+ All Categories
Home > Documents > TMK DALAM PENGAJARAN

TMK DALAM PENGAJARAN

Date post: 19-Mar-2023
Category:
Upload: oum
View: 1 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
27
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER : SMP PPG MEI 2014 KOD KURSUS : HBEF2303 TAJUK KURSUS : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NAMA : SITI ZAINAB BINTI BIDIN NO. MATRIKULASI : 73102103448001 NO. KAD PENGENALAN : 730121035448 NO. TELEFON : 012 9684552 E-MEL : [email protected] TUTOR : ENCIK SABTO AZIS
Transcript

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER : SMP PPG MEI 2014

KOD KURSUS : HBEF2303

TAJUK KURSUS : TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAMPENDIDIKAN

NAMA : SITI ZAINAB BINTI BIDIN

NO. MATRIKULASI : 73102103448001

NO. KAD PENGENALAN : 730121035448

NO. TELEFON : 012 9684552

E-MEL : [email protected]

TUTOR : ENCIK SABTO AZIS

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU

1

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk menilai atau mendapatkan maklum balas berkaitan

kesesuaian satu perisian pembelajaran Android untuk digunakan sebagai bahan

pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) di dalam bilik darjah.

Perisian yang dipilih ialah perisian pembelajaran Matematik tahun satu yang

melibatkan topik nombor hingga 20 dan operasi tambah tolak juga sehingga 20.

Kajian ini melibatkan sepuluh orang guru dari satu sekolah, yang terdiri daripada

pelbagai opsyen dan mengajar pelbagai mata pelajaran pula. Kajian dilakukan

dengan membuat penerangan tentang perisian, penerokaan perisian oleh guru-

guru itu sendiri dan seterusnya menjawab satu set soalan soal selidik. Set soalan

soal selidik meliputi soalan yang berkaitan dengan kesesuaian perisian dari aspek

isi kandungan dan aspek teknikalnya. Hasil dapatan kajian menunjukkan

keputusan yang positif. Guru-guru berpendapat bahawa perisian pembelajaran

Matematik yang dipilih itu adalah sesuai untuk digunakan sebagai salah satu

bahan pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer bagi murid tahun

satu.

2

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 SOROTAN KAJIAN ILMIAH 5

3.0 METODOLOGI KAJIAN 7

4.0 DAPATAN KAJIAN 8

5.0 PERBINCANGAN 11

6.0 RUMUSAN 18

7.0 RUJUKAN 19

8.0 LAMPIRAN 20

3

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

1.0 PENGENALAN

Sejarahnya di Malaysia, untuk memenuhi ledakan perkembangan

teknologi dan maklumat dalam pendidikan dan cabaran pembelajaran

alaf-21, beberapa perubahan kurikulum telah dibuat oleh pihak

Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) termasuklah memperkenalkan mata

pelajaran Teknologi Maklumat (IT) sebagai mata pelajaran pilihan di

sekolah menengah bermula penghujung tahun 1998 (Pusat Perkembangan

Kurikulum (PPK) 2000). Kesinambungannya, beberapa program lain yang

berkaitan juga diperkenalkan seperti pengenalan kepada komputer pada

tahun 1986 ke sekolah-sekolah, projek literasi komputer 1992, projek

pembelajaran berbantukan komputer (PBK) pada tahun 1994 dan projek

jaringan pendidikan pada tahun 1995 di sekolah menengah dan rendah.

Selaras dengan perluasan program-progran TMK ini, kerajaan telah

memperkenalkan juga sekolah bestari pada tahun 1999 yang berpandukan

penggunaan TMK dalam semua urusan pentadbiran dan juga pengajaran

serta pembelajaran. Menyedari hakikat kepentingan teknologi maklumat

dalam pendidikan ini juga, KPM menambah pelbagai projek lagi dan

perancangan pelbagai dasar berkaitan TMK termasuklah melancarkan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2015.

Untuk memenuhi teras memperkasakan sekolah kebangsaan , KPM‘ ’mengambil pendekatan program pembestarian sekolah dan

pengintergrasian TMK dalam pengajaran dan pembelajaran secara lebih

menyeluruh. Maka dengan itu, KPM telah berusaha menyediakan

infrastruktur seperti makmal atau bilik komputer berserta perkakasannya.

Para pendidik pula dipertingkatkan dengan ilmu dan kemahiran TMK

melalui kursus-kursus dan latihan dari masa ke semasa.

Dalam konteks pengisian pula, pada awalnya, pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer ini lebih berupa menggunakan

bahan-bahan pembelajaran yang telah disediakan dan dibina dan

diedarkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan yang ke sekolah-sekolah.

Bahan-bahan ini meliputi perisian dalam bentuk CD, CDROM mahupun

CDi.

Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ini adalah

satu kaedah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sekiranya PPBK dijalankan secara teratur dan terancang oleh guru, ia

akan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan

menggunakan komputer. Maka ia sangat bermanfaat sebagai

4

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

pembelajaran yang aktif kepada murid yang juga boleh berfungsi sebagai

pembelajaran secara kendiri.

Kemajuan alat komunikasi iaitu telefon,tablet dan iPad, juga turut

menunjukkan kesan terhadap pendidikan. Dewasa ini, alat komunikasi

telefon semakin berkembang menjadi telefon pintar dan ia semakin

popular dalam kalangan masyarakat Malaysia. Telefon pintar merujuk

kepada telefon bimbit yang mempunyai ciri-ciri pengkomputeran maju

dan ketersambungan internet. Telefon pintar boleh memuatkan aplikasi

canggih berasaskan pelantar telefon seperti Symbian, Window Phone, iOS

atau Android. Selain itu, telefon pintar juga menggunakan sistem

pengendalian yang menyediakan satu pelantar untuk pembinaan aplikasi-

aplikasi media pengajaran. Dengan itu, aplikasi atau perisian

pembelajaran dapat berfungsi dengan lebih cekap menggunakan telefon

pintar tersebut.

Maka dengan itu, semakin banyak perisian pembelajaran yang

dibina dan disebarluaskan di internet yang boleh diperolehi secara

percuma atau berbayar. Sekarang sesiapa sahaja boleh mendapatkan

perisian-perisian tersebut untuk kegunaan masing-masing sama ada ibu

bapa mahupun guru. Namun, dalam ledakan perisian pembelajaran itu;

guru harus mengutamakan kualiti dalam membuat pemilihan bahan

seumpama itu untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan

pembelajaran.

Satu perisian Android pembelajaran Matematik tahun 1 telah pilih

untuk digunakan dalam bilik darjah. Sebelum digunakan, perisian ini

dikaji terlebih dahulu kesesuaiannya dari aspek isi kandungan dan aspek

teknikal. Kajian yang dibuat terhad kepada penilaian oleh sepuluh orang

guru sahaja.

1.1 TUJUAN

Mengkaji kesesuaian satu aplikasi pembelajaran Android untuk

digunakan sebagai bahan PPBK di dalam bilik darjah.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

I. Mengenal pasti ketepatan isi kandungan perisian berdasarkansukatan pelajaran untuk digunakan dalam PPBK .

5

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

II. Mengenal pasti kesesuaian isi kandungan perisian yang dipilihberdasarkan konsep dan tahap murid di negara ini.

III. Mengenal pasti isi kandungan meliputi skop mata pelajaran atautopik yang hendak diajarkan.

IV. Menilai ketepatan atau kemudahan navigasi perisian Andriod yangdipilih.

V. Menentukan keberkesanan ciri-ciri penyimpanan maklumat perisianandroid yang dipilih.

VI. Mengenal pasti ketepatan dan kemudahan penggunaan danpengendalian perisian andriod yang dipilih.

VII. Mendapatkan maklum balas guru tentang persembahan keseluruhanperisian andriod yang dipilih untuk digunakan dalam PPBK.

2.0 SOROTAN KAJIAN

21. Definisi Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer

(PPBK).

Perkembangan teknologi maklumat serta pembangunan komputer

membawa kesan yang besar dalam kehidupan kita termasuklah bidang

pendidikan. Teknologi maklumat dapat membantu guru-guru dan pelajar-

pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia lebih

menarik dan interaktif. Banyak perisian komputer yang boleh digunakan

dalam setiap aspek pendidikan ( Heinich, Molenda dan Russell;1993).

Selain daripada menjadi salah satu bahan bantu mengajar, komputer juga

sangat bermanfaat untuk mempercepatkan proses pengurusan dan

penilaian di sekolah.

Terdapat banyak pernyataan takrifan PPBK ini. Bahasa Inggeris

menggelarkannya Computer Aided Instruction dengan singkatan CAI.‘ ’Nama lain adalah seperti Computer Administered Instruction ,‘ ’Computer Managed Instruction , Computer Based Learning ,‘ ’ ‘ ’Computer Enriched Instruction dan berbagai-bagai lagi. Sedikit‘ ’

sebanyak perbezaan istilah ini mungkin akan mengelirukan terutamanya

kepada orang yang masih baru dalam bidang komputer. Sebenarnya ia

menggambarkan perkembangan yang pesat dalam bidang ini (Norhashim

Abu Samah, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1990; Zoraini Wati

Abas 1994; Rao, et al. 1991; Norhashim Abu Samah, et al. 1996 ). Dua

6

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

nama singkatan yang paling popular ialah CAI yang digunakan di

Amerika Syarikat manakala CAL yang di negara-negara Eropah yang

lain. Bagaimanapun CAI dan CAL itu adalah merujuk kepada

penggunaan komputer bagi membantu pengajaran dan pembelajaran.

PPBK ialah pengajaran yang disampaikan secara langsung kepada

pelajar dengan membenarkan mereka berinteraksi dengan pelajaran yang

telah diprogramkan dalam sistem komputer (Smaldino et al. 2005).

Antara definisi lain bagi PPBK ialah aturcara komputer yang

menggunakan teknik-teknik kepintaran buatan untuk membantu seseorang

belajar ( Jamaluddin, 1989). Mikrokomputer digunakan untuk

menyelenggara aktiviti pengajaran dengan berpandu kepada program yang

dibentuk oleh pereka perisian. Murid berinteraksi dengan program

komputer atau perisian melalui terminal (Nik Azis, 1989).

Tidak dapat disangkal, PPBK telah menjadi suatu perkara penting

dalam proses pengajaran dan pembelajaran kala ini. Ini kerana

penggunaan PPBK ini secara terancang akan menghasilkan pembelajaran

yang berkesan, aktif dan bermutu. Di sekolah-sekolah di negara kita,

perisian PPBK ini selalunya dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia melalui Bahagian Teknologi Pendidikan. Maka dengan ini,

menurut Sander (1987), PPBK merupakan suatu situasi pembelajaran di

mana pelajar-pelajar berinteraksi secara langsung dengan komputer dan

melalui proses pembelajaran yang terancang untuk mencapai matlamat

tertentu. Manakala, Moursund (1990) pula menyatakan bahawa PPBK ini

adalah untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajar, di mana

berlaku interaksi antara sistem komputer dengan pelajar-pelajar dalam

membantu mereka memahami bahan yang dipelajari itu.

PPBK adalah berkesan untuk meningkatkan kemahiran dan mutu

pembelajaran. Menurut Alessi & Trollip (1991), PPBK yang dilaksanakan

dengan betul akan dapat meningkatkan keberkesanan pembelajaran.

Jensen (1996) dalam satu kajian telah membandingkan pencapaian pelajar

yang menggunakan perisian kursus dengan pelajar yang menggunakan

kaedah konvensional. Beliau mendapati pencapaian pelajar yang

menggunakan perisian kursus PPBK lebih baik daripada pelajar yang tidak

menggunakannya.

2.2 Daftar Istilah

7

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

iOS (Apple s Mobile Operating System) adalah sistem operasi yang’dikeluarkan oleh syarikat APPLE Inc.. iOS agak rumit kerana ia tidak

boleh digunakan untuk telefon pintar yang lain dan hanya dicipta untuk

produk keluaran APPLE sahaja. Ia mempunyai interface yang cantik‘dan bersifat mesra pengguna menjadikannya sebuah sistem operasi yang

memang pintar. Namun, iOS agak mahal dan kebanyakan aplikasi atau

sofware yang digunakan untuk iOS adalah berbayar.

Android pula merupakan sistem operasi yang dibangunkan oleh

Android Inc. Menggunakan Linux kernel untuk sistem operasi telefon.‘ ”Android adalah sistem operasi keluaran GOOGLE Inc. Oleh kerana ia

dibangunkan daripada sistem linux yang berbentuk terbuka (Open

Source), maka Google membekalkan Sistem Operasi Android secara

percuma. Sehingga tahun 2011, terdapat lebih 200,000 perisian yang

dikeluarkan oleh Android dan sebahagian besarnya adalah percuma.

Dengan itu, kebanyakan telefon pintar yang dikeluarkan sekarang

menggunakan Android sebagai Sistem Operasi mereka, contohnya seperti

HTC, Samsung, Sony, LG dan banyak lagi.

Sistem operasi Android dalam telefon pintar adalah sangat mesra

pengguna dan senang untuk digunakan. Ia juga lebih laju. Sistem

browser internet yang mudah dan tidak mempunyai algoritma yang

kompleks menyebabkan telefon pintar yang menggunakan sistem android

mempunyai kelajuan internet yang lebih. Maka banyak aplikasi telefon

yang membolehkan pengguna telefon pintar Android gunakan termasuklah

aplikasi atau perisian pembelajaran.

3 METHODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Kajian

Kajian yang dijalankan adalah jenis deskriptif iaitu satu tinjauan

secara soal selidik. Soal selidik ini bertujuan untuk mendapatkan

maklum balas seperti pendapat atau pandangan guru-guru berkaitan satu

perisian Android mata pelajaran Matematik Tahap Satu yang dipilih. Soal

selidik ini juga bertujuan mengenal pasti kesesuaian perisian Android

pembelajaran Matematik itu untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran

berbantukan komputer dalam bilik darjah. Maka, semua data mengenai

persoalan kajian diperolehi dengan kaedah soal selidik.

3.2 Populasi Kajian

8

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Populasi kajian terdiri daripada sepuluh orang guru tahap satu dan

tahap 2 di Sekolah Kebangsaan Kuala Lawas, Lawas, Sarawak. Guru-guru

ini daripada pelbagai opsyen dan mengajar pelbagai mata pelajaran juga

seperti Matematik, Bahasa Melayu, Sains, Pendidikan Islam dan lain-lain

lagi.

3.3 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan soalan soal selidik sebagai instrumen

kajian. Oleh kerana kajian ini adalah untuk mengetahui kesesuaian

perisian untuk digunakan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran

berbantukan komputer, maka soalan-soalan soal selidik meliputi elemen

kesesuaian isi kandungan yang bertanyakan tentang ketepatan, kesesuaian

serta skop mata pelajaran. Selain itu, elemen kedua ialah aspek teknikal

perisian yang dipilih yang meliputi soalan-soalan berkaitan navigasi, ciri-

ciri penyimpanan rekod, persembahan dan kualiti. Skala yang digunakan

ialah lemah dan baik .‘ ’ ‘ ’

3.4 Operasi ujian

Kajian dijalankan secara teratur iaitu dengan menunjukkan perisian

pembelajaran Matmatik yang dipilih melalui sambungan projektor; dan‘LCD . Pengkaji juga memberikan penerangan terlebih dahulu berkaitan‘ ’

perisian itu kepada sekumpulan guru-guru yang ada masa terluang.

Mereka digalakkan meneroka sendiri bagi yang berminat. Seterusnya

guru-guru diminta menyampaikan maklumbalas mereka di atas soalan

soal selidik yang diberikan. Bagi sekumpulan guru yang lain, perisian itu

ditunjukkan dan diterangkan serta diteroka sendiri secara individu

mengikut masa senggang mereka, sebelum memberikan maklum balas

berdasarkan soalan soal selidik.

Data-data yang diperolehi dianalisis berdasarkan peratusan. Ini

merujuk kepada peratusan lemah atau baik perisian tersebut berdasarkan

elemen-elemen yang telah ditetapkan dalam soalan soal selidik. Ini

adalah kerana, penganalisisan secara peratusan adalah lebih mudah dan

ringkas namun jelas, dalam kajian ini.

3.0 DAPATAN KAJIAN

9

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan dapatan yang

positif. Perisian pembelajaran Matematik yang dipilih ini adalah

bersesuaian untuk dijadikan salah satu bahan dalam pengajaran dan

pembelajaran berbantukan komputer. Rata-rata guru berpendapat kriteria

isi kandungannya adalah baik.

Kriteria aspek teknikal pula boleh dikategorikan sebagai memuaskan

kerana tiga daripada empat elemennya adalah baik mengikut pendapat

guru-guru itu. Satu aspek yang dikira lemah itu ialah ciri-ciri‘penyimpanan rekod.

Berikut adalah dapatan kajian yang dipaparkan dalam bentuk jadual

mengikut kriteria yang telah dikaji iaitu aspek isi kandungan dan aspek

teknikal perisian.

Jadual 1 : Analisis Data Aspek Isi Kandungan.

BIL PERNYATAAN

PERATUS1 ISI KANDUNGANI KETEPATAN LEMAH BAIKA Bebas daripada kesilapan 0 100

B Maklumat perisian terkini 0 100

C Penggunaan bahasa yang betul dari segi nahu, ejaan dan struktur ayat 20 80

Ii KESESUAIAN LEMAH BAIK

A Konsep dan bahasa sesuai dengan tahap pelajar 50 50

B Maklumat adalah sesuai dengan objektif yang hendak dicapai. 80 20

C Interaksi komputer dan pelajar yang sesuai dengan tahap murid. 0 100

Iii SKOP LEMAH BAIK

A Kandungan perisian berada dalam skoptopik yang hendak diajar. 10 90

B Kandungan perisian mengikut susunan yang sesuai. 0 100

10

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

C Kepelbagaian dan kesesuaian aktiviti. 10 90

Jadual 2: Analisis Data Dalam Aspek Teknikal Perisian.

BIL. PERNYATAAN PERATUS2 ASPEK TEKNIKALI NAVIGASI LEMAH BAIK

A Maklumat dapat dicari dengan mudah dan cepat. 10% 90%

B Penggunaan menu, ikon dan arah yang intuitif. 20% 80%

CAda pilihan untuk mengawal perjalanan perisian berhenti ataukeluar.

20% 80%

D Bunyi yang boleh dikawal. 20% 80%Ii CIRI-CIRI PENYIMPANAN REKOD LEMAH BAIK

a Kemudahan untuk mencetak maklumat. 80% 20%

b Menyimpan maklumat kedudukan semasa dalam perisian. 80% 20%

c Mengambil dan menyimpan nota apabila perlu. 80% 20%

d Rekod penggunaan perisian murid untuk memantau murid. 80% 20%

iii PERSEMBAHAN LEMAH BAIK

aIsi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat merangsang pemikiran murid.

20% 80%

bAktiviti yang menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif.

40% 60%

11

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

c Maklum balas yang membina. 30% 70%

d Susun atur paparan yang baik. 0% 100%

e Penerangan yang mencukupi bagi visual. 30% 70%

f Teks mudah dibaca dan saiz yang bersesuaian dengan murid.   100%

iv KUALITI LEMAH BAIK

a Visual yang sesuai dengan kandungan pelajaran. 20% 80%

b Audio yang jelas dan mudah difahami dan dikawal. 30% 70%

c Suara dan muzik yang berkaitan dengan paparan visual. 0% 100%

4.0 PERBINCANGAN

Graf 1 : Analisis ketepatan isi kandungan perisian.

12

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Dapatan menunjukkan perisian yang dipilih ini adalah tepat. 100 %

guru berpendapat bahawa ia bebas daripada kesilapan dan menggunakan

maklumat serta simbol yang betul dan terkini. Peratusan menurun

kepada 80 % bagi item penggunaan bahasa yang betul... adalah‘ ’mungkin kerana perisian ini dalam bahasa Inggeris yang dianggap oleh

guru sedikit mengganggu ketepatan. Khususnya bagi murid luar bandar

seperti sekolah kajian ini.

Unsur ketepatan perisian ini amat penting ditentukan sebaiknya

oleh guru kerana ia akan dapat menyokong proses pembelajaran sekaligus

meningkatkan kefahaman terhadap sukatan dan kurikulum pembelajaran.

Graf 2: Analisis kesesuaian isi kandungan perisian.

13

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Seterusnya bagi elemen kesesuaian perisian, sekali lagi

unsur bahasa Inggeris menjadi faktor penentu peratusan yang

diperolehi iaitu 50 % guru mengatakan bahawa konsep dan

bahasanya baik dan sesuai dengan tahap murid. Manakala 50 %

lagi adalah sebaliknya. Keadaan ini seterusnya memberikan

pengaruh besar kepada kesesuaian perisian dengan objektif yang

hendak dicapai. 80% guru mengatakan ianya lemah dalam aspek

ini. Namun 100% bersetuju bahawa terdapat kesesuaian yang

tinggi dari segi interaksi komputer dan tahap murid.

Bagi menentukan ciri perisian yang baik untuk murid,

selain daripada kesesuaian konsep, bahasa atau maklumat,

terdapat beberapa faktor kesesuaian yang lain termasuklah

kesesuaian umur dengan kemahiran yang diprogramkan dalam

perisian pembelajaran tersebut. Mana-mana perisian

pembelajaran yang baik biasanya disertakan pernyataan tahap

umur sebagai panduan kepada guru atau ibu bapa. Perisian yang

mempunyai kepelbagaian tahap kesukaran pula amat sesuai

dipilih kerana murid boleh memilih sendiri tahap yang mereka

selesa malah boleh berubah kepada tahap yang lebih tinggi

apabila sesuatu kemahiran lama sudah dikuasai, pada bila-bila

masa sahaja.

14

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Graf 3: Analisis skop isi kandungan perisian.

Dapatan kajian menunjukkan peratusan yang tinggi

diperoleh daripada guru-guru berkaitan skop pelajaran yang

hendak diajarkan. Rata-rata bersetuju perisian mengandung

skop isi kandungan yang sangat sesuai. Ia meliputi kandungan

perisian berada dalam skop topik yang hendak diajar (90%),

kandungan perisian (100%) serta kepelbagaian dan kesesuaian

aktiviti (90%).

15

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Graf 4: Analisis aspek teknikal iaitu navigasi.

Untuk menjamin kesesuaian sesuatu perisian, aspek

teknikal adalah sangat penting. Ia akan dapat membantu murid

mengekses dengan mudah perisian yang digunakan itu tanpa

banyak bergantung kepada guru. Bagi kajian perisian ini,

rata-rata guru berpendapat elemen navigasinya adalah baik dan

sesuai. 90% guru mengatakan maklumat dapat dicari dengan

cepat dan 80% guru menentukan baik bagi ketiga-tiga item iaitu

penggunaan menu, ikon dan arah adalah intuitif, ada pilihan16

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

untu mengawal perjalanan perisian berhenti atau keluar dan

bunyi yang boleh dikawal.

Kawalan navigasi yang mudah juga dapat menggalakkan murid

meneroka dengan bebas. Murid juga dengan mudah dapat

menamatkan atau menukar aktiviti pada bila-bila masa tanpa

menunggu sehingga sesuatu aktiviti terdahulu tamat.

17

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Graf 5: Analisis aspek teknikal iaitu ciri-ciri

penyimpanan rekod.

Hasil dapatan bagi elemen ciri-ciri penyimpanan rekod

adalah ketara berbeza. 80% guru mengkategorikannya lemah

kerana sememangnya perisian ini tidak menyediakan kemudahan

untuk mencetak maklumat, menyimpan maklumat kedudukan semasa

dalam perisian, mengambil dan menyimpan nota serta tiada rekod

penggunaan perisian untuk memantau pembelajaran murid.

Graf 6: Analisis aspek teknikal iaitu persembahan.18

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Aspek teknikal iaitu elemen persembahan juga mendapat

maklum balas yang positif daripada guru-guru. 80% guru

mengatakan isi kandungan disampaikan dengan cara yang dapat

merangsang pemikiran murid. Contohnya terdapat fungsi suara

mengira gambar bagi murid yang bermasalah menentukan nombor

dengan betul atau objek berupa belon tidak akan naik sekiranya

salah sekiranya murid tidak faham arahan’salah’. Begitu juga

dengan konsep tolak yang digambarkan dengan mudah iaitu

divisualkan buah epal yang telah dimakan.

60 % guru mengatakan aktiviti dalam perisian

menggalakkan penyelesaian masalah secara kreatif. 70% pula

mengatakan terdapat maklum balas yang membina. 100% guru

bersetuju bahawa perisian ini mempunyai susun atur paparan

yang baik dan teksnya pula mudah dibaca serta saiz yang

bersesuai dengan kumpulan sasaran.

19

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

Graf 7: Analisis aspek teknikal berkaitan kualiti.

80% guru bersetuju bahawa perisian ini mempunyai kualiti

visual yang baik dan sesuai dengan kandungan pelajaran. 70%

pula mengatakan bahawa kualiti audio yang jelas dan mudah

difahami serta dikawal. 100% guru sepakat menyatakan kualiti

suara dan muzik adalah baik dan berkaitan dengan paparan

visual perisian. Aspek ini tidak kurang pentingnya kerana ia

merupakan tarikan yang besar kepada kanak-kanak yang memang

20

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

sukakan gambar yang cantik dan berwarna-warni atau audio yang

menarik.

5.0 RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesesuaian perisian

pembelajaran Android, yang begitu banyak meledak di internet. Sama

ada berbayar atau percuma, semuanya boleh didapati dengan senang

menggunakan telefon pintar ataupun tablet yang mempunyai sistem

operasi Android atau Apple apps (iOS).

Kajian ini dibuat berdasarkan keperluan guru untuk memastikan

perisian yang dipilih benar-benar memenuhi ciri-ciri perisian yang baik

sebelum digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran menggunakan

komputer (PPBK). Ini adalah untuk menjamin penguasaan kemahiran

atau pemahaman konsep yang baik dan berjaya mencapai objektif

pengajaran dan pembelajaran seluruhnya. Perisian itu juga perlu dikaji

bagi menentukan kesesuaian bagi pihak murid terutamanya dari aspek

teknikal agar mudah diteroka dan dikendalikan. Kesesuaian aspek

teknikal dan tahap kemahiran dan kepelbagaian aktiviti akan mendorong

pembelajaran yang berkesan bagi murid.

Berdasarkan perisian pembelajaran Android yang dipilih, kajian

berupa soal selidik telah dibuat terhadap sepuluh orang guru di sebuah

sekolah. Soal selidik ini adalah untuki meminta pendapat dan meklum

balas mengenai kesesuaian perisian tersebut. Hasil yang didapati adalah

sangat positif. Keseluruhannya, perisian tersebut adalah sesuai bagi

pembelajaran Matematik tahun satu. Kesesuaian ini melipute aspek isi

kandungan dan juga aspek teknikal perisian.

Namun, beberapa kelemahan juga dikenal pasti terutamanya aspek

teknikal iaitu ciri-ciri penyimpanan rekod yang sangat lemah. Perkara ini

boleh diatasi dengan mewujudkan sistem penyimpanan rekod dalam

perisian walaupun dengan cara yang ringkas. Selain itu, perisian ini

boleh ditambahbaik seperti memperbanyakkan rentak atau pergerakan.

Mungkin perlu ada pilihan pergerakan sesuatu aktiviti sama ada laju atau

perlahan. Ini memudahkan kanak-kanak yang masih kecil mengawalnya

21

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

kerana mereka ini biasanya tahap kemahiran motor mereka masih

rendah. Bagi murid yang berumur lebih tinggi, mereka boleh memilih

rentak atau pergerakan yang lebih pantas untuk mengelakkan jemu

menunggu arahan seterusnya.

6.0RUJUKAN

Azmi Hj. Maad Dan Norhayati Isa (2000). Peranan Guru Dalam Era IT. Arssains.

Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn. Bhd. M.S 2-3.

Balakrishnan, M. (2002).Penggunaan Komputer Oleh Guru Pelatih: Dahulu,

Sekarang

Dan Harapan Masa Depan. Seminar Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi

Dalam Pendidikan, Maktab Perguruan Batu Lintang.

Ee Ah Meng (1989). Pendidikan Di Malaysia. Fajar Bakti: Kuala Lumpur.

Ismail Zain (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumput: Utusan

Publication.

Omar Zakaria Et.Al. (2014). HBEF2303 Teknologi Maklumat Dalam

Pendidikan. Open Universiti Malaysia: Kuala Lumpur.

Robiah Sidin (1992). Keberkesanan Program Penyelidikan Guru-Guru KBSR

Satu

Tinjauan Literatur.

Shaifol Bahari Sulaiman (2003). Latihan Dalam Perkhidmatan 12 Minggu

Sekolah

Bestari. Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat Dan

Komunikasi, Hal. 29-38.

22

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

7.0LAMPIRAN

23

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

24

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

25

HBEF2303 SITI ZAINAB BT BIDIN 731021035448001

26


Recommended