+ All Categories
Home > Documents > Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Date post: 03-Jan-2017
Category:
Upload: buihuong
View: 269 times
Download: 2 times
Share this document with a friend
24
PELABURAN LANGSUNG ASING DAN TRANSFORMASI LANDSKAP EKONOMI DI MALAYSIA ABSTRACT Nooriah Yusof Tarmiji Masron The Malaysian industrialization strategy was introduced after Independence and remains as an important approach towards achieving an industrialized nation status by 2020. After 1968, the Investment Incentive Act was introduced which focused on export-oriented industrial development whereby Free Trade Zones (FJZ) were built in selected locations in the country to attract Foreign Direct Investments (FDI). Since then, FDI has played a significant role towards the industrialization process of the country. It does not only contribute to the GDP while providing employment opportunities for the people but also to the regional development process of the country as well. It was revealed that states with high foreign investments such as Selangor, lohore and Penang resembled high growths in the manufacturing industries, which is very encouraging, as these states are the most advanced compared to the rest of the country. This working paper will explore and discuss the roles and contributions of FDI to the manufacturing sector in Malaysia and ask to what extend has foreign capital led to the tranformation of the economic landscape of the country. Keywords: Foreign direct investment, industrialization process, industrial zone, economic landscape, regional development PENGENALAN Proses industrialisasi di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 1957 dengan tujuan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempelbagaikan ekonomi negara. Ketidakupayaan sektor pertanian menampung pertambahan guna tenaga dan keadaan permintaan pasaran luar negara yang tidak menentu menyebabkan strategi perindustrian diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi ekonomi negara. Sejak awal tahun 1960-an, pemerintah telah memberi perhatian terhadap masalah-masalah ketidakwujudan pembangunan di wiJayah-wilayah pinggir atau mundur. Proses industrialisasi diandaikan boleh meningkatkan ekonomi negara dan tentu sekali proses yang sarna boleh meletakkan ekonomi wilayah mundur atau pinggir ini di trajektori pembangunan yang \ebih memuaskan (Morshidi & Abibullah, 1991). Hal ini adalah jelas bagi kes beberapa negeri di negara ini seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah berjaya mentransforrnasikan landskap ekonomi melalui industrialisasi yang
Transcript
Page 1: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

PELABURAN LANGSUNG ASING DAN TRANSFORMASI LANDSKAP EKONOMI DI MALAYSIA

ABSTRACT

Nooriah Yusof Tarmiji Masron

The Malaysian industrialization strategy was introduced after Independence and remains as an important approach towards achieving an industrialized nation status by 2020. After 1968, the Investment Incentive Act was introduced which focused on export-oriented industrial development whereby Free Trade Zones (FJZ) were built in selected locations in the country to attract Foreign Direct Investments (FDI). Since then, FDI has played a significant role towards the industrialization process of the country. It does not only contribute to the GDP while providing employment opportunities for the people but also to the regional development process of the country as well. It was revealed that states with high foreign investments such as Selangor, lohore and Penang resembled high growths in the manufacturing industries, which is very encouraging, as these states are the most advanced compared to the rest of the country. This working paper will explore and discuss the roles and contributions of FDI to the manufacturing sector in Malaysia and ask to what extend has foreign capital led to the tranformation of the economic landscape of the country.

Keywords: Foreign direct investment, industrialization process, industrial zone, economic landscape, regional development

PENGENALAN

Proses industrialisasi di Malaysia telah dilaksanakan sejak tahun 1957 dengan tujuan untuk mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dan mempelbagaikan ekonomi negara. Ketidakupayaan sektor pertanian menampung pertambahan guna tenaga dan keadaan permintaan pasaran luar negara yang tidak menentu menyebabkan strategi perindustrian diperkenalkan bagi meningkatkan prestasi ekonomi negara. Sejak awal tahun 1960-an, pemerintah telah memberi perhatian terhadap masalah-masalah ketidakwujudan pembangunan di wiJayah-wilayah pinggir atau mundur. Proses industrialisasi diandaikan boleh meningkatkan ekonomi negara dan tentu sekali proses yang sarna boleh meletakkan ekonomi wilayah mundur atau pinggir ini di trajektori pembangunan yang \ebih memuaskan (Morshidi & Abibullah, 1991). Hal ini adalah jelas bagi kes beberapa negeri di negara ini seperti Selangor, Pulau Pinang dan Johor yang telah berjaya mentransforrnasikan landskap ekonomi melalui industrialisasi yang

Page 2: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

NoorilJlt YKJo! cI Tanniji MQ1rrH1

dijana oleh pelaburan asing. Kehadiran banyak syarikal muhinasional asing besar telah membawa kesan yang positifterhadap pembangunan ekonomi di negeri-negeri lersebuL Era 1990-an lelah mcmperlihatkan beberapa negeri yang dikatcgorikan di wilayah pinggir ini mula menerima pelaburan masuk yang agak memberangsangkan seperti Kedah. Melaka dan Negeri Sembilan. Anikel ini akan membincangkan impak kehadiran pelaburan langsung asing ke Malaysia dan sejauhmana ia lelall mengubah landskap ekonomi di negara ini.

PELABURAN LANGSUNG ASING: DEF1NIS1, MEKANISME DAN PERANAN

Perubahan pela pengeluaran dan perdagangan dunia merupakan pelunjuk penting kepada fenomena peningkatan darjah pengantarabangsaan aktiviti ekonomi. Fenornena yang jelas dilihat dart perspektif geografi ekonomi khususnya geograti perindw.trian adaJah pertumbuhan pesat penganlarabangsaan modal (pelaburan). Pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua dan pada tabun 192O-an. sebahagian besar pelaburan anwabangsa adalah berbentuk pelaburan portfolio. iailu pergerakan dana modal dart kawasan yang mempunyai kadar faedah rendah ke kawasan yang mempunyai kadar faedah tinggi. Namun demikian. selepas Perang Dunia Kedua, komponen utama dalam aliran modal adalah Pelaburan Langsung Asing (pLA). PLA juga dikenali sebagai pelaburan terus modal (direct capital investment). Dalam kes pelaburan portfolio. pelabur akan membina bon alau sekuriti kerajaan buhn dengan tujuan menggunakannya untuk mengawal syarikat asing. Sebaliknya, dalam kes PLA pelabur membuat pelaburan dengan tujuan untuk mendapat kawalan terhadap syarikat tersebuL Motif utama pelaburan portfolio adalah untuk mendapatkan keuntungan daripada pelaburan yang dibuat letapi bagi kes PLA, pelaburan yang dibuat bukanlah bennolitkan keuntllngan semala-mala. PLA juga mempunyai motif alau objektif yang lain seperti untuk rnenembusi pasaran negara asing. untuk mewujudkan hubungan yang terjamin dengan pembekal dan juga untuk mengatasi halangan-halangan perdagangan seperti tarif. Menurut Dunning (1993). terdapat empat motif utama PLA. iaitu:

• Untuk mendapatkan sumber bahan semula jadi. iaitu harganya lebih murah danlalau berkualiti daripada yang terdapat di negara sendiri (pelabur).

• Untuk melayan pasaran asing terutamanya pasaran di negara lempat pelaburan dilalrukan.

• Untuk menstrukturkan semula aktiviti sedia ada supaya mempunyai nilai ditambah (value-added) yang lebih tinggi bagi meningkatkan keefisiensi dan perubahan dalam kepelbagaian produk yang dihasilkan.

• Untuk mendapatkan aset stralegik. iaitu aset yang komplemen dengan aset sedia ada bagi tujuan untuk mengurangkan risiko. mendapat kelebihan ekonomi skel dan memperkukuhkan kedudukan kebolehsaingan dalam pasaran nasional dan global.

2

Page 3: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

PeJaburan Langsung Asing

PLA secara amnya boleh diklasifikasikan kepada empat kumpulan, iaitu (Laszlo, 1994):

• Penubuhan syarikat baharu di luar negara. • Membeli hak milik kawalan (ekuiti) dalam syarikat asing yang sedia ada. • Pelaburan semula keuntungan dalam syarikat asing. • Penyaluran atau peningkatan modal di antara syarikat induk dengan cawangan

asing milikannya.

PLA boleh didefinisikan secara kasarnya sebagai pemindahan melepasi sempadan sumber-sumber pen gurus an (Alvstam, 1993). PLA selalunya diukur dari segi pemindahan modal antarabangsa, walaupun ia juga melibatkan pemindahan sumber manusia dan modal kewangan. Kamus Ekonomi Dewan Bahasa dan Pus taka (1993), mentakrifkan PLA sebagai pelaburan, iaitu pengurusan dan pengawalannya berada di tangan pelabur asing. PLA melibatkan pengaliran masuk pelaburan benar seperti modal, teknologi dan kepakaran yang biasanya dilakukan oleh syarikat multinasional (atau syarikat transnasional). Menurut United Nations (1997), PLA merupakan pelaburan yang melibatkan hubungan jangka panjang dan wujudnya kepentingan dan kawalan milikan (pelabur asing atau syarikat induk) dalam sesebuah ekonomi negara yang dilabur. Hal ini menunjukkan bahawa melalui PLA, pelabur dapat memainkan peranan yang signifikan terhadap pengurusan syarikat atau firma yang didirikan di sesebuah negara lain. PLA berskala besar merupakan fenomena lazim pada masa kini dalam interaksi di antara negara. Walaupun aliran perdagangan fizikal masih merupakan bahagian yang penting dalam perhubungan komersial antarabangsa, pertumbuhan pesat PLA sejak dekad yang lepas membawa impak yang lebih ketara terhadap sistem ekonomi dunia berbanding dengan keadaan sebelumnya. Tambahan lagi, PLA dianggap sebagai elemen utama pembangunan dalam sistem ekonomi antarabangsa (Alvstam, 1993). Rajah 1 menunjukkan mod penglibatan pelaburan 1angsung asing dalam ekonomi tempatan sesebuah negara. PLA boleh dipindahkan daripada negara asal ke negara penerima (host) melalui empat cara, iaitu melalui firma subsidiari atau cawangan milikan sepenuhnya atau majoriti milikan asing, melalui kerjasama strategik (strategic alliances), melalui pelesenan dan juga melalui subkontrak antarabangsa. Kerjasama strategik melalui pelbagai bentuk keJjasama di antara firma di peringkat antarabangsa merupakan satu fenomena yang signifikan sekarang ini (Dicken, 1992).

Dari aspek ekonomi, pada umumnya PLA boleh dianggap sebagai satu kelebihan kepada negara penerima kerana PLA boleh menjadi sumber modal untuk menampung kekurangan modal di negara penerima bagi membangunkan sektor industri, meningkatkan kuasa pasaran matawang tempatan, membantu perkembangan pelaburan dalam loji pengeluaran dan peralatan. Situasi ini boleh meningkatkan produktiviti dan menarik lebih ban yak pelaburan serta merangsang permintaan tempatan. Keadaan ini juga mewujudkan peluang-peluang kepada kemunculan industri hiliran dan huluan yang berkaitan oleh usahawan tempatan. PLA melalui penubuhan

3

Page 4: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yusof & Tarmiji Masron

firma-firma pengeluaran di negara penerimajuga telah membawa kepada kewujudan banyak peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran tempatan. Penglibatan tenaga buruh tempatan dalam sektor ini telah membolehkan mereka memperoleh kemah iran, strategi pengurusan dan pengetahun perniagaan bertaraf global. Melalui aktiviti syarikat multinasionaljuga membolehkan ekonomi tempatan di integrasikan kepada ekonomi global. Syarikat multinasional boleh menjadi alat yang berkesan dalam menghubungkan ekonomi nasional dengan pasaran antarabangsa. Selain daripada itu, merit yang nyata daripada PLA ialah pemindahan teknologi daripada negara maju kepada negara penerima.

Strategi Perindustrian dan Kehadiran Pelaburan Langsung Asing di Malaysia

Bermula sebagai sebuah negara yang bergantung kepada sektor primer, Malaysia kini adalah salah sebuah negara perindustrian yang boleh dianggap maju. Perubahan ketara dilakukan mclalui strategi mempelbagaikan ekonomi yang diperkenalkan sejak tahun 1970-an. Kemunculan sektor industri moden di Malaysia berkait rapat dengan kemasukan pelaburan langsung asing. Penelitian terhadap pertumbuhan sektor perindustrian pembuatan di Malaysia telah memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh pelaburan langsung asing ini (rujuk Brookfield, 1994; AbibuIlah, Nooriah & Morshidi,2000;Nooriah, 1999& 1995; Singh, 1990; Anuwar, 1992; Anuwar & Rasiah, 1996; Kamal & Young. 1986, 1987; Ariff, 1991 & UNIDO, 1991). Strategi perindustrian di Malaysia mula dipergiatkan selepas negara mencapai kemerdekaan dan sekarang ini menjadi usaha menuju ke arah negara perindustrian maju pad a tahun 2020 merupakan tumpuan utama negara. Penyertaan modal asing dalam sektor perindustrian pembuatan semakin penting sejak pengenalan Ordinan Industri Perintis pad a tahun 1958, Akta Galakan Pelaburan 1968 dan Akta Zon Perdagangan Bebas pada tahun 1971. Daya tarikan Akta Galakan Pelaburan dan Zon Perdagangan Bebas am at meluas. di samping dasar kerajaan dan suasana politik yang stabil dan infrastruktur yang baik telah menarik pelaburan asing secara besar-besaran sejak penghujung dekad 1980-an (Anuwar & Rasiah. 1996). Peningkatan ini juga telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa ekonomi yang membabitkan Jepun dan Negara Perindustrian Baru (NPB) Asia.

Daripada dasar dan polisi serta insentif yang dibangunkan oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa kerajaan amat menitikberatkan kehadiran peJaburan asing ke negara ini bagi membantu perkembangan sektor perindustrian negara. Malahan, kini pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan juga turut digalakkan. Secara ringkasnya, perkembangan industri di Malaysia dapat dibahagikan kepada lima fasa utama. Dalam fasa-fasa tersebut terdapat beberapa strategi dan pengubahsuaian polisi bagi mengimbangi perubahan yang berlaku dalam sektor pembuatan dan ekonomi global, iaitu:

4

Page 5: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Rajah 1: Mod Penglibatan Syarlkat Transnasional Asing dalam Ekonomi sesebuah Negara Penerima

PEUBURAN TERUS ASING

Subsidiari Subkonuak SepenuhnyaIMajoriti Anwabangsa

Milikan Asing

Fakror-faitor f-akJor-/aktor Pelahuran Pelahuran M mopengarvhi Mnrtprngarvhi

Berorientasikan Berorientasikan Penawaran Ekonomi Etonomi

Pasaran : • Kos BuruJo

- sai. pasaran dlL ·Pembuatan - K~ .. dUwdaan 8uruJo

Berasaskan Sumber

Politik Semulajadi

Politi!< : • tarif - Ins~ntif 1'~laburan

- kadar penulcaran -HZ

• kestabilan Pengeluaran atau • T malla BuruJo T nka,..aJ

Pemasangan • Kadar P,rtukaran Asing

Produk Akhir

Fungsi sebagai Platfonn Eksport

, 1 _________ --r --

Sumber: Dicken, 2003:28.

Page 6: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yusoj ~ Tarmiji Masron

1. Fasa I - tahap ini merupakan tahun-tahun awal kemerdekaan. Pada tahun 1958. Ordinan Akta Industri Perintis diperkenalkan dan dilaksanakan sehingga tahun 1968. Penekanan adalah terhadap industri gantian import bagi pasaran tempatan.

2 Fasa II - tempoh selepas 1968 menyaksikan pengenalan Akta Galakan Pelaburan dilaksanakan sehingga 1980. Pada masa ini. industri berasaskan eksport ditekankan melalui pengenalan insentif-insentif yang berkaitan dengan eksport dan pembinaan Zon Perindustrian Bebas. Dalam tempoh ini juga. Akta Penyelarasan Industri 1975 diperkenalkan untuk menjadi alat bagi mencapai objektif Dasar Ekonomi Bam (1971 hingga 1990).

3. Fasa III -tempoh selepas 1980. serentak dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Keempat (1981 hingga 1985) dan pembentukan Pelan Induk Perindustrian (PIP) (1986 hingga 1995) yang menjadi alat penting dalam menarik pelaburan langsung asing ke sektor pembuatan. Dalam tempoh ini penekanan juga diberikan kepada industri gantian import fasa kedua yang meliputi industri berat danjuga wujudnya keperluan pembangunan teknologi untuk meningkatkan industri tempatan. Oleh yang demikian. selaras dengan objektif PIP. maka Pelan Tindakan Pembangunan Teknologi Perindustrian (PTPTP) tclah dilancarkan pada 1990.

4. Fasa IV - pada fasa ini Pelan Induk Perindustrian II diperkenalkan (1996 hingga 2(05) apabila didapati kelebihan bandingan yang dimiliki Malaysia sebagai lokasi pengeluaran berkos rendah dan berintensifkan buruh semakin terhakis. PIP II memperkenalkan dua konsep utama. iaitu pendekatan berorientasikan "pembuatan plus-plus" dan "asas kelompok" (cluster­based). Dalam tempoh ini galakan pelaburan bukan sahaja ditumpukan dalam industri pembuatan tetapi juga sektor perkhidmatan yang mempunyai kaitan dengan sektar pembuatan (Manufacturing Related Services - MRS).

5. Fasa V - tempoh selepas 2005 serentak dengan pelancaran PIP III yang berfokuskan kepada pengukuhan kelebihan daya saing Malaysia untuk bersaing dalam era global. Pelaburan asing masih menjadi pemangkin penting dalam pertumbuhan industri yang berasaskan kepada pengetahuan dan teknologi tinggi. Pembangunan sumber manusia menjadi isu yang kritikal dalam usaha mengintegrasikan Malaysia dengan rangkaian wilayah dan global. Memberi tumpuan kepada sektor industri dan perkhidmatan yang berpotensi untuk menjana pertumbuhan dan eksport.

Didapati bahawa penggerak utama kepada pertumbuhan industri sejak strategi industri berorientasikan eksport diperkenalkan di Malaysia adalah syarikat multinasional yang mencari lokasi buruh murah di negara ini. Pembinaan zon perindustrian bebas dan estet perindustrian dijadikan sebagai mekanisme untuk menarik PLA ke negara ini. Sejak tahun 1987. kemasukan modal asing dalam sektor perindustrian pembuatan telah meningkat berikutan pengenalan dasar yang lebih

6

Page 7: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

menarik dan kelonggaran syarat ekuiti, khususnya sejak pelaksanaan Akta Galakan Pelaburan 1986 (Anuwar & Rasiah, 1996).

Peningkatan ini juga telah dipengaruhi oleh beberapa peristiwa ekonomi yang membabitkan Jepun dan NPB di Asia. Negara maju seperti Amerika Utara dan Eropah Barat telah memaksa peningkatan nilai matawang (misalnya Plaza Accord 1985 telah meningkatkan nilai matawang Jepun), peningkatan tarif dan pengenaan kuota eksport negara tersebut sejak pertengahan dekad 1980-an. Tambahan pula, kemudahan Skim Keutamaan Am (GSP) telah ditarik balik daripada NPB Asia pad a bulan Februari 1988 (Anuwar & Rasiah, 1996). Situasi ini menyebabkan negara-negara tersebut (NPB Asia) juga mula membuat pelaburan ke luar negara terutamanya ke negara-negara membangun Asia yang lain termasuklah Malaysia. Syer NPB Asia dalam aliran masuk pelaburan asing keAsia telah berkurangan dan kemunculan NPB peringkat kedua (Malaysia, Thailand dan Indonesia) serta China te1ah menjadi negara yang menerima ali ran masuk pelaburan asing yang pesat sejak akhir tahun 1980-an (United Nations, 1994). NPB peringkat kedua terus menjadi negara-negara yang mengalami pertumbuhan yang tertinggi dengan kadar pertumbuhan melebihi 7 peratus. Nisbah pelaburan juga kekal tinggi dan melebihi satu pertiga daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) walaupun pelaburan agak berkurangan pada tahun 1991 dan 1992.

Pada masa kini, persaingan untuk menarik PLA semakin sengit kerana ban yak pesaing muncul terutamanya dalam kalangan negara pengeluar berkos rendah seperti China, Vietnam dan Eropah Timur selain daripada masalah kejatuhan kelebihan bandingan Malaysia sebagai lokasi pengeluaran berkos rendah. Hal ini menyebabkan Malaysia telah mula memperkenalkan langkah-Iangkah baharu untuk mengukuhkan kelebihan daya saing bagi menarik PLA. Sekali gus ini mendorong kepada penilaian semula PIP I dan pelancaran PIP II pada tahun 1996. Dalam PIP II, pendekatan "manufacturing plus-plus" melihat aktiviti pembuatan sebagai satu siri proses pembentukan nilai yang merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti perindustrian, daripada penyelidikan sehingga kepada pemasaran. Sementara pendekatan "Cluster­based" pula menekankan pembangunan industri yang mempunyai as as yang lebih luas, berdaya tahan dan kelebihan boleh saing di peringkat antarabangsa (MITI, 1996). Dalam usaha mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam era globalisasi dan mengurangkan aktiviti berintensifkan buruh tidak berkemahiran, maka PIP III menekankan penggalakan perkembangan aktiviti dengan nilai ditambah lebih tinggi dan berintensitKan kemahiran dan teknologi.

Sumbangan dan Kepentingan Sektor Pembuatan di Malaysia

Peningkatan sumbangan sektor pembuatan telah menyebabkan kepentingan sektor primer semakin berkurangan dan diambil alih oleh sektor sekunder dan tertier. Sumbangan sektor pembuatan kepada KDNK pad a tahun 1960 adalah sangat kecil (9.0 peratus) berbanding sektor pertanian (38 peratus). Namun, sumbangan sektor

7

Page 8: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yuso/ & Tarmiji Malron

pembuatan terus meningkat kepada 19.7 peratus pada tahun 1985 kepada 35.8 peratus pada tahun 2005 sementara sektor pertanian terus mengalami kejatuhan kepada hanya 7 peratus pada tahun 2005 (Jadual 1). Namun demikian, sektor pembuatan am at terdedah kepada perubahan ekonomi global. Akibat daripada krisis kewangan yang berlaku pad a tahun 1997, sektor ini mencatatkan peratusan kadar pertumbuhan yang negatif, iaitu -10.7 peratus berbanding dengan hanya 2.8 peratus yang dialami oleh sektor primer (pertanian, temakan, perhutanan dan perikanan) (Jadual 2). Berlaku ketidakstabilan yang agak besar datam kadar pertumbuhan sektor pembuatan antara tahun 1998 dan 2002 berbanding dengan sektor ekonomi yang lain.

Jaduall: Sumbangan sektor industri dan pertanian kepada KDNK

1ahun Perindustrian Pertllnilln (R!\ljuta) % (RMjutll) %

1960 453 9.0 1.976 38.0 1965 682 10.4 2.066 3 \.5 1970 1.354 13.2 3.383 30.0 1975 2.850 16.4 4.804 27.7 1980 5.054 19.3 6.172 23.6 1985 11.263 19.7 11.854 20.8 1990 21.340 26.9 14.799 18.6 1995 45.174 27.1 17.115 10.3 2000 69.867 33.4 18.154 8.7 2005 \07.237 35.8 21.018 7.0

Sumber: Nooriah, 2006.

Jadual2: Peratus pertumbuhan KDNK mengikut sektor ekonomi

Sektor Ekooomi 1998 1999 2000 2001 2()O2 2003 2004 2005

Pertanian -7.4 6.1 8.3 0.4 0.8 5.7 2.8 2.4 (termasuk ternakan. perikanan& perhutanan)

Pembuatan -10.6 8.5 15.3 -3.5 6.5 8.3 10.5 7.6

Perkhidmatan -5.0 5.0 3.1 4.4 5.3 4.4 6.0 5.8

Sumber: United Nations, 200 1; Malaysia, 2003; 2004.

8

Page 9: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

PeJaburan Langsung Asing

Perkembangan sektor pembuatan melibatkan perubahan strategi daripada satu fasa ke satu fasa yang lain. Bermula dengan gantian import yang bertujuan untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada strategi berorientasikan eksport bagi tujuan untuk memesatkan pertumbuhan ekonomi. Pada fasa gantian import 1962 hingga 1971, peketja sepenuh masa dalam sektor pembuatan telah meningkat daripada 54,000 orang kepada 165,000 orang dan sebahagian besamya terdiri daripada pekerja tidak mahir (McGee et af., 1986). Pada tahun 1970, sektor pembuatan hanya menyumbang 9.5 peratus kepada keseluruhan guna tenaga berbanding dengan 52.5 peratus yang disumbangkan oleh sektor pertanian. Namun demikian, guna tenaga dalam sektor peml;matan terus meningkat sedangkan guna tenaga sektor pertanian terus merosot (Jadual 3). Secara perbandingan pertumbuhan guna tenaga mengikut sektor ekonomi turut menunjukkan kepentingan sektor pembuatan (Jadual 4). Walaupun sektor perkhidmatan merupakan penyumbang utama kepada peluang pekerjaan di negara ini, jika dilihat dari segi peratus perubahan tahunanjelas menunjukkan peratus perubahan tahunan sektor pembuatan adalah lebih tinggi. Menjelang tahun 2006, guna tenaga dalam sektor ini mencecah 3.2 juta atau 29 peratus daripada keseluruhan guna tenaga (Malaysia, 2007).

Jadual3: Penyerapan guna tenaga dalam sektor pembuatan dan pertanian

Jumlah Tahun Perindustrian Pertanian Tenaga Kerja

(000) (%) (000) (%) (000)

1970 318 9.5 1749 52.5 3328 1975 398 10.1 1937 49.3 3928 1980 755 15.7 1911 39.6 4817 1985 855 15.2 1759 31.3 5625 1990 1333 19.9 1738 25.9 6686 1995 2052 25.9 1429 18.0 7915 2000 2558 27.6 1407 15.2 9271 2002 2679 21.7 1406 14.9 9840 2003 2857 28.0 1403 13.8 10181 2004 3065 29.0 1400 13.3 10546

Sumber: Siwar & Suratahman, 2003; Malaysia, 2003; 2004.

9

Page 10: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yusof.{ Tarmiji Masron

Jadual4: Peratus perubahan guna tenaga mengikut sektor ekonomi, 2002-2004

2002 2003 2004 Sektor Ekonomi % % % % % %

Perubahan Perubahan Perubahan

Pertanian 14.9 -0.1 13.8 -0.2 13.3 -0.2 Perlombongan 0.3 1.0 0.4 1.4 0.4 1.4 Pembustso 21.7 4.9 28.0 6.6 29.0 7.2 Pemhinaan 9.5 1.3 7.8 1.3 7.6 0.8 Perkhidmatan 53.6 3.7 50.0 3.1 49.7 3.0

Jwnlah 100.0 3.2 100.0 3.5 100.0 3.6

Sunwer: Malaysia. 2003; 2004.

Perkembangan perindustrian pembuatan telah menjadi pendorong utama kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Pada akhir tahun 1960-an, industri pembuatan di Malaysia cenderung berorientasikan eksport dan nilai eksport negara te1ah meningkat daripada RM3.2 bilion pad a tahun 1961 kepada RM28.4 bilion pada tahun 1980. Kadar eksport sektor pembuatan telah memperlihatkan pertumbuhan yang memberangsangkan dengan mencatatkan kadar purata pertumbuhan eksport 24.7 peratus dalam tempoh 1973 hingga 1978. Kadar purata pertumbuhan eksport yang tinggi juga dicatatkan dalam tempoh 1986 hingga 1990. Sumbangan sektor pembuatan kepada eksport negara semakin bertambah penting dari hanya 9.5 peratus pada tahun 1966 telah meningkat kepada hampir 22 peratus pada tahun 1980 dan 81.4 peratus. iaitu bemilai RM479.674 juta pad a tahun 2006 (Malaysia, 2006). Pada peringkat awal perindustrian, industri makanan dan barangan petroleum merupakan penyumbang utama kepada eksport negara. Namun. apabila sektor pembuatan semakin matang, kepentingan industri ini semakin menurun dan diambil alih oleh industri Barangan Elektrik dan Elektronik (BEE). Sejak tahun 1980 sehingga kini. sebahagian besar daripada eksport pembuatan datangnya dari BEE yang majoritinya didominasi oleh syarikat multinasional asing yang melabur di negara ini.

Pola dan Trend Pelaburan Langsung Asing di Malaysia

PLA memainkan peranan penting. bukan sahaja dalam memperuntukkan modal, kepakaran pengurusan dan teknologi tetapi juga ketersampaian kepada pasaran luar negara. Oleh yang demikian, penggerak utama kepada pertumbuhan industri berasaskan eksport ini ialah syarikat multinasional yang melabur di negara ini. Trend pelaburan asing di Malaysia bagi tempoh 1980 hingga 2007 ditunjukkan dalam Rajah 2 yangjelas menunjukkan trend ketidakstabilan dalam volume pelaburan yang banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi global. Walaupun PLAdianggap banyak memainkan peranan penting dalam perkembangan sektor perindustrian pembuatan di negara ini.

10

Page 11: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

didapati sumbangan pelaburan domestikjuga adalah besar. Malahan, di sesetengah negeri di negara ini didapati peranan pelaburan domestik agak ketara seperti kes di Selangor, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Negeri Selangor mencatatkan volume pelaburan asing dan tempatan yang tinggi berbanding negeri lain, sementara dominasi pelaburan asing adalah jelas di Pulau Pinang dan lohor terutamanya bagi tempoh selepas krisis 1997.

Tempoh se\epas krisis tahun 1997 memperlihatkan pertumbuhan yang perlahan dalam aliran mas uk pelaburan ke negara ini tetapi masih mencatatkan peratusan yang tinggi berbanding pelaburan tempatan. Bagi tempoh 1996 hingga 2000, pelaburan asing menyumbang sebanyak 73.8 peratus daripadajumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor pembuatan berbanding dengan 26.2 peratus pelaburan tempatan. Peratusan ini mengalami kejatuhan kepada 73.4 peratus (2001) dan 67.7 peratus (2002) berbanding pelaburan tempatan yang meningkat kepada 26.6 peratus dan 32.2 peratus dalam tempoh yang sarna (Nooriah, 2006). Pada tahun 2007, PLA dalam projek pembuatan yang diluluskan mencecah RM33.4 bilion atau 55.8 peratus daripada keseluruhan pelaburan yang diluluskan. Situasi ini menunjukkan peningkatan sebanyak 65.2 peratus berbanding dengan RM20.2 bilion pada tahun 2006. Peningkatan yang besar dalam PLA disebabkan oleh peningkatan pelaburan dalam industri BEE yang berjumlah RM13.7 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 59.7 peratus berbanding dengan pelaburan pada tahun 2006. Syarikat muItinasional asingjuga semakin menunjukkan minat untuk melabur dalam industri yang mempunyai nilai ditambah yang lebih tinggi dan berintensifkan modal seperti '1abrikasi wafer" dan "solar cell/modules".

Jika ditinjau pola pelaburan asing mengikut subsektor industri, dapat dikenal pasti beberapa subsektor industri yang menjadi tumpuan kepada pelaburan asing ini. Sejak tahun 1980-an, subsektor industri alatan saintifik dan pengukuranjitu serta BEE merupakan subsektor yang didominasi oleh pelaburan asing ini. Pelaburan dalam industri tekstil dan pakaian juga adalah tinggi terutamanya dalam tempoh 1985 hingga 1997 tetapi kini semakin berkurangan. Pola pelaburan mengikut subsektor industri dalam sektor pembuatan menunjukkan bahawa sebahagian besar pelaburan adalah dalam industri BEE. Pelaburan asing dalam BEE pada 2007 adalah 94.3 peratus daripada keseluruhan pelaburan dalam BEE dan 44 peratus daripada keseluruhan pelaburan asing dalam sektor pembuatan, iaitu merupakan peratusan yang tertinggi (MIDA, 2(08). Bagi tempoh 1998 sehingga 2003, sebanyak 863 projek dalam industri BEE telah diluluskan dengan 426 buah projek untuk subsektor komponen elektronik, 251 projek untuk perindustrian elektronik dan 186 projek untuk elektronik pengguna. Pelaburan asing dalam subsektor komponen elektronik sebahagian besamya dalam industri semikonduktor (55 peratus) (Nooriah, 2006). Situasi ini menunjukkan peranan penting yang dimainkan oleh syarikat multinasional asing dalam industri ini di negara ini (MITL 2(07).

Sementara bagi negara sumber pelaburan, didapati tidak kurang daripada 30 buah negara asing membuat pelaburan di negara ini danjumlah ini semakin meningkat dalam tahun-tahun 1990-an. Namun demikian, sebahagian besamya hanya merupakan

11

Page 12: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Rajah 2: Pola dan Trend PeIaburan Langsung Asing di Malaysia dalam Sektor Perindustrian Pembuatan, 198~2007

40,000,000,000

35,000,000,000

30,000,000,000

i' !5. 25,000,000,000

c: I!! 120,000,000,000

~

!I ~ 15,000,000,000

10,000,000,000

5,000,000,000

o

-

--------- . -_._-- - - -

--------l----~

I~ 3, ~ B, Ii I m I - - I !8' "'ibrr,.t!J~ b.&~rIJ> ~~ 'r9- ~~,h,l) ~..Ib,A~ ''&.J.¢..rl' b~ ~

"ClJ ,,<I> "ClJ ,,<I' ,<I' ,,<1' ,,<I' ,,'IJ ,ClJ ,,<1' "q ~ ,,'IJ ,<i' "Cf? "Cf? ,,~ ,<i' "Cf? "Cf? "V t# "V "V "V <#' "V t# Tahun

8 PelabufllIl Domest,k a Pelaburan AsIng I

Page 13: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

pelabur kecil dan hanya beberapa negara yang boleh dikenal pasti sebagai pelabur utama. Antara pelabur utama di negara ini ialah Amerika Syarikat, Jepun, Britain, Jerman dan Netherland selain daripada pelabur yang semakin meningkat penting dari kalangan NPB Asia, iaitu Singapura, Taiwan, Korea Selatan dan Hong Kong. Dalam tempoh 1991 hingga 1993, Jepun merupakan pelabur utama yang menyumbang 19.6 peratus daripada jumlah keseluruhan pelaburan langsung asing dan diikuti oleh Amerika Syarikat dan Taiwan (Nooriah, 1999). Sekiranya dalam dekad 1970-an dan awal1980-an. penglibatan modal asing amat ketara dalam industri berasaskan eksport seperti barangan elektronik dan tekstil, tetapi sekarang penglibatan mereka telah meningkat. merangkumi industri seperti industri kimia dan keluaran kimia, petroleum, keluaran galian bukan logam dan keluaran logam asas (Anuwar & Rasiah, 1996). Walaupun penglibatan modal asing secara relatifnya telah berkurangan dalam penge\uaran tekstil. kedudukan mereka masih begitu kuat dalam industri elektrik dan elektronik (Rasiah, 1992). Jepun mula muncul sebagai pelabur di negara ini sejak pertengahan tahun 1980-an dan sehingga kini masih kekal sebagai pelabur terbesar di Malaysia. Pada tahun 2007, Jepun merupakan sumber terbesar PLA yang diluluskan dalam sektor pembuatan di Malaysia dengan pelaburan sebanyak RM6,522.7 juta atau 19.5 peratus, diikuti oleh Jerman dan Amerika Syarikat. Sebahagian besar daripada pelaburan Jepun pada tahun 2006 dan 2007 tertumpu di negeri Kedah, iaitu sebanyak 30.6 peratus (2006) dan meningkat kepada 38 peratus (2007). Sementara pelaburan daripada NPB Asia, didapati Singapura dan Taiwan mcrupakan negara pelabur yang penting tcrutamanya dalam tempoh akhir 1980-an dan tahun 1990-an. Pada tahun 2006 dan 2007, Singapura masih mempamerkan pelaburan yang tinggi di Malaysia semen tara pelaburan daripada Taiwan telah merosot.

Walaupun Malaysia telah membina kelebihan yang unik dalam aktiviti pemasangan dan pembangunan chips, keupayaan merekabentuk dan membangunkan produk masih rendah. Kebanyakan syarikat multinasional yang bertapak di negara ini kurang menyebarkan kelebihan ini kepada syarikat-syarikat tempatan. Produk baharu hanya dibawa ke kilang di Malaysia setelah dibangunkan sepenuhnya di kilang induk di negara asal. Sungguhpun sektor industri BEE mempamerkan sumbangan yang besar kepada kejayaan sektor perindustrian pembuatan di Malaysia, sebenarnya terdapat beberapa kelemahan di sebaliknya. Scktor ini masih terlalu bergantung kepada syarikat multinasional asing. iaitu pelaburan yang dibuat banyak dipengaruhi oleh iklim ekonomi global. Selain daripada itu, kemunculan ekonomi baharu seperti China yang berupaya menawarkan kelebihan tapak penge\uaran yang lebih murah telah memberi saingan yang hebat terhadap aliran masuk pelaburan ke negara ini. Hal ini demikian kerana kejayaan industri di Malaysia sejak beberapa dekad ini banyak bergantung kepada kelehihan lokasi industri di negara ini untuk menarik pelaburan asing.

13

Page 14: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah fuso! & Tarmiji Masron

Industri BEE dan Landskap Industri di Malaysia

Pelaburan langsung asing mempunyai kaitan yang rapat dengan perkembangan industri BEE di Malaysia. Industri BEE di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang (Iebih tiga dekad) bermula pada tahun 1970-an dengan industri yang hanya dimiliki oleh beberapa syarikat dengan tenaga kerja kurang daripada 600 orang. Industri ini kini telah muncul sebagai penyumbang utama kepada output. eksport dan guna tenaga negara. Kini. terdapat lebih daripada 900 syarikat yang mengupah kira-kira 335.200 orang pekerja dengan sumbangan eksport bemilai RM200 bilion dan Malaysia merupakan pengeksport terbesar BEE khususnya semikonduktor dan peralatan audio visual dunia. Perkembangan lebih tiga dekad industri yang sebahagian besamya dijana oleh pelaburan daripada syarikat multinasional asing di Malaysia telah memberi kelebihan kepada beberapa wilayah di negara ini. Kewujudan ban yak pengeluar elektronik terutamanya di Pulau Pi nang dan Lembah Klang telah membawa kepada pembangunan infrastruktur pengangkutan dan tapak pengedaran selain daripada pembangunan infrastruktur bandar. ekonomi dan sosial yang lain akibat daripada proses industrialisasi yang berlaku.

Pada fasa pertama (sekitar tahun 1970-an) aktiviti pengeluaran BEE didominasi oleh syarikat multinasional daripada Lembah Silikon dan Jepun yang mencari tapak berkos rendah di negara ini untuk kilang pemasangan berintensifkan buruh. Sementara pada fasa kedua (sekitar 1980-an). firma BEE dari Asia mula muncul dan membuat pelaburan di beberapa negara membangun termasuk Malaysia. Sejarah awal industri BEE bermula di Pulau Pinang dan Lembah Klang industri ini berkembang pesat terutamanya dalam tempoh 1972 hingga 1974 dan 1987 hingga 1995. Industri BEE di Malaysia bermula pada tahun 1965 dengan tertubuhnya Syarikat Matsushita Electric. Sementara Syarikat Clarion merupakan kilang komponen elektronik pertama memindahkan cawangannya ke Malaysia diikuti oleh Syarikat National Semiconductor pada tabun 1971 yang membuka kilang semikonduktornya yang pertama di Pulau Pi nang. Pemindahan ini kemudiannya diikuti oleh beberapa syarikat muhinasional utama dunia seperti Intel. Motorola. Texas Instruments. AMD. Fujitsu. Fairchild dan Hitachi yang telah menyumbang kepada pertumbuhan yang stabil sektor ini. Kini. Malaysia merupakan tapak utama dunia untuk pemasangan. pengujian dan pembungkusan semikonduktor. Prestasi dan sumbangan sektor ini kepada ekonomi Malaysia dapat dilihat dalam Jadual5.

Pulau Pinang merupakan pengeluar produk elektronik terkemuka di Malaysia. Negeri ini telah mencipta reputasi yang tinggi dalam aktiviti pemasangan dan pengujian semikonduktor dan komponen elektronik yang lain. komputer dan perkakasan komputer. peralatan mesin serta elektronik pengguna. Pulau Pinang adalah wilayah pertama yang menempatkan industri elektronik hinggakan kini pengelompokan yang besar firma-firma elektronik di sini dapat dilihat. Pada hari ini. Pulau Pinang mampu menawarkan keupayaan "state-of-the-art" pengeluaran dan mencapai tahap prestasi yang tinggi untuk pasaran atau reka bentuk bagi syarikat di

14

Page 15: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

seluruh dunia. Malahan, peningkatan dalam proses dan produk yang cepat oleh pembekal-pembekal tempatan telah dapat memberi kualiti pembekalan bertaraf dunia kepada syarikat multinasional. Namun demikian, Pulau Pinang masih kekurangan dari segi keupayaan untuk membekalkan komponen penting seperti fabrikasi wafer dan peralatan mesinjitu kepada pengeluar semikonduktor (Rasiah, 2(00).

Jadual S: Prestasi dan sumbangan industri elektrik dan elektronik, 1986-2002 TahuD Output· Guna tenaga Eksport Impurt

RM % Bil. % RM % RM % (BiI.) Ptumbuhan Ptumbuhan (Bi!.) Ptumbuhsn (Bi!.) Ptumbuhan

1986 6.5 57,000 7.1 1987 8.9 36.9 89,000 56.1 9.2 29.6 1988 12.2 37.1 106.000 19.1 13.0 34.8 1989 15.9 30.3 123,000 16.0 17.9 38.7 1990 20.3 27.7 144,000 17.1 23.1 28.5 1991 26.1 28.6 171,000 18.8 30.4 31.6 24.7 38.8 1992 32.2 23.4 204,000 19.3 34.6 13.8 25.5 3.2 1993 42.1 30.7 231,000 13.2 46.7 35.0 32.9 290 1994 56.4 34.0 278,000 20.3 66.4 42.2 49.1 49.2 1995 71.0 25.9 313.000 12.6 85.0 28.0 63.8 29.9 1996 79.2 8.3 339,000 6.7 91.7 7.9 68.0 6.6 1997 85.6 8.1 343,300 1.2 107.7 17.4 76.2 12.1 1998 103.5 20.9 320,000 -6.6 146.0 35.6 96.7 26.9 1999 126.8 22.5 361,100 12.6 178.8 22.5 107.9 11.6 2000 167.1 3\.8 401,700 11.2 211.7 18.4 141.1 30.8 2001 140.9 -15.7 335,217 -16.5 18\.8 -14.1 119.6 -15.2 2002 126.4 -10.3 327,699 -2.2 187.5 3.1 135.5 13.3

Sumber: MIDA, data pelbagai tahun; labatan Statistik Malaysia (Data Sektor Pembuatan, Statistik Perdagangan Luar.)

Di luar Pulau Pinang, hanya Lembah Klang yang mampu menarik jumlah pelaburan yang tinggi dalam industri BEE. Bagaimanapun, penumpuan ini hanya ketara pada awal tahun 1970-an. Pada masa itu, banyak syarikat elektronik multinasional tertumpu di Lembah Klang kerana kelebihannya sebagai pusat pentadbiran, agensi promosi pelaburan dan sokongan Kerajaan Pusat terhadap kawasan tersebut. Negeri Sembilan dan Melaka turut mendapat faedah daripada kesan limpahan perkembangan industri di Lembah Klang. Lembah Kelang, Melaka dan Negeri Sembi Ian telah membangunkan industri yang mampu menghasilkan pengeluaran besar-besaran dalam industri elektronik pengguna, Bagaimanapun, di sebalik kelebihan tersebut Lembah Klang dan kawasan sekitarnya tidak menerima pelaburan yang besar dalam subsektor pengeluaran komputer dan pemasangan yang berkaitan seperti Pulau Pinang. Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Mclaka dijangka akan menjadi kawasan yang penting untuk industri elektronik dengan terbinanya Kawasan Perindustrian Tinggi Bukit Jalil, Multimedia Super Corridor (MSC) dan Cyberjaya yang telah menarik beberapa syarikat berteknologi tinggi dan syarikat Penyelidikan dan Pembangunan (P&P) berasaskan teknologi maklumat.

15

Page 16: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yusof & Tarmiji Masron

Di selatan Semenanjung pula, khususnya sekitar Johor Bahru kebanyakan firma BEE terlibat dalam pengeluaran barangan elektrik. Hanya pada akhir-akhir ini sahaja baharu terdapat beberapa kHang elektronik yang dibangunkan di Johor seperti syarikat Seagate Technology dan Hitachi yang mendirikan kHang papan htar bersepadu (PCB) di SenaL Pada tahun 1960-an dan 1970-an, Jahor lebih banyak menerima kemasukan firma tekstil dan kemunculan industri elektronik agak lewat berlaku berbanding Pulau Pinang dan Lembah Klang. Sementara di Sabah dan Sarawak merupakan negeri yang lewat terlibat dalam industri elektronik, iailu selepas tahun 1990-an. Kebanyakan kilang elektronik yang bertapak di Sabah dan Sarawak rnerupakan kilang berinlensitKan buruh. Syarikal Komag, iaitu sebuah syarikal Amerika Syarikat telah menubuhkan kilangnya di Zon Perindustrian Bebas Sarna Jaya, Kuching, Sarawak, iailu kilang fabrikasi wafer yang pertarnadi Sarawak. Kilang ini dijangkaakan menjadi btalis untuk menarik lebih banyak kHang dalam industri BEE di Sarawak.

Pelaburan Langsung Asing Di Malaysia: Implikasi Ruangan

Zaman penjajahan lernyata memberi kesan yang signifikan terhadap penempatan aktiviti ekonomi dan seterusnya pembangunan ruang di antara negeri atau wilayah di negara ini. Kegiatan ekonomi tertumpu di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia kerana kawasan tersebut merupakan kawasan yang mula-mula dibangun dan dimajukan oleh pihak penjajah. Keseimbangan pembangunan wilayah dalam perancangan lokasi industri ternyata tidak dilekankan pada tahun-tahun 1950-an dan 1960-an. Insenlif pelepasan cukai yang diberikan di bawah Ordinan Industri Perintis 1958, pembinaan estet-estet perindustrian dan zon perdagangan bebas ternyata mempunyai kesan diskriminasi ruangan terhadap penyebaran aktiviti pembuatan. Estet-estet perindustrian yang dibina pada tahun 1960-an, semuanya tertumpu di kawasan bandar di negeri­negeri yang mempunyai tahap purata pendapatan yang tinggi. Selain itu, pelaburan dalam infrastruktur seperti jalan raya dan lebuhraya serta rangkaian komunikasi cenderung tertumpu di kawasan-kawasan tersebut. Oleh yang demikian, hal ini telah mendorong pengusaha dan pelabur untuk menempatkan aktiviti pengeluaran mereka di kawasan lebih maju bagi memperoleh kemudahan fasarana dan faedah ekonomi pengkelompokan. Menjelang tahun 1970-an, tiga per empat daripada keluaran sektor pembuatan dihasilkan oleh negeri-negeri di pantai barat yang lebih maju terutamanya Selangor. Pulau Pinang dan Johor. Lembah Klang sahaja telah menyumbang sebanyak 51 peratus daripada keluaran pada tabun 1971 (Malaysia, 1981).

Strategi penyebaran industri telah diperkenalkan pada akhir tahun 1960-an dan untuk melicinkan usaha ke arah matlamat penyebaran tersebut, beberapa galakan telab diperkenalkan (Morshidi, 1993). Nyata sekali strategi ini kurang berkesan oleh kerana bilangan industri yang memulakan operasi di wilayah pinggir adalab terlalu sedikit Langkah menggalakkan penyelerakan industri ke negeri-negeri kurang maju bertujuan untuk mencapai pertumbuhan yang lebih seimbang dalam kalangan negeri di Malaysia melalui pembinaan estet-estet perindustrian (dan Kawasan Pengilangan

16

Page 17: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

Berlesen -LMW) yang berfungsi seperti zon perdagangan bebas untuk menyediakan peluang pekerjaan di kawasan pinggir dan menyekat penghijrahan keluar tenaga buruh. Pada permulaannya,Akta Galakan Lokasi telah diperkenalkan pada tahun 1973 bagi menggalakkan pembinaan industri di kawasan kurang maju dan pinggir bandar. Namun, didapati penempatan industri di kawasan pinggir masih rendah. Dalam tempoh 1971 hingga 1980, daripada sejumlah 4,200 projek perindustrian yang diluluskan oleh MIDA, hanya 338 atau 8 peratus dilaksanakan di negeri kurang maju, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu dengan cadangan modal pelaburan sebanyak RM 1.2 juta dan peluang pekeJjaan sebanyak 53,000 (Malaysia. 1981). Hal ini telah menyebabkan negeri yang lebih maju telah mengalarni kadar urbanisasi yang pesat berbanding dengan negeri-negeri tersebut (Jadual6). Usaha kerajaan untuk membangunkan lokasi industri ialah dengan menubuhkan Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri yang dibiayai­oleh Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab dalam pembinaan estet-estet perindustrian dan zon perdagangan bebas. Menjelang tahun 1981, sebanyak 77 estet industri telah diwujudkan di seluruh negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Perlis (Spinager, 1986) dan sembilan zon perdagangan bebas telah dibina menjelang tahun 1982. Bilangan estet perindustrian telah meningkat kepada 198 buah estet pada 1995 dan 14 zon perdagangan bebas yang telah dibina di Johor, Melaka, Selangor, Perak, Pulau Pi nang dan juga Sarawak (Rajah 3( a) dan 3(b».

Sekiranya ditinjau pola pelaburan di Malaysia mengikut lokasi didapati bahawa sebahagian besarnya tertumpu di negeri-negeri yang lebih maju seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Dalam tempoh tahun 1971 hingga 1980, daripada sejumlah 4,200 projek perindustrian yang diluluskan oleh MIDA, hanya 338 projek atau 8 peratus yang dilaksanakan di negeri-negeri kurang maju, iaitu Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu, yang melibatkan cadangan pelaburan modal sebanyak RM1.2 juta dan 5,300 peluang pekeJjaan (Nooriah, 1995). Namun demikian, selepas 199O-an, didapati pelaburan dalam sektor pembuatan mula tersebar luas ke negeri-negeri yang kurang maju ini. Malahan, dapat dilihat dalam tempoh tahun 1990-94, Kedah, Perak dan Negeri Sembilan yang merupakan negeri-negeri di wilayah pinggir telah menerima jumlah pelaburan yang lebih tinggi berbanding dengan Pulau Pinang. Begitu juga dengan Terengganu yang mencatatkan jumlah pelaburan yang diluluskan paling tinggi (mengatasi Selangor, Johor dan Pulau Pinang) dalam tempoh masa yang sarna dengan jumlah pelaburan sebanyak RM25,406.3 juta. Walaupun begitu, pelaburan asing di negeri-negeri tersebut hanya tertumpu kepada subsektor industri tertentu (asas industri yang kurang pelbagai), misalnya di Terengganu hanya dalam industri pemprosesan petroleum. Implikasi perkembangan industri BEE (yang sebahagian besar dijana oleh pelaburan asing) telah memperlihatkan bahawa Pulau Pinang dan Lembah Klang telah berfungsi sebagai nukleus kepada operasi industri elektronik di wilayah utara dan tengah. Sementara Kedah dan Perak membentuk lingkaran luar kepada pengelompokan di Pulau Pinang. Kini, Kedah dan Perak juga telah berjaya menarik beberapa operasi berteknologi tinggi terutamanya di Taman Tcknologi Tinggi Kulim.

17

Page 18: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Jadual6: Kadar perbandaran mengikut negeri di Malaysia (%)

Kadar Perbandaran Negeri

1980 1990 2000 2005 2010

Wilayab Utara Kedah 14.5 16.0 39.1 39.8 40.3 Perak 32.5 33.6 59.1 59.3 59.3 Perlis 8.9 11.2 34.0 35.1 35.9 Pulau Pinang 47.5 60.4 79.7 79.8 80.0

Wilayab Tengah Mclaka 23.5 23.1 67.5 70.6 73.4 Negeri Sembilan 32.7 42.1 54.9 56.3 57.4 Selangor 34.5 55.3 87.7 88.4 89.1 W.P. Kuala Lumpur 100.0 100.0 100.0 100.0 100.0

Wilayab Tunur Kelantan 27.9 32.2 33.5 33.4 33.3 Pahang 26.4 24.6 42.0 43.5 44.6 Terengganu 43.0 51.1 49.4 49.8 50.3

Wilayab Mlatan - Johor 35.5 43.7 64.8 66.5 67.7

Sabah 20.0 25.6 48.1 49.8 51.6

Sarawak 17.6 20.9 48.1 49.5 50.6

Malaysia 34.2 40.7 62.0 63.0 63.8 Sumber: Malaysia, 1993; 2006.

Page 19: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

-----... ---" .... '-' ------:;:.. ...... -... --::-... -_ .... ,,'z...rt'l _ ..... --..... y ... 'l.JSlQlTUMJ R' ......

=HIIlI ..... \==-~~D .... --.., ... Ia-... ...-=': ..... --­_ .. --.. -... .., ...... '1 ~_n -------

c...-...". ~-. -._---

Sumber: Nooriah, 1995.

..... ----=c,·~11 ----'--1_*",.'. ,-t .... l ..... s-....'l c..-.~ .......... -" s..-....... I ..... -'-

~-. .......... ,......a.,el'. ,--.. .. . ........,' ..... --c- ...... c..-. '-"""0 ar....-« .... s..t .... -..... IGJU ... ... ........ ""­.......... ........ :.,.

-... "'-J_ ---~ ---. ....... --"

-­..... I,ll --' ..... -------.... _n =-... .. --­,...t,1 :::--=-I'u& I. ... an

Rajah (3a): Taburan Zoo Perindustriao Bebas dan Estet Perindustrian di Semenanjung Malaysia

Page 20: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

NoorialJ Yusof" Tarmiji Masron

Pelaburan Langsung Asing dan Pembangunan Industri di Malaysia: Rumusan dan Caharan Ma<i8 Hadapan

Kemunculan industri moden di Malaysia berkait rapat dengan kemasukan PLA ke negara ini. Penyertaan modal asing dalam sektor pembuatan semakin penting sejak pengenalan Ordinan Industri Perintis (1958). Akta Galakan Pelaburan (1968) dan Akta Zon Perdagangan Bebas (1971). Daya tankan Akta Galakan Pelaburan dan Akta Zon Perdagangan Bebas amat meluas. di samping dasar kerajaan dan suasana politik yang stabil dan infrastruktur yang baik telah menarik PLA seeara besar-besaran sejak penghujung dekad 1980-an. Struktur ekonomi Malaysia telah mengalami proses transformasi yang pesat daripada pengeluaran komoditi utama, kegiatan perkilangan dengan nilai ditambah rendah kepada pcngeluaran yang mempunyai nilai ditambah lebih tinggi serta kepelbagaian dalam subsektor industri. Pertumbuhan industri sepanjang tiga dekad yang lalu telah membantu mempelbagaikan eksport negara serta mengubah struktur dan komposisi guna tenaga negara. Sektor ini telah muncul sebagai sektor kedua terpenting dari segi penyerapan guna tenaga. Selain itu. Malaysia yang merupakan sebuah ekonomi terbuka sangat bergantung kepada perdagangan luar untuk pembangunan ekonominya. Sumbangan perdagangan barangan juga telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan terutamanya eksport barangan pembuatan yang pada masa kini merupakan penyumbang utama eksport negara. Eksport barangan pembuatan menyumbang 81.4 peratus kepada eksporl kasar negara pada tahun 2006 dan mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2007 (79.3 peratus). Haluan perdagangan luar Malaysia mempunyai kaitan yang rapat dengan negara-negara sumber pelaburan asing terutamanya dalam sektor pembuatan. lIal ini demikian kerana pada amnya, syarikat asing tersebut mendapatkan bah an bekalan atau barangan perantaraan dari syarikat induk di negara asal mereka. Barang-barang tersebut kemudiannya diproses dan dieksport semula ke negara asal atau pasaran yang lain. Negara-negara ASEAN. Amerika Syarikat. Jepun. Kesatuan Eropah dan Asia Timur merupakan pasaran utama eksport Malaysia sejak tahun 1971 sehingga kini.

Walaupun PLA membawa banyak kesan positif kepada ekonomi Malaysia. pergantungan kepada PLA menyebabkan pertumbuhan sektor perindustrian pembuatan di negara ini banyak dipengaruhi oleh keputusan dan strategi syarikat­syarikat ac;ing. selain daripada terdedah kepada perubahan iklim ekonomi global. Keadaan ini jelas dapat dilihat dalam sektor perindustrian pembuatan negara yang digambarkan oleh beberapa kitaran ketidakstabilan yang disebabkan oleh kemelesetan ekonomi yang berlaku. Situasi ini menyebabkan perubahan dalam pola pelaburan yang memberi kesan terhadap guna tenaga dalam sektor tersebut Misalnya. dalam tempoh krisis kewangan yang berlaku pada tahun 1997 telah menyebabkan kejatuhan yang besar dalam pelaburan asing yang masuk ke negara ini yang turut menyebabkan sumbangan sektor ini kepada KDNK mencatatkan kadar pertumbuhan yang negatif (rujuk Jadual2). Selain daripada masalah pemberhentian pekerja yang berlaku dalam sektor tersebut. kemelesetan ekonomi yang berlaku dalam tempoh 1985 hingga 1986

22

Page 21: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

telah menyebabkan 54 peratus daripada pekerja yang diberhentikan dalam ekonomi merupakan pekerja daripada sektor pembuatan (Malaysia. 1986). Cabaran yang dihadapi oleh negara adalah untuk meminimumkan impak negatifyang timbul akibat daripada PLA terhadap ekonomi domestik. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan adalah dengan menggalakkan peranan pelaburan domestik dalam proses perindustrian negara selain daripada bersifat selektif terhadap pelaburan asing yang masuk ke negara ini. Walau bagaimanapun. didapati sektor industri terutamanya yang dijana oleh pelaburan asing (khususnya industri BEE) kekal memainkan peranan penting dalam mempengaruhi lambkap ekonomi di negara ini. Beberapa syarikat multinasional besar dunia yang masih mengekalkan operasi mereka di negara ini sejak tiga dekad yang lalu bukan sahaja menyumbang kepada peluang pekerjaan terhadap penduduk tempatan tetapi juga kepada eksport negara.

Saling hubungan di antara pelaburan dengan pembangunan dan pembangunan mapan adalah jelas. Pelaburan antarabangsa berupaya menyumbang secara positif dan negatif terhadap pembangunan di sesebuah negara asing yang lain dan hal ini merupakan isu yang kritikal dalam era globalisasi ekonomi. Cabaran dalam era globalisasi bukan sahaja untuk menggalakkan pelaburan dan kepelbagaian pelaburan di negara ini tetapi juga untuk menggalakkan pelaburan yang dapat memberi kesan positif terhadap matlamat polisi awam seperti kewujudan peluang pekerjaan. pemindahan teknologi. penambahbaikan alam sekitar dan membasmi kemiskinan. Melalui pelaburan antarabangsa. pelabur mendapat akses ke negara asing lain daripada segi hak milik (ownership) harta. hak untuk mengupah dan memecat pekerja. penggunaan sumber semula jadi sehinggalah pelepasan bah an buangan kepada alam sekitar. Perkara yang lebih penting ialah cara untuk mewujudkan pcrsekitaran pelaburan yang mapan bagi memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara. Oleh itu. strategi. langkah dan peranan institusi yang mentadbir aliran pelaburan antarabangsa perlu ditingkatkan agar dapat membantu negara menarik pelaburan yang boleh menggalakkan pembangunan yang mapan. Selain itu. Malaysia juga perlu mengukuhkan institusi tempatan untuk menarik pelaburan yang lebih baik dan seterusnya memastikan pelaburan tersebut menyumbang kepada pembangunan mapan.

Selain daripada kesan terhadap ekonomi didapati juga kehadiran pelaburan asing tidak menyebarkan manfaat ekonomi kepada semua negeri di negara ini. Pola pelaburan yang bersifat selektif terhadap beberapa negeri sahaja di negara ini telah menyebabkan hanya negeri-negeri tersebut yang men gal ami kadar industrialisasi yang pesat terutamanya di Selangor. Pulau Pinang dan Johor. Walaupun demikian. tidak dinafikan bahawa kesan limpahan ke kawasan pinggir (seperti Kedah. Melaka dan Negeri Sembilan) turut berlaku apabila kawasan pusat ini mula mengalami beberapa kekangan infrastruktur dan masalah kekurangan sumber buruh yang kritikal dalam tempoh awal tahun 1990-an. Namun. masih terdapat negeri-negeri yang ketinggalan jauh seperti Perlis dan Kelantan yang kurang berjaya menarik PLA walaupun telah Icbih daripada tiga dekad kehadiran pelaburan asing di negara ini. Cabaran yang penting

23

Page 22: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Yuso/ &: Tarmiji Masron

RU.JUKA.~

Abibulah, S., Nooriah, Y. & Morshidi, S. 2000. Asia Timur - Pusat Pertllmbu/wn Baru Ekollomi Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Alvstam, C. 1993. 'The Impact of Foreign Direct Investment on the Geographical Pattern of Foreign Trade Hows in Pacific Asia with special reference to Taiwan'. Dalam C. Dixon and D. Drakakis-Smith (ed.). Economic and Social Development in Pacific Asia. London: Routledge.

Anuwar Ali. 1992. Malaysian Industriali::ation: The Quest/or Techllology. Singapore: Oxford University Press.

Anuwar, A. & Rasiah, R. 1996. Perindustrilln dan Pembangunan Ekonomi di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ariff Mohamed. 1991. The Malaysian Economy: Pacific Connection. New York: Oxford University Press.

Brookfield, H. 1994. Trans/onnation with Industrialization in Peninsular Malay.filL New York: Oxford University Press.

Dicken, P. 1992. Global Shift: The IlIfernationali:.ation 0/ Ecollomic Activity (2nd ed.). London: Paul Chapman Publication.

---.2003. Global Shift: Reshaping the Global Economic Map in the 21st Century (4th ed.). New York: The Guilford Press.

Dunning. J. 1993. The Theory a/Transnational Corporation. New York: Routledge. Dewan Bahasa dan Pustaka. 1993. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kamal, S. & Young, M.L. 1986. 'The Regional Impact of Industrialization: A Case

Study of Penang State'. Dalam T.G MI:Gee,lndustriali:.ation and Labour Force Processes: A Case 0/ Peninsular Malaysia. Research School of Pacific Studies: The Australian National University.

---. 1987. 'Social Forces, the State and the International Di vision of Labour: The Case of Malaysia'. Dalam J. Henderson dan M. Castells. Global Restructuring and Territorial Development. London: Sage Publication.

Laszlo Avva. 1994. Direct Foreign Investment: Some 71,eoretical and Practical Issues. Hungary: NBH Workshop Studies.

Malaysia. 1981. Rallcallgan Malaysia Keempat, 1981-85. Kuala Lumpur: Perl:etakan Kerajaan.

---. 1986. Ral/cangan Malaysia kelima. 1986-90.Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

---.1993. Mid-Tenn Review 0/ the Sixth Malaysian Plan, 199/-1995. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

---. 2003. Loporan Ekonomi 2003/2004. Kuala Lumpur: Perl:etakan Nasional Malaysia Berhad.

---.2004. Loporan Etol/omi 2004/2005. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

26

Page 23: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Pelaburan Langsung Asing

---.2006. Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010. Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

---.2007. Laporan Ekonomi 2OO712008.Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

McGee. et al. 1986. Industrialization and Labour Processes: A Case Study of Peninsular Malaysia. The Research School of Pacific Studies: The Australian National University.

MIDA. 2008. Statistics on the Manufacturing Sector in Malaysia. Kuala Lumpur: MIDA.

MIT!. 1996. Malaysian International Trade and Industry Report, 1996. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

---. 2007. Malaysian International Trade and Industry Report, 2007. Kuala Lumpur: Percetakan Kerajaan.

Morshidi. S. 1993. Ketidaksamaan Ruangan di Semenanjung Malaysia: Satu TInjauan Teori Berkaitan dan Respons Kerajaan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Morshidi. S. & Abibulah. S. 1991. Persepsi Pelabur Luar terhadap Peluang Pelaburan di Kedah Darul Aman. Laporan Geran Penyelidikan Jangka Pendek (tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.

Nooriah. Y. 1995. TIndak Balas Firma terhadap Masalah Sumber Buruh dalam Sektor Perindustrian Pembuatan : Kajian Kes Negeri Pulau Pinang. Tesis M.A. (tidak diterbitkan). Universiti Sains Malaysia.

---. 1999. Analisis Pola dan Trend Pelaburan Terus Asing dan lmplikasinya terhadap Pembangunan dan Prestasi Sektor Perindustrian Pembuatan di Malaysia. Laporan Penyelidikan Sekolah Pembangunan Sosial. UUM (tidak diterbitkan).

---.2006. Kualiti Buruh dan Kelebihan Daya Saing 20n Perindustrian Bayan Lepas, Pulau Pinang : Kajian Kes Sektor Ilidustri Barangan Elektrik dan Elektronik. Tesis PhD. (tidak diterbitkan). Universiti Kebangsaan Malaysia.

Rasiah. R. 1992. "Foreign Manufacturing Investment in Malaysia". Economic Bulletin for Asia and Pacific.

---.2000. "Industrial Transition in the Malaysian Electronic Industry". Laporan Penyelidikall UNIDO.

Singh. M.S. 1990. Malaysia Manufacturing Corridor: Subnational Industrial Transformation and Regional Development in the Central, North and South Growth Centres through the Internationalization of Capital. Kertas kerja seminar dibentangkan di INTAN. Terengganu. 14-17 Julai 1990.

Siwar. C. & Suratahman. K.H. 2003. Ekonomi Malaysia. (Edisi Kelima). Se\angor: Longman.

Spinager. D. 1986. Industrialization Policies and Regional Economic Development in Malaysia. Singapore: Oxford University Press.

27

Page 24: Pelaburan Langsung Asing dan Transformasi Lanskap Ekonomi di ...

Nooriah Ywof cl Tarmiji Masron

UNCfAD. 2000. The Competitiveness Challenge: Transnational Corporation and Industrial Restructuring in Developing Coulltries. Geneva: United Nations.

---.2001. 'World FDI Flow to drop this year'. Press Release, 18 Sept. UNlDO. 1991. Malaysia: Sustaining the Industrial Investment Momentum.I,ulustrial

Development Review Series. New York: Basil Black well Ltd. United Nations. 1994. World Investment Report 1994: Transnational, Employment

and the Workplace. Geneva: United Nations. ---.1997. World Investment Report 1997: Transnational Corporations, Market

Structure and Competition Policy. Geneva: United Nations. ---. 1999. World Investment Report 1999: Foreign Direct Investment and the

Challenge of Development. Geneva: United Nations. ---. 2001. World Investment Report 2001: Promoting Linkages. Geneva:

United Nations.

28


Recommended