+ All Categories
Home > Documents > Kaedah penguasaan mufradat bahasa arab melalui ayat lazim berasaskan hafazan aL-QURAN: tinjauan awal

Kaedah penguasaan mufradat bahasa arab melalui ayat lazim berasaskan hafazan aL-QURAN: tinjauan awal

Date post: 10-Dec-2023
Category:
Upload: ukm-my
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
17
Transcript

Internutional Seminar on ALQaran in Contemporary Stt,Oct. ldt'&

V€rqL}r ?

Al-Qur'an, Da'awah and Education, Doctrines (Aqidah) and Thoughts

Kesukaran MerBajrr Dan Belajar Al.-eura* Dalam Kaia-g:.Pelajar Pekak : lsu Dan Cabaran Guru pendidikan lslam

Strata.Ei Per€kayasaan Modal lnsan Cem.erlang Berdasa -, : "

Surah Al-Kahfi

Kaeda,h Hafe?an Maahad Tahfiz Di Malaysia

Tafsir lsyar'i berkaitan .Kesan dan Nat!;ah Tasawwuf: K:Penilaian terhadap Tafsir al-Bahrul Madid karanga.Ajibah

(aedah Fenguasaan Nlufradat Bahasa Arab.Melalui A,:lazim Berasaskan Hafazan Al-quran: Tinjauan Awal

l,:-:g

.Persepsi al-Samiwi ferhadap Tiga. Sahabat. Utaha Rasul u : -

SAW: Analisis Menurut Peni{apatAhl al-Sun,nah wa al-Jama'ah

Aplikasi Rebt Dalarn Xauriseling Kelompok Berctrux:-Berpaksikan Al Quran Dalam Menangein.i Stres

n* Pembangunan Modul Pemantapan Sa.trsiah Bersepadu is :-Bagi Mahasiswa Universiti Sultan Zainal Abidin Terengga- _

Analisis Makfla Kata al-Ma,wt dan pola Terbitannya Dala rQuran

M.urtafa Che Omar, Nik Hassin SemanAbdullah Yusoff & Abdul Hakim AbdullahUniversiti Sultan Zainal AbidinMohd Shafiee Hamzah, Rahimah Embong, AzharYaacob & Muhamad Zaid lsmailUniversiti Sultan Zainal Abidin,Malaysia

Ralidah Abd Razak & Nadiyah EliasUniversiti Utara Malaysia

Mahvaddin Hashim, Abdul Rahman Obeid &Adnan Mohamed Yusuff(ustM)

Mohd Zulkifli Muda, Harun Baharudin & SitiFatimah Salleh

U niversiti Kebangsaan Malaysia {UKM}

Mohd Safri Ali, Razali lrrusa, Wan HisharnudinWan Jusoh, Muhammad Rashidi Hj. Mlahab; MohdFaizul Azmi, Syed Hadzrullathfi Syed Omar &Zaida Zainal AbidinUniversiti Sultan Zainal Abidin

Raja Hazirah Raja Sulaiman; Ra.hirnah.Embong,Nik Murshidah Nik Din, Noor Anida Awang,Normila Noruddin, Mohd Tauf iq Abdul Talib,Abdul Aziz Sulaiman & Wan lsmail Wan Abdullah(Universiti Sultan Zainal Abidin)

Fatimah Zaharah lsm,ail, Normadtah Daud &Mariam Nabilah Mohd Noor.

"Al-Quran Propelling An fJmmah Wasatiyyah,,

Internationul Seminur on Al-Quran in Contemporary Societyoct ldh & llh

Malaysia mengamalkan kaedah yang hampir sama, iaitu pengulangan ayat sekerap mungkin

sehingga mantap ayat dalam ingatan. Kebanyakan institusi pula mempunyai jadual waktu harian

yang hampir sama untuk menghafal Al-Quran. Hasil daripada maklumat yang didapati,

penyelidik menyarankan agar penyelidik dalam bidang pembelajaran Al-Quran meneroka kaedah

bafazan melalui percambahan pemikiran baru dengan mengkaji teori-teori menghafal dan

mengingat sedia ada dan mengaplikasikannya untuk bidanghafazan,juga menghimpun kaedah-

kaedah serta strategi-sfategi mengingat yang diamalkan oleh hafrzyangberjaya.

Katakunci: Hafazan, Al-Quran, Pusat Tahfiz

tatltlltlitt

Kaedah Penguasaan Mufradat Bahasa Arab Melalui Ayat Lazim Berasaskan Hafazan Al-Quran: Tinjauan Awal

Mohd Zulkifli Bin Muda,Harun Bin Baharudin & Siti Fatimah Salleh

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)[email protected]

Penguasaan bahasa arab telah dikenalpasti teknik penguasaannya dalam bentuk yang pelbagai

seperli melalui teknik lakonan, debat, dialog, pengajaran secara langsung dan sebagainya'

Kebanyakan pelajar yang menguasathafazan al-Quran dengan mantap juga mengalami kesukaran

dalam penguasaan bahasa Arab. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengemukakan satu

pendekatan baharu melalui ay&-eyal lazim berasaskan hafazan al-Quran untuk menguasai bahasa

Arab. Metologi yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini adalah kajian kepustakaan

dan penelitian ikut serta. Kaedah kepustakaan dengan mengkaji buku dan jumal yang berkait

dengan metode penguasaan bahas Arab. Manakala kaedah penelitian ikut serta adalah melalui

proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung. hafazart al-Quran merupakan satu

mekanisme signifikan unh.rk dijadikan pendekatan baharu dalam penguasaan bahasa Ara! di

kalangan pelajar yang telah atau sedang menguasai hafazan al-Quran.

Kata Kunci: Kedah, Penguasaan Bahasa Lrab,Hafazan, Al-Quran.

allattttlaat

Aplikasi Rebt Dalam Kaunseling Kelompok BerstrukturBerpaksikan Al Quran Dalam Menanggani Stres

Fatimah @ Norlia bt Abdullah & Mohd Shahril b Othman

Lanskap pendidikan abad ke-21 berhadapan dengan masa depan yang mencabar dan memerlukan

unjakan paradigma, perancangan rapi, sistematik dan holistik seiring dengan perkembangan dunia

p.raiait* ,.*ura. Modal insan yang berkualiti dan berdaya saing adalah tunjang kepada impian

dan harapan rakyat Malaysia dalam mencapai misi dan visi Wawasan 2020, Cabaran

mewujudkan modal insan yang menggunakan minda secara aktif, kritis, kreatif dan inovatif dan

mampu meaanggani stres dengan baik perlu diberikan penekanan. Dalam konteks inipelajarperlu diberikan pendedahan tentang strategi menanggani stres dalam bentuk kebebasan

uatuk berbincang secara interaktif dengan pelajar yang lain dalam kumpulan kecil bagi

"Al-Quran Propelling An Ummah Wasatiyyah" 111

1

KAEDAH PENGUASAAN MUFRADAT BAHASA ARAB MELALUI AYAT

LAZIM BERASASKAN HAFAZAN AL-QURAN: TINJAUAN AWAL

MOHD ZULKIFLI BIN MUDA

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

HARUN BIN BAHARUDIN (Ph.D)

Fakulti Pendidikan

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[email protected]

Siti Fatimah Salleh

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

[email protected]

Abstrak

Penguasaan bahasa arab telah dikenalpasti teknik penguasaannya dalam bentuk

yang pelbagai seperti melalui teknik lakonan, debat, dialog, pengajaran secara

langsung dan sebagainya. Kebanyakan pelajar yang menguasai hafazan al-

Quran dengan mantap juga mengalami kesukaran dalam penguasaan bahasa

Arab. Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengemukakan satu pendekatan

baharu melalui ayat-ayat lazim berasaskan hafazan al-Quran untuk menguasai

bahasa Arab. Metologi yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini

adalah kajian kepustakaan dan penelitian ikut serta. Kaedah kepustakaan dengan

mengkaji buku dan jurnal yang berkait dengan metode penguasaan bahas Arab.

Manakala kaedah penelitian ikut serta adalah melalui proses pengajaran dan

pembelajaran secara langsung. hafazan al-Quran merupakan satu mekanisme

2

signifikan untuk dijadikan pendekatan baharu dalam penguasaan bahasa Arab di

kalangan pelajar yang telah atau sedang menguasai hafazan al-Quran.

PENDAHULUAN

Bahasa Arab adalah bahasa yang boleh dipelajari oleh sesiapa sahaja yang ingin

mengusai bahasa tersebut apatah lagi bagi masyarakat yang beragama Islam. Suasana di

Malaysia menunjukkan, bahasa Arab adalah bahasa kedua bagi masyarakat Melayu disebabkan

ia menjadi amalan dalam komunikasi dan amalan ibadah yang dilakukan seperti membaca al-

Quran dan Solat. Selain itu, ia juga diguna pakai dalam pertuturan rasmi seperti ucapan

pembukaan majlis, ucapan-ucapan sapaan dan sebahagian besar kata serapan yang menjadi

pertuturan harian adalah dalam bahasa Arab.

Al-Quran sendiri menjelaskan tentang kelebihan bahasanya, ia digambarkan dalam

sebuah firman Allah s.w.t. tentang manfaatnya yang bervariasi iaitu sebagaimana firmanNya

dalam surah Saad ayat 29:

ه إليك مب ب روا ك كتب أن زلن ب لب ال اته وليتذكر أولو اي ءاليد

Terjemahan: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu kitab yang

penuh dengan berkah (kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya) untuk

mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan supaya mendapat

pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.

Intipati dari ayat tersebut menggambarkan kepada kita bahawa al-Quran memberi

manfaat yang bervariasi kepada umatnya. Selain panduan agung dalam kehidupan manusia, ia

juga adalah mekanisme signifikan dalam memberi input kepada kaedah penguasaan bahasa Arab.

3

Mata pelajaran bahasa Arab sudah lama diperkenalkan dalam sistem pendidikan di

Malaysia. Ia juga satu mata pelajaran yang mesti dipelajari di sekolah-sekolah agama atau kelas-

kelas aliran agama. Manakala sesetengah sekolah yang bukan aliran agama tidak mempelajarinya

atau dipelajari untuk pengetahuan sahaja bukan tujuan peperiksaan. Kewujudan program Ulul

Albab yang berteraskan hafazan al-Quran seperti di MRSM Kota Putra mewajibkan mata

pelajaran bahasa Arab dipelajari dan menduduki peperiksaan.

Bagi pembelajaran bahasa Arab di kalangan masyarakat Arab, al-Quran digunakan

sebagai syahid (contoh) kepada tatabahasa Arab (nahu) dan juga sebagai dalil untuk menguatkan

sesuatu hujjah yang dikemukakan. Bagi masyarakat Melayu yang menjadikan bahasa Arab

sebagai bahasa kedua sudah pasti al-Quran menjadi sumber utama sebagai perbendaharaan kata.

Sewajarnya pelajar yang mengikuti sitem hafazan al-Quran tidak mempunyai masalah dalam

menguasai perbendaharaan tersebut.

Para pelajar yang menguasai hafazan al-Quran dilihat tidak mampu menguasai bahasa

Arab dengan baik sebagaimana pencapaian hafazan al-Quran. Mengikut analisis pencapaian

mata pelajaran bahasa Arab bagi pelajar yang mengikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia

(SPM) MRSM Kota Putra menunjukkan pelajar yang berada pada tahap tidak cemerlang lebih

ramai daripada pelajar cemerlang. Analisis ini dapat dilihat melalui jadual di bawah:

Jadual 1: Analisis Pencapaian Mata Pelajaran Bahasa Arab dan Hafazan Al-Quran Tingkatan 5

Semester 1 2015, Maktab Rendah Sains Mara Kota Putra Ulul Albab

Bahasa Arab Bil. Pelajar Hafazan Al-Quran Bil. Pelajar

Tinggi (A+, A, A-) 27 30 Juzuk (Khatam) 54

Sederhana (B+, B) 41 20-30 Juzuk 70

Lemah (C+, C, D, E, G) 96 10-20 Juzuk 40

Jumlah 164 164

Sumber: Unit Penilaian & Peperiksaan MRSM Kota Putra 2015

4

Apabila mata pelajaran hafazan al-Quran diserap ke dalam sistem pembelajaran, ia

dilihat sebagai mekanisma signifikan untuk menguasai bahasa Arab dalam pengajaran dan

pebelajaran. Kemerosotan penguasaan bahasa Arab menggambarkan bahawa pelajar tidak

mengaplikasikasikan hafazan al-Quran ke dalam pembelajaran bahasa Arab sebagai pengetahuan

sedia ada.

Kebanyakan pelajar menghadapi permasaalahan kekurangan mufradat bahasa arab dalam

penyelesaikan atau menjawab soalan-soalan ujian atau peperiksaan. Faktor ini perlu diatasi dan

dibendung dengan mengambil pendekatan memperkenalkan kaedah penguasaan bahasa Arab

dengan menjadikan hafazan al-Quran sebagai mekanisma komprehensif yang sedia ada dalam

membantu para pelajar mengatasi masaalah tersebut. Kajian ini cuba mengaplikasikan hafazan

al-Quran yang telah dihafaz sebagai pengetahuan sedia ada bagi menambah mufradat atau

perbendaharaan kata dikalangan pelajar menguasai bahasa Arab.

METODOLOGI KAJIAN

Al-Quran juga merupakan antara sumber utama yang ada pada masyarakat Melayu yang

perlu digunakan sebaik mungkin. Melihat kepada bentuk kajian ini di peringkat tinjaun,

metologi yang digunakan dalam menghasilkan kertas kerja ini adalah kajian kepustakaan dan

penelitian ikut serta. Kaedah kepustakaan dengan mengkaji buku dan jurnal yang berkait dengan

metode penguasaan bahas Arab serta menganalisis mufradat dalam surah-surah lazim. Manakala

kaedah penelitian ikut serta adalah melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara langsung.

Bagi menghasilkan kertas kerja ini kaedah yang digunakan ialah dengan mengeluarkan ayat-ayat

lazim yang terdapat dalam juzuk tiga puluh (30) sahaja.

5

Antaranya seperti kata serapan bahasa Melayu yang terdapat dalam al-Quran, kalimah-

kalimah isim, isim Jamid, isim yang boleh diisytiqaqkan kepada feil,idhafat, kata sifat, zaraf

zaman dan feil-feil seperti madhi, mudhori’, amar.

Kajian ini dapat menyedarkan para pendidik dan pelajar bahawa al-Quran merupakan

sumber terbaik bagi meningkatkan penguasaan bahasa arab yang mana selama ini tidak

dimanfaatkan dengan sebaiknya. Para pelajar yang menghafaz al-Quran mendapat dua kebaikan

pertama hafazan al-Quran itu sendiri dan yang kedua dapat menggunakan ayat-ayat yang dihafaz

ketika memperaktikkan bahasa Arab. Manakala bagi guru pula dapat menambah baik kaedah

pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

Beberapa karya atau artikel jurnal telah dikenalpasti bagi membuat ulasan tentang sorotan

literatur. Antaranya ialah:

1- Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat, Mat Taib Pa (2012), menyatakan strategi

pengajaran yang berpusatkan pelajar seperti lakonan memberi lebih ruang kepada pelajar untuk

meneroka kemahiran bahasa. Artikel ini mendedahkan teknik lakonan sebagai salah satu

mekanisme yang wajar diaplikasi oleh pelajar bagi menguasai mufradat bahasa Arab

terutamanya untuk menguasai pembelajaran bahasa Arab.

2. Siti Ikbal Sheikh Salleh. (2007). Masalah Penguasaan Pertuturan Bahasa Arab di Kalangan

Pelajar Sekolah Menengah Agama Selangor dlm. Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Malaysia, (Mohd Rosdi Ismail, penyusun) m.s. 1-14, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Beliau menyebut punca atau faktor yang menjadi permasaalahan dikalangan pelajar untuk

bertutur bahasa Arab.

6

3. Mat Taib Pa. 2006. Dasar-dasar Utama Pengajaran Nahu Arab di Malaysia. Dlm. Mohd

Rosdi Ismail @ Mat Taib Pa (pnyt.), Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di Malaysia.

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Beliau menyatakan bahawa pengajaran kosa kata perlu diberi penekanan utama dalam

proses pengajaran bahasa.

4. Ahmad Kilani Mohamed. (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Kilani juga mengatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran nahu dipengaruhi

oleh penguasaan perbendaharaan kata.

5. Biemiller, Andrew. (2001). Teaching Vocabulary: Early, Direct and Sequential. United States

of America: American Educator, Spring.

6. Stahl, Steven, A. 1999. Vocabulary Development. Cambridge, MA: Brookline Book.

Biemiller (2001) dan Stahl (1999) telah menjalankan kajian untuk melihat perkaitan

penguasaan perbendaharaan kata dan kefahaman dalam bacaan. Dapatan kajian menunjukkan

penguasaan perbendaharaan kata yang terhad dalam pembelajaran bahasa menghalang pelajar

daripada cuba memahami teks.

7. Lickona, T. (1991). Educating for character how our school can teach respect and

responsibility. New York: Bantam.

Menurut Lickona (1991) pembelajaran yang berpusatkan guru akan menyebabkan

konsep, fakta atau kemahiran yang dipelajari akan lebih cepat difahami atau mudah dikuasai.

8. Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin

Othman. (2011). Teknik pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di SMKA di Malaysia.

GEMA Online™ Journal of Language Studies 11(2), 67-82.

7

Penggunaan teknik yang hanya berfokus kepada beberapa teknik sahaja akan

mengganggu keberkesanan kerana setiap teknik yang digunakan mempunyai kekuatan xzx

kelemahan (Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-

Uddin Othman, 2011).

9. Lado, R. (1980). Mengajar bahasa: Satu pendekatan saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Lado (1980) menyatakan bahawa kita sedang menyaksikan perubahan-perubahan terbesar

dalam sejarah pengajaran bahasa, iaitu perubahan yang menyentuh setiap aspek kajian yang

dikenali pada zaman ini. Dahulu bahasa hanya dikaji oleh segolongan kecil manusia sebagai

tanda orang terpelajar tetapi sekarang ia dipelajari oleh semua golongan masyarakat. Begitu juga

dengan kaedah pembelajaran ia turut berubah dengan pesat. Apa yang menjadi matlamat

sebelum ini yang kebiasaannya terhad pada lingkungan kepada beberapa bahan sastera yang

terpilih dengan perhubungan lisan serta memahami peraturan sesuatu bangsa dalam pelbagai

bidang yang berkaitan dengan kepentingan manusia.

10. Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din & Mohamad

Haron. (2000). Panduan latihan mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Menurut Abdul Rahim, Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din

dan Mohamad Haron (2000) sekiranya aktiviti ini dikendalikan dengan bersungguh-sunguh ia

akan menjadi satu kaedah pengajaran yang berkesan.

8

11. Harun Baharudin dan Zawawi Ismail (2014 & 2015) turut menyatakan bahawa penguasaan

perbendaharaan kata merupakan sterategi terbaik untuk menguasai bahasa Arab.

Kebanyakan karya yang dikemukakan ini menjelaskan cara penguasaan bahasa Arab

melalui beberapa teknik atau kaedah serta menjadi asas penguasaannya mestilah menguasai

mufradat atau perbendaharaan kata.

Melihat kepada corak-corak kajian yang telah dijalankan oleh para pengkaji, sarjana dan

ahli kademik dalam pelbagai dimensi, didapati kajian yang khusus tentang penguasaan mufradat

bahasa Arab melalui hafazan al-Quran terhadap pelajar-pelajaar MRSM Kota Putra masih belum

dijalankan. Kajian-kajian lepas lebih kepada mengkaji penguasaan bahasa Arab melaui kata

pinjaman atau pengetahuan sedia ada dari kata serapan. Kajian lepas juga tidak menyebut tentang

kepentingan meningkatkan mufradat bahasa Arab dengan mengguna pakai kalimah-kalimah al-

Quran yang telah dihafaz dalam mata pelajaran hafazan al-Quran.

KAEDAH-KAEDAH PENGUASAAN MUFRADAT BAHASA ARAB

Teknik atau kaedah pengusaan bahasa Arab mampu dicapai melalui dimensi yang

pelbagai. Selain dari kaedah pembelajaran secara berpusatkan guru, pelbagai pendekatan telah

dikenalpasti oleh sarjana dalam memperkukuhkan penguasaan bahasa arab. Menurut Azani

Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat, Mat Taib Pa (2012), menyatakan strategi pengajaran yang

berpusatkan pelajar seperti lakonan memberi lebih ruang kepada pelajar untuk meneroka

kemahiran bahasa.

Selain dari teknik lakonan, pelajar juga boleh menggunakan kata serapan atau kata

pinjaman sebagai pengetahuan sedia ada bagi membantu menguasai murfadat bahasa Arab.

Menurut Mat Taib Pa (2012), jumlah perkataan pinjaman Arab di dalam bahasa Melayu sama

ada dalam bentuk yang asli atau telah berlaku perubahan amat banyak di antara 1100 hingga

9

2000 patah perkataan. Jumlah ini pastinya mempunyai pengaruh yang besar terhadap penguasaan

bahasa Arab dalam kalangan pelajar di Malaysia.

Menurut Nik Safiah Karim (1993), pedagang Arab khususnya dari Yaman telah

menyebarkan Islam ke Malaysia sehingga bahasa Arab menjadi begitu dekat di hati masyarakat

Melayu. Hal ini mengakibatkan sebahagian perkataan-perkataan Arab sudah sebati dengan

kehidupan mereka. Kesebatian ini menjadikan mereka hampir tidak menyedari bahawa mereka

sering mendengar dan menuturkan bahasa tersebut setiap hari.

Oleh itu kajian ini cuba menyelusuri al-Quran sebagai pengetahuan sedia ada bagi

pelajar-pelajar yang menghafaz al-Quran supaya mufradat bahasa Arab dapat ditingkatkan

dengan menggunakan beberapa langkah yang akan diperkenalkan dalam tinjauan ini.

1. Kata Serapan Bahasa Melayu Yang Terdapat Dalam Al-Quran.

Makna Kalimah Asal Kalimah al-Quran

Alam العالمي عامل Waswas الوسواس وسوس Jin النة جن Hasad حسد حسد Yatim اليتيم يتيم Miskin المسكي مسكي Aman وآمن هم أمن Sabar بالصب صب Kubur المقابر قب Yakin اليقي يقي Nikmat بنعمة نعمة

10

2. Kalimah-kalimah Isim

i- Isim Jamid

Makna Kalimah asal Kalimah al-Quran

Jalan صراط سراط Dada صدور صدر Manusia الناس إنسان Tangan يدا يد Tali حبل حبل

ii- Isim yang dimusytaqkan kepada feil

Makna Kalimah Musytaq Kalimah al-Quran

Pujian - Memuji مدحي - محد المد Orang yang dimarahi - Marah غضبي - غضب المغضوب Hamba - Menyembah يعبد -عبد عبدا Sebaik Hakim - Menghukum حيكم -حكم بأحكم Orang yang meminta - Soal يسأل -سأل السائل

iii- Frasa Idhafat

Makna Kalimah Asal Kalimah al-Quran

Tuhan sekelian alam رب العالمي رب + العالمي Hari pembalasan ين ين ي وم + الد ي وم الدRaja segala manusia ملك الناس ملك + الناس Makanan orang

miskin طعام المسكي طعام + المسكي

Pasukan bergajah أصحاب الفيل أصحاب + الفيل Malam al-qadar لة + القدر لة القدر لي لي

11

iv- Kata Sifat

Makna

Kata Sifat Kalimah al-Quran

Daun yang dimakan ulat كعصف مأكول مأكول

Api Allah yang dinyalakan نار الله الموقدة الموقدة Tiang yang panjang دة دة مد عمد مد

Kupu-kupu yang berterbangan ث كالفراش المبثو المبثوث Bulu yang dihamburkan كالعهن المن فوش المن فوش Lembaran-lembaran yang suci رة مطهرة صحفا مطه

v- Isim yang menunjukkan masa (zaraf zaman)

Makna

Kalimah al-Quran

Hari ي وم Musim sejuk تاء الشMusim panas الصيف Masa/waktu asar العصر Waktu duha الضحى Waktu malam الليل

3. Feil-Feil

Makna

Jenis Fe’il

Kami menyembah, kami

mohon pertolongan

Feil Mudhari’ إياك ن عبد وإياك ن ستعي Tunjukilah kami Feil Amar اهدنا الصراط المست قيم Kamu telah beri nikmat Feil Madhi صراط الذين أن عمت عليهم

Katakanlah Feil Amar قل هو الله أحد Telah menciptakan Feil Madhi نسان من عل ق خلق ال

12

PENUTUP

Al-Quran merupakan sebuah mukjizat yang terkandung dengannya pelbagai fungsi dan

faedah yang pelbagai. Penguasaan bahasa arab boleh dikuasai dengan mudah apabila seseorang

individu mampu menguasai al-Quran. Para pelajar dan pengajar yang telah menguasai hafazan

al-Quran hakikatnya mereka telah mempunyai kekuatan untuk menguasai bahasa Arab.

Pendekatan hafazan al-Quran merupakan medium atau kaedah terbaik dalam menguasai

mufradat dan menjadikan ia sebagai perbendaharaan kata sedia ada dalam mengaplikasi

penggunaan kalimahnya semasa pembelajaran dan pengajaran. Penguasaan mufradat melalui

kaedah hafazan al-Quran mampu menangani masaalah kelemahan pelajar menggunakan

mufaradat untuk menjawab peperiksaan, komunikasi harian, penguasaan pelajaran bahasa Arab

dan sebagainya.

Teknik atau kaedah penguasaan bahasa Arab melalui hafazan dapat dilihat melalui kata

serapan bahasa Melayu yang terdapat dalam al-Quran, isim yang pelbagai dan feil-feil yang

dilakukan secara harian seperti madhi, mudhori’, amar.

13

RUJUKAN

Al-Quran al-Karim

Abdul Rahim Abdul Rashid, Abdul Aziz Abdul Talib, Abdul Ghafar Md. Din &

Mohamad Haron. (2000). Panduan latihan mengajar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Ahmad Kilani Mohamed. (2001). Teori Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Sekolah Menengah Agama di Malaysia. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Azani Ismail @ Yaakub, Azman Che Mat, Mat Taib Pa (2012). Membina Kemahiran

Pertuturan Menerusi Aktiviti Lakonan Dalam Pengajaran Bahasa Arab GEMA Online™

Journal of Language Studies 325, Volume 12(1)

Biemiller, Andrew. (2001). Teaching Vocabulary: Early, Direct and Sequential. United

States of America: American Educator, Spring.

Harun Baharudin & Zawawi Ismail. (2014). Vocabbulary Learning Strategies and Arabic

Vocabbulary Size among Pre-University Students in Malaysia. International Education Studies,

Vol. 7, No 13, Canadian Center of Science and Education.

Harun Baharudin & Zawawi Ismail. (2015). Learning Strategies of Arabic Language

Vocabbulary for Pre-University Students in Malaysia. Asian Social Science, Vol. 11, No 10,

Canadian Center of Science and Education.

Lado, R. (1980). Mengajar bahasa: Satu pendekatan saintifik. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Lickona, T. (1991). Educating for character how our school can teach respect and

responsibility. New York: Bantam.

14

Mat Taib Pa. (2006). Dasar-dasar Utama Pengajaran Nahu Arab di Malaysia. Dlm.

Mohd Rosdi Ismail @ Mat Taib Pa (pnyt.), Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Arab di

Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Mat Taib Pa. (2012). األلفاظ العربية الداخيلة في اللغة الماليزيا , dlm. Journal “Al-Dad” m.s. 1-19,

Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Nik Safiah Karim & lain. (1993). Tatabahasa Dewan, Jilid Pertama, Cetakan Kelapan

(Edisi Kedua), Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Siti Ikbal Sheikh Salleh. (2007). Masalah Penguasaan Pertuturan Bahasa Arab di

Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Agama Selangor dlm. Pengajaran dan Pembelajaran

Bahasa Arab di Malaysia, (Mohd Rosdi Ismail, penyusun) m.s. 1-14, Kuala Lumpur: Penerbit

Universiti Malaya.

Stahl, Steven, A. 1999. Vocabulary Development. Cambridge, MA: Brookline Book.

Zawawi Ismail, Ab Halim Tamuri, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff & Mohd Ala-Uddin

Othman. (2011). Teknik pengajaran kemahiran bertutur bahasa Arab di SMKA di Malaysia.

GEMA Online™ Journal of Language Studies.


Recommended