+ All Categories
Home > Documents > Anis April 2010

Anis April 2010

Date post: 06-Mar-2016
Category:
Upload: galeri-ilmu-dot-com
View: 246 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Description:
Preview Majalah Anis April 2010
9
pedoman wanita solehah APRIL 2010 • RABIUL AKHIR / JAMADIL AWAL 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA DISTRIBUTORS 53122820K, (MD. SYAMSUL SUTOMO), 505, West Coast Drive #01-210 Singapura 120505. Tel: 02-6778 4347 / 02-9180 7794 www.galeriilmu.com.my Suntik Jiwa Suntik Jiwa Dengan Dos Dengan Dos Qiamullail Suntik Jiwa Suntik Jiwa Dengan Dos Dengan Dos Qiamullail MULA HARI DARI SENJA! DARI SENJA! DIDIK ANAK BERSIH – Latih @ Leter – Latih @ Leter DIDIK ANAK B RS H DIDIK ANAK BERSIH DIDIK ANAK BERSIH BANKRAP BANKRAP Bebaskan Diri Anda Bebaskan Diri Anda HIPOKRIT HIPOKRIT BERTUDUNG BERTUDUNG 10 TIP MUDAH BANGUN MALAM Tahu Tapi Tak Mahu Farah Adeeba ANAK + BISNES ANAK + BISNES + LAKONAN + LAKONAN DUNIA BARU DUNIA BARU ms 15 TERKEJUT TERKEJUT + TAHAJUD + TAHAJUD = SUJUD = SUJUD
Transcript
Page 1: Anis April 2010

pedoman wanita solehah

APRIL 2010 • RABIUL AKHIR / JAMADIL AWAL 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA

DISTRIBUTORS 53122820K, (MD. SYAMSUL SUTOMO), 505, West Coast Drive #01-210 Singapura 120505. Tel: 02-6778 4347 / 02-9180 7794

www.galeriilmu.com.my

Suntik Jiwa Suntik Jiwa Dengan DosDengan Dos

QiamullailSuntik Jiwa Suntik Jiwa

Dengan DosDengan DosQiamullail

MULA HARI DARI SENJA!DARI SENJA!

DIDIK ANAK BERSIH– Latih @ Leter– Latih @ LeterDIDIK ANAK B RS HDIDIK ANAK BERSIHDIDIK ANAK BERSIH

BANKRAP BANKRAP Bebaskan Diri AndaBebaskan Diri Anda

HIPOKRITHIPOKRITBERTUDUNGBERTUDUNG

10 TIP MUDAH BANGUN MALAM

Tahu Tapi Tak Mahu

Farah AdeebaANAK + BISNESANAK + BISNES+ LAKONAN+ LAKONAN

DUNIA BARUDUNIA BARU

ms 15TERKEJUT TERKEJUT + TAHAJUD + TAHAJUD

= SUJUD= SUJUD

Page 2: Anis April 2010

2 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

PENGHIAS KULIT: FARAH ADEEBA MOHD ASYRAF PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD. RAHMAN (SHIMAHRAHMAN.BLOGSPOT.COM) PEM. PENYELARAS: NUR ZAINATUL HAJAR (PELATIH USIM) FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: AWIN 013-7702739 WWW.SEINDAHWAJAH.COMTUDUNG & PAKAIAN: WWW.NAJJAH.COM

SEPINTAS LALU

RencahRencah01 Catatan Editor - Rindu Tahajud

Primadona

09 Jendela Mak Uda – Merebut Bonus Sepertiga Malam!

24 Harmoni - Pikat Memikat Menyatu Hati

38 Lensa - Di Bawah Lembayung Langit Madinah

40 Gaya Kini

48 Salam Haramain – Abraj Janadriah Melakar Peristiwa, Manusia & Masa!

54 Didik Manja – Didik Anak Bersih - Latih Atau Leter

56 Bulan Kelahiran

60 Tip RM – Bankrap – Bebaskan Diri Anda!

64 Semaian Kasih – Rafak Taazim: Sebuah Eulogi Buat Emak

PENGHIAS KULIT

72 Laman Kampus - Penangan Tahajud

76 Warta Sekilas

82 Eksklusif - Malam Sinar Maulidurrasul Ketiga - Meriah Dalam Syahdu…

88 Buletin Jabatan Buku

91 Bicara Abu Hassan – Contohi Perjuangan Salahuddin Al-Ayubi

94 Hias Laman - Eleman Bagi Sebuah Landskap

96 Sihat Anggun – Penjagaan Ibu Hamil Secara Tradisional Melayu

100 Aroma – Sajian Ringkas TaHa

104 Petua

d T h j d

Solat Malam Solat Malam Hadiah Terpilih Hadiah Terpilih

Dari AllahDari Allah

10-1610-16

2828Lawati Majalah Anis di Facebook

itu iklan nak menyuruh kamu bangun

tengah malam, solat tahajud.Ni apa

menda punya iklan ni sampai

boleh terhapus dosa, boleh masuk

syurga ni??

APRIL 2010

Page 3: Anis April 2010

4 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Anak kunci ketenangan jiwa adalah apabila

berjaya meraih keredhaan Allah. Ia adalah destinasi terpuncak pemburuan manusia di dalam hidup. Ia sebagai jawapan kepada sebuah kehidupan bermakna. Namun, manusia sering tersalah jangkaan apabila merasakan bahawa kemewahan hiduplah sumber ketenangan jiwa. Manusia kemudiannya melaburkan seluruh masa, tenaga serta komitmen mereka untuk memburu kemewahan hidup demi meraih ketenangan dan kepuasan. Respon kepada rangsangan ini adalah, manusia terus tenggelam di dalam arus resah, bernafas gelisah dalam sekam hidup yang sangat merimaskan. Saat itu kita sedar bahawa kemewahan hidup yang sempit ini tidak berupaya memenuhi ruang hati yang lebih luas. Rongga itulah kegelisahan yang membedal kita dari dalam. Ruang itulah yang perlu diisi dengan Mardhotillah demi mencari jawapan tentang kedamaian hakiki. Mari kita meneroka daerah keredhaan Allah yang Maha Luas, ia berpunca dari langkah kecil dengan menghargai

sesuatu yang sangat berharga, bukan pada nilai duniawi, tetapi ingatan Allah: “Keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan kedua ibu bapa.”

Kuasa FitrahDalam buku ‘U-Turn Ke Jalan

Lurus’ ketika menceritakan mengenai kuasa fitrah, saya kongsikan kisah seorang pemilik dusun durian yang menembak seekor ibu monyet. Ketika monyet itu meraung kesakitan, sedang darah mencucur deras, kesakitan menyelinap segenap saraf dan sendi, pada luka yang dalam dari bekas peluru pula berbuih terbaur darah pekat bercampur lendir kesakitan yang tidak mampu dibayangkan. Saat itu ketika anak yang bergayut pada tengkuknya meraung ketakutan si ibu telah menarik anaknya dan diberikan susuan. Hanyir darah dan gempita

kesakitan tidak dapat memisahkan kasih antara ibu dan anak.. Sungguh tragis, itu yang datang dalam sebak rasa saya ketika mula-mula mendengar kisah ini.

Saya ingin kongsikan pula pengalaman seorang anggota bomba yang sering berhadapan dengan keadaan gawat lewat kemalangan ngeri dan bunyi geruh nafas akhir serta wajah-wajah kematian. Saya kongsikan cerita beliau;

Pada satu kemalangan dahsyat di lebuh raya yang melibatkan sebuah kereta, sepasang suami isteri dan seorang bayi. Kereta yang dinaiki mereka telah hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi jalan dengan hentaman maksimum. Kereta remuk sepenuhnya. Di tempat duduk pemandu, si suami telah terkulai, badannya terlungkup pada stering,

OLEH: ZUL RAMLI M. RAZALI

KIFFAH MOTIVATION & TRAINING SDN. BHD.

(zulramli.blogspot.com)

FIKIR ZIKIR

Carilah jawapan dalam selaut rasa, biarkan hati yang berbicara bukan sesiapa memaksa, semoga nanti kita menghargai sesuatu yang paling bernilai...hati seorang ibu dan perasaan seorang bapa!

Selangkah ke Haribaan Redha Ilahi

Page 4: Anis April 2010

HARMONI

Pikat Memikat Menyatu Hati Menyatu Hati

24 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Duduk seketika dan luangkan sedikit masa membaca tip di bawah ini. Fikirkan apakah anda terlibat dalam permasalahan ini.

ISTERIISTERIISTERIISTERI1. Suami anda merajuk. Apakah reaksi anda?a) Biarkan sahaja sehingga dia tenang.b) Suruh anak pujuk.c) Cuba memujuknya.d) Buat-buat tak tahu.

2. Suami anda bercerita tentang masalah di tempat kerjanya. Reaksi anda...a) Dengar sahaja.b) Dengar sambil menonton TV.c) Bercerita juga tentang masalah kita.d) Dengar dan cuba beri dorongan kepadanya.

3. Anda hendak menonton drama kesukaan anda, tetapi

ketika itu suami sedang menonton rancangan lain. Tindakan anda...a) “Cerita apa ni. Tengok lain le bang.”b) “Macam budak-budak. Tukar siaran lainlah.”c) “Bang, boleh tak nak tengok drama semalam. Ada sambungannya malam ni.”d) Terus menukar siaran yang anda inginkan.

4. Apa hadiah istimewa buat suami pada hari lahirnya?a) Tiada apa-apa.b) Tarikh lahirnya pun, tak ingat.c) Dia pun tak ingat, kita buat-buat lupalah.d) Selalunya ada tak pernahlah lupa.

5. Berapa kali anda mengubah hiasan dalam bilik tidur?a) Tak pernah bertukar, sibuk sangat.b) Sesekali apabila suami lama tiada di rumah.c) Buat apa hendak ditukar, penghuninya sama sahaja.d) Selalu, sampai senget kaki katil.

6. “Ina, abang ada beli baju ni. Buat baju kurung cantik juga.” Kebetulan warna dipilih tidak kena dengan selera anda. Reaksi anda...a) “Aii bang, sudah bertahun kahwin takkan tak tahu warna yang saya suka.”b) “Mmm...letak saja di situ. Saya tengah bagi anak makan ni.”c) “Terima kasih, bang. Murah rezeki hari ini.”d) Pandang pun tidak.

Page 5: Anis April 2010

SKETSA RUMAH TANGGA

Ala, apebenda iklan ni Hj Bad? Semua cerita pasal akhirat saja. Tak best arr. Orang tengah sakit-sakit kepala pasal 1001 masalah dunia, dia asyik iklankan cerita akhirat pula. Tension arr. Orang tengah bengang-bengang kepala hotak nak selesaikan masalah hutang dan keperluan hidup, dia iklan pasal agama pula. Orang tengah tension menghafal subjek nak exam tak lama lagi, dia asyik iklan pasal syurga neraka lak. Harrgh, lagi tension adalah...

Okay, okay, kita tukar iklan lainlah pula.

Whoa...ini barulah dinamakan iklan. Boleh menghilangkan segala penyakit termasuk penyakit pelupa. Inilah petua yang sangat-sangat kita perlukan. Tanpa wang tanpa ubat lak tuu! Macam mana caranya?

Ikuti langkah-langkah berikut:1. Buat temujanji sekitar pukul tiga

pagi sehingga sebelum Subuh. (bior betul!!)

2. Bangun tidur, bersihkan badan dan ambil wuduk.

3. Lakukan solat malam seperti Tahajud, Witir, Tasbih dan sebagainya.

4. Berdoa, berzikir dan bermunajat kepada Allah sebanyak-banyaknya.

5. Istiqamah dalam melakukan solat-solat ini, insya-Allah, bukan saja penyakit dalam badan atau sifat pelupa, malah semua tujuh perkara yang saya sebutkan di baris atas sekali, insya-Allah akan tertunai.

Amacam, hebatkan iklan ni? Hebatkan kuasa solat malam? Benar. Kalau tidak takkan Rasulullah kata, kalau ia tidak membebankan umatku nescaya aku wajibkan mereka bersolat malam. Ertinya, solat malam

Penangkal Penangkal Segala Penyakit

OLEH: HJ BAD

Petua yang sangat

diperlukan. Tanpa

wang, tanpa ubat.

Aduh, sedap-sedap tidur macam

ni malasnya nak bangun malam. sejukk nak ambil wuduk lagi... malam esok lak aku

try bangun solat tahajud…

Anda mahu terhapus segala dosa?

bn

Anda mahu menjadi orang ber takwa?j

Anda mahu berdiri sebaris bersama orang-orang soleh?g g

Anda mahu berdiri sebaris bersama ahli ibadah?

Anda mahu mendekatkan diri dengan Allah?

Anda mahu tercegah daripada maksiat?

Anda mahu masuk syurga dengan selamat?

Petua menghilangkan Petua menghilangkan dan membuang segala dan membuang segala penyakit dari badan. penyakit dari badan. Tanpa wang! Tanpa ubat! Dijamin Tanpa wang! Tanpa ubat! Dijamin berkesan! Tiada kesan sampingan! berkesan! Tiada kesan sampingan! Pasti memuaskan! Jaminan wang Pasti memuaskan! Jaminan wang tidak akan dikembalikan (sebab tidak akan dikembalikan (sebab anda tak perlu mengeluarkan anda tak perlu mengeluarkan wang sesen pun!).wang sesen pun!).

Anda Anda seorang seorang

yang pelupa? yang pelupa? Sukar mengingati Sukar mengingati apa yang dipelajari? apa yang dipelajari?

Sukar menghafal? Sukar menghafal? Dapatkan petua terhebat Dapatkan petua terhebat

warisan sepanjang zaman. warisan sepanjang zaman. Terbukti berkesan!Terbukti berkesan!

Iklan 1Iklan 1Iklan 1Iklan 1

Iklan 2Iklan 2Iklan 2Iklan 2

28 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Page 6: Anis April 2010

36 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Adeeba menambah, “Hari pertama, kami berdua keliru, dia lapar ke, haus ke atau sudah buang air besar pun kami tidak tahu. Tapi

alhamdulillah berkat sokongan keluarga saya dan Rafique, kami berdua berjaya memelihara dan bahagia melihat Muhammad dari hari ke hari membesar di depan mata. Dia tak banyak kerenah dan mudah dijaga. Tengoklah badannya yang montel ni.”

“Apabila besar nanti Muhammad nak ikut siapa ye? Nak jadi pengacara atau peguam?” Usikan saya disambut senyum tawa si Farah.

“Tak kisahlah kak, tengok bakat dan minatnya nanti tapi apa pun Muhammad mesti jadi Ustaz dulu.” Gurauannya itu sebagai isyarat Farah Adeeba dan suami saling berusaha untuk memberi penekanan pada pendidikan agama secukupnya buat si comel.

Lakonan & Bisnes

Tahun 2010 juga membuka banyak lembaran baru dalam kamus hidup Farah Adeeba, 32 tahun. Bukan saja pengalaman pertama bergelar ibu, satu lagi kejutan dibuatnya apabila sanggup terjun ke bidang lakonan.

Memegang watak Nurul dalam drama Nurul Iman, dia meneroka satu pengalaman baru yang bezanya bagai langit dan bumi dengan dunia pengacaraan. Penggambaran drama sebanyak 13 episod ini sudahpun selesai dijalankan di Perlis dan di negara Syria. Drama yang diterbitkan oleh Anugerah Media Network, syarikat bersekutu Galeri Ilmu Sdn. Bhd. dan bakal disiarkan di RTM pertengahan tahun ini.

“Saya menerima watak ini kerana secara jujurnya saya tertarik dengan skrip drama ini yang Islamik. Penerbitnya juga berorientasikan

“Buat sementara ini saya terpaksa tolak semuanya. Selagi tidak dapat pembantu rumah biarlah saya yang menjaganya sepenuh masa.

Saya tak ralat tolak tawaran kerana tak sanggup berpisah dengan Muhammad. Kini Muhammadlah segala-galanya,” ulasnya lagi sambil tak putus-putus mencium

si comel. Bagaikan ibunya, si comel ini juga

begitu ‘sporting’ dan teruja. Anak matanya yang begitu jernih akan terkelip-kelip memandang lensa kamera dan aneka peralatan kamera yang berada di sekelilingnya. Dia juga akan terpegun apabila diberi buku yang berwarna-warni.

Bercerita lanjut mengenai Muhammad, Farah Adeeba tidak lokek berkongsi secebis kisahnya mengenai pengalaman barunya bergelar ibu setelah tujuh tahun tidak dikurniakan cahaya mata.

“Kami berdua tidak merancang untuk mengambil anak. Kami berdua juga telah membuat keputusan yang cukup drastik dan diambil dalam masa satu hari sahaja. Saya lihat Rafique begitu ‘excited’ dan paling gembira menerima berita kehadiran Muhammad pada 10 Ramadan tahun lalu.”

Kedua mereka begitu teruja menempuh pengalaman baru seperti yang dilalui ibu bapa yang lain. Saat paling tidak boleh dilupakan kala pertama kali menimang si comel ini.

Dengan nada gembira, Farah

keagamaan seperti Akademi Al-Quran TV9 (2006-2008) dan Cari Menantu TV9 (2006-2008). Tapi dia juga serasi bersama rancangan talk-show membicara topik kekeluargaan di Keluarga Di-9 (2008). Terbaru dia menjadi hos rancangan dokumentari At-Tijarah TV1 yang menjejak kisah kejayaan usahawanita di tanah air. Sesekali celoteh Farah Adeeba memeriahkan hujung minggu anda di rancangan Nasi Lemak Kopi O -TV9. Selain dilantik sebagai duta beberapa produk, Farah Adeeba juga pernah mendapat anugerah Pemenang kategori Pengacara Wanita Program Agama Terbaik Anugerah AMIN (Anugerah Media Islam Negara) tahun 2008.

Namun, Farah Adeeba tak pernah kesal kerana niatnya dahulu pun semata-mata ingin memberi tumpuan seratus peratus kepada keluarga.

Farah Adeeba dan pelakon-pelakon yang lain ketika Farah Adeeba dan pelakon-pelakon yang lain ketika menjalani penggambaran drama Nurul Iman di Syria.menjalani penggambaran drama Nurul Iman di Syria.

Page 7: Anis April 2010

TE

KS

/PE

NY

EL

AR

AS

FO

TO

GR

AF

I: NO

RH

AS

HIM

AH

AB

D R

AH

MA

N F

OT

O: A

NIS

SU

HA

ILI R

OS

SE

NA

N S

OL

EK

AN

: FIF

I OM

AR

TE

L: 0

19

-61

01

37

3

TU

DU

NG

& P

AK

AIA

N: Z

AIT

ON

AL

IAS

CO

LL

EC

TIO

N (ID

PE

RE

MP

UA

N) T

EL

: 01

3-3

61

95

88

/01

2-3

84

17

41

/01

2-3

84

87

23

& D

F C

OL

LE

CT

ION

S

TE

L:0

17

-34

18

90

9 M

OD

EL

: NO

OR

AM

AL

INA

BA

HA

RO

M, W

IDIA

IRA

NI M

UH

D N

AS

IR, W

IDA

T M

OH

D A

LI D

AN

SIT

I NU

R A

FIQ

AH

AB

DU

LL

AH

Aspirasi WWaarrnnaa

Warna memainkan peranan cukup penting dalam pembentukan imej diri. Busana Muslimah tidak terhad kepada warna hitam dan putih sahaja tetapi ia boleh ditampilkan dalam pelbagai warna menarik asalkan tidak terlalu keterlaluan. Zaiton Alias Collection dan DF mengetengahkan koleksi terbarunya dengan warna-warna yang lebih ceria tetapi sopan dalam memperaga gaya seorang Muslimah kontemporari.

40 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Jubah moden dari fabrik sifon ini mampu menampilkan imej anggun dan sopan terutama kala hadir ke majlis perkahwinan ataupun majlis agama. Pilihlah sama ada mahu tampil dalam jubah bermotif flora mahupun jubah pink berjalur biru dan kelabu. Dipakai bersama Tudung lycra, lebih manis diganding bersama selendang sifon dari corak yang sama.

Page 8: Anis April 2010

94 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Kali ini dipaparkan pula elemen-elemen yang perlu ada pada sesebuah taman atau landskap yang ingin

dibangunkan itu. Cantiknya sebuah taman atau landskap itu adalah kerana terdapat keseimbangan dalam gabungan elemen-elemen landskap lembut, keras, air dan juga kehidupan di dalamnya.

Elemen landskap lembut atau dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ‘softscape’ merujuk kepada kepelbagaian tumbuh-tumbuhan hidup yang digunakan bagi menghiasi sesebuah taman itu. Manakala elemen landskap keras atau juga dipanggil elemen landskap kejur dan dalam istilah Inggerisnya dikenali sebagai ‘hardscape’ merupakan elemen yang tidak hidup. Ia sama ada dibina oleh manusia atau hadir secara

semula jadi. Contohnya, pergola, gazebo, perabot taman, pemijak kaki dan batu semula jadi.

Sementara elemen air pula biasanya hadir dalam bentuk air pancutan, air terjun, air mengalir atau pancuran dan kolam ikan yang boleh menambah lagi nilai estetika kepada sebuah taman itu. Selain dari itu, kehadiran kehidupan dalam taman seperti serangga, unggas dan binatang sebagai penghuni dan pengguna yang mendapat manfaat dari sesebuah taman atau landskap itu.

Elemen-elemen ini haruslah menyokong atau melengkapi di antara satu dengan yang lain. Contoh, peranan elemen landskap lembut adalah untuk melembutkan elemen landskap keras. Umpamanya kekerasan batu semula jadi dapat

dilembutkan dengan penanaman lumut di atasnya. Manakala pergola dan gazebo boleh dilembutkan kehadirannya dengan penanaman pokok jenis pemanjat yang boleh memanjat di atasnya dan seterusnya melembutkannya dengan dedaun atau bunga-bungaan yang cantik ditambah pula ranting-ranting yang berjurai ke bawah, cantik sekali penampilannya. Apatah lagi jika pokok yang menjalar itu dari jenis berbunga cantik, berbau wangi seperti pokok bunga kerak nasi yang akan menarik kehidupan lain seperti lebah dan rama-rama untuk datang menghisap madunya.

Manakala air pancutan, air terjun, air mengalir atau pancuran boleh juga ditambah sebagai pelengkap bagi menyerikan lagi taman berkenaan untuk kelihatan lebih

Elemen Bagi Elemen Bagi Sebuah LandskapSebuah LandskapElemen Bagi Elemen Bagi Sebuah LandskapSebuah Landskap

Pelengkap penyeri taman untuk kelihatan lebih semula jadi.

HIAS LAMAN

OLEH: A. BAKRI MD

Page 9: Anis April 2010

SIHAT ANGGUN

Mengikut kefahaman Melayu lama, apabila seseorang ibu itu hamil, ia akan melalui fasa

pertukaran hormon wanita atau dipanggil ‘Deriarasa Perempuan’. Mereka akan berasa berlainan dari segi citarasa, selera dan citarasa tubuh badannya. Citarasa yang berlainan ini akan berlaku kepada seseorang itu mengikut amalan hidup harian dan juga pemakanannya.

Perubahan ketara seperti itu akan berlaku pada awal kehamilan, di antara tempoh satu sehingga tiga bulan. Dalam tempoh itu, zigot iaitu sel hasil cantuman sperma dan ovum atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai ‘senyawa’ sedang diperamkan di dalam rahim atau ‘penyawa’. Di mana ketika ini darah ibu akan disalurkan untuk membesarkan senyawa itu menjadi ‘janin’. Semasa ini juga senyawa sedang dalam proses pembentukan kejadian otak dan sifat

anggota tubuh lain untuk dijadikan janin.

Kebanyakan ibu hamil dalam tempoh ini akan melalui pelbagai gelombang rasa, seperti berselera terhadap makanan yang masam, pedas, masin, manis atau tersangat berselera dengan makanan ataupun langsung tidak mempunyai selera. Kadangkala ibu itu juga akan turut mengalami rasa loya, pening sehingga muntah-muntah.

Menurut kefahaman Melayu lama, keadaan ‘mabuk’ ibu hamil itu

sebenarnya menunjukkan tahap kesihatannya.

Contoh, sekiranya rasa loya dan mudah muntah, ia menunjukkan bahawa berkemungkinan

semasa sebelum hamil ibu itu ada

berpenyakit gastrik, mempunyai masalah

lemah pencernaan, sembelit, penyakit angin atau banyak angin. Ibu yang hamil seperti ini akan melalui ‘krisis pembersihan’ sistem badan selama dalam awal kehamilan bagi mengeluarkan bahan-bahan bertoksik dan kotoran

yang tersimpan lama dalam badan. Sekiranya tidak dikeluarkan, ia boleh mengganggu perkembangan saraf otak dan sifat pembentukan janin.

SensitifIbu hamil teramat

sensitif dengan citarasa seleranya dan mudah bau di sekelilingnya. Deria bau mereka lebih kuat dan ketara daripada sebelum hamil. Adakala apabila disebut sahaja makan atau dijemput untuk makan atau terhidu makanan yang memualkan seleranya ia boleh membuatkan ibu hamil itu secara automatik terasa hendak muntah atau terus muntah. Lazimnya makanan yang menimbulkan rasa mual itu adalah ikan, daging dan makanan laut. Ibu hamil seperti ini sedang melalui keadaan ‘Krisis Pembersihan’.

Bagi mengatasi masalah ini, pada kebiasaannya mereka akan memilih makanan yang tidak berbau hanyir seperti sayuran, ulam-ulaman

Penjagaan Ibu Hamil Penjagaan Ibu Hamil Secara Tradisional

MelayuMelayuPesan Orang Tua Jangan Dilupa!

OLEH: DATIN SHARIFAH ANISAH TAN SRI PROF. SYED AGIL BARAKBAH

Bhg. 1

seperti a

96 :: anis :: A P R I L 2 0 1 0

Air rebusan ramuan daun sirih, garam

kasar, jintan hitam dan daun inai dapat

mengatasi masalah di bahagian sulit.


Recommended