+ All Categories
Home > Documents > PEMBELAJARAN ALQURAN BERASASKAN TEKNIK DAN GAYA PEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK)

PEMBELAJARAN ALQURAN BERASASKAN TEKNIK DAN GAYA PEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK)

Date post: 16-Nov-2023
Category:
Upload: kuis
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
7
1 PEMBELAJARAN ALQURAN BERASASKAN TEKNIK DAN GAYA PEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK) Nor Musliza Mustafa 1 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] Mokmin Basri 2 Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [email protected] ABSTRAK Pembelajaran AlQuran khususnya yang melibatkan proses menghafal dan memahami AlQuran merupakan satu cabaran dan tanggungjawab yang besar kerana memerlukan konsentrasi diri, minda dan seluruh pancaindera. Pembelajaran AlQuran yang berkualiti mampu dikenalpasti melalui capaian yang mudah kepada ayat yang dihafal dan difahami hasil daripada proses pembelajaran yang teratur, sistematik dan berterusan. Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan individu juga penting dalam mengoptimumkan keberkesanan proses hafalan dan kefahaman AlQuran. Kajian ini memfokuskan kepada pemilihan gaya pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik) yang mampu menyokong keperluan individu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran dalam pembelajaran Al Quran. Kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk eksperimen iaitu bertujuan mengetahui samada wujud pengaruh yang signifikan penggunaan model gaya pembelajaran VAK terhadap hafalan dan pemahaman AlQuran iaitu antara kelompok eksperimen (yang menggunakan model gaya pembelajaran VAK) dengan kelompok kawalan (yang tidak menggunakan model gaya pembelajaran VAK) ke atas pelajar. Hasil kajian ini dijangka mampu memastikan proses pembelajaran AlQuran khususnya hafalan dan kefahaman AlQuran mencapai tahap optimum individu dan mengekalkannya dalam ingatan. KATA KUNCI: Pembelajaran AlQuran,kemampuan,hafalan, gaya pembelajaran VAK PENGENALAN Penggunaan model pembelajaran yang inovatif mampu membentuk kerangka dan perancangan yang berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Al Quran dalam pembentukan kualiti diri pelajar. Pemilihan model gaya pembelajaran yang paling sesuai dengan tujuan pembelajaran yang mahu dicapai mampu meningkatkan hasil pembelajaran yang maksimum. Perubahan kepada paradigma baru melalui gaya pembelajaran inovatif hasil daripada pembuktikan kajian literatur mampu mengubah proses pembelajaran yang hanya menumpukan kepada sumber pengetahuan berbentuk hafalan fakta sematamata. (Mahfudz, 2012). Dalam proses pembelajaran AlQuran khususnya dari aspek menghafal dan memahami AlQuran, pemilihan metod dan gaya pembelajaran pelajar adalah penting dalam memastikan proses hafalan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Antara faktor yang mampu menyokong pelajar dalam mengoptimumkan proses hafalan dan kefahaman AlQuran ialah: (1) memastikan metod yang sesuai berdasarkan kemampuan pelajar. (2) merancang pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif sesuai dengan usia dan gaya pembelajaran pelajar. (3) menyusun strategi dan teknik yang pelbagai selari dengan sifat dan perkembangan
Transcript

1

PEMBELAJARAN AL­QURAN BERASASKAN TEKNIK DAN GAYAPEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI DAN KINESTETIK)

Nor Musliza Mustafa1

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

Mokmin Basri2

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran Al­Quran khususnya yang melibatkan proses menghafal dan memahami Al­Quranmerupakan satu cabaran dan tanggungjawab yang besar kerana memerlukan konsentrasi diri, mindadan seluruh pancaindera. Pembelajaran Al­Quran yang berkualiti mampu dikenalpasti melalui capaianyang mudah kepada ayat yang dihafal dan difahami hasil daripada proses pembelajaran yang teratur,sistematik dan berterusan. Pemilihan gaya pembelajaran yang bersesuaian dengan kemampuan individujuga penting dalam mengoptimumkan keberkesanan proses hafalan dan kefahaman Al­Quran. Kajianini memfokuskan kepada pemilihan gaya pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik) yang mampumenyokong keperluan individu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran dalam pembelajaran Al­Quran. Kajian ini adalah menggunakan pendekatan kualitatif yang berbentuk eksperimen iaitubertujuan mengetahui samada wujud pengaruh yang signifikan penggunaan model gaya pembelajaranVAK terhadap hafalan dan pemahaman Al­Quran iaitu antara kelompok eksperimen (yangmenggunakan model gaya pembelajaran VAK) dengan kelompok kawalan (yang tidak menggunakanmodel gaya pembelajaran VAK) ke atas pelajar. Hasil kajian ini dijangka mampu memastikan prosespembelajaran Al­Quran khususnya hafalan dan kefahaman Al­Quran mencapai tahap optimum individudan mengekalkannya dalam ingatan.

KATA KUNCI: Pembelajaran Al­Quran,kemampuan,hafalan, gaya pembelajaran VAK

PENGENALAN

Penggunaan model pembelajaran yang inovatif mampu membentuk kerangkadan perancangan yang berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Al­Quran dalam pembentukan kualiti diri pelajar. Pemilihan model gaya pembelajaranyang paling sesuai dengan tujuan pembelajaran yang mahu dicapai mampumeningkatkan hasil pembelajaran yang maksimum. Perubahan kepada paradigmabaru melalui gaya pembelajaran inovatif hasil daripada pembuktikan kajian literaturmampu mengubah proses pembelajaran yang hanya menumpukan kepada sumberpengetahuan berbentuk hafalan fakta semata­mata. (Mahfudz, 2012).

Dalam proses pembelajaran Al­Quran khususnya dari aspek menghafal danmemahami Al­Quran, pemilihan metod dan gaya pembelajaran pelajar adalah pentingdalam memastikan proses hafalan dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.Antara faktor yang mampu menyokong pelajar dalam mengoptimumkan proseshafalan dan kefahaman Al­Quran ialah: (1) memastikan metod yang sesuaiberdasarkan kemampuan pelajar. (2) merancang pendekatan pengajaran danpembelajaran yang kreatif sesuai dengan usia dan gaya pembelajaran pelajar. (3)menyusun strategi dan teknik yang pelbagai selari dengan sifat dan perkembangan

2

psikologi pelajar.Pemilihan model gaya pembelajaran yang inovatif bersesuaian dengan

kemampuan diri pelajar mampu menjadikan pelajar lebih aktif dan kreatif dalammengembangkan potensi diri. Kajian ini memfokuskan kepada pemilihan gayapembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik) yang mampu menyokong keperluanindividu yang berbeza dari segi gaya pembelajaran dalam pembelajaran Al­Quran. Inibagi memastikan proses pembelajaran Al­Quran khususnya hafalan dan kefahaman Al­Quran mencapai tahap optimum individu dan mengekalkannya dalam ingatan.

KAJIAN LITERATUR

Beberapa kajian literatur yang mempunyai hubungan dengan tema kajian ini,membuktikan bahawa gaya pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik)menunjukkan kesan yang positif kepada pembelajaran bagi individu yang berbeza. Inidibuktikan dalam kajian Ni Luh Pt. Ariastini (2013) yang mendapati wujud pengaruhyang positif pada model pembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik) terhadaphasil pembelajaran subjek ilmu pengajian alam (IPA) pelajar kelas V SD Negeri 2Sesetan. Pembelajaran IPA bukan hanya melibatkan pelajar menghafal suatu konseptetapi juga memahami konsep melalui kegiatan fizik seperti demonstrasi, percubaan,pemerhatian, dan perbincangan aktif. Dengan menerapkan model pembelajaran VAKpelajar akan memperolehi pengalaman secara langsung dan akan mempengaruhipeningkatan hasil pembelajaran pelajar kelas IIIA dan IIIB SDN Tanjung Rejo 2Malang (Lestari, 2011). Kajian oleh Susi Andrianty, (2015) juga menunjukkanpeningkatan hasil pembelajaran pelajar Kelas X­3 SMA Negeri Olahraga dalamsubjek Geografi pada hasil penilaian ujian pelajar, hasil kerjasama kelompok pelajardan hasil persembahan kelompok pelajar melalui mengaplikasikan model gayapembelajaran VAK (Visual Auditori Kinestetik). Seterusnya hasil penelitian DiyahAprita Sasi (2014) ke atas penggunaan model VAK dengan membahagikan gayapembelajaran pelajar kepada visual (V), auditori (A) dan kinestetik (K) jugamenunjukkan pengaruh yang positif kepada pelajar program pengajian bahasainggeris bagi subjek struktur analisis. Jenis pertama yang paling banyak digunakanadalah gaya pembelajaran auditori dan diikuti oleh gaya pembelajaran kinestetik dangaya pembelajaran visual. Selain itu, kajian ini juga telah membuktikan bahawa gayapembelajaran pelajar mempengaruhi penilaian ujian akhir. Dengan itu, bolehdisimpulkan bahawa terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan hasilpembelajaran pelajar. Berdasarkan hasil penelitian Umu Shodiqoh (2014) dapatlahdirumuskan bahawa perlaksanaan model pembelajaran VAK berupaya meningkatkanhasil pembelajaran bahasa Arab pelajar kelas VIII MTsN Ngawen Gunungkidul danmenjadi alternatif kepada pemilihan model pembelajaran yang efektif dalam prosesbelajar bahasa Arab.

Daripada beberapa kajian literatur di atas dapat disimpulkan bahawa setiapliteratur mempunyai fokus kajian yang berbeza­beza. Namun gaya pembelajaranVAK ini dipilih berdasarkan pembuktian dari kajian Umu Shodiqoh (2014) keranapembelajaran Al­Quran adalah juga dalam bahasa Arab. Pengaplikasian gayapembelajaran VAK di dalam pembelajaran Al­Quran dijangka mampu mengukuhkanhafalan dan kefahaman Al­Quran lebih­lebih lagi dengan adanya kaedah penulisanAbu al­Fida’ (2006) yang berperanan sebagai kaedah sokongan dalam mengukuhkanhafalan terutama pada ayat­ayat yang sukar dihafal. Ini adalah kerana penggunaanpelbagai deria dengan menggunakan tangan melalui penulisan dalam menghafal Al­Quran dijangka mengukuhkan ingatan pelajar terutama pada ayat yang susah dan ayat

3

mutasyabihat. Selain itu juga kaedah kefahaman (Al­Syarbini, 2004),(Abu Al­Fida’,2006) merupakan kaedah untuk mengetahui kepentingan menghayati dan memahamiayat Al­Quran yang dihafal. Kaedah ini juga telah ditegaskan oleh Abu Al­Wafa(1999) bahawa dengan mengetahui makna ayat yang dihafal dan mengetahui sebabpenurunan ayat atau asbab nuzul akan membantu pelajar dalam menghafal danmeyakinkan ingatan. Hafalan dan pemahaman akan menghasilkan kesan yang lebihberkualiti (Entwistle & Entwistle, 2003) kerana wujud perkaitan di antara menghafaldan memahami kerana kedua­duanya menyumbang kepada penghasilan pengetahuanyang bermakna.

TEKNIK DALAMMENGHAFAL DAN MEMAHAMI AL­QURAN

Peningkatan kemampuan menghafal dan memahami Al­Quran adalahbergantung kepada penambahbaikan model gaya pembelajaran pelajar. Pemilihanmodel gaya pembelajaran Al­Quran yang sesuai dengan keadaan psikologi pelajarjuga mampu meningkatkan minat dan motivasi serta kadar ingatan dan kefahamanpelajar. Antara teknik yang berkesan digunakan dalam pembelajaran Al­Qurankhususnya hafalan dan kefahaman Al­Quran adalah membaca kuat atau keras (readingaloud) (Istiyaningsih, 2011).Teknik ini terbukti mampu memusatkan perhatian danmental pelajar dan berupaya membentuk kelompok pelajar yang kohesif.Keberkesanan teknik ini mampu ditingkatkan melalui gabungan teknik lain sepertiirama dalam pembacaan, gerakan tangan, penulisan dan pembacaan berbentuk gambardan peta minda yang kreatif (Andika, 2015).

Proses mengingat semula hafalan Al­Quran adalah bergantung kepada tahaphafalan dan kefahaman yang telah dilaksanakan dalam proses pembelajaransebelumnya iaitu sejauhmana pelajar mampu mempertahankan dan mengekalkanhafalan dan kefahaman Al­Quran tersebut. Teknik mengulang adalah penting dalammemastikan hafalan tidak cepat hilang dari ingatan iaitu bagaimana pelajarmemelihara hafalan agar sentiasa kekal dalam ingatan.

Menurut Ahsin Wijaya Al­Hafidz (2005), terdapat beberapa teknik di dalammenghafal Al­Qur’an iaitu (1)Teknik wahdah iaitu teknik menghafal satu persatuterhadap ayat­ayat yang hendak dihafalnya. Untuk mencapai hafalan awal, setiap ayatdapat dibaca sebanyak sepuluh kali atau dua puluh kali atau lebih, sehingga proses inimampu membentuk pola dalam bayangannya.(2)Teknik kitabah iaitu teknik menulis.Teknik ini memerlukan penulis terlebih dahulu menulis ayat­ayat yang akandihafalnya pada kertas yang telah disediakan untuk dihafal. Kemudian ayat tersebutdibaca sehingga lancar dan benar, kemudian dihafalkannya.(3)Teknik sima’i iaituteknik mendengar. Yang dimaksud teknik ini adalah mendengarkan sesuatu bacaanuntuk dihafalkannya. Teknik ini akan sangat efektif bagi penghafal yang mempunyaidaya ingat terutama bagi penghafal belum mengenal baca tulis al­Qur’an. Cara inibiasanya pelajar akan mendengar dari guru atau mendengar melalui kaset.(4)Teknikgabungan iaitu teknik gabungan antara metod wahdah dan kitabah. Metod inimelaksanakan proses menghafal dan kemudian ayat yang telah dihafal ditulis,sehingga hafalan akan mudah diingati.(5)Teknik jama’i ialah teknik yang dilakukansecara kolektif, iaitu ayat­ayat yang dihafal dibaca secara bersama­sama, dipimpinoleh guru. Guru akan membacakan ayat kemudian pelajar akan mengikutnya secarabersama­sama.

Dengan mengaplikasikan teknik demikian penghafal Al­Quran akan mampumengingat semula ayat­ayat yang dihafal dan difahami berdasarkan pola dalambayangan ingatan yang dibentuk seterusnya membentuk gerak refleks pada lisan dan

4

gerakan badan contohnya gerakan tangan.

MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK (VISUAL, AUDITORI, KINESTETIK)

Model gaya pembelajaran yang mampu memberikan pendekatan yang kreatifdan aktif kepada pelajar adalah model gaya pembelajaran VAK (Visual, Auditori,Kinestetik). Model gaya pembelajaran VAK (De Porter et.al, 2010) adalah belajarsecara langsung dengan cara melihat, mendengar, dan bertindak. Model VAKdigunakan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran yang dominan bagi pelajar dalamproses menghafal dan memahami Al­Quran. Model ini sangat menekankan kepadapengalaman dan penyesuaian gaya pembelajaran berdasarkan kemampuan pelajar.

Terdapat tiga gaya pembelajaran di dalam model gaya pembelajaran VAKiaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajarankinestetik.(1) Dalam gaya pembelajaran visual, pelajar adalah cenderung kepadamelihat sesuatu teks, warna, gambar, jadual, gambarajah, carta samada di dalam buku,di papan hitam atau paparan komputer. Pelajar visual lebih mudah mengingati,memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan ayat atau teks. Pelajar visualjuga cenderung untuk menulis arahan dan penerangan melalui lisan dalam mengingatisesuatu.(2) Dalam gaya pembelajaran auditori, pelajar adalah cenderung kepadabelajar melalui mendengar seperti bunyi, muzik, nada, irama, suara, arahan ataupenerangan secara lisan. Pelajar auditori juga boleh mengingat penerangan melaluibacaan kuat (reading aloud) atau menggerakkan bibir ketika membaca terutamanyaapabila mempelajari sesuatu yang baru. Pelajar dapat mengukuhkan ingatan denganmendengar semula rakaman secara mengulang pita audio, mengajar pelajar lain danberbincang dengan guru. (3) Dalam gaya pembelajaran kinestetik, pelajar adalahcenderung belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secarapraktikal dalam aktiviti pembelajaran seperti gerakan, tanggapan emosi, tindakanfizikal dan emosi. Pelajar dapat mengingati sesuatu pembelajaran dengan baik apabilamencuba terus aktiviti secara praktikal.

Dalam pembelajaran Al­Quran menggunakan model pembelajaran VAK,model ini memberikan peluang kepada pelajar untuk belajar secara bebas mengikutkemampuan yang dimiliki untuk mencapai pemahaman dan pembelajaran yang efektif.Ini kerana pembelajaran yang menggunakan model gaya pembelajaran VAKmelibatkan penglihatan, pendengaran dan gerakan dan pelajar dapat mempraktikanpengalamannya secara langsung sehingga pelajar lebih mengingat dan memahamiapa yang dilihat, didengar dan dilakukannya. Ini menyebabkan hasil pembelajaranyang lebih baik mampu dicapai dibandingkan dengan pelajar yang menggunakanpembelajaran secara konvensional. Maka dapat disimpulkan bahawa model inimemberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk belajar secara langsung denganbebas menggunakan kemampuan yang dimilikinya untuk mencapai tahap hafalan danpemahaman yang optimum dalam pemanfaatan dan pengembangan potensi diripelajar.

CIRI­CIRI PELAJAR VAK (VISUAL, AUDITORI, KINESTETIK)

Bagi pelajar yang menggunakan kemampuan visual, akan mudah belajardengan bantuan media dua dimensi seperti menggunakan grafik, gambar, carta, modeldan sebagainya. Di antara ciri­ciri pelajar visual ialah pada kebiasaannya mempunyaipenampilan rapi dan teratur, teliti, berbicara dengan cepat, ketika menghafal gerakanmata cenderung keatas, biasanya tidak terganggu oleh suasana bising ketikamengerjakan sesuatu, mempunyai masalah untuk mengingat dengan arahan secara

5

lisan dan gemar menulis untuk mengingat, dan sering meminta bantuan orang untukmengulangnya, cepat dan tekun, dan lebih suka membaca daripada dibacakan.

Pelajar yang menggunakan kemampuan auditori, akan lebih mudah belajarmelalui pendengaran atau sesuatu yang diucapkan atau dengan media audio. Ciri­ciripelajar auditori pula ialah senang bercakap kepada diri sendiri, mudah terganggudengan suasana yang bising, menggerakkan bibir/bersuara apabila membaca,mampu mengulang dan meniru kembali nada­nada, irama, dan suara, sukar untukmenulis, tetapi pandai dalam bercerita, berbicara dalam irama , belajar denganmendengarkan dan mudah mengingat apa yang dibincangkan secara lisan daripadayang dilihat, suka berbicara, berdiskusi, dan menjelaskan sesuatu dengan panjanglebar, bermasalah dengan hal­hal yang melibatkan visualisasi, seperti memotongbagian­bagian hingga sesuai satu sama lain, lebih pandai mengeja dengan kuatdaripada menuliskannya, dan tidak gemar membaca.

Manakala pelajar yang menggunakan kemampuan kinestetik, akan mudahbelajar sambil melakukan kegiatan tertentu seperti eksperimen, membuat model,memanipulasi benda dan sebagainya yang berhubungan dengan sistem gerak. (Russel,2011). Ciri­ciri pelajar kinestetik ialah suka berbicara dengan perlahan, menyentuhpelajar lain untuk mendapatkan perhatian, berdiri dekat ketika berbicara dengan orang,selalu berorientasi pada fizik dan banyak bergerak, mempunyai perkembangan awalotot­otot yang besar, belajar melalui memanipulasi dan praktikal, menggunakanisyarat tubuh seperti jari dan tangan, tidak dapat duduk diam dalam waktu yang lama,tidak mengingat geografi atau letak, kecuali jika telah berada ditempat itu,menggunakan kata­kata yang mengandungi aksi, tulisan yang kurang cantik , inginmelakukan segala sesuatu dan yang terakhir adalah menyukai permainan atauaktiviti yang menyibukkan.

Sanjaya dan Budiarsa (2011) menyatakan bahawa, hasil pembelajaran adalahsuatu penguasaan pengetahuan terhadap sesuatu pembelajaran yang dicapai melaluiusaha, pengalaman dan pemikiran sehingga wujud perubahan diri individu dari segitingkah laku dan penilaian sesuatu perkara dalam pelbagai aspek kehidupan.Denganmenggunakan gaya pembelajaran VAK (Visual, Auditori dan Kinestetik), hasilpembelajaran pelajar dijangka mampu mencapai tahap yang optimum.

KESIMPULAN

Kemampuan menghafal dan memahami Al­Quran adalah berkait rapat denganpemilihan teknik dan gaya pembelajaran yang sesuai dengan tahap psikologi pelajar.Perlaksanaan aktiviti menghafal menggunakan pendekatan yang kreatif juga mampumeningkatkan minat, motivasi serta mengekalkan momentum pelajar dalam proseshafalan Al­Quran seterusnya mengoptimumkan kualiti dan potensi diri pelajar.

RUJUKAN

Abu Al­Fida’, Muhammad Izzat (2006) Kaifa nahfazul Quran. Kaherah: Darul Salam.

Abu Al­Wafa, Aliyallah Ali. (1999). An­Nur al­mubin litahfiz al­Quran al­Karim.Kaherah: Darul Wafa’.

Ahsin W, (2005) Bimbingan Praktis Menghafal Al­Qur’an, (Jakarta: BumiAksara), hlm. 63­66

6

Entwistle, N., & Entwistle, D. (2003). Preparing for Examinations: The interplay ofmemorising and understanding, and the development of knowledge objects. HigherEducation Research & Development.

Al­Syarbini, Ibrahim Abdul Muni’m (2004), As­Sabil ila al­jinan bi bayan kaifayuhfazul Quran Zaqaziq: Dar Ibnu Kathir.

Andrianty, S. (2015). Penerapan Metode Quantum Learning dengan Learning StyleVAK (Visual, Auditorial, Kinesthetik) untuk meningkatkan hasil belajar siswa kelasX­3 SMA Negeri Olahraga Provinsi Riau. Jurnal Primary, 4(1), 54­63.

Andika, I. A. R. W., Wiyasa, I. K. N., Kes, M., & Asri, I. G. A. S. (2015). PenerapanMind Mapping dalam Pendekatan Saintifik untuk meningkatkan hasil belajar PKndan Pengetahuan metakognitif tema cita­citaku pada siswa kelas IVA SD Negeri 1Tonja.MIMBAR PGSD, 3(1).

Budiarsa, G. (2011). Implementasi Model Pembelajran Berbasis Masalah untukMeningkatkanAktivitas dan Hasil Belajar IPA pada Siswa Kelas VI SD Negeri 2Dencarik Kabupaten Buleleng Tahun Pelajaran 2011/2012. Skripsi (tidakditerbitkan). Jurusan Pendidikan Guru Sekolah Dasar. UNDIKSHA Singaraja.

DePorter, Reardon, & Nourie. (2010). Quantum Teaching: MempraktikkanQuantum Learning Di Ruang­ruang Kelas. Bandung:Kaifa

Ismail SM, (2009) Strategi Pembelajaran Agama Islam Berbasis PAIKEM(Pembelajaran Aktif, Inovatif, Kreatif, Efektif dan Menyenangkan), (Semarang: LSISdengan RaSAIL), hlm 76.

Istiyaningsih. (2011). Upaya meningkatkan kemampuan menghafal huruf Hijaiyahmelalui Metode Reading Aloud do Kelas I MI Gubug Cepogo Boyolali TahunPelajaran 2010/2011. (Master Thesis). Fakulta Tarbiyah, Institut Agama Islam NegeriWalisongo Sematang. p. 50.

Jasmi, K. A. & Che Noh, M. A. (2013). Sejarah, Kaedah, serta Model Pengajaran danPembelajaran al­Quran (History, Methods, and Models of Teaching and Learning ofthe Quran) in Bengkel Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)al­Quran SRA JAWI (Remedial and Enrichment Workshop for Teaching andLearning Quran SRA JAWI) at Lecture Hall, Masjid Negara, Jalan Perdana 50480,Kuala Lumpur on 28­29 October 2013, pp. 1­17.

Kastner, M., & Stangl, B. (2011). Mapping learning aids and introducing learningstyles as a moderator. In System Sciences (HICSS), 2011 44th Hawaii InternationalConference on (pp. 1­10). IEEE.

Lestari, Reni Dwi. (2011). Pengaruh Penerapan Model Pembelajaran VAK (Visual,Auditory, Kinestetik) terhadap Hasil Belajar IPA Siswa Kelas III SDN Tanjungrejo 2Malang. Skripsi, Prodi S1 Pendidikan Guru Sekolah Dasar, Jurusan KependidikanSekolah Dasar dan Prasekolah, Fakultas Ilmu Pendidikan, Universitas Negeri Malang.Pembimbing: (I) Drs. Sutarno, M.Pd (II) Dra. Hj. Sukamti, M.Pd.

7

Mahfudz, Asep. 2012. Cara Cerdas Mendidik yang menyenangkan “Berbasis SuperQuantum Teaching”. Bandung: Simbiosa Rekatama Putra.

Miftahul Huda. 2013. Model­Model Pengajaran Dan Pembelajaran. Yogyakarta:Pustaka Pelajar.

Russel, L. 2011. Accelerated Learning Fieldbook: Panduan Pembelajaran Cepat.Bandung: Nusa Media

Sanjaya, A. 2011. “Pengertian, Definisi Hasil Belajar Siswa”.http://aadesanjaya.blogspot.com/2012/03/pengertian­definisi­hasilbelajar.html

Sasi, D. A. (2014). The Correlation Study between Learning Style and LearningOutcome of the First­Year students in Structure Analysis class at study program ofEnglish. Jurnal Ilmiah Mahasiswa FIB, 4(6).

Shodiqoh.U,(2014). Pengaruh Model Pembelajaran VAK (Visualization, Auditory,Kinesthetic) Terhadap hasil belajar bahasa arab siswa kelas VIII MTSN NGAWENGunungkidul Tahun Ajaran 2013/2014 (Doctoral dissertation, UIN SUNANKALIJAGA).

Suardika, I. W. R., & Manuaba, I. S. (2013). Pengaruh Model Pembelajaran KuantumTipe VAK (Visualization, Auditory, Kinesthetic) Terhadap hasil belajar IPA SISWAKelas V SD Negeri 2 Sesetan.MIMBAR PGSD, 1.

Trisetio, E. (2014). Eksperimentasi Auditory Intellectually Repetition (AIR) danVisualization, Auditory, Kinesthetic (VAK) Terhadap hasil belajar Matematika.EKUIVALEN­Pendidikan Matematika, 12(4).


Recommended