempunyai enrolmen melebihi 1500 orang murid;
4) Bagi mengurangkan kekerapan guru keluar meninggalkan kelas untuk berkursus:
a) Satu Pelan Operasi Latihan (POL) Tahunan yang komprehensif sedang
dibangunkan untuk dilaksanakan dalam tahun 2011;
b) Kursus Dalam Perkhidmatan secara atas talian (online) akan diperkenalkan;
c) Pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dalam pembentangan bajet 2011
yang telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia
Isu Kualiti Guru Page 16
5) KPM telah memohon peruntukan kewangan dalam Anggaran Belanja Mengurus 2011
bagi menampung keperluan khidmat Kumpulan Guru Simpanan Kebangsaan (KGSK) dan
Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT);
6) One Stop Centre diwujudkan di peringkat KPM bagi tujuan pengumpulan dan
penyelarasan data.
Setiap perakuan yang telah dijalankan oleh pihak KPM dapat mengurangkan beban tugas
guru. Umpamanya, rungutan para guru berkaitan tidak cukup rehat kerana terpaksa bertugas
setiap Sabtu atau hari minggu. Oleh itu, dengan pelaksanaan aktiviti pada hari Sabtu secara
berjadual serta tidak melebihi dua kali sebulan melegakan para guru kerana guru bukan sahaja
mempunyai tugas di sekolah malahan juga perlu menguruskan keluarga memerlukan masa
bersama keluarga masing-masing.(Kemanusiaan, 2007)
Tugas perkeranian merupakan salah satu beban tugas yang paling besar yang perlu
ditangani oleh guru. Oleh itu, dengan pertambahan kakitangan Pembantu Tadbir merupakan
cadangan yang amat baik dan disambut lega oleh pelbagai pihak. Tan Sri Muhyiddin Yassin
menyatakan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 16 Mei 2012, satu cadangan akan
dikemukakan kepada pihak Jabatan Perkhidmatamn Awam bagi memperluas penempatan
kakitangan Pembantu Tadbir N17 di sekolah-sekolah bawah kementerian.
Pengerusi Majlis Permuafakatan Kesatuan Guru Malaysia, Jemali Paiman turut
bersetuju dengan perakuan tersebut dan mengulas bahawa penambahan jawatan staf sokongan
itu amat penting untuk mengembalikan guru kepada tugas sebenar mereka iaitu mengajar.
Beliau menyebut
.guru perlu fokus untuk pengajaran, bukan dalam kerja perkeranian. Jangan
biarkan guru terus buat banyak kerja lain setiap hari dan pening kepala setiap hujung
bulan.
Pihak KPM juga telah mengeluarkan surat siaran berkaitan pelaksanaan perakuan
Jawatankuasa Khas Menangani Isu Beban Tugas Guru 2012. Pihak KPM telah melaksanakan
peraturan dan perakuan berhubung mengurangkan bilangan ujian dan pelaksanaan
peperiksaan setara di sekolah. Ini bermaksud pihak KPM telah memutuskan bahawa mulai
tahun 2012, Bahagian-Bahagian KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, dan Pejabat Pelajaran
Isu Kualiti Guru Page 17
Daerah hanya dibenarkan untuk menyelaras dan melaksanakan satu peperiksaan setara sahaja
sama ada bagi Peperiksaan Percubaan atau Peperiksaan Akhir Tahun. Pelaksanaan
peperiksaan setara ini akan dimansuhkan bermula pada 1 Januari 2013. Pihak sekolah tidak
dibenarkan untuk menyelaras jadual (setara) bagi ujian formatif. Untuk itu, guru-guru boleh
melaksanakan ujian formatif mengikut jadual waktu pengajaran dan pembelajaran masing-
masing.
Bagi perakuan Latihan Dalam Perkhidmatan (LaDaP), pengoperasian LaDaP akan
dijalankan secara School-Based di Sekolah-Sekolah di bawah KPM. Bagi mengelakkan dan
mengurangkan kekerapan guru meninggalkan bilik darjah, LDP hendaklah dilaksanakan
seperti berikut:
1) 60% latihan secara berasaskan sekolah (school-based)
2) 30% latihan secara berpusat di peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD)
3) 10% latihan berpusat di peringkat Bahagian KPM
Selain itu, pihak KPM turut menyediakan garis panduan penglibatan guru dalam aktiviti
anjuran KPM. Garis panduan tersebut menetapkan bahawa pentadbir sekolah hendaklah
mengagihkan tugas dan tanggungjawab kepada semua guru secara seimbang bagi
mengelakkan penglibatan guru yang sama dalam aktiviti yang dianjurkan.
Majlis Guru Besar Malaysia turut mencadangkan kepada KPM untuk mengkaji nisbah
guru dan pelajar untuk mengurangkan beban guru. Yang Dipertua Gabungan Majlis Guru
Besar Malaysia (GMGBM) Awang Mohamad melalui BERNAMA, 3 Ogos 2005 berkata
Satu daripada cara untuk meringankan beban kerja ini ialah dengan menambah
bilangan guru, ertinya kalau sekarang satu bilik darjah 1.5 guru, sekarang kita minta satu
bilik darjah 2.0 (ertinya satu bilik darjah ada dua orang guru).
Saranan yang disampaikan oleh Awang juga relevan dengan saranan pihak lain
berkaitan jawatan pembantu guru bagi mengatasi masalah yang sama. Tokoh akademik, Tan
Sri Abdul Rahman Arshad bersetuju dengan jawatan pembantu guru bagi membantu guru di
setiap kelas bagi melakukan tugas pentadbiran dan perkeranian. Memetik kata-kata beliau
dalam Berita Harian, 2 April 2010;
Isu Kualiti Guru Page 18
.Ini bukan sahaja meringankan tugas guru, malah pada masa yang sama membantu murid
yang ketinggalan untuk maju setanding dengan rakan lain..
Bagi mengatasi bilik darjah yang mengandungi terlalu ramai murid, kalangan guru
menyokong syor menempatkan dua guru dalam kelas bagi meringankan beban tugas guru. Ini
bersesuaian dengan saranan pihak lain yang mahukan pembantu guru di dalam bilik darjah.
Perkara ini telah dinyatakan dalam rencana Berita Harian, 15 Disember 2010.
Bukan itu sahaja, salah satu usaha atau cadangan bagi meringankan beban tugas guru
yang semakin bertambah adalah ganjaran atau imbuhan guru ditingkatkan setanding dengan
tugas dan amanah yang dipikul. Malahan, pihak KPM telah menyediakan tiga insentif sebagai
ganjaran dan penghargaan kepada guru yang komited dalam memikul amanah mendidik anak
bangsa dan menjayakan matlamat pendidikan. Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Berita
Harian, 20 Mei 2010 menjelaskan mengenai insentif yang digunakan untuk meringankan
beban tugas yang dipikul guru serta meningkatkan motivasi kerja guru di sekolah. Antara
bentuk insentif adalah kenaikan gred perkhidmatan berdasarkan time-based. Ini bermaksud
peningkatan gred dilakukan berdasarkan tahun perkhidmatan serta kualiti perkhidmatan.
Pihak KPM turut menawarkan insentif sebanyak RM 900 hingga RM7500 kepada
Pengetua, Guru Besar dan guru sekolah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Petunjuk
Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran. Ia boleh dianggap sebagai
alternatif kepada cadangan membayar elaun kerja lebih masa kepada guru yang dituntut oleh
NUTP namun telah ditolak oleh kerajaan.
Isu Kualiti Guru Page 19
5.0 RUMUSAN
Tuntas nya, isu beban tugas guru telah lama di gembar gemburkan dan sehingga ke hari ini isu
ini masih cuba ditangani oleh kementerian pelajaran. Saya bersetuju dengan isu ini bahawa
beban tugas guru pada hari ini semakin bertambah dan guru banyak melakukan tugas-tugas
pentadbiran seperti perkeranian. Tugas memasukkan maklumat murid secara atas talian
merupakan salah satu beban tugas yang pada hemat saya begitu mencabar bagi sesetengah
guru yang jarang-jarang menggunakan internet dan komputer.
Apa yang saya perhatikan, banyak pihak yang mungkin mencebik, menjuih bibir
apabila guru merungut mengenai beban yang mereka hadapi. Tak kurang juga yang
mengatakan guru ketika ini manja dan banyak songeh serta pelbagai kritikan lagi seperti
sudahlah kerja separuh hari, cuti banyak pula, itu pun nak merungut.
Namun, mereka yang kebanyakannya menyalahkan guru dalam isu rungutan itu
mungkin tidak peka mengenai situasi sebenar kerjaya itu ketika ini yang bukan sekadar kerap
perlu bekerja melebihi masa sepatutnya, malah dibebani dengan longgokan kerja yang ada
kalanya tak selesai di sekolah, terpaksa dibawa sehingga atas katil sebelum tidur.
Hampir kebanyakan tugas yang selayaknya diuruskan kerani atau pegawai data kini
menjadi tanggungjawab guru. Daripada tugas merekod maklumat murid, data peribadi,
keputusan peperiksaan secara manual dan berkomputer, bayaran yuran, rekod pinjaman buku
teks, inventori aset sekolah sehinggalah kepada urusan pada peringkat pejabat pendidikan
daerah serta jabatan pelajaran negeri.
Adalah tidak wajar guru dulu dan sekarang dijadikan perbandingan kerana pada zaman
berteknologi maklumat serba canggih ini, semuanya perlu direkodkan secara berkomputer
walaupun rekod bertulis turut perlu dibuat dan yang menyedihkan, bukan semua guru ada
komputer atau lebih parah lagi, tak semuanya celik komputer.
Justeru, pada pendapat saya, adalah wajar kementerian memantau apa keperluan dan
keperitan yang dihadapi penggerak utama dalam sektor pendidikan di negara ini.
Saya penuh percaya bahawa guru yang berdedikasi tidak akan melihat tugas tersebut
sebagai beban. Jika kita benar-benar minat, walaupun tugas itu berat, kita sedia berkorban
dan jauh sekali mahu melihatnya sebagai beban. Konsep pengorbanan dalam profesion
perguruan hakikatnya sangat penting dan saya tahu ada guru sanggup datang ke sekolah
Isu Kualiti Guru Page 20
tanpa disuruh oleh guru besar untuk membimbing pelajar. Inilah bukti kepimpinan dan
komitmen guru yang membezakan mereka daripada guru-guru lain Tan Sri Muhyiddin
Yassin (2011).
Saya bersetuju dengan pendapat yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin ini. Namun
berharap agar isu guru menjalankan tugas perkeranian dapat diselesaikan melalui cadangan
kerajaan menambah bilangan jawatan pembantu tadbir agar guru dapat menjalankan tugas
mendidik yang sepatutnya menjadi tugas hakiki mereka dengan lebih efektif.
Isu Kualiti Guru Page 21
6.0 RUJUKAN
Muhammad Shukri bin Salleh (1998). Beban Tugas di Kalangan Guru Sekolah Rendah,
Universiti Utara Malaysia.
Kementerian Pelajaran Malaysia. 1986. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia mata
pelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Mohd Fitri Bin Sahhari (2006). Tahap Beban Tugas Guru Sekolah Menengah di Daerah
Skudai : Kajian Kes. Di peroleh pada 21 april 2015 dari
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwP/MOHDFITRIAP010212D22
06TTP.pdf
Berita Harian (2010). Mohd Feroz, Beban Waktu Guru Mengajar yang Tidak
Seimbang. Mei 13.
Kosmo (2012). Siti Nor Afzan Kasiman, Profesion Perguruan Terdedah kepada Risiko
Tinggi untuk Mengalami Tekanan.
Kemanusiaan, J. (2007). English Teaching Mathematics and Science ), (1992).
Shaari, A. S. (2006). Beban tugas guru sekolah rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan
Dan Pengurusan Sekolah, 112.