+ All Categories
Home > Documents > Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan 2

Globalisasi Dan Cabaran Pendidikan 2

Date post: 14-Jul-2015
Category:
Upload: amirah-adnan
View: 116 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
Popular Tags:

of 16

Transcript

Jabatan ilmu pendidikan

Globalisasi dan Cabaran Pendidikan

Pengenalan Definisi globalisasi : Globalisasi merupakan satu proses perluasan semua aspek kehidupan hasil perkembangan pesat dalam bidang sains dan teknologi serta pelbagai bidang lain termasuk ekonomi, politik, dan sosial. Wikipedia juga mengatakan globalisasi ialah perubahan yang ketara iaitu dalam ekonomi, pendidikan, komunikasi, dan persekitaran kita

Menurut Kamus Dewan globalisasi

didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.

Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segalagalanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.

Definisi pendidikan : Aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia.

Menurut wikipedia, pendidikan ialah usaha sedar dan terancang untuk mewujudkan suasana pembelajaran secara aktif dan dapat mengembangkan potensi diri

Definisi pendidikan menurut tokoh-tokoh : Plato telah memberikan takrifan pendidikan

sebagai suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia. Pendidikan mengikut Kamus Dewan edisi Ketiga (m/s 303), pendidikan bermaksud perihal pendidik.

Implikasi globalisasi terhadap peluang pendidikan Kesan positif Memberi peluang kepada negara luar untuk membuka cawangan universiti. Kerajaan peka terhadap peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Graduan daripada universiti asing mudah untuk mendapat kerja.

Kesan negatif Rakyat tempatan tidak berminat untuk melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Tersasar daripada hasrat dan matlamat kerajaan yang sebenar.

Implikasi globalisasi terhadap mod pembelajaran Kesan positif Pelajar menggunakan teknologi maklumat dalam Pembelajaran dan Pengajaran (PNP) di samping dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam penggunaan teknologi maklumat. Pelajar mendapat maklumat atau informasi dengan sekelip mata dan secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan mereka terhadap bahasa Inggeris.

Mendapat kemudahan untuk mengakses kepada pelbagai sumber maklumat. Contohnya penjaringan komputer. Pelajar juga dapat menjimatkan masa, kos dan tenaga.

Kesan negatif Peminggiran bahasa Melayu sebagai Bahasa ilmu. Kurangnya komunikasi dalam pembelajaran antara guru dengan pelajar. Pendemokrasian pendidikan akan dinafikan disebabkan pengkomersilan pendidikan itu sendiri. Usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu terbantut. Penghayatan ilmu semakin terhakis. Cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Implikasi globalisasi penjanaan ilmu Kesan positif Negara luar dapat menubuhkan universiti asing di negara kita. Wujudnya persaingan sihat antara universiti tempatan dan asing. Membentuk kualiti guru seperti memerlukan lebih ramai guru yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi dan guru lebih berkembang dalam bidang tersebut.

Dari segi aspek perkembangan kurikulum juga ianya bertujuan membina satu modul khas yang digubal hasil kajian tindakan yang dijalankan serta kurikulum.

Kesan negatif Kemajuan pengkomersilan pendidikan menyebabkan ahli korporat pendidikan ingin mengaut keuntungan yang lebih menyebabkan matlamat pendidikan sebenar tersasar. Universiti tempatan mengalami masalah kekurangan pelajar. Graduan tempatan mengalami masalah untuk mencari kerja. Penghayatan mahasiswa dan mahasiswi terhadap bahasa Melayu semakin terhakis.

Cabaran globalisasi dalam pendidikan Penggunaan teknologi telekomunikasi dan maklumat. Kualiti seseorang guru. Belajar sendirian dan terleka. Bahasa Melayu semakin terhakis.

Memberi peluang kepada negara asing untuk menubuhkan universiti asing di negara kita. Wujudnya persaingan di antara IPT dan IPTS tempatan dengan negara asing.

Sekian terima kasih kerana mendengar.


Recommended