+ All Categories
Home > Documents > Teori pengurusan

Teori pengurusan

Date post: 29-Jul-2015
Category:
Upload: abd-jalil-abu-bakar
View: 971 times
Download: 14 times
Share this document with a friend
58
SEARCH Home Blog Photos Video Music Calendar Reviews Links TOKOH Psikologi Pengurusan/ Sumbangan Jan 21, '06 1:37 PM for everyone HENRI FAYOL (1945-1925) Digelar sebagai ` Father or Management Theory’Bapa Teori pengurusan Moden’.Beliau telah menulis pada masa yang sama dengan Taylor tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza .taylor menitik beratkan pengurusan perkilangan atau bawahan manakala fayol menekankan fungsi organisasi atau peringkat atasan organisasi. Fayol merupakan seorang jurutera dan eksekuitf Peranchis telah membuat 3 sumbangan penting didalam teori pentadbiran: · Beliau membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan. · Beliau telah mengenalpasti 5 fungsi –fungsi pengurusan yang khusus. · Beliau telah mencadangkan 14 prinsip pengurusan. Dalam bukunya Industrial and General Management fayol mendefinisikan pengurusan sebagai perancangan ,pengorganisasian,pengerahan,penyelarasan dan kawalan.ia merupakan pemakluman pertama fungsi seorang pengurus (5 fungsi). Fayol dianggap sebagai sebagai pelopor teori pentadbiran dan penyumbang pendekatan teori organisai klasikal paling
Transcript
Page 1: Teori pengurusan

SEARCH

Home Blog Photos Video Music Calendar Reviews Links

TOKOH Psikologi Pengurusan/ SumbanganJan 21, '06 1:37 PMfor everyone

HENRI FAYOL(1945-1925)

Digelar sebagai ` Father or Management Theory’Bapa Teori pengurusan Moden’.Beliau telah menulis pada masa yang sama dengan Taylor tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza .taylor menitik beratkan pengurusan perkilangan atau bawahan manakala fayol menekankan fungsi organisasi atau peringkat atasan organisasi.

Fayol merupakan seorang jurutera dan eksekuitf Peranchis telah membuat 3 sumbangan penting didalam teori pentadbiran:

· Beliau membezakan antara kemahiran teknikal dengan kemahiran pengurusan.· Beliau telah mengenalpasti 5 fungsi –fungsi pengurusan yang khusus.· Beliau telah mencadangkan 14 prinsip pengurusan.

Dalam bukunya Industrial and General Management fayol mendefinisikan pengurusan sebagai perancangan ,pengorganisasian,pengerahan,penyelarasan dan kawalan.ia merupakan pemakluman pertama fungsi seorang pengurus (5 fungsi).

Fayol dianggap sebagai sebagai pelopor teori pentadbiran dan penyumbang pendekatan teori organisai klasikal paling tekemuka .fayol merupakan individu pertama yang membincangkan pengurusan sebagai suatu proses yang mempunyai fungsi yang perlu dilakukan oleh semua pengurus.

ELTHON MAYO (1880-1916)

Elthon Mayo ,ahli psikologi merupakan pengasas kepada pendekatan pergerakan perhubungan manusia dan sosiologi industri.dalam kajian nya di Universiti Harvard , beliau mendapati bahawa kepentingan kumpulan mempengaruhi tingkahlaku individu dalam kerja .Kajian dan sumbangan Mayo mendapati bahawa kewujudan kumpulan tidak formal adalah sebagai sumber motivasi pekerja.

Page 2: Teori pengurusan

MAX WABER

Max Waber merupakan seoarang ahli sosiologi German yang menekankan pendekatan birokrasi-iaitu perlunya sesebuah organisasi untuk mempraktikkan system pengurusan formal yang bercirikan PERATURAN & UNDANG-UNDANG ,GARIS HIERARKI ORGANISASI yang jelas HUBUNGAN BUKAN PERIBADI dikalangan ahli organisasi.

Beliau menyarankan 6 ciri birokrasi iaitu:

· Pengkhususan kerja· Hierarki Autoriti· Peratiran dan Tatacara yg Formal· Pemilihan kakitangan Berdasarkan Kelulusan Teknik· Imperseonaliti· Pentadbir Tertakluk Kepada Peraturan dan Disiplin

Menurut Waber ,Organisasi yang birokratik merupakan sebuah institusi yang dominan dalam masyarakat kerana menganggap nya yang paling cekap.

DOUGLAS MAC GREGOR

Memperkenalkan Teori x dan Teori Y.

Iaitu Teori x – Tidak suka bekerja , tiada cita-cita,tidak suka bertanggung jawab Manakala Teori Y- Suka bekerja ,ada cita-cita dan bertanggung jawab

0 comments

PENGENALAN PADA KECELARUAN PERSONALITISep 5, '05 1:40 PMfor everyone

Dalam ilmu psikologi ,bidang personaliti memberi penumpuan kepada dua perkara,iaitu kepada diri seoarang secara keseluruhan dan kepada perbezaan antara individfu.Ahli psikologi memang mengakui bahawa terdapat beberapa persamaan indivdu

Namun dalam bidang personaliti ,ahli psikologi memberi lebih tumpuan mengapa terdapat perbezaan antara kalangan individu .Mereka cuba mencari jawapan kepada beberapa soalan seperti yang berikut ,misalnya mengapakah terdapat individu yang lebih berjaya manakala terdapat pula

Page 3: Teori pengurusan

satu golongan individu yang sentiasa gagal dalam kehidupan mereka?

Mengapakah terdapat perbezaan persepsi terhadap sesuatu perkara atau isu dikalangan satu kumpulan pelajar berbeza antara satu sama lain?

Selain mengkaji satu kumpulan individu ,ahli psikologi juga berminat mengkaji seseorang individu secara terperinci dan menyeluruh .mereka cuba memahami perhubungan yang kompleks bagi aspek-aspek yang berlaianan yang ada pada diri seseoarang misalnya perhubungan antara persepsi ,motivasi dan pembelajaran .Dalam kajian personaliti ,tumpuan bukanlah kepada kajian tentang persepsi atau motivasi tersebut berbeza antara individu lain.

Perbezaan tersebut mempunyai hubungan dengan cara seseoarang individu berfungsi secara keseluruhan .Kajian personaliti bukan sahaja memfokus kepada satu proses psikologi tertentu tetapi juga perhubungan antara beberapa proses yang berlainan .dengan memahami bagaimana proses tersebut berkaitan antara satu sama lain .biasanya akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh jika satu kehidupan manusia kita berfungsi atau bertindak secara menyeluruh dibandingkan dengan memehami setiap proses secara berasingan.

 

Definisi Personaliti

Satu definisi awal tentang personaliti telah diberikan oleh Menninger(1930)

Menurut beliau personaliti ialah apa-apa yang sebenarnya yang menghuraikan tentang seseoarang .Definisi ini mengandaikan tentang keadaan biologi dan fisiologi seseoarang dan ia juga dianggap sebagai terlalu ringkas .satu definisi yang boleh dikatakan lebih menyeluruh telah diberikan oleh waren& Carmichael (1930).menurut mereka personaliti ialah organisasi dinamik dalam diri individu yang terdiri daripada sistem psikologikal dan fizikal yang menentukan penyesuaian nya kepada psersekitaran nya .

Selain dua definisi yang telah diberikan diatas ,terdpat beberapa disfinisi lain tentangpersonaliti .misalnya Alport 1937 telah mengumpulkan lenbih kurang lima puluh definisi .yang boleh dikatakan disini ialah definisi yang berlainan ini menggambarkan beberapa perkara .

Pertama ialah kaedah yang digunakan oleh ahli psikologi berlainan antara satu sama lain dalam mengkaji personaliti .Kedua,setiap satu definisi

Page 4: Teori pengurusan

tersebut tidak boleh dikatakan salah atau betul.

kajian tentang personaliti boleh merangkumi aspek biokimia dan fisiologi yang mempengaurhi tingkahlaku .beberapa definisi personaliti boleh merangkumi daripada proses dalaman bagi seseoarang kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan dalam konteks hubungan antara individu .setiap sau definisi tersebut merujuk kepada jenis tingkahlaku yang berlainan dan penggunanan kaedah penyelidikan yang berlainan .Definisi tersebut mungkin menghuraikan tentang apa-apa yang berlaku dalam diri individu atau bagaimana individu berinteraksi sesama mereka.

Setelah meninjau beberapa defini tentang personaliti alport (1961) telah membahagikan personaliti kepada tiga bahagian :kesan,luaran,struktur dalaman dan pandangan positif .pendekatan kesan luaran dalam definisi personaliti sama maksudnya dengan topeng ,iamerujuk kepada ciri-ciri tertentu yang ada pada seseoarang sebagaimana ia diamati atau dilihat oleh orang lain ,iaitu seseoarang kepada orang lain.

Pendekatan struktur dalaman pula tidak melihat personaliti sebagai topeng semata-mata tetapi merangkumi strukutr psikologi atau psikofizikal .pendekatan ini melihat personaiti sebagai sisitem ,trait atau ciri.pendekatan ini dikiritik keranan ciri dalaman tidak boleh diperhatikan dan oleh sebab itu tidak boleh dikaji secara saintifik.

Pendekatan ketiga, iaitu pandangan positif merujuk kepada operasi sebenar seperti skor yang diperolohi dalam ujian personaliti .Personaliti sebagai satu konstrak dan sistem yang kompleks .Setiap satu komponen personaliti ditafsir daripada pemerhatian tentang tingkahlaku dan setiap stau daripadanya merupakan satu konstruk.

8 comments

KECELARUAN ANXIETYAug 5, '05 4:06 PMfor everyone

Page 5: Teori pengurusan

KECELARUAN ANXIETI. 

Dalam buku pengantar ψ yang ditulis oleh mahmud nazar menyatakan; pd zaman ψ mula-mula diasas’n, perkataan neurosis sering diguna’n utk m’perihalkan keadaan kecelaruan yg tdk begitu serius. K’bnykan kecelaruan ini t’dpt dlm kategori kecelaruan anxieti.

T’dpt 6 sub-kelas kecelaruan Anxieti yg dicatat’n dlm DSM III. Fobia, Obsesif-Kompulsif, Panik, Anxieti Am,Tekanan Pos-Trauma & Anxieti Atipikal.

Sblm kami m’bincangkan kelas2 t’sbt ingin kami faham’n maksud am anxieti yg b’kaitan dgn kategori ini yg m’rupa’n ciri2 asas anxieti yg dicatat’n dlm DSM III .1st- ketgg’n motor spt tdk dpt b’tenang, s’tiasa m’alami ketgg’n & m’gigil.2nd- hiperaktiviti Automatik ( pening, dgpn jantung yg deras & b’peluh )3rd- s’tiasa berasa cemas, gelisah & m’mpr’n serta m’mkr’n perkara2 yg menyebab’n ketgg’n.4rd- t’lalu m’beri p’hatian t’perinci dgn cara m’awasi segala grk laku disekelilingnya. KECELARUAN FOBIA 

Fobia merupakan sesuatu kecelaruan yg paling senang dikenali, m’mpr’n t/l tkt akan sesuatu kdr yg melampau. K’tktan itu tdk b’asas & tanpa rasional. Individu pula sentiasa m’jauhi objek / perkara yg ditakutinya dgn sedaya upaya.DSM III m’catat’n 3 jenis fobia : a- Agorafobia ( takut akan tmpt-tmpt org ramai ataupun b’sendirian / individu ini akan hanya menempatkan diri di dlm keadaan yg m’bw ketenangan kpdnya & m’had’n aktiviti-aktiviti harian & juga interaksi sosial mahupun p’hbgn yg intim ).b- Fobia Sosial ( tkt t’hdp tmpt-tmpt am mkn dikhalayak ramai org ramai, b’ckp di hdpn org ramai / m’guna’n tandas awam.c- Fobia Ringkas ( tkt kpd objek-objek t’tentu spt pisau, binatang, serangga, bgnn tinggi, lif, air ). KECELARUAN OBSESIF-KOMPULSIF 

Mpy 2 komponen yg utama; Obsesif- berkaitan dgn kepercayaan, fikiran bayangan / impuls yg tdk logikal / rasional.Kompulsif-t/l yg dilaku’n scr b’ulang kali & abnormal utk m’lyn pemikian obsesif.Pemikiran b’btk obsesif yg di gbg’n dgn t/l kompulsif ini amat m’ganggu aktiviti harian seseorg itu. Cth ; kanak-kanak yg t’lalu percaya bhw kuman-kuman yg b’keliaran di tgnnya akan menyebabkan ia jatuh sakit & akan m’bsh tgnnya b’ulang kali utk m’bersih’n diri dr kuman.

Page 6: Teori pengurusan

 KECELARUAN PANIK 

M’perihal’n t/l panik yg b’laku b’ulang kali yg diringi oleh perasaan takut dgn m’ddk & perasaan bimbang tentang sesuatu yg brk akan b’laku. Cthnya; pengalaman tkt didiagnosakan sbg kecelaruan panik jika individu m’alami 3 keadaan panik dlm jangka masa 3 minggu & pd masa itu tiada situasi yg m’ancam kesejateraan dirinya. KECELARUAN ANXIETI AM 

M’rupa’n individu yg m’alami anxieti selama sekrg-krgnya 1 bln tanpa sbb-sbb yg khusus.Cthnya; apabila seseorg itu mpy perasaan bimbang / gelisah pd s’pnjg masa.*(di dlm kertas edaran yg diedar’n t’dpt gambarajah bbrp perkara yg memerihal’n thp anxieti yg tinggi yg diadaptasi’n drpd sarason & sarason , 1980, hlmn 159 ) 1. saya sering diganggu apabila degupan jantung meningkat.2. gangguan2 kecilan m’ganggu diri saya.3. saya sering merasa takut tanpa sebab yg logikal.4. saya selalu runcing & ini menyebab’n saya b’sedih.5. saya kerap rasa penat & lesu.6. saya sering m’hdpi kesukaran untuk m’buat sesuatu keputusan.7. kdgkala suasana disekeliling menakutkan. 8. saya selalu m’alami ketakutan & kerunsingan. 9. saya selalu merasa tdk b’upaya m’atasi masalah yg dihdpi.10. saya kerap merasai diri ini tertekan. KECELARUAN TEKANAN POS-TRAUMA  

Kecelaruan ini b’laku slps individu m’alami sesuatu yg dikenali sbg “kjtn ψ”. Peristiwa- peristiwa spt menyaksi’n p’bnhan, dirogol, di rompak dll yg mengejut’n serta menakut’n akan menyebab’n individu itu menarik diri drpd interaksi sosial. Penarikan diri inilah yg dikenali sbg kecelaruan pos-trauma, kerana b’laku slps individu m’alami peristiwa yg katastropik. KECELARUAN ANXIETI ATIPIKAL 

kategori ini akan diguna’n apabila individu m’alami masalah anxieti yg tdk dpt dimasuk’n ke dlm kategori lain yg sedia ada.    

Tags: jenis-jenis1 comment

ABRAHAM MASLOWAug 5, '05 3:54 PMfor everyone

Page 7: Teori pengurusan

Latar Belakang Abraham Maslow  

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya

bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih menyayangi

bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan

kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan

adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow. Maslow juga sering

dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas

ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia, Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian

ibunya.

Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak bapa

dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam

tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn College (1937 -

1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti

Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi Jabatan Psikologi selama 10

tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau banyak menghasilkan artikel –

artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri, pandangan terhadap insan juga perasaan ke

atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal dunia di

Page 8: Teori pengurusan

usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

 

 

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow 

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan keseluruhan.

Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri individu tersebut,

sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori Maslow ini ada berkaitan

dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang berkaitan dengan motivasi.

Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan hanya sebahagian daripada

individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku

luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus bermotivasi

oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi

oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu. Maslow

sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari keperluan

yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan dalaman yang

menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu. Keperluan yang

ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus dipenuhi

terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan kata lain keperluan

di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat pertama tidak mencapai tahap

Page 9: Teori pengurusan

kesempurnaan.

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah dengan

keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

        Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita dan

kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi keperluan itu

ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.

        Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.

        Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa. Manakala

keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan umur.

        Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang

mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di peringkat

tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai keperluan

pertumbuhan.

        Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang semestinya

dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

 

 

 

 

 

 

 3 

Page 10: Teori pengurusan

 

5

4

2

1

 

Penunjuk : 1. Keperluan Fisiologi

2.      Keperluan Keselamatan

3.      Keperluan Kasih Sayang Dan Kepunyaan

4.      Keperluan Penghargaan Kendiri

5.      Keperluan Kesempurnaan Kendiri

 

 

 

1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara, air,

makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini. Pada masa ini,

keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini dipenuhi.

 

2. Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan kerja,

jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman luaran mahupun

Page 11: Teori pengurusan

dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan hidup.

 

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan dengan

insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita perlukan kasih sayang

daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh wujud bersendirian.

 

4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu berkuasa,

sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga perlukan

kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin dihormati, disanjungi

dan kehendak status dalam hidup.

 

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan kendiri.

Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang itu

inginkan kesempurnaan kendiri.

 Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri 

Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia

yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan

pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan kendiri

ialah, antaranya :

Page 12: Teori pengurusan

 

Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan kebajikan

orang lain.

Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan kepada apa

yang dipercayainya walaupun tidak popular.

Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti fesyen,

adat resam, dan seumpamanya.

Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.

Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

Bersikap objektif.

Rumusan Metadologi Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan mempunyai

dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.

Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa punyai

harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat (Maslow, 1954).

Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap

kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami

kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

 

KritikanTeori Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang – bidang lain

seperti bidang pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan. Hierarki keperluan

yang dikemukakan oleh Maslow dianggap sebagai sesuatu yang logik dan mudah. Tetapi ianya

Page 13: Teori pengurusan

dianggap kompleks apabila kemungkinan wujud tingkah laku secara sedar.

 

Tags: teori humanistik3 comments

CARL ROGERS ( 1902 - 1987 )Aug 5, '05 3:51 PMfor everyone

Latar Belakang Carl Rogers

 

Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam

keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di

Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada

bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers

keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta

mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli

psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College,

Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba

mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik

saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif

Page 14: Teori pengurusan

dan klinikal dengan statistik.

Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study,

Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ;

Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor Psikologi dan

Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri

di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute

(1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).

 

 

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers

 

Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai

manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh

dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia

yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua

tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.

Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang

secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :

1.      Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.

2.      Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.

3.      Kefahaman yang mendalam.

Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah

kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.

Page 15: Teori pengurusan

Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada

individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta

pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian

makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan

dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.

 

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten,

termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain

seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yang sama, Rogers

menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu

bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul

mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu

tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.

Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri

berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”.

Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :

1.      Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap

persepsi.

2.      Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan

konsisten secara keseluruhan.

3.      Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu tidak

mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai

Page 16: Teori pengurusan

satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.

4.      Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam

kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar

dioperationaliskan untuk membut kajian.

 

Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya

lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa

rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untuk

mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organisma

mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari

dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri.

Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud

diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering

mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di

antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan

kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini

berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman

dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens :

1.      Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan

mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.

2.      Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan

bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu

berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak

Page 17: Teori pengurusan

bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.

 

Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan

disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia

tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.

Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri

yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna

individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya

bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.

 

 

Rumusan Metodologi 

        Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten,

termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti

lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. (Rogers, 1959).

        Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang

digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh

individu berkenaan. (Patterson, 1984).

        Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri

berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau

“aku”. (Rychlak, 1973).

        Rogers mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan asas iaitu

Page 18: Teori pengurusan

untuk menyempurnakan, mengekal dan menambah pengalamannya. (1951).

        Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan nikmat atau untuk mengelakkan

kesakitan, tetapi hanya untuk mengekalkan struktur yang sedia ada. (Pervin, 1984).

        Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan

individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan

tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran. (Rogers, 1951).

        Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif. (Rogers, 1959).

 

Kritikan

Walaupun pengalaman subjektif merupakan sumbangan ia juga merupakan limitasi

kajian saintifik. Kelemahan yang dihadapi ialah :

        Tiada definisi jelas bagi personaliti.

        Sukar mengoperasikan konsep – konsep untuk diuji.

        Masalah menerima laporan kendiri sebagai bukti.

        Kekurangan arahan dalam kaunseling menyusahkan sesetengah individu.

0 comments

PSIKOLOGI PERSONALITIAug 5, '05 3:44 PMfor everyone

Page 19: Teori pengurusan

Pengenalan

Setiap individu yang wujud di permukaan bumi ini mempunyai sifat, sikap, gaya, dan

personaliti tersendiri. Dikalangan individu juga berbeza – beza, maksudnya tidak ada individu

yang benar – benar sama dari sifat – sifatnya dan setiap individu adalah unik, tetapi berkongsi

sama beberapa sifat tertentu dengan orang lain. Personaliti atau sahsiah melambangkan ciri – ciri

keperibadian seseorang individu itu, dan sememangnya mencirikan perbezaan seorang manusia

dengan manusia yang lain. Dua konsep yang perlu diberikan penekanan iaitu tipikal dan berbeza.

Personaliti seseorang adalah mengandungi kesemua ciri psikologi yang secara relatifnya tidak

berubah, yang tipikal (yang biasa terdapat) pada orang tersebut. Contohnya mereka mempunyai

tipikal yang pemurah, pemalu, impulif dan lain – lain. Penekanan kedua terhadap istilah berbeza.

Pola – pola unik tipikal cara bertindak, berfikir, dan merasa setiap orang adalah yang

menyebabkannya berbeza daripada orang lain.

 

Personaliti dan perkataan Inggeris person adalah dua perkataan yang berkait rapat. Pada

umumnya, personaliti akan memperihalkan seseorang individu tersebut tetapi secara khusus,

personaliti adalah sifat – sifat yang ada pada seseorang individu seperti cara ia berfikir, beraksi,

beremosi, berpersepsi dan lain – lain yang membolehkannya dibezakan dengan orang lain. Oleh

itu, personaliti akan memperihalkan sifat – sifat fizikal, emosi, dan kognitif seseorang individu.

 

Personaliti berkembang atau membentuk kerana ia dipengaruhi oleh tiga faktor, antaranya

ialah :

Perwarisan.

Pengalaman.

Page 20: Teori pengurusan

Budaya.

Perwarisan

Kajian untuk membuktikan kesan perwarian ke atas personaliti ialah melalui kajian

kembar seiras, dimana kembar seiras dibesar di dalam persekitaran yang berbeza, tetapi masih

mempunyai banyak kesamaan yang nyata pada kembar seiras. Dengan kajian ini menunjukkan

bahawa sesetengah ciri pesonaliti adalah diwarisi melalui genetik atau biologikal.

Pengalaman

Personaliti juga dipengaruhi oleh kesan daripada pandangan dengan ibu bapa, kawan

sepermainan, saudara mara dan orang lain. Namun demikian, pengalaman awal kanak – kanak

adalah penting dalam mempengaruhi personaliti mereka seterusnya, antaranya ialah :

Perhubungan emosi awal : Kebanyakan ahli psikologi percaya dengan perhubungan

emosi awal kerana ibu – ibu menghabiskan banyak masa dengan anak – anak mereka,

maka mereka mempunyai peluang yang besar untuk mempengaruhi emosi anak – anak

dan tingkah laku seterusnya. Ibu juga merupakan model kepada anak – anak mereka.

 

Penyusuan botol dan penyusuan ibu : Masih terdapat debat tentang mana yang lebih

baik penyusuan botol atau penyusuan ibu. Kebanyakan ibu masih memilih penyusuan ibu

kerana mereka percaya ia boleh mewujudkan perhubungan yang lebih hangat, mesra dan

kasih sayang dengan anaknya. Namun ahli psikologi lebih menekankan cara penyusuan

anak, dimana tidak kira yang diberi itu susu botol atau susu ibu, jika semasa penyusuan

itu ibu tidak menunjukkan kemesraan, kasih sayang kepada anak, maka ini akan

menghasilkan anak – anak yang mempunyai personaliti yang kurang sihat.

Rutin amalan pemeliharaan anak : Cara ibu menceraikan susu anak, latihan membuang

Page 21: Teori pengurusan

air besar dan kecil dan amalan lain yang rutin adalah mempengaruhi pembentukan

personaliti bayi. Sekiranya ibu bapa adalah bertanggungjawab, konsisten, dan

memahami, anak – anak mereka akan mampu membentuk sikap dan konfiden yang

positif, yang membawa kepada pembentukan personaliti yang seimbang dan mudah

penyesuaian.

Ibu bapa kucar – kacir dan anak – anak mereka : Sekiranya ibu bapa mewujudkan

rumahtangga yang tidak selamat, begitu juga sekiranya menunjukkan tingkah laku yang

tidak konsisten kepada anak- -anak, saling membenci, maka anak – anak akan

membentuk kebimbangan. Rumahtangga yang kucar – kacir lebih cenderung

menghasilkan anak – anak yang tidak gembira.

Keluarga yang autokratik berbanding demokratik : Sesetengah ahli psikologi percaya

bahawa cara pemiliharan anak, sama ada secara autokratik (ibu bapa menggunakan kuasa

untuk memberi arahan dan anak – anak hanya menerima arahan) atau demokratik

(dimana anak – anak diberi kebebasan secara berpanduan) adalah mempengaruhi

perkembangan personaliti anak – anak.

Budaya

Tingkah laku boleh disalurkan daripada ibu bapa, komuniti, masyarakat kepada

ahli – ahlinya yang baru. Anak – anak adalah cenderung meniru tingkah laku mereka

yang terdekat dengan mereka. Faktor – faktor persekitaran baik fizikal, budaya mahu pun

sosial boleh membentuk personaliti ahli – ahlinya. Kelompok agama, kelompok etnik,

komuniti dan malahan kelompok sosial seperti kelab dan organisasi adalah di antara

contoh faktor persekitaran yang berperanan penting dalam mempengaruhi pembentukan

personaliti.

Page 22: Teori pengurusan

Teori humanistik atau kemanusiaan dikenali sebagai kuasa ketiga di alam psikologi.

Teori ini menumpukan perhatian kepada manusia sebagai insan yang baik, murni dan

sentiasa berkembang ke arah kebaikan. Pakar – pakar psikologi kemanusiaan seperti Carl

Ransom Rogers dan Abraham H. Maslow selalu menekankan yang perkembangan diri ke

arah kesempurnaan kendiri individu sebagai pengacara bagi pelbagai tenaga yang

bertugas untuk membentuk personaliti seseorang.

 

 

 

 

TEORI KAMANUSIAAN CARL ROGERS

Latar Belakang Carl Rogers

Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan

dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula

belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian

bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau

bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan

beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih

memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus

melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D

1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang

Page 23: Teori pengurusan

bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian

fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal

dengan statistik.

Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study,

Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New

York ; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor

Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 – 1957) ; Profesor

Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western

Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the

Person (1968 – 1987).

 

 

 

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers

Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia

sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek

yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan

perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti

yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian

kesempurnaan kendiri.

Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk

berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :

1.      Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.

Page 24: Teori pengurusan

2.      Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.

3.      Kefahaman yang mendalam.

Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif

ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.

Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan

kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu

mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya.

Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang

fenomenal” individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang

tidak disedarinya.

 

 

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang

konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan

dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada

masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang

digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh

individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan

makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.

Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu

sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya”

atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers,

Page 25: Teori pengurusan

antaranya ialah :

1.      Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi

terhadap persepsi.

2.      Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang

terurus dan konsisten secara keseluruhan.

3.      Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu

tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia

mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.

4.      Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam

kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar

dioperationaliskan untuk membut kajian.

 

Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah

selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa

melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi –

kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah

kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri

yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri.

Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang

wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang

sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud

ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar.

Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri

Page 26: Teori pengurusan

individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil

ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk

mengatasi keadaan tak kongruens :

1.      Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini

akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu

berkenaan.

2.      Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan.

Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai

dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang

konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam

kesedaran.

 

Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu

keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain.

Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.

Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi

dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan

kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan

diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang didamkan

 

Rumusan Metodologi

 

        Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang

Page 27: Teori pengurusan

konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta

hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya”

atau “diri”. (Rogers, 1959).

        Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu

konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang

amat diingini oleh individu berkenaan. (Patterson, 1984).

        Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu

sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan

“saya” atau “aku”. (Rychlak, 1973).

        Rogers mengatakan yang sesuatu organisma mempunyai satu kecenderungan asas

iaitu untuk menyempurnakan, mengekal dan menambah pengalamannya. (1951).

        Sistem ini bukanlah bertujuan untuk mendapatkan nikmat atau untuk

mengelakkan kesakitan, tetapi hanya untuk mengekalkan struktur yang sedia ada.

(Pervin, 1984).

        Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang

dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman

yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam

kesedaran. (Rogers, 1951).

        Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif. (Rogers,

1959).

 

Kritikan

Walaupun pengalaman subjektif merupakan sumbangan ia juga merupakan

Page 28: Teori pengurusan

limitasi kajian saintifik. Kelemahan yang dihadapi ialah :

        Tiada definisi jelas bagi personaliti.

        Sukar mengoperasikan konsep – konsep untuk diuji.

        Masalah menerima laporan kendiri sebagai bukti.

        Kekurangan arahan dalam kaunseling menyusahkan sesetengah individu.

 

TEORI KEPERLUAN ABRAHAM MASLOW

 

 

Latar Belakang Abraham Maslow

 

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908. Bapanya

bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose. Abraham Harold Maslow lebih

menyayangi bapanya dari ibunya. Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat

beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering

membandingkan Maslow dengan adik – adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka

daripada Maslow. Maslow juga sering dihina oleh ibunya. Pada zahirnya Maslow pernah

menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia,

Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.

Maslow amat menyayangi bapanya Samuel. Maslow sering dianggap sebagai anak

bapa dan bukannya anak emak. Beliau sering menganggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin

Page 29: Teori pengurusan

dalam tahun 1934. Selepas mendapat ijazah doktor falsafah, beliau bekerja di Brooklyn

College (1937 - 1951). Dalam tahun 1951, beliau meneruskan kerjayanya di bidang

akademik di Universiti Brandeis, Massachusetts. Beliau pernah dilantik sebagi Pengerusi

Jabatan Psikologi selama 10 tahun di universiti yang sama. Sepanjang kerjayanya, beliau

banyak menghasilkan artikel – artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri,

pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha, dan beliau telah meninggal

dunia di usia 62 tahun akibat penyakit serangan jantung.

 

 

 

 

Teori Humanistik Mengikut Pandangan Abraham Maslow

 

Maslow melihat individu sebagai sesuatu yang berintergrasi dan penyusuan

keseluruhan. Contohnya, seorang insan yang lapar, ianya bukan sebahagian daripada diri

individu tersebut, sebaliknya keseluruhan diri individu menunjukkan rasa lapar. Teori

Maslow ini ada berkaitan dengan personaliti, dan menitikberatkan beberapa andaian yang

berkaitan dengan motivasi. Beliau menekankan keseluruhan diri individu bergerak, bukan

hanya sebahagian daripada individu.

Maslow menganggap motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku

luaran yan diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus

bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat. Matlamat ini dianggap sebagai keperluan yang

Page 30: Teori pengurusan

perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa mengambil kira budaya, persekitaran dan

perbezaan generasi.

Personaliti yang dibincangkan oleh Maslow lebih kepada keperluan individu.

Maslow sering mengaitkan perkembangan personaliti dengan motivasi. Motivasi lahir dari

keperluan yang diperolehi oleh setiap individu. Maslow berpendapat sebilangan keperluan

dalaman yang menggerak serta mengarahkan perlakuan yang dipamerkan oleh individu.

Keperluan yang ditunjukkan oleh Maslow boleh dilihat dalam bentuk hieraki.

Menurut beliau keperluan di tahap yang paling bawah/keperluan fisiologi harus

dipenuhi terlebih dahulu sebelum seseorang individu memikirkan tahap kedua. Dengan

kata lain keperluan di peringkat kedua tidak akan wujud jika keperluan diperingkat

pertama tidak mencapai tahap kesempurnaan.

 

 

Maslow juga menyebut terdapat perbezaan diantara keperluan peringkat bawah

dengan keperluan di peringkat tinggi. Antaranya :

        Keperluan di peringkat tinggi wujud lewat di dalam pertumbuhan diri kita

dan kewujudannya secara beransur – ansur. Oleh kerana lebih tinggi

keperluan itu ianya lebih istimewa kepada individu tersebut.

        Keperluan fisiologi wujud sebaik sahaja individu lahir di dunia.

        Keperluan penghargaan kendiri timbul di peringkat remaja dan dewasa.

Manakala keperluan kesempurnaan kendiri wujud selepas pertengahan

umur.

        Kepuasan memenuhi keperluan di peringkat tinggi akan membawa erti yang

Page 31: Teori pengurusan

mendalam kepada diri individu tersebut, seperti gembira. Keperluan di

peringkat tertinggi (keperluan kesempurnaan kendiri) dianggap sebagai

keperluan pertumbuhan.

        Keperluan – keperluan di peringkat rendah, adalah keperluan yang

semestinya dilalui oleh setiap individu bagi mengekalkan kestabilan.

 

1. Keperluan Fisiologi

Keperluan manusia yang paling asas adalah untuk hidup. Manusia perlukan udara,

air, makanan dan tempat tinggal bagi memenuhkan kehendak pertama dan utama ini.

Pada masa ini, keperluan lain tidak sama sekali menjadi tumpuan selagi kehendak asas ini

dipenuhi.

 

2. Keperluan Keselamatan

Setelah keperluan ini dicapai, manusia akan mencari keselamatan hidup, kestabilan

kerja, jagaan masyarakat, undang – undang serta membebaskan diri daripada ancaman

luaran mahupun dalaman. Tahap keselamatan ini amat diperlukan bagi menjamin

kesejahteraan hidup.

 

3. Keperluan Kasih Sayang dan Kepunyaan

Dalam memenuhkan keperluan kasih sayang pula, manusia perlukan hubungan

dengan insan lain. Kita semua pada asasnya ialah haiwan yang bersosial, iaitu kita

perlukan kasih sayang daripada orang lain. Oleh itu manusia ini sememangnya tidak boleh

wujud bersendirian.

Page 32: Teori pengurusan

 

 

 

 

4. Keperluan Penghargaan Kendiri

Tahap seterusnya adalah kehendak untuk penghargaan kendiri. Kita mahu

berkuasa, sekurang – kurangnya ke atas diri kita sendiri. Pada masa yang sama, kita juga

perlukan kekuatan, kebolehan, kepakaran serta kebebasan. Seterusnya manusia ingin

dihormati, disanjungi dan kehendak status dalam hidup.

 

5. Keperluan Kesempurnaan Kendiri

Akhir sekali usaha manusia yang teragung adalah untuk mencapai kesempurnaan

kendiri. Semua tahap kehendak sebelum ini perlu dipenuhi terlebih dahulu sebelum

seseorang itu inginkan kesempurnaan kendiri.

 

Ciri – Ciri Individu Yang Telah Mencapai Kesempurnaan Kendiri

 

Mengikut Maslow manusia yang mempunyai kesempurnaan kendiri merupakan manusia

yang telah mencapai perkembangan personaliti tertinggi dan telah dapat menrealisasikan

pontesinya. Ciri – ciri personaliti manusia yang telah mencapai tahap kesempurnaan

kendiri ialah, antaranya :

 

Mencapai perkembangan moral yang tinggi iaitu lebih mengutamakan

Page 33: Teori pengurusan

kebajikan orang lain.

Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugas dan pekerjaan.

Mempunyai pegangan hidup yang kukuh, jujur, bertindak berdasarkan

kepada apa yang dipercayainya walaupun tidak popular.

Tidak berminat untuk menjadi pengikut kepada suasana semasa seperti

fesyen, adat resam, dan seumpamanya.

Seronok bersama kawan – kawan tetapi tidak bergantung kepada mereka.

Seronok dengan kehidupan yang mencabar dan yang baru.

Bersikap objektif.

 

Rumusan Metadologi

Maslow (1968) melihat manusia sebagai insan yang baik serta mulia dan

mempunyai dorongan sejadi untuk berkembang ke arah kesempurnaan kendiri.

Pencapaian keperluan penghargaan kendiri akan membolehkan manusia rasa

punyai harga diri, berkebolehan, berguna dan boleh berjasa kepada masyarakat

(Maslow, 1954).

Maslow (1954) menyatakan bahawa jikalau seseorang berupaya mencapai tahap

kesempurnaan kendiri tetapi tidak berusaha ke arahnya, maka ia akan mengalami

kegelisahan dan keresahan dalam hidup.

 

Kritikan

Teori Maslow sungguh terkenal dalam bidang psikologi dan juga bidang – bidang

Page 34: Teori pengurusan

lain seperti bidang pengurusan, bidang kejururawatan dan bidang pendidikan. Hierarki

keperluan yang dikemukakan oleh Maslow dianggap sebagai sesuatu yang logik dan

mudah. Tetapi ianya dianggap kompleks apabila kemungkinan wujud tingkah laku secara

sedar.

 

Bibliografi

 

        Mahmood Nazar Mohamed, 1960. Pengantar Psikologi : Satu pengenalan Asas

Kepada Jiwa Dan Tingkah Laku Manusia : Dewan bahasa Dan Pustaka, Kuala

Lumpur (2001).

        Dr. Ma’rof Redzuan & Pn. Haslinda Abdullah. Psikologi : Fakulti Ekologi

Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor (2001).

Wan Abdul Kader & Fatimah Yusooff. Program Jarak Jauh – Jabatan Psikologi : Pusat

Pengajian Luar Kampus, Universiti Kebangsaan Malaysia

6 comments

Sejarah Latar Belakang Serta Teori-teori Abraham MaslowAug 1, '05 4:51 PMfor everyone

Sejarah Latar Belakang Serta Teori-teori Abraham Maslow

Page 35: Teori pengurusan

Sejarah Hidup

Abraham Maslow dilahirkan di Brooklyn, New York dalam tahun 1908.Bapanya bernama Samuel Maslow dan ibunya bernama Rose . Abraham Harold Maslow lebih menyayangi bapanya dari ibunya .Maslow menganggap ibunya seorang yang amat kuat beragama dan kadangkalanya membuat dirinya serba salah. Ibunya sering membandingkan Maslow dengan adik-adiknya yang lain, dan lebih menyayangi mereka daripada Maslow .Maslow juga sering dihina oleh ibunya .Pada zahirnya Maslow pernah menyatakan rasa marah dan benci ke atas ibunya. Semasa ibunya meninggal dunia .Maslow enggan menghadiri upacara pengkebumian ibunya.

Maslow amatmenyayangi bapanya Samuel .Maslow sering dianggap sebagai nak bapa dan bukannya anak emak .Beliau sering mengaggap bapanya sebagai kawan.

Abraham Maslow mendapat ijazah pertama dan PhD dari Universiti Wisconsin dalam tahun 1934 .Selepas mendapat ijazah doktor falsafah ,beliau bekerja di Brooklyn College (1937-1951) .Dalam tahun 1951,beliau meneruskan kerjayanya di bidang akademik di Universiti Brandeis Massachusetts .Beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi jabatan Psikologi selama 10 tahun di Universiti yang sama .Sepanjang kerjayanya ,beliau banyak menghasilkan artikel-artikel berkaitan dengan perasaan dirinya sendiri ,pandangan terhadap insan juga perasaan ke atas kesihatan dirinya.

Maslow berkahwin pada tahun 1928 dengan Bertha ,dan beliau telah meninggal dunia disuisa akibat penyakit serangan jantung.

 

Abraham Maslow

Human life will never be understood unless its highest aspirations are taken into account. Growth, self-actualization, the striving toward health, the quest for identity and autonomy, the yearning for excellence (and other ways of phrasing the striving "upward") must by now be accepted beyond question as a widespread and perhaps universal human tendency

And yet there are also other regressive, fearful, self-diminishing tendencies as well, and it is very easy to forget them in our intoxication with "personal growth," especially for inexperienced youngsters. .... We must appreciate that many people choose the worse rather than the better, that growth is often a painful process....

Abraham Maslow, Motivation and Personality

Page 36: Teori pengurusan

2 comments

Sigmund FreudJul 28, '05 6:33 AMfor everyone

Sigmund Freud's Biography(1856-1939)

Sigismund Schlomo Freud was born on May 6, 1856, in Freiberg, Moravia, now Pribor, in Czech Republic (view map* and pictures), the son of Jacob Freud and his third wife Amalia (20 years younger than her husband). Sigi, as his relatives would call him, was followed by seven younger brothers and sisters.

His family constellation was unusual because Freud's two half-brothers, Emmanuel and Philipp, were almost the same age as his mother. Freud was slightly younger than his nephew John, Emmanuel's son. This odd situation may have triggered Freud's interest on family dynamics, leading to his ulterior formulations on the

Page 37: Teori pengurusan

Oedipus Complex.

Freud's father, a Jewish wool merchant of modest means, moved the family to Leipzig, Germany (1859), and then settled in Vienna (1860), where Freud remained until 1938.

When Freud was eight years old, he was reading Shakespeare and, during his adolescence, the hearing of a lecture about Goethe's essay on nature impressed him deeply.

He abbreviated his name to Sigmund Freud in 1877.

Having considered studying law previously, he decided instead on a career in medical research, beginning his studies at Vienna University (1873). As a student, Freud began research work on the central nervous system, guided by Ernst von Brücke (1876), and qualified as doctor of medicine in 1881. He worked at the Theodor Meynert's Psychiatric Clinic (1882-83) and later studied with Charcot, at the Salpetrière, in Paris (1885).

From 1884 to 1887 Freud published several articles on cocaine. "So coca is associated above all with my name" he wrote* to Martha Bernays on 16.1.1885.

He married her in 1886. The couple

Page 38: Teori pengurusan

had six children (Mathilde, 1887; Jean-Martin, 1889; Olivier, 1891; Ernst, 1892; Sophie, 1893; Anna, 1895). He established a private practice, specializing in nervous disorders. His interest in hysteria* was stimulated by Breuer's and Charcot's use of hypnotherapy* (1887-88). Freud moved to a flat in Berggasse 19 (1891), which turned into The Freud Museum Vienna* eighty years later, in 1971.

Freud and Breuer published their findings in Studies on Hysteria (cathartic method) in 1895; in the same year, Freud was able to analyse, for the first time, one of his own dreams, subsequently known as "The Dream of Irma's Injection". He also wrote 100 pages of draft manuscript that were published only after his death, under the name of Project for a Scientific Psychology (1950).

For the next 5 years (1895-1900), Freud developed many of the concepts that were later included in the theory and practice of psychoanalysis.

The term 'psychoanalysis'* (free association) was named by Freud in 1896. After breaking with Breuer and reacting to a crisis, due to his father's death, Freud started his self-analysis in 1897, exploring his dreams and fantasies, counting on the

Page 39: Teori pengurusan

emotional support of his close friend Wilhelm Fliess.

The Interpretation of Dreams (" Die Traumdeutung"), which Freud considered the most important of all his books*, was published in 1899, bearing 1900 as printing date, because he wanted his great discovery to be associated with the beginning of a new century.

The medical world still regarded his work with hostility and he worked in isolation. He started analysing his young patient Dora and The Psychopatology of Everyday Life was published (1901).

He was appointed professor at the University of Vienna and founded the psychological "Wednesday Society" in 1902 (a weekly meeting of friends at his home, when his discoveries were discussed), which became the Viennese Association of Psychoanalysis in 1908.

Three Essays on the Theory of Sexuality, Jokes and their relation to the Unconscious, Fragments of an Analysis of a Case of Hysteria

(Dora) were published in 1905.

By 1906, a small group of followers had gathered around Freud, including William Stekel, Alfred Adler, Otto Rank, Abraham Brill, Eugen Bleuler and Carl Jung.

Sándor Ferenczi and Ernest Jones joined the psychoanalytical circle

Page 40: Teori pengurusan

and the "First Congress of Freudian Psychology" took place in Salzburg, which attracted some forty participants from five countries (1908).

In 1909, Freud was invited by Stanley Hall to deliver five lectures at Clark University (Worcester, Mass.), which abstracted the contents of his six previously published books (mentioned above in this biography) and Five Lectures on Psychoanalysis was the German version of this set of lectures, published in 1910. Even though this was his only visit to the United States, this opportunity definitely marked his career, in terms of drawing the world's attention to his work.

The psychoanalytic movement was increasingly recognized and a worldwide organization, called the "International Psychoanalytical Association (IPA)" was founded in 1910. The psychoanalytical magazine "Imago" was founded in 1912.

As the movement spread, Freud had to face the dissension among members of his original circle. Adler (1911) and Jung (1913) left the Viennese Association of Psychoanalysis, and formed their own schools of psychology, disagreeing with Freud's emphasis on the sexual origin of neurosis.

Page 41: Teori pengurusan

Outbreak of The World War I (1914). Freud received the visits of Rainer Maria Rilke (1915) and André Breton (1921).

The first part of the Introductory Lectures on Psychoanalysis was published in 1916. "The International Journal of Psychoanalysis (IJPA)" was founded in 1920.

Freud found out he had cancer of the jaw (1923), and during the next sixteen years, he remained productive, enduring painful treatment and 33 surgeries but never gave up the cigars he was so fond of.

The first volumes of Freud's Collected Works appeared in 1925, time of his conflicts with Otto Rank (birth trauma). Freud was honoured with the Goethe Prize for Literature (1930) and was elected Honorary Member of the British Royal Society of Medicine (1935).

Hitler became Chancellor of the German Reich (1933). The Gestapo searched Freud's house, arrested and interrogated his daughter Anna* for one day. Threatened by the Nazi occupation of Austria (1938), Freud emigrated to England with his family and for a short while lived in a house at 20 Maresfield Gardens, which turned into the Freud Museum London*, 48 years later, in 1986.

At 83 years of age, Sigmund Freud

Page 42: Teori pengurusan

Recommended