+ All Categories
Home > Documents > KONSEP PLURALISME DAN LIBERALISME - MUFTI SELANGOR

KONSEP PLURALISME DAN LIBERALISME - MUFTI SELANGOR

Date post: 12-Nov-2023
Category:
Upload: uniten
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
36
Transcript

OLEH :

Y.A.D S.S DATO’ SETIA HJ. MOHD TAMYES B. ABD WAHID

SSIS., DPMS., PPT. DATO’ SERI UTAMA DIRAJA MUFTI SELANGOR

1.0. TUJUAN 2.0 MAKSUD LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA 3.0 PENDAHULUAN 4.0. CIRI-CIRI PEMIKIRAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA 5.0. CONTOH-CONTOH PEMIKIRAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA 5.1. SIS FORUM (MALAYSIA) 5.2. COMANGO 5.3. IRSYAD MANJI 6.0. RESPON PEMIMPIN DI MEDIA 7.0 KEPUTUSAN FATWA 8.0 KESIMPULAN

ISI KANDUNGAN

Tujuan kertas kerja ini diadakan adalah untuk menyebarkan kepada masyarakat tentang bahayanya pemikiran Liberalisme dan Pluralisme Agama. Antara penjelasannya ialah : 1. Latarbelakang pemikiran Liberalisme & Pluralisme . 2. Mengenalpasti aliran pemikiran yang sedang menyerang pemikiran umat Islam. 3. Kaedah-kaedah dan medium yang digunakan oleh musuh-musuh Islam.

1.0. TUJUAN

Sedarkah kita bahawa umat Islam sedang diserang secara senyap? Bagaimana generasi anak-anak muda akan datang?

FIKIR-FIKIRKAN…

SEDARKAH KITA?

Umat Islam berhadapan dengan cabaran yang sukar dan merbahaya dengan berkembangnya LIBERALISME Asalnya ia merupakan gerakan di barat yang bertujuan : - menentang penguasaan gereja - menghadkan kekuasaan politik - mempertahankan pemilikan - menetapkan hak asasi manusia

Latarbelakang

Hasil daripada gerakan itu lahirlah pemikiran Liberalisme yang berpandangan bahawa kemajuan ilmu pengetahuan dan kebudayaan memerlukan semakan semula terhadap prinsip, pemikiran serta amalan dalam beragama yang difahami berasaskan falsafah dan pencapaian semasa.

Latarbelakang

• Liberalisme :

serangan pemikiran yang mengarah kepada keterbukaan dan kebebasan dalam mentafsirkan agama dari belenggu tafsiran lama.

• Pluralisme Agama:

Pemikiran yang meletakkan kebenaran adalah milik bersama semua agama (menyamakan semua agama)

2.0. MAKSUD

SAMBUNGAN... Firman Allah s.w.t :

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (Wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka yang telah terpesong itu” Inilah serangan yang sedang dihadapi oleh umat Islam seluruh dunia iaitu serangan pemikiran barat yang menyesatkan manusia dari PENCIPTANYA.

3.0. LATAR BELAKANG

Ciri-ciri penyelewengan adalah seperti berikut: a) Berpegang kepada Konsep Pluralisme b) Akal Manusia Adalah Wahyu c) Meragui Ketulinan Al-Qur`an d) Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur`an Dan Al-Hadith e) Menggesa Tafsiran Baru al-Qur`an Dalam Konsep Ibadat f) Mempertikaikan Kriteria Dan Akhlak Kenabian g) Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam

4.0. CIRI-CIRI PENYELEWANGAN PEMIKIRAN

a) Berpegang kepada Konsep Pluralisme Konsep pluralisme adalah menjadi pegangan utama dalam aliran pemikiran liberal. Plurisme agama berpendirian bahawa setiap agama mempunyai konsep, persepsi dan respon yang tersendiri terhadap Realiti Yang Agung (ultimate reality). Semua agama adalah sama tarafnya merujuk kepada Realiti Yang Agung. b) Akal Manusia Adalah Wahyu Aliran ini membahagi wahyu kepada dua kategori iaitu wahyu yang bertulis dan wahyu yang tidak bertulis. Wahyu bertulis adalah al-Qur’an dan ia adalah teks semata-mata. Wahyu tidak bertulis adalah akal manusia dan akal yang sebenarnya menghidupkan teks al-Qur’an berdasarkan tujuan serta konteks suasana zaman.

4.0. CIRI-CIRI PENYELEWANGAN PEMIKIRAN LIBERAL

SAMBUNGAN... c) Meragui Ketulinan Al-Qur’an Aliran pemikiran ini mendakwa al-Qur’an diresapi dengan budaya Arab kerana orang Arab menjadi bahasa itu, tambahan pula katanya Nabi Muhammad S.A.W yang menjadi pembawa risalah juga terdiri dari orang Arab. Mereka menyatakan bahawa kesahihan risalah tersebut tidak ada lagi kerana sebenarnya yang ada hanyalah message budaya Arab. d) Mempersoalkan Metodologi Pentafsiran Al-Qur’an Dan Al-Hadith Aliran pemikiran ini mempersoalkan cara atau metodologi pentafsiran al- Qur’an yang digunapakai kini. Dengan slogan “membuka dan membebaskan tafsiran al-Qur’an”, aliran pemikiran ini menggunakan pendekatan takwilan sendiri terhadap beberapa ajaran al-Qur’an yang jauh berbeza dengan pandangan Ahli Sunnah wal Jamaah.

4.0. CIRI-CIRI PENYELEWANGAN PEMIKIRAN

SAMBUNGAN...

e) Menggesa tafsiran baru al-qur’an dalam konsep ibadat Aliran pemikiran ini juga berpegang ‘membuka dan membebaskan’ tafsiran al-Qur’an, sebagai alasan untuk memajukan umat Islam dan menganjurkan agar teks-teks al-Qur’an menempuh proses dekonstraksi bagi membolehkan tafsiran-tafsiran baru dibuat. f) Mempertikaikan kriteria dan akhlak kenabian Aliran pemikiran ini secara sinis mengkritik sifat Nubuwwah yang dimiliki oleh Rasulullah S.A.W dengan mengatakan ia tidak lain hanyalah sebagai kemampuan kepimpinan seorang manusia ke atas manusia lain (leadership value). Justeru sesiapapun boleh mempunyai sifat nubuwwah tersebut untuk memimpin manusia ke arah ciri-ciri yang baik. Malah mukjizat seperti peristiwa Isra’ dan Mikraj dianggap sebagai bahan cerita yang sengaja diperbesarkan (exageration) oleh pengikut baginda yang taksub sedangkan ia hanyalah sekadar mimipi yang tidak terjadi di alam realiti.

4.0. CIRI-CIRI PENYELEWANGAN PEMIKIRAN

SAMBUNGAN...

g) Sikap Terhadap Ilmu-Ilmu Islam Ilmu-ilmu Islam seperti Usul al-Tafsir, Usul al-Fiqh, Usul al-Hadith, al-Jarah wa la-Ta’dil dan sebagainya yang telah secara Ijma’ diterima sebagai metod dalam disiplin ilmu, telah dikritik oleh aliran pemikiran ini sebagai buatan manusia. Penentuan hukum yang telah qat’ie dan hukum yang tidak qat’ie menurut mereka perlu dinilai semula dalam usaha merealisasikan konsep membuka dan membebaskan Islam melalui tafsiran semula ajaran Islam. (Jamali Mohd Adnan, 2013)

4.0. CIRI-CIRI PENYELEWANGAN PEMIKIRAN

CONTOH-CONTOH PEMIKIRAN LIBERALISME DAN PLURALISME AGAMA

5.1. AGENDA-AGENDA SIS FORUM (MALAYSIA)

5.2. AGENDA-AGENDA COMANGO 5.3. AGENDA-AGENDA IRSYAD MANJI

5.0.

SIS FORUM (MALAYSIA)

5.1.

SAMBUNGAN...

Agenda pentafsiran Semula Al-Qur’an Bagi SIS Forum (Malaysia) adalah penting pengalaman, fikiran dan suara wanita dimasukkan ke dalam tafsiran al-Qur`an dan pentadbiran agama dalam dunia Islam serta menolak metodologi ulama’ tradisional dalam memahami nas al-Qur`an dan Hadis. Mereka percaya tafsiran lama telah tidak adil terhadap wanita seperti dalam kenyataan mereka : “Kami amat sedih kerana agama telah diperalatkan untuk membenarkan amalan dan nilai-nilai budaya yang menganggap wanita sebagai berkedudukan lebih rendah daripada lelaki. Kami percaya bahawa ini berlaku kerana kaum lelaki sahaja yang telah menguasai secara eksklusif hak mentafsir al-Qur`an”.

5.1. AGENDA-AGENDA

SAMBUNGAN... Isu Kebebasan Beragama Dalam Kenyataan Media SIS Forum (Malaysia) : “jangan Mengawal Aqidah dengan Undang-Undang .....SIS tidak bersetuju dengan apa jua usaha yang menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Dalam Surah al-Baqarah, 2 : 256, Allah berfirman: “Tidak ada paksaan dalam ugama.” Ayat Madinah ini diturunkan setelah beberapa Sahabat Nabi s.a.w. meminta kebenaran baginda untuk memaksa saudara-mara masing-masing memeluk Islam. Sebahagian besar pendapat mentafsirkan ayat ini sebagai bermaksud bahawa tidak seorang pun boleh dipaksa memeluk Islam. Agama berlandaskan iman dan kepercayaan, dan ini menjadi tidak bermakna jika paksaan digunakan........Kebebasan agama semestinya mengiktiraf kebebasan menukar agama. Bagaimanakah orang-orang Islam boleh menuntut kebebasan agama untuk mereka yang ingin memeluk Islam sementara pada masa yang sama memegang pendirian yang menidakkan kebebasan bagi mereka yang ingin keluar dari Islam?

5.1. AGENDA-AGENDA

SAMBUNGAN... Penentangan Terhadap Hudud

Pada 5 Okt 2011, kenyataan media SIS Forum (Malaysia) kekal dengan pendiriannya menentang pelaksanaan hukum hudud di Malaysia atas alasan ia tidak akan membawa keadilan kepada kaum wanita. Pengarah Eksekutif SIS, Ratna Osman berkata, pihaknya kekal dengan pendirian yang diputuskan sejak 1993. Menurut beliau : “SIS menentang perundangan itu kerana ia akan menafikan hak kaum wanita selain bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan melanggar jaminan berperlembagaan yang diperuntukkan. SIS percaya bahawa masyarakat perlu dikawal selia selari dengan prinsip kesaksamaan, keadilan dan maruah, dan bukannya menerusi penghakisannya dengan hukuman-hukuman kejam dan keras. Meskipun pindaan telah dibuat untuk membenarkan bukti situasi, masih wujud kekeliruan. Pindaan tidak mencukupi dan keseluruhan undang-undang ini kekal sesuatu yang tidak adil. Oleh itu, SIS mahu menekankan pendiriannya bahawa undang-undang hudud tidak berperlembagaan dan tidak boleh dilaksanakan di negara ini. Ia melanggar prinsip-prinsip universal hak asasi manusia dan diskriminasi ke atas kaum wanita.”

5.1. AGENDA-AGENDA

COMANGO

5.2.

SAMBUNGAN...

COMANGO :

Coalition of Malaysia NGO’s yang dianggotai oleh 54 pertubuhan bukan kerajaan. Gabungan ini memperjuangkan hak-hak yang menyeleweng daripada agama Islam. (Sinar Harian, 23 Oktober 2014) Comango telah menghantar telah menghantar laporan kepada Majlis Hak Asasi Manusia (HRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi tujuan Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober 2013 dengan mengemukakan 17 tuntutan antara lain hak kebebasan beragama pengiktirafan (sexual orentation gender identify) terutama terhadap LGBTIQ (Lesbian, Bisexual, Gays, Transgender, inter-sexed & queer-persons),kesaksamaan dan sebagainya. Beberapa bulan yang lalu heboh seluruh negara berkenaan tuntutan penggunaan kalimah Allah. Apakah matlamat mereka sebenarnya? Kenapa isu ini timbul? Tidak lain ia juga merupakan taktik untuk mengelirukan umat Islam yang lemah pegangan akidahnya

5.2. AGENDA-AGENDA

IRSYAD MANJI

5.3.

KAEDAH-KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH MUSUH ISLAM DAN MEDIUM Golongan ini bergerak dengan sistematik dan berstrategik menggunakan pelbagai kaedah untuk menyebarkan propaganda dan ideologi sesat mereka.Kita imbau seketika jendela 2012 di mana umat Islam telah dikejutkan dengan kehadiran seorang penulis buku liberal dan pejuang seks songsang LGBT iaitu Irsyad Manji yang berjaya masuk ke negara ini dan melancarkan bukunya “Allah, Liberty & love”. Musykilnya disini kerana dia berjaya melancarkan bukunya seterusnya selamat pulang ke negara asalnya tanpa sebarang tindakan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa Malaysia. Kenapakah begitu mudah perkara ini berlaku. Apakah pihak berkuasa Negara kita lambat bertindak?

5.3. AGENDA-AGENDA

SAMBUNGAN...

Di dalam penulisan buku tersebut, Irsyad Manji secara terang-terangan mengaku memperjuangkan fahaman sekularisme. Malah beliau mengaku telah menandatangani petisyen Manifesto of 12 untuk menyokong sekularisme yang kebanyakkannya dianggotai oleh penganut ateis.

(Mohd Aizam Mas’od,2012)

5.3. AGENDA-AGENDA

Gerakan anti-Hadis

5.3.

SAMBUNGAN...

Golongan aktif menganjurkan pelbagai bentuk seminar dan forum. Terbaru sebuah seminar bertajuk Seminar Pemikiran Kassim Ahmad : Suatu Penilaian yang telah diadakan pada 15-16 Febuari 2014. Antara kenyataan daripada pembentang kertas kerja yang menyentuh berkaitan agama ialah:

1.Mempertikaikan Dua Kalimah Syahadah dengan menganggap

syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

2.Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

3.Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

5.3. AGENDA-AGENDA

SAMBUNGAN...

4.Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Syafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Qur’an

5.Mentafsirkan semula al-Qur’an berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu.

5.3. AGENDA-AGENDA

RESPON PEMIMPIN DI MEDIA

6.0.

Titah SPB YDPA dan DYMM Sultan Selaku Ketua Agama Islam Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan juga penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi Bahasa Melayu perlu dihentikan serta merta. “Semua rakyat negeri Selangor khasnya perlu menghormati dan mematuhi keputusan yang dibuat oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor, undang-undang serta keputusan sebulat suara oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober 2013” -Titah Baginda-

6.0. LANGKAH-LANGKAH

SAMBUNGAN...

Komitmen Dan Ketegasan Kerajaan YAB Perdana Menteri semasa berucap pada majlis pelancaran Buku Agenda Islam dalam Transformasi Negara pada 25 Jun 2012 di PWTC, menegaskan bahawa : “Sebarang budaya songsang seperti LGBT seta pemikiran menyeleweng seperti fahaman liberalisme dan pluralisme tidak mendapat tempat di negara ini dan akan ditentang. Tiada sebarang kompromi berhubung soal aqidah, ibadah, muamalat dan akhlak”

6.0. LANGKAH-LANGKAH

KEPUTUSAN FATWA

7.0.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Kali Ke-74 yang bersidang pada 25 hingga 27 Julai 2006, telah memutuskan bahawa aliran pemikiran liberal sebagai ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor pada 10 Oktober 2013 telah memutuskan bahawa :

a) SIS Forum (Malaysia) dan mana-mana individu, pertubuhan, atau institusi yang berpegang kepada fahaman Libralisme dan Pluralisme Agama sebagai aliran sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.

7.0. KEPUTUSAN FATWA

b) Mengharamkan dan merampas mana-mana bahan terbitan yang berunsur pemikiran-pemikiran fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama.

c) Di syorkan kepada Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) untuk menyekat laman-laman sosial yang bertentangan dengan ajaran Islam danHukum Syara’.

d) Mana-mana individu yang berpegang kepada fahaman Liberalisme dan Pluralisme Agama hendaklah bertaubat dan kembali ke jalan Islam.

7.0. KEPUTUSAN FATWA

KESIMPULAN

8.0.

Gerakan Islam Liberal merupakan usaha halus untuk mengeluarkan umat Islam daripada agama mereka tanpa disedari, dan ia dilakukan atas nama Islam.

Dengan kata lain ia adalah program pemurtadan yang terancang dan sistematik dilaksanakan melalui platform intelektual, ilmiah dan akademik. Gerakan ini didalangi oleh kuasa asing yang ingin meruntuhkan Islam.

Keadaan ini seharusnya memberikan pengajaran kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya Selangor supaya menangani unsur-unsur yang merosakkan akidah di peringkat awal lagi agar ia tidak berkembang hingga menjadi ancaman kepada akidah umat Islam dan sukar dikawal lagi.

8.0. KESIMPULAN

SEKIAN, TERIMA KASIH


Recommended