Date post: | 26-Apr-2023 |
Category: |
Documents |
Upload: | khangminh22 |
View: | 49 times |
Download: | 0 times |
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JUN 2020
PROGRAM KESIHATAN PERGIGIAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
JUN 2020
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIANi
i GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
Hakcipta Hak cipta terpelihara, tiada bahagian dari terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam apa jua bentuk mekanikal atau elektronik kecuali setelah mendapat kebenaran penerbit. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan GARIS PANDUAN TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA DAN PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN ISBN 978-967-16632-6-4 1. Pain--Measurement--Handbooks, manuals, etc. 2. Vital signs--Handbooks, manuals, etc. 3. Dental care--Handbooks, manuals, etc. 4. Medical protocols--Handbooks, manuals, etc. 5. Government publications--Malaysia. I. Malaysia. Kementerian Kesihatan. Program Kesihatan Pergigian. 616.0472 Diterbitkan oleh Cawangan Kualiti Kesihatan Pergigian Program Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia Aras 5, Blok E10, Kompleks E, Presint 1 Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62590 Putrajaya Tel : 603 - 88834215 Faks : 603 - 88886133 E-mel : [email protected] Laman Web : http://ohd.moh.gov.my Facebook : www.facebook.com/pergigiankkm Cadangan penulisan rujukan Program Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia. Garis Panduan Pelaksanaan Tahap Kesakitan Sebagai Tanda Vital Kelima dan Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian. MOH/K/GIG/2.2020(GU).
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN ii
ii GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 2
3.0 POLISI TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA DI KLINIK PERGIGIAN 2
4.0 POLISI PENGUKUHAN PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 3
5.0 PENGUKURAN TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA (P5VS) 3
5.1 Kaedah Pelaksanaan P5VS 5
5.2 Prosedur Kerja Pengukuran Tahap Kesakitan di Klinik Pergigian 8
5.3 Pemantauan Pelaksanaan P5VS Di Klinik Pergigian 11
6.0 PENGUKUHAN PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 13
6.1 Panduan WHO Modified Analgesic Ladder bagi Pengurusan Kesakitan 14
6.2 Senarai Ubatan bagi Pengurusan Kesakitan Di Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian 15
6.3 Pendekatan Multidisiplin dalam Pengurusan Kesakitan 16
7.0 LATIHAN KEPADA ANGGOTA 17
8.0 PENDIDIKAN MENGENAI KESAKITAN KEPADA PESAKIT 17
9.0 KESIMPULAN 18
Senarai Bahan Rujukan Pelaksanaan P5VS & Pengurusan Kesakitan 19
Skala Kesakitan & Skala FLACC 20
Senarai Jawatankuasa Pembangunan Garis Panduan 25
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIANiii
iii GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
PRA KATA PENGARAH KANAN (KESIHATAN PERGIGIAN) KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tahap kesakitan sebagai tanda vital kelima atau Pain as Fifth Vital Sign (P5VS) telah dilaksanakan di semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2009 lagi. Cetusan daripada pelaksanaan P5VS ini, konsep Program Bebas Kesakitan (Pain Free Programme) telah diperkenalkan pada tahun 2011 yang merupakan satu konsep yang melibatkan pelbagai disiplin dalam penjagaan tahap kesakitan pesakit di mana rawatan kesakitan bukan sahaja terarah kepada rawatan farmakologi semata-mata malah melibatkan skop rawatan yang lebih luas dan turut melibatkan rawatan bukan farmakologi.
Dengan perkembangan positif konsep bebas kesakitan ini, adalah wajar ianya diperluaskan kepada semua fasiliti pergigian KKM termasuklah di klinik pergigian. Ini dapat memastikan penjagaan kesihatan pergigian yang menyeluruh dan holistik serta berterusan kepada pesakit di mana-mana fasiliti pergigian.
Justeru itu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam penghasilan buku garis panduan ini.
Dengan adanya buku garis panduan ini, diharapkan anggota di klinik pergigian dapat meningkatkan mutu penjagaan pesakit termasuk kualiti pengurusan kesakitan selaras dengan perkembangan dan kemajuan negara dan seterusnya akan meningkatkan kualiti hidup rakyat secara keseluruhan.
Buku garis panduan ini bakal menjadi rujukan lengkap kepada semua pihak yang terlibat dalam melaksanakan program ini. Justeru, saya berharap program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Syabas dan ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli jawatankuasa dan semua yang terlibat dalam menyediakan garis panduan ini. Sekian, terima kasih.
(DR. DOREYAT BIN JEMUN)
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 1
1 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
1.0 PENGENALAN Kesakitan merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pesakit mendapatkan
rawatan di klinik pergigian. Namun, tahap kesakitan setiap pesakit tidak dipantau
secara kuantitatif sepanjang pesakit berada di klinik. Keadaan ini akan menjurus
kepada pengurusan kesakitan yang tidak sempurna kerana kurangnya pengetahuan
dan pengalaman anggota pergigian mengenai tahap kesakitan selain ianya tidak
diberi keutamaan di kalangan anggota pergigian mahupun pesakit.
Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bilangan 9 Tahun 2008 -
Pelaksanaan Tahap Kesakitan Sebagai Tanda Vital Kelima / Pain as 5th Vital Sign,
(P5VS) inisiatif ini telah dilaksanakan secara meluas di hospital seluruh negara.
Rentetan itu, KKM telah memperkenalkan Program Bebas Kesakitan atau Pain Free
Programme (PFP) yang menerapkan konsep Hospital Bebas Kesakitan atau Pain
Free Hospital selaras dengan objektif Declaration of Montreal yang memberi
penekanan kepada peluasan akses dalam pengurusan kesakitan.
PFP merupakan satu initiatif yang menggunakan pendekatan holistik dalam
pengurusan kesakitan. Pendekatan ini meliputi penggunaan teknik penilaian yang
betul, kaedah pengurusan kesakitan dan penglibatan multidisiplin yang sesuai.
Hasil dari impak yang baik dan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dari
pelaksanaan P5VS di hospital, pengukuhan dan perluasan skop P5VS harus
diperluaskan ke semua fasiliti kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia
termasuk klinik pergigian, sebagaimana surat arahan Ketua Pengarah Kesihatan -
Pengukuhan Skop Pain As 5th Vital Sign dan Pain Free Programme Bagi Fasiliti
Kementerian Kesihatan Malaysia bertarikh 30 Ogos 2017.
Peluasan progam ini di klinik pergigian akan meliputi pelaksanaan pengukuran tahap
kesakitan sebagai tanda vital kelima serta pengurusan kesakitan di klinik pergigian
selaras dengan konsep patient-centred care atau penjagaan berasaskan pesakit.
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN2
2 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
2.0 OBJEKTIF OBJEKTIF UMUM
Meningkatkan kualiti perkhidmatan pergigian melalui amalan pengesanan dan
pengukuran tahap kesakitan sebagai tanda vital kelima (Pain As Fifth Vital Sign) &
pengukuhan pengurusan tahap kesakitan di klinik pergigian.
OBJEKTIF KHUSUS
i. Memupuk kesedaran anggota pergigian dan pesakit mengenai
kepentingan tahap kesakitan.
ii. Meningkatkan pengetahuan anggota pergigian mengenai pengesanan dan
pengurusan awal kesakitan.
iii. Memupuk amalan pengesanan tahap kesakitan menggunakan skala
kesakitan sebagai sebahagian daripada pengambilan tanda vital.
iv. Memperkukuhkan pengurusan kesakitan di kalangan anggota pergigian.
v. Memberi pengetahuan kepada pesakit mengenai tahap dan kaedah
pengukuran kesakitan.
vi. Meningkatkan kepuasan pesakit melalui perkhidmatan yang disediakan di
klinik pergigian.
vii. Memastikan kesinambungan penjagaan pesakit antara fasiliti pergigian
primer, sekunder dan tertier.
3.0 POLISI TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA DI KLINIK PERGIGIAN
3.1 Skor kesakitan adalah tanda vital ke-5
3.2 Skor kesakitan dinilai pada semua pesakit
3.3 Alat pengukuran tahap kesakitan mesti digunakan secara konsisten
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 3
3 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
3.4 Anggota pergigian perlu diberi kesedaran dan dilatih mengenai
pengukuran dan penilaian serta pengurusan kesakitan
3.5 Anggota pergigian perlu memberi perhatian dan respon segera kepada
nilai skor kesakitan pesakit dan menguruskan kesakitan dengan
sewajarnya
4.0 POLISI PENGUKUHAN PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
4.1 Merawat semua kesakitan sama ada kesakitan akut atau kesakitan
kronik.
4.2 Memastikan pengurusan kesakitan dilakukan secara optima.
4.3 Semua pesakit yang mengalami kesakitan akan dinilai dan dirawat
mengikut kesesuaian berdasarkan analgesic ladder.
4.4 Pengurusan kesakitan melibatkan pasukan pelbagai disiplin
(multidisciplinary team).
4.5 Pengurusan dan perawatan kesakitan akan diberikan secara individu
dengan menggunakan kaedah farmakologi atau bukan farmakologi
seperti tunjuk ajar higin mulut, kaunseling diet, ceramah pendidikan
kesihatan pergigian, rawatan pergigian dan sebagainya.
5.0 PENGUKURAN TAHAP KESAKITAN SEBAGAI TANDA VITAL KELIMA (P5VS)
LOKASI PELAKSANAAN
Peringkat permulaan pelaksanaan Pain As 5th Vital Sign (P5VS) di klinik
pergigian adalah melibatkan semua klinik pergigian yang terletak bersekali
dengan klinik kesihatan. Penetapan ini bagi memudahkan pelaksanaan yang
dirancang secara berperingkat sebelum peluasan secara menyeluruh ke
semua fasiliti pergigian. Lokasi dalam klinik pergigian yang dicadangkan bagi
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN4
4 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
pelaksanaan pengukuran dan penilaian tahap kesakitan adalah di Bilik
Rawatan namun tertakluk kepada kesesuaian klinik.
PERANCANGAN PELAKSANAAN
Pelaksanaan P5VS akan dilaksanakan secara berperingkat di semua klinik
pergigian yang terletak bersekali dengan klinik kesihatan dan melibatkan
beberapa fasa seperti berikut :
PENGLIBATAN ANGGOTA DALAM PELAKSANAAN P5VS
• Semua anggota pergigian yang terlibat dalam merawat pesakit di klinik
pergigian perlu dilatih mengenai P5VS melalui sesi latihan ToT (Training of
Trainers) atau CDE (Continuing Dental Education).
• Bagi aktiviti kesedaran, ia akan melibatkan semua anggota pelbagai jawatan
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan rawatan pesakit
pesakit.
• Manakala aktiviti latihan melibatkan sesi ToT / CDE akan melibatkan pakar
pergigian, pegawai pergigian, juruterapi pergigian dan pembantu
pembedahan pergigian.
• Pelaksanaan P5VS juga akan melibatkan pesakit khususnya dalam sesi
pendidikan mengenai pengenalan P5VS.
2019 2020 2021
Fasa 1 (ujicuba) • 1 klinik pergigian
di setiap negeri dan 1 klinik pergigian bagi setiap kepakaran non-hospital based
Fasa 2 • 3 klinik pergigian
di setiap daerah dalam negeri
Fasa 3 • semua klinik
pergigian di setiap negeri
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 5
5 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
5.1 Kaedah Pelaksnaan P5VS
5.1.1 Saringan Tahap Kesakitan
• Semua pesakit yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan pergigian perlu
disaring tahap kesakitan.
• Saringan skor kesakitan dijalankan ke atas semua pesakit sebelum pesakit
menerima rawatan dan selepas pesakit selesai menerima rawatan.
5.1.2 Pengukuran dan Penilaian Skor Kesakitan Skor kesakitan pesakit boleh diukur dan dinilai dengan menggunakan skala
kesakitan dari 0 hingga 10.
Alat pengukur skor kesakitan / Pain Ruler yang boleh digunakan adalah seperti
berikut :
i. Skala Muka (Face Scale)
• Boleh digunakan untuk pesakit kanak-kanak berumur 4-7 tahun.
• Pesakit akan memberikan skor kesakitan berdasarkan ekspresi ilustrasi muka
dan kerutan dahi pada skala muka yang mewakili tahap kesakitan iaitu dari
tiada kesakitan sehingga kesakitan yang amat sangat.
• Skor kesakitan yang diberikan oleh pesakit menggunakan nombor di setiap
ilustrasi muka.
Rajah 1 : Skala Muka (Face Scale)
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN6
6 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
ii. Skala Nombor (Numerical Scale)
• Boleh digunakan untuk pesakit kanak-kanak berumur > 7 tahun dan pesakit
dewasa.
• Pesakit akan memberikan skor kesakitan berdasarkan nombor yang terdapat
pada skala ini.
• Skor kesakitan bermula dari skor 0 mewakili tiada kesakitan sehingga skor 10
yang mewakili kesakitan yang amat sangat
iii. Behavioural Pain Assessment Tools (FLACC – Face, Leg, Activity,
Crying and Consolability)
• Boleh digunakan untuk pesakit kanak-kanak berumur 1-3 tahun, kanak- kanak
istimewa dan pesakit berkeperluan khas.
• Pesakit akan dinilai dan diberikan skor kesakitan oleh operator / perawat
berdasarkan kelakuan yang ditunjukkan kesan dari kesakitan yang dialami.
• Pesakit akan dinilai oleh operator / perawat berdasarkan kategori wajah
(face), kaki (leg), aktiviti (activity), tangis (cry) dan kebolehpujukan
(consolability).
Rajah 2 : Skala Nombor (Numerical Scale)
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 7
7 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
SKALA FLACC
KATEGORI PEMARKAHAN
0 1 2
WAJAH
Tiada ekspresi tertentu di wajah atau dalam keadaan tersenyum
Kadang terlihat muka berkerut, murung, tidak bermaya atau tidak bersemangat
Rahang terkancing, dagu bergetar (pada kadar kerap hingga berterusan)
KAKI Kedudukan biasa atau selesa
Keadaan tidak selesa, resah atau tegang
Menendang-nendang atau membengkokkan kaki
AKTIVITI
Berbaring tenang, berkedudukan biasa, bergerak dengan selesa
Berguling, berganjak depan dan belakang, tegang
Meringkuk, kaku atau mengelupur
TANGIS Tidak menangis (tidur atau terjaga)
Merengek dan kadang berpeluh
Menangis berterusan, berteriak dan teresak-esak, sering mengeluh
KEBOLEHPUJUKAN Tenang
Masih dapat dipujuk dengan sesekali sentuhan, pelukan atau kata-kata sehingga mudah terganggu
Sukar dipujuk
Setiap kategori diberi markah 0 – 2 dengan jumlah keseluruhan 0 – 10
5.1.3 Kategori Kesakitan Berdasarkan Skor
Skor kesakitan boleh diklasifikasikan seperti berikut:
SKOR 0 1-3 4-6 7-10
KATEGORI KESAKITAN
Tiada kesakitan (No Pain)
Ringan (Mild)
Sederhana (Moderate)
Teruk (Severe)
Rajah 3 : FLACC Scale / Behavioural Pain Assessment Tools
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN8
8 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
5.1.4 Dokumentasi Skor Kesakitan Skor kesakitan pesakit didokumentasikan di dalam kad rawatan pesakit (LP8).
Berikut merupakan tanda vital yang didokumenkan bagi setiap pesakit di klinik
pergigian :
i. Tekanan darah (Blood Pressure, BP)
ii. Kadar nadi (Pulse Rate, PR)
iii. *Suhu (Temperature, T)
iv. *Kadar pernafasan (Respiratoray Rate, RR)
v. Skor kesakitan (Pain Score, PS)
* Tanda vital bagi suhu dan kadar pernafasan direkodkan apabila perlu berdasarkan
justifikasi klinikal
5.2 Prosedur Kerja Pengukuran Tahap Kesakitan di Klinik Pergigian
Bil Tindakan Lokasi Tanggungjawab
1 Mendaftarkan pesakit Kaunter Pendaftaran
PT/PPK/PPP
2 Mengambil tanda vital pesakit (tekanan darah, kadar nadi, suhu, kadar pernafasan) termasuk skor kesakitan sebelum pemeriksaan oleh pegawai pergigian
Lokasi Berkaitan (Bilik rawatan / lokasi saringan bersesuaian)
PP/JP/PPP
3 Mengambil sejarah perubatan pesakit & pemeriksaan mulut
Bilik Rawatan PP/JP
4 Menilai dan mengenalpasti skala tahap kesakitan
Bilik Rawatan PP/JP
5 Merawat dan; atau memberi preskripsi ubat sekiranya perlu
Bilik Rawatan PP/JP*
6 Mengambil semula skor kesakitan selepas rawatan / pengurusan kesakitan
Bilik Rawatan PP/JP
7 Membuat rujukan bagi tujuan pengurusan kesakitan sekiranya perlu mengikut skala kesakitan
Lokasi Berkaitan PP/JP
8 Memberi temujanji untuk pemeriksaan lanjut atau pesakit dirujuk ke hospital
Kaunter Temujanji / Bilik Rawatan
PP/JP
*Nota: Pegawai Pergigian sahaja yang dibenarkan untuk memberi preskripsi ubat
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 9
9 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
5.2.1 Carta Alir A : Pengambilan Skor Kesakitan & Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian (Skor Kesakitan 0 hingga 6)
ADAKAH SKOR KESAKITAN <7 ?
Pesakit didaftarkan
Pesakit dipanggil untuk pemeriksaan
AMBIL SKOR KESAKITAN Catat skor di LP8
Mulakan pengambilan sejarah perubatan & pergigian, pemeriksaan dan diagnosis
MULA
Pesakit dirawat / diurus berdasarkan diagnosis melalui :
1. Berikan rawatan pergigian
dan
2. Berikan preskripsi ubat (PCM / NSAIDs) dan antibiotik (jika perlu) berdasarkan diagnosis dan justifikasi klinikal
Ya
Tidak
AMBIL SKOR KESAKITAN Catat skor di LP8
ADAKAH SKOR KESAKITAN <7 ?
Tidak
1. Berikan post-op instruction, reassurance, dan nasihat agar pesakit menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan
2. Berikan temujanji rawatan susulan (jika perlu) dan pesakit dibenarkan pulang
1. Rujuk ke Pakar Pergigian / Pakar FMS / untuk preskripsi ubat Tramadol jika perlu
dan / atau
2. Berikan surat rujukan ke Pakar Pergigian untuk pengurusan kesakitan selanjutnya
3. Berikan temujanji rawatan susulan (jika perlu) dan pesakit dibenarkan pulang
TAMAT
Ya
RUJUK CARTA ALIR B
PESAKIT DENGAN SKOR
KESAKITAN
7 -10
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN10
10 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
5.2.2 Carta Alir B : Pengambilan Skor Kesakitan & Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian (Skor Kesakitan 7 hingga 10)
Seperti Carta Alir A
Pesakit dirawat / diurus berdasarkan diagnosis dan justifikasi klinikal melalui
1. Berikan local anaesthetic (LA) di kawasan mengalami kesakitan
dan / atau
2. Berikan preskripsi kombinasi ubat analgesic PCM dan NSAIDs (PCM + NSAIDs). Dos pertama PCM + NSAIDs diberikan sebelum rawatan jika pesakit setuju.
Ya
Tidak
AMBIL SKOR KESAKITAN Catat skor di LP8
ADAKAH SKOR KESAKITAN <7
?
Carta Alir B
ADAKAH SKOR KESAKITAN <7 ?
Tidak
ADAKAH SKOR KESAKITAN <7 ?
1. Berikan post-op instruction, reassurance, dan nasihat agar pesakit menghabiskan ubat antibiotik yang diberikan
2. Berikan temujanji rawatan susulan (jika perlu) dan pesakit dibenarkan pulang
1. Rujuk ke Pakar Pergigian / Pakar FMS / untuk preskripsi ubat Tramadol jika perlu
dan / atau
2. Berikan surat rujukan ke Pakar Pergigian untuk pengurusan kesakitan selanjutnya
3. Berikan temujanji rawatan susulan (jika perlu) dan pesakit dibenarkan pulang
TAMAT
Pesakit dirawat / diurus berdasarkan diagnosis melalui :
1. Berikan rawatan pergigian dan
2. Berikan preskripsi ubat (PCM / NSAIDs) dan antibiotik (jika perlu) berdasarkan diagnosis dan justifikasi klinikal
Ya
AMBIL SKOR KESAKITAN Catat skor di LP8
Seperti Carta Alir A
Tidak
Ya
SEPERTI CARTA ALIR A
PESAKIT DENGAN
SKOR KESAKITAN 0 – 6
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 11
11 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
5.3 Pemantauan Pelaksanaan P5VS di Klinik Pergigian
a) Klinik yang melaksanakan P5VS perlu memastikan kriteria seperti berikut :
i. Sesi taklimat kesedaran (awareness) diadakan melibatkan semua
anggota di klinik pergigian
ii. Skor kesakitan pesakit dicatatkan di kad rawatan bagi setiap sesi
lawatan
iii. Skala kesakitan samada Skala Muka, Skala Nombor atau Skala
FLACC digunakan di klinik pergigian. Skala ini boleh dipamerkan di
bilik rawatan untuk kegunaan perawat ataupun disimpan di dalam fail.
iv. Carta alir tatacara pengambilan skor kesakitan dan pengurusan
kesakitan di klinik pergigian disimpan di dalam fail atau dipamerkan di
bilik rawatan
b) Pemantauan pelaksanaan dilakukan dengan menggunakan format
penilaian pelaksanaan P5VS mengikut kriteria seperti dibawah:
i. Pemantauan status pelaksanaan P5VS akan dijalankan bermula pada
tahun 2021.
ii. Pemantauan dan penilaian akan dilaksanakan oleh Penyelaras P5VS
peringkat daerah yang dilantik oleh Pegawai Pergigian Daerah.
iii. Aktiviti pemantauan pelaksanaan P5VS perlu dilaksanakan sekurang-
kurangnya satu (1) kali setahun.
iv. Klinik yang memperolehi markah pencapaian 75% dan ke atas
dikategorikan sebagai klinik pergigian yang melaksanakan P5VS.
v. Format penilaian pelaksanaan P5VS di klinik pergigian adalah seperti
di Lampiran 1.
NO KRITERIA PECAHAN MARKAH (%) 1. Pengetahuan mengenai P5VS dikalangan
anggota 40%
2. Dokumentasi skor kesakitan dalam kad rawatan (minima 30 kad)
40%
3. Penggunaan skala kesakitan 10% 4. Carta alir P5VS 10%
JUMLAH MARKAH 100%
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN12
12 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
LAMPIRAN 1 – FORMAT PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM P5VS DI KLINIK PERGIGIAN
NO KRITERIA KAEDAH PENGIRAAN JUMLAH MARKAH
(%)
1. Pengetahuan mengenai P5VS dikalangan anggota
2. Dokumentasi skor kesakitan dalam kad rawatan
(minima 30 kad)
3. Penggunaan skala kesakitan
Skala Muka / Skala Nombor / Skala FLACC ada di klinik pergigian (dipamerkan / disimpan di dalam fail)
• 10 markah jika ada • 0 markah jika tiada
4. Carta alir P5VS Carta alir Pengambilan Skor Kesakitan dan Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian ada di lokasi (dipamerkan / disimpan di dalam fail)
• 10 markah jika ada • 0 markah jika tiada
JUMLAH
Bilangan anggota di klinik pergigian yang mengikuti taklimat awareness P5VS
Bilangan anggota di klinik pergigian
Bilangan kad rawatan yang diperiksa
Bilangan kad rawatan yang ada skor kesakitan pesakit sebelum dan selepas rawatan di klinik pergigian
Disediakan oleh :
(Nama Penyelaras P5VS Daerah) Tarikh : Cop rasmi :
Disemak oleh :
(Nama Pegawai Pergigian Daerah) Tarikh : Cop rasmi :
X 40
X 40
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 13
13 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
6.0 PENGUKUHAN PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
6.1 Panduan WHO Modified Analgesic Ladder bagi Pengurusan Kesakitan
WHO Modified Analgesic Ladder untuk Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian
Pemberian ubat tahan sakit (analgesic) dan kaedah pengurusan kesakitan
bagi pesakit di klinik pergigian boleh dirujuk berpandukan WHO Modified
Analgesic Ladder untuk Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian seperti di
bawah :
KESAKITAN TERUK (SEVERE)
KESAKITAN TIDAK TERKAWAL
(UNCONTROLLED) Skor 7-10 Rujuk ke hospital
untuk rawatan seterusnya
KESAKITAN SEDERHANA (MODERATE)
1. Local Anesthetic (LA) dan / atau 2. Kombinasi PCM dan NSAIDs (PCM + NSAIDs) PCM 1g X qid + Sodium Diclofenac 50mg X tds / Mefenamic acid 500mg X tds / Ibuprofen 400 mg X qid dan / atau 3. Rawatan pergigian dan / atau 4. Weak Opiod (Tramadol) jika perlu Tramadol 100mg X qid *Strong opiod seperti morphine hanya untuk kegunaan di hospital sahaja
Skor 4-6
KESAKITAN RINGAN (MILD)
1. Rawatan Pergigian dan 2. PCM / NSAIDs selepas rawatan (jika perlu) PCM 1g X qid
atau Sodium Diclofenac 50mg X tds
atau Mefenamic acid 500mg X tds atau Ibuprofen 400 mg X qid
Skor 1-3
1. Rawatan Pergigian dan
2. PCM / NSAIDs selepas rawatan (jika perlu) PCM 1g X qid
atau Sodium Diclofenac 50mg X tds
atau Mefenamic acid 500mg X tds atau Ibuprofen 400 mg X qid
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN14
14 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
6.1.1 Kaedah penggunaan WHO Modified Analgesic Ladder untuk Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian
Skor 1 – 6
• Untuk pesakit di klinik pergigian dengan kesakitan ringan dan sederhana (mild to moderate pain), pengurusan kesakitan dimulakan dengan rawatan pergigian yang berkaitan.
• Anestesia setempat (local anesthetic / LA) boleh digunakan semasa rawatan bagi mengurangkan kesakitan.
• Analgesic boleh diberikan (PCM / NSAIDs) selepas rawatan jika
perlu.
Skor 7 – 10
• Untuk pesakit di klinik pergigian dengan kesakitan teruk (severe pain), anestesia setempat (local anesthetic / LA) diberikan di kawasan yang mengalami kesakitan.
• Jika kesakitan tidak berkurangan, kombinasi analgesic PCM dan NSAIDs diberikan sebelum rawatan sekiranya pesakit setuju.
• Selepas kesakitan teruk dapat dikawal dan diuruskan, rawatan
pergigian yang berkaitan boleh diberikan; dan / atau
• Untuk preskripsi Tramadol, pesakit perlu dirujuk ke Pakar Pergigian / Pakar FMS
*Penggunaan morphine di fasiliti pergigian hanya digunakan di peringkat hospital sahaja.
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 15
15 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
6.2 Senarai Ubatan bagi Pengurusan Kesakitan Di Klinik Kesihatan & Klinik Pergigian
6.2.1 Ubat analgesic yang terdapat di klinik kesihatan
KUMPULAN UBAT NAMA UBAT KATEGORI PRESCRIBER
NON OPIODS 1. Analgesic Paracetamol C 2. NSAIDs Sodium Diclofenac - Tablet B - Gel A - IM (Intramuscular) A/KK Mefenamic acid B lbuprofen B Naproxen Sodium
(Naprosyn, Synflex) A/KK
Ketoprofen (Orudis, Oruvail) - Ketoprofen Transdermal Plaster A - Ketoprofen Gel A Meloxicam (Mobic) A/KK Indomethacin B 3. Cox-2 inhibitor Celecoxib (Celebrex) A Etoricoxib (Arcoxia) A OPIODS 1. Weak Opioid Tramadol - Tablet A/KK - IM (Intramuscular) A - Dihydrocodeine (DF 118) B 2. Strong Opioid Morphine - CR 10mg A - IR (Immediate Release) A* - Morphine Sulphate Tablet (MST) A - Oxycodone A*
ANTINEUROPATHIC AGENT Gabapentin A* STEROID lntraarticular injection Triamcinolone A/KK
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN16
16 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
6.2.2 Ubat analgesic yang terdapat di klinik pergigian
KUMPULAN UBAT NAMA UBAT KATEGORI PRESCRIBER
NON OPIODS 1. Analgesic Paracetamol C 2. NSIADs Sodium Diclofenac - Tablet B Mefenamic acid B lbuprofen (Brufen) B OPIODS 1. Weak Opioid
Tramadol - Tablet A/KK
6.3 Pendekatan Multidisiplin Dalam Pengurusan Kesakitan
Pengurusan kesakitan adalah satu proses yang melibatkan pelbagai jawatan
profesion yang bersesuaian dan menggunakan pendekatan yang berbeza. Kesemua
anggota mempunyai peranan masing-masing dalam pengurusan kesakitan.
Peranan dan tanggungjawab setiap profesion dalam pengurusan kesakitan adalah
seperti di jadual berikut :
NO PROFESION PERANAN DALAM MENGURANGKAN TAHAP KESAKITAN PESAKIT
1. Pakar Pergigian Menyelaras dan memantau program
serta merawat pesakit secara holistik
2. Pegawai Pergigian /
Juruterapi Pergigian
Menjalankan saringan kesakitan,
mencatatkan skor kesakitan dan intervensi
pengurusan kesakitan
3. Farmasi / Pendidikan
Kesihatan
Melaksanakan pendidikan pesakit tentang
pematuhan pengambilan ubat, fungsi ubat,
alergi dan kesan sampingan
4. Pegawai Pergigian Memberikan rawatan dan preskripsi ubat
yang bersesuaian
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 17
17 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
NO PROFESION PERANAN DALAM MENGURANGKAN TAHAP KESAKITAN PESAKIT
5. Pembantu Pembedahan
Pergigian / Pembantu
Perawatan Kesihatan
Membantu menjalankan saringan kesakitan,
mencatatkan skor kesakitan dan intervensi
pengurusan kesakitan
6. Pembantu Tadbir / Pembantu
Pembedahan Pergigian /
Pembantu Perawatan
Kesihatan
Menguruskan pendaftaran pesakit
7. LATIHAN KEPADA ANGGOTA
i. Latihan anggota secara berterusan perlu dijalankan bagi memastikan semua
anggota jelas berkaitan kesakitan sebagai tanda vital kelima dan pengurusan
kesakitan di klinik pergigian.
ii. Latihan amali berkenaan P5VS & Pengurusan Kesakitan perlu dijalankan
kepada Pakar Pergigian, Pegawai Pergigian dan Juruterapi Pergigian serta
dilaksanakan secara berkala.
iii. Taklimat kesedaran (awareness) meliputi semua anggota.
8. PENDIDIKAN MENGENAI KESAKITAN KEPADA PESAKIT
Pendidikan yang berterusan khususnya kepada pesakit yang hadir ke klinik dan
umumnya kepada masyarakat adalah penting bagi memastikan kesinambungan
dan kelancaran pelaksanaan P5VS ini. Antara langkah yang boleh dirancang
adalah seperti berikut :
i. Memberi pendidikan mengenai jenis-jenis kesakitan, skor kesakitan dan
modaliti rawatan yang bersesuaian melalui sesi ceramah dan taklimat.
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN18
18 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
ii. Menyediakan ruang pendidikan (Sudut P5VS / Pain Corner) dan bahan-bahan
pendidikan kesihatan pergigian yang boleh meningkatkan kesedaran dan
kefahaman pesakit mengenai kesakitan.
iii. Penyampaian pendidikan kesihatan pergigian melalui platform media sosial
dan aplikasi multimedia seperti mobile apps, video, persembahan powerpoint
digalakkan.
9.0 KESIMPULAN
Program Kesakitan Sebagai Tanda Vital Kelima / Pain as Fifth Vital Sign
(P5VS) dan Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian merupakan inisiatif
pemantapan perkhidmatan kesihatan pergigian dan pemerkasaan masyarakat
dalam penjagaan kesihatan. Ianya perlulah menjadi teras dalam pelaksanaan
sebarang usaha bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap
penjagaan kesihatan pergigian. Melalui penglibatan bersama ahli masyarakat,
satu sinergi akan terbentuk dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan
kesihatan pergigian di negara ini.
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 19
19 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
SENARAI BAHAN RUJUKAN PELAKSANAAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN: (Garis panduan dan bahan pendidikan boleh dimuat turun dari portal rasmi KKM di
Penerbitan > Program Bebas Kesakitan)
Garis panduan
i. 2 in 1 P5VS Guideline 2018 (3rd Edition)
ii. PFP Manual 2018 (2nd Edition)
iii. Pain Scale (Ruler) Template Version 2018
Modul latihan bagi P5VS di Klinik Pergigian
i. Our Journey of PFP
ii. Pain free programe and P5VS – The Dental Experience
iii. P5VS 2016 training module for primary cares
iv. Implementing The Pain Free Services in Primary Care
Modul latihan bagi Pengurusan Kesakitan di Klinik Pergigian:
i. RAT approach for Primary Care
ii. Understanding the Pain Ladder and Morphine Protocol for the
Management of Acute Pain and Wound Care
iii. Correct Usage of Pain Management Tool
iv. Pain Free at 93
v. Cancer Pain 2012
vi. Chronic Headache Management
vii. Neck Pain Management
viii. Neuropathic Pain Management
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN20
20
GARI
S PA
NDUA
N P5
VS &
PEN
GURU
SAN
KESA
KITA
N DI
KLI
NIK
PERG
IGIA
N
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 21
21
GARI
S PA
NDUA
N P5
VS &
PEN
GURU
SAN
KESA
KITA
N DI
KLI
NIK
PERG
IGIA
N
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN22
22
GARI
S PA
NDUA
N P5
VS &
PEN
GURU
SAN
KESA
KITA
N DI
KLI
NIK
PERG
IGIA
N
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 23
23
GARI
S PA
NDUA
N P5
VS &
PEN
GURU
SAN
KESA
KITA
N DI
KLI
NIK
PERG
IGIA
N
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN24
24
GARI
S PA
NDUA
N P5
VS &
PEN
GURU
SAN
KESA
KITA
N DI
KLI
NIK
PERG
IGIA
N
FLAC
C (1
-3 T
AHUN
)
GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN 25
25 GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
AHLI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN GARIS PANDUAN P5VS & PENGURUSAN KESAKITAN DI KLINIK PERGIGIAN
PENASIHAT Dr. Doreyat bin Jemun
Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian)
Kementerian Kesihatan Malaysia
PENGERUSI Dr. Mazlina binti Mat Desa
Pengarah
Bahagian Amalan dan Perkembangan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
Dr. Norliza binti Mohamed
Pengarah (Mantan, Januari 2018 – Julai 2019)
Bahagian Amalan dan Perkembangan Kesihatan Pergigian
Kementerian Kesihatan Malaysia
AHLI
• Dr. Zainab binti Shamdol • Dr. Leslie S. Geoffrey
• Dr. Rozihan binti Mat Hasan @ Husin
• Dr. Misah binti Ramli
• Dr. Nurrul Ashikin binti Abdullah
• Dr. Enny Esdayantey binti Abdul
Manab
• Dr. Sharifah Munirah Al-Idrus binti
Syed Jaafar
• Dr. Aminah binti Marsom
• Dr. Norhayati binti Omar
• Dr. Sharifah Maznah binti Wan
Mahmood
• Dr. Kamarul Hisham binti Kamarudin
• Dr. Aswani binti Ahmad
• Dr. Zubaidah binti Mohd Zubir
• Dr. Faizah binti Muhamad Zin
• Dr. Naemah binti Sharifuddin
• Dr. Anith Shazwani binti Adnan
• Dr. Engku Fatin Farhana binti
Che Ku Abdullim
• Dr. Malathy a/p Selvaraju
• Dr. Munirah binti Paiizi
• Dr. Nurhafiza binti Othman
• Dr. Siti Syahirah binti Ridzwan
• Dr. Siti Nur Baiduri binti Mohd
Jaini
• Dr. Siti Sarah Soraya binti
Mohamad
• Pn. Norliza binti Jamalludin
PENGHARGAAN
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada
Ahli-ahli Mesyuarat Teknikal Program Kesihatan Pergigian KKM
dan
Ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Dasar dan Perancangan Kesihatan Pergigian KKM
serta
individu-individu yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan penerbitan buku garis panduan ini.