+ All Categories
Home > Documents > 5. Sistem Bancian Tandan Buah Hitam

5. Sistem Bancian Tandan Buah Hitam

Date post: 13-Jul-2015
Category:
Upload: amirul-pandamonium-linux
View: 352 times
Download: 26 times
Share this document with a friend
Popular Tags:

of 13

Transcript

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH

SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAM

PEMBENTUKAN TANDAN

Tempoh masa pembentukan tandan dari peringkat permulaan sel bunga sehingga peringkat tandan siap sedia untuk dituai dianggar mengambil masa antara 32 hingga 40 bulan. Peringkat dan masa pembentukan tandan secara ringkas adalah seperti berikut :Peringkat i. Permulaan sel bunga ii. Penentuan Jantina iii. Fasa Keguguran iv. Anthesis ( bunga mengorak ) v. Tandan Masak Bulan sebelum tandan masak ( BSTM ) 32 40 22 30 8 11 5 0

PEMBENTUKAN BUAH

Dalam keadaan biasa, buah akan masak dalam masa 5 hingga 5.5 bulan selepas pendebungaan. Ringkasan, masa dan peringkat pembentukan buah adalah seperti berikut :Peringkat i. Pembentukan ruang isirung ii. Pembentukan isirung iii. Pembentukan mesokarp iv. Sintesis minyak Minggu 03 4 13 14 16 17 20/21

- Pembentukan buah sebenarnya berlaku secara berterusan dan pembahagian di atas adalah untuk menunjukkan keutamaan sesuatu peringkat pembentukan buah.

SISTEM BANCIAN

BLOK PENSAMPELAN

Bagi ladang besar, anggaran luas bagi setiap blok pensampelan adalah antara 30 50 ha. Pemilihan blok perlu seragam dari segi jenis tanah, topografi, umur dan pertumbuhan pokok. Blok pensampelan boleh mengikut blok penuaian atau blok pembajaan yang sedia ada. Semua blok pensampelan yang telah dikenal pasti diberi identiti ( nama atau nombor blok )

SISTEM BANCIAN ( smbg )

BILANGAN SAMPEL POKOK

Bilangan sampel pokok yang syorkan ialah 5% hingga 10% dari jumlah pokok dalam setiap blok pensampelan Secara praktik, sampel sebanyak 5% dipilih dengan menandakan satu baris pokok bagi setiap 20 barisan pokok. Pensampelan sebanyak 10% ialah satu baris bagi setiap 10 barisan pokok Baris pokok yang dipilih dikenali sebagai baris banci

SISTEM BANCIAN ( smbg )BARIS BANCI iPemilihan baris banci hendaklah menepati syarat berikut: Pilih baris banci pertama tiga ke empat baris dari tepi sempadan blok atau pensempelan ladang Baris banci hendaklah tersebar keseluruhan blok pemsampelan bagi menjamin sampel adalah menyeluruh. Jumlah pokok dalam semua baris banci hendaklah hampir menyamai jumlah sampel pokok yang telah ditentukan sama ada 5% atau 10%. Baris banci perlu ditanda untuk memudahkan kerja bancian setiap empat bulan serta kerja penyemakan jika perlu.

SISTEM BANCIAN TANDAN BUAH HITAMPembanci perlu mengenali buah hitam yang berumur lebih dari satu bulan selepas pendebungaan ( melalui latihan ) Kebiasaannya tandan hitam berumur melebihi 1.5 bulan terdapat dicelah pelepah nombor 25 dan seterusnya. Sebagai panduan buah hitam berumur 1.5 bulan telah mempunyai air dalam ruang isirung apabila ia dibelah dua.

BANCIAN BUAH HITAM ( smbg )

Setiap pokok di dalam baris banci akan dibanci dengan mencatat jumlah tandan yang terdapat disetiap pokok termasuk tandan hitam yang berkilat berumur 1.5 bulan selepas pendebungaan, tandan muda dan masak. Tanda X pada pokok yang sudah mati atau titik tanam yang kosong. Semua catatan bancian dibuat dalam borang khas ( Cth : Borang A )

Borang ANo. Titik tanam 1 2 3 4 5 6 Jumlah Tandan Bilangan Pokok Matang Bil. Titik Tanam kosong (X) Jumlah Titik TanamNota : BLK = Blok BB = Barisan banci

BLK/BB A/1

BLK/BB A/2

BLK/BB A/3

BLK/BB A/4

BLK/BB A/5

BLK/BB A/6

BLK/BB A/7

Pengiraan

a) b) c) d)

Pendekatan (a )Jumlah titik tanam yang di banci = Bil Pokok Matang + bil titik tanam kosong Jumlah hektar dibanci = jumlah titik tanam dibanci / kepadatan tanaman semasa Jumlah tandan sehektar = Jumlah bil. Tandan / jumlah hektar di banci Berat BTS ( Buah Tandan Segar ) sehektar = jumlah tandan sehektar x anggaran berat setandan

Pengiraan ( smbg )

Pendekatan (a )- smbg )-

e) Anggaran hasil BTS untuk blok = Berat BTS sehektar x luas blok f) Anggaran hasil BTS untuk ke semua luas ladang boleh di dapati dengan mencampurkan semua anggaran hasil BTS dari setiap blok pemsempelan. g) Anggaran minyak sawit mentah = anggaran BTS x kadar perahan minyak h) Anggaran Isirung = Anggaran BTS x kadar perolehan isirung

Pengiraan ( smbg )

a)

Pendekatan (b)Purata bil. tandan sepokok = Jumlah bil. tandan dibanci / jumlah pokok matang dibanci. Anggaran bil. Tandan untuk blok = purata bil. Tandan sepokok x jumlah pokok matang dalam blok Anggaran hasil BTS untuk blok = anggaran bilangan tandan untuk blok x anggran berat setandan

b)

c)

Kesimpulan

Anggaran hasil BTS menggunakan kaedah mengira tandan hitam adalah lebih saintifik dan tepat berbanding dengan kaedah lain seperti berdasarkan data kajian pengeluaran hasil yang lepas. Ini adalah kerana pengeluaran BTS sangat dipengaruhi oleh faktor cuaca, hujan, tanah dan amalan agronomi setempat Kaedah ini memerlukan ketelitian semasa pelaksanaan bagi mendapatkan anggaran hasil yang tepat. Kaedah ini kadangkala sukar dilaksanakan dengan tepat terutama dalam keadaan pokok yang sudah tinggi kerana boleh mengelirukan.


Recommended