+ All Categories
Home > Documents > Rukun Negara-my Presentation 1

Rukun Negara-my Presentation 1

Date post: 07-Jul-2015
Category:
Upload: evelyne-orai-william-tam
View: 385 times
Download: 1 times
Share this document with a friend
Popular Tags:

of 54

Transcript

S I L A

RUKUN NEGARA

A M B I L

PEMBENTANGAN OLEH: EVELYNE ORAI WILLIAM

P E R H

PERISTIWA 13 MEI 1969

Rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.

Mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda. Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969.

Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah dibentuk. Mengembalikan keamanan,menegakkan semula undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta saling percaya antara rakyat.

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara.

Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut berlaku.

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi sasaran rusuhan.

Pengenalan

Dalam konteks Rukun Negara sebagai ideologi kebangsaan, ia merujuk kepada lunas-lunas dalam dasar pemerintahan demokrasi untuk dijadikan panduan am tindakan rakyat di Malaysia.

Rukun Negara adalah satu nilai yang perlu dicapai.

Rukun Negara adalah amalan yang perlu dilakukan dan satu visi bagi merealisasikan kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaumkaum utama di Malaya atau Malaysia semasa penggubalan Perlembagaan.

Konsep Rukun Negara

Rukun Negara adalah ideologi kebangsaan Malaysia.

Ia adalah satu susunan cara ataupun prinsip hidup bermasyarakat yang mengandungi nilai-nilai kenegaraan dan norma-norma sosial yang meliputi semua aspek kehidupan bernegara.

Rukun Negara juga adalah satu doktrin untuk mencapai perpaduan kaum demi keharmonian dan kemakmuran negara Malaysia.

Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai citaperpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagaiberbagai-bagai corak; membina satu corak; masyarakat progesif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. moden.

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut: Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran perlembagaan Kedaulatan undang-undang Kesopanan dan kesusilaan

Rukun Negara diisytiharkan oleh Yang Diertuan Agong pada 31 Ogos 1970 iaitu semasa negara menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-13.

Diperkenalkan oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN).

MAGERAN yang diketuai oleh seorang engarah, ditubuhkan bagi memulihkan perpaduan yang semakin goyah pada masa itu.

Faktor Penggumbalan Rukun Negara

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu.

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat.

Objektif D atlamat r k Negara

Untuk mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama.

Untuk memelihara cara hidup demokratik.

Untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat.

Untuk membentuk satu sikap yang liberal terhadap tradisi kebudayaan yang kaya dan berbagai-bagai corak.

Untuk membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden.

Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan.

Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali.

Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia.

Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.

Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing,prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Malaysia mengamalkan Sistem emokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Selaras dengan kedudukan Yang diPertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Seri Paduka Baginda, RajaRaja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong.

Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.

Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara.

Setiap warganegara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

Perlembagaan Negara telah digubal berasaskan kesepakatan semua kaum dan semua pihak di negara ini. Dengan demikian ia merupakan satu kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat oleh mana-mana individu atau mana-mana pihak.

Perlembagaan alaysia menent kan pola politik an kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini.Ia adalah sumber rujukan bagi segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara.

Kebebasan asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia.Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan. Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan.

Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil.

Oleh itu undang-undang negara dijamin pula oleh institusi kehakiman yang bebas dan berwibawa. Setiap negara memerlukan undangundang untuk mengawal dan mewujudkan satu masyarakat yang aman, stabil dan makmur.

Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dan bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasa selamat.

Hak-hak semua rakyat boleh diamalkan dengan bebas asalkan tidak melanggar undang-undang serta perkara-perkara sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

Hak-hak dari kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan itu tidaklah termasuk hak menggulingkan kerajaan sama ada dengan kekerasan atau dengan cara-cara yang tidak menurut Perlembagaan.

Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat.

Tujuannya ialah untuk membentuk warganegara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang dijalankan sekarang.

Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sikap bersopan santun dan bersusila patut diamalkan bagi membentuk seseorang individu dan masyarakat yang berdisiplin serta bermoral tinggi yang akan membantu mewujudkan sebuah masyarakat yang harmoni.

Tatasusila ini membenci dan mengutuk tingkah laku atau perbuatan yang angkuh atau menyinggung perasaan seseorang atau sesuatu golongan.

Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara.

Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Kepentingan Rukun Negara

Perpaduan Negara, tanpa perpaduan, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman dan kelemahan.

Ancaman dan kelemahan ini boleh mengakibatkan kedaulatan negara terjejas dan berlaku huru-hara rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya.

Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasanan politik yang stabil.

Mewujudkan semangat patriotik kepada rakyat Malaysia.

Rukun Negara juga menjadikan kita mengetahui asal usul dan sejarah Malaysia.

Memelihara keamanan, kemakmuran dan kesejahteraan negara.

Rumusan Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969. Tragedi ini telah menyebabkan semua rakyat Malaysia mengetahui betapa pentingnya bersatu-padu dan hidup dengan aman dan damai serta dapat menghindari sifat curigamencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kaum pula adalah matlamat penting yang ingin dicapai oleh semua negara di dunia termasuklah Malaysia

Ia pe ti g kera a ta pa perpad a , seseb ah egara it aka e jadi le ah, s kar t k diba g ka da dah dia ca sa a ada oleh k asa l ar ata dala egara it se diri.

LAGU RUKUN NEGARA

RUKUN NEGARA\Propaga da Kerajaa - Rukun Negara.flv RUKUN NEGARA\Li a Prinsip rukun negara.flv

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARALIMA PRINSIP RUKUN NEGARA HARUS MENJADI CARA HIDUP KITA BUKAN SEKADAR IKRAR SAHAJA SEKALI SEKALA DIBACA SAHAJA

LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA TELAH MENJADI TERAS PERPADUAN MEMBENDUNG SATU NEGARA TANPA MENGIRA AGAMA DAN BANGSA

CHORUS: AMALKANLAH RUKUN NEGARA DALAM HIDUP HARIAN KITA TANPA MENGIRA TUA MUDA MENGEKALKAN WARISAN KITA

SEKIAN TERIMA KASIH ATAS PERHATIAN ANDA


Recommended