+ All Categories
Home > Documents > Anis Jun 2009

Anis Jun 2009

Date post: 07-Mar-2016
Category:
Upload: galeri-ilmu-dot-com
View: 245 times
Download: 5 times
Share this document with a friend
Description:
Majalah Anis Bulan Jun 2009
9
pedoman wanita solehah JUN 2009 • JAMADILAKHIR / REJAB 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06- 06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: wsds@ pacific.net.sg www.galeriilmu.com.my Ikatan Tudung Ikatan Tudung Majlis Pernikahan Majlis Pernikahan Shafnie Shafnie bangkit bangkit dengan ilmu dengan ilmu Yang Bernama Yang Bernama AYAH... AYAH... KAYA CEPAT KAYA CEPAT HILANG CEPAT HILANG CEPAT Anak Ayah Anak Ayah dari parang puting dari parang puting ke awan biru ke awan biru Kongsi Kongsi JOM JOM Kekayaan Kekayaan 21 21 Luqman Bapa Mithali Luqman Bapa Mithali TAHUN TEMPOH TAHUN TEMPOH DIDIK ANAK DIDIK ANAK SOLAT SOLAT JENAZAH JENAZAH pahala besar pahala besar yang dilupakan yang dilupakan TULISLAH DEMI TULISLAH DEMI ANAK-ANAK! ANAK-ANAK! Saifulislam.com Saifulislam.com SAJIAN SAJIAN ISTIMEWA ISTIMEWA Hari Bapa Hari Bapa
Transcript
Page 1: Anis Jun 2009

pedoman wanita solehah

JUN 2009 • JAMADILAKHIR / REJAB 1430H AUTHORISED PERSON IN SINGAPORE: Worldwide Subscriptions & Distributions Services, A.M. Shaikk (Marketing Manager) 51 Kampong Bugis #06-06, Singapore-Johore Fty Building, Singapore 338986 Tel: (65) 62920320 Fax: (65) 62920905 Mobile: (65) 97699884, 012-2128554 Email: [email protected]

www.galeriilmu.com.my

Ikatan TudungIkatan TudungMajlis PernikahanMajlis Pernikahan

ShafnieShafniebangkit bangkit

dengan ilmudengan ilmu

Yang Bernama Yang Bernama

AYAH...AYAH...

KAYA CEPATKAYA CEPATHILANG CEPATHILANG CEPAT

Anak AyahAnak Ayahdari parang puting dari parang puting

ke awan biruke awan biru

KongsiKongsiJOMJOMKekayaanKekayaan

2121Luqman Bapa MithaliLuqman Bapa Mithali

TAHUN TEMPOHTAHUN TEMPOHDIDIK ANAKDIDIK ANAK

SOLAT SOLAT JENAZAHJENAZAHpahala besar pahala besar

yang dilupakanyang dilupakan

TULISLAH DEMI TULISLAH DEMI ANAK-ANAK!ANAK-ANAK!

Saifulislam.comSaifulislam.com

SAJIAN SAJIAN ISTIMEWAISTIMEWA

Hari BapaHari Bapa

Page 2: Anis Jun 2009

R umah tanpa anak-anak adalah suatu tempat yang membosankan. Cinta akan berkurangan dan perkahwinan akan selalu diancam bahaya kehancuran. Ini kerana anak-anak adalah

sumber kehangatan dan kelangsungan hidup sesebuah rumah tangga.

Namun, keriangan keluarga dengan kehadiran anak sering tercemar kerana kecuaian ibu bapa

dalam soal didikan agama dan adab sedari mereka masih kecil. Hal ini ternyata benar

kerana mengabaikan pesanan Hukama: “Bersegeralah dalam mendidik anak

sebelum kesibukan melalaikanmu, kerana sesungguhnya apabila anakmu telah berumur dewasa dan berakal (tetapi tidak terdidik) maka dia akan menyibukkan (menyusahkan) hatimu dengan keburukan.”

Mendidik anak dengan didikan agama dan adab adalah jelas menjadi tanggungjawab bapa sebagai ketua keluarga dalam sesebuah rumah tangga. Bapa sama sekali tidak boleh lepas tangan atau mencuaikannya kerana tanggungjawab ini adalah amanah dari Allah SWT. Firman Allah

10 :: anis :: J U N 2 0 0 9

21TAHUN

TEMPOH DIDIK ANAK

OLEH : ROSLAN KASSIM

FOKUS UTAMA

Page 3: Anis Jun 2009

18 :: anis :: J U N 2 0 0 9

“KEHIDUPAN seorang kanak-kanak bagaikan kain putih. Ayah dan ibulah

yang harus mencorakkan mereka untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya.Dan dalam usaha ini setiap pasangan Islam yang berkahwin hendaklah merancang zuriat keturunan mereka sejak dari awal perkahwinan.” Kata Tuan Haji Ahmad Zahid Zainal Abidin kepada Majalah ANIS.Penasihat Undang-Undang di sebuah syarikat di Kuala Lumpur ini adalah bapa kepada adik Muhammad Hafiz Muda yang sudah tidak asing lagi namanya di dalam bidang hafazan dan bacaan al-Quran.

Haji Ahmad Zahid berkahwin dengan Dr.Siti Khadijah Fadzil, seorang doktor gigi di sebuah klinik pergigian kerajaan di Kuala Lumpur. Pasangan ini dikurniakan lima orang anak. Dan Muhammad adalah anak sulung bagi pasangan ini.

Menurut kata Haji Ahmad Zahid, dia dan isterinya merancang pendidikan

anak-anak mereka sebaik mendirikan rumah tangga. Namun mula merangsang minda anak-anak lebih terarah menghala tuju sebagai seorang Islam yang berjaya sejak awal usia. Dan mula serius apabila usia anak-anak meningkat antara empat hingga lima tahun.

“Sebagai anak yang sulung, kami mahu Muhammad menjadi ulamak profesional. Dan kami sangat memahami untuk melengkapkan diri dengan ilmu Allah tentulah panduan dan pedomannya melalui al-Quran. Oleh kerana itu Muhammad sudah mula mengenal al-Quran dan masjid sewaktu usianya masih terlalu muda.” Tegas Haji Ahmad Zahid.

“Selain saya sendiri mengajarnya mengenal dan membaca al-Quran, sewaktu usianya antara tiga ke empat tahun, Muhammad sudah kami bawa ke masjid pada setiap waktu solat. Biarpun mulanya dia seperti kanak-kanak lain sekadar duduk atau berlari-lari di dalam

masjid dengan botol susu. Tetapi lama kelamaan ia menjadi satu teras dalam hidupnya. Mendidik Muhammad secara menyeluruh memang membuahkan hasil.Kerana pada usia tujuh tahun dia telah khatam al-Quran dan semasa usianya sepuluh tahun sudah menghafaz 30 juzuk al-Quran.”

“Setelah itu barulah Muhammad kami juruskan kepada pendidikan akademik yang lebih formal serta pelbagai. Kejayaan Muhammad seperti yang dapat dilihat hari ini bukanlah satu jalan yang mudah. Saya dan isteri sekeluarga sentiasa berusaha agar Muhammad mendapat pendidikan berteraskan al-Quran. Latih tubi dan jadual yang ketat juga kami atur sejak awal lagi. Dan hasilnya apabila Muhammad berjaya, ini mudah diikuti oleh adik-adiknya dalam menerima pendidikan Islam yang kami terapkan untuk mereka.” Ujar Haji Ahmad Zahid lagi. ✻

RANCANG & RANGSANG RANCANG & RANGSANG ZURIAT IKUT SYARIATZURIAT IKUT SYARIAT

-Haji Ahmad Zahid bin Zainal Abidin-

INTERVIU FOKUSOLEH : ALIYAH SIJARI FOTO : NAZIR SUFARI

Page 4: Anis Jun 2009

Menyelusuri Mada’in Saleh resah semakin keluMenyelusuri Mada’in Saleh resah semakin keludalam puput angin dingin mencengkam belulang dalam puput angin dingin mencengkam belulang puing-puing debu menderu ditiup bayu berbisik sendu puing-puing debu menderu ditiup bayu berbisik sendukesepian kian mendekam menghulur salam.kesepian kian mendekam menghulur salam.Berabad nan lalu di sini sorakan tamadun bergemaBerabad nan lalu di sini sorakan tamadun bergemaNabatean diberi kurnia kepintaran yang tidak terhinggaNabatean diberi kurnia kepintaran yang tidak terhinggagunung-ganang adalah gelanggang perjuangan merekagunung-ganang adalah gelanggang perjuangan merekadi sini tamadun dimula tanpa hentidi sini tamadun dimula tanpa hentilalu wujudlah sebuah negara dengan penghunilalu wujudlah sebuah negara dengan penghunimenyebar di belantara batu yang indah dilarik sebuah kepandaian!menyebar di belantara batu yang indah dilarik sebuah kepandaian!Yang bernama manusia itu apabila diberi nikmatYang bernama manusia itu apabila diberi nikmatkian tenggelam punca salah anggapkian tenggelam punca salah anggaplupa bahawa kepandaian itu milik sementaralupa bahawa kepandaian itu milik sementarakurnia Dia Yang Maha Penciptakurnia Dia Yang Maha Penciptasemua yang ada adalah kerajaan kepunyaan-Nyasemua yang ada adalah kerajaan kepunyaan-Nyakepandaian Nabatean tidak terkecuali…kepandaian Nabatean tidak terkecuali…

MAKA SIRNALAH MAKA SIRNALAH SEBUAH SEBUAH TAMADUN…TAMADUN…

LENSA RASAOLEH: ALIYAH SIJARI

40 :: anis :: J U N 2 0 0 9

Page 5: Anis Jun 2009

44 :: anis :: J U N 2 0 0 9

Ranggi bergaya dengan corak flora fauna dari fabrik English Cotton. Kot Trench bercorak ini sesuai dipadan bersama tudung sutera sifon senada warna membuat anda tampil ceria dalam suasana kerja berpasukan.

Page 6: Anis Jun 2009

“Sekiranya dia dapat menerangkan semua itu kepada kamu, ikutlah dia. Benarlah dia seorang nabi. Kalau tidak, dia hanya seorang lelaki yang mengada-ngada.”

Mesyuarat yang berlangsung hampir separuh hari berakhir dengan baik; sebulat suara menyokong cadangan yang diusulkan oleh An-Nadhar bin Al-Haris. Setelah terbukti betapa sukarnya memaksa orang-orang yang sudah menganut Islam agar kembali tunduk kepada tuhan-tuhan mereka yang lama, idea sang penyair Quraisy itu diharap akan memberikan pulangan perkembangan yang memihak kepada kaumnya.

Pelbagai cara telah dibuat – daripada selunak-lunak pujukan sampailah sekeras-keras seksaan, namun iman yang sudah tumbuh di dalam hati tidak mungkin mudah dicabut lagi. Kalaupun ada hanyalah seorang dua sahaja. Dan itu pun lebih kepada helah untuk melepaskan diri.

Sekadar akuan di mulut tetapi tidak keyakinan di dalam hati.

Sebagai menghargai cadangan yang diberikan, An-Nadhar sendiri dilantik menjadi wakil bagi pihak para pembesar Makkah. Sebagai teman perjalanan dipilih seorang yang cukup mendapat sanjungan orang-orang musyrikin Quraisy lantaran kegigihannya menekan dan menyekat penyebaran Islam di Makkah; Ukbah bin Abi Mu’ais.

“Engkau tidak khuatirkah kalau kedatangan kita ini akan ditertawakan mereka?” Ukbah meluahkan keraguan hatinya.

“Jangan fikir begitu,” tegur An-Nadhar. “Kita cuba dulu.”

“Aku sekadar mengingatkan saja.”“Jangan bimbang, kita tidak

bermusuhan dengan mereka. Lagipun keputusan ini sudah dibincangkan dalam sidang di Darun Nadwah. Secara rasminya ini adalah keputusan pemerintah dan rakyat Makkah,” An-Nadhar terus mengingatkan.

“Aku tahu. Aku tahu,” tegas Ukbah, berasa seperti rakan kembaranya itu menganggap dia tidak tahu duduk sebenar perkara. An-Nadhar pun tidak berkata apa-apa lagi.

Perjalanan diteruskan menuju tujuan yang mengambil masa kebiasaan kurang lebih tujuh hari tujuh malam. Perjalanan harus cepat agar tiba di sana nanti hari masih belum gelap. Selain banyak perkara yang perlu diuruskan tatkala matahari masih mencelikkan cahaya, ketibaan juga biarlah diketahui penduduk tempatan.

Menghadap Pembesar Yahudi

“Sembah hormat dari kami berdua kepada tuan-tuan para pemimpin Yahudi di negeri Yasrib ini,” An-Nadhar memulakan ucapan pembukaan dalam pertemuan rasmi yang diadakan, sehari selepas tiba.

“Kami tahu, tuan-tuan tentu lebih arif dan faham terhadap masalah yang sedang kami hadapi. Sebab itulah kami ke mari meminta buah fikiran,” sambung An-Nadhar lagi.

Diam An-Nadhar, Ukbah pula meneruskan bicara, “Di negeri kami ada seorang lelaki bernama Muhammad. Dia mendakwa dirinya sebagai Rasul utusan Tuhan. Apa pendapat tuan-tuan tentang lelaki itu?”

58 :: anis :: J U N 2 0 0 9

Saranan Rahib YahudiOLEH ZURAIMI ISMAIL

TABIR SILAM

Page 7: Anis Jun 2009

76 :: anis :: J U N 2 0 0 9

Perasaan berat ketika Encik Isman Nadim Isam, Pengarah Urusan Hijjaz Group Sdn. Bhd. menawarkan tugas besar kepada saya. “Hanya Ummu yang kami harapkan untuk menulis tentang Nik Nur Madihah. Pihak Hijjaz mahu terbitkan buku ni sebelum Pesta Buku berlangsung 17

April ni,” begitulah kata Encik Isman melalui telefon. Setelah berbincang dengan Pengurus Penerbitan Majalah, Encik Roslan

Kassim dan Editor Anis, Puan Hajah Jalilah Hj Abdullah, saya menerima tugas tersebut dengan tajaan perjalanan dan penginapan oleh Hijjaz Group.

Mengapa rasa berat? Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung lebih kurang dua minggu lagi, bebanan tugas wartawan dan pengajian menyibukan diri saya untuk bersetuju pada awalnya. Apabila bersetuju, bermakna saya akan mengetepikan semua tugasan yang ada. Namun, kerana kesungguhan pihak Hijjaz mengangkat kisah kehidupan Nik Nur Madihah, saya tabahkan hati menerimanya.

“Sebenarnya kami nak Madihah tulis sendiri lepas dia pulang dari umrah Mei ini. Memandangkan Pesta Buku sudah hampir, terpaksa minta Ummu yang tulis tentang Madihah,” kata Encik Isman. Dengan iringan doa ibu bapa dan pihak pengurusan Majalah Anis, saya terbang ke Kelantan bersama Pengarah Hijjaz Record Publishing, Encik Faizal Osman.

OLEH: UMMU HANI HJ ABU HASSAN

FOTO: UMMU HANI & ANIS SUHAILI

Menulis Catatan Hati

Nik Nur MadihahNik Nur Madihah

Pengorbanan guru-guru mencorakkan benih tarbiah Islam dalam diri Madihah dan para pelajar lain.

TINJAUAN EKSKLUSIF

Inilah sekolah Madihah, Maahad Muhammadi (P) Kota Bharu.

Page 8: Anis Jun 2009

anis :: J U N 2 0 0 9 :: 89

petua anis

Setiap petua yang tersiar akan menerima hadiah sumbangan YUSLAILY YUNOS INSPIRE

Sertakan nama, alamat lengkap dan no. telefon dan hantarkan penyertaan anda kepada: PETUA ANIS, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.No. 44, Jalan Pekaka 8/3, Sek. 8 Kota Damansara 47810 P. Jaya

YUSLAILY YUNOS INSPIRENo. 31, Jalan Tasik Tambahan 1, 68000 Ampang, Selangor. Hotline: 012-225 4931www.qurratu.com

emel:[email protected]

Asma Allah Melegakan TekananAdakah anda mengalami tekanan menghadapi kerenah anak atau bebanan kerja yang banyak? Apabila tekanan melanda diri, sudah tentu anda akan rasa sakit kepala. Apa yang akan anda lakukan? Cuba kaedah ini untuk menghilangkan tekanan dan sakit yang dialami.1. Letakkan dua atau tiga jari ke

tempat yang sakit.2. Tongkat atau letakkan lidah kita di

lelangit.3. Dengan menggunakan jari tadi,

ketuk-ketuklah (perlahan-lahan) di tempat yang sakit itu berulang kali sambil membaca Asma Allah.

Kalau diamalkan selalu, insya-Allah akan melegakan tekanan atau sakit anda.

Muhammad NorSelangor.

Hilangkan Gatal Sayur KeladiKeladi, sedap untuk dijadikan sayur dalam menu masakan harian. Awas, sekiranya tidak betul gaya memasaknya akan mendatangkan kesan sampingan kepada diri kita iaitu kegatalan. Cara untuk menghilangkan rasa gatal tersebut bolehlah mencuba petua ini. Untuk hilangkan rasa gatal tangan semasa menyiang keladi, lumurkan tangan dengan minyak masak dan bilas hingga bersih. Keladi yang telah dipotong-potong dicelur hingga empuk ke dalam air yang dicampur beberapa keping asam gelugur.Pastinya tangan dan tekak kita tidak merasa gatal lagi apabila memakan sayur keladi tersebut.

Merawat Tumit Kaki PecahAmbil sebiji buah limau purut yang agak tua, cucuk kulitnya dengan garpu. Kemudian gosokkan di bahagian tumit yang pecah perlahan-lahan. Biarkan air limau tadi rata keseluruhan bahagian yang pecah. Biarkan seketika sebelum dibilas dengan air bersih. Insya-Allah akan nampak hasilnya jika diamalkan beberapa kali.

Nor Aza Binti HamzahJitra, Kedah.

Melebat Dan Meluruskan RambutDaun pandan juga boleh dijadikan shampu rambut campurkan ia dengan halia dan dikisar untuk diambil airnya. Kemudian campurkan pula dengan santan kelapa. Lumurkan ke kepala. Ia boleh melebat dan meluruskan rambut serta mencegah kelemumur.

Yuslaily YunosPengasas Prodak Qurratu

TIPDARIPADA PENAJA

Page 9: Anis Jun 2009

Lala Bersos Tiram Resipi: Marzainab Tukiman (Tel: 012-3624865)

Bahan-bahan:500 gm lala2 ulas bawang merah }2 ulas bawang putih }4 tangkai cili padi } diketuk1 batang serai }3 sudu makan sos tiram MaggiGaram secukup rasaMinyak untuk menumis

Cara membuatnya:1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang

telah diketuk tadi.2. Masukkan sos tiram dan garam

secukupnya.3. Seterusnya masukkan lala. Kacau hingga

masak. 4. Angkat terus dan sedia untuk hidangan.

anis :: J U N 2 0 0 9 :: 93


Recommended