+ All Categories
Home > Documents > BUDAYA MELAYU

BUDAYA MELAYU

Date post: 14-Mar-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
30
EDU 3063: BUDAYA MELAYU Ahli kump: Puah Suet Yun Wong Yee Chung Lee Lie Feei
Transcript

EDU 3063:BUDAYA MELAYU

Ahli kump:Puah Suet YunWong Yee ChungLee Lie Feei

KAUM MELAYU• Kumpulan etnik terbesar di Malaysia.

• Beragama Islam dan mengamalkan kebudayaan Melayu.

• Berbahasa Melayu dan mempunyai keturunan Melayu.

• Orang Melayu terkenal kerana peramah dan budaya seni mereka yang sangat kaya.

SEJARAH• Masyarakat Melayu di Malaysia wujud hasil dari percampuran di antara tiga rumpun bangsa yang berbeza, iaitu Negrito, Austro-Asiatic dan Austronesia dengan pengaruh dari bangsa-bangsa dari luar Asia Tenggara.

• Pada abad ke-14 hingga ke 16, terdapat banyak orang Melayu datang dari Sulawesi dan Sumatra.

DIALEK-DIALEK ORANG MELAYUDialek Johor-riau Dialek Kelantan

(Kecek Kelate)

Dialek Negeri Sembilan

Dialek Terengganu

Dialek Perak Dialek Pahang

Dialek Utara(P.Pinang/Kedah/Perlis/Perak Utara)

Dialek Sarawak

Dialek Utara (Perlis) Dialek Sabah

PAKAIAN TRADISIONAL1.Baju Kurung• sejenis baju longgar yang

labuh• dipadankan dengan kain panjang

yang berlipat tepi.

2. Baju Melayu• kemeja longgar • dipakai dengan seluar panjang• diganding dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang

PERMAINAN TRADISIONAL1.CONGKAK• berlubang lima, tujuh atau sembilan berkembar, serta dua buah lubang besar di kedua .

• hujungnya = ‘rumah’• dengan menggunakan kulit siput, guli, batu kecil atau biji asam jawa

• 2 pemain

2. SEPAK TAKRAW/ SEPAK RAGA• diperbuat : -lilitan bilah kulit buluh /

bamboo yang ditimang

• menggunakan sebarang anggota tubuh badan (kecuali tangan dan lengan)

• Terdapat dua jenis sepak takraw: bulatan dan jaring.

3. WAU• layang-layang tradisional yang sangat popular di pantai timur Malaysia.

• bentuknya seakan-akan huruf ‘wau’ Jawi

• bermotifkan tumbuhan dan haiwan

4. GASING• memerlukan kekuatan, penyelarasan pergerakan, serta kepakaran.

• dilempar dengan menyentap seutas tali panjang yang telah dililit di kelilingnya.

TARIAN TRADISIONAL1.ZAPIN• diperkenalkan oleh para mubaligh dari Timur Tengah.

• terkenal di Johor• pada mulanya digunakan dalam amalan berzikir yang bertujuan menyebarkan pengetahuan mengenai sejarah tamadun Islam.

2. JOGET• dipersembahkan oleh pasangan penari

• gerak-geri pantas yang disulami pelbagai usikan

• berasal dari tarian tradisi Portugis

• diperkenalkan di Melaka sewaktu era perdagangan rempah

3. TARIAN MAK YONG• Drama tari Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu .

• menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.

• dicipta untuk hiburan kerabat di Raja. • mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu.

• Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

ALAT MUZIK TRADISIONAL1.REBANA UBI• digunakan untuk menyampaikan pelbagai jenis pesanan; dari amaran mengenai serangan musuh, hinggalah pengumuman majlis perkahwinan .

• digunakan dalam pelbagai persembahan acara kemasyarakatan.

2. KOMPANG• digunakan di pelbagai majlis seperti Perarakan Hari Kemerdekaan, pelbagai majlis rasmi, serta majlis perkahwinan.

• berbentuk seperti sebiji tamborin tanpa kepingan besi di sekelilingnya

• selalunya dimainkan secara berkumpulan.

3. GENDANG• Alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang (kerbau/ kambing/ lembu).

• Boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan.

• Kegunaan: - persilatan - tari menari

- menyambut perayaan

- pertabalan Diraja

MAKANAN TRADISIONAL1.Nasi Lemak2.Lemang3.Dodol-dodol4.Otak-otak5.Sate6.Ketupat

Adat ResamKelahiran• Anak atau zuriat adalah suatu kurniaan Tuhan yang tidak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Bagi masyarakat Melayu yang rata-ratanya beragama Islam, adalah dipercayai setiap anak yang dilahirkan mempunyai rezekinya masing-masing, justeru itu setiap kelahiran itu perlu disyukuri. Dalam aspek kelahiran ini, masyarakat Melayu banyak mengamalkan adat-adat tertentu yang diwarisi sejak turun temurun. Ia merangkumi peringkat sewaktu mengandung, bersalin dan selepas lahir.

Menyambut KelahiranMenempah bidanMenjamah perutMelenggang perutMandi melenggang perut bahan yang disediakan untuk menjalankan upacara itu seperti tepung tawar, tiga biji limau nipis, sebiji kelapa tua ynag telah dikupas, sedahan mayang pinang, sehelai kain lepas barat, dua batang lilin, sebuyung air biasa yang ditaburi 7 jenis bunga dan air tolak bala.

Mengadap semangat

Adat Melawat dan Berkunjung• Bagi pengunjung beragama Islam apabila tiba di rumah yang dikunjungi hendaklah memberikan salam dengan ucapan “Assalamualaikum”.

• Sebelum masuk ke dalam rumah orang Melayu, pengunjung hendaklah menanggalkan kasut.

• Jika pada masa itu telah ada tetamu lain, pengunjung hendaklah mengenalkan diri dan menundukkan sedikit kepala tanda hormat sambil berjabat tangan.

• Apabila seseorang ingin berjalan lalu dihadapan datu kumpulan atau perhimpunan orang ramai hendaklah menundukkan sedikit kepada dengan menghulkurkan sebelah tangan. Ucapan – ucapan yang sesuai bagi maksud ini ialah ‘ maafkan saya, tumpang lalu, minta jalan’.

Adat Resam KahwinPeringkat pertama Merisik atau menengok Meminang atau bertunang Menghantar belanja dan akad

Peringkat kedua Berandam dan berasah gigi Berinai

Peringkat ketiga Bersanding Mandi limau Sambut-menyambut

Adat Resam KematianSemasa kematian• Apabila berlaku kematian, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh keluarga si mati ialah memberitahu kepada tok imam agar kematian itu dapat dimaklumkan kepada saudara mara dan jiran tetangga di sekitar kawasan itu. Di kampungkampung misalnya, pengumuman akan dibuat di masjid oleh tok imam.

Semasa Pengebumian• jenazah akan dimasukkan ke dalam keranda dan diusung ke tanah perkuburan. Kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah hingga ke kubur, sebaliknya kaum wanita kurang digalakkan kerana dikhuatiri akan meratapi kematian tersebut. Tangisan dan ratapan yang berlebihan terutamanya di tanah perkuburan tidak digalakkan dalam Islam. Sebelum ditimbus, siak atau sesiapa yang hadir akan turun ke dalam kubur dan membuka papan tutup keranda itu dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala.

Selepas Pengebumian• Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan. Ia diadakan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, keempat puluh empat atau keseratus hari. Tujuannya adalah untuk mendoakan kesejahteraan si mati yang berada di alam barzakh. Ada juga masyarakat Melayu yang melakukan adat turun batu iaitu menimbus kubur si mati dengan batu-batu kecil dan membina pagar kecil di sekeliling pusara tersebut selepas seratus hari seseorang itu meninggal dunia.

Pantang Larang Melayu•  Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”

Pantang Larang Perkahwinan Orang Melayu

•  Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan, bermakna bermulalah pantang larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjadi kewajipan tetapi sudah menjadi satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

• Pantang larang bermula dengan jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijab kabul untuk mengelakkan tohmahan masyarakat. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.

•  Selain itu, pasangan dilarang bebas keluar ke mana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelbagai mengelakkan perut buncit. Pengantin juga dilarang bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelakkan diri dari perkara sihir. Akhirnya, pasangan perlu elakkan diri daripada terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak berseri pada hari perkahwinan.

•  Orang-orang tua Melayu dahulu selalu mengingatkan anak cucunya supaya tidak melanggar pantang larang. Pantang larang perlu dipatuhi untuk mengelakkan berlaku sesuatu kejadian yang tidak baik.

Hari Raya Aidilfitri• Dilarang membazir dan berbelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.

• Memakai pakaian bersih, cantik dan juga wangi-wangian.• Umat Islam yang kehilangan saudara mara akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.

• Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.

• Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.

• Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.• Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.

• Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai lagi.

Hari Raya Aidiladha• Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan kepada kafir miskin dan juga orang ramai.

• Memakai pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.

• Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.

• Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

Pantang Larang Mengandung Orang Melayu

• Masyarakat Melayu terkenal dengan pelbagai pantang larangnya. Begitu juga untuk mereka yang mengandung. Antara pantang larangnya ialah mereka yang mengandung di larang untuk mencaci atau mengumpat. Dilarang untuk memaku atau memahat dan menggali lubang serta memukul binatang. Mereka juga dilarang untuk keluar rumah pada waktu petang atau senja serta dilarang untuk duduk di anak tangga dan juga di larang melihat gerhana bulan ataupun matahari.Terdapat juga pantang larang untuk suami ibu yang mengandung. Antaranya ialah suami di larang meniup sebarang bunyi bunyian, menyembelih, memburu dan memukul binatang. Semua pantang larang ini adalah untuk keselamatan anak yang dikandung.


Recommended