+ All Categories
Home > Documents > TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Date post: 16-Feb-2015
Category:
Upload: emoop5675
View: 129 times
Download: 8 times
Share this document with a friend
31
TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS PISMP Pend Khas Masalah Pembelajaran Amb Jan 2010 IPG Ilmu Khas [Semester 5 2012 - Terapi Dalam Pend Khas PKU 3109] Saturday, 7 April 2012 TERAPI MULTISENSORI (G5.4) 1.0 DEFINISI TERAPI MULTISENSORI “Multi-sensory therapy is an activity which usually takes place in a dedicated room where patients experience a range of unpatterned visual, auditory, olfactory and tactile stimuli (Baker et al, 1997)”
Transcript
Page 1: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS PISMP Pend Khas Masalah Pembelajaran Amb Jan 2010 IPG Ilmu Khas [Semester 5 2012 - Terapi Dalam Pend Khas PKU 3109]

Saturday, 7 April 2012

TERAPI MULTISENSORI (G5.4)

1.0 DEFINISI TERAPI MULTISENSOR

I

“Multi-sensory therapy is an activity which usually takes place in a dedicated room where patients experience a range of unpatterned visual, auditory, olfactory and tactile stimuli (Baker et al, 1997)”

Page 2: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat dalam Pendidikan Khas bagi membantu kanak-kanak yang bermasalah seperti masalah autisme, epilepsi, masalah pembelajaran, sindrom Down, hiperaktif dan 'global delay'. Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatrik, maternity, psikiatri, strok dan traumatic brain injury, penyakit kronik, dan penjagaan dementia.

Kaedah terapi ini menggunakan antara kaedah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak bekeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan, pendengaran, sentuhan, bau dan rasa serta rangsangan sendi.

2.0 SEJARAH TERAPI MULTISENSORI

Berasal  dari Netherland pada 1960-an.  Mula diterangkan di UK oleh Hulsegge & Verheul (1987).

Merupakan satu penemuan baru yang berkait rapat dengan terapi stimulasi deria.

Terapi ini juga mula  dikenali sebagai snoezelen . Snoezelen merupakan perkataan Belanda yang bermaksud meneroka dan berehat.

Sukar untuk mencari aktiviti rekreasi yang menyeronokkan dan sesuai dengan peringkat umur untuk murid bermasalah pembelajaran. 

Pada masa yang sama, pesakit yang menghadapi kecacatan yang teruk dan pelbagai sering berhadapan dengan psikologikal dan ransangan 

sensori yang terhad terutama dalam membuat pilihan dan kawalan yang terhad dalam kehidupan. 

Page 3: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Dikembangkan sebagai aktiviti senggang untuk murid bermasalah pembelajaran dengan persekitaran yang memberansangkan dan 

menyenangkan. 

 Pesakit boleh memilih, mengawal  dan meneroka ransangan yang terdapat di persekitaran mereka.

Terapi ini telah berkembang ke seluruh dunia dalam pelbagai bidang terutama bidang perubatan dan kebanyakan unit terapi multisensory telah 

mempunyai pelbagai peralatan yang diperlukan. 

3.0 TUJUAN TERAPI MULTISE

NSORI

“Its aim is to be a relaxing activity, designed ‘to create a feeling of safety, novelty and stimulation which is under the user’s control’ (Ashby et al, 1995) and in which there are no expectations for performance" (Baillon, S. , Diepen, E. V. & Prettyman, R. (2002)

Page 4: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Terapi multisensory ini telah direka untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi:

•Pergerakan motor kasar•Pergerakan motor halus•Masalah pembelajaran

•Kebolehan kendiri•Kebolehan bermain

•Kognitif dan konsep asas•Psikososal

•Kemahiran hidup dan vokasional

Pergerakan motor kasar

murid boleh berjalan sambil menyeimbangkan badan 

Untuk mempertingkatkan kebolehan anggota badan yang:

lemah  tidak boleh melompat, berlari,

merangkak, mengesot dan duduk secara betul.

Pergerakanan motor halus

contoh aktiviti motor halus

Untuk mengatasi masalah tidak boleh:

menggunakan alat permainan menggunakan tangan dalam

sebarang aktiviti

memegang pensel untuk melukis dan  mewarna

bermain dengan permainan yang terlalu banyak.

Masalah pembelajaran Cara untuk memperbaiki:

lemah tumpuan

Page 5: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

murid hiperaktif

gelisah

lambat dan lembab

tidak teratur dan tidak kemas

tumpuan amat sedikit

hiperaktif

 tidak boleh mengikut arahan

Kebolehan kendiri

belajar memberus gigi

Cara untuk mengatasi kurang berdikari dari segi:

menyuap makanan  memakai baju

 pergi ke tandas

 menjaga kebersihan diri

Kebolehan bermain

murid boleh bermain dan mengenal alatan 

Cara berhadapan dengan masalah: tidak pandai memanipulasi alat

permainan tidak faham cara bermain 

mengenal alat permainan 

kebolehan bermain terhad

Kognitif dan konsep asas

murid boleh mengenal bentuk, warna dan nombor

Membantu kanak-kanak mengenal konsep asas:

  warna bentuk

 benda

 tempat

Page 6: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

rasa

nombor

huruf

 keadaan (dll)

Membantu kanak-kanak menghadapi masalah:

pemikiran yang lemah tidak menerima, memahami dan

mengikut arahan

Psikososial

murid boleh berkomunikasi dengan rakan lain 

Mengatasi masalah sosial dan berinteraksi sesama sendiri seperti di dalam rumah, di sekolah dan komuniti.

Kemahiran hidup dan vokasional

murid belajar berkebun

Membantu kanak-kanak menambah keyakinan, keberanian dan kemahiran hidup berdikari serta kebolehan seperti berkebun, membeli barangan harian dan menaiki kenderaan awam.

Page 7: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

4.0 FAEDAH TERAPI MULTISENSORI

MASALAH PEMBELAJARAN

murid dapat belajar menggunakan pelbagai ransangan seperti muzik (audio) dan warna

-         Meningkatkan tumpuan terhadap tugasan

-         Meningkatkan kesedaran kendiri

-         Memperbaiki interaksi sosial dan komunikasi

-         Meningkatkan manipulasi dan eksplorasi terhadap bahan ransangan

-         Meningkatkan daya mengadaptasi dalam pelbagai persekitaran

-         Meningkatkan morality

-         Mengurangkan kelakuan yang stereotype

-         Membina tingkah laku positif

-         Membina keseronokan 

Page 8: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

MASALAH TINGKAH LAKU

meningkatkan tumpuan dan fokus 

-         Meningkatkan kegembiraan dan keterujaan-         Mengurangkan ketakutan dan kesedihan-         Meningkatkan tumpuan-         Meningkatkan komunikasi-         Mengurangkan tingkah laku yang bermasalah-         Membaiki moral 

KESAKITAN

mengurangkan tekanan dan kesakitan 

-          Mengurangkan tahap kesakitan-         Mengurangkan tekanan dan depresi

-         Membantu pesakit sembuh-         Mengurangkan ketidakfungsian anggota badan 

Page 9: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

5.0 PERALATAN TERAPI MULTISENSORI

contoh keadaan dan peralatan dalam bilik terapi multisensori

keadaan persekitaran dan alatan dalam bilik terapi multisensori

PERALATAN RASIONAL     Bilik yang dicat dengan warna putih atau warna pastel

     Tiada tingkap     Tempat duduk beanbag atau kerusi khas     Lantai yang lembut atau mempunyai cahaya dan  pad yang sensitif pada tekanan

     Cermin  dan spotlight berwarna

Mengurangkan   kesan   cahaja   yang dipantulkanMengurangkan cahaya luarMemberikan keselesaaanMemberikan   keselesaan   dan   ransangan pada kaki

Memancarkan bentuk-bentuk berwarna yang 

Page 10: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

-         Projektor

-         Fiber-optic  spray atau langsir

-         Peralatan dan pemain muzik

-          Penyembur aromaterapi-         Objek yang boleh dipegang atau disentuh-         Tiub buih (buih yang bergerak dalam tiub air 

yang diterangi dan telus cahaya-         Sample makanan

-         Kawasan soft-play, ball pools atau spa pools

bergerak dalam bilik

Memancarkan objek abstrak yang  bergerak atau imej pada dinding

Warna yang boleh bertukar dan dipegang oleh pesakitMemainkan muzik yang menyenangkan serta digemariMemberi ransangan bauMemberikan ransangan deria sentuhan dan penglihatanMemberikan rasa bergetar apabila disentuh dan ransangan penglihatan

Memberi ransangan rasa dan bau

Memberikan pengalaman bermain dengan selesa dan selamat

VIDEO BERKAITAN DENGAN BILIK DAN PERALATAN TERAPI MULTISENSORI

6.0 Pelaksanaan Terapi Multisensori Melalui

Page 11: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Pelbagai Jenis Persekitaran

1. Persekitaran ‘Soft Play’

         Sesuai untuk semua kebolehan dan pelbagai persekitaran.       Menggalakkan ekspresi dan interaksi melalui senaman fizikal

yang   

        menyeronokkan.

      Bermain dan belajar dalam persekitaran yang selamat. 

      Ia ditempatkan di dalam ruang yang tertutup, dinding dan lantai yang

        lembut dan susun atur yang terdiri daripada pelbagai-tahap.

Page 12: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

2. Bilik Gelap

    Mempunyai siling  dinding, dan latar belakang hitam yang membolehkan imej dapat dibentangkan dengan jelas dan gangguan penglihatan yang minimum.

    Persekitaran bilik seperti ini ideal untuk rangsangan visual dan boleh digabungkan dengan penggunaan lampu ultraviolet dan semburan serat optik. 

    Digunakan untuk kanak-kanak yang pasif dan lemah dan memerlukan rangsangan deria. 

3. Bilik Putih/Terang

Page 13: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

  Ini adalah jenis asal bilik deria yang terdiri daripada dinding, siling dan lantai putih untuk menyediakan skrin 3D bagi membentangkan kesan visual secara berasingan atau dengan kombinasi kesan visual dan bukan visual yang lain, seperti titik pin, bola cermin, tiub gelembung dan gentian optik untuk mewujudkan kawasan santai yang menenangkan.

VIDEO CONTOH BILIK TERAPI MULTISENSORI

Page 14: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian sebelum dan semasa melaksanakan sesi terapi

multisensori.

•Masalah yang dihadapi oleh pesakit.•Peralatan yang digunakan.

•Faktor keselamatan.•Kepakaran staf dalam mengendalikan peralatan dan sesi terapi.

1.  Masalah yang dihadapi oleh pesakit.

 Masalah pesakit perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum

melaksanakan sesi terapi. Ia bertujuan untuk membolehkan ahli

terapi untuk memilih jenis terapi multisensori yang bersesuaian

dengan masalah yang dihadapi pesakit seterusnya terapi yang

dijalankan akan memberikan kesan yang maksimum. Tidak

semua penyakit dapat disembuhkan dengan terapi multisensori.

Berikut merupakan jenis-jenis masalah yang boleh mendapatkan

perkhidmatan terapi multisensori.

Page 15: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

 a.  Individu dewasa yang bermasalah pembelajaran

b.  Pesakit dementia (Alzheimer’s disease dan vascular dementia)c.  Kanak-kanak berkeperluan khas

d.  Pediatrike.  Ibu bersalin

f.  Pengurusan penyakit kronikg.  Psikiatrik dewasa

h.  Strok dan trauma kecederaan otak

2. Peralatan yang digunakan.  Dalam merancang dan melengkapkan persekitaran multisensori,

pertimbangan yang teliti harus diambil kira agar mampu memenuhi keperluan kumpulan sasaran. Peralatan yang digunakan adalah agak berbeza berdasarkan jenis persekitaran namun terdapat juga peralatan yang sama digunakan bagi persekitaran yang berbeza.

3.  Keselamatan   Faktor keselamatan yang perlu diambil kira ialah dari segi

pengurusan dan kawalan pesakit, peralatan, dan kawasan

persekitaran.

a. Pengurusan dan kawalan pesakit.•Pesakit perlu sentiasa dipantau agar tidak berlaku sebarang

kemalangan yang tidak diingini.•Arahan yang diberikan kepada pesakit haruslah yang mudah

difahami.

b. Keselamatan peralatan.•Peralatan yang disediakan perlu bersesuaian dengan kumpulan

pesakit.•Mempunyai ciri-ciri keselamatan dan ketahanan yang tinggi.

•Berfungsi dengan baik.•Peralatan tidak tajam.

•Lembut dan tidak mendatangkan bahaya.

Page 16: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

c. Keselamatan kawasan•Permukaan tapak yang tidak licin.

•Perbezaan aras tapak dapat dilihat dengan jelas bagi mengelak pesakit tersadung.

•Peralatan teratur dan kemas bagi mengelak kemalangan.

4.  Kepakaran staf mengendalikan peralatan dan sesi terapi.   Staf yang melaksanakan sesi terapi haruslah seseorang yang

betul-betul mengenali pesakit dengan baik iaitu dari segi latar

belakang, kesihatan, masalah yang dihadapi dan cara pesakit

meluahkan ketidakselesaan dan keutamaan mereka. Hal ini

penting agar staf tersebut dapat mengurus keperluan pesakit

dengan baik dan tidak akan menghadapi sebarang masalah berat

semasa menjalankan sesi terapi.

7.0 APLIKASI   TERAPI   MULT ISENSORI   UNTUK   MAS

ALAH   DISLEKSIA     Teknik multisensory untuk kanak-kanak disleksia diperkenalkan oleh Dr Samuel Torrey Orton pada pertengahan tahun 1920-an. Beliau kemudian

Page 17: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

bekerjasama dengan Anna Gillingham dan menghasilkan Kaedah Orton-Gillingham. Kaedah ini kemudian dikenali sebagai kaedah multisensory untuk rawatan disleksia.

    Menurut McIntrye dan Pickering, terdapat 6 aspek dalam pembelajaran menggunakan kaedah multisensory iaitu kesedaran fonologi, gabungan bunyi dan simbol, pembinaan suku kata, morfologi, sintaksis dan semantik.

    Kaedah multisensory semasa mengajar kanak-kanak disleksia bukan sahaja menggunakan pelbagai deria malahan menjadikan pembelajaran bertambah seronok dan bermain selain mengurangkan tekanan.

Philomena Ott (1997) mengatakan kaedah multisensory dalam mengajar bacaan ialah seperti berikut:

kaedah multisensori boleh digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan

       Murid melihat perkataan menggunakan mata.   Murid menyebut perkataan tersebut dengan kuat

menggunakan mulut.

   Murid menulis perkataan tersebut menggunakan tangan dan pada masa yang sama menyebut huruf dalam perkataan tersebut.

Page 18: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

       Kemudian murid membaca perkataan yang ditulis.

murid menulis perkataan yang dilihat 

murid membaca perkataan yang ditulis 

Aktiviti ini perlu diulang seningga menjadi tabiat.

Coterall (1970) meringkaskan kaedah multisensory Fernald seperti berikut:

   Perkataan ditulis di atas kertas A4 oleh guru menggunakan tulisan berangkai.

      Guru menyebut perkataan tersebut dengan jelas dan perlahan. Murid mengulang sebutan guru.

       Murid meneliti perkataan yang ditulis oleh guru.

 Murid menyalin semula perkataan tersebut di atas kertas menggunakan tangan sambil menyebut perkataan tersebut dengan kuat.

Page 19: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

       Murid melipat kertas tersebut.

       Murid menulis perkataan tersebut semula daripada memori.

       Murid membuka semula lipatan kertas semula dan menyemak semula perkataan yang ditulis.

       Murid menggunakan perkataan tersebut dalam ayat.

    Kajian National Institutes of Child Health and Human Development di Amerika mengatakan kaedah pembelajaran multisensory ialah kaedah yang paling efektif untuk mengajar kanak-kanak yang bermasalah dalam bacaan. Kajian tersebut menunjukkan kaedah multisensory lebih berkesan daripada kaedah fonetik.

    Kaedah ini menjadi lebih efektif jika input sensori seperti penggunaan cahaya yang terang atau huruf menggunakan kertas pasir digunakan.

    Margaret Combley (2001) menyatakan pembelajaran untuk membaca dan mengeja bergantung kepada keupayaan kanak-kanak untuk mendengar, melihat, menyebut dan menulis. Kegagalan kanak-kanak dalam keupayaan ini menyebabkan kanak-kanak tidak dapat menguasai kemahiran ini. 

8.0 CONTOH   AKTIVITI   TERAPI   MULTIS

ENSORI

•Mendengar muzik instrumental sambil membuat pergerakan

Page 20: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

mendengar muzik •memerhatikan pola lampu yang berkelip-kelip

memerhatikan pola lampu 

•memerhatikan buih warna yang bergerak dalam tiub buih

memerhatikan buih dalam tiub buih

Page 21: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

•bermain buaian

bermain buaian 

•berbaring, bermain dan memeluk bantal•membuat pelbagai suara dengan menggunakan alatan yang

khusus•bermain dengan bola

bermain dengan bola •merasa dan menghidu pelbagai jenis sampel makanan 

merasa sampel makana•memerhatikan imej yang terpancang pada dinding

Page 22: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

corak abstrak pada dinding menggunakan projektor

9.0 MASALAH TERAPI MULTISESNSORI

pesakit tertekan dengan aktiviti terapi yang  dijalankan

Efek yang tidak biasa dilihat akan menyebabkan pesakit berasa keliru atau mengakibatkan tekanan

Page 23: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

penerima individu berbeza-beza

Respon individu berbeza berdasarkan penerimaan dan latar belakang individu

manfaat yang diperoleh berbeza

Bukan semua individu mendapat manfaat daripada terapi multisensori bergantung kepada tindak balas individu

kos yang tinggi untuk membeli peralatan dalam bilik terapi multisensori

kos yang tinggi untuk menyediakan bilik terapi multisensori

Page 24: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

memerlukan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan peralatan dan bilik terapi multisensori (snoezelen room)

10.0 PUSAT TERAPI MULTI-SENSORI DI MALAYSIA

PDK San Peng, KL

PDK SAN PENG

NO 22-B KOMPLEKS SERI SELALNGOR TKT 2 JLN SAN PENG 

55200 KUALA LUMPUR

TEL:03-992210630

Page 25: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

PJPHR, Shah Alam

PUSAT JAGAAN DAN PEMULIHAN HARIAN RAMAH (PJPHR)

SEKSYEN 10, SHAH ALAM, SELANGOR. 

RUJUKAN:

Sarah Bailon, Erik van Diepen & Richard Prettyman (2002). Advances In Psychiatric Treatment: Multisensori Therapy In Psychiatric Care.

http://apt.rcpsych.org. Diakses pada 10 Februari 2012. SWC Chan & WT Chien (2007). An Evaluation Of The Effectiveness Of A Multisensory Therapy On Individual With Learning Disability. Hong Kong Medical Journal, 13

(1). Diambil pada 10 Februari 2012, dari http://www.hkmj.org/supplements/article_pdfs/hkm0702sp1p28.pdfCarolinecollard. Using A Multisensory Approach In Treatment Of Dyslexic Children. http://carolinecollard.hubpages.com/hub/Using-a-Multisensory-Approach-in-the-Treatment-of-Dyslexic-ChildrenFlaghouse. (2012). Snoezelen: The philosophy & history of snoezelen. Retrieved February 22, 2012 from http://www.flaghouse.com/philosophy_AL.asp#Title

Meran Abu Bakar (2008, April 17). Memulihkan Anak Istimewa. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_01.htm. 

Siti Zarinah Sahib. Ransang Perkembangan Minda. http://www.hmetro.com.my/articles/Rangsangperkembanganminda/Article

DISEDIAKAN OLEH:

Page 26: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

JACQELYN ANAK MIHOI, EASTERIANIE MAIHON, CONNIELIN ANAK GODA, NUR ALYANI BINTI MOHMAD HAMIM, MOHAMAD AZIZI BIN MOHD SHAFIE & MOHAMAD BIN IBRAHIM (G5.4)Posted by pendidikan khas at 11:35 Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home Subscribe to: Post Comments (Atom)

Blog Archive

▼   2012 (21) o ►   October (1)

o ▼   April (20)

Terapi Cara Kerja [G 5.3]

Terapi Muzik [G 5.3]

Terapi Seni [G5.3]

TERAPI MULTISENSORI (G5.4)

TERAPI MULTISENSORI (G5.4)

TERAPI PASIR

Terapi Pertuturan(G 5.4)

Terapi Pertuturan(G 5.4)

Pelaksanaan Terapi Multisensori Melalui Pelbagai J...

TERAPI HERBA (G5.7)

Terapi Aroma

Terapi Main

Terapi FloorTime

TERAPI FISIO (G5.7)

TERAPI HIDRO

Page 27: TERAPI UNTUK MURID PENDIDIKAN KHAS.doc

Apa itu terapi pertuturan?? Kamarudin Hj Husin (19...

TERAPI HAIWAN (G 5.6)

TERAPI HAIWAN HIDRO DAN PERGERAKAN KREATIF

TERAPI OZON (G5.7)

Terapi Herba

SEM 5 AMBILAN JAN 2010 MASALAH PEMBELAJARAN

SENSE OF SIXTH

NOTA TERAPI DALAM PENDIDIKAN KHAS - *Terapi Dalam Pendidikan Khas PKB 3109* *Definisi terapi* • Rawatan pemulihan ke atas pesakit yang pernah menghidapi sebarang penyakit atau mengalami sesu...

11 months ago

MASA DUNIAKU

Cheeky Quotes

PENGIKUT

hak cipta terpelihara. Hasil kerja ini diwartakan sebagai hasil kerjasama sem 5 ambilan 2010/ipgkik. Awesome Inc. template. Powered by Blogger.


Recommended