+ All Categories
Home > Documents > FIQH KEPENGGUNAAN

FIQH KEPENGGUNAAN

Date post: 06-Apr-2023
Category:
Upload: universitymalaya
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
24
SUBJEK: HUKUM ISLAM SEMASA (IFGH 6322) TAJUK: PENYEDIAAN FIQH KEPENGGUNAAN ISLAM YANG BERASASKAN KONSEP HUKUM ISLAM SEMASA PERLU BERASASKAN KEPADA ELEMEN PEMIKIRAN HUKUM ISLAM YANG JITU. BINCANGKAN KENYATAAN INI. NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. RAIHANAH BT HJ AZAHARI NAMA PELAJAR: NOR AIN BT MOHAMAD KASTOLANI (IGA 140028)
Transcript

SUBJEK:

HUKUM ISLAM SEMASA

(IFGH 6322)

TAJUK:

PENYEDIAAN FIQH KEPENGGUNAAN ISLAM YANG BERASASKAN KONSEP HUKUM

ISLAM SEMASA PERLU BERASASKAN KEPADA ELEMEN PEMIKIRAN HUKUM

ISLAM YANG JITU. BINCANGKAN KENYATAAN INI.

NAMA PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. RAIHANAH BT HJ AZAHARI

NAMA PELAJAR:

NOR AIN BT MOHAMAD KASTOLANI (IGA 140028)

SARJANA SYARIAH

(JABATAN FIQH DAN USUL)

AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

SESI I 2014/2015

PENYEDIAAN FIQH KEPENGGUNAAN ISLAM YANG BERASASKAN KONSEP HUKUM

ISLAM SEMASA PERLU BERASASKAN KEPADA ELEMEN PEMIKIRAN HUKUM

ISLAM YANG JITU. BINCANGKAN KENYATAAN INI.

Nor Ain bt Mohamad KastolaniJabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

Pengenalan

Penyediaan Fiqh Kepenggunaan Islam zaman silam dan masa kini

amat berbeza konsep dan pelaksanaannya. Fuqaha silam tidak

menerangkan secara terperinci berkaitan fiqh kepenggunaan

berbanding fuqaha masa kini. Selaras dengan perkembangan zaman

dan kemajuan teknologi manusia, Fiqh Kepenggunaan juga harus

dikembangkan seiring dengan kemajuan yang dicapai. Ramai ulama

dan fuqaha masa kini telah menyediakan fiqh kepenggunaan Islam

yang berasaskan konsep hukum Islam yang sesuai dengan keadaan

semasa. Namun, penyediaan fiqh tersebut perlulah ditunjangkan

dengan elemen pemikiran hukum Islam yang jitu.

Dewasa ini pelbagai isu berkaitan kepenggunaan dibincangkan oleh

para sarjana hukum Islam. (Shahidan Shafie, 2004)1 Isu kepenggunaan juga

1 Shahidan Shafie (2004), “Halal & Science–Issues & Challenges”, (Kertas kerja Persidangan Kebangsaan Sains, Teknologi dan Masyarakat pada 10-11 Disember 2004, JabatanPengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya, Kuala Lumpur) dalam Mohamad Aizatbin Jamaludin, Mohd Anuar Ramli, dan Suhaimi Ab Rahman Ijtihad Kontemporari dalam Fiqh Kepenggunaan Semasa di Malaysia, Serdang, Halal Product Research Institute, UPM h.2

sering dibincangkan dalam media massa mahupun media cetak. Terdapat

pelbagai isu baharu timbul kesan perubahan sosial dalam masyarakat Islam

di Malaysia. Perubahan ini dijana oleh perkembangan sains dan teknologi

yang pesat. Elemen-elemen pemikiran hukum Islam yang jitu menjadi asas

pelaksanaan fiqh kepenggunaan yang berubah saban waktu. Persoalannya,

apakah dan bagaimanakah yang dimaksudkan dengan elemen pemikiran

hukum Islam yang jitu? Oleh itu, artikel ini akan membincangkan

beberapa perkara mengenai fiqh kepenggunaan yang akan merangkumi

definisi fiqh kepenggunaan, hukum islam dan tujuannya, pengaruh

prasarana moden dengan pemikiran Islam, elemen pemikiran hukum

Islam, kesimpulan dan saranan.

Definisi Fiqh Kepenggunaan

Menurut Rahimin Affandi Abd. Rahim dalam artikelnya yang bertajuk

“Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh Kepenggunaan Islam”2 fiqh adalah

kefahaman yang mendalam dalam perkara usul dan amali yang berkaitan

dengan hukum Islam yang menjadi panduan kepada mukallaf. Manakala

kepenggunaan pula terdapat beberapa takrif yang biasanya digunakan; (1)

orang yang menggunakan barang-barang, perkhidmatan atau kurniaan alam“semulajadi untuk kepuasan dan kepentingan hidupnya ; (2) seseorang” “yang memperoleh atau menggunakan barang atau perkhidmatan daripada

jenis yang pada lazimnya diperoleh bagi maksud kegunaan atau penggunaan

diri, rumah tangga dan isi rumah ; (3) individu yang membeli, atau yang” “diberikan kepadanya, mengguna, menyelenggara, melupuskan produk dan

perkhidmatan dalam bentuk terakhir (final form), dalam usaha mereka untuk

mencapai tahap kepuasan yang maksimum dengan pendapatan yang

terhad.”3

2 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2014), ’Merekonstruksikan Metodologi Konsep FiqhKepenggunaan Islam” Kuala Lumpur, APIUM h.23 Nurizan Yahya (Edit) (2002), Pengenalan Sains Pengguna, Serdang : Penerbit UPM,h. 3-5.

Selain itu, kepenggunaan atau consumerism wujud daripada perkataan

guna atau ‘ ” consume. Menurut Kamus Dewan, kepenggunaan adalah segala

hal mengenai pengguna (barang-barang dan lain-lain)4. Manusia dianggap

sebagai pengguna kerana menggunakan sesuatu barangan dan perkhidmatan

serta menikmati alam sekitar. Berasaskan definisi yang telah dibincangkan

tadi, dapat disimpulkan bahawa fiqh kepenggunaan ini adalah sebagai garis

panduan, standard dan etika hukum Islam yang berkaitan dengan

kepenggunaan yang diamalkan oleh seorang Muslim (mukallaf).

Hukum Islam Dan Tujuannya

Menurut Mahmood Zuhdi (1997)5, dalam Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat

Kebangsaan, hukum biasanya dihuraikan sebagai khitab Allah yang berkait

dengan perbuatan mukallaf. Khitab atau mesej ini disampaikan oleh Allah

kepada manusia melalui Rasulullah SAW dalam bentuk wahyu dan

terkandung sepenuhnya di dalam Al-Quran dan al-Sunnah. Dengan lain

perkataan, hukum Islam itu ialah ketentuan-ketentuan Allah yang terdapat

dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala menurut Dahlan (1999) dalam

Ensiklopedi Hukum Islam, hukum Islam itu sendiri bermaksud kaedah, asas,

prinsip atau peraturan yang digunakan untuk mengendalikan masyarakat

Islam sama ada berbentuk Ayat Al-Quran, hadis, pendapat sahabat dan

tabiin ataupun pendapat yang berkembang dalam suatu masa dalam

kehidupan umat Islam.

Wahyu itu sifatnya muqaddas iaitu sangat murni dan tidak

mengandungi apa-apa cacat cela. Kebenarannya mutlaq iaitu tanpa syarat.Cakupannya syumul, iaitu lengkap dan komprehensif. Sementara

kuatkuasanya pula alami iaitu universal dan abadi, iaitu kekal buat selama-‘lamanya (Mahmood Zuhdi, 1997). Secara umum, para pakar hukum

Islam, merumuskan bahawa tujuan hukum Islam adalah memberi

kebahagiaan dalam kehidupan manusia dengan mengambil segala yang

bermanfaat dan mencegah atau menolak segala yang mudarat.

4 Sheikh Othman bin Sheikh Salim et al. (ed) (1991), op.cit. , h.3845 Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid (1999), Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia Yang Membangun, Kuala Lumpur, dalam Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan,1997.

Dengan kata lain, tujuan hukum dalam Islam adalah untuk

memberikan kemasalahatan hidup bagi manusia, baik rohani mahupun

jasmani, individu dan sosial. Kemaslahatan itu tidak hanya untuk

kehidupan di dunia saja, tetapi juga untuk kehidupan di akhirat

kelak. Muhammad Abû Zahrah dalam kaitan ini menegaskan bahawa

tujuan hakiki hukum Islam adalah kemaslahatan. Tidak ada sesuatu

hukum yang disyariatkan dalam al-Qur`an dan sunnah kecuali di

dalamnya terdapat kemaslahatan. Para ulama’ terdahulu hanya

menyatakan maqasid al-syari’ah dari sudut hasil dan tujuannya

sahaja. Ini dapat dilihat sebagaimana berikut :

i. Al-Ghazzali; menyatakan bahawa “Matlamat Syarak terhadap

manusia ialah lima iaitu penjagaan Agama, diri, akal,

keturunan dan harta”

ii. Al-Amidi; menyatakan bahawa “Matlamat dari pensyariatan

hukum sama ada untuk mencapai kemaslahatan atau menolak

kemudaratan ataupun kedua-duanya sekali”6

iii. Al-Shatibi; menyatakan bahawa “Pentaklifan-pentaklifan

Syarak semuanya bertujuan memelihara matlamatnya terhadap

manusia”

Oleh itu, hukum Islam yang ditetapkan oleh Allah adalah

untuk memenuhi keperluan hidup manusia itu sendiri, baik

bersifat primer, sekunder, mahu pun tertier (dhoruri, haaji,

tahsini). Walau bagaimanapun, hukum Islam tidak bersifat statik tetapi

semakin berkembang dan berubah mengikut keperluan dan maslahah umat

Islam. Pelbagai isu kepenggunaan yang timbul dalam kalangan masyarakat

hari ini memerlukan satu elemen pemikiran hukum Islam yang jitu bagi

menyelesaikan isu-isu yang timbul dan bersesuaian dengan kehendak zaman.

Perkembangan sains dan teknologi juga antara penyebab lahirnya beberapa6 Al-Amidi, al ihkam fi Usul al-Ahkam 3, h296 dalam Maqasid Syariah;Isu-isu Kepenggunaan:Realiti dan Cabaran,2013, Selangor:Persatuan Ulama’ Malaysia.

isu kepenggunaan yang dahulunya tidak dibincangkan secara terperinci oleh

sarjana hukum Islam klasik.

Menurut Mohammad Aizat Jamaludin di dalam artikelnya ‘Ijtihad

Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa di Malaysia’7, erakemajuan yang dialami oleh masyarakat Islam oleh dunia kini telah

menimbulkan banyak persoalan baharu dalam pelbagai aspek atau bidang

kehidupan. Ia bukan sahaja mencabar warisan tradisi masyarakat dan

agama, tetapi juga nilai hidup kontemporari. Kemajuan ini telah

mengakibatkan perubahan yang ketara dalam banyak perkara sama ada dari

segi fizikal atau material dan juga dari segi moral serta spiritual. Secara

umumnya, kebanyakan persoalan baharu ini tidak pernah ada pada waktu

hukum Islam disimpulkan dalam kitab-kitab fiqh klasik. Ia benar-benar

bersifat kontemporari dan juga tidak pernah diketahui oleh fuqaha

terdahulu, malah sesetengahnya mungkin tidak pernah terfikir oleh mereka

akan terjadi.

 Pengaruh Prasarana Moden dengan Pemikiran Hukum Islam

Artikel Mohammad Aizat Jamaludin8 membantu menghuraikan perubahan

hukum Islam semasa dan kaitannya dengan isu-isu fiqh kepenggunaan.

Menurutnya, Al-Sayis menulis, hukum Islam dapat dibahagikan kepada dua,

iaitu pertama, hukum yang tetap dan tidak akan berubah serta ditukar ganti

sama ada berlaku perubahan realiti semasa atau setempat dan kedua,

hukum  juz’iyyah yang memelihara kepentingan manusia dan cara hidup

(‘urf ) mereka.

Dinamisme sains dan teknologi ini memberi kesan terhadap perubahan

hukum Islam dan ketepatan hukum dan dibuat dengan lebih efektif. Hakikat

ini ditegaskan oleh Mahmood Zuhdi Hj Ab Majid yang mana aplikasi syariah

Islam dalam sejarah membuktikan kemungkinan boleh dilakukan

pembaharuan hukum berdasarkan berlakunya perubahan masa dan tempat.

Adalah diakui bahawa pandangan para sarjana hukum Islam zaman

keemasan merupakan kemuncak pemikiran hukum Islam yang tinggi

7 Mohammad Aizat Jamaludin (2009) ‘Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa di Malaysia’, Serdang UPM. h.2-48 Mohammad Aizat Jamaludin (2009) ‘Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa di Malaysia’, Serdang UPM. h.2-4

nilainya. Namun ketinggian itu tidak boleh menjadi alasan untuk

mengekalkannya sebagai kemuncak bagi setiap zaman dan dalam semua

keadaan. Apa pun juga nilainya, pandangan dan fatwa mereka masih terikat

dengan hakikat sebagai hasil pemikiran manusia yang tertakluk kepada

pengaruh masa dan tempat. Tidak seperti wahyu yang kebenarannya

mutlak dan abadi (Mahmood Zuhdi, 2001)9

Hukum ini akan mewarnai kepentingan manusia selari

dengan perubahan masa dan keadaan (al-Sayis, 1970). Selaras dengan hakikat

tersebut, wujudnya elemen al-taghayyur dalam tafsiran nas terutamanya

dalam kategori kedua. Elemen al-taghayyur  menjadi unsur pelengkap dalam

memenuhi keperluan dan realiti manusia yang sentiasa berubah dan

berkembang (al-Zuhayli, 1986). Ibarat kata al-Raysuni: realiti (sosial) seperti air

yang mengalir, iaitu berubah dan tidak bersifat statik (al-Raysuni, 2000).

Justeru, beberapa kaedah yang relevan dapat diaplikasi dalam

menganalisis pandangan sarjana hukum Islam dalam perubahan hukum

hasil implikasi perubahan realiti semasa dan setempat. Kaedah tersebut

adalah: Ertinya: Perubahan dan perbezaan fatwa (hukum) adalah berasaskan

perubahan waktu (masa), ruang (tempat), keadaan, motivasi (niat) dan

kebiasaan (Ibn al-Qayyim, 1992; al-Zarqa, 1998).

Tidak diragukan lagi bahawa dewasa ini terdapat cukup banyak

prasarana dan sarana yang seharusnya mepunyai kesan kuat terhadap

(proses kemudahan diadakannya) penapisan dan tarjih di antara sekian

banyak khazanah pemikiran kita. Diantaranya adalah10 :

a. Perubahan Sosial PolitikSeorang pun tidak ada yang mengingkari bahawa pada abad moden ini

telah terjadi perubahan yang cukup pesat dalam dunia

kemsyarakatan,ekonomi, politik dan budaya. Semua ini mencabar

semua pemikir Islam untuk mengkaji semula khazanah pemikiran

klasik yang barangkali tidak sesuai dengan tuntutan semasa; pada saat

9 Mahmood Zuhdi, (2001) dalam Mohammad Aizat Jamaludin ‘Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh Kepenggunaan Semasa di Malaysia’, Serdang UPM10 Yusf Al-Qardhawi (2000), Pembaharuan Fiqh Abad 21, terj: Abu Maazaayaa Al-Hafiz, Mohammad Farid Zaini, Kuala Lumpur.h-32-50

yang sama, dia perlu memilih sebahagian pemikiran yang pada

zamannya dianggap tidak kuat atau bahkan diabaikan.

Segi perkembangan lain,tidak dapat kita abaikan adalah

terjadinya globalisasi dunia, sehingga bumi seisinya yang sebesar itu

sekarang bagaikan kota kecil. Bahkan ahli falsafah moden berkata

Dunia sekarang laksana kampung kita yang agak besar . Globalisasi“ ”membolehkan hubungan dua hala antara negara-negara di dunia yang

saling terkait dan terikat dan semuanya menjadi anggota Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Semua ini meberikan inspirasi bagi

seorang ahli fiqh Islam moden untuk mengembangkan pemikiran

hukum Islam secara amnya (Yusuf Al-Qardhawi,2000)11.

b. Perkembangan Ilmu Pengetahuan ModenProses perubahan pemikiran Islam berdasarkan teori tarjih tidak

terlepas dari tuntutan perkembangan Ilmu Pengetahuan moden,

terutama dalam bidang biologi dan ilmu alam, yang sekarang telah

diketahui oleh murid sekolah rendah padahal pada zaman dahulu

tokoh falsafah belum tahu mengenainya.

Ilmu alam, biologi, kimia, fizik dan kedoktoran genetik dan

lainnya memberi ilham terhadap manusia untuk menciptakan

penemuan baru alat-alat moden yang pada masa lalu tidak diketahui

oleh sesiapa pun. Ilmu pengetahuan yang sentiasa berkembang pesat

ini telah memberikan kemampuan ekstra bagi seorang pemikir Islam

untuk menyingkap sebahagian pendapat para fuqaha dalam khazanah’klasik.

c. Tuntutan dan Cabaran Zaman ModenKenyataan yang menjadi keperluan zaman moden, juga menjadi

pengaruh lain tidak kalah pentingnya peranan dalam Ijtihad‘Konstruktif’12, di mana seorang ahli Fiqh dituntut untuk

berpandangan yang lebih logik dan mempermudah penetapan-

penetapan hukumnya yang bersifat furu iyah (ranting) baik dalam’ibadah mahupun bidang muamalah terutama bagi mereka yang

11 Yusf Al-Qardhawi (2000), Pembaharuan Fiqh Abad 21, terj: Abu Maazaayaa Al-Hafiz, Mohammad Farid Zaini, Kuala Lumpur.h-32-4412 Lihat Yusf Al-Qardhawi (2000), Pembaharuan Fiqh Abad 21, terj: Abu Maazaayaa Al-Hafiz, Mohammad Farid Zaini, Kuala Lumpur.h45-50

berIjtihad demi kepentingan masyarakat secara umum. Sabda Nabi :

“Permudahkanlah,jangan kamu mempersulit”.

Elemen Pemikiran Hukum Islam

Pemikiran hukum Islam didasari oleh beberapa elemen yang menjadi asas

kepada penyediaan fiqh kepenggunaan Islam. Sebagai sebuah agama yang

dikatakan bersifat syumul, Islam datang dengan membawa peraturan dan

hukum untuk umat manusia. Hukum yang ada di dalam Islam adalah

berdasarkan ketetapan Allah yang disampaikan melalui Nabi

Muhammad sebagai utusan-Nya. Oleh kerana itu, elemen-elemen

pemikiran hukum Islam ini jugalah yang menjadi titik tolak

penyediaan fiqh kepenggunaan Islam yang sesuai dengan perubahan

hukum Islam semasa.

Pembaharuan hukum Islam juga boleh disebut sebagai modernisasi

atau tajdid13. Ia juga dikenali sebagai satu usaha untuk mengadakan atau

menciptakan sesuatu yang baru. Salah satu hadis yang menyebut berkenaan

pembaharuan. Sesungguhnya Allah SWT mengutus bagi umat ini pada“setiap penghujung seratus tahun orang yang memperbaharui agamanya (HR”Abu Dawud). Berdasarkan hadis ini ulama berpendapat bahawa tiap 100

tahun muncul pembaharuan (tajdid) dan tokoh baru (mujaddid).

a. Ijtihad

Dahlan (1999) dalam Ensiklopedia Hukum Islam menyebut

pembaharuan hukum Islam dilakukan dengan Ijtihad dan Ijtihad inilah yang

menjadi intisari pembaharuan Islam. Dengan adanya Ijtihad, dapat

ditafsirkan ajaran-ajaran ataupun perkara-perkara yang bersifat zanni serta

dengan adanya Ijtihad juga dapat ditimbulkan pendapat dan pemikiran baru

sebagai ganti pendapat dan pemikiran ulama terdahulu yang tidak sesuai

lagi dengan perkembangan zaman. Justeru itu Ijtihad merupakan satu

13 Dahlan, Abdul Azis (1999) Ensiklopedi Hukum Islam, Jakarta, PT Ichtiar Van Hoeve.

h.1374-1377

bentuk pemikiran hukum Islam yang dapat memandu umat Islam

keseluruhannya dalam setiap bidang kehidupan khusus dalam bidang

kepenggunaan yang sedang dibincangkan. Ianya bukan sahaja sesuai

dilaksanakan sejajar perubahan zaman,ia juga merupakan satu pemikiran

yang jitu di mana ia mampu menyelesaikan pelbagai permasalahan semasa,

setelah tiada penyelesaian yang disebut di dalam Al-Quran dan Hadis.

Secara ringkasnya Ijtihad didefinisikan sebagai suatu proses

penyelidikan yang serius yang dilakukan secara bersungguh-sungguh oleh

sarjana Islam digelar (mujtahid) untuk menerbitkan hukum-hukum yang

bersifat amali. Menurut Yusuf Al-Qardhawi, (2000)14 Ijtihad telah menjadi

sesuatu yang mendesak bahkan ia fardhu kifayah. Sesungguhnya zaman

tidak mampu mengubah ciptaan manusia, fikiran juga tidak

terbelenggu. Proses alamiah tetap berjalan seperti masa-masa

sebelumnya. Para ulama’ dahulu melatih masyarakat untuk berfikir

setinggi mungkin dengan segenap kesungguhan, padahal mereka buta

huruf dan bodoh.

Sementara kita pada zaman ini, dunia telah maju, semakin

berkembang sains dan teknologi, baik ilmu mahupun budaya,

menjawab masalah dengan serta merta atau menghindarinya, media

untuk itu sudah semakin lengkap. Namun, Ijtihad adalah satu

keperluan dalam pelaksanaan hukum dan ianya tidak mustahil

walaupun pada masa kini. Oleh itu, Ijtihad tetap menjadi asas

dan titik tolak dalam pelaksanaan fiqh kepenggunaan masa kini.

Ijtihad itu sendiri masih releven, tidak ada yang mustahil dan

tidak pernah pintu Ijtihad itu ditutup.

Walau bagaimanapun, untuk mengadakan pembaharuan hukum Islam

(Ijtihad) beberapa langkah atau metod diperlukan agar elemen pemikiran

hukum Islam yang baru ini lebih bersifat syumul, jitu dan sesuai dengan

14 Yusuf Al-Qardhawi. Prof Dr (2000) Pembaharuan Fiqh Abad 21, Penterjemah, Abu Mazaayaa Al-Hafiz dan Hj Mohamad Farid Zaini, Kuala Lumpur. h.12-18

kehendak zaman. Dalam hal ini, Ibrahim Hosen, 1999, ahli hukum Islam

Indonesia mencadangkan langkah-langkah berikut;

1) Pemahaman baru terhadap Kitabullah. Banyak ulama fiqh dahulu’memahami Al-Quran secara harfiah sehingga tidak sesuai yang

dinamakan Al-Quran itu sendiri. Untuk mengadakan pembaharuan

hukum Islam, hal ini harus dirombak dengan mentafsirkan Al-Quran

dalam konteks dan jiwanya. Pemahaman melalui konteks bermaksud

memerhatikan suasana dan situasi ketika ayat Al-Quran diturunkan.

(asbab an-nuzul) sedangkan pemahaman melalui jiwanya bermaksud

memahami dan memerhatikan makna ayat tersebut dan disesuaikan

dengan tuntutan zaman tanpa mengubah makna ayat.

2) Pemahaman terhadap sunnah. Untuk mengadakan pembaharuan

hukum Islam, perlu dilakukan klasifikasi sunnah. Mana yang

dilakukan Rasulullah dalam rangka tasyri’ al-ahkam (penetapan hukum)

dan mana pula yang dilakukan sebagai manusia biasa iaitu sifat

basyariyyah (kemanusiaan). Sunnah baru dapat dijadikan pegangan

wajib apabila dilakukan dalam rangka tasyri al-ahkam. Sedangkan’yang dilakukan sebagai manusia biasa tidak wajib. Di samping itu,

sepertimana Al-Quran, sunnah juga harus difahami dari segi jiwa,

semangat atau substansi yang terkandung di dalamnya.

3) Pendekatan ta’aqquli (rasional). Dalam memahami hukum Islam, ulama

dahulu banyak melakukan pendekatan ta abbudi iaitu menerima’seadanya (bulat-bulat) tanpa ada bantahan sehingga ilat hukum dan

hikmah at-tasyri’ (tinjauan filosofis) tidak banyak terungkap. Oleh itu

pendekatan ta’aqquli (ilmiah rasional) harus ditekankan dalam rangka

pembaharuan hukum Islam. Dengan pendekatan ini, ilat hukum dan

hikmah at-tasyri’ dapat dicerna umat Islam terutama dalam masalah

kemasyarakatan.

4) Masalih Mursalah, masalah kepentingan atau keperluan umum. Ia

adalah satu perkara yang belum ada hukum yang melarang daripada

melakukannya sedangkan perkara tersebut memberi faedah kepada

awam atau boleh menolak kemudaratan umum. Seperti contoh

pengumpulan Al-Quran yang memberi faedah kepada umum.

Ungkapan Di mana ada kemaslahatan di situ ada hukum Allah SWT .“ ”Ia adalah ungkapan yang sangat terkenal dalam kalangan ulama .’

Dalam hal ini, Masalih Mursalah dijadikan dalil hukum bagi banyak

masalah baru yang tidak disebut di dalam Al-Quran dan Sunnah.

5) Sadd az-zari’ah (az-Zari ah) adalah satu kaedah yang melarang orang’Islam mengerjakan sesuatu perkara yang halal, tetapi jika dilakukan

perkara itu akan membahayakannya. Oleh kerana ia membahayakan,

maka Islam melarang perbuatan tersebut demi menjaga maslahat

umat. Dalam rangka pembaharuan hukum Islam, ini sangat

digalakkan.

6) Irtikab akhaff ad-dararain. Iaitu memilih yang paling ringan atau paling

sedikit bahayanya. Dalam pembaharuan hukum Islam, kaedah ini

sangat tepat dan efektif untuk menyelesaikan permasalahan baru.

Contohnya dimana dilarang berperang pada bulan Muharam, namun

sekiranya pihak musuh menyerang, maka haruslah dibalas demi

menjaga keselamatan agama, nyawa dan jiwa umat Islam secara

keseluruhannya. Dengan demikian keharaman berperang pada bulan

Muaharam lebih ringan dibanding dengan keharaman melepaskan diri

dari ancaman musuh.

7) Keputusan Waliyy al-amr (Ulil amri) iaitu pemerintah atau penguasa.

Segala peraturan perundangan wajib ditaati selagi mana ia tidak

bertentangan dengan agama. Hukum bagi sesuatu yang tidak

diperintahkan atau dilarang agama adalah mubah (harus). Dalam hal

ini, pemerintah boleh mewajibkan atau melarang (perkara mubah) atas

dasar masalih mursalah seperti contoh undang-undang kepada para

petani bahawa hasil penjualan pertanian harus dilakukan melalui

koperasi dengan tujuan agar petani terhindar dari tipu muslihat lintah

darat.

8) Prinsip Al-Islam Salih li kull zaman wa makan (Islam sesuai untuk setiap

masa dan tempat) dan taghayyur al-ahkam bi taghayyur al-amkinah wal

azman (hukum akan berubah dengan perubahan tempat dan waktu.

Menurut fuqaha tidak ada Ijtihad terhadap nas yang bersifat qat i.’ ’Tetapi jika sedemikian halnya, hukum Islam akan menjadi kaku dan

jumud. Oleh kerana itu dua prinsip ini ditekankan.

Perkara yang telah dibincangkan di atas sedikit sebanyak memberi

satu gambaran di mana pemikiran hukum Islam yang jitu itu bukanlah satu

perkara remeh tetapi ia merangkumi pelbagai syarat dan kaedah agar

penentuan sesuatu hukum itu adalah benar-benar di atas landasan syariat

yang benar. Pembaharuan hukum Islam yang dikenali juga sebagai tajdid

memerlukan elemen Ijtihad yang menjadi satu perkara pokok yang boleh

diluaskan lagi skop perbincangannya agar pembaharuan hukum Islam ini

tidak hanya terhenti di sini.

b. Wasatiyyah (kesederhanaan)

Selain Ijtihad yang menjadi elemen pemikiran dalam pelaksanaan Fiqh

Kepenggunaan, secara makronya, proses pembangunan Fiqh Kepenggunaan

Islam perlu menggunakan pendekatan Wasatiyyah (konsep kesederhanaan

dan pertengahan).15 Sesuatu disiplin ilmu tidak boleh dibangunkan dengan

meninggalkan warisan tradisi ataupun berpegang secara taasub (bukannya

selektif) dengan disiplin baru daripada barat. Ia perlu bersifat wasatiyyahagar pengalaman pembangunan sains barat yang berunsur anti tuhan“ ”tidak diserap sama oleh masyarakat Islam.16 Walaupun kita mungkin boleh

berpegang kepada Teori Thomas Kuhn tentang Paradgm Shift, namun Fiqh

Kepenggunaan Islam ini perlu tetap berpegang kepada asas turath dan

mengabungkan dengan disiplin kepenggunaan moden.

Fiqh Kepenggunaan Islam perlu berpegang kepada prinsip al-Aslahah

wa al-Muasarah iaitu mengekalkan warisan turath silam dan mengambilkira

elemen pemodenan. Dalam soal ini, umat Islam perlu menjaga warisan

tradisi yang merupakan formula susunan sarjana Islam silam dan berusaha

membangunkan tamadun terkini berasaskan adunan intipati tradisi ini

dengan elemen pemodenan. Contoh terbaik yang boleh diberikan ialah satu

15 Rahimin Affandi Abdul Rahim (2009), “Paradigma Wasatiyyah Dan DailogPeradaban : Satu Analisis , “ Jurnal Peradaban, Pusat Dailog Peradaban UM, v. 2, 2009 dalamRahimin Affandi Abdul Rahim (2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep FiqhKepenggunaan Islam”

16 Hassan Langgulung, (1987) Menghadapi Abad Kedua Puluh Satu, Syarahan Perdana jawatanProfesor Universiti Kebangsaan Malaysia, pada 29 Oktober 1987, Bangi, 1993, h. 31. dalamRahimin Affandi Abdul Rahim (2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep FiqhKepenggunaan Islam”

kajian ilmiah di peringkat pasca siswazah di Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya yang mengkaji status rawatan kumbahan air yang

diamalkan oleh Indah Water Konsortium. Dalam kajian ini, Nadzirah Ismail

telah menggunakan prinsip al-Aslahah wa al-Muasarah dengan meneliti

pandangan fuqaha silam yang berkaitan dengan status dan bahan yang

menyucikan air yang kemudiannya dikaitkan pula dengan kaedah teknologi

rawatan kumbahan air yang terkini. Hasilnya, beliau mendapati status air

kumbahan yang dirawat ini benar-benar bersih dan bertaraf air mutlaq,

yang boleh digunakan untuk keperluan seharian oleh kalangan pengguna

Islam.17

Fiqh Kepenggunaan Islam perlu mengaplikasi prinsip wasatiyyah dalam

pengamalan keilmuan. Dalam dunia akademik, prinsip wasatiyyah ini bolehdigunakan sebagai salah satu alat untuk menilai, menganalisa dan menerima

sesuatu pandangan yang dikemukakan oleh pihak lain, tanpa terpengaruh

dengan kecenderungan penilai itu sendiri (Pre Conceived Idea). Dalam amalan

keilmuan Islam, sesuatu khabar, riwayat, teori, pandangan, formula dan apa-

apa dapatan kajian yang dilahirkan perlu dinilai secara kritikal,

berpandangan jauh (futuristic) dan terpenting sekali perlu mengambilkira

prinsip wasatiyyah ini. Ianya boleh dikatakan sebagai suatu tindakan adil

yang bertindak sebagai orang tengah dalam menilai sesuatu perkara.“ ”Melalui pemakaian prinsip ini, sesuatu pandangan yang diteliti perlu

mengambilkira beberapa perkara penting sebagaimana berikut:

1) Mengambil sikap selektif iaitu tidak menerima dan menolak secara

melulu, yang menuntut supaya ianya dilihat secara holistik.18

2) Memastikan ketepatan sesuatu berita atau teori itu didapati daripada

sumber yang tepat dan betul, seperti mana penegasan Allah agar kita

mengamalkan sikap berhati-hati terhadap berita yang dibawa oleh orang17 Nadzirah Ismail (2003), Status Kesucian Air Kumbahan Yang Dirawat Melalui Kaedah Rawatan OlehIndah Water Konsortium, tesis sarjana untuk Jabatan Fiqh dan Usul, APIUM. dalam RahiminAffandi Abdul Rahim (2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh KepenggunaanIslam” dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (2014) ”Merekonstruksikan MetodologiKonsep Fiqh Kepenggunaan Islam”

18 Rahimin Affandi Abd Rahim (2000), “ Etika Penyelidikan Islam : suatu analisa“, dalam Jurnal Afkar, v. 1, h. 177-196. dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim (2014)”Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh Kepenggunaan Islam”

fasik, kerana ianya akan membawa fitnah yang bakal merosakkan

kehidupan. Untuk tujuan pengesahan, ianya perlu dinilai dan dikritik

secara luaran dan dalaman. Kritikan luaran bertujuan untuk menentukan

ketulenan dan keaslian sesuatu sumber tersebut (kajian sanad).19

Manakala kritikan dalaman pula bertujuan untuk memastikan

kemunasabahan dan kewarasan isi kandungan sesuatu sumber itu dinilai

dari perspektif Islam (kajian matan).20

3) Melihat keserasian sesuatu hujah yang dipakai dengan pandangan sumber

yang berautoriti, samada ianya daripada nas wahyu (al-Quran dan al-

Sunnah), fakta sejarah ataupun teori serta aksioma pemikiran yang telah

diterima ramai, seperti yang terkandung dalam konsep ijmak dan

tawatur.21

4) Tidak boleh menyalahi dengan apa yang telah ditetapkan secara qat’i olehsumber al-Quran dan al-Sunnah, manakala sesuatu warisan silam yang

dihasilkan melalui pemikiran manusia berasaskan kepada sumber akalnya

sendiri baik dari segi pentafsirannya terhadap nas ataupun responnya

terhadap situasi sosial yang timbul di zamannya-perlu dinilai secara

kritikal, kerana ianya masih bertaraf zanni, yang perlu sentiasa

diulangkaji dan diperlengkapkan oleh setiap sarjana pada setiap zaman.22

5) Perlu menolak pendekatan kajian dan penilaian Islam yang bersifat legalformalistik yang lazimnya bersifat hitam ataupun putih, yang akan

menghasilkan kajian yang bersifat kaku dan cenderung kepada tindakan

menghukum dan bukannya bersifat konstruktif bagi tujuan dakwah

mendidik golongan sasaran kajian dan anggota masyarakat. Sebaiknya,

sarjana Islam perlu memikirkan untuk menggunakan pendekatan kajian

yang lebih terbuka dan holistik dalam proses penilaian sesuatu objek

kajian.23

19 Maklumat Lanjut boleh didapati dalam Che Cob Che Mat (1996), Kriteria Penerimaan DanPenolakan Hadith : Satu Kajian Perbandingan Antara Ahl Al-Sunnah Dan Shi’ah, Tesis Untuk FakultiSastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya, h.482-535. dalam Rahimin Affandi AbdulRahim (2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh Kepenggunaan Islam”20 Ibid, h. 642-657.21 Rahimin Affandi Abd Rahim (1993), The Concept Of Ijma In Islamic Law : A“ ’Comparative , dalam ” The Journal of Hamdard Islamicus, Pakistan, v. 16, h. 91-104. dalamRahimin Affandi Abdul Rahim (2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep FiqhKepenggunaan Islam”22 Rahimin Affandi Abd Rahim (2002), “ Epistemologi Hukum Islam : satu pengenalan“, dalam Jurnal Usuluddin, bil. 15, 2002. dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim(2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh Kepenggunaan Islam”23 Rahimin Affandi Abd Rahim (2006), “Ulamak Dan Paradigma Menanggani KebudayaanMelayu “, dalam Hashim Awang, Othman Yatim dan Nor Azita Che Din (ed.),

c. Bermatlamat Selain kedua-dua elemen pemikiran Ijtihad dan Wasatiyyah, perlu

ditekankan Pemikiran yang bermatlamat dalam Kepenggunaan Islam, agar

pelaksanaan fiqh Kepenggunaan Islam itu bertepatan dengan maqasid

syariah yang bermatlamatkan untuk mencapai kebaikan (maslahah) dan

menghindar kerosakan (mafsadah) di dunia dan akhirat. Selain itu,

penggunaan dalam Islam juga bermatlamat untuk mencapai kepuasan

kerohanian (ketenangan dan kesejahteraan) yang seterusnya akan membawa

kepada mendapat keredhaan Allah SWT. Tiga Manhaj yang perlu dijadikan

tunjang dalam aktiviti kepenggunaan diklasifikasikan sebagai berikut; iaitu

kepenggunaan sebagai ibadah, peraturan dalam kepenggunaan serta

penggunaan dan kezuhudan.24

1) Kepenggunaan Sebagai IbadahAktiviti kepenggunaan sewajarnya dilihat sebagai satu kepatuhan

hambaNya menyahut perintah Allah SWT agar menggunakan barangan

dan perkhidmatan yang halal lagi baik. Firman Allah dalam Surah Al-

Baqarah ayat 172 yang bermaksud;

“Wahai orang-orang yang beriman, Makanlah dari benda-benda yang baik

(yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada

Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya”

Asas kepatuhan dan pengabdian inilah yang memberi nilai

ibadah kepada aktiviti kepenggunaan manusia. Aktiviti kepenggunaan

yang diiktiraf sebagai ibadah juga mestilah berupaya memelihara

kesejahteraan fizikal manusia yang telah dianugerahi Allah SWT

dengan sebaik-baik kejadian. Ini selaras dengan tuntutan dharuriyah al-

khamsah iaitu memelihara agama, nayawa, akal, keturunan dan harta.

Wacana Budaya, Kuala Lumpur : APMUM, h. 55-80 dalam Rahimin Affandi Abdul Rahim(2014) ”Merekonstruksikan Metodologi Konsep Fiqh Kepenggunaan Islam”24 Maqasid Syariah:Isu-Isu Kepenggunaan,Realiti dan Cabaran,2013, Kuala Lumpur:Persatuan Ulama” Malaysia,h.12-16

Aktiviti kepenggunaan yang bernilai ibadah juga menjadi bukti tanda

syukur manusia kepada Allah SWT, berterima kasih atas nikmat

kurniaanNya yang tidak terkira. Aktiviti kepenggunaan juga sewajarnya

dapat memanfaatkan sumber dan memakmurkan alam kurniaan Allah

SWT untuk kehidupan dengan sebaik mungkin. Dalam memakmurkan

alam, Islam meletakkan beberapa panduan kepada umat manusia iaitu:

i. Menepati syariat

ii. Tidak memberi kesan negatif kepada nilai-nilai masyarakat,

pemikiran aqidah

iii. Tidak menyebabkan kemusnahan harta dan ekonomi

iv. Kepentingan peribadi tidak boleh mengatasi kepentingan umum.

2) Peraturan dalam KepenggunaanAntara peraturan paling penting dalam Kepenggunaan Islam ialah

segala aktiviti kepenggunaan mestilah diselaraskan mengikut

keutamaan, keperluan semasa, situasi masyarakat dan kemampuan

ekonomi individu. Untuk itu, barangan dharuriyat diutamakan

berbanding barangan hajiyyat dan tahsiniyyat. Perbelanjaan mestilah

berpadanan dengan pendapatan yang diperolehi agar tidak dibebani

dengan masalah-masalah hutang. Barangan kegunaan sendiri

disesuaikan dengan keperluan masyarakat.

Selain itu, aktiviti kepenggunaan hendaklah dilaksanakan

berasaskan aqidah, akhlak diri dan peraturan pemerintah. Paling

utama ianya mestilah menepati prinsip halal-haram yang telah

ditetapkan dalam Islam,iaitu;

i. Tidak mengandungi apa-apa bahagian atau unsur daripada

binatang yang dilarang oleh hukum syarak memakannya atau

yang tidak disembelih mengikut hukum syarak

ii. Tidak mengandungi apa-apa benda yang dihukum sebagai najis

mengikut syarak.

iii. Tidak disedia, diproses atau dikilang dengan menggunakan apa-

apa alat yang tidak bebas daripada benda-benda najis mengikut

hukum syarak

Perbuatan mengharamkan penggunaan barangan dan

perkhidmatan yang memudharatkan diri dan masyarakat sangat

signifikan dalam pelaksanaan Fiqh kepenggunaan yang baik. Sebagai

ganti konsep halalan toyyiban iaitu baik, bermutu, berkhasiat dan

bermanfaat, tidak berbahaya, tiada kesan sampingan kepada manusia

mahupun alam wajar dijadikan prioriti atau keutamaan. Kepenggunaan

juga haruslah dilaksanakan secara sederhana, produktif dan tidak

membazir seperti kata-kata Sheikh Yusuf al-Qaradawi,199625;

“Jika kesederhanaan dalam berbelanja dan penjimatan dalam menggunakan

(harta dan wang ringgit) telah menjadi kebiasaan serta tradisi sesuatu

bangsa, nescaya akan terkumpullah bagi mereka satu potensi kekayaan

yang sangat besar. Masyarakat yang mengamalkan konsep ini merupakan

masyarakat yang dewasa dan memiliki pemahaman yang matang dalam

kehidupan.”

3) Kepenggunaan serta KezuhudanZuhud dalam kepenggunaan merujuk kepada menolak penggunaan

sesetengah barangan tertentu selain yang diperlukan sahaja dan

mengalih keinginan kepada sesuatu yang lebih baik. Dengan kata lain,

zuhud dalam kepanggunaan ini memiliki ciri-ciri berikut;

i. Penggunaan secara berhemah

ii. Mengguna sekadar yang perlu sahaja

iii. Bukan mengejar kelazatan dunia

iv. Sederhana dan tidka membazir

Dalam masa yang sama bersifat warak iaitu meninggalkan

sesuatu yang tidak berdosa disebabkan ianya boleh mendatangkan dosa

juga boleh diperlukan dalam aktiviti penggunaan sehari-hari. Antara

kriteria pengguna yang berifat warak ialah:

i. Meninggalkan perkara haram

ii. Meninggalkan perkara syubhah

iii. Meninggalkan perkara halal kerana takut terjebak dalam

perkara haram (pencegahan). Ia merupakan satu kelebihan

walaupun tidka wajib.

Disiplin fiqh mempunyai engines yang berkeupayaan mengadaptasi

realiti sosial yang timbul hasil dari perubahan sosial yang berlaku dalam

masyarakat. Ijtihad, sikap wasatiyah dan faham matlamat pelaksanaan

25 Yusuf al-Qardhawi,1996, dalam Maqasid Syariah;Isu-isu Kepenggunaan:Realiti dan Cabaran,2013, Selangor:Persatuan Ulama’ Malaysia.h.ivv

kepenggunaan membuka ruang yang cukup dan sistematik bagi ulama atau

intelektual Islam menyelesaikan permasalahan semasa yang dihadapi umat

Islam. Dalam membincangkan persoalan teknologi dan perkembangan

hukum, sepatutnya semua engines fiqh dimobilisasikan secara agresif oleh

mereka yang berkelayakan supaya manfaat dari hukum yang dikemukakan

dirasai oleh seluruh umat Islam (Zulkiple Abd Ghani, 1997)26.

Menurut Osman Bakar, 1997, tidak dinafikan bahawa banyak orang

Islam sendiri melahirkan rasa sangsi mereka terhadap dinamisma hukum

dan perundangan Islam. Dalam suasana pemikiran zaman sekarang di mana

ramai orang Islam sendiri mempertikaikan keunggulan dan keupayaan

Syariah Islam untuk menyelesaikan masalah dunia moden, apatah lagi dalam

konteks masyarakat majmuk. Malaysia yang senstitif terhadap uasaha

memperluaskan ruang lingkup dan bidang kuasa perundangan Islam, apa

yang perlu kita lakukan dari segi pemikiran ialah mengenengahkan suatu

falsafah Syariah yang bersifat universal dan dinamis serta relevan dengan

keperluan dan tuntutan zaman moden, khasnya dengan kehendak dan

cabaran kurun ke 21.

Prinsip-prinsip Syariah yang diwahyukan oleh Allah jelas bersifat

abadi. Keabadiannya akan kita pertahankan. Tetapi pelaksanaannya boleh

disesuaikan dengan tuntutan zaman dan konteks sosio-budaya yang berbeza-

beza. Yang kita maksudkan dengan pembaharuan hukum Islam adalah

merujuk kepada usaha penuh hikmah untuk melakanakan prinsip-prinsip

abadi itu sesuai dengan keperluan zaman kita. Salah satu asas utama usaha

ini ialah Ijtihad yang telah kita bincangkan tadi. Tokoh-tokoh reformis Islam

seperti Syed Jamaluddin al-afghani dan Muhammad Iqbal menyeru agar

semangat Ijtihad dinyalakan semula dengan harapan antara lainnya supaya

Syariah Islam hidup kembali sebagai sistem yang dinamis, progresif dan

universal dalam ertikata bahawa sistem itu memperjuangkan kebaikan dan

keadilan untuk seluruh umat manusia dan bukannya untuk orang Islam

sahaja.

26 Zulkiple Abd Ghani (1997) Teknologi Maklumat: Hubungannya dengan Perkembangan Hukum Islam Semasa dalam Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur: APIUM, 1997.

Kemajuan dalam pemikiran perundangan atau hukum Islam akan

memberi sumbangan besar kepada pembentukan masyarakat maju menurut

acuan Malaysia. Kemajuan ini melibatkan pembaharuan pemikiran dalam

bidang usul al-fiqh atau falsafah Syariah (Osman Bakar,1997)27. Pembaharuan

hukum Silam dalam bidang yang lebih luas selaras dengan keluasan

cakupan Syariah Islam itu sendiri sehingga meliputi bidang-bidang baru

seperti fiqh kepenggunaan semasa, halal-haram barangan, undang-undang

alam sekitar, undang-undang harta intelektual dan sebagainya. Pembaharuan

ini memberi satu tanggungjawab kepada institusi yang diamanahkan untuk

melaksanakan hukum-hukum tersebut dengan penuh adil dan hikmah.

KesimpulanUntuk melaksanakan penyediaan fiqh kepenggunaan islam yang

berasaskan konsep hukum Islam semasa yang berasaskan kepada elemen

pemikiran hukum islam yang jitu, serta dapat mengatasi segala

permasalahan hidup umat manusia millenium baharu ini, para sarjana

hukum Islam perlu mencari jalan penyelesaian yang segera mungkin

untuk memastikan Islam sebagai satu cara hidup yang komprehensif dapat

dilaksanakan. Oleh kerana itu, elemen Ijtihad pada masa kini dan akan

datang perlu diasaskan kepada Ijtihad secara jama ie atau secara kolektif.’Selain itu elemen wasatiyyah (kesederhanaan) juga perlu dititikberatkan

dalam pelaksanaan kepenggunaan Islam agar hukum-hukum dalam

permasalahan baru dapat diselesaikan tanpa undang-undang yang terlalu

jumud (ketat) atau terlalu meringankan hukum (longgar). Dan juga pengguna

dan umat islam sendiri harus faham matlamat dalam kepenggunaan Islam

agar segala tindak tanduk pengguna lebih terpandu.

Sehubungan dengan itu, kefahaman terhadap konsep wasatiyyah dan

matlamat dalam kepenggunaan harus diterapkan dalam diri semua manusia

amnya, umat islam khususnya. Manakala peranan Ijtihad masa kini dan

akan datang adalah untuk menggerakkan kembali fiqh, khususnya bidang

kepenggunaan dan mentafsirkannya selaras dengan perkembangan dunia

masa kini sepertimana ia tumbuh pada peringkat awal dahulu. Hanya

dengan cara demikian sahaja fiqh Islam mampu menyahut cabaran masa

dan mendahului segala perkembangan yang berlaku dalam zaman moden.

27 Osman Bakar (1997), Pembentukan Masyarakat Maju dan cabarannya Terhadap Pembaharuan Hukum di Malysia, dalam Seminar Hukum Islam Semasa Peringkat Kebangsaan, Kuala Lumpur: APIUM, 1997

Sekurang-kurangnya pemikiran hukum Islam mampu mengiringi bukan

mengekori tuntutan semasa.

 

Saranan

Demi memastikan penyediaan fiqh kepenggunaan Islam benar-benar

dilaksanakan dengan aplikasi pemikiran hukum Islam yang jitu, semua pihak

termasuk pengguna, penjual, dan mana-mana pihak yang berkaitan dengan

perniagaan tertentu harus didedahkan dengan beberapa seminar berkaitan

Kepenggunaan Islam, disamping pihak kerajaan mengetatkan peraturan

dalam hal ehwal kepenggunaan agar realiti untuk menjadikan kepenggunaan

itu dilandasi pemikiran hukum islam yang jitu dapat dilaksana. Bertitik tolak

dari itu, diharapkan agar kepenggunaan Islam yang dilaksanakan

menyedarkan kita sebagai hamba dan khalifah Allah yang sentiasa terikat

dengan tiga bentuk interaksi iaitu hubungan dengan Allah, manusia dan

alam sekitar. Segala aktiviti kepenggunaan manusia sehari-hari lebih-lebih

lagi sebagai umat Islam tidak boleh lari dari ketiga-tiga hubungan tersebut.

Malah kita perlu memastikan ketiga-tiga hubungan tersebut dapat

diharmonikan sebaik mungkin. Wallahu alam. ’

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim

Kamus

Muhamed Haji Mahyuddin, Kamus Pendidikan Islam Kbsm, Kuala Lumpur:Penerbit Fajar

Bakti Sdn. Bhd, 1993.

Sheikh Othman Bin Sheikh Salim Et Al. (Ed) (1991), Kamus Dewan Edisi Baru, C.2. Kuala

Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Buku

Abdul Karim Ali, Mohd Nazri Chik, Maqasid Syariah: Isu-isu kepenggunaan

Realiti dan

Cabaran, Selangor: Persatuan Ulama’ Malaysia,2013.Afida Mastura Muhammad Arif, Hak Dan Tanggungjawab Pengguna Dan“Peniaga Dalam ”

Salzalena Bt Salam, Etika Fiqh Kepenggunaan, Kuala Lumpur Apium,

2002.

Ahmad Sjalabi, Sedjarah Pembinaan Hukum Islam (Tarich At-Tasjri’ Al-Islami)Yogyakarta:

Penerbit Djajamurni Djakarta, 1960.

Amir Mu allim, ’ Konfigurasi Pemikiran Hukum Islam. Yogjakarta : Uii Press,

1999.

Dahlan, Abdul Azis, Ensiklopedi Hukum Islam, Jakarta: Pt Ichtiar Van Hoeve,

1999

Fazlur Rahman, Methodology In History, terj: Anas Mahyuddin,

Bandung:Perpustakaan

Salman Institut Teknologi, 403h: 1983m.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, Panduan Hukum Islam, terj: Asep Saifullah Fm,

Kamaluddim

Sa diyatulharamain, Beirut: Daar Al-Kuttub Al Ilmiyah,Pustaka’Azzam, 1996.

Imam Al-Ghazali, Halal Dan Haram Dalam Islam. Kuala Lumpur: Jasmin

Enterprise, 1998.

Lokman Ab.Rahman, Halal Dan Kepenggunaan. Melaka: Jabatan Dan Majlis

Agama Islam

Melaka, 1999.

Mahmood Zuhdi B. Abdul Majid, Sejarah Pembinaan Hukum Islam, C.2. Kuala

Lumpur:

Universiti Malaya,1992

Mahmood Zuhdi B. Abdul Majid, Sejarah Pembinaan Hukum Islam, C.2. Kuala

Lumpur:

Universiti Malaya,1992.

Mahmood Zuhdi Hj. Ab. Majid, Hukum Islam Semasa Bagi Masyarakat Malaysia “Yang Membangun , ”

Dalam Abdul Karim Ali& aihanah Hj. Azahari (Eds.), Hukum Islam

Semasa Bagi

Masyarakat Malaysia Yang Membangun.C. 2, Kuala Lumpur:Akademi

Pengajian Islam,

2001.

Md. Saleh Haji Md. @ Ahmad,“‘Urf  Dan Adat Semasa Di Malaysia Sebagai

Asas Penentuan

Hukum Yang Tidak Dinaskan , Dalam Paizah Hj. Ismail & Ridzwan Ahmad”

(Eds.)

Fiqh Malaysia: Ke Arah Pembinaan Fiqh Tempatan Yang Terkini. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, 2000.

Miftahul Huda, Ahmad Faruk,ed., Filsafat Hukum Islam Menggali hakikat

Sumber dan Tujuan

Hukum Islam, Indonesia: STAIN Ponorogo Press, 2006.

Mohamad Kamil Ab. Majid,Tajdid Perspektif Sejarah Dan Masa Kini. KualaLumpur:

Universiti Malaya,2000

Mohamad Kamil Ab. Majid,Tajdid Perspektif Sejarah Dan Masa Kini. KualaLumpur:

Universiti Malaya,2000

Mohammad Aizat Jamaludin ‘Ijtihad Kontemporari Dalam Pembinaan Fiqh

Kepenggunaan

Semasa di Malaysia’, Serdang UPM,2009.

Muhammad Baltaji, Metodologi Ijtihad Umar Al-Khattab. Mesir, Dar As-Salam,

Indonesia:

Khalifa, Pustaka Al-Kautsar Group,2003

Muhammad Firdaus Nurul Huda, Kesan Perubahan Sosial Terhadap Hukum Islam.

Batu Caves:

Thinker s Library, 2002.’Mujiyono Abdillah, Dialektika Hukum Islam Dan Perubahan Sosial : Sebuah

Refleksisoiologis

Atas Pemikiran Ibn Qayyim Al-Jauziyyah. Surakarta: Muhammadiyahuniversity

Press,2003.

Yusuf Al-Qardhawi, Fiqh Keutamaan, terj :Lasafurdi Lahadi, Ahmad Muzakkir

Alami, Kuala

Lumpur: PTS Islamika Sdn. Bhd, 2014.

Yusuf Al-Qardhawi, Pembaharuan Fiqh Abad 21, terj. Abu Mazaayaa Al-

Hafiz dan Mohamad

Farid Zaini, Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publishers, 2002.

Laman sesawang Http://Darusnal.Blogspot.Com/2009/10/Hukum-Islam.Html Http://Balianzahab.Wordpress.Com/Makalah-Hukum/Hukum-Islam/ Http://Fuadiqudwah.Blogspot.Com/2010/04/Tujuan-Hukum-Islam.Html Http://Nuravik.Wordpress.Com/2010/08/20/Sifat-Sifat-Hukum-Islam/ Http://Irfanaseegaf.Multiply.Com/Journal/Item/3 Buku Pendidikan Agama Islam Untuk Perguruan Tinggi Oleh Wahyuddin,

Achmad, M.Ilyas, M.Saifulloh, Z.Muhibbin


Recommended