+ All Categories
Home > Documents > Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Date post: 16-Oct-2021
Category:
Upload: others
View: 10 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
18
Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 9(2005) 1-18 Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 AHMAD kAZAM MOHD. SHARIFF MAZUPI ABDUL RAHMAN ABSRACT AktaProsedurJenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997adalah merupakan sebuah Akta Syariah yang telah diluluskan dalaw tahun 1997 serta dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan. Kini, setelah hampir lapan tahun Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 diimplementasikan, penulisan ini berhasrat untukmengupas proses-proses siasatan kesjenayah syariah dari sudut syarak. Dalam masa yang sama, penulisan ini juga berhasrat untuk mengkaji keherkesanan penguatkuasaan peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam Akta Syariah di atas secara umum serta mengutarakan beberapa saranan serta cadangan yang praktikalke arah memperbaikipenguatkuasaannya. Ini kerana sebarang cadangan dan saranan yang positif adalah amat penting agar pengimplementasian undang-undang berkaitansiasatan kes-kesjenayah syariah dapat diperkemaskan lagi demi menegakkan keadilan semua pihak serta memelihara kesucian agama Islam sebagai agama resmi negara. ABSTRACT TheSyariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 is a Syariah Act which has been passed by the Parliament in 1997 and being enforced in the Federal Territory. Now, some eight years after itsfirst implementation, this article attempts at analyzing the procedures of investigation in syariah criminal cases from the perpective of the syariah. Thisarticle, simultaneously, intends to look into the effectiveness ofthegeneral enforcement of the relevant legal provisions in the said Syariah Act while presenting some practical suggestions on improving their enforcement. Such practical suggestions are important inensuringsmootherimplementation ofthe law relating to syariah criminal investigation in the Federal Territory towards upholdingjustice for all and preserving the holiness of Islam as the official religion of the country. PENGENALAN Memang tidak syak lagi keseluruhan sistem kehakiman Islam itu telah dibina atas prinsip keadilan dalam memastikan tiada satupun pihak yang dizalimi. Hassan Abdullah dalam buku "Al-Tanzim al-Qadha^ie fl al-Mamlakat al-
Transcript
Page 1: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat 9(2005) 1-18

Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawahAkta Prosedur Jenayah Syariah

(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997

AHMAD kAZAM MOHD. SHARIFF

MAZUPI ABDUL RAHMAN

ABSRACT

AktaProsedurJenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997adalah merupakansebuah Akta Syariah yang telah diluluskan dalaw tahun 1997 serta dikuatkuasakandi Wilayah Persekutuan. Kini, setelah hampir lapan tahun Akta Prosedur JenayahSyariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 diimplementasikan, penulisan iniberhasrat untukmengupasproses-proses siasatan kesjenayah syariah dari sudut syarak.Dalam masa yang sama, penulisan ini juga berhasrat untuk mengkaji keherkesananpenguatkuasaan peruntukan undang-undang yang berkaitan dalam Akta Syariah diatas secara umum serta mengutarakan beberapa saranan serta cadangan yangpraktikalke arah memperbaikipenguatkuasaannya. Ini kerana sebarang cadangan dansaranan yang positif adalah amat penting agar pengimplementasian undang-undangberkaitansiasatan kes-kesjenayah syariah dapat diperkemaskan lagi demi menegakkankeadilan semua pihak serta memelihara kesucian agama Islam sebagai agama resminegara.

ABSTRACT

TheSyariah Criminal Procedure (Federal Territories) Act 1997 is a Syariah Act whichhas beenpassed by the Parliament in 1997 and being enforced in the Federal Territory.Now, some eight years after itsfirst implementation, this article attempts at analyzingthe procedures of investigation in syariah criminal cases from the perpective of thesyariah. Thisarticle, simultaneously, intends to look into the effectiveness ofthegeneralenforcement of the relevant legal provisions in the said Syariah Act while presentingsome practical suggestions on improvingtheir enforcement. Suchpractical suggestionsare important inensuringsmootherimplementation ofthe law relating tosyariah criminalinvestigation in the Federal Territory towards upholdingjustice for all and preservingthe holiness ofIslam as the official religion ofthe country.

PENGENALAN

Memang tidak syak lagi keseluruhan sistem kehakiman Islam itu telah dibinaatas prinsip keadilan dalam memastikan tiada satupun pihak yang dizalimi.Hassan Abdullah dalam buku "Al-Tanzim al-Qadha^ie fl al-Mamlakat al-

Page 2: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

2 Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

Arabiyyah al-Sa'udiyyah"1 ada menyimpulkan bahawa antara hikmah danmatlamat sistem kehakiman Islam adalah untuk menegakkan keadilan danmeruntuhkan kezaliman. Kata beliau:

Mencegah kezaliman dan membela serta menolong orang yang kena zalim danmenghentikan permusuhan serta menyeru ke arah kebaikan dan mencegah darikemungkaran.

Sehubungan dengan itu, Undang-Undang Islam umumnya serta Undang-Undang Jenayah Islam khususnya amat menghalusi serta sangat mementingkankonsep keadilan dalam menentukan samada seorang tertuduh itu bersalah atautidak atas jenayah yang dipertuduhkan ke atasnya itu. Ter^apat banyak ayat-ayat Al-Quran yang memerintahkan manusia supaya berlaku adil sesama mereka.Firman Allah S.W.T dalam AlNisa' ayat 582 yang bererti:

Sesungguhnya Allah menyeru kamu supaya menunaikan amanah-amanah kepada yangberhak ke atasnya, dan apabila kamu menjatuhkan hukuman di kalangan manusia makahukumlah dengan adil.

Dalam ayat 42 surah Al-Maidah3 pula Allah s.w.t telah berfirman yangbermaksud:

Dan sekiranya engkau menjatuhkan hukuman maka hukumlah kamu di kalangan merekadengan adil, sesungguhnya Allah amat menyintai orang-orang yang berlaku adil.

Justeru, dalam memastikan kesemua pihak yang terbabit dalam sesuatukes jenayah syariah itu termasuk suspek dan tertuduh mendapat keadilan yangsewajarnya serta tidak dizalimi oleh mana-mana pihak, sistem kehakiman Islam,melalui pengaplikasian undang-undang jenayah syariah itu sendiri, sentiasamenitik beratkan aspek-aspek siasatan serta pendakwaan dalam usaha membawatertuduh ke muka pengadilan. Untuk itu, prinsip syarak amat menekankan agarsetiap siasatan kes jenayah syariah dijalankan dengan penuh berhati-hati,bertanggungjawab serta berhemah. Ini kerana sesuatu siasatan yang rapi danberetika akan melicinkan lagi proses pengumpulan bukti dan keterangan dalamsesuatu kes jenayah syariah, sekaligus membantu menegakkan keadilanumumnya. Kelicinan serta kelancaran sesuatu proses siasatan kes jenayah syariahsebenarnya adalah amat penting kerana segala bukti dan keterangan yangdikumpul di sepanjang proses siasatan akan digunakan pula oleh pihak pendakwasyarie dalam sesuatu pendakwaan ke atas suspek sekiranya suspek dituduh dimahkamah syariah kelak.

1 Hassan Abdullah, Al Tanzim al Qada He Fi al Mamlakah al Arabiyyah al Sa'udiyyah, t.pt,t.tp., him. 16.

2 Al Quran, Al Nisa' 4 : 58.3 Al Quran, Al Maidah 5 : 42.

Page 3: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 3

Dalam ertikata lain, kejayaan sesuatu pendakwaan kes jenayah syariahitu amat berkait rapat dengan ketelitian seseorang pegawai penguatkuasa agamadalam menjalankan siasatannya. Ini kerana sebarang kecuaian atau kesilapanyangdilakukan oleh seorang pegawai penguatkuasa agama semasa melakukansiasatan boleh mengakibatkan kes pendakwaan menjadi lemah, sekaligusinengakibatkan keadilan gaga! dicapai. Dalam masa yang sama, adalah amatpenting bagi seorang pegawai penguatkuasa agama untukmelaksanakan tugas-tugas siasatannya dengan cekap, efisyen sertaberamanah memandangkan bebanbukti di tahap yakin4 yang perlu dibuktikan oleh seorang pegawai pendakwasyarie terhadap seseorang tertuduh di penghujung perbicaraan. Dalam haltersebut, Nabi s.a.w3 telah bersabda yang bererti lerangkatlah hukuman hududitu dengan sebab adanya keragllan-keraguan.,

Hadis ini diperkukuhkan lagi oleh sebuah kaedah fiqh dalam Undang-Undang Keterangan Islam yang bermaksud 'yakin itu tidak dapat dihilangkandengan syak\6

PROSES SIASATAN DI BAWAH AKTA PROSEDUR JENAYAH

SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997:SATU ANALISA DI SUDUT SYARAK

Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 telahmemperuntukkan undang-undang mengenai kuasa-kuasa siasatan yang perludilaksanakanoleh seorang pegawai penguatkuasa agama. Kuasa-kuasa siasatanyang telah diberikan oleh Akta tersebut kepada para pegawai penguatkuasaagamadalamkes-kesjenayah syariahbolehdikategorikankepada dua kategori:kuasa siasatan dalam kes tidak lazim tangkap dan kuasa siasat dalam kes lazimtangkap. Adalah amat penting untuk membezakan kes tidak lazim tangkapdaripada kes lazim tangkap kerana terdapat sedikit perbezaan dalam prosedurpenyiasatankedua-duajenis kes. Seksven2(1)Akta menjelaskan kes tidak lazimtangkap adalah kes-kes jenayah syariah yang membawa hukuman penjara kurangdari 1tahun ataudendasahaja yangmanapegawai penguatkuasa agamaataupunpegawai polis tidak boleh menangkap suspek kecuali dengan adanya warantangkap. Dalammasayangsama,seksyen2(1)Akta turut menjelaskanmengenaikes lazim tangkap yang membawa maksud kes-kes jenayah syariah yangmembawa hukuman penjara 1tahunatau lebihyang mana pegawaipenguatkuasaagamaataupunpegawaipolisbolehmenangkap suspek tanpa perlu mendapatkanwaran tangkap.

Mahmud Saedon, An introduction to Islamic Law of evidence, Hizbi, Shah Alain, 1996,him. 15.

Paizah Hj. Ismail, Undang-Undang Jenayah Islam, Dewan Pustaka Islam, Selangor, 1991,him. 46,

Perkara 4, Majjallatul Ahkam al Adliyyah, dalam Mahmud Saedon. An introduction to IslamicLaw ofevidence, him. 195.

Page 4: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

4 Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

Sesuatu siasatan akan bermula apabila pengadu membuat aduan kepadapegawai penguatkuasa agama.7 Seksyen 54(1) Akta Prosedur Jenayah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menggariskan bahawa maklumat awalmengenai sesuatukesalahan jenayahsyariahituharusditurunkan dalambentuktulisan samada oleh pengadu sendiri atau oleh pegawai penguatkuasa agamayang kepadanya aduantersebutdibuat dan dibacakan semula kepada pengadutersebut,8 serta seterusnya ditandatangani oleh beliau.9 Kemudian, pegawaipenguatkuasa agama akan menjeniskan kesalahan yang diadukan itu samadasebagai kes lazimtangkap ataukes tidak lazimtangkap. Harus difahami di sinibahawa dalam memutuskan samada sesuatu kes yang diadukan itu kes lazimtangkap ataupun sebaliknya, pegawai penguatkuasa agama jugaboleh, setelahmenerima dan merekodkan aduan pengadu secara bertulis sepertidi atas, pergiterlebih dahulu ke tempat kejadian untuk melakukan siasatan awal. Apa yangpenting di sini,seorang pegawai penguatkuasa agama hanya akan memutuskansamada untuk menjeniskankes yang diadukan itu sebagai kes lazim tangkapataupun kes tidak lazim tangkap sekiranya terdapat maklumat yang kukuhmengenai berlakunya sesuatu kesalahanjenayah syariahitu.

Sekiranya kesyangdiadukan itudikategorikan sebagai keslazim tangkap,seksyen 57(1)AktaProsedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1997seterusnyamemberikuasa kepadapegawaipenguatkuasa agama, selepasmenghantar satu laporan kepadaketua pendakwa syarie negeri dalam kes-kesyangdiarahkan berbuat demikian, untukterus pergi ke tempat kejadian untukmemulakan siasatannya.10 Ini bererti pegawai penguatkuasa agama, dalam keslazimtangkap, tidakperlumemohon sebarang kebenaran dariketua pendakwasyarie negeri untukmenjalankan kuasa-kuasa khas siasatan seperti merekodkanpernyataan-pernyataan lisan para saksi11 dan suspek.12 Malah, pegawaipenguatkuasa agama, dalam kes sedemikian, tidak perlu memohon apa-apawaran geledah13 atau waran tangkap14 daripada Hakim Mahkamah RendahSyariahkeranamerekaboleh melakukan penggeledahan atautangkapan tanpawaranpadabila-bilamasadi sepanjang tempoh siasatan kestersebut. Seperkaralagiyangharus difahami mengenai siasatan keslazim tangkap iniialah, siasatansesuatu kes tidak semestinya dimulakan hanya setelah terdapat aduan rasmi

Hj. Daud bin Muhammad, Konsep penyiasatan di dalam Islam, Kertas Kerja SeminarPendakwaan di Mahkamah Syariah, IKIM, Kuala Lumpur, 23-24 Julai 2001, him. 1.Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,seksyen54(1).Ibid., seksyen 54(2).Ibid., seksyen 57(1).Ibid., seksyen 59(1).Ibid., seksyen 61(1) & (2).Ibid., seksyen 63(1), (2), (3) & (4).Ibid., seksyen 18(a), (b) & (c).

Page 5: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 5

mengenainya.b Malah, sekiranya seseorang pegawai penguatkuasa agama itu,samada melalui maklumat yang diperolehinya sendiri ataupun dari mana-manasumber atau pemberi maklumat lain, menerima maklumat yang dipercayai{credible information) sehinggamenimbulkan syak wasangka yang munasabah{reasonable suspicion) tentang berlakunya sesuatu kes lazim tangkap, makadia boleh membuat tangkapan dalam sesuatu siasatan.16

Dalam pada itu, sekiranya kes yang diadukan itu sebaliknya dijeniskanoleh pegawai penguatkuasa agama sebagai kes tidak lazim tangkap, prosedurmemulakan siasatan akan menjadi berbeza.17 Ini kerana, sekiranya seorangpegawai penguatkuasa agama mendapati wujudnya maklumat yang kukuhmengenai berlakunya kes tidak lazim tangkap, maka pegawai penguatkuasaagama tersebut perlu mendapatkan suatu perintah untuk memulakan siasatanatau order to investigate (on) dari ketua pendakwa syarie negeri.18 Tujuansesuatu perintah siasatan dipohon dari ketua pendakwa syarie negeri ialah untukmembolehkan pegawai penyiasat di kalangan pegawai penguatkuasa agamamenjalankan kuasa-kuasa khas siasatan seperti merekodkan pernyataan-pernyataan lisan para saksi19 dan suspek20 untuk dijadikan keterangan. Disamping perlu memohon perintah untuk memulakan siasatan seperti di atas,pegawai penguatkuasa agama juga, dalam kes tidak lazim tangkap, perlumemohon waran geledah21 dan waran tangkap22 sekiranya timbul keperluanuntuk melakukan penggeledahan serta tangkapan di sepanjang tempoh siasatankes. Sungguhpun begitu, cara permohonan serta penggunaan waran geledahdan waran tangkap dalam kes tidak lazim tangkap sebenarnya boleh berbeza-

Zulfakar Hj. Ramlee, Penyiasatan menurut Acara Jenayah Syariah di Malaysia, Kertas KerjaSeminar Pendakwaan di Mahkamah Syariah, IKIM, Kuala Lumpur, 23-24 Julai 2001, him.2-3.

Ibid. Lihat Mazupi Abdul Rahman, Taklimat asas penyiasatan kes-kes jenayah merangkumikuasa penyiasatan di bawah Kanun Tatacara Jenayah dan Enakmen Prosedur Jenayah SyariahNegeri Sembilan, Kertas KerjaKursusPenyiasatan dan Pendakwaan Syariah, Pusat DakwahParoi, Seremban, 27 Mac 2004, him. 2. Lihat juga Emp. v. Khwaja Nasir Ahmad [1945] AIRPC 18.

Di bawah seksyen 55( 1) Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,sekiranya pegawai penguatkuasa agama yang menerima maklumat/aduan mengenai kes tidaklazim tangkap itu mengambil keputusan untuk tidak meneruskan sebarang siasatan atas alasanbahawa kes yang diadukan itu lebih sesuai untuk diselesaikan melalui prosedur mal syariah,maka pegawai penguatkuasa agama tersebut boleh merujukkan pengadu tersebut kepada HakimMahkamah Rendah Syariah untuk tindakan selanjutnya.Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, seksyen 55(2).Ibid., seksyen 59(1),

Ibid., seksyen 61(1) & (2).

Ibid., seksyen 47( 1) menjelaskan bahawa waran geledah yang dikeluarkan hendaklah mengikutBorang 4 Jadual.

Ibid., seksyen 32(1) menjelaskan bahawa waran tangkap yang dikeluarkan terhadap tertuduhhendaklah mengikut Borang 3 Jadual.

Page 6: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

6 Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

beza mengikut situasi-situasi dan keadaan-keadaan tertentu sesuatu kes sepertiberikut:

(a) Situasi A - apabila pegawai penguatkuasa agamamendapataduanmengenaiberlakunya kes tidak lazim tangkap, beliau pergi ke tempat kejadian. Hasilsiasatan awal di tempat kejadian mendapati wujudnyamaklumatyang kukuhbahawa kes tidak lazim tangkap akan, sedang atau telah berlaku, dan dalammasa yang sama barang kes serta suspek turut dikenalpasti. Dalam hal ini,pegawai penguatkuasa agama akan melaksanakan tugas-tugas siasatanseperti berikut:(i) memohon order to investigate dari ketua pendakwa syarie menurut

seksyen 55(2) Akta Prosedur Jenayah Syariah (untuk membolehkanpegawai penguatkuasa agama merekodkan keterangan suspek/saksidi sepanjang siasatan kes);

(ii) mengeluarkan notis bertulis memerintahkan supaya barang kes/dokumen yang ada dalam jagaan/milikan suspek dikemukakanmenurut seksyen 42 Akta Prosedur Jenayah Syariah (untukmendapatkan sebarang barang kes / dokumen yang boleh membantusiasatan);

(iii) meminta suspek hadir secara sukarela ke pejabat penguatkuasa agarketerangan lisannya dapat direkodkan; serta

(iv) sekiranya hasil siasatan keseluruhannya mendapati terdapatketerangan yang kukuh untuk mendakwa suspek di mahkamah,memohon serta menyampaikan saman kehadiran di bawah seksyen-seksyen 28, 29, 30 dan 31 Akta Prosedur Jenayah Syariah untukmemastikan suspek hadir di mahkamah syariah untuk menjawabpertuduhan; dan

(v) akhir sekali, sekiranya suspek tidak hadir pada hari perbicaraan dimahkamah syariah untuk menjawab pertuduhan, maka barulah warantangkap di bawah seksyen 32-37 Akta Prosedur Jenayah Syariahboleh dipohon untuk memaksa kehadiran suspek di mahkamahsyariah.

Perhatikan bahawa dalam situasi A ini, hanya saman kehadiran sahaja yangpadaawalnyadipohon olehpegawaipenguatkuasa agama. Warantangkap hanyadipohonsekiranya suspektidakhadirdi mahkamah padaharipertuduhan. Warangeledahtidak dipohondalam kes-kesyang tidakperlupenggeledahan dibuat.

(b) Situasi B -pegawaipenguatkuasa agama, setelah mendapat aduan mengenaiberlakunya kes tidaklazimtangkap, kemudiannya pergike tempat kejadian.Apabila hasil siasatan di tempat kejadian mendapati wujudnya maklumatyangkukuhbahawakes tidaklazimtangkap akan, sedangatautelahberlaku,dan dalam masa yang sama barang kes serta suspek turut dikenalpasti,

Page 7: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 7

pegawai penguatkuasa agama juga boleh melaksanakan tugas-tugas siasatanseperti berikut:

(i) memohon order to investigate dari ketua pendakwa syarie menurutseksyen 55(2) Akta Prosedur Jenayah Syariah (untuk membolehkanpegawai penguatkuasa agamamerekodkan keteranran suspek/saksi);

(ii) memohon waran geledah serta meiaksanakannya di bawah seksyen-seksyen 44-53 Akta Prosedur Jenayah Syariah (untuk mendapatkanbarang kes/dokumen yang boleh membantu siasatan) dalam kes-kesyang memerlukan serbuan dan penggeledahan dibuat;

(iii) meminta suspek hadir secara sukarela ke pejabat penguatkuasa agarketerangan lisannya dapatdirekodkan setelah butir-butirperibadidanalamatnya diambil;

(iv) sekiranya hasil siasatan keseluruhannya mendapati keterangan yangkukuh untuk mendakwa suspek di mahkamah, memohon sertamenyampaikan saman kehadiran di bawah seksyen-seksyen 28, 29,30 dan 3I AktaProsedur Jenayah Syariali untuk memastikan suspekhadir di mahkamah syariah untuk menjawab pertuduhan;

(v) akhirnya, sekiranya suspek tidak hadir di mahkamah syariah untukmenjawab pertuduhan, makabarulah warantangkapdi bawahseksyen32-37 Akta Prosedur Jenayah Syariah boleh dipohon untuk memaksakehadiran suspek di mahkamah syariah.

Perhatikan pula dalam situasi B ini yang mana pegawai penguatkuasa agamaada memohon saman kehadiran dan waran geledah. Waran tangkap hanyadipohon sekiranya suspektidak hadirdiniahkamali pada hari pertuduhansetelahsaman kehadiran diserahkan kepadanya.

(c) Situasi C - pegawai penguatkuasa agama mendapat aduan mengenaiberlakunya kes tidak lazim tangkap. Hasil siasatan dan maklumat awalkemudiannya telah mengenalpasti suspek serta wujudnya maklumat bahawakes tidak lazim tangkap akan atau sedang. Dalam situasi ini pegawaipenguatkuasa agamajuga bolehmelaksanakan lugas-tugns siasatan sepertiberikut:

(i) memohon warangeledah sertameiaksanakannya di bawah seksyen-seksyen 44-53 Akta Prosedur Jenayah Syariah (untuk mendapatkanbarang kes / dokumen yang boleh membantu siasatan):

(ii) sekiranya hasilsiasatan keselui uhan kes mendapati keterangan yangkukuhuntukmendakwa suspek di mahkamahdan suspekpula disyakitidak akan mematuhi saman kehadiran atau akan melarikan diri

sebagaimana yangdinyatakan olehseksyen.38 Akta ProsedurJenayahSyariah., memohon waran tangkap di bawah seksyen 32-37 AktaProsedur Jenayah Syariah bagi memaksa kehadiran suspek dimahkamah syariah;

Page 8: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

8 Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

(iii) memohonorder to investigate dari ketuapendakwa syariemenurutseksyen55(2)Akta ProsedurJenayahSyariah(untukmembolehkan-nya beliau merekodkanketerangansuspek/saksi);

DalamsituasiC iniwarangeledahdanwarantangkap telahdipohon olehpegawaipenguatkuasa agama manakala saman kehadiran tidak diperlukan atas alasansuspek tidak akan hadir ke mahkamah.

Daripada situasi-situasi A, B dan C di atas, dapatlah difahami bahawadalam kes-kes tidak lazim tangkap di atas, waran geledah dipohon untukmenjadikan tindakan pegawai penguatkuasa agama sahdisisiundang-undang.Inikeranaadalahamatpentingbagipegawaipenguatkuasa agama menggeledahmana-mana premis persendirian untuk mengumpul barang-barang kes ataudokumen yang mungkinmembantu siasatansertaboleh dijadikan keterangansekiranya suspek didakwa di mahkamah syariah kelak.24 Dalam masa yangsama, waran tangkap juga turut memainkan peranan yangamatpenting dalamniemastikan suspek memberikan kerjasama disepanjang siasatan kes. Walaupunpada kebiasaannya, waran tangkap25 hanya akan dipohon oleh pegawaipenguatkuasa agama setelah suspek enggan mematuhi saman kehadiran yangtelah dikeluarkan oleh hakim sebelum itu, hakim sebenarnya turut mempunyaikuasa untukterus mengeluarkan warantangkap (sekiranya dipohon olehpegawaipenguatkuasa agama) tanpa perlu mengeluarkan saman kehadiran terlebihdahulu dalam usaha memastikan kehadiran tertuduh dalam perbicaraan. Seksyen38 Akta Prosedur Jenayah Syariah menjelaskan ,26

(a) jika, sama ada sebelum atau selepas saman dikeluarkan, mahkamah mempunyaisebab mempercayai bahawa suspek telah melarikan diri atau tidak akan mematuhi samanyang akan atau telah disampaikan; atau(b) jika,dalam kessaman yang telah dipohon terlebih dahulu serta disampaikan dengansewajarnya, suspek tidak hadir serta tiada alasan yang munasabah diberi atasketidakhadirannya itu.

Dari segi amalan pada hari ini, telah menjadi kebiasaan bagi pegawaipenguatkuasa agama untuk memohon dari hakim waran tangkap dan geledahsetiap kalimenerima sebarang aduan atau maklumat tentang sesuatu kesalahan

Notis pengemukaan dokumen atau barang kes juga boleh dikemukakan oleh pegawaipenguatkuasa agama kepada suspek : ibid., seksyen 42(1). Sungguhpun begitu, padakebiasaannya pegawai penguatkuasa agama memohon waran geledah dari hakim menurutseksyen 44(1), (2) & (3) Akta yang sama.Ibid., seksyen 47(1) memperuntukkan bahawa waran geledah yang dikeluarkan hendaklahmengikut Borang 4 Jadual.Ibid., seksyen 32(1) menjelaskan bahawa waran tangkap yang dikeluarkan terhadap tertuduhhendaklah mengikut Borang 3 Jadual.Ibid., seksyen 38(a) & (b).

Page 9: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 9

jenayahsyariah tidakkira samada aduan tersebut mengenai kes lazimtangkapataupun sebaliknya.. Ini kerana dalam kes-kes yang melibatkan kesalahanjenayah yang melanggar tatasusila dan moral seperti seksyen-seksyen 20-29Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,27 adalahagaksukarsebenarnya untuk memastikan padaperingkat awalsamada sesuatukesjenayah syariah yang dilaporkan itubenar-benar terjumlah dalam keslazimtangkap atau tidak. Sebagai contoh, sesuatu kesalahan yang telah dilaporkanpada awalnya sebagai kes lazim tangkap seperti persetubuhan haram, liwat,musahaqah ataupun khalwat yang dilakukan di tempat-tempat awam,berkemungkinan berubah menjadi kes tidak lazim tangkap seperti kesalahanmelakukan perbuatan tidak sopan di tempat awam memandangkan perilakujenayah itu masih belum ataupun sudah selesai dilakukan ketika serbuandilakukan.

Di sepanjang tempoh siasatan sesuatu kes lazim tangkap mahupun kestidak lazim tangkap, pegawai penguatkuasa agama akan berusaha untukmengumpulkan berbagai jenis bukti untuk dijadikan keterangan denganmenggunakan pelbagai kaedah serta prosedur yang telah dibenarkan olehundang-undang. Penggeledahan adalah merupakan salah satu cara untukmengumpul serta mendapatkan keterangan samada dalam bentuk barang kesmahupun dokumen. Terdapat duajenis penggeledahan yang biasanya dilakukan:penggeledahan ke atas premis/tempat kejadian serta penggeledahan/pemeriksaan ke atas tubuh badan. Dalam kes-kes lazim tangkap, seksyen 63Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasa untukmelakukan penggeledahanke atas premis/tempat kejadian untuk mendapatkan barang kes ataupun buktidalam bentuk dokumen tanpa perlu mendapatkan sebarang waran geledah."Sebaliknya, dalam kes-kes tidak lazim tangkap, seksyen 44(1) AktaProsedurMahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memperuntukkanbahawa waran geledah perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum pegawaipenguatkuasa agama menjalankan sesuatu penggeledahan keatas premis/tempatkejadian.30 Sebaik sahaja waran geledah diperolehi, seksyen 46Akta ProsedurMahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 seterusnya memberikuasa kepada pegawai penguatkuasa agama untuk memasuki sesuatu premisatau tempat itu dengan apa-apa cara, menggeledah, menyita apa-apa barang

27 Lihat Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, seksyen 20 &29.

28 Sabda Nabi dalam hadis nabawi yang bererti: "Keterangan adalah di atas Yang Mendakwamanakala Sumpah pulaadalah di atasYang Menafikan" sebagaimana dalam Mahmud SaedonAwang Othman, An introduction toIslamic Law of evidence, him. 200.

29 Akta Prosedur JenayahSyariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997,seksyen63(1), (2), (3)

&(4).30 Ibid., seksyen 44(1 )(a),(b), (c) & (d).

Page 10: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

10 Jurnal Undang-Undang dan Masyarakat

kesatau dokumen yang boleh dijadikan keterangan serta membawanya kembalike hadapan hakim agar tindakan selanjutnya dapat diambil.31 Penghuni premistempat yang digeledah itu atau wakilnya perlu hadir ketika pengeledahandibuat.32 Seterusnya, seksyen 49 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 menjelaskan bahawa mana-mana orang yang tinggaldipremis tersebut hendaklah membenarkan premisnya dimasuki untuk tujuanpenggeledahan, tetapi sekiranya kebenaran tidak diberikan, pegawai penguatkuasa agama berhak untuk memecah masuk melalui apa-apa ruang atau carauntuk melaksanakan penggeledahan tersebut.33 Seksyen 52 Akta ProsedurMahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 seterusnyamemperuntukkan agarpegawai penguatkuasa agama perlumenyediakan suatusenarai barang-barang yangdisitaolehnya semasa penggeledahan tersebut sertaditandatangani olehnya,34 kemudiannya menyerahkan satu salinan senaraitersebut kepada penghuni premis atas permintaannya.35 Seperkara lagi, dalamusaha untuk mendapatkan barang kes atau dokumen yang boleh membantusiasatan,penggeledahan/pemeriksaanjuga bolehdilakukanke atastubuhbadanseseorang suspek atausaksi. Ini telahdiperuntukkan olehseksyen-seksyen 12,14 (2), 15 dan 16 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997.36 Selain daripada tujuan pengumpulan barang kes dandokumen untuk dijadikan keterangan, penggeledahan ke atas sesuatu premisitu juga boleh dilakukan untuk tujuan menangkap suspek37 ataupun untukmencari orang yang telah dikurung secara salah.38

Di samping penggeledahan, pegawai penguatkuasa agama juga diberikuasaotehundang-undang untukmenemubual parasaksi yangboleh membantusiasatan. Seksyen 58(1) AktaProsedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 memperuntukkan kuasapegawai penguatkuasa agama untukmengkehendaki kehadiran mana-mana saksi yang mengetahui apa-apa faktamengenai kes yang sedang disiasat39 manakala seksyen 59 Akta ProsedurMahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 memberi kuasakepada pegawai penguatkuasa agama untukmemeriksa seseorang saksi itusecaralisan serta mengubahnya ke dalam bentuk tulisan.40 Selain dari itu, semasamenjalankan siasatan, pegawai penguatkuasa agama juga berkemungkinanterpaksa melakukan tangkapan ke atas mana-mana suspek. Dalam kes lazim

31

32

33

34

35

36

37

38

39

40

Ibid., seksyen 46.

Ibid., seksyen 53.

Ibid., seksyen 49(1) & (2) serta seksyen 11(2).Ibid., seksyen 52.

Ibid., seksyen 53.

Lihat ibid, seksyen 12, 14(2), 15 & 16.Ibid., seksyen 11.

Ibid., seksyen 13 & 48.

Ibid., seksyen 58(1).

Ibid., seksyen 59(1), (2), (3), (4) & (5).

Page 11: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenavah Syariah 11

tangkap, seksyen 18 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997memberikuasa kepada kepada pegawai penguatkuasa agamauntuk membuat tangkapan tanpa waran41 sementara dalam kes-kes tidak lazimtangkap, pegawaipenguatkuasa hanyabolehmembuat tangkapan apabila warantangkap dikeluarkan oleh hakim.42 Seksyen 10 Akta Prosedur MahkamahSyariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997memperuntukkanbahawa dalammelakukan sesuatu tangkapan ke atas suspek, pegawai penguatkuasa agamahendaklahmenyentuhataumengurungtubuh badan orang itu kecuali sekiranyasuspek itu menyerahdiri samadamelaluiperkataannya ataupun perbuatannya.Dalam masa yang sama, pegawai penguatkuasa agama adalah dilarang untukmengenakan sekatan yang lebih daripada yang perlu.43 Sungguhpun begitu,pegawai penguatkuasa agama masih lagibolehmenggunakan kekerasan setakatmanayangperlu sekiranya suspekmenggunakan kekerasanuntuk melepaskandiri.44 Seksyen 11 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 juga memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasa agamauntuk memecahmasuk sertamenggeledahmana-mana premis untuk menangkapsuspek.45 Seksyen 15 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasa agama untukmemeriksa suspekyangditangkap sertamenyita apa-apa barang yang ada padatubuh badannya46 manakala seksyen 16 Akta Prosedur Mahkamah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pula memberi mereka kuasa untukmenyita apa-apa senjata yang berbahaya yang dijumpai pada tubuh badansuspek.47 Seksyen 62 Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997kemudiannya memberi kuasa kepada pegawai penguatkuasaagama untuk merekodkan keterangan suspek48 yang mana ianya mesti dijalankantanpa sebarang dorongan ke atas suspek tersebut.49 Seksyen 64 Akta ProsedurMahkamah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997seterusnyamemberikuasa kepada pegawai penguatkuasa agama untuk mengkehendaki bonkehadiran pengadu atau saksi.50 Seksyen 65 Akta Prosedur Mahkamah Syariah(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 pula mengkehendaki pegawai penguatkuasa agama menyediakan buku harian penyiasatan51 manakala seksyen 66

Ibid., seksyen 18.

Ibid., seksyen 38.

Ibid., seksyen 14(1).

Ibid., seksyen 10(1), (2) & (3).Ibid., seksyen 11(1) & (2).

Ibid., seksyen 15(l)(a), (b) & (2).Ibid., seksyen 16.

Ibid., seksyen 62.

Ibid., seksyen 61.

Ibid., seksyen 64.

Ibid., seksyen 65.

Page 12: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

12 Jurnal Undang-Undangdan Masyarakat

Akta Prosedur Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997akhirnyamemperuntukkan penyediaansatu laporansiasatan yanglengkap untukdikemukakan kepada Ketua Pendakwa Syarie negeri.52

Hasil daripada perbincangan di atas, jelaslah bahawa kesemua kuasa-kuasa siasatan yang diberikan oleh Akta ProsedurJenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kepada pegawai penguatkuasa agama53 adalahbertujuan untuk mendapatkan keterangan bagi menegakkan keadilan semuapihak. Malah kesemua prosedur-prosedur siasatan di bawah akta syariah diatasadalahselaridenganprinsip-prinsip umumsiasatan menurut undang-undangIslam. Kesimpulan ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut:

(a) Konsep penyiasatan dalam kes-kes jenayah syariahmenurutsyarak adalahberdasarkan kepada prinsip menegakkan kebaikan dan mencegah sertamembendung kemungkaran dan kemaksiatan ataupun amar ma'ruf nahimungkar. Firman Allah S.W.T dalam Al-Imran, ayat 10454 yang bererti:

Dan hendaklah ada di kalangan kamu satu umat yang menyeru kepada kebaikan danmenyuruh berbuat yang baik dan melarang daripada berbuat yang mungkar dan merekaitu adalah terdiri daripada orang-orang yang berjaya.

Berdasarkankepada firmanAllah s.w.t. di atas,konsepmenyerukepadakebaikandan mencegah dari kemungkaran adalah kelihatan selari dengan konseppenyiasatan yangjuga bermatlamatkan sama.55

(b) Pengaduan kepada pihak berkuasa tentang berlakunya sesuatu jenayahitu juga sebenarnya boleh dianggap sebagai satu cara mencegah kemungkarandengan menggunakan lidah atau perkataan,56 selari dengan sebuah hadisNabawi57 yang berbunyi:

Barang siapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran maka cegahlah ia dengantangannya, barang siapa yang tidak mampu, maka dengan lidahnya,barang siapa yangtidak mampu, maka dengan hatinya.. .dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.

(c) Menurut prinsip syarak, tujuan sesuatu siasatan itu dibuat adalah untukmenentukan sejauh manakah kebenaran aduan yang dibuat oleh seseorangpengadu itu. Itu sebabnya dalam sesuatu siasatan kes jenayah syariah, bukti-bukti sertaketerangan-keterangandikumpulkanagarkeadilandapatditegakkan

52

53

54

55

56

57

Ibid., seksyen 66.Ibid., seksyen 54 hingga 66.Al Quran, Al Imran 3 : 104.Zulfakar Hj. Ramlee, Penyiasatan menurut Acara Jenayah Syariahdi Malaysia, him. 2Ibid.

An Nawawi, Hadis 40, Hadis No. 34.

Page 13: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 13

serta kemungkaran dan kemaksiatan.58 Konsep melakukan siasatan sebaik-baiksahaja aduan terhadap sesuatu jenayah diterima sebenarnya diambil daripadafirman Allah s.w.t. dalam Al-Hujrat, ayat 659 yang berbunyi:

Wahai orang-orang yang beriman, sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq denganperkhabaran berita, maka selidikilah untuk menentukan kebenarannya kerana ditakutikamu akan bertindak buruk terhadap sesuatu kaum dengan kejahilan maka kamumenyesali atas apa yang kamu telah lakukan.

Dalam ayat di atas, Allah s.w.t. telah memerintahkan orang-orang yang berimanagar menyelidiki dan menyiasat kebenaran sesuatu berita yang dibawa olehseorang fasiq sebelum mengambil tindakan kerana ditakuti sekiranya ini tidakdilakukan dan berita yang dibawa itu kemudiannya terbukti tidak benar, makamungkin ada tindakan-tindakan yang terburu-buru telah diambil yang kelakmembawa kepada ketidakadilan serta kezaliman ke atas mana-mana pihak. Makaberdasarkan kepada prinsip ayat di atas, adalah lebih selamat sekiranya pihakberkuasa, apabila menerima sesuatu aduan mengenai sebarang perilaku jenayah,menyiasat dan mengumpulkan bukti dan keterangan terlebih dahulu sebelummembuat sebarang keputusan samada hendak mendakwa suspek di mahkamahatau tidak.

(d) Dalam masa yang sama, walaupun syarak tidak membenarkan sesuatusiasatan itu dibuat atas alasan memburu-burukkan serta memalukan tertuduh,

ini tidak bermakna bahawa proses siasatan tidak boleh dilakukan langsung. Inikerana dari sudut lain, Allah s.w.t. sendiri turut memerintahkan agarkemungkaran serta perkara-perkara buruk itu ditegah serta dihentikan. Apa yangpenting di sini, pihak berkuasa yang membuat siasatan haruslah bijakmengimbangi di antara prinsip mencegah kemungkaran dan prinsip menutupkeaiban saudaranya. Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri telah memberi peringatan

Hj. Daud bin Muhammad, Konsep penyiasatan di dalam Islam, him. 2.Al Quran, Al Hujurat 49 : 6."Pernah pada suatu ketika Abdul Rahman bin Auf menceritakan bagaimana beliaubersama-sama Umar Al Khattab sedang meronda pada suatu malam di Madinah laluternampak sebuah rumah yang terang benderang dengan pintu terbuka serta kedengaranbunyi hingar bingar dari dalamnya. Umar telah berkata bahawa rumah itu adalah rumahRabrah bin Umayyah bin Khalaf dan mereka sedang minum. Umar bertanyakanpendapat Abdul Rahman tentang kejadian yang sedang berlaku itu dan Abdul Rahmantelah menjawab bahawa mereka (Umar dan Abdul Rahman sendiri) telah melanggarlarangan Allah s.w.t. berdasarkan ayat di atas yang melarang orang-orang yang berimandaripada mencari-cari kesalahan serta keaiban orang lain. Mendengarkan jawapan AbdulRahman itu, Umar pun balik meninggalkan tempat tersebut." Lihat dalam Al Jami' LilAhkam al Quran Libni Abdullah al Qurtubi, him. 333, dalam Hj. Daud bin Muhammad, Konseppenyiasatan di dalam Islam, him. 4.

Page 14: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

14 Jurnal Undang-Undang danMasyarakat

terhadap mereka yang sengaja membiarkan kemungkaran berleluasa61 dengansabdanya yang bererti:

Allah Taala tidak mengenakan siksa ke atas umum dengan sebab dosa orang tertentusecaratersendiri,dan sebaliknyaakandikenakansiksakeatasumumapabila kemungkaranyang dilakukan secara terang-terangan tidak dicegah.

Dengan itu jelaslah bahawa walaupun dari satu sudut, orang-orang Islam dituntutuntuk menutup keaiban saudara-saudara mereka, ini tidak menghalang merekadaripada membuat penyiasatan untuk mengumpulkan segala bukti danketerangan demi menegakkan keadilan serta mencegah maksiat dan jenayah.Konsep inisekali lagi selari dengan sebuah hadis Rasulullah s.a.w62 yang lainyang berbunyi:

Barang siapa di kalangan kamu yang menyaksikan kemungkaranmaka cegahlahia dengantangannya, barang siapa yang tidak mampu, maka dengan lidahnya, barang siapa yangtidak mampu maka dengan hatinya, dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.

Sebagai kesimpulan, nyatalah bahawa sebarang tatacara serta kaedahpenyiasatan yang diamalkan di bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 adalah selari dengan konsep-konsep penyiasatanmenurut syarak selagi mana ianya tidak bertentangan dengan prinsip-prinsipumum dalam undang-undang Islam. Dengan demikian itu, berdasarkan kepadaprinsip-prinsip undang-undang syarak seperti Istihsan,

Masalih al Mursalah serta Siasah al Syar'iyyah, Akta Prosedur JenayahSyariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 di atas boleh dianggap sebagaisatu cabang baru Undang-undang Islam itu sendiri selagi mana akta tersebuttidak bertentangan dengan hukum-hukum asal dalam Al Quran dan Al Sunnah.Malah prinsip-prinsip siasatan yang baru dan terperinci dalam akta tersebutboleh memainkan peranan yang amat penting dalam membantu melicinkan lagipenguatkuasaan serta perlaksanaan Undang-undang Islam di negara ini.

AKTA PROSEDUR JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAHPERSEKUTUAN) 1997: BEBERAPA KELEMAHAN PERUNTUKAN

DAN PENGAPLIKASIAN UNDANG-UNDANG MENGENAI PROSES

PENYIASATAN SERTA CADANGAN PENYELESAIANNYA

Di sebalik pengiktirafan Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 sebagai suatu cabang undang-undang syarak yang baru,masih terdapat sedikit kelemahan dari segi peruntukan undang-undang serta

Ibid., him. 5.

Page 15: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 15

pengaplikasiannya proses-proses siasatan di bawah akta ini yang wajardiperbetulkan demimeningkatkan lagikelicinan penguatkuasaannya. Beberapakelemahan yang telah dikenalpasti mengenai Akta tersebut beserta dengancadangan-cadangan penyelesaiannya bolehlah disimpulkan sebagaimanaberikut:

(a) seksyen 22(5)di bawahAktamemperuntukkan tentangperlanjutan tempohtahanan seseorang tertuduh jika kes terhadapnya ditangguhkan.63Persoalannya di sini, tiada tempoh maksimum yang ditetapkan dalam Aktatidakseperti manaperuntukan seksyen 117Kanun Prosedur Jenayah yangmemperuntukkan tempoh maksimum 15 hari untuk tahanan lanjutan.64Ketiadaan tempoh maksimum untuk tahanan lanjutan sebenarnya bolehmengakibatkan kekeliruan dan ditakuti boleh membuka ruang kepadapenggunaan kuasa yang lebih dari yang perlu. Dengan ini, adalahdicadangkan agar seksyen 22(5) di atas dipinda agar tempoh maksimumtahanan lanjutan itu dapat dinyatakan dengan jelas;

(b) tiada satupun Jadual khusus atau peruntukan undang-undang d#lam Aktayang mendefinisikan kesalahan boleh jamin (bailable offence) dankesalahan tidak boleh jamin (non-bailable offence) sedangkan peruntukanmengenai jaminan untuk suspek yang ditahan ada diperuntukkan dalamAkta.65 Rentetan dari kekaburan ini, adalah ditakuti ianya akanmengakibatkan ketidakseragaman dalam penguatkuasaan. Dengan ini,adalah disarankan agar suatu definisi ataupun Jadual khusus yangmendifinisikan atau menyenaraikan secara jelas apakah dia kesalahanjenayah syariah yang bolehjamin dan kesalahan jenayah syariah yang tidakboleh jamin dimasukkan ke dalam Akta;

(c) tiada satu Jadual khusus atau peruntukan undang-undang dalam Akta yangmendefinisikan kesalahan-kesalahan jenayah syariah yang memerlukanwaran geledah dan kesalahan-kesalahan jenayah syariah tidak memerlukankepada waran geledah. Ini ditakuti akan membawa kepada ketidakseragaman penguatkuasaan sedangkan peruntukan undang-undangmengenai waran geledah ada diperuntukkan di bawah seksyen-seksyen44-53 Akta.66 Setakat ini, penguatkuasaan mengenai waran geledahhanyalah berpandukan kepada samada kesalahan jenayah syariah itu lazimtangkap ataupun tidak lazim tangkap. Secara amalannya, para peguatkuasaagama biasanyamenganggapbahawajika sesuatu kesalahan jenayah syariahitu adalah dikategorikan sebagai kesalahan lazim tangkap, maka waran

63

64

Lihat Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, seksyen 22(5).Lihat Kanun Prosedur Jenayah, seksyen 117.

Lihat Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, seksyen 185 -191.

Lihat ibid., seksyen 44 -53.

Page 16: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

16 Jurnal Undang-Undangdan Masyarakat

geledah akan diperlukan dalam kes tersebut dan begitu juga sebaliknya.Untuk menyelesaikan kekaburan ini, dengan ini dicadangkan agar suatudefinisi ataupun Jadual khusus dimasukkan ke dalam Akta bagimendefinisikan atau menyenaraikan secara jelas apakah dia kesalahanjenayah syariah yang memerlukan kepada waran geledah dan apakah diakesalahan jenayah syariah yang tidak memerlukannya;

(d) terdapat segelintir para pengamal undang-undang syariah serta para ahliakademik dalam bidang syariah yang terkeliru dengan maksud seksyen55(1) Akta yang agak kabur maksud serta pemakaiannya.67 Ada yangmenafsirkan bahawa seksyen berkenaan menuntut pegawai penguatkuasaagama, setelah menerima serta merekodkan aduan pengadu mengenaikesalahan tidak lazim tangkap, perlu membawa pengadu tersebut berjumpadengan hakim mahkamah rendah syariah yang akan mempertimbangkansamada beliau berpuashati atau sebaliknya dengan maklumat pengadutersebut.68 Iniseolah-olah merupakan satu lagi syarat tambahan yang perludipenuhi oleh pegawai penguatkuasa agama dalam kes-kes tidak lazimtangkap selain dari syarat asal di bawah seksyen 55(2) Akta69 yangmensyaratkan permohonan dibuat kepada ketua pendakwa syarie negeriuntuk satu perintah untuk memulakan siasatan sebelum sesuatu siasatankes tidak lazim tangkap dapat dimulakan. Tafsiran ini jelas berlainan sertabercanggahan dengan satu tafsiran lain yang dipegang oleh sebahagianparapengamal undang-undang syariahlain.Menurut penafsiran yangkeduapula, seksyen 55(1) sebenarnya hanya terpakai dalam situasi di manapegawai penguatkuasa agama, setelah mengamati aduan yang telahditerimanya, kemudiannya mengambil pendirian untuk tidak meneruskansebarang siasatan samada atas alasan tindakan mal syariah adalahmerupakan lebih bersesuaian, ataupun atas alasan ketiadaanbidangkuasauntuk mengambil tindakan. Maka bersandarkan kepada mana-mana satudari alasan-alasan tersebut, maka pegawai penguatkuasa agama tersebut,menurut seksyen 55(1), boleh membantu membawa pengadu berjumpadengan hakim mahkamah rendah syariah, ataupunmengarahkan pengaduuntuk pergi sendiri berjumpa dengan hakim mahkamah rendah syariahtersebut secara individu agar suatu penyelesaian lain dapat dicapai. Duatafsiran yang jelas berbeza di atas sebenarnyamembawakepadapelbagaikekeliruan serta kekalutan penguatkuasaan seksyen 55(1) itu sendiri.Masalahkekaburanpemakaian seksyen 55(1)ini menjadibertambahseriusdengan ketiadaan penghakiman kes-kes jenayah syariah yang dapatmenjelaskan maksud sebenar seksyen berkenaan. Dengan ini adalah

67

68

69

Ibid., seksyen 55(1).Ibid., seksyen 76& 77.Ibid., seksyen 55(2).

Page 17: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

Siasatan Kes Jenayah Syariah 17

dicadangkan agar seksyen 55(1) ini dipinda dari segi perkataannya agarmaksud sebenar pemakaian seksyen berkenaan dapat diperjelaskan demimengelakkan sebarang kekalutan pengaplikasiannya;

(e) selain daripada beberapa kelemahan peruntukan undang-undang di atas,Akta ini juga menghadapi cabaran dari segi ketidaksesuaian peruntukanundang-undang Akta ini dengan beberapa peruntukan undang-undang dibawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan)1997. Sebagai contohnya, dari segi amalan memohon waran tangkap darihakim, adalah dirasakan bahawa contoh waran tangkap seperti dalamBorang 3Akta70 tidak praktikal untuk digunakan dalam kes-kes tidak lazimtangkap seperti kesalahan lelaki berlagak seperti wanita (seksyen 28 AktaKesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997) dankesalahan berkelakuan tidak sopan di tempat awam (seksyen 29 AktaKesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997). Inikerana kedua-dua kesalahan di atas memerlukan pegawai penguatkuasaagama membuat tangkapan secara serta merta disebabkan kes-kessedemikian biasanya melibatkan bukti serta keterangan yang bersifat tidakkekal ataupun cepat musnah. Dengan itu,contoh waran tangkap sepertidalam Borang 3 yang menuntut butir-butir seperti nama serta alamat suspekdidapati tidak sesuai sama sekali kerana adalah tidak praktikal bagi pegawaipenguatkuasa agama untuk menyiasat serta mengetahui butir-butir peribadisuspek sebelum memohon waran tangkap dari hakim dan pergi membuattangkapan. Dengan ini, adalah dicadangkan agar seksyen-seksyen 28 dan29 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997dipinda dengan meningkatkan lagi hukuman-hukumannya agar kedua-duakesalahan jenayah syariah tersebut menjadi kesalahan lazim tangkap dimana pegawai penguatkuasa agama dapat melakukan tangkapan tanpawaran;

(f) satu lagi bentuk kelemahan pengaplikasian serta amalan siasatan di bawahAkta ialah amalan-amalan dari segi cara-cara menangkap, menyoalsiasatserta menahan seseorang suspek yang disyaki melakukan kesalahan jenayahsyariah yang kadangkala didakwa kurang berhemah ataupun beretika.Manakala bentuk kelemahan pengaplikasian serta amalan prosedur yangterakhir ialah dari cara pengendalian barang-barang kes yang kadangkaladidapati kurang menitikberatkan rantaian keterangan ataupun chain ofevidence. Walaupun tiada bukti yang jelas yang membuktikan kewujudankedua-dua kelemahan pengaplikasian dan amalan di atas, kedua-duakelemahan dari segi amalan serta pengaplikasian prosedur yang dinyatakandi atas itu, jika ada, boleh diselesaikan dengan baik sekiranya parapenguatkuasa agama diberikan bimbingan secara intensif, sempurna,

Lihat contoh waran tangkap dalam Borang 3 dalam ibid.

Page 18: Siasatan Kes Jenayah Syariah di bawah Akta Prosedur ...

18 Jurnal Undang-Undangdan Masyarakat

berkesan serta berterusan oleh para pegawai yang berpengalaman. PolisDi Raja Malaysia adalah agensi penguatkuasa yang paling sesuai sekaliuntuk mengendalikan kursus-kursus penguatkuasaan dan pendakwaan bagipara pegawai penguatkuasa agama memandangkan kepada pengetahuanserta pengalaman yang mantap serta mendalam yang dimilikipara pegawaimereka dalam bidang penguatkuasaan dan pendakwaan jenayah di bawahKanun Kesiksaan, akta-akta jenayah yang lain serta Kanun ProsedurJenayah. Kursus-kursus ini seterusnya mesti menekankan aspek-aspekpraktikaldanamalanprosedurpenyiasatan danpendakwaan kes-kes jenayahsyariah serta mesti dikendalikan secara berterusan.

RUMUSAN

Sebagai rumusan,penulisan ini menghujahkanbahawaAktaProsedurJenayahSyariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997,yang turutmengandungi kuasa-kuasa siasatan yang telah diberikan kepada para pegawai penguatkuasa agama,adalah sebenarnya merupakan suatu cabang undang-undang Islam yang baruserta wajar diiktiraf di bawah prinsip-prinsip Istihsan, Masalih al Mursalahserta Siasah al Syar'iyyah. Malah, segala prosedur mengenai siasatan sertapendakwaandalamAkta berkenaanadalah selaridenganprinsip-prinsip umumsiasatan menurut syarak. Sungguhpun begitu, masih terdapat sedikitkelemahandari segi peruntukan-peruntukan undang-undang serta pengaplikasianprosessiasatan di bawah akta ini. Adalah diharapkan agar segala kelemahan danpermasalahan darisudutperuntukan undang-undang sertapengaplikasian proses-proses siasatan bawah Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-WilayahPersekutuan) 1997 dapat diatasi dari semasa ke semasa untuk mengembalikanmaruah undang-undang syarak di negara ini.

Ahmad Azam Mohd Shariff

Fakulti Undang-UndangUniversiti Kebangsaan Malaysia43600 UKM BangiSelangor Darul EhsanMalaysia

ASP Mazupi Abdul RahmanPegawai Tunis Pendakwaan dan Undang-UndangIbupejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan70000 Seremban

Negeri Sembilan Darul KhususMalaysia


Recommended