+ All Categories
Home > Documents > Anis Mei 2010

Anis Mei 2010

Date post: 11-Mar-2016
Category:
Upload: galeri-ilmu-dot-com
View: 264 times
Download: 2 times
Share this document with a friend
Description:
Preview Majalah Anis Mei 2010
9
pedoman wanita solehah MEI 2010 • JAMADIL AWAL / JAMADIL AKHIR 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA DISTRIBUTORS 53122820K, (MD. SYAMSUL SUTOMO), 505, West Coast Drive #01-210 Singapura 120505. Tel: 02-6778 4347 / 02-9180 7794 www.galeriilmu.com.my KONGSI RASA 4 IBU: + + Nor Jannah Nor Jannah – Ibu Kembar Empat – Ibu Kembar Empat + + Ibu Azadan (Rabbani) + + Ibu Ustazah Asni Mansor + + Haslina Mohd Ali Haslina Mohd Ali – Perunding Imej – Perunding Imej Sri Munawwarah Design Sri Munawwarah Design IKTIBAR DARI SOLAT GERHANA Belanja RM20 Belanja RM20 untuk jadi pandai untuk jadi pandai Membaca Membaca Perasaan Perasaan Anak Remaja! Anak Remaja! Serangan Serangan ‘Hantu’ ‘Hantu’ Alaf Baru Alaf Baru Serangan ‘Hantu’ Alaf Baru Mansor Mansor Anak Ramai Penjana Rezeki Penjana Rezeki Anak Ramai Penjana Rezeki Penjana Rezeki “HIDUP SAYA “HIDUP SAYA SUDAH LENGKAP!” SUDAH LENGKAP!” Vie Shantie Vie Shantie
Transcript
Page 1: Anis Mei 2010

pedoman wanita solehah

MEI 2010 • JAMADIL AWAL / JAMADIL AKHIR 1431H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: WINA DISTRIBUTORS

53122820K, (MD. SYAMSUL SUTOMO), 505, West Coast Drive #01-210 Singapura 120505. Tel: 02-6778 4347 / 02-9180 7794

www.galeriilmu.com.my

KONGSI RASA 4 IBU:+ + Nor Jannah Nor Jannah – Ibu Kembar Empat– Ibu Kembar Empat

+ + Ibu Azadan (Rabbani) + + Ibu Ustazah Asni Mansor+ + Haslina Mohd Ali Haslina Mohd Ali – Perunding Imej – Perunding Imej Sri Munawwarah Design Sri Munawwarah Design

IKTIBAR DARI SOLAT GERHANA

Belanja RM20 Belanja RM20 untuk jadi pandaiuntuk jadi pandai

Membaca Membaca PerasaanPerasaanAnak Remaja!Anak Remaja!

Serangan Serangan ‘Hantu’ ‘Hantu’ Alaf BaruAlaf Baru

Serangan ‘Hantu’ Alaf Baru

))MansorMansor Anak RamaiPenjana RezekiPenjana Rezeki

Anak RamaiPenjana RezekiPenjana Rezeki

“HIDUP SAYA “HIDUP SAYA SUDAH LENGKAP!”SUDAH LENGKAP!”

Vie ShantieVie Shantie

Page 2: Anis Mei 2010

CATA

TAN

EDIT

OR

Hjh. Jalilah Abdullah

Kepada pasangan yang beranak ramai jangan rasa terhina sebaliknya ubah pemikiran negatif itu kepada pemikiran positif dengan cara kita bekerja keras merancang arah tuju setiap

pembentukan peribadi anak-anak itu. Caranya mesti bermula dari kita dahulu.

Kembalikan keyakinan tauhid kita benar-benar kepada Allah bahawa Dia tidak pernah putuskan rezeki setiap hamba-Nya selagi hamba-Nya lurus hati dengan Allah dalam ibadah dan sumber rezeki yang dicari. Kita akan dapat apa yang kita usahakan dengan syarat mesti bekerja keras ke arah itu.

Banyak perkara boleh dibuat supaya jaga rezeki kekal berkat. Antaranya sebelum Subuh kerjakan ibadah qiamullail, menjelang pagi disulam dengan solat sunat Isyrak. Andai tidak sempat solat sunat Isyrak kerana perlu keluar awal pagi ke tempat kerja, ke bendang atau ke tengah laut, boleh lakukan solat sunat Duha di pejabat atau di mana jua. Di atas wakaf tepi bendang tetap boleh bersolat, di atas bot tetap boleh bersolat. Sebelum masuk waktu Zuhur digalakkan solat sunat Raakatuzzawal empat rakaat, iaitu kira-kira lima belas minit sebelum masuk waktu.

Al-Mathurat, ayat-ayat pilihan amalan Rasulullah boleh dibaca setiap pagi sebelum masuk waktu Subuh atau semasa dalam kenderaan. Tidak dapat menatap kitab mathurat boleh dipasang CD ayat-ayat berkenaan yang banyak dijual di pasaran. Bagi yang menaiki kenderaan awam sambil duduk di stesen atau perhentian bas kita masih sempat membacanya tanpa perlu mengikut jumlah turutan berulang kali yang telah ditetapkan.

Ketika di tempat kerja hati banyakkan selawat atau apa jua amalan yang serasi dengan kita begitu juga dengan para isteri yang tinggal di rumah. Hati jangan putus ingat Allah selalu dalam sibuk mengatur jadual harian anak-anak yang pelbagai ragam. Kalau anak-anak kita boleh disiplinkan dengan pelbagai perkara, kepada diri kita juga mesti kita disiplinkan dengan pelbagai pengisian rohani membangun jiwa. Jangan dibiar jiwa kosong diisi dengan banyak melihat perkara yang sia-sia. Waktu petang selepas solat Asar, amalan zikir mathurat boleh dibuat semula untuk kita bersedia menyambut waktu malam, sebab selepas Asar kita bakal menyambut hari baru menjelang Maghrib, mudah-mudahan baliknya kita ke rumah berwajah tenang menghadap anak-anak yang ramai mengharap belaian kasih ibu ayah setelah sehari suntuk berhempas-pulas dengan dunia persekolahannya.

Peralihan waktu Asar ke Maghrib adalah masa manusia berperang dengan syaitan yang juga sibuk melalaikan dengan bermalas-malas atau melengah solat Maghrib seisi keluarga. Andai perkara ini tidak diambil berat, pintu-pintu kepada kesempitan rezeki akan terbuka luas.

Untuk jadi ibu bapa berjaya, usaha ikhtiar perlu berterusan. Jangan kalah dengan pujukan syaitan untuk jadi kita lalai. Segerakan diri dan anak-anak untuk solat berjemaah Maghrib, jangan dilengah

kerana Maghrib masanya pendek. Selepas Maghrib, rajinkan diri buat solat sunat Baadiah, penuhkan masa dengan mengaji Quran kerana ini tradisi orang-orang tua dulu yang tidak seharusnya dipandang sepi oleh generasi hari ini. Sebelum menutup hari merebahkan diri di pembaringan, mari kita sama-sama kerjakan solat sunat Taubat, solat sunat Hajat, solat sunat Istikharah dan solat sunat Witir. Siang pun boleh buat solat sunat Istikharah atau Taubat, pilihlah masa yang sesuai.

Alasan tak sempat sampai bila-bila pun kita tak akan dapat sempat kalau kita tidak merakam diri untuk berubah jadi berjaya dan yang terbaik. Tidak kira anak satu atau sepuluh. Kita pencatur masa yang cuma ada 24 jam sahaja setiap orang. Apabila kita serius merebut kelebihan-kelebihan amalan sunat yang Nabi buat, percayalah Allah tidak pernah lupa pada orang yang tak pernah lupa pada-Nya dan pada sesiapa yang menyanjung Nabi kesayangannya. Hanya cepat atau lambat sahaja ganjaran itu dibagi. Sabar harga paling tinggi. Lalu, nak dapatkan harga kesabaran, ketenangan dan sangka baik dengan apa yang Allah tentukan – maka perbanyakkanlah lakukan amalan sunat supaya mendarah daging, anak-anak melihat apa yang kita buat, jadi mereka akan contohi. Orang yang banyak amalan sunat, hatinya akan lembut dengan Allah, tercerna pada wajah dan tindakannya. Itulah janji Allah pada orang-orang yang menjunjung sunah Rasul. Hidup tidak akan papa andai tidak pernah lupa patuh sungguh-sungguh perintah Allah dan Rasul. Patuh bererti berungguh-sungguh bukan buat sambil lewa. Andai hidup terus terseksa, selidiki amalan dan sumber rezeki yang dibawa masuk ke dalam rumah yang disuap ke mulut anak-anak. Anak sikit atau ramai bukan halangan untuk berjaya. Serius uruskan ketertiban ibadah keluarga dan punca sumber rezeki agar keberkatan hidup menjalur kepada seluruh generasi kita.

anis :: M E I 2 0 1 0 :: 1

Kita Dapat Apa Yang Kita Usahakan

Bersama para peserta bengkel tudung anjuran

Biro Hal Ehwal Siswi, Kolej Ungku Omar, UKM.

Page 3: Anis Mei 2010

2 :: anis :: M E I 2 0 1 0

PENGHIAS KULIT

SEPINTAS LALU Cabaran Beranak Ramai

Zaman Kini

10-16

Lawati Majalah Anis di Facebook

MEI 2010

RencahRencah01 Catatan Editor - Kita Dapat

Apa Yang Kita Usahakan

09 Jendela Mak Uda – Rezeki Anak Ramai...

40 Gaya Kini - Pilihan Ibu Yang Menyusukan Bayi

46 Lensa – Tatkala cinta diungkap!

48 Bicara Abu Hassan – Kemaraan yang perlu disekat

56 Laman Kampus – Mari Berdakwah Dan Berukhuwah!

58 Bulan Kelahiran - Mengenali Peribadi Anak-anak Melalui Bulan Kelahiran

60 Tip RM – Pemilihan Instrumen pelaburan

64 Semaian Kasih – Tak Kenal Maka Tak Cinta

72 Buletin Jabatan Buku - Belanjakan RM20 Untuk Menjadi Pandai

76 Warta Sekilas

94 Hias Laman

96 Sihat Anggun - Penjagaan Ibu Hamil Secara Tradisional Melayu- Pesan Orang Tua Jangan Dilupa!

98 Aroma – Enaknya Sata!

104 Petua

PENGHIAS KULIT: VIE SHANTI HAROON FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: COMEL (ARTIS STUDIO) 016-3197500 TUDUNG DAN PAKAIAN: BUTIK ZAL JANNAH, 30-G, BLOK C, BISTARI DE’ KOTA, JALAN TEKNOLOGI 3/9, PJU5, KOTA DAMANSARA, 47810 PETALING JAYA, SELANGOR TEL: 03-61485799 FAKS: 03-61406809 WWW.PEARLISLAM.COM LOKASI: TANAMERA WELLNESS SPA 3-5 SOOKA SENTRAL, JALAN STESEN SENTRAL 5, 50470 KUALA LUMPUR. TEL: 012-231 3205 (MAZIANA YAHYA)

9696LLLLLawatttttiiiMajalaah Anis

1818

Page 4: Anis Mei 2010

10 :: anis :: M E I 2 0 1 0

Selain sebagai penyambung warisan, zuriat soleh/solehah inilah yang amat diperlukan dan diharapkan dalam kehidupan barzakh yang cukup terasing lagi mengerikan.

Firman Allah SWT: “Dan di antara tanda-tanda kebesaran (keagungan) Allah ialah Dia menjadikan

bagi kamu dari diri kamu isteri-isteri untuk kamu merasai ketenangan kepadanya dan Dia jadikan di antara kamu perasaan kasih sayang dan rahmat kasihan belas, sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat ayat-ayat bagi kaum-kaum yang berfikir.” (al-Rum: 21)

Sabda Rasulullah SAW: “Berkahwinlah dan beranak-pinaklah kerana sesungguhnya aku bangga dengan ramainya umatku dibandingkan dengan umat yang lain di akhirat kelak.”

Sayidina Umar al-Khattab r.a. berkata: “Didiklah anak-anak kalian kerana sesungguhnya mereka hidup pada suatu zaman yang sama sekali tidak sama dengan zaman kamu.”

Ikatan perkahwinan merupakan permulaan kepada kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat dalam Islam. Ikatan tersebut cukup murni dan menenangkan jiwa. Suatu bentuk ibadah yang mempunyai roh dan maksud yang tersendiri. Perkahwinan juga merupakan suatu cara dan kaedah yang dikemukakan Islam untuk menjaga ‘iffah atau kemuliaan serta keimanan seseorang Mukmin. Perkahwinan juga merupakan sautu manhaj bagi pasangan suami isteri bekerjasama

dalam urusan keduniaan dan keakhiratan. Ia juga sebagai satu cara untuk mendapat zuriat keturunan serta mendidik zuriat solehah sebagai penyambung generasi seterusnya. Zuriat solehah itu amat penting bagi seseorang manusia. Ia mungkin tidak merasai kepentingannya sewaktu kehidupan di dunia kerana terhijab dengan gambaran dunia yang memukau lagi mengasyikkan, namun zuriat solehah inilah yang amat diperlukan dan diharapkan dalam kehidupan barzakh yang amat cukup terasing lagi mengerikan.

Tauhid Dan IkhtiarIslam mengajarkan umatnya agar

melihat kehidupan dan kematian

Selain sebagai penyambung warisan, zuriat soleh/solehah inilah yang amat diperlukan dan diharapkan dalam kehidupan barzakh yang cukup terasing lagi mengerikan.

Cabaran Beranak RamaiCabaran Beranak Ramai

OLEH: DR. NIK YUSRI MUSA

PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN

UMUM, UKM

[email protected]

FOKUS UTAMA

Page 5: Anis Mei 2010

OLEH: NURZAINATUL HAJAR ISMAIL PENYELARAS FOTOGRAFI: NORHASHIMAH ABD. RAHMAN FOTOGRAFI: ANIS SUHAILI ROSSENAN SOLEKAN: COMEL FADILAH (ARTIS STUDIO) 016-3197500 PAKAIAN: HILYAH ISLAMIC DESIGN, NO. 39, JALAN WARUNA, SEKSYEN U5, TAMAN DESA SUBANG. PUAN LATIFAH HUSSAIN (03-78473937/016-2885305) (WWW.HILYAH.COM) TUDUNG: TUDUNG AYIN MAISARAH (PUAN ROHANI) MODEL IBU: ZUAZLIZA ADZHARI DAN WAN ROBIAH MEOR ZABIDI MODEL KANAK-KANAK: EARLY FATIHA DAN ILLIA HANI NAJWA LOKASI: KEDIAMAN PUAN ZURAYU, SUBANG BESTARI, SELANGOR.

40 :: anis :: M E I 2 0 1 0

PILIHAN IBU YANG MENYUSUKAN BAYI

Aurat dijaga, syariat terpelihara. Oleh itu, keutamaan menjaga aurat bagi ibu-ibu yang menyusu bayi amatlah penting. Sekali lagi Hilyah Islamic Design menampilkan jubah Muslimah dan kemeja-T untuk pilihan para ibu. Sesuai untuk dipakai ke majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi dengan memberi keselesaan pada bayi di samping pemeliharaan syariat tetap diutamakan.

Ditenun khas daripada kain kapas 100 peratus, ‘Jubah Nursing Teal’ diadun dengan pelembut tambahan supaya lembut pada kulit si ibu dan bayi yang sedang menyusu. Rona turquoise berlatarkan polos sesuai dipadankan dengan tudung bercorak.

‘Jubah Nursing Magenta’ pilihan para ibu yang ingin tampil ringkas tetapi bergaya. Kombinasi tudung bercorak abstrak yang berbagai warna menyerlahkan lagi seri si ibu. Rekaan lengan bercuff untuk perlindungan aurat yang lebih mudah.

GAYA KINI

Page 6: Anis Mei 2010

44 :: anis :: M E I 2 0 1 02 0 1 044 :: anis :: M E I 2 0 1 0an

Mengatur pelbagai strategi dan senjata serba canggih yang up-to-date untuk memeranginya..

Kadang-kadang aku terasa membesarkan anak-anak yang ramai dalam zaman serba

sofistikated ini seperti berada di medan peperangan. Tidak cukup masa untuk menarik nafas dan berehat panjang. Tidak cukup masa untuk tidur nyenyak. Makan pun kadang-kadang main cuit-cuit dan ala kadar saja. Apatah lagi budak-budak ini semuanya masih di bangku sekolah. Yang tahun satu cara tahun satulah. Yang tahun sepuluh cara tahun sepuluh. Yang penting semuanya harus diasak, dibentuk, ditunjuk ajar, dibimbing, difahamkan agar mereka tahu dan faham tugas dan matlamat hidup agar mereka lebih bertanggungjawab dengan beban yang digalas.

Sebut bab perang, semestinya aku perlu sediakan senjata serba canggih lagi up-to-date untuk memerangi musuh yang cuba menguasai anak-anakku. Wajar diingat, di sekeliling anak-anak kita itu berbagai-bagai jenis hantu dan jin Afrit berusaha membelit, melilit, menggigit dan mengeronyok mereka dari pagi bawa ke malam bawa ke pagi. Hantu ini walaupun boleh dilihat dengan jelas tapi hendak menentangnya, masya-Allah lebih sukar dari menentang hantu bertanduk yang tidak boleh dilihat. Sebabnya, hantu-hantu ini sangat kuat, sangat besar, sangat ramai, well organize, jaringannya

satu dunia malah hingga di dalam poket seluar anak kita pun mereka boleh duduk. Itulah dia budaya hiburan melampau tak henti-henti, drama dan telenovela bodoh yang tidak mencanai minda anak-anak, budaya asing yang tak senonoh mengajar pekerti mulia menurut acuan mereka, budaya materialistik dan berbangga dengan produk berjenama yang semuanya sedang cuba menguasai jiwa dan rupa fizikal anak-anakku.

Memang sukar. Tapi lawan tetap kena lawan. Musuh ini pula bukannya reti duduk diam atau ambil MC. Putus asa dan tidur tidak sekali-kali. Aktif 24 jam.

SKETSA RUMAH TANGGA

M t lb i

ETSA RUMAH TANGGARUMAH TANGGA

Susah juga apabila program maksiat bertuhankan nafsu ni didendang oleh orang Melayu Islam kita – anak-anak jadi terkeliru.

Assalamualaikum anak-anak! hari ini kita nyanyi-nyanyi

lagi nak?

hai kakak!

Solehahnya kakak ni...

OLEH: HJ BAD

Page 7: Anis Mei 2010

OLEH: HAJAH ALIYAH SIJARIFOTO: ANIS SUHAILI ROSSENAN

Ya Allah Yang Maha Penyayang lagi Pengampun!Syukurku rafakkan lewat sujud iniizinkan aku mengungkap resah cinta pada-Mudalam desah terbenamnya sinar mentari di kaki langitsewaktu aku berdiri di tubir usia inilantas kutoleh ke belakang tabir masagumpalan dosa tampak jelas menggunung di sanaampunkan aku ya Allah!Pada sisa usia yang masih adamemang masih banyak permohonan buat-Munamun malunya aku hingga tunduk terkesima keluapa masih bolehkah aku terus meminta? Sesungguhnya Engkau memang Amat Pemaaf… biarpun terus dikhianati dengan ketidaktaatanoleh hamba-hamba-Mu yang kerap bermungkir dalam janjinamun rahmat-Mu terus berlimpahantanpa henti bagaikan aliran Sungai Nilnan terus mengalir tanpa tunduk dalam sebarang perhentian

46 :: anis :: M E I 2 0 1 0

Diungkap!I 2 0 1 0

CintaTatkala

LENSA RASA

Page 8: Anis Mei 2010

Pernah berlaku pada zaman Rasulullah SAW Gerhana Matahari dan baginda serta para sahabat melakukan

solat Gerhana pada waktu tersebut. Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam kitabnya Zad al-Maad, menjelaskan mengenai peristiwa Gerhana Matahari yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW: “Apabila berlakunya kusuf (gerhana) matahari, maka baginda Rasulullah SAW bersegera keluar ke masjid. Gerhana berlaku pada awal pagi iaitu sekadar sepengalahan matahari, baginda Rasul SAW mengimami solat Gerhana dan membaca pada rakaat yang pertama selepas Fatihah dengan surah yang panjang dan menjaharkan (lantang) bacaannya, kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuknya kemudian bangkit dari rukuk dan qiyam serta memanjangkan qiyam namun tidak sepanjang qiyam yang pertama. Baginda mengucapkan, “Maha Mendengar Allah siapa yang memujinya, Tuhan kami untuk-Mu segala pujian.” Kemudian Rasulullah

SAW meneruskan bacaan, kemudian baginda rukuk serta memanjangkan rukuk namun tidak sepanjang rukuk yang pertama. Kemudian baginda bangkit dari rukuk lalu sujud dengan satu sujud yang panjang. Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada rakaat seterusnya sebagaimana rakaat yang pertama. Maka pada tiap-tiap rakaat terdapat dua rukuk dan dua sujud serta menyempurnakan dalam dua rakaat itu dengan empat kali rukuk dan empat kali sujud. Rasulullah SAW melihat (diperlihatkan, dipertontonkan) kepada baginda

syurga dengan segala nikmatnya dan juga neraka dengan segala azab dan sengsaranya. Seolah-olah baginda ingin mencapai sesuatu dari syurga

dan memperlihatkannya kepada para sahabat. Baginda juga diperlihatkan ahli-ahli neraka yang sedang diazab, antaranya ialah seorang perempuan diazab kerana seekor kucing yang diikatnya sehingga mati kedahagaan dan kelaparan, baginda melihat juga ‘Amru bin Malik sedang dibakar perut anggota tubuhnya dalam neraka.

Kemudian sesudah solat baginda berkhutbah dengan satu khutbah yang cukup mengesankan.

Antara kandungan khutbah tersebut ialah: “Sesungguhnya matahari dan bulan itu merupakan antara ayat-ayat yang menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah SWT, tidak berlaku gerhana kepada kedua-duanya kerana kematian atau hidup (seseorang yang agung atau tinggi darjatnya), dan apabila kamu melihat gerhana tersebut maka berdoalah kepada Allah dan bertakbirlah mengagungkan-Nya dan solat serta bersedekahlah wahai umat Muhammad.” Antara kandungan khutbah tersebut lagi ialah: “Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa kamu akan dicuba atau difitnahkan dalam kubur nanti seperti atau hampir sama dengan fitnah dajal. Antara fitnah tersebut ialah seseorang kamu akan didatangi (oleh malaikat) dan ditanyakan

OLEH: DR. NIK YUSRI MUSA

PENSYARAH PUSAT PENGAJIAN

UMUM, UKM

[email protected]

CELIK FIKAH

Solat Gerhana

Ambil iktibar daripada peristiwa gerhana.

50 :: anis :: M E I 2 0 1 0

Page 9: Anis Mei 2010

94 :: anis :: M E I 2 0 1 0

HIAS LAMAN

Kali ini dipaparkan pula salah satu

spesies pokok berbunga cantik dari genus Plectranthus iaitu Plectranthus ‘Mona Lavender’ yang tergolong dalam famili tumbuhan Labiatae. Ia sangat popular dan telah menjadi bunga kegemaran peminat seni taman tempatan. Banyak pokok ini dapat dilihat digunakan untuk mengindahkan landskap bandar di Lembah Kelang, Cameron Highlands dan juga di tempat-tempat lain. Ia sebenarnya banyak ditanam di Cameron Highlands dan dibawa turun untuk dijual di merata tempat di negara kita. Namun, sebenarnya ia dikatakan berasal dari negara Afrika Selatan.

Ciri TanamanDi kalangan peminat seni taman

tempatan, spesies ini dikenali sebagai pokok bunga ‘Lavender’ atau ’Mona Lavender’ mungkin kerana keunguan warna bunganya itu seakan warna bunga ‘Lavender’ yang berbau harum.

Namun, bentuk bunganya nyata berbeza sama sekali dan tidak

pula mengeluarkan bau yang harum seperti bunga

‘Lavender’ itu. Bunganya hanya bersaiz kecil sahaja berbentuk seperti silinder mempunyai satu kelopak besar dengan tiga kelopak kecil terbuka

di hujungnya. Kelopak-kelopak ini berwarna ungu

muda dengan bintik-bintik ungu tua seperti taburan

serbuk kecil di permukaannya. Terdapat juga spesies yang berbunga merah muda. Bentuk rupa bunganya sebegini juga mirip kepada rupa bentuk kuntuman bunga orkid. Bunganya ini tumbuh dalam kumpulan pada tangkai bunganya sepanjang lapan inci yang tumbuh di hujung ranting. Sungguh cantik sekali penampilannya.

Daunnya pula berbentuk bujur

ri TTanaammaann

OLEH: A. BAKRI MD

Plectranthus Plectranthus ‘Mona Lavender’ ‘Mona Lavender’ Kesukaan RamaiKesukaan RamaiPlectranthus Plectranthus ‘Mona Lavender’ ‘Mona Lavender’ Kesukaan RamaiKesukaan Ramai

Bunga cantik yang tidak cerewet dan tahan lasak.Bunga cantik yang tidak cerewet dan tahan lasak.

mili

bunga ‘LavendNamun, ben

berbeza pula m

yang‘Lahasasiketig

di hkelo

mudaungu tu

serbuk keciTerdapat juga

untuk ndar

n

ra


Recommended