+ All Categories
Home > Documents > Ulasan Artikel Penyelidikan3

Ulasan Artikel Penyelidikan3

Date post: 15-Dec-2015
Category:
Upload: sylviana-john
View: 313 times
Download: 25 times
Share this document with a friend
Description:
master
37
MASTER OF EDUCATION SEPTEMBER / 2014 HMEF 5093 HMEF5093 QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY (ASSIGNMENT 1) NAMA : SYLVIANA MOGUUP @ JOHN NO. MATRIKULASI : CGS00933006 NO. KAD PENGNEALAN : 810530-12-5168 NO. TELEFON : 019-8836368 E-MEL : [email protected] TUTOR : EN. MOHD AZIZUAN B. ABDULLAH
Transcript
Page 1: Ulasan Artikel Penyelidikan3

MASTER OF EDUCATION

SEPTEMBER / 2014

HMEF 5093 HMEF5093 QUANTITATIVE RESEARCH

METHODOLOGY (ASSIGNMENT 1)

NAMA : SYLVIANA MOGUUP @ JOHN

NO. MATRIKULASI : CGS00933006

NO. KAD PENGNEALAN : 810530-12-5168

NO. TELEFON : 019-8836368

E-MEL : [email protected]

TUTOR : EN. MOHD AZIZUAN B.

ABDULLAH

PUSAT PEMBELAJARAN : KOTA MARUDU LEARNING

CENTRE

Page 2: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

SEPTEMBER SEMESTER 2014HMEF5093 QUANTITATIVE RESEARCH METHODOLOGY

ASSIGNMENT 1

SENARAI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

PENGENALAN 1

Latar Belakang Kajian 1 – 4

Persoalan Kajian 5 – 8

Tinjauan Literatur 8 – 10

Rekabentuk Kajian 10 – 12

Populasi dan Sampel 12 – 16

Instrumen 16 – 18

Analisis Data dan Keputusan 18 – 21

Penemuan dan Perbincangan 21 – 22

Kesimpulan Penyelidikan 23 – 24

Kesimpulan ( Ulasan ) 24

Rujukan

Lampiran

ULASAN ARTIKEL PENYELIDIKAN

Tajuk:

Effects of Touch Technology-based Concept Maping on Student Attitudes and Perceptions

1

Page 3: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Penulis:

Gwo-Jen Hwang, Chih-Hsiang Wu and Fan-Ray Kuo1Graduate Institute of Digital Learning and Education, National Taiwan University of Science and Technology,

Taiwan // 2Department of Information and Learning Technology, National University of Tainan, Taiwan // 3Department of Information Management, National Sun Yat-sen University, Kaohsiung, Taiwan //

[email protected] // [email protected] // [email protected]

Oleh:

Sylviana Binti Moguup @ JohnOpen University Malaysia

September 2014

PENGENALAN

Teknologi komunikasi dan maklumat adalah medium sumber maklumat yang mudah dan

cepat untuk memperolehi ilmu pengetahuan.Kesedaran kepada kepentingan teknologi

maklumat ini telah mendorong kerajaan untuk menerapkan bidang tersebut sehingga ke

peringkat sekolah rendah, khususnya di luar bandar. Ini adalah kerana selain daripada

kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira), satu lagi kemahiran asas yang diperlukan

oleh pelajar untuk bersaing di alaf baru ini ialah celik komputer. Komputer dalam pendidikan

membolehkan pelajar sekolah menguasai pengetahuan dan kemahiran asas supaya mereka

boleh menggunakan kemudahan ini untuk pembelajaran dan persediaan menghadapi cabaran

masyarakat yang berasaskan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Latar belakang Kajian

Latar belakang Kajian yang dilaksanakan boleh dilihat sepintas lalu di dalam dua bahagian

penting dalam sesebuah artikel penyelidikan iaitu pada bahagian Abstrak dan Pengenalan.

Menurut Jocelyn Graf (2008), Abstrak adalah bahagian yang paling penting dari sebuah

artikel jurnal. Lazimnya, bahagian ini dibaca oleh pembaca untuk mengetahui mengenai

intipati artikel ataupun jurnal penyelidikan tersebut kerana ia menggambarkan keseluruhan isi

kandungannya. Abstrak yang disusun dan diolah dengan baik akan menarik pembaca untuk

meneruskan pembacaan jurnal ataupun artikel berkenaan. Oleh yang demikian, penulisan

abstrak perlu dititikberatkan dan menjadi salah satu bahagian yang yang paling sukar untuk

ditulis. Banyak perkara yang harus ditulis dalam bilangan jumlah perkataan yang terhad.

Lazimnya bilangan perkataan untuk penulisan abstrak adalah antara 100-250 patah perkataan.

2

Page 4: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Menurut Joceyln Graf (2008) juga, terdapat dua jenis penulisan abstrak iaitu Abstrak

Berstruktur (Structured Abstract) dan Abstrak Tidak Berstruktur ( Unstructured Abstract ).

Penulisan abstrak mungkin berbeza mengikut bidang kajian masing-masing.

Antara isi kandungan yang perlu dimuatkan dalam penulisan abstrak seperti yang

dikemukakan oleh Writing Center The University Of Adelaide (2014) antaranya latar

belakang ,tujuan kajian, fokus kajian, reka betuk penyelidikan, ringkasan penemuan kajian,

kesimpulan. Penulisan abstrak mestilah menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh

semua pembaca termasuk golongan pembaca yang spesifik dan seharusnya tidak mempunyai

bahan-bahan rujukan. Abstrak terbahagi kepada dua jenis iaitu descriptice abstracts dan

informative abstracts.

Sumber: Writing Center The University Of Adelaide, 2014

Untuk penulisan bahagian pengenalan, menurut C. David Sherrill (2012), pengenalan

hendaklah memaparkan sesuatu yang menarik mengenai kajian yang dijalankan.

Permasalahan kajian perlu diketengahkan dan tinjauan lepas mengenai topik penyelidikan

yang dilaksanakan . Di akhir bahagian pengenalan hendaklah memberikan gambaran ringkas

mengenai penemuan penyelidikan yang dijalankan dan harus tidak melebihi satu perenggan.

Maklumat mengenai latar belakang kajian dinyatakan dengan terperinci pada

bahagian Abstrak artikel ini. Pengkaji menyentuh mengenai latar belakang penggunaan Peta

Konsep dalam dunia pendidikan. Objektif penyelidikan juga turut dinyatakan iaitu untuk

melihat KESAN penggunaan teknologi sentuh terhadap sikap pembelajaran dan darjah

3

Page 5: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

penerimaan pelajar terhadap aplikasi pembinaan Peta Konsep dalam mata pelajaran sains

alam sekitar.

Pengkaji juga menerangkan secara ringkas mengenai kajian dan strategi dalam

mendapatkan data kajian dan juga sampel kajian. Secara keseluruhannya pengkaji telah

memenuhi kriteria dalam penulisan abstrak yang baik. Pengkaji telah menggunakan Model

Imformative Abstract dalam penulisan abstrak ini. Walau bagaimanapun, untuk penulisan

bahagian pengenalan, satu kelemahan yang dikenalpasti adalah dari aspek pembinaan

perenggan. Sepatutnya pembinaan perenggan untuk pendahuluan adalah hanya satu

perenggan sahaja (C. David Sherrill, 2012 ).

Pengkaji menggunakan tiga perenggan untuk bahagian pengenalan. Dalam perenggan

yang pertama pengkaji sekali menghuraikan sekali lagi menerangkan mengenai fokus

penyelidikan tersebut. Beliau mengemukakan mengenai apa itu peta konsep dan fungsinya

yang disokong dengan beberapa pendapat daripada beberapa penulis antarnya adalah Novak

& Gowin, Ruiz-Primo dan Shavelson & Schultz .

Pada perenggan yang kedua pula, pengkaji memperkenalkan salah satu daripada alat

teknologi sentuhan yang menggunakan komputer untuk membangunkan satu peta konsep

iaitu Interactive Whiteboards (IWBs) dan kelebihan penggunaanya dalam sesi PdP.

Pengkaji menerangkan proses bagaimana kajian tersebut dijalankan iaitu terdapat tiga

kumpulan pelajar, dua kumpulan eksperimen dan satu kumpulan kawalan. Satu kumpulan

eksperimen akan diuji dengan menggunakan IWBs dan satu kumpulan lagi diuji dengan

menggunakan komputer skrin sentuh manakala kumpulan kawalan diuji menggunakan

kaedah tradisional iaitu menggunakan pen dan kertas sahaja. Pengkaji menutup bahagian

pengenalan dengan menyenaraikan cadangan kepada persoalan kajian. Hal ini memenuhi

kriteria penulisan Pengenalan seperti yang dinyatakan oleh Writing Centre the University of

Adelaide (2014).

Walau bagaimanapun, saya berpendapat bahawa penulis telah mengelirukan pembaca

pada akhir penulisan pengenalan, apabila menyatakan bahawa penyelidikan berkenaan

adalah mengkaji kesan penggunaan DUA teknologi berasaskan sentuhan dalam pembinaan

4

Page 6: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

peta konsep iaitu dalam aspek sikap pembelajaran dan penerimaan pelajar dalam

pembelajaran sains semulajadi.

Kelemahan lain yang dikenalpasti adalah, pengkaji tidak menerangkan secara

terperinci menganai konsep “ peta konsep” itu sendiri. Bagaimanakah bentuk Peta Konsep ?

Adakah pembaca artikel penyelidikan yang bukan berlatar belakangkan pendidikan

mengetahui bentuk peta konsep yang sebenarnya? Hal ini penting kerana ia akan

mempengaruhi pemahaman pembaca terhadap topik secara umumnya. Menurut Joseph D.

Novak, Alberto J. Cañas (2006);

Concept maps are graphical tools for organizing and representing knowledge. They

include concepts, usually enclosed in circles or boxes of some type, and relationships

between concepts indicated by a connecting line linking two concepts.

Another characteristic of concept maps is that the concepts are represented in a

hierarchical fashion with the most inclusive, most general concepts at the top of the

map and the more specific, less general concepts arranged hierarchically below.

Sumber : The Theory Underlying Concept Maps and Howto Construct and Use Them1Technical Report IHMC CmapTools 2006-01 Rev 01-2008 Pg.2

5

Page 7: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Persoalan Kajian

Kathryn Kinmond (2012) menyatakan satu soalan penyelidikan yang jelas dan tepat, atau set

soalan yang saling berkaitan, membentuk asas kepada penyelidikan yang baik. Tetapi

persoalan kajian yang sangat baik adalah tidak mudah untuk ditulis. Satu soalan penyelidikan

yang baik menjadi asas kepada penyelidikan yang baik kerana ia membolehkan anda untuk

mengenal pasti apa yang anda ingin tahu.

Untuk membina persoalan kajian yang mantap, beberapa langkah perlu diambil kira. Hal ini

untuk menentukan bahawa penyelidikan berada pada landasan yang betul dan dapat

menjawab kepada fokus penyelidikan yang hendak dijalankan.

6

Page 8: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Coming up with a research question, Kathryn Kinmond (2014) pg. 33

7

Page 9: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Coming up with a research question, Kathryn Kinmond (2014) pg. 35

Dalam penyelidikan ini saya berpendapat bahawa persoalan kajian dinyatakan dengan jelas

oleh pengkaji. Dua persoalan kajian adalah :-

Persoalan 1

Adakah para pelajar yang belajar menggunakan pendekatan peta konsep berdasarkan

teknologi sentuhan menunjukkan sikap yang lebih baik dalam pembelajaran sains semulajadi

berbanding pelajar yang menggunakan pendekatan tradisional?

8

Page 10: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Persoalan 2

Adakah pelajar-pelajar yang belajar menggunakan pendekatan berasaskan teknologi sentuhan

menunjukkan penerimaan yang lebih baik daripada pelajar yang menggunakan pendekatan

tradisional?

Merujuk kepada objektif kajian yang telah dinyatakan pada bahagian abstrak, kedua-dua

persoalan yang dikemukakan adalah langsung menjawab kepada objektif kajian.

Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur atau sorotan kajian ialah mengkaji hasil karya yang pernah dilakukan oleh

orang lain. Tinjauan ini dilakukan berpandukan kepada bahan-bahan bercetak seperti buku,

jurnal, tesis, dan surat khabar. Selain daripada bahan bercetak, tinjauan juga boleh dilakukan

melalui media elektronik dalam laman-laman web dalam internet. Terdapat banyak strategi

yang telah digunakan oleh para pengkaji, tetapi tiada satu pun yang terbaik untuk semua

orang. Ini disebabkan oleh proses pencarian maklumat banyak bergantung kepada

pengetahuan dan kemahiran sedia ada pada seseorang. Sesetengah orang lebih cenderung

memulakan pencarian mereka dengan menggunakan komputer (on-line database).

Bagi sesetengah orang, sumber sekunder (secondary sources) seperti buku dan ensaiklopedia,

merupakan titik permulaan yang baik dalam proses pencarian maklumat kerana ia dapat

memberi gambaran yang lebih luas tentang sesuatu masalah atau topic yang ingin dikaji.

Seterusnya, sumber primer (primary sources) digunakan untuk mengukuh dan memantapkan

sesuatu idea atau dapatan yang diperolehi sebelumnya.

Menurut UC Davis University Library (2012) dalam Finding Literature Review,Tinjauan Literatur bermaksud;

“The literature”, in this context, refers to published scholarly work. For instance, scientific scholarly literature includes journal articles, conference proceedings, technical reports and books. A “literature review” reviews the scholarly literature on a specific topic by summarizing and analyzing published work on that topic. A literature review has several purposes:

1. to evaluate the state of research on a topic2. to familiarize readers and students with what has already been done in the field3. to suggest future research directions or gaps in knowledge

9

Page 11: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Dalam menjalankan penyelidikan ini secara keselurunan pengkaji telah merujuk

kepada 52 buah buku yang berkaitan dengan skop penyelidikan yang dijalankan. Terdapat

dua pecahan bahagian di dalam tinjauan literatur yang dilaksanakan oleh penyelidik iaitu

computerized concept maps dan Touch Technologies for computers

Pada bahagian pertama iaitu computerized concept maps, penyelidik menggunakan

teori prinsip pembelajaran bermakna yang dipelopori oleh Ausubel (1963). Penyelidik juga

menyentuh mengenai beberapa tokoh penulis yang lain untuk menerangkan mengenai

bagaimana peta konsep sangat berguna dalam proses pembelajaran. Seterusnya, penyelidik

juga menyentuh mengenai pendekatan tradisional dalam menghasilkan peta konsep yang

mana menurut beliau menyukarkan guru-guru dalam menilai hasil kerja pelajarar dan

kesukaran pelajar dalam mengubahsuai peta konsep berkenaan. Penyelidik seterusnya

menerangkan bagaimana perkembangan teknologi mempengaruhi pembinaan peta konsep

yang berasaskan web dan seterusnya berkembang menjadi mobile thechnology yang secara

tidak langsung mengubah pembinaan peta konsep itu sendiri. Penerangan evolusi pembinaan

peta konsep ini disokong oleh beberapa hasil penulisan daripada penyelidikan terdahulu. Pada

akhir bahagian ini pengkaji membuat perbandingan antara penggunaan dua teknologi sentuh

yang dicadangkan dalam kajian ini.

Seterusnya dalam bahagian kedua soroton literatur iaitu touch technologies for

computer, penulis menerangkan dengan lebih jelas mengenai teknologi sentuh ( skrin sentuh )

dari aspek kelebihan dalam penggunaannya dan bagaimana ia diimplementasikan oleh

kerajaan British dan juga Hong kong.

Melalui pembacaan artikel berkenaan, soroton penyelidikan yang dilakukan adalah

sesuai dan relevan dengan objektif penyelidikan yang dijalankan dan secara tidak langsung

dapat menyokong kepada artikel yang ditulis kerana setiap aspek yang dikaji merujuk kepada

penulisan-penulisan yang terdahulu. Penyelidik juga turut menyatakan setiap sumber yang

diambil dalam penulisan jurnal penyelidikan tersebut. Setiap sumber dinyatakan dengan jelas

dan berkaitan dengan tajuk kajian yang dijalankan.

Walau bagaimanapun, saya berpendapat satu kelemahan dalam bahagian ini adalah

pengkaji perlu memasukkan elemen mengenai sikap dan persepsi dalam tinjauan literatur

10

Page 12: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

kerana fokus kajian menyentuh mengenai hal ini. Penulis hanya menekankan mengenai aspek

peta konsep dan teknologi sentuh untuk komputer semata-mata.

Kelemahan juga dilihat dalam aspek kritikan teori yang amat kurang ditekankan di dalam

bahagian ini. Tambahan lagi, saya mendapati sumber rujukan yang digunakan oleh digunakan

oleh pengkaji adalah daripada penulisan yang sumber yang kurang daripada 5 tahun

kebelakangan daripada tahun kajian iaitu pada tahun 2012. Hal ini jelas dalam aspek sorotan

literatur untuk aspek berkenaan tentang peta konsep.

Rekabentuk Kajian

Dalam aspek reka betuk kajian pula, Pada bahagian pengenalan, pengkaji sekali lagi

menekankan mengenai objektif penyelidikan ini dijalankan. Seterusnya pengkaji

menerangkan dengan jelas mengenai populasi kajian, alat pengukuran dan juga prosedur

eksperimen yang dijalankan.

Pada bahagian Participants, pengkaji telah menerangkan di mana penyelidikan itu

dijalankan iaitu di sebuah sekolah dasar ( elementary school ) di selatan Taiwan yang

melibatkan 92 pelajar gred 6 yang berumur dalam lingkungan 12 – 13 tahun. Mereka

dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 2 kumpulan eksperimen dan satu kumpulan

kawalan. Kumpulan eksperimen 1 akan diuji dengan pendekatan peta konsep berasaskan

IWBs, kumpulan eksperimen 2 diuji dengan peta konsep berdasarkan skrin sentuh dan

kumpulan kawalan diuji mengunakkan kaedah tradisional iaitu menggunakan pen dan

kertas.Tiga pemboleh ubah kawalan yang digunakan dalam eksperimen iaitu Pengajar, masa

pembelajaran dan kandungan pembelajaran.

Untuk memberikan gambaran yang jelas kepada pembaca, pengkaji menggunakan

rajah yang sangat bersesuaian dan sangat mudah difahami oleh para pembaca iaitu Rajah 1 (

Figure 1).

11

Page 13: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3), pg.277

Dalam bahagian kedua , iaitu Measuring Tools pengkaji menerangkan alat yang

digunakan dalam mengukur sikap pelajar terhadap mata pelajaran sains semulajadi. Untuk

mengukur sikap pembelajaran, pengkaji telah menggunakan set soalan yang diadaptasi

daripada Skala Sikap Pembelajaran yang dipelopori oleh Crawley & Koballa Jr (1994) yang

disertakan di dalam Appendix dengan lima mata Skema Penilaian Likert. Kebolehpercayaan

set soalan ini diuji dengan menggunakan analisis Cronbach’s. Soalan terdiri daripada 31 item,

14 item untuk “perceived usefulness” dan 17 item untuk soalan “perceived ease of Use”.

Untuk bahagian terakhir dalam Sub-topik reka bentuk kajian, pengkaji telah

menerangkan mengenai prosedur eksperimen yang akan dijalankan. Penjelasan mengenai

prosedur tersebut dibantu dengan penggunaan rajah 2 ( Figure 2 ). Penggunaan rajah ini

dilihat sangat bertepatan dalam memudahkan pemahaman pembaca.

12

Page 14: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students'

Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3), pg.278

Populasi dan Sampel

Populasi ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manfaat daripada dapatan

yang diperoleh hasil pengkajian saintifik ke atas sampel. Sampel ialah kumpulan (orang,

institusi, tempat, atau fenomena) yang menjadi sumber informasi yang diperlukan oleh

pengkaji.

Proses pemilihan sampel bermaksud pemilihan suatu kumpulan (orang, institusi,

tempat, atau fenomena) yang ingin diselidiki oleh pengkaji. Tujuan persampelan adalah untuk

memperoleh maklumat tentang sesuatu populasi (orang, institusi, tempat, atau fenomena).

Matlamat persampelan adalah untuk memperoleh sampel yang mencerminkan populasi dari

segi pemboleh ubah yang menjadi tumpuan pengkaji. Ini bermakna pengkaji mengambil

sebahagian kecil populasi untuk tujuan pemerhatian, dan membuat generalisasi berkenaan

populasi yang diwakili oleh sampel tersebut. Oleh itu, pemilihan sampel yang baik ialah

sampel yang boleh mewakili pemboleh ubah berkenaan dari populasi yang disasarkan.

13

Page 15: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Menurut Robert V. Krejcie & Daryle W. Morgan (1970), jumlah sampel kajian adalah

bergantung kepada bilangan populasi kajian. Formula untuk mengira size sampel adalah

seperti berikut. Jadual yang berikutnya adalah jadual penentuan size sample daripada

populasi yang diberikan.

Sumber : Educational And Psychological Measurement 1970, 30, 607-610

14

Page 16: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Educational And Psychological Measurement 1970, 30, 607-610

15

Page 17: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Terdapat dua prosedur persampelan iaitu Persampelan Kebarangkalian (secara rawak) dan

persampelan bukan kebarangkalian (secara tak rawak).

Prosedur persampelan kebarangkalian adalah sinonim dengan penyelidikan jenis

kuantitatif. Prosedur persampelan jenis ini dilaksanakan dengan memilih subjek sampel

secara rawak iaitu subjek dalam sampel tersebut mempunyai semua ciri-ciri yang terdapat

dalam populasi kajian. Sebelum prosedur persampelan kebarangkalian dilakukan, pengkaji

perlu mengenal pasti saiz populasi dan memperoleh senarai subjek dalam populasi.

Berdasarkan senarai subjek, pemilihan responden dilakukan mengikut kaedah persampelan

rawak. Rajah di bawah menunjukkan proses prosedur persampelan kebarangkalian.

Prosedur persampelan jenis bukan kebarangkalian lazimnya diguna pakai oleh

pengkaji dalam penyelidikan bersifat kualitatif. Persampelan bukan kebarangkalian

melibatkan pemilihan sampel daripada suatu populasi yang telah dikenal pasti berdasarkan

kriteria yang ditetapkan. Berikut merupakan jenis-jenis persampelan kebarangkalian dan

persampelan bukan kebarangkalian.

http://pomizi-research.blogspot.com/p/persampelan.html dimuatnaik pada 29/10/2014

16

Page 18: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Daripada pembacaan terhadap artikel saya berpendapat satu kelemahan yang jelas dalam

kaedah persampelan ini adalah pengkaji tidak menyatakan jumlah populasi sebenar pelajar

sekolah tersebut. Pengkaji hanya menyatakan jumlah sampel iaitu seramai 92 orang pelajar.

Proses pemilihan sampel juga tidak dinyatakan dengan jelas. Bagaimana pemilihan 92 orang

pelajar tersebut? Pengkaji secara umumnya menyatakan bahawa sampel terdiri daripada

peringkat umur dari 12 hingga 13 tahun sahaja. Adakah pelajar tersebut dipilih melalui

pencapaian di dalam kelas atau sebaliknya?

Instrumen

Instrumen yang digunakan di dalam penyelidikan ini adalah soalan pra yang digunakan

sebelum eksperimen dijalankan ke atas sampel yang terlibat. Penyelidik telah mengedarkan

soal selidik (pre questionnaire) ke atas sampel. Set soalan tersebut dilampirkan dalam

bahagian Appendix penyelidikan.

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3),

17

Page 19: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Kesahan dan kebolehpercayaan item diterangkan dalam bahagian ini. Pengkaji

menyatakan bahawa set soal selidik tersebut telah diuji dengan menggunakan analisis skor

Conbach Alpha dimana skor soalan mengenai sikap pembelajaran adalah 0.862 dan skor

darjah penerimaan antara dua dimensi adalah 0.90 dan 0.91. Skor ini menunjukkan set soalan

yang disediakan menunjukkan kesahan dan konsistensasi yang tinggi.Menurut Carole L.

Kimberlin & Almut G. Winterstein (2008) anggaran kebolehpercayaan digunakan untuk

menilai kestabilan instrument yang digunakan dalam sesebuah penyelidikan

Kelemahan yang dikenalpasti adalah pengkaji tidak membincngkan rasionalisasi bagi

setiap item soal selidik dan bagaimana pelajar akan menjawab soalan-soalan yang

dikemukakan. Tambahan lagi, set soal selidik yang dilampirkan pada bahagian appendix

tersebut pada pendapat hanyalah satu senarai soalan yang dikemukakan bukan set soalan

yang sebenarnya. Selain itu, kelemahan yang jelas dalam insturmen soal selidik tersebut

adalah didapati bahawa penyelidik tidak memasukkan soalan-soalan yang berkisar kepada

faktor demografi responden. Didapati dalam set soalan yang dilampirkan hanya menjurus

kepada soalan yang berkaitan dengan fokus kajian. Hal ini mungkin akan mempengaruhi

hasil penyelidikan

Dalam pembinaan instrument, pengkaji juga membuat rujukan kepada beberapa teori

ataupun kajian terdahulu. Untuk pembinaan item soal selidik pengkaji merujuk kepada kajian

yang dibuat oleh Crawley and Koballa Jr. yang bertajuk “Attitude research in science

education: Contemporary models and methods. Science Education”

Prosedur Kajian

Prosedur kajian diterangkan dan dibincangkan dengan jelas oleh pengkaji dalam bahagian

Research Design. Kerangka penyelidikan sangat mudah difahami kerana penyelidik telah

membina sebuah rajah yang sangat mudah untuk difahami oleh pembaca. Prosedur

penyelidikan ini boleh dilihat dalam rajah yang dilabelkan sebagai Figure 2..

Pada peringkat awal kajian, pengkaji telah melaksanakan ujian pra ke atas sampel.

Sampel kajian diminta menjawab soalan mengenai sikap pembelajaran sebelum memulakan

sesi yang pertama iaitu taklimat mengenai pembinaan peta konsep berasaskan teknologi

sentuh untuk kumpulan eksperimen 1 dan 2 dan pengenalan kepada peta konsep untuk

kumpulan kawalan selama 80 minit.

18

Page 20: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Kumpulan Eksperimen 1 menggunakan Pemetaan Konsep IWB yang mana

diterangkan guru sebagai pengajar membentangkan peta konsep yang tidak lengkap dan

meminta pelajar melengkapkan peta tersebut (konsep atau hubungan antara konsep) . Pelajar-

pelajar lain juga boleh datang ke hadapan kelas untuk mengubah suai peta berkenaan dan

menjelaskan mengapa pengubahsuaian perlu dilakukan. Apabila proses ini berakhir maka

guru akan menunjukka peta konsep yang telah siap dan sesi soal jawab pun bermula.

Kumpulan Eksperimen 2 pula diajar dengan pendekatan peta konsep menggunakan

skrin sentuh. Dalam pendekatan ini, semasa proses pembelajaran guru memberikan tugasan

pembelajaran pelajar diminta untuk membina peta konsep sendiri dengan menggunakan

komputer yang menggunakan skrin sentuh. Selepas sesi membina peta konsep, guru akan

memberikan maklum balas mengenai peta konsep berkenaan, menunjukkan peta konsep yang

sebenar dan menjawab soalan pelajar dalam sesi soal jawab.

Kumpulan Kawalan pula mengalami proses yang sangat berbeza . Para pelajar

dibimbing untuk membina peta konsep dengan menggunakan kertas dan pensel sahaja.

Selepas proses pembinaan peta konsep berakhir guru kemudiannya memberikan

maklumbalas mengenai peta yang telah dibuat oleh pelajar. Seterusnya guru menjawab soalan

yang dibangkitkan oleh pelajar dalam sesi soal jawab

Selepas aktiviti di atas yang berlangsung selama 180 minit, semua pelajar diminta

untuk menjawab soal selidik post questionnaire mengenai sikap pembelajaran (Learning

Attitude) terhadap pembelajaran sains dengan mengunakan peta konsep.

Analisis Data dan Keputusan

Analisis data lebih merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data

serta prosedur statistik. Tujuan Analisis dapat mempersembahkan data kepada bentuk yang

lebih bermakna, penyelidik haruslah dapat berbuat sesuatu data berkenaan. Jenis-jenis kaedah

analisis adalah Ujian-T, Anova, Korelasi, Regrasi Linear dan Khi Kuasa Dua.

Ujian-t ialah satu ujian yang digunakan untuk menguji satu keputuan yang

dihipotesiskan bernilai µ menggunakan taburan t sebagai satu standard untuk dibuat

perbandingan. Ciri-ciri ujian t adalah:

19

Page 21: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

a. Menganalisis antara dua kumpulan data selang atau nisbah

b. Skala Data Selanjar yang merupakan skor-skor dan nilai-nilai keseluruhan

c. Data kajian perlu bertaburan normal

d. Subjek-subjek dalam sample harus dipilih daripada populasi secara rawak

Terdapat tiga jenis Ujian-t iaitu One sample T Test, Paired Sample T Test dan

Independent Sample T Test. One sample T Test digunakan untuk membandingkan skor min

sample dengan skor min populasi. Ujian ini digunakan apabila data yang dipungut memenuhi

semua ciri ujian T seperti di atas. Paired Sample T Test digunakan apabila setiap individu

dalam sample diukur dua kali dan kedua-dua data pengukuran digunakan unuk dibuat

perbandingan. Independent Sample T Test pula digunakan untuk mengukur di antara dua

kumpulan.

ANOVA adalah kaedah ujian hipotesis bagi mengenalpasti perbezaan min yang

wujud dalam dua ataupun lebih sample ujian. Tujuan utama ANOVA adalah menentukan

sama ada perbezaan sample disebabkan kesilapan proses sample ataupun kesan rawatan yang

sistematik . Terdapat dua jenis analisis anova yang boleh digunakan iaitu one way ANOVA

yang melibatkan satu pembolehubah bebas dan two way ANOVA yang melibatkan

melibatkan dua pembolehubah bebas.

Merujuk kepada dapatan penyelidikan yang dibincangkan oleh penyelidik, analisis

data yang dijalankan terbahagi kepada dua bahagian . Analisis yang pertama adalah bertujuan

untuk menganalisis sikap pembelajaran terhadap pembelajaran sains semulajadi dan analisis

kedua adalah mengenai penerimaan peta konsep dakam pembelajaran sains semulajadi.

Untuk mendapatkan jawapan terhadap persoalan kajian yang pertama iaitu mengenai

sikap pembelajaran, pengkaji telah menggunakan Paired Sample ujian-t. Kaedah ini

digunakan oleh pengkaji kerana penyelidikan ini bertujuan untuk membuat perbandingan

antara 3 kaedah pelaksanaan pembelajaran berasaskan peta konsep. Hasil analisis ujian-t

menunjukkan terdapat perubahaan yang signifikan dalam sikap pembelajaran untuk

kumpulan eksperimen 1. Manakala didapati bahawa Kumpulan Eksperimen 2 tidak

menunjukkan perubahan sikap yang signifikan terhadap aktiviti pembelajaran. Untuk

Kumpulan Kawalan, analisis ujian-t menunjukkan perubahan sikap adalah secara signifikan

negatif.

20

Page 22: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3), pg

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa sikap pembelajaran dalam kumpulan eksperimen satu

menunjukkan peningkatan selepas mengikuti sesi pembelajaran sains semulajadi dengan

menggunakan IWBs. Nilai t=-2,88, p<.01 menunjukkan bahawa penggunaan IWBs dalam

bilik darjah menggalakkan pelajar untuk mengikuti sesi pembelajaran.

Manakala bagi kumpulan eksperimen dua pula, analisis ujian-t, nilai t=0.70, p>.05

menunjukkan bahawa sikap pembelajaran tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan

selepas mengikuti pembelajaran sains semulajadi berdasarkan peta minda. Hal ini

menunjukkan bahawa pembelajaran berasaskan skrin sentuh tidak mempunyai kesan besar ke

atas sikap pembelajaran mereka

Untuk kumpulan kawalan pula, didapati bahawa sikap pembelajaran mereka terhadap

penggunaan peta konsep berdasarkan kaedah tradisional menunjukkan kemorosotan yang

ketara. Nilai t=3.34. p<.01 menunjukkan bahawa pembinaan peta konsep secara tradisional

adalah satu kaedah yang tidak berkesan kepada pelajar.

Untuk menganalisis penerimaan pelajar mengenai peta konsep dalam pembelajaran

sains semulajadi, penyelidik telah menggunakan analisis Anova Sehala ( One Way Anova).

Hal ini kerana, pengkaji hanya melibatkan satu pembolehubah bebas dalam iaitu penerimaan

pelajar. Darjah penerimaan pelajar dianalisis daripada dua sudut yang berbeza iaitu kegunaan

dan kemudahan kepada pelajar.

21

Page 23: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3), pg279

Merujuk kepada rajah di atas ( Table 2 ), keputusan analisis Anova menunjukkan

bahawa Kumpulan Eksperimen Satu dan Kumpulan Eksperimen Dua menunjukkan persepsi

yang signifikan positif terhadap kegunaan peta konsep dalam pembelajaran berbanding

dengan kumpulan kawalan yang meliht strategi tradisional sangat tidak efektif.

Sumber : Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based Concept Mapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology & Society, 16 (3), pg279

Manakala dari sudut kemudahan kepada pelajar, analisis ( Table 2 ) menunjukkan

bahawa kedua-dua kumpulan eksperimen mengangap bahawa pembinaan peta konsep

menggunakan teknologi sentuhan lebih mudah digunakan berbanding pembinaan peta konsep

menggunakan kaedah tradisional.

Penemuan dan Perbincangan

Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan didapati bahawa kedua-dua teknologi sentuh yang

digunakan dalam proses pembelajaran menunjukkan penerimaan positif pelajar dan juga

meningkatkan motivasi pelajar dalam proses pembelajaran sekaligus memudahkan pelajar

mencapai objektif pembelajaran yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, terdapat satu

penemuan penting dalam kajian ini. Walaupun sebelum ini dikatakan bahawa sikap

pembelajaran untuk dua kumpulan eksperimen secara signifikannya positif, didapati bahawa

selepas aktiviti pembelajaran terdapat penurunan dalam penilaian sikap pembelajaran

walaupun penurunan tersebut tidak terlalu signifikan.

22

Page 24: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Untuk mengetahui sebab berkenaan beberapa sesi temubual beberapa kumpulan pelajar telah

dijalankan.

Melalui temubual berkenaan didapati bahawa pelajar dari kumpulan eksperimen dua

dan kumpulan kawalan menunjukkan minat yang kurang dalam aktiviti pembelajaran kerana

mereka terpaksa mengambil masa yang panjang untuk membina peta konsep sendiri. Hal ini

kerana, kumpulan eksperimen kedua lebih kepada pembelajaran pemusatan kendiri. Ini

bertentangan dalam kumpulan eksperimen pertama yang mewujudkan suasana interaktif dan

pendekatan berpusatkan guru.

Dalam perbincangan juga, pengkaji juga menyatakan bahawa 7 orang pelajar dari

kumpulan eksperimen satu telah ditemubual untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi

pencapaian pelajar. Hasil temubual berkenaan menunjukkan bahawa kesemua 7 orang pelajar

tersebut sangat menyukai pendekatan IWBs dalam pembelajaran. Persoalannya, kenapa

penyelidik tidak menyatakan dalam prosedur kajian bahawa kaedah temubual tersebut di

dalam alat kajian dan prosedur penyelidikan?

Pengkaji turut membuat perbandingan secara kritis mengenai ketiga-tiga pendekatan

tersebut dalam aktiviti pembelajaran dari sudut positif dan negatif. Walaupun pendekatan

berasaskan teknologi mendapat populariti yang tinggi di kalangan pelajar masih terdapat

ruang yang perlu diperbaiki. Manakala bagi pendekatan ketiga iaitu pendekatan tradisional,

kajian-kajian terdahulu turut mempamerkan aspek kelemahannya dari sudut pencapaian

pelajar.

Pada bahagian akhir, pengkaji turut mencadangkan beberapa topik kajian untuk

penyelidikan pada masa hadapan antaranya satu kajian yang lebih terperinci mengenai kesan

penggunaan teknologi sentuh secara individual dan juga menilai keberkesanan

penggunaannya dari aspek kemanusiaan seperti jantina, gaya pembelajaran ataupun dari

aspek kognitif.

23

Page 25: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Kesimpulan Penyelidikan

Dalam bahagian kesimpulan, pengkaji sekali lagi merumuskan dapatan kajian yang

dilaksanakan dengan disokong oleh beberapa kajian literatur mengenai keberkesanan

teknologi dalam pendidikan. Antara kajian yang dirujuk oleh pengkaji adalah :

Skop : penggunaan peta konsep boleh meningkatkan pencapaian akademik pelajar

1) Erdogan, Y. (2009). Paper-based and computer-based concept mappings: The effects

on computer achievement, computer anxiety and computer attitude. British Journal of

Educational Technology, 40(5), 821-836.

2) Hwang, G. J., Shi, Y. R., & Chu, H. C. (2011). A concept map approach to developing

collaborative Mindtools for context-aware ubiquitous learning. British Journal of

Educational Technology, 42(5), 778-789.

3) Lim, K. Y., Lee, H. W., & Grabowski, B. (2009). Does concept-mapping strategy work

for everyone? The levels of generativity and learners' self-regulated learning skills.

British Journal of Educational Technology, 40(4), 606-618.

4) Kim, P., & Olaciregui, C. (2008). The effects of a concept map-based information

display in an electronic portfolio system on information processing and retention in a

fifth-grade science class covering the Earth's atmosphere. British Journal of

Educational Technology, 39(4), 700-714.

Skop :Perbezaan antara motivasi pembelajaran dan sikap pelajar dalam pendekataan peta

konsep menggunakan komputer dan kertas-pensel.

1) Hwang, G. J., Shi, Y. R., & Chu, H. C. (2011). A concept map approach to developing

collaborative Mindtools for context-aware ubiquitous learning. British Journal of

Educational Technology, 42(5), 778-789.

2) Wu, P. H., Hwang, G. J., Milrad, M., Ke, H. R., & Huang, Y. M. (2012). An innovative

concept map approach for improving students' learning performance with an instant

feedback mechanism. British Journal of Educational Technology, 43(2), 217-232.

24

Page 26: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Skop: Penerimaan pelajar yang amat menggalakkan dalam pembinaan peta konsep

berasaskan teknologi

1) Liu, P. L., Chen, C. J., & Chang, Y. J. (2010). Effects of a computer-assisted concept

mapping learning strategy on EFL college students' English reading comprehension.

Computers & Education, 54(2), 436-445.

2) Reader, W., & Hammond, N. (1994). Computer-based tools to support learning from

hypertext: concept mapping tools and beyond. Computers & Education, 12(1), 99-

106.

Secara kesuluruhannya, Kajian ini memaparkan satu topik yang sangat menarik dalam

dunia pendidikan pada masa kini. Perubahan zaman mendorong guru-guru untuk

melengkapkan diri dengan penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.

Walaubagaimanapun, pengaplikasian teknologi ini di setiap sekolah khasnya di Malaysia

dilihat sangat mencabar. Banyak faktor yang perlu diberikan pertimbangan terutamanya di

kawasan-kawasan pedalaman. Kemajuan dalam teknologi komputer dan era baru pendidikan

pada hakikatnya ingin memastikan yang revolusi maklumat akan mempengaruhi hidup kita

secara lebih mendalam serta menyeluruh. Teknologi komunikasi akan mempengaruhi hidup

kita secara lebih mendalam serta menyeluruh. Antara halangan utama penggunaan komputer

di sekolah ialah kekurangan perkakasan yang terkini, kebanyakan sekolah telah dibekalkan

dengan perkakasan berteknologi lama, berkualiti rendah dan berkuasa dan bilangan yang

dibekalkan adalah tidak mencukupi

Kepentingan penggunaan teknologi dalam pendidikan tidak dapat disangkal lagi.

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alat bantu mengajar sememangnya

dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik.

Teknologi memberikan kesan yang besar terhadap proses PdP terutama semasa membuat

pemilihan bahan teknologi dalam pelbagai cara. Bagaimana pun, guru harus mempunyai

pengetahuan yang jelas dalam memilih bahan teknologi yang boleh digunakan dengan

berkesan dalam sesuatu sesi pengajaran dalam bilik darjah.

25

Page 27: Ulasan Artikel Penyelidikan3

OPEN UNIVERSITI MALAYSIA SEPTEMBER 2014 HMEF5093 METODOLOGI PENYELIDIKAN KUANTITATIF

Rujukan

Graf Jocelyn, (2008). Handbook Of Biomedical Research Writing: The Journal Article Abstract. Hanyang University Center for teaching and Learning.

Hwang, G.-J., Wu, C.-H., & Kuo, F.-R. (2013). Effects of Touch Technology-based ConceptMapping on Students' Learning Attitudes and Perceptions. Educational Technology &Society, 16 (3), 274–285.

Krejchie Robert V. & Morgan Daryle W. (1970). Determining Size for Research Activities.Educational And Psychological Measurement, 30, 607-610.

L. Carole , Lin Kimber, & Winterstein Almut G. (2008). Validity And Realiability OfMeasuremen Instruments Used In Research. Research Fundamentals. Am J HealthSyst Pharma Vol 65 Dec 1, 2008.

Sherrill C David, (2012). Writing Journal Articles. School Of Chemistry and Biochemistry.Georgia Institute of Technology.

Writing And Abstract (2014). Writing Centre Learning Guide. The University Of Adelaide.

https://ctl.utsc.utoronto.ca/twc/sites/default/files/LitReview.pdf (dimuatnaik pada 20 Oktober 2014)

http://www.lib.ucdavis.edu/dept/instruc/files/finding-literature-reviews.pdf (dimuatnaik pada 20 Oktober 2014)

26


Recommended