+ All Categories
Transcript

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 1/12

Anjung Pengajian Perniagaan STPM

Cikgu Hairul Nizam Hassan, SMK Lui Barat.

PENGENALAN KPD PERNIAGAAN

1.1 Pengenalan Perniagaan

Perniagaan wujud apabila manusia mengkhususkan dalam pengeluaran barangan dan

perkhidmatan yang mereka berkemahiran dan cekap. Perniagaan banyak memberi faedahkepada manusia kerana aktiviti-aktiviti perniagaan dapat memenuhi kehendak dan keperluan

manusia dengan menyediakan berbagai-bagai barangan dan perkhidmatan yang dikeluarkansama ada di dalam negara ataupun diimport dari luar negara.

Selain itu, perniagaan juga menjanakan keuntungan yang menggalakkan manusiaberkecimpung dan mengembangkan perniagaan pulangan kepada pemilik-pemilik yang

sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masa mereka.

1.1.1 Definisi Perniagaan

“Business is the distribution and exchange of all the surplus goods produced in the fields, seas,forests and factories of the earth so that they reach the final consumer in the right place and atthe right price”

Perniagaan merupakan pengagihan dan pertukaran semua barangan berlebihan yangdihasilkan daripada ladang-ladang, lautan, hutan-hutan dan kilang-kilang supaya merekadapat diperoleh oleh pengguna terakhhir pada tempat dan harga yang berpatutan.

Vincent A. Gabriel (1995) m.s 5

Perniagaan merupakan semua kegiatan membeli dan menjual barangan dan perkhidmatan

dengan tujuan mendapat keuntungan.

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 2/12

Teng Yoon Soon, Lok Chung Hwa dan

Abdullah Munsi b. Abdul Rahim (1999) m.s 1

Perniagaan adalah pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wang untuk tujuanmendapatkan keuntungan atau sebarang bentuk faedah.

Zumilah Zainalaludin (1999) m.s 3

Perniagaan boleh didefinisikan sebagai pertukaran barang atau perkhidmatan dengan wangatau alat pertukaran lain, bertujuan untuk mendapat keuntungan atau sebarang bentukfaedah.

Norhayah Zulkifli et. al (1999) m.s 2

“Business is an organization that provides goods or services in order to earn profits”

Perniagaan merupakan suatu organisasi yang membekalkan barangan atau perkhidmatan

untuk mendapat keuntungan.

Ronald J. Ebert dan Ricky W. Griffin (1998) m.s 2

Rumusan

Berdasarkan definisi-definisi yang dikemukakan di atas, maka perniagaan dapat ditakrifkansebagai:-

Suatu usaha untuk mengagih dan menukarkan barangan yang berbentuk barang fizikal atauperkhidmatan atau kedua-duanya daripada pengeluar asal kepada pengguna terakhir padatempat dan harga yang berpatutan. Usaha pemindahan dan pertukaran barangan ini

dijalankan berasaskan alat pertukaran yang telah dipersetujui oleh pengeluar asal danpengguna terakhir. Pertukaran sedemikian akan membawa faedah dan keuntungan kepadasemua pihak yang terlibat dalam usaha ini.

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 3/12

1.1.2 Barangniaga

Ia juga dikenali sebagai produk atau keluaran. Barangniaga terdiri daripada unit-unit yangdapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secara fizikal seperti baju, keropok, anak patungmainan dan sebagainya.

1.1.3 Perkhidmatan

Ia merupakan sesuatu keluaran yang tidak dapat dilihat, dihidu, dirasa dan disentuh secarafizikal. Namun demikian, kehadirannya akan memenuhi keperluan dan kehendak pembeliatau penggunanya. Contoh-contoh perkhidmatan adalah perkhidmatan pakar perubatan,bank, insuran, pendidikan Kolej Matrikulasi dan sebagainya.

1.1.4 Keuntungan

Keuntungan merupakan perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan perniagaan.Keuntungan perniagaan yang menggalakkan peniaga-peniaga untuk menjalankan danmengembangkan perniagaan mereka. Ia juga merupakan pulangan atau ganjaran kepada

peniaga-peniaga yang sanggup menghadapi risiko daripada pelaburan wang dan masamereka.

Keuntungan (perniagaan) = Pendapatan – Perbelanjaan

Keuntungan (ekonomi) = Pendapatan – (Perbelanjaan + Kos Melepas*)

* Kos melepas merupakan kos yang terpaksa dilepaskan kerana membuat sesuatu pilihan.

1.1.5 Faedah

Faedah juga dikenali sebagai kebaikan atau kelebihan. Semua pihak yang terlibat dalamperniagaan akan memperolehi faedah. Misalnya, seorang peniaga yang menjual barangan ataumenyediakan perkhidmatan akan memberi faedah kepada pelanggannya. Pelanggan itu akan

menggunakan barangan atau perkhidmatan yang disediakan untuk kepentingan diri iaitumencapai matlamat individu atau organisasi. Pada masa yang sama, peniaga yang memberiperkhidmatan atau menjual barang akan dibayar oleh pelanggannya.

1.1.6 Kepuasan

Apabila kehendak dan keperluan seseorang itu dipenuhi, maka dia akan berasa puas hati. Jika

tidak, kepuasannya tidak akan tercapai. Misalnya, barang atau perkhidmatan yang dibeli olehseseorang itu dapat memenuhi keperluan dan kehendak pihak pembeli, maka pembeli akan

berasa puashati. Begitu juga dengan penjual barang atau perkhidmatan. Bayaran yangdiperoleh daripada jualan barang atau perkhidmatan dan ia digunakan untuk memenuhi

keperluan dan kehendak penjual, maka penjual akan mencapai kepuasan.

1.1.7 Objektif Perniagaan

Keuntungan iaitu perbezaan diantara kos pengeluaran (perbelanjaan) dan apa yang

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 4/12

Keuntungan iaitu perbezaan diantara kos pengeluaran (perbelanjaan) dan apa yang

pelanggan-pelanggan mahu bayar untuk sesuatu produk (pendapatan) merupakan salah satuasas dalam sistem ekonomi kapitalis.

Keuntungan

Pada jangka masa panjang, keuntungan ialah objektif utama untuk kebanyakan organisasi

perniagaan sama ada bersaiz besar atau kecil. Keuntungan merupakan faktor atau dayatarikan kepada seseorang individu untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan dan peniaga

untuk mengembangkan perniagaan yang sedia ada. Selain itu, keuntungan boleh menjadipengukur prestasi sesebuah organisasi perniagaan, sama ada disifatkan berjaya atau gagal.

Namun, persepsi atau tanggapan masyarakat terhadap keuntungan sebagai objektif utama

dalam bidang perniagaan mula berubah. Banyak organisasi perniagaan sanggup berkorban

keuntungan pada jangka masa pendek untuk objektif perniagaan pada jangka masa panjang.Contohnya, banyak organisasi perniagaan Jepun berjaya bersaing dan memasuki pasaran

Amerika Syarikat kerana mereka sanggup untuk menangguhkan keuntungan pada peringkatpermulaan dengan menawarkan produk yang bermutu dan berharga rendah.

Pada zaman ekonomi berpengetahuan (k-economy), organisasi perniagaan yang

mengutamakan keuntungan semata-mata sebagai objektif utama sering dikritik malahdisangsikan oleh masyarakat umum. Oleh sebab itu, sebahagian besar organisasi perniagaan

hari ini mengubah pendirian mereka daripada terlalu mengutamakan keuntungan kepada

pertimbangan-pertimbangan yang dapat diterima oleh masyarakat umum sepertitanggungjawab sosial, kerja-kerja amal dan sebagainya.

Kemandirian (Survival)

Kewujudan sesebuah organisasi perniagaan baru atau semasa keadaan ekonomi yang tidak

stabil, objektif kemandirian (survival) adalah lebih penting daripada keuntungan. Kemandirianbertujuan untuk menyedarkan masyarakat umum tentang kewujudan organisasi perniagaan

itu. Organisasi perniagaan harus cuba sedaya upaya untuk menarik perhatian masyarakat

umum tentang kewujudannya. Lazimnya, organisasi perniagaan mengalami kerugian diperingkat kemandirian tetapi fenomena ini tidak berkekalan. Pihak peniaga juga harus

memastikan bahawa jangka masa kerugian yang dialami di peringkat kemandirian adalahsingkat dan tidak berlarutan. Jika tidak, kerugian yang dialami itu bertambah dan sukar untuk

ditanggung oleh organisasi perniagaan yang terbabit. Ini akan menggagalkan organisasiperniagaan pada akhirnya.

Pertumbuhan

Apabila organisasi perniagaan berjaya memperkenalkan diri dan menyedarkan masyarakat

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 5/12

Apabila organisasi perniagaan berjaya memperkenalkan diri dan menyedarkan masyarakat

umum tentang kewujudannya, maka ia harus berusaha untuk mengurangkan kerugian yang

dialami di peringkat kemandirian. Pada masa yang sama, usaha peningkatan keuntunganpatut ditekankan supaya organisasi perniagaan itu bertumbuh dan terus membesar dan

berdaya saing dengan organisasi perniagaan lain sama ada organisasi perniagaan tempatanataupun antarabangsa.

Tanggungjawab Sosial

Pada hakikatnya, kemandirian dan pertumbuhan sesebuag organisasi perniagaan dipengaruhi

oleh tahap penerimaan serta sambutan masyarakat umum terhadap organisasi perniagaan

yang berkenaan dan aktiviti-aktiviti perniagaannya. Oleh itu, organisasi perniagaan itu harusmemenuhi tanggungjawab sosialnya dengan menyediakan peluang-peluang pekerjaan,

menjual barangan yang baik dan bermutu tinggi, menawarkan perkhidmatan yangdiperlukan oleh masyarakat dengan cekap dan pada kadar atau harga yang berpatutan,

membantu negara untuk mempertingkatkan kedudukan ekonominya.

1.2 Kepentingan Perniagaan

Perniagaan merupakan suatu bidang yang berpengaruh kepada kehidupan seluruh manusia

dan seluruh dunia. Kefahaman terhadap konsep perniagaan amat penting untuk kehidupanharianseluruh manusia kerana ia dapat memberi kesan atau impak kepada manusia dalam

aspek-aspek seperti:-

1.2.1 Memenuhi Keperluan Masyarakat

Perniagaan dapat memenuhi keperluan masyarakat. Hasil daripada aktiviti-aktivitiperniagaan, iaitu urusan pembelian dan penjualan barangan dan perkhidmatan, para peniaga

akan memperolehi keuntungan manakala pihak pembeli dan pengguna pula memilikibarangan dan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.

Contohnya, penjual air kacang soya di tepi jalan raya akan mendapat keuntungan apabila air

kacang soyanya dibeli oleh pembeli. Pada masa yang sama, pembeli yang membeli danmeminum air kacang soya itu dapat memenuhi keperluan dan kehendaknya iaitu

menghilangkan dahaga.

1.2.2 Menyediakan Pekerjaan Kepada Masyarakat

Sebahagian besar masyarakat menyara kehidupan mereka melalui pekerjaan yang diperolehidaripada sektor perniagaan. Masyarakat boleh bekerja sebagai peniaga atau sebagai pekerja

dalam organisasi perniagaan. Pendapatan yang diterima melalui pekerjaan yang diperolehi

daripada sektor perniagaan dapat menyara malah meningkatkan taraf hidup masyarakat.

Selain itu, pekerja-pekerja yang kehilangan pekerjaan dan terdesak semasa berlakunyakemelesetan ekonomi boleh beralih kepada perniagaan terutamanya perniagaan secara kecil-

kecilan sebagai sumber rezeki yang baru.

1.2.3 Tidak Ditipu

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 6/12

Dalam kehidupan sehari-hari, kefahaman terhadap konsep perniagaan dapat membantu

malah mencegah pengguna terakhir daripada ditipu oleh para peniaga yang menggunakanteknik-teknik perniagaan yang berniat serong seperti perniagaan seperti perniagaan jualan

murah di pasaran. Pembeli-pembeli harus bijak dan berhati-hati semasa membeli-belahbarangniaga jualan murah. Bukan semua barangniaga yang ditawarkan jual murah itu

sebenarnya murah. Setengah-setengahnya memang berharga murah dan setengah-setengahlagi mungkin lebih mahal daripada harga biasa.

1.2.4 Memahami Pergolakan Perniagaan

Kefahaman terhadap konsep perniagaan akan dapat membantu dan memudahkan lagiindividu ataupun organisasi untuk memahami dan mengenal pasti sebarang pergolakan

perniagaan semasa. Misalnya, Syarikat A sedang menghadapi masalah kewangan, maka kitaboleh mengambil kesempatan ini untuk memiliki syarikat yang berkenaan dengan membeli

saham-sahamnya atau tidak.

1.2.5 Kehidupan Yang Lebih Mewah

Masyarakat yang giat berkecimpung dalam bidang perniagaan akan meningkatkankedudukan sosioekonomi mereka terutamanya dalam sistem ekonomi kapitalis atau sistem

ekonomi campuran. Pada umumnya, individu yang berilmu perniagaan dan terlibat dalam

bidang perniagaan menikmati taraf hidup atau kehidupan yang lebih mewah berbandingdengan individu yang kurang ilmu perniagaan dan kurang terlibat dalam bidang perniagaan.

1.2.6 Meningkatkan Pembangunan

Dalam usaha untuk menyakin dan menarik pelaburan daripada pelabur-pelabur sama ada

pelabur-pelabur asing ataupun pelabur-pelabur tempatan, pihak berkuasa akan cubamemperbaiki kemudahan asas atau infrastruktur seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik di

sesebuah tempat. Peningkatan prasarana asas ini secara tidak langsung membawa kesankepada pembangunan kawasan dan masyarakat tempatan yang terlibat dalam perniagaan.

1.2.7 Peluang Global

Masyarakat yang berilmu perniagaan akan memudahkan negara untuk menceburi dalamperniagaan di peringkat antarabangsa atau global. Penguasaan ilmu perniagaan membolehkanpeniaga-peniaga negara kita bersaing terutamanya dengan peniaga-peniaga dari negara-

negara maju. Kita memerlukan kemahiran, kepakaran dan lebihan persaingan (competitiveedge) yang tinggi dan berkualiti untuk maju dan menjayakan perniagaan di peringkatantarabangsa atau global.

Contoh soalan Pendek STPM

1.1 Pengenalan Kepada Perniagaan

Q1: Jelaskan maksud perniagaan. 【2M】

Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atau

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 7/12

Perniagaan boleh dimaksudkan sebagai aktiviti membeli dan menjual barangan atauperkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan.

Q2: Secara ringkas, bezakan antara perniagaan dan bukan perniagaan. 【3M】

Perniagaan merupakan sebuah organisasi yang menggemblengkan semua sumber untukmenjalankan aktiviti-aktiviti perniagaan bagi tujuan memaksimumkan keuntungan.

Bukan perniagaan merujuk kepada organisasi yang ditubuhkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang tidak bermotifkan keuntungan.

Q3: Nyatakan empat unsur penting dalam perniagaan. 【2M】

(a) Memuaskan keperluan dan kehendak pengguna(b) Barangan atau perkhidmatan

(c) Pertukaran nilai(d) Keuntungan perniagaan

Q4: Berikan definisi keuntungan. 【2M】

Keuntungan ialah baki pendapatan setelah semua perbelanjaan pengeluaran dan pemasaranbarangan atau perkhidmatan ditolak daripada jumlah pendapatan atau jumlah penerimaan.

Q5: Nyatakan lima komponen yang terdapat dalam setiap organisasi merujukpandangan Mintzberg. 【2½M】

(a) Manusia

(b) Matlamat atau objektif(c) Struktur organisasi(d) Aktiviti

(e) Kawalan

Q6: Nyatakan dua jenis keuntungan perniagaan. 【1M】

(a) Untung kasar(b) Untung bersih

Q7: Senaraikan empat sebab sesebuah perniagaan berusaha untuk mencapai

keuntungan. 【2M】

(a) Mengekalkan kedudukan perniagaan

(b) Membentuk strategi perniagaan yang berkesan(c) Mengembangkan perniagaan(d) Memenuhi kehendak pemilik perniagaan

Q8: Berikan empat peranan penting perniagaan dalam sesebuah negara. 【2M】

(a) Meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 8/12

(a) Meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara(b) Mewujudkan peluang pekerjaan

(c) Meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport(d) Menyumbang kepada pendapatan negara

Q9: Nyatakan empat keadaan ekonomi yang dapat merangsang perkembangan

sesebuah perniagaan. 【2M】

(a) Ekonomi yang stabil(b) Sistem kewangan yang liberal

(c) Kuasa beli pengguna yang tinggi(d) Nilai mata wang yang stabil

Q10: Senaraikan empat tahap penting dalam kitaran perniagaan. 【2M】

(a) Pertumbuhan(b) Kemerosotan

(c) Kemelesetan(d) Kemewahan

Q11: Bincangkan secara terperinci tahap kemerosotan dan tahap kemelesetan dalam

kitaran perniagaan. 【3M】

Tahap kemerosotan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan menurun selepas

mencapai tahap pertumbuhan yang paling tinggi. Namun, kadar pertumbuhan perniagaanmasih bernilai positif.Kemerosotan yang berterusan dalam ekonomi akan menyebabkan kadar pertumbuhanperniagaan terus menurun sehingga perniagaan mengalami tahap kemelesetan. Tahap

kemelesetan berlaku apabila kadar pertumbuhan perniagaan bernilai negatif.

Q12: Nyatakan empat jenis sistem ekonomi utama. 【2M】

(a) Pasaran bebas(b) Komunis(c) Sosialis

(d) Campuran

Q13: Terangkan empat faktor penting pengeluaran. 【4M】

Faktor pengeluaran merupakan sumber-sumber yang digunakan untuk mengeluarkanbarangan atau perkhidmatan. Faktor-faktor pengeluaran terdiri daripada empat elemen utamaiaitu tanah, buruh, modal dan usahawan.

(a) Tanah merupakan sumber alam yang berharga atau produktif yang boleh digunakanuntuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.(b) Buruh merupakan semua sumber manusia yang diperlukan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada barangan atau perkhidmatan.

(c) Modal merujuk kepada bentuk kewangan, bahan mentah, peralatan, kelengkapan, jentera,

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 9/12

atau bangunan yang digunakan untuk pengeluaran barangan atau perkhidmatan.

(d) Usahawan merupakan orang yang merancang aktiviti perniagaan denganmenggabungkan dan menggunakan kombinasi faktor-faktor pengeluaran yang sedia ada.

Q14: Nyatakan lima tahap penting dalam proses perniagaan bagi semua jenis

perniagaan. 【2½M】

(a) Input(b) Transformasi

(c) Output(d) Proses pemasaran(e) Penjanaan untung atau rugi

27 thoughts on “PENGENALAN KPDPERNIAGAAN”

1. caroline22/06/2011 AT 2:14 PMcikgu,saya hanya dapat lihat separuh dari nota ini sahaja. .terutama di perbezaan

perniagaan dan bukan perniagaan. =.=

Reply2. saya

07/08/2011 AT 2:23 AMsaya chan chee wee minta kebenaran untuk copy nota ya cikgu

Reply

3. Fiq Gunners08/08/2011 AT 1:12 PMsgt berguna….thanx…:)

Reply4. KAN

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 10/12

16/11/2011 AT 6:31 AMi like PP

Reply

5. AHMAD AL-FARUQ BIN ASRI27/12/2011 AT 7:20 AMTERIMA KASIH KEPADA YANG TELAH MENYIARKAN MAKLUMAT INI KEPADASEMUA STUDENTS.

Reply6. ckgu rodz

16/01/2012 AT 2:25 AMreally good…. appreciation towards your effort…..

Reply

7. mainan anak20/01/2012 AT 1:25 PMYou are really a excellent webmaster. The web site loading pace is incredible. It sort of feels

that you’re doing any unique trick. Also, The contents are masterwork. you have done agreat job on this topic!

Reply

8. sherya yogesh11/03/2012 AT 5:15 AMsangat berguna .mohon bantuan cikgu untuk menambahkan lagi info tambahan bagisetiap topik pp 1 dan 2-lebih berformatkan stpm-yogesh dari pfs,penang

Reply9. norosmini

22/03/2012 AT 8:59 AMmohon copy nota ya cikgu..t.kasih

Reply

10. alshihana27/03/2012 AT 8:03 AMtq cikgu nota ni…thn ni amik stpm..calon persendirian..harap2 dengan nota2 ni akan

berjaya…amin

Reply11. aena zarif

22/05/2012 AT 11:44 AMtq cekgu krane sediakan nota pp yang sangat berkesan..

Reply

12. shu zhen04/06/2012 AT 11:42 AM

thk cikgu,nota ni sangat berguna utk saya.kerana saya x berapa pandai utk buat nota

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 11/12

thk cikgu,nota ni sangat berguna utk saya.kerana saya x berapa pandai utk buat notasendiri.saya mohom utk copy ye.

Reply13. ct. amisha

02/07/2012 AT 4:13 PMterima kasih cikgu !

Reply14. Baseema

04/09/2012 AT 3:02 PMHarap2 topic ni masok..

Reply

15. hazirah12/01/2013 AT 8:19 AMMOHON COPY YE CKGU..

Reply16. Muhammad Iskandar

19/01/2013 AT 7:05 AM

Salam..Sya ingn minta kbnrn untk copy note ckgu ye…thnks

Reply17. dyingdemon999

27/01/2013 AT 10:50 AM

mohon copy nota ni..

Reply18. haziqah samsudin

29/01/2013 AT 12:42 AMsaye pun nak mintak kebenaran nak copy…

Reply19. Uzair Husni

13/02/2013 AT 2:22 PM

ilmu yang sangat bermanfaat.. mohon untuk copy… (Y)

Reply

20. Rahim10/04/2013 AT 2:55 AMterima kasih….

Reply21. azian matli

10/04/2013 AT 9:35 AM

saya jadikan ini sebagai rujukan untuk thesis saya . sangat berguna . terima kasih cikgu

8/4/2014 PENGENALAN KPD PERNIAGAAN | Anjung Pengajian Perniagaan STPM

http://pengajianperniagaan.wordpress.com/bab-1/bab-1/1-1-pengenalan-kpd-perniagaan/ 12/12

Reply22. nurliana

20/07/2013 AT 10:30 PM

best of all

Reply23. Erma

26/10/2013 AT 1:03 PMcikgu sy minta kebenaran untuk sy copy nota ni ye,nota ni dpt memudahkan sy untukmengulangkaji….terima kasih cikgu

Reply24. smktstudent

16/11/2013 AT 12:51 PMmohon untuk copy ye..terime kaseh

Reply25. lemma nihong

20/12/2013 AT 5:25 PMtq cikgu.. Dpt jga jd tambhan untk nota lau repeat tik.. Hehe

Reply

26. aina03/03/2014 AT 4:49 AMAs’salam Cikgu…saya adalah pelajar persendirian..sy mohon atas budi bicara Cikgu utk symgunakan laman Ckigu..saya juga berharap agar cikgu sudi membantu saya.. saya sudahidengan ucapan Terima Kasih yg tak terhingga buat Cikgu.

Reply

27. Nur ain12/05/2014 AT 1:41 PMTerima kasih cikgu dengan baca nota ni saya dah terjatuh suka dengan subjek ini..doakansya ye..aamiin

Reply

Create a free website or blog at WordPress.com. The Ever After Theme.

Follow

FOLLOW “ANJUNG PENGAJIAN PERNIAGAAN STPM”

Powered by WordPress.com


Top Related