+ All Categories
Home > Documents > MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ......

MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ......

Date post: 23-Mar-2018
Category:
Upload: tranliem
View: 223 times
Download: 3 times
Share this document with a friend
18
E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net 133 MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: SATU ANALISIS Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad & Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff Jabatan al-Quran dan al-Hadith Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya 50603 Kuala Lumpur [email protected] ABSTRAK Hadith da‘if merupakan hadith bersatus lemah. Menurut Ibn Salah, hadith da‘if ialah hadith yang tidak menepati ciri-ciri hadith sahih atau hasan. Dalam lapangan ilmu hadith, kedudukan hadith da‘if merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kurang juga terhasil pelbagai isu mengenai hadith da‘if. Salah faham dalam memahami definisi, kelompok hadith-hadith da‘if, hukum meriwayatkannya, khilaf ulama’ di dalamnya serta kaedah pengamalannya dilihat banyak mencetuskan variasi persepsi dan reaksi. Di Malaysia, peperangan pendapat dan hujah lazimnya berlaku di laman sembang maya seperti facebook, twitter dan sebagainya apabila membicarakan mengenai sesuatu hadith da‘if. Paling ketara, perselisihan adalah melibatkan golongan “agamawan” yang saling bertegang urat mempertahankan hujah dan firqah masing-masing. Di sebelah pihak, mereka mencanang kononnya hadith da‘if boleh diriwayat dan digunapakai secara mutlak, bahkan lebih baik dari pandangan manusia (al-Ra’y). Di sebelah pihak lain, mereka melarang dengan penuh tegas dan menyeru menggunakan dalil yang sahih sahaja. Oleh itu, usaha untuk mengharmonikan kedua-dua belah pihak dilihat penting ke arah melahirkan pandangan yang bersifat wasatiyyah. Sebagai salah satu wadah, artikel ini berusaha merungkai isu berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab-kitab karangan sarjana hadith melalui pendekatan analisis data secara campuran (mixed method) berasaskan kajian kualitatif. Analisis dilakukan terhadap setiap isu dan mengetengahkan kefahaman sebenar berasaskan perincian ulum al-Hadith. Antara isu tersebut ialah kedudukan hadith da‘if dan pengamalannya. Selain itu, pengkaji turut mendatangkan pandangan sarjana hadith dalam setiap huraian. Hasilnya dengan kewujudan panduan khas berkaitan hadith da‘if, kajian ini dapat dimanfaatkan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam. Kata Kunci: Hadith da‘if, Isu, Penjelasan, Analisis, Garis Panduan --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 1. Pendahuluan Sunnah Nabawiah merupakan sumber rujukan kedua utama dalam Islam. Hal ini telah dinyatakan melalui pelbagai nas al-Qur’an dan hadith. Malah ilmuwan Islam turut bersepakat bahawa sunnah memainkan peranan signifikan dalam pensyariatan hukum. Peranannya adalah sebagaimana autoriti al-Qur’an dalam penentuan halal dan haram. Namun disebabkan faktor-faktor tertentu, kesucian sunnah cuba dicemari dengan serangan terhadap hadith. Kesannya, hadith yang wujud pada hari ini ada yang sahih, da‘if bahkan palsu. Oleh sebab itu, tidak semua perkara yang dikaitkan dengan sunnah atau hadith itu semestinya betul kerana mungkin bersumberkan hadith yang tidak boleh dijadikan sebagai keterangan atau hujah.
Transcript
Page 1: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

133

MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF:

SATU ANALISIS

Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad & Ahmad Za‘im Sabirin Mohd Yusoff

Jabatan al-Quran dan al-Hadith

Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya

50603 Kuala Lumpur

[email protected]

ABSTRAK

Hadith da‘if merupakan hadith bersatus lemah. Menurut Ibn Salah, hadith da‘if ialah hadith yang

tidak menepati ciri-ciri hadith sahih atau hasan. Dalam lapangan ilmu hadith, kedudukan hadith da‘if

merupakan sesuatu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kurang juga terhasil pelbagai isu

mengenai hadith da‘if. Salah faham dalam memahami definisi, kelompok hadith-hadith da‘if, hukum

meriwayatkannya, khilaf ulama’ di dalamnya serta kaedah pengamalannya dilihat banyak

mencetuskan variasi persepsi dan reaksi. Di Malaysia, peperangan pendapat dan hujah lazimnya

berlaku di laman sembang maya seperti facebook, twitter dan sebagainya apabila membicarakan

mengenai sesuatu hadith da‘if. Paling ketara, perselisihan adalah melibatkan golongan “agamawan”

yang saling bertegang urat mempertahankan hujah dan firqah masing-masing. Di sebelah pihak,

mereka mencanang kononnya hadith da‘if boleh diriwayat dan digunapakai secara mutlak, bahkan

lebih baik dari pandangan manusia (al-Ra’y). Di sebelah pihak lain, mereka melarang dengan penuh

tegas dan menyeru menggunakan dalil yang sahih sahaja. Oleh itu, usaha untuk mengharmonikan

kedua-dua belah pihak dilihat penting ke arah melahirkan pandangan yang bersifat wasatiyyah.

Sebagai salah satu wadah, artikel ini berusaha merungkai isu berdasarkan kepada penelitian

terhadap kitab-kitab karangan sarjana hadith melalui pendekatan analisis data secara campuran

(mixed method) berasaskan kajian kualitatif. Analisis dilakukan terhadap setiap isu dan

mengetengahkan kefahaman sebenar berasaskan perincian ulum al-Hadith. Antara isu tersebut ialah

kedudukan hadith da‘if dan pengamalannya. Selain itu, pengkaji turut mendatangkan pandangan

sarjana hadith dalam setiap huraian. Hasilnya dengan kewujudan panduan khas berkaitan hadith

da‘if, kajian ini dapat dimanfaatkan bagi memberi kefahaman kepada umat Islam.

Kata Kunci: Hadith da‘if, Isu, Penjelasan, Analisis, Garis Panduan

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

Sunnah Nabawiah merupakan sumber rujukan kedua utama dalam Islam. Hal ini telah dinyatakan

melalui pelbagai nas al-Qur’an dan hadith. Malah ilmuwan Islam turut bersepakat bahawa sunnah

memainkan peranan signifikan dalam pensyariatan hukum. Peranannya adalah sebagaimana autoriti

al-Qur’an dalam penentuan halal dan haram. Namun disebabkan faktor-faktor tertentu, kesucian

sunnah cuba dicemari dengan serangan terhadap hadith. Kesannya, hadith yang wujud pada hari ini

ada yang sahih, da‘if bahkan palsu. Oleh sebab itu, tidak semua perkara yang dikaitkan dengan

sunnah atau hadith itu semestinya betul kerana mungkin bersumberkan hadith yang tidak boleh

dijadikan sebagai keterangan atau hujah.

Page 2: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

134

Oleh itu, para muhaddithin telah membahagikan hadith kepada dua kategori iaitu hadith yang diterima

(maqbul) dan ditolak (mardud). Hadith yang diterima (maqbul) adalah hadith yang memenuhi syarat-

syarat penerimaan sesuatu hadith. Di bawah kategori hadith maqbul, terdapat dua jenis iaitu hadith

sahih dan hasan. Manakala hadith yang tidak memenuhi syarat maqbul, ia tergolong dalam kalangan

hadith yang ditolak. Di bawah kategori hadith mardud, terdapat pelbagai jenis hadith da‘if

(Muhammad al-Tahhan, 1976).

2. Isu Semasa Berhubung Hadith Da‘if Di Malaysia

Menurut Fauzi Deraman (2013), hadith da‘if merupakan kelompok hadith masyhur dalam kalangan

masyarakat Muslim di Malaysia. Kadang kala, autoritinya dilihat melebihi peranan hadith sahih dan

hasan. Sesetengah masyarakat terpedaya disebabkan hadith tertentu sangat masyhur lalu menyangka

sudah memadai untuk beramal dan menerimanya. Sedangkan disiplinnya tidak sedemikian rupa. Ini

kerana hadith yang masyhur boleh jadi sahih, da‘if dan mawdu‘. Menurut Yusuf al-Qaradawi (2002):

“Saya percaya sebab tersebarnya penggunaan hadith-hadith yang diragui, munkar dan mawdu‘

dalam kalangan sebahagian besar pengkhutbah, penceramah dan pendakwah ialah pendapat yang

mengatakan bahawa kebanyakan ulama’ mengharuskan meriwayatkan hadith da’if dalam kelebihan

beramal (fada’il al-A’-mal), zuhud, galakan dan ancaman (al-Targhib wa al-Tarhib), ceritera (al-

Qasas) dan seumpama.”

Di Malaysia, turut terjadi pelbagai polemik atau “kekeliruan” mengenai hadith da‘if terutamanya

berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. Selain itu, salah faham dalam

memahami sains hadith serta penyebaran hadith da‘if dilihat banyak memacu pengamalan dalam

kalangan masyarakat. Dalam satu kes pada tahun 2016, seorang tokoh hadith di Malaysia telah

dituduh cuba memecah belahkan pegangan umat Islam di Malaysia apabila mengkritik status hadith

da‘if yang popular mengenai fadilat Ramadan. Malah dalam penulisan seorang tokoh pendakwah

terkenal di Malaysia, didapati beliau terus memasukkan hadith da‘if dalam kategori hadith yang

diterima (maqbul).

Selain itu, sesetengah pihak juga berhujah bahawa dibolehkan untuk beramal dengan hadith da‘if

mengenai kelebihan sesuatu amalan (fadail al-A‘mal) secara mutlak. Manakala pihak yang lain pula

menolak secara mutlak. Masing-masing mengatakan terdapat pandangan dalam kalangan para sarjana

Islam yang menjadi asas pegangan mereka sekaligus mewujudkan golongan yang terlalu terbuka dan

terlalu tertutup. Meski tujuan meraka adalah baik iaitu untuk menghilangkan khilaf berhubung hadith

da‘if dalam kalangan masyarakat, akan tetapi mereka hanya melihat isu tersebut daripada satu sisi dan

mengabaikan sisi yang lain.

3. Skop Dan Metodologi

Melihatkan fenomena ini, terdapat keperluan untuk mencari pandangan yang bersifat wasatiyyah

antara dua kelompok. Sebagai salah satu wadah, artikel ini berusaha mendalami perbahasan berkaitan

hadith da‘if berdasarkan kepada penelitian terhadap kitab-kitab karangan sarjana hadith. Analisis yang

dilakukan bertujuan mengetengahkan kefahaman sebenar berasaskan perincian ulum al-Hadith.

Antara isu tersebut ialah definisi, pembahagian, faktor penyebab, kedudukan, periwayatan dan

pengamalan hadith da‘if.

Melalui pendekatan analisis data secara campuran (mixed method) berasaskan kajian kualitatif,

perkara utama yang diberi penekanan adalah penjelasan secara kritis terhadap terhadap isu utama

mengenai hadith da‘if. Isu-isu yang dinyatakan juga didatangkan penjelasan menurut aqwal ulama’

mutaqaddimin dan muta’akhirin. Hal ini penting bagi menjamin autoriti sesuatu pandangan.

Seterusnya, kajian juga menggariskan kaedah tepat berinteraksi dengan hadith da‘if bagi golongan

Page 3: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

135

agamawan, penuntut ilmu dan masyarakat awam di Malaysia.

4. Definisi Hadith Da‘if Sebelum membicarakan lebih lanjut mengenai hadith da‘if, adalah penting untuk meneliti lima usul

penting yang menjadi prasyarat hadith sahih iaitu:

1. ‘Adalah al-Ruwat (pengamalan agama perawi)

2. Tamam al-Dabt (sempurna hafalan)

3. Ittisal Sanad al-Hadith (bersambung jalur hadith)

4. Salamah ‘An al-Shudhudh (Selamat daripada percanggahan)

5. Salamah ‘An al-‘Illah al-Qadihah (Selamat daripada kecacatan)

Jika didapati salah seorang perawi dalam jalur sanad adalah sedikit kurang daripada aspek dabit, maka

hadith tersebut dikenal sebagai hadith hasan (‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Abd al-Rahman al-

Khidr, 2005; Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.).

Da‘if menurut kamus Lisan al-‘Arab bermaksud kata lawan kepada kuat. Hadith daif dari segi bahasa

bermaksud hadith yang lemah dan tidak kuat (Sajid Mahmud, Muhammad Fayad, 2015). Manakala

dari sudut istilah pula ialah hadith yang tidak memenuhi prasyarat hadith sahih dan hasan. Hadith

da‘if merupakan martabat hadith yang paling rendah. Hal ini kerana ia tidak berupaya memenuhi lima

syarat hadith sahih atau hasan. Boleh jadi ia rosak pada bahagian perawi, sanad atau matan. Misalnya

terputus sanad, keadilan perawi dipertikaikan, lemah ingatan atau hafalan perawi serta mengandungi

syaz dan ‘illah.

Ibn Salah, al-Nawawi, Ibn Jama‘ah, Abu Hasan al-Jurjani, Ibn Kathir dan Ibn Mulaqqin

mendefinisikan hadith da‘if sebagai hadith yang tidak mengumpulkan sifat hadith sahih dan hasan (al-

Nawawi, 1960). Ibn Daqiq al-‘Aid, al-‘Iraqi, al-Suyuti, al-Sakhawi dan ‘Umar al-Bayquni pula

mengatakan hadith da‘if ialah hadith yang kurang daripada darjat hasan. Definisi ini adalah lebih

menjurus oleh kerana hadith yang tidak mengumpulkan sifat hasan, sudah tentu lebih jauh daripada

sifat hadith sahih (al-‘Iraqi, 1936; al-Suyuti, t.t.).

Menurut Ibn Hajar al-‘Asqalani (1983), hadith da‘if ialah hadith yang tidak memenuhi ciri-ciri hadith

yang diterima (maqbul). Definisi yang diberikan oleh Ibn Hajar al-‘Asqalani dilihat lebih ringkas dan

menyeluruh kerana merangkumi syarat-syarat hadith sahih dan hasan. Oleh itu, mana-mana hadith

yang tidak memenuhi salah satu daripada ciri-ciri maqbul tersebut, maka dikategorikan sebagai hadith

da‘if.

Hadith da‘if mempunyai pelbagai jenis pembahagian dan tingkatan. Para sarjana berselisih pendapat

mengenai jumlah dan pembahagian hadith da‘if berdasarkan kepada kerosakan yang berlaku terhadap

sifat-sifat penerimaan sesuatu hadith. Ibn Hibban misalnya telah membahagikan hadith da‘if kepada

empat puluh sembilan (49) jenis (al-Dhahabi, 1968). Manakala al-‘Iraqi (1936) membahagikannya

kepada empat puluh dua (42) jenis. Para sarjana hadith lain seperti al-Suyuti (1960) pula

membahagikan hadith da‘if kepada enam puluh tiga (63) jenis.

Malah dianggarkan pembahagian hadith da‘if mencapai sehingga seratus dua puluh sembilan (129)

jenis jika berdasarkan kepada penelitian akal dan lapan puluh satu (81) jenis hadith da‘if berdasarkan

kepada tempat kewujudannya. Bahkan pembahagian hadith da‘if melalui penelitian daripada pelbagai

aspek boleh mencecah sebanyak lima ratus sebelas (511) jenis (‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd Allah Ibn

‘Abd al-Rahman al-Khidr, 2005).

Page 4: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

136

5. Faktor Penyebab Dan Jenis Hadith Da‘if

Al-San‘ani (1947) dan sebahagian sarjana hadith menyatakan terdapat enam asbab yang menjadikan

sesuatu hadith sebagai da‘if iaitu:

1. Sanad tidak bersambung

2. Susur galur perawi atau sebahagiannya tidak ‘adil

3. Susur galur perawi atau sebahagiannya tidak dabit

4. Mempunyai syaz sama ada pada matan atau sanad, atau pada kedua-duanya

5. Mempunyai ‘illah (sebab-sebab yang mencacatkan) sama ada pada sanad atau matan

atau pada kedua-duanya

6. Tiada hadith lain yang menguatkannya (sokongan)

Oleh itu, mana-mana hadith yang mempunyai salah satu daripada sebab tersebut, maka tergolong

dalam kategori hadith da‘if. Secara lebih terperinci, Ibn Hajar al-‘Asqalani (t.t.) membahagikan asbab

hadith da‘if kepada dua cabang utama iaitu:

1. Gugur pada sanad (sanad tidak bersambung)

2. Kritikan terhadap perawi

Bagi pembahagian pertama, yang dimaksudkan dengan gugur pada sanad ialah terputus silsilah sanad

dengan gugur seorang perawi atau lebih dalam rangkaian perawi sesuatu hadith secara sengaja atau

sebaliknya di awal, pertengahan atau akhir sanad hadith (‘Ali Qari, 1909). Hal ini boleh berlaku sama

ada secara zahir (jelas) atau tersembunyi.

Gugur secara zahir sebagaimana namanya adalah jelas dan boleh dipastikan oleh para sarjana dan

orang yang mendalami ilmu hadith. Kecacatan pada perawi sanad jenis ini adalah akibat perkara

berikut:

1. Tidak pernah berjumpa antara satu sama lain walaupun hidup sezaman

2. Tidak hidup sezaman

3. Pernah berjumpa, akan tetapi tidak mengambil hadith tersebut daripadanya

4. Tidak diizinkan meriwayatkan sesuatu hadith oleh gurunya (ijazah)

5. Tidak memperoleh sesuatu hadith daripada gurunya (wijadah)

Antara hadith jenis ini adalah:

1. Hadith Mu‘allaq:

Gugur seorang atau lebih di awal sanad secara berturut-turut

2. Hadith Mursal:

Gugur sanad daripada kalangan sahabat

3. Hadith Mu‘dal:

Gugur dua orang perawi pada sanad atau lebih secara berturut-turut

4. Hadith Munqati’:

Gugur perawi di satu tempat atau lebih sama ada di awal, pertengahan atau di akhir

sanad

Manakala gugur secara tersembunyi merupakan perkara berkaitan sanad yang terselindung dan sukar

dikenalpasti melainkan oleh tokoh ilmuwan hadith. Kajian jenis ini memerlukan usaha penuh tekun

bagi meneliti masalah dan ‘ilal (kecacatan) dalam rangkaian perawinya (Ibn Hajar, t.t.). Hal ini

terbahagi kepada dua komponen iaitu:

Page 5: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

137

1. Hadith Mudallas:

Perawi menyembunyikan kecacatan yang terdapat pada sanad lalu mempamerkannya

dalam keadaan cantik dan indah

2. Mursal Khafi:

Perawi meriwayatkan daripada seseorang yang sezaman dengannya. Akan tetapi tidak

terbukti pertemuan dan sama‘ antara mereka

Selain itu, kritikan sarjana hadith terhadap sebahagian perawi dalam sanad juga menjadi faktor

penyebab sesuatu hadith menjadi da‘if. Perkara ini turut terbahagi kepada dua aspek iaitu:

1. Kritikan daripada sudut ‘Adalah

2. Kritikan daripada sudut Dabit

‘Adalah merupakan ciri khusus yang perlu ada pada setiap perawi bagi menjamin kesahihan hadith.

Menurut takrifan sarjana hadith, perawi yang adil ialah beragama Islam, mukallaf, baligh, berakal,

konsisten dalam melakukan seluruh tuntutan agama (dalam erti kata lain, menjauhi perbuatan dosa,

syirik, fasiq atau bid‘ah) dan menjaga maruah (melazimi akhlak yang baik) (al-Baghdadi, t.t.).

Hasilnya akan menghasilkan perawi yang thiqah (dipercayai) dan benar (Tahir al-Jaza’iri al-

Dimasyqi, t.t).

Terdapat lima jenis kritikan ke atas perawi dari sudut ‘Adalah yang menjadikan sesuatu hadith da‘if:

1. Dusta

2. Dituduh berdusta

3. Fasiq

4. Bid‘ah

5. Jahalah (Tidak dikenali)

Antara hadith jenis ini adalah:

1. Hadith Mawdu‘:

Hadith rekaan atau dicipta kemudian dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW

secara dusta sama ada disengajakan atau tidak

2. Hadith Matruk:

Riwayat oleh perawi yang dituduh berdusta atau jelas kefasikannya sama ada dari sudut

perbuatan atau perkataannya atau orang yang banyak lupa atau banyak ragu

3. Hadith Munkar:

Riwayat oleh perawi da‘if yang bertentangan dengan riwayat perawi thiqah

Dabit pula merujuk penjagaan seseorang perawi terhadap hafalan dan cacatannya dengan penuh

kejituan dan tidak cuai semenjak menerima hadith sehingga menyampaikannya serta memahami jika

meriwayatkan hadith dengan makna (Ibn Salah, 1966).

Terdapat lima jenis kritikan ke atas perawi dari sudut Dabit yang menjadikan sesuatu hadith da‘if:

1. Kesalahan yang teruk

2. Ragu-ragu

3. Terdapat percanggahan

4. Cuai

5. Buruk hafazan

Page 6: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

138

Antara hadith jenis ini adalah:

1. Hadith Matruk:

Riwayat oleh perawi yang dituduh berdusta atau jelas kefasikannya sama ada dari sudut

perbuatan atau perkataannya atau orang yang banyak lupa atau banyak ragu

2. Hadith Munkar:

Riwayat oleh perawi da‘if yang bertentangan dengan riwayat perawi thiqah

3. Hadith Mudraj:

Menampilkan tambahan luaran pada sanad dan matan yang bukan daripada hadith

(tiada pada asalnya)

4. Hadith Maqlub:

Lafaz atau sanad dipinda daripada keadaan asal sama ada ditukar atau didahulukan atau

diakhirkan

5. Hadith Mudtarib:

Riwayat yang berbeza-beza sedangkan bersumber daripada seorang perawi, dua orang

perawi atau lebih atau dari dua orang perawi atau lebih yang berdekatan dan tidak

boleh ditarjih

6. Hadith Musahhaf dan Muharraf:

Musahhaf: Berbeza dengan riwayat lain disebabkan perubahan pada titik sedangkan

bentuk tulisannya tidak berubah

Muharraf: Perbezaan berlaku disebabkan perubahan baris dengan bentuk tulisannya

masih sama

Seterusnya, terdapat juga dua jenis hadith da‘if akibat kejanggalan dan kecacatan:

1. Hadith Syaz:

Riwayat oleh seorang perawi thiqah yang bertentangan dengan riwayat perawi yang

lebih thiqah daripadanya.

2. Hadith Mu’allal:

Diketahui ‘illahnya setelah dilakukan penelitian dan penyelidikan meskipun pada

zahirnya kelihatan sahih dan selamat daripada kecacatan

6. Tahap Kelemahan Hadith Da‘if

Sebagaimana hadith sahih yang tidak sama tahap kesahihannya, begitu juga keadaannya bagi hadith

da‘if, di mana tahap keda‘ifannya tidak sama serta terhenti kepada sejauh mana kelemahan yang

terdapat pada hadith tersebut. Secara umumnya, hadith da‘if dibahagikan kepada empat bahagian

utama iaitu:

1. Hadith da‘if yang boleh ditampung dengan hadith lain (terdapat sokongan)

2. Hadith da‘if biasa atau ringan (pembahagiannya adalah pelbagai seperti hadith

munqati‘, mursal, maqlub dan sebagainya)

3. Hadith da‘if yang sangat lemah (hadith munkar dan matruk)

4. Hadith mawdu‘ (seburuk-buruk hadith da‘if)

Hadith da‘if biasa atau lazimnya disebut sebagai hadith da‘if ringan boleh dinaikkan taraf kepada

darjat hadith yang diterima dan ditegakkan hujah dengannya (menjadi hadith hasan li ghayrih) jika

terdapat hadith lain yang menguatkannya. Namun jika tiada sokongan, maka kekal pada

kedudukannya (Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.).

Manakala hadith yang sangat lemah (shadid al-Da‘f) terdiri daripada pelbagai jenis daripada mawdu‘,

matruk, munkar dan seumpama yang mana kewujudannya disebabkan oleh pelbagai faktor yang

terlampau seperti dikritik teruk atau ditinggalkan riwayatnya oleh para sarjana hadith. Hadith-hadith

Page 7: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

139

tersebut tidak boleh dinaikkan taraf dan tidak harus diriwayatkan tanpa disertakan penjelasan

mengenai kedudukannya (Sajid Mahmud, Muhammad Fayad, 2015). Meriwayatkan hadith tersebut

tanpa penjelasan adalah berisiko dan boleh menjurus kepada pendustaan terhadap Rasulullah SAW.

7. Hukum Periwayatan Daripada Perawi Da‘if

Muslim dalam mukaddimah Sahih Muslim telah mengkritik perawi-perawi da‘if dan munkar. Beliau

mewajibkan riwayat yang diketahui kesahihannya sahaja. Dalam mukaddimah kitabnya, dijelaskan

bahawa wajib bagi setiap orang mengetahui cara membezakan antara hadith sahih dan cacat, tidak

meriwayatkan melainkan apa yang diketahui daripada sumber yang sahih dan menjauhi perawi-perawi

daripada kalangan yang dituduh daripada pelaku bid‘ah.

Jika diamati, terdapat sesetengah daripada kitab-kitab hadith memasukkan hadith da‘if tanpa

menjelaskan kedaifannya. Jarang ditemui sarjana yang menjelaskan darjat hadith tersebut. Ramai

dalam kalangan sarjana menyebutkan hadith dengan sanadnya dengan bergantung kepada

kemampuannya membezakan antara sahih dan da‘if dan membezakan antara apa yang boleh dibuat

hujah dengan apa yang tidak boleh dibuat hujah. Dalam hal ini, mereka adalah dimaafkan oleh kerana

faktor zaman dan pengetahuan tentang perawi serta kepercayaan kepada siapa yang meriwayatkannya

adalah berbeza dengan masyarakat Islam pada zaman kini. Kebanyakan mereka tidak mencari hukum

hadith tersebut sama ada sahih atau da‘if (‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Abd al-Rahman al-

Khidr, 2005).

8. Hukum Menyampaikan Hadith Da‘if

Jumhur ulama’ membolehkan untuk menyebut atau menyampaikan hadith da‘if tanpa dinyatakan

bahawa ia adalah da‘if kecuali hadith mawdu‘ (Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.)

dengan syarat hadith tersebut tidak berkaitan dengan perkara aqidah, halal haram atau hukum hakam.

Hadith da‘if yang dibolehkan untuk disebut hanya dalam bab berkaitan targhib wa tarhib (nasihat dan

peringatan), fada‘il al-A‘mal (kelebihan amalan), kisah-kisah, akhlak dan adab. Selain itu, hadith

tersebut tidak boleh disebutkan dengan lafaz jazam (pasti) seperti:

1. Nabi Muhammad bersabda

2. Nabi Muhammad melaporkan

3. Nabi Muhammad melakukan demikian

4. Nabi Muhammad menyuruh demikian

Sesiapa yang ingin menyebut hadith da‘if tanpa sanad, maka perlu menggunakan lafaz tamrid

(menunjukkan hadith tersebut da‘if). Misalnya:

1. Direkodkan daripada Nabi Muhammad

2. Dikatakan Nabi Muhammad menyebut

3. Dinukilkan daripada Nabi Muhammad

4. Diceritakan bahawa Nabi Muhammad

Pandangan paling tepat dalam hal ini adalah sebagaimana pandangan Ahmad Muhammad Shakir

(1979): “Menerangkan keda‘ifan sesuatu hadith yang da‘if adalah perkara yang wajib dalam setiap

perkara. Jika ditinggalkan, ditakuti orang yang melihat atau mendengar akan memperkirakan ia

sebagai hadith sahih, khasnya apabila ia dinukilkan daripada para sarjana hadith yang dirujuk

pandangannya. Tiada beza dalam (menyampaikan hadith da‘if) sama ada dalam perkara hukum atau

kelebihan amalan.”

Page 8: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

140

9. Isu Hadith Da‘if Dalam Bab Aqidah Hadith da‘if telah menimbulkan perselisihan yang besar dalam kalangan ilmuwan Islam dari aspek

penerimaan dan penolakannya. Bukan itu sahaja, ia juga diperselisihkan secara meluas berhubung

penggunaannya dalam bab hukum-hakam, fada’il, tafsir, maghazi, siyar dan sebagainya (Nawal Bint

Hasan Ibn Sulayman al-Ghanam, t.t.).

Dalam bab usul al-Din khususnya berkait aqidah (pengetahuan terhadap Allah SWT (ma‘rifat Allah),

nama-nama, sifat, Qada’ dan Qadar serta ganjaran-Nya), penggunaan hadith da‘if adalah tidak

diterima secara mutlak. Hanya hadith mutawatir dan Ahad (bertaraf sahih dan hasan) sahaja yang

diterima. Hal ini turut disepakati oleh jumhur ulama’ (al-Safarini, 1951).

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.) telah memperincikan pembahagian khabar yang diterima dalam bab

aqidah kepada empat bahagian iaitu:

1. Khabar yang mutawatir dari sudut lafaz dan makna

2. Khabar yang mutawatir dari sudut makna tanpa lafaz

3. Khabar yang masyhur dan menepati syarat penerimaan dalam kalangan ummah

4. Khabar Ahad yang diriwayatkan daripada seorang yang adil dan dabit (jitu) dari orang

yang semisal dengannya juga sehingga kepada Rasulullah SAW

Dengan itu, hadith da‘if adalah tidak diterima dalam perkara melibatkan aqidah dan kepercayaan asas

dalam Islam. Ini bagi menjamin keaslian syariat Islam dengan sumber aqidah dan iman yang pasti

(qat‘ie) lagi benar.

10. Isu Hadith Da‘if Dalam Ithbat Qira’at al-Qur’an

Sarjana dalam bidang ‘ulum al-Qur’an bersepakat bahawa syarat penerimaan sesuatu bentuk bacaan

(Qira’at al-Qur’an) mestilah bertepatan dengan mushaf uthmani dan (kaedah) bahasa Arab (al-Makki

Ibn Abi Talib al-Qaysi, 1979). Namun mereka sedikit berselisih pendapat mengenai syarat ketiga

(sanad Qira’at). Hal ini terbahagi kepada dua pendapat iaitu:

[Pertama]: Ibn al-Jawzi dan Abu Shamah al-Maqdisi berpendapat sudah mencukupi untuk

menetapkan kesahihan sanad Qira’at tersebut kepada Nabi Muhammad SAW jika diriwayatkan oleh

rangkaian perawi yang adil lagi dabit sehingga sampai kepada Rasulullah SAW tanpa mengandungi

syaz atau ‘illah (Shams al-Din Muhammad Ibn al-Jawzi, 1980).

[Kedua]: ‘Ali Ibn Muhammad Ibn Salim al-Nuri Abu al-Hasan mengatakan hadith Ahad tidak

mencukupi untuk menyokong kesahihan sanad Qira’at. Ia mestilah mutawatir sebagaimana keadaan

al-Quran yang mutawatir (‘Ali al-Nawawi al-Safaqasi, 1953).

Kesimpulannya, Ahmad Muhammad Shakir (1979) merumuskan: “Mutawatir adalah sifat bagi al-

Qur’an. Adapun mengenai bacaannya (Qira’at al-Qur’an), memadai dengan hadith Ahad yang sahih

secara sanad dan matan di samping bertepatan dengan rasm mushaf dan bahasa Arab.” Penggunaan

hadith da‘if langsung tidak dibicarakan dalam hal ini dan para sarjana Islam jelas tidak

memerlukannya sama ada sebagai hujah atau dalil penyokong dalam bab ithbat Qira’at al-Qur’an.

Page 9: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

141

11. Isu Hadith Da‘if Dalam Pentafsiran al-Qur’an

Al-Zarkashi (1957) mengatakan: “Sunnah merupakan sumber utama bagi sesiapa yang mempelajari

ilmu tafsir”. Namun timbul persoalan, adakah boleh menafsirkan al-Quran dengan segala khabar yang

disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW tanpa mengira statusnya sama ada sahih atau da‘if?

Jawapannya adalah sebagaimana ditegaskan al-Zarkashi (1957) iaitu: “Wajib menghindari riwayat

yang da‘if atau mawdu‘ yang banyak tersebar dalam tafsir al-Quran. (Jauhilah ia oleh kerana)

sesungguhnya tinta hitam (yang menulis boleh jadi menulis) kehitaman dalam hati.”

Al-Maymuni turut menukilkan pandangan Ahmad Ibn Hanbal dengan berkata: “Tiga perkara yang

tidak mempunyai asal (iaitu), al-Maghazi, al-malahim dan tafsir” (Abu Ahmad ‘Abd Allah Ibn ‘Adiy,

1983). Hal ini memberi maksud bahawa kebiasaannya sanad hadith dalam tiga perkara tersebut adalah

tidak sahih. Jikalau sahih, pasti akan mengesahkan kebanyakannya.

Namun, pandangan Ahmad Ibn Hanbal tersebut tidak dipersetujui oleh kerana secara kebiasaannya

riwayat dalam tafsir al-Qur’an adalah sahih. Hal ini boleh diperhatikan dalam kitab-kitab hadith dan

tafsir seperti Sahihayn, Muwatta’ Malik, Sunan al-Tirmidhi, Musnad Ahmad Ibn Hanbal, Tafsir al-

Tabari dan Ibn Abi Hatim. Malah Ibn ‘Allan (1929) menegaskan: “Kalam Allah (al-Quran) tidak

layak ditafsir melainkan dengan membawakan hadith sahih atau hasan.”

Menurut Al-Shaukani (1937): “Tidak diterima (dalam ilmu tafsir) setiap yang tidak sahih misalnya

tafsiran yang diambil daripada sanad yang da‘if dan tafsiran daripada orang yang tidak dipercayai

sehingga didatangkan dengan sanad yang sahih.” Sheikh ‘Alwi al-Maliki (t.t.) turut berpendapat:

“Tidak boleh berhujah dengan hadith da‘if dalam menafsirkan kalam Allah SWT (al-Quran) oleh

kerana akan menjadikan tujuan ayat dan makna tidak selari. Oleh itu, mesti menggunapakai hadith

yang lebih kuat daripada hadith da‘if.”

Oleh itu, para mufassir menolak hadith da‘if serta berpada dengan hadith yang sahih daripada

Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Ini sebagaimana dinyatakan al-Dhahabi: “Adapun tafsir al-

Quran dengan al-Quran dan al-Quran dengan al-Sunnah yang sahih, maka tidak terdapat

percanggahan pendapat dan sebulat suara dalam penerimaannya. Ia tidak mengandungi keda‘ifan

dan syak dalam penafsiran. Adapun setiap yang disandarkan kepada Nabi Muhammad SAW daripada

sumber hadith yang da‘if dari segi sanad dan matan, maka ia ditolak, tidak diterima dan tidak boleh

dinisbahkan kepada Nabi Muhammad SAW” (Nasir al-Din al-Albani, t.t).

12. Isu Hadith Da‘if Dalam Bab Fada’il Dan Hukum Hakam

Para sarjana hadith berselisih pendapat mengenai penggunaan hadith da‘if dalam perkara hukum

hakam dan fada’il al-A‘mal. Hal ini boleh dirumuskan kepada tiga bahagian:

1. Boleh beramal dengan hadith da‘if secara mutlak dalam semua bidang sama ada

perkara halal dan haram, wajib dan fardhu, fada‘il, targhib wa tarhib dan sebagainya.

Golongan pertama berpandangan bahawa selagimana hadith da‘if adalah secara kemungkinan sahaja

dinilai rosak dan jika tiada penyebab yang kuat dalam melemahkan riwayatnya, maka boleh beramal

dengannya. Begitu juga pada hemat mereka, hadith da‘if lebih kuat daripada pandangan manusia dan

Qiyas. Namun begitu, pengamalannya perlu berlandaskan kepada tiga syarat:

1. Sebab yang menjadikan sesuatu hadith itu da‘if adalah ringan dan tidak terlalu lemah

2. Tiada hadith lain (sahih atau hasan) yang menyebut tentang perkara sama yang disebut

dalam hadith da‘if tersebut

3. Tidak bercanggah dengan qawa‘id syar‘iyyah dan pengamalan sedia ada dalam Islam

Page 10: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

142

Antara tokoh hadith yang berpendirian sebegini ialah Abu Hanifah. Ibn Hazm (t.t.) menukilkan

bahawa hadith da‘if adalah lebih utama di sisi Abu Hanifah daripada pandangan manusia dan Qiyas

jika tidak dijumpai hadith lain sebagai dalil dalam bab yang diperbincangkan. Al-Sindi turut

mengatakan bahawa hadith mursal merupakan hujah dalam mazhab Hanafi dan jumhur ulama’ (‘Abd

al-Karim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Abd al-Rahman al-Khidr, 2005).

Malik Ibn Anas juga mendahulukan hadith mursal, munqati‘ dan qaul sahabat daripada Qiyas. Ini

boleh diperhatikan dalam kitab al-Muwatta’ di mana beliau banyak mengumpulkan hadith mursal dan

munqati‘. Ibn ‘Abd al-Barr (t.t.) menyatakan: “Hadith mursal yang diriwayatkan oleh perawi yang

thiqah adalah diterima dan menjadi hujah dalam mazhab Maliki. Boleh beramal dengannya sama

sebagaimana dengan hadith musnad.” Ibn ‘Arabi (t.t.) juga mengatakan tidak diterima riwayat hadith

mursal melainkan daripada riwayat penduduk Madinah (Ahl Madinah). Selain itu, antara tokoh lain

yang turut berkongsi pandangan sama ialah al-Shafi‘e, Ahmad Ibn Hanbal, Abu Dawud al-Sajistani,

Kamal al-Din Ibn al-Hamam dan Muhammad al-Ma‘in Ibn Muhammad al-Amin.

2. Tidak boleh sama sekali beramal dan berhujah dengan hadith da‘if sama ada dalam

perkara hukum hakam, fada‘il mahupun targhib wa tarhib.

Pandangan golongan kedua adalah atas dasar hadith da‘if hanya membawa sangkaan yang rosak.

Allah SWT dan Rasulullah SAW telah mencela sangkaan sebagaimana nas:

Terjemahan: “Dan kebanyakan mereka tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal)

sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran.

Sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan apa yang mereka lakukan.” [Surah Yunus (10): 36]

Terjemahan: “Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka

akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata

dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.” [Surah al-An‘am (6): 116]

Rasulullah SAW juga bersabda: “Jauhilah sangkaan. Sesungguhnya ia adalah sedusta-dusta

percakapan (berita).” [Hadith riwayat al-Bukhari]

Begitu juga hadith sahih telah mencukupi kepada kaum Muslimin dan menghalang daripada berhajat

kepada hadith da‘if. Pandangan di atas dinukilkan daripada para sarjana muhaqqiq seperti al-Bukhari

dan Muslim (al-Nawawi, 1929). Al-Bukhari misalnya telah mengarang sebuah kitab hadith dengan

mengaplikasikan syarat yang ketat terhadap perawi bagi menjamin kesahihannya. Beliau tidak

mengeluarkan hadith da‘if bersandarkan kepada pandangannya bahawa tidak boleh beramal dengan

hadith da‘if sebagaimana dinyatakan oleh Sheikh Jamal al-Din al-Qasimi. Manakala Muslim turut

menyatakan pada bahagian muqaddimah kitabnya bahawa tidak boleh berhujah dengan hadith da‘if

secara mutlak (al-Qasimi, 1922).

‘Abd al-Rahman Ibn Abu Hatim juga meriwayatkan daripada Abu Zur‘ah dengan katanya: “Tidak

boleh berhujah atau ditegakkan hujah dengan hadith mursal kecuali (didatangkan) hadith yang

sanadnya sahih dan bersambung (tidak terputus). Malah aku juga berpandangan sedemikian” (Sajid

Mahmud, Muhammad Fayad, 2015).

Selain itu, al-Khatib al-Baghdadi (t.t.) pernah menukilkan daripada Abu Zakariya al-Naysaburi

dengan berkata: “Tidak akan ditulis sesuatu khabar daripada Nabi Muhammad sehingga

Page 11: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

143

diriwayatkan oleh seorang yang thiqah daripada orang yang thiqah juga sehingga berakhir dengan

sifat yang sama pada penghujungnya. Tidak boleh terdapat di dalamnya perawi yang majhul (tidak

dikenali) dan majruh (dikritik kredibilitnya). Apabila thabit sesuatu khabar daripada Nabi

Muhammad SAW dengan ciri-ciri berikut, maka wajib menerima dan beramal dengannya serta

meninggalkan hadith lain yang menyelisihinya.” Selain itu, antara sarjana lain yang berpandangan

sedemikian ialah Yahya Ibn Ma‘in, Abu Zur‘ah al-Razi, Abu Hatim al-Razi, Ibn Hibban, Abu

Sulayman al-Khattabi, Abu Muhammad Ibn Hazm al-Zahiri, Abu Bakr Ibn al-‘Arabi, Ibn Taimiyah,

Abu Shamah al-Maqdisi, Muhammad Ibn ‘Ali al-Shaukani, Sadiq Hasan Khan, Sheikh Ahmad

Muhammad Shakir, Sheikh Muhammad Nasir al-Din al-Albani dan Subhi al-Soleh.

3. Tidak boleh berhujah atau beramal dengan hadith da‘if dalam perkara berkaitan hukum

hakam, halal haram dan aqidah.

Hanya boleh beramal dengannya di dalam bab fada’il al-A‘mal, targhib wa tarhib dan

seumpama sahaja.

Pembahagian ketiga ini merupakan pegangan jumhur ulama’ (al-Nawawi, 1929). Mereka tidak terlalu

tegas dalam menerima dan tidak terlalu longgar dalam menolak hadith da‘if. Mereka menelusuri

pandangan bersifat wasatiyyah di antara dua kelompok. Perkara ini turut diutarakan oleh al-Nawawi,

Ibn Hajar al-Haythami, Sufyan Ibn ‘Uyaynah, Yahya Ibn Ma‘in, Ahmad Ibn Hanbal, Abu ‘Umar Ibn

‘Abd al-Barr, Ibn Qudamah, Abu Zakariya al-Nawawi, ‘Isma‘il Ibn Kathir, Jalal al-Din al-Mahalli,

Jalal al-Din al-Suyuti, Taqi al-Din al-Futuhi, Muhammad ‘Abd al-Hay al-Laknawi dan Nur al-Din

‘Itr.

Dalam bab qawa‘id syar‘iyyah dan usul (usul aqidah, ibadah, muamalat, hukum hakam, iaitu halal,

haram, wajib, makruh, sunat, harus dan begitu juga dalam perkara usul lain yang telah disepakati

ramai), para sarjana hadith bersikap tegas dan teliti demi menjaga kemurnian Islam. Sufyan al-Thawri

pernah berkata: “Janganlah kamu mengambil ilmu ini dalam perkara halal dan haram kecuali

daripada tokoh yang masyhur dalam bidangnya dan mengetahui penambahan dan kekurangan

sesuatu” (Ibn Rajab, 1978)

Menurut Ibn Taimiyah (1909): “Tidak boleh berpegang dalam syariat dengan hadith-hadith yang

da‘if melainkan dengan hadith sahih atau hasan.” Muhammad Ibn ‘Ali al-Shaukani (1937) turut

menyebut: “Hadith da‘if yang di mana tahap kelemahannya adalah mencapai had yang tidak

menghasilkan sangkaan tidak boleh dijadikan sumber hukum. Ia juga tidak boleh dijadikan hujah

untuk menetapkan hukum syara’. Sudut ini hanya memerlukan hadith sahih dan hasan sama ada

secara li zatihi atau li ghayrihi bagi menghasilkan sangkaan yang benar dan kuat untuk digunapakai

dalam syara’” (Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.).

Manakala dalam bab fada’il al-A‘mal dan seumpama, ‘Abd Allah Ibn Mubarak berkata: “Ia (hadith

yang diriwayatkan oleh perawi da‘if) boleh digunapakai dalam bab adab, pengajaran, zuhud dan

seumpama dengannya” (Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman Ibn Abu Hatim al-Razi, 1952). ‘Abd al-

Rahman Ibn Mahdi juga menyebut: “Apabila kami meriwayatkan daripada Nabi Muhammad SAW

mengenai perkara halal haram dan hukum hakam, kami tegas dalam meneliti sanad dan keadaan

perawinya. Apabila kami meriwayatkan mengenai kelebihan, pahala dan akibat (nasihat dan

peringatan), kami mudahkan sanadnya (tasahul) dan bertimbang rasa terhadap keadaan perawinya”

(al-Qasimi, 1922; Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.).

Meski begitu penggunaannya bukan secara mutlak, bahkan terdapat beberapa syarat yang perlu

dipatuhi jika hendak beramal dengan hadith da‘if dalam fada’il. Syarat-syarat tersebut telah

Page 12: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

144

dinyatakan oleh ‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd Allah al-Khidr (2005) iaitu:

1. Sebab yang menjadikan sesuatu hadith itu da‘if adalah tidak kuat. Oleh itu, hadith yang

perawinya adalah pendusta, ditohmah sebagai pendusta atau banyak melakukan

kesilapan adalah ditolak.

2. Termasuk bawah dasar umum yang diterima pakai. Asas amalan yang disebut dalam

hadith da‘if tersebut selari dengan semangat al-Quran dan hadith sahih. Maka amalan

yang direka dan tiada asas sandaran dalam syariat adalah ditolak.

3. Ketika beramal dengan hadith tersebut, tidak boleh beranggapan bahawa ia thabit

daripada Rasulullah SAW sebagai langkah berhati-hati. Ini mengelakkan terjadinya

menyandarkan sesuatu kepada Nabi SAW perkara yang tidak pasti.

4. Perkara yang disebut di dalam hadith da‘if tersebut adalah berkaitan dengan kelebihan

amalan (fada’il al-A‘mal), Qasas, mawa‘iz dan seumpama sahaja.

5. Perkara yang disebut dalam hadith da‘if tersebut tidak bercanggah dengan hadith sahih.

6. Tidak disebutkan secara pasti sebagai sunnah. Perlu diriwayatkan dengan lafaz tamrid

seperti dikatakan dan sebagainya (Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.).

7. Ibn Hajar al-‘Asqalani (1971) turut menambah satu lagi syarat iaitu tidak dihebahkan

hadith tersebut secara meluas dalam kalangan orang awam supaya tidak menjadi punca

masyarakat beramal dengan hadith da‘if atau kemungkinan orang yang jahil akan

menganggapnya sebagai sunnah sahihah.”

Kesimpulannya, pandangan ketiga adalah paling baik dan wasatiyyah dalam isu ini. Hal ini sekaligus

dapat mengharmonikan antara dua kelompok yang terlalu terbuka dan tertutup dalam isu berhubung

hadith da‘if. Ibn Hajar al-‘Asqalani (1971) juga meraikan pandangan ini dengan kenyataannya:

“Masyhur dalam kalangan ahli ilmu yang membolehkan penggunaan hadith daif (lemah) selagimana

ia tidak tergolong dalam hadith mawdu’ (palsu) dalam perkara fada’il (kelebihan amalan). Bagi

tujuan itu, perlu untuk mensyaratkan bahawa para pelaku mengetahui dan mengisytiharkan keadaan

hadith daif yang dijadikan i‘tiqad atau amalan. Jika tidak diisytiharkan, berkemungkinan seseorang

itu akan mensyariatkan perkara yang tidak disyariatkan atau disangka oleh sebahagian orang jahil

bahawa ia adalah sunnah sahihah.”

13. Isu Tasahul Terhadap Riwayat Hadith Fada’il

Menurut Abu Zakariya al-‘Anbari: “Sesuatu khabar apabila tidak mengemukakan mengenai perkara

halal haram, tidak menghalalkan yang haram dan tidak mengharamkan yang halal, bahkan berkait

dengan galakan, ancaman, akibat dan kelebihan, wajib meringankan sanadnya dan bermudah

terhadap riwayatnya.” Malah menurut al-‘Iraqi: “(Pada) hadith da‘if selain mawdu‘ dalam bab

galakan dan larangan berbentuk cerita, pengajaran dan kelebihan amalan, maka boleh bermudah-

mudah pada isnad dan perawinya. Namun apabila melibatkan syariat Islam (halal haram dan hukum

hakam) dan aqidah, tidak boleh bersikap lembut dalam hal tersebut.”

Daripada pandangan sarjana di atas, ‘Abd al-Rahman Ibn Yahya Ibn ‘Ali Ibn Muhammad al-

Mua‘llimi berpandangan bahawa maksud bermudah-mudah menurut sarjana hadith ialah bermudah-

mudah dalam riwayat hadith da‘if (yang tertentu) (Khayr al-Din al-Zarkili, 1969). Pada asalnya, tokoh

hadith apabila mendengar sesuatu hadith, mereka tidak akan meriwayatkannya sehingga jelas

petunjuk bahawa ia berstatus sahih atau dekat kepada taraf sahih atau diyakini sah (diperakui

kehujahannya) disebabkan terdapat sokongan. Jika didapati gugur salah satu daripada perkara

tersebut, maka hadith tersebut tidak akan diriwayatkan secara pasti.

Namun begitu, terdapat sebahagian sarjana hadith apabila mendapati hadith da‘if yang ringan, tidak

berkaitan dengan bab hukum hakam dan sunnah Nabawiah selain hanya memperkatakan mengenai

Page 13: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

145

kelebihan sesuatu amalan yang telah disepakati dalam syariat seperti kelebihan melaksanakan solat

berjemaah, membaca al-Qur’an, Qiyam al-Layl atau seumpama, maka tidak dilarang riwayatnya

(Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.). Inilah maksud bermudah-mudah dalam riwayat

menurut para sarjana hadith dan bukannya membiarkan semua hadith-hadith berkaitan fada’il al-

A‘mal (al-Mua‘llimi, 1959).

14. Maksud Beramal Dengan Hadith Da‘if Penggunaan hadith da‘if dalam perkara usul al-Din merangkumi aqidah, halal haram dan hukum

hakam adalah dilarang (Sajid Mahmud, Muhammad Fayad, 2015). Ia hanya boleh digunapakai dalam

bab selainnya seperti fada‘il, targhib wa tarhib, mawa‘iz, adab, akhlak, anjuran amal soleh dan

seumpama dengan melazimi syarat-syarat yang telah ditetapkan (Muhammad Ibn Muhammad Abu

Shahbah, t.t.).

Menurut Ahmad Ibn Muhammad Ibn ‘Umar al-Misri al-Qadi Shihab al-Din al-Khafaji: “Makna

beramal dengan hadith da‘if adalah meriwayatkan hadith tersebut untuk menyebutkan ganjaran atau

pahala sebahagian amalan yang telah thabit (dengan nas sahih sebelumnya) berbentuk galakan

supaya melakukannya atau kelebihan para sahabat RA dan zikir (amal soleh)” (al-Qadi ‘Iyad, 1907;

Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah, t.t.). Malah menurut Ibn Taimiyah (1962): “Beramal

dengan hadith da‘if di sisi para ulama’ cuma pada perkara melibatkan bab mengharapkan pahala

atau berkaitan dengannya (kelebihan amalan) serta untuk menakutkan tentang akibat perbuatan dosa

(nasihat dan peringatan). Ia juga tidak terikat antara satu sama lain. Hal ini sebagaimana seseorang

lelaki yang mengetahui bahawa berniaga adalah menguntungkan. Malah turut sampai kepadanya

riwayat (berbentuk galakan) daripada orang lain bahawa perniagaan pasti akan memberikan

keuntungan yang banyak. Jika benar (riwayat tersebut), maka akan memberi manfaat dan jika dusta,

tidak memudaratkan sedikit pun. Hal ini termasuk perkara targhib wa tarhib dengan riwayat

Israiliyyat, mimpi atau ucapan ulama’, kejadian alam dan seumpama. Namun tidak boleh beramal

dengan hadith da‘if dalam penetapan hukum syara‘ atau semisal dengannya.”

Secara lebih terperinci, al-Shatibi (t.t.) membahagikan amalan terhadap hadith da‘if dalam perkara

fada’il kepada tiga bahagian iaitu:

1. Amalan yang didasari oleh nas umum bersama perincian

Semua nas yang mendorong kepada pengamalan seperti solat fardhu, solat sunat, puasa

wajib dan sebagainya adalah secara majoritinya sahih. Justeru, tidak mengapa

menyebutkan hadith yang tidak terlalu da‘if yang mendorong kepada pengamalannya

atau peringatan akibat meninggalkannya dengan syarat disebutkan setelah menjelaskan

asal amalan dengan nas yang sahih.

2. Amalan yang tidak berdasarkan nas umum dan perincian

Amalan tersebut adalah tidak sahih dan merupakan bid‘ah yang nyata (rekaan). Oleh

itu, galakan dalam hal ini adalah tidak dibolehkan oleh kerana langsung tidak

disebutkan dalam syariat Islam atau berasaskan sebarang dalil. Oleh itu, tiada asal

untuk mengetengahkan galakan atau ancaman bagi orang meninggalkannya.

Page 14: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

146

3. Amalan yang didasari nas umum namun tiada bersamanya perincian

Amalan yang mempunyai asal dalam agama tidak semestinya mempunyai perincian

yang khusus tentang kaedah pengamalannya. Sesuatu amalan yang dilakukan tanpa

sebarang perincian atau panduan yang jelas adalah tertolak sehingga datang keterangan

dengan dalil yang sahih. Setelah itu, barulah diteliti hadith da‘if berbentuk nasihat atau

peringatan yang dinisbahkan kepada sesuatu amalan khusus.

Hal ini seperti perbuatan solat malam Nisf Syaaban dengan berhujah atas wujudnya

hadith menggalakkan solat sunat secara umum. Begitu juga puasa pada 27 Rajab oleh

kerana wujudnya hadith yang menggalakkan puasa sunat secara umum. Namun

pendapat golongan ini ditolak kerana asal tersebut dithabitkan secara umum tetapi tidak

secara terperinci (mengkhusus).

15. Isu Qaul Ahmad Ibn Hanbal Tentang Hadith Da‘if Terdapat sebuah riwayat yang masyhur daripada Ahmad Ibn Hanbal mengenai hadith da‘if iaitu:

“Hadith da‘if lebih aku sukai daripada pandangan manusia.” Malah beliau mendahulukan hadith

da‘if daripada Qiyas (Ibn Badran, t.t.).

Bagi menjelaskan isu tersebut, Ibn Taimiyah (1903) menyatakan bahawa “hadith da‘if” yang disebut

oleh Ahmad Ibn Hanbal ialah hadith hasan dan bukannya hadith da‘if sebagaimana yang didakwa

oleh segelintir ulama’ muta’akhirin. Beliau mengatakan: “Pada pandangan kami, hadith da‘if yang

lebih baik daripada pandangan individu bukan memberi makna hadith da‘if yang matruk

(ditinggalkan). Akan tetapi, ia merupakan hadith da‘if hasan.”

Perlu diketahui, da‘if yang difahami oleh ulama’ mutaqaddimin tidak sama dengan da‘if yang

difahami golongan muta’akhirin. Golongan muhaddithin sebelum al-Tirmidhi tidak mengenali

pembahagian hadith kecuali sahih dan da‘if. Da‘if pula terbahagi kepada da‘if yang ditinggalkan

(da‘if pada pembahagian al-Tirmidhi) dan da‘if yang boleh digunapakai sebagai hujah (hasan pada

pembahagian al-Tirmidhi). Hanya pada zaman al-Tirmidhi, barulah masyhur pembahagian hadith

sahih, hasan dan da‘if (Sajid Mahmud, Muhammad Fayad, 2015).

Ibn Qayyim al-Jawziyyah dan Ibn ‘Allan turut mengutarakan pandangan sama dengan berkata:

“Maksud hadith da‘if di sisi Ahmad Ibn Hanbal bukanlah hadith batil atau munkar dan bukan juga

dalam riwayatnya terdapat perawi yang ditinggalkan. Bahkan hadith da‘if di sisi beliau adalah

daripada pembahagian hadith yang sahih (diperakui kehujahannya) dan tergolong dalam bentuk

hadith hasan. (Hal ini kerana) pembahagian hadith (pada zamannya) bukanlah sahih, hasan dan

da‘if. Akan tetapi sahih dan da‘if (sahaja)” (Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah,

1969). Oleh itu, terdapat tiga rumusan utama berhubung hal ini.

1. Da‘if yang disebut oleh Ahmad Ibn Hanbal ialah da‘if hasan atau hadith hasan menurut

al-Tirmidhi.

2. Maksud “da‘if hasan” bukanlah bermaksud para ulama’ hadith mutaqaddimin hanya

berhujah dengan hadith sahih dan tidak berhujah dengan hadith hasan (da‘if pada

istilah ulama’ mutaqaddimin) dalam perkara hukum hakam atau mencukupi kehujahan

hadith hasan tersebut dalam bab kelebihan, galakan dan ancaman sahaja. Hal ini jauh

daripada pandangan rajih dalam kalangan jumhur ulama’ mengenai kehujahan hadith

hasan.

Page 15: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

147

3. Al-Tirmidhi bukanlah sarjana hadith pertama yang menggunakan istilah “hasan”.

Didapati ‘Ali Ibn al-Madini, al-Bukhari dan Ahmad Ibn Hanbal turut pernah

menggunakannya dalam menghukum sesuatu sanad atau hadith sehingga datang al-

Tirmidhi mengikut jejak langkah gurunya dan lebih masyhur (dengan pembahagian

istilah tersebut) oleh kerana banyak menggunakannya dalam penulisan kitab-

karangannya.

16. Pedoman Daripada Sheikh Yusof al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradawi (2002), terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh

mereka yang ingin membimbing umat Islam dalam konteks targhib wa tarhib. Jika tidak difahami,

maka akan mengeruhkan lagi kehidupan beragama dalam masyarakat. Perkara tersebut adalah berikut:

1. Sebahagian ulama dahulu dan sekarang didapati cuba menyamakan syarat penerimaan

antara hadith-hadith mengenai targhib wa tarhib, ibadat-ibadat, zuhud dan sebagainya

dengan hadith-hadith hukum di mana tidak diterima hadith itu melainkan yang sahih

dan hasan.

2. Tiga syarat yang disyaratkan untuk mengharuskan riwayat hadith da‘if mengenainya

tidak diambil berat:

1. Disepakati bahawa kelemahan hadith tersebut tidak berat. Maka terkeluar

riwayat oleh seorang perawi yang dusta atau dituduh sebagai pemalsu hadith serta yang

teruk kesalahannya.

2. Mencakupi asas umum agama. Maka terkeluarlah sesuatu yang diada-adakan

kerana tidak memiliki dalil asas yang mendasarinya.

3. Diamalkan tanpa berkeyakinan adalah thabit (daripada Nabi SAW) agar tidak

disandarkan kepada Nabi SAW apa yang tidak disabdakan.

Justeru ramai orang yang bergiat di dalam bidang ini mengambil hadith-hadith

mengenai zuhud dan ibadah tanpa membezakan antara yang da‘if dan amat da‘if.

Mereka juga tidak memahami secara mendalam adakah ia bersumberkan al-Quran atau

Sunnah yang sahih. Bahkan mereka telah dikalahkan kerana terlalu suka kepada kesan

dan kepelikannya walaupun hadith itu keterlaluan atau jelas padanya tanda-tanda

mawdu‘.

3. Para sarjana telah memberikan peringatan yang penting iaitu jangan berkata pada

hadith da‘if: “Sabda Rasulullah” dengan lafaz yang pasti (sighah al-Jazam).

4. Hendaklah berpada dengan hadith sahih dan hasan di dalam membincangkan sesuatu

tajuk.

5. Hadith da‘if dalam targhib wa tarhib boleh merosakkan nilai amal atau kewajiban

yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang wajib adalah mengekalkan martabat

yang telah ditentukan oleh syara’ terhadap amalan-amalan itu tanpa melakukan dua

unsur melampau iaitu terlalu longgar atau terlalu ekstrem (melampau).

6. Para sarjana mengharuskan riwayat hadith da‘if dengan syarat-syaratnya mengikut

ungkapan sarjana terdahulu antaranya melonggarkan syarat sanad perawi-perawinya.

Tujuan mereka ialah untuk mendorong melakukan amal soleh yang telah thabit

kebaikannya melalui dalil-dalil syara’ yang muktabar atau menegah daripada

melakukan amalan-amalan jahat yang keburukannya jelas melalui dalil-dalil syara’.

Mereka tidak bermaksud untuk menthabitkan kebaikan dan keburukan amalan itu

dengan hadith da‘if. Tetapi banyak dalam kalangan orang awam bahkan di kalangan

ahli hadith tidak membezakan antara keharusan meriwayatkan hadith da‘if dengan

segala syarat dan thabit beramal dengannya.

Page 16: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

148

7. Dua syarat lengkap bagi penerimaan riwayat hadith da‘if:

1. Perkara itu jangan sampai yang melampau dan keterlaluan yang ditolak oleh akal

dan syara‟ ataupun bahasa. Para sarjana hadith mengatakan bahawa hadith

mawdu‘ dikenal dengan tanda-tanda pada perawi atau hadith yang diriwayatkan.

2. Tidak bertentangan dengan dalil syara’ lain yang lebih kuat (Mohamad Hasbullah

Salim, Mohd Aizul Yaakob, 2011).

17. Kaedah Tepat Berinteraksi Dengan Hadith Da‘if

Bagi golongan agamawan yang tidak berkemahiran termasuk masyarakat awam, pandangan paling

selamat adalah tidak boleh beramal dengan hadith da‘if pada perkara usul aqidah, hukum hakam,

fada‘il, targhib wa tarhib dan sebagainya. Justifikasi pandangan ini adalah berikut:

Sudut Teoritikal

1. Secara asasnya, hadith da‘if adalah termasuk dalam kumpulan hadith yang ditolak

(mardud) menurut ijma’ ulama’

2. Muhaddithin bersepakat bahawa tidak boleh berpegang kepada hadith da‘if dalam

perkara usul aqidah, ibadah, muamalat, hukum hakam (halal, haram, wajib, makruh,

sunat, harus) dan begitu juga dalam perkara usul lain yang telah disepakati ramai.

3. Hadith da‘if hanya menimbulkan sangkaan yang lemah dan rosak serta boleh

dipertikaikan. Bahkan sangkaan adalah jauh daripada kebenaran.

4. Penerimaan kepada hadith yang da‘if akan membuatkan masyarakat meninggalkan

hadith-hadith yang sahih dan berasa mencukupi dengan nas yang da‘if.

5. Menimbulkan pelbagai amalan bid‘ah dan khurafat yang jauh daripada metodologi

yang sahih.

Sudut Realiti Di Malaysia

5. Kekurangan ilmu dalam kalangan pendakwah dan masyarakat mengenai metodologi

periwayatan dan penyampaian hadith da‘if.

6. Jahil mengenai selok belok hadith da‘if, pengkelasan dan perbahasan mengenai setiap

satunya. Hal ini kerana dalam bab hadith da‘if, tidak memadai hanya mengenal secara

umum bahkan perlu mendalami setiap segi kerana berlainan metodologi dan

spesifikasi.

7. Mengelakkan hadith da‘if daripada menjadi masyhur dalam semua perkara termasuk

dalam pengamalan beragama melebihi autoriti hadith sahih dan hasan.

Namun begitu, ini tidak bermakna hadith da‘if ditolak secara keseluruhan tetapi masih boleh beramal

dengannya dalam perkara yang bukan hujah. Hal ini seperti mentarjihkan satu makna menggunakan

hadith da‘if. Suatu nas yang lafaznya mengandungi dua makna tanpa ditarjihkan antara keduanya

kemudian muncul hadith da‘if yang mentarjihkan salah satu daripada keduanya. Dalam hal ini harus

mengambil makna yang telah ditarjihkan oleh hadith da‘if tersebut hadith (‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd

Allah Ibn ‘Abd al-Rahman al-Khidr, 2005). Selain itu, jIka terdapat keperluan mendesak (tiada nas

lain yang membicarakan sesuatu hal) atau dengan syarat menepati kaedah asas syariat serta tidak

terlalu lemah, maka boleh diterima sebagai sokongan meskipun lemah dengan syarat diperakui oleh

sarjana yang berautoriti dalam bidang.

Rumusan

Jalan penyelesaian terbaik untuk menghapuskan sebarang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan

masyarakat berhubung hadith da‘if ialah dengan merujuk penjelasan nas hadith yang tulen. Fakta

berkaitan agama sewajarnya dibuktikan dengan hujah daripada al-Quran dan hadith yang sahih.

Sesungguhnya kelebihan amalan juga banyak disebutkan dalam hadith yang sahih atau hasan.

Page 17: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

149

Beramal dengan hadith yang diterima adalah dituntut dalam segala bidang termasuk perkara fada’il.

Hanya dengan beramal dengan apa yang datang secara pasti akan menyelamatkan seseorang daripada

terjebak ke dalam pendustaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Diharapkan dengan kewujudan

panduan khas, umat Islam menjadi lebih peka dan mengambil berat terhadap aspek pendalilan dalam

beragama.

Penghargaan

Artikel ini merupakan hasil geran penyelidikan Universiti Malaya (FP026-2015A) bertajuk “Salah

Faham Terhadap Sunnah Di Malaysia: Kajian Ke Arah Mengharmonikan Pandangan Antara

Golongan Yang Menolak Dengan Golongan Yang Menerima.”

Rujukan

‘Abd al-Karim Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Abd al-Rahman al-Khidr (2005), al-Hadith al-Da‘if wa Hukm

Ihtijaj Bihi, Riyad: Maktabah Dar al-Minhaj

‘Abd al-Qadir Ibn Badran (t.t.), al-Madkhal Ila Mazhab al-Imam Ahmad Ibn Hanbal, Misr: Idarah al-

Taba‘ah al-Muniriyah

‘Abd al-Rahman Ibn Rajab al-Hanbali (1978), Sharh ‘Ilal al-Tirmidhi, Baghdad: Matba‘ah al-‘Ani

‘Abd al-Rahman Ibn Yahya al-Mua‘llimi (1959), al-Anwar al-Kashifah Lima fi Kitab Adwa’ ‘Ala al-

Sunnah Min al-Zilal wa al-Tadlil wa al-Mujazafah, Qahirah: al-Matba‘ah al-Salafiyyah

‘Ali al-Nawawi al-Safaqasi (1953), Ghays al-Nafa‘ fi al-Qiraat al-Sab‘, Misr: Matba‘ah Mustafa al-

Babi al-Halabi

‘Ali Qari (1909), Sharh Nukhbah al-Fikar, Istanbul: Matba‘ah Akhut

‘Alwi Ibn ‘Abbas al-Maliki (t.t.), al-Minhal al-Latif fi Ahkam al-Hadith al-Da‘if, Misr

Abu ‘Amru ‘Uthman Ibn Salah (1966), ‘Ulum al-Hadith, Halb: Matba‘ah al-Asil

Abu ‘Umar Ibn ‘Abd al-Barr (t.t.), al-Tamhid lima fi al-Muwatta’ Min al-Ma‘ani wa al-Asanid, al-

Maghrib: Matba‘ah Fadalah al-Muhammadiyah

Abu Ahmad ‘Abd Allah Ibn ‘Adiy (1983), al-Kamil fi Du‘afa al-Rijal, Dar al-Fikr

Abu Bakr Muhammad Ibn ‘Abd Allah Ibn ‘Arabi (t.t.), ‘Aridah al-Ahwadhi bi Sharh Sahih al-

Tirmidhi, Beirut: Maktabah al-Ma‘arif

Abu Muhammad ‘Abd al-Rahman Ibn Abu Hatim al-Razi (1952), al-Jarh wa al-Ta‘dil, Haydrabad,

India: Matba‘ah Da’irah al-Ma‘arif al-‘Ilmaniyyah

Abu Muhammad ‘Ali Ibn Hazm al-Zahiri (t.t.), Al-Ihkam fi Usul al-Ahkam, Qahirah: Matba‘ah

‘Asimah

Abu Muhammad Makki Ibn Abu Talib al-Qaysi (1979), Al-Ibanah ‘An Ma‘ani al-Qiraat, Dar al-

Ma’mun

Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf al-Nawawi (1929), al-Adhkar, Qahirah: Matba‘ah al-Sa‘adah

Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf al-Nawawi (1929), Sharh al-Nawawi ‘Ala Muslim, Misr: al-Matba‘ah

al-Misriyah bi al-Azhar

Abu Zakariya Yahya Ibn Sharf al-Nawawi (1960), al-Taqrib, Matbu‘ Ma‘a Sharhihi Tadrib al-Rawi

Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani (1971), Tabyin al-Ajab bima Warada fi Fadhl Rajab,

Matba‘ah al-Sunnah al-Muhammadiah

Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani (1983), al-Nukat ‘Ala Ibn Salah, Matabi‘ al-Jami‘ah al-

Islamiyah

Ahmad Ibn ‘Ali Ibn Hajar al-‘Asqalani (t.t.), Sharh Nukhbah al-Fikar fi Mustalah Ahl al-Athar,

Dimasyq: Maktabah al-Ghazali

Ahmad Muhammad Shakir (1979), al-Ba‘ith al-Hathith Sharh Ikhtisar ‘Ulum al-Hadith, Qahirah:

Maktabah Dar al-Turath

Al-Khatib Ahmad Ibn ‘Ali al-Baghdadi (t.t.), al-Kifayah fi ‘Ilm al-Riwayah, Qahirah: Matba‘ah al-

Page 18: MENANGANI SALAH FAHAM TERHADAP HADITH DA‘IF: · PDF fileDalam lapangan ilmu hadith, ... berhubung pemakaiannya dalam bab fadilat dan pengamalan ibadah. ... Hadith da‘if mempunyai

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON

INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016

E-PROCEEDING OF THE 3RD WORLD CONFERENCE ON INTEGRATION OF KNOWLEDGE 2016 (WCIK 2016) |e-ISBN 978-967-0792-12-5 | 28th & 29th November 2016 | Adya Hotel,Langkawi, Malaysia| Organized by http://worldconferences.net

150

Sa‘adah

Badr al-Din al-Zarkashi (1957), al-Burhan fi ‘Ulum al-Qur’an, Dar Ihya al-Turath al-‘Arabiyah

Ibn Qayyim al-Jawziyyah (t.t.), Mukhtasar al-Sawa‘iq aal-Mursalah ‘ala al-Jahmiyah wa al-

Mu‘attilah, Misr: Matba‘ah al-Imam

Ibn Taimiyah (1903), Minhaj al-Sunnah al-Nabawiah, Bolak: al-Matba‘ah al-Kubra al-Asriyyah

Ibn Taimiyah (1962), Majmu‘ Fatawa Sheikh al-Islam Ibn Taimiyah, Matabi‘ Riyadh

Ibrahim Ibn Musa al-Shatibi (t.t.), Al-I‘tisam, Misr: atba‘ah Muhammad

Jalal al-Din al-Suyuti (1960), Tadrib al-Rawi fi Sharh Taqrib al-Nawawi, Qahirah: Maktabah al-

Qahirah

Jalal al-Din al-Suyuti (t.t.), Alfiyah al-Suyuti fi Mustalah al-Hadith, Beirut: Dar al-Ma‘rifah

Jamal al-Din al-Qasimi (1922), Qawa‘id al-Tahdith Min Funun Mustalah al-Hadith, Dar Ihya’ al-

Kutub al-‘Arabiyah

Khayr al-Din al-Zarkili (1969), al-A‘lam, Matba‘ah al-Thalithah

Mohamad Hasbullah Salim, Mohd Aizul Yaakob (2011), Penggunaan Hadith Da‘if Di Dalam Aspek

Al-Targhib wa al-Tarhib: Kajian Terhadap Kitab Lubab al-Hadith Karya Sheikh Abu Bakar

Palestin, dalam Fauzi Deraman, et al. Sunnah Nabi: Realiti dan Cabaran Semasa, Kuala Lumpur:

Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 543-556

Muhammad al-Tahhan (1976), Taysir Mustalah al-Hadith, Riyad: Matba‘ah al-Madinah

Muhammad Ibn ‘Ali al-Shaukani (1937), Irshad al-Fuhul Ila Tahqiq al-haq Min ‘Ilm al-Usul, Misr:

Maktabah Mustafa al-Babi al-Halabi

Muhammad Ibn ‘Allan al-Sadiqi (1929), al-Futuhat al-Rabbaniyah ‘ala al-Adhkar al-Nawawiah,

Misr: Matba‘ah al-Sa‘adah

Muhammad Ibn Abu Bakr Ibn Qayyim al-Jawziyyah (1969), I‘lam Muwaqi‘in ‘An Rabb al-‘Alamin,

Qahirah: Matba‘ah Madani

Muhammad Ibn Ahmad al-Safarini (1951), Lawami‘ al-Anwar al-Bahiyah wa Sawati‘ al-Asrar al-

Athariyah, Jeddah: Dar al-Asfahani wa Shuraka’

Muhammad Ibn Muhammad Abu Shahbah (t.t.), al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah al-Hadith, Riyadh:

Jami‘ah Umm al-Qura

Muhammad Ibn Idris al-Shafi‘e (t.t.). al-Risalah, Halb: Matba‘ah Mustafa al-Babi al-Halabi

Muhammad Ibn Isma‘il al-Amir al-San‘ani (1947), Tawdih al-Afkar li Ma‘ani Tanqih al-Anzar, Misr:

Matba‘ah al-Sa‘adah

Nasir al-Din al-Albani (t.t.), Sahih Jami‘ al-Saghir wa Ziyadatuh, Beirut: Maktab al-Islami, 1: 51

Nawal Bint Hasan Ibn Sulayman al-Ghanam (t.t.), Mawqif al-Sheikh Ibn ‘Uthaymin Min al-Hadith al-

Da‘if, Qassim University

Sajid Mahmud, Muhammad Fayad (2015), Hukm al-Ihtijaj bi al-Ahadith al-Da‘ifah: Dirasah

Tahqiqiyah, Tahdhib al-Afkar, 2 (2), 131-145

Shams al-Din al-Dhahabi (1968), Tadhkirah al-Huffaz, Haydrabad, India: Matba‘ah Da’irah al-

Ma‘arif al-‘Uthmaniyyah

Shams al-Din Muhammad Ibn al-Jawzi (1980), Ghayah al-Nihayah fi Tabaqat al-Qurra’, Beirut: Dar

al-Kutub al-‘Ilmiyyah

Shihab al-Din al-Khafaji (1907), Nasim al-Riyad fi Sharh Shifa’ al-Qadi ‘Iyad, Misr: al-Matba‘ah al-

Azhariyah

Tahir al-Jaza’iri al-Dimasyqi (t.t.), Tawjih al-Nazar, Madinah al-Munawwarah, 242

Yusuf al-Qaradawi (2002), Kayf Nata‘amul Ma‘a al-Sunnah. Kaherah: Dar al-Shuruq, 89

Zayn al-Din ‘Abd al-Rahim Ibn al-Husayn al-‘Iraqi (1936), Sharh Alfiyah al-‘Iraqi, Matba‘ah Jadidah


Recommended