+ All Categories
Home > Documents > akhlak rasulullah saw

akhlak rasulullah saw

Date post: 17-Mar-2023
Category:
Upload: uitm
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
21
TERAS KEMULIAAN ISLAM ‘AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH’ ZURAINI BINTI ZAKARIA 2013163059 NUR ATIKAH BINTI ROSPA 2013743251 NUR SHAHIRA BINTI MUHAMAD AZMI 2013914599 KELAS:MBM111 1F DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK
Transcript

TERAS KEMULIAAN ISLAM

‘AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAHHASANAH’

ZURAINI BINTI ZAKARIA 2013163059

NUR ATIKAH BINTI ROSPA 2013743251

NUR SHAHIRA BINTI MUHAMAD AZMI 2013914599

KELAS:MBM111 1F

DISEDIAKAN UNTUK: USTAZ ABDUL QAYYUM ABDUL RAZAK

PENDAHULUAN

ASSALAMUALAIKUM,

SYUKUR KE HADRAT ILAHI , AKHIRNYA KAMI DAPAT

MENYEMPURNAKAN TUGASAN YANG DIBERI OLEH USTAZ SEDAYA

YANG MAMPU .TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA USTAZ

ABDUL QAYYUM YANG TELAH BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR TANPA

JEMU.

TERIMA KASIH JUGA KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN BM111 1F

YANG TURUT TERLIBAT DALAM MENYELESAIKAN TUGASAN INI

SECARA LANGSUNG ATAU PUN TIDAK.

AKHIR KATA, SEGALA YANG TERMAMPU TELAH KAMI USAHAKAN .

SEKIAN TERIMA KASIH, WASALAM.

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

01 BIODATA RINGKAS RASULLULLAH SAW 1

02 RIWAYAT RINGKAS NABI MUHAMAD SAW 2-3

03AKHLAK RASULULLAH SEBAGAI QUDWAH HASANAH

4-5

04 CONTOH AKHLAK RASULULLAH SAW 6-8

05 KEUTAMAAN AKHLAK 9

06KEPENTINGAN QUDWAH HASANAH DALAM KEHIDUPAN

10-11

07 KESIMPULAN 12

08 RUJUKAN 13

BIODATA RINGKAS RASULLULLAH SAW

NAMA: Muhamad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim

TARIKH LAHIR  : Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571 MASIHI (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yangmenyerang kota Ka’abah) 

TEMPAT LAHIR: Di rumah Abu Talib , MAKKAH Al-Mukarramah 

NAMA BAPA : ‘Abdullah BIN‘Abdul Muttalib bin Hashim NAMA IBU: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf 

TEMPAT WAFAT: MADINAH AL- MUNAWARAH

TARIKH WAFAT: HARI ISNIN, 12 RABIULAWAL TAHUN 11 H/8JUNI 632M

HOBI: MENUNGGANG KUDA, MEMANAH, DAN BERENANG

WARNA KEGEMARAN: MERAH,HIJAU ,PUTIH

MAKANAN KEGEMARAN: BALI,KURMA,BUAH TIN DAN BUAH ANGGUR

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW 1. Qasim 2. Abdullah 3. Ibrahim 4. Zainab 5. Ruqaiyah 6. Ummi Kalthum 7. Fatimah Al-Zahra’ (google)

1

RIWAYAT RINGKAS NABI MUHAMAD SAW

USIA 5 TAHUN  Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.

USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia diAl-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara  Mekah dan Madinah  ) Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN  Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula   meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).  Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.  Di kota Busra, negerSyam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.

USIA 20 TAHUN  Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.  Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.

2

USIA 25 TAHUN Bermusafir kali  kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan

Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.  Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah. Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.

USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.

USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al- Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.

USIA 63 TAHUN  Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M

3

TAJUK:AKHLAK RASULLULLAH SAW SEBAGAI QUDWAH HASANAH

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )

Qudwah HasanahQudwah Hasanah bererti contoh teladan yang terbaik.

Rasulullah saw merupakan contoh teladan yang terbaik bagi sekalian umat manusia. Ia dapat dilihat pada sifat, sikap, fikiran dan tindakan, kehidupan, semangat, perjuangan dan kepimpinan baginda.

Kesemua sifat dan sikap Rasulullah saw adalah kesan daripada didikan al-Quran. Setiap perkara yang dilakukan dan ditinggalkan oleh baginda adalah pelaksanaan daripada setiap perintah al-Quran. Setiapnilai al-Quran terdapat dalam diri Rasulullah saw sehingga baginda dianggap sebagai al-Quran hidup. 

4

Daripada 'Abu Darda' ra ; bahawa Rasulullah SAWtelah bersabda, "Tidak ada sesuatu yang lebih berat dalam timbangan (akhirat) daripada budi pekerti yang mulia." (Riwayat Abu Daud dan At -Tirmizi)

Surah al-Qalam, ayat 4:

ي�� )� ظ��� �� ع� ق� ل�� ��ى�� خ� ل�� ع�� �ك��� ل� ن���� �إ� (�٤م��و��"Sesungguhnya pada dirimu (wahai Muhammad) terdapat akhlak yang agung."

Nabi Muhammad s.a.w. ialah contoh terbaik bagi qudwah hasanah. Apabila isterinya Aishahditanya mengenai akhlak Nabi, beliau menjawab: “Akhlak Nabi ialah Al-Quran!”Maksudnya, keperibadian Nabi, sifat dan sikap baginda, cara baginda berfikir dan bertindak, kehidupannya, semangat dan perjuangannya – semuanya berupa natijah yang tumbuh dari asuhan Al-Quran. Apa yang bagindalakukan adalah melaksanakan anjuran Al-Quran.Apa yang baginda tinggalkan adalah apa yang dilarang Al-Quran. Baginda menyampaikan Al-Quran, dan dirinya sendiri menghayati semangat dan isi Al-Quran. Nilai-nilai abadi yang tumbuh dalam dirinya adalah hasil asuhanAl-Quran. Jadilah baginda seolah-olah Al-Quran yang hidup. Itulah yang dimaksudkan Aesha bahawa akhlak Nabi Muhammad s.a.w. ialah Al-Quran. http://ukhuwahfisabilillah-87.blogspot.com/2009/02/qudwah-hasanah.html

5

CONTOH AKHLAK RASULULLAH...1. Pemurah dan suka menderma

Setiap hari baginda memastikan setiap dirham yang dimilikinya didermakan kepada fakir miskin. Malah baginda mencari rezeki sekadara keperluannya sahaja dan yang selebihnya diberikan kepada orang yang berhajat kerana Allah S.W.T.

2. Beradab ketika makanApabila makanan sudah tersedia, baginda membaca doa yang bermaksud:Dengan nama Allah, wahai Tuhanku! Jadikanlah makanan ini suatu nikmat yang disyukuri sehingga kepada nikmat syurga.Baginda juga tidak suka memakan makanan yang panas kerana sabdanya dalam suatu hadis yang bermaksud:Sesungguhnya Allah tidak memberi kita makanan daripada api. Sejukkanlah makanan itu terlebih dahulu.Hadith tersebut jelas menunjukkan bahawa Rasulullah sentiasa mengamalkan adab-adab ketika makan yang sepatutnya diamalkan oleh orang-orang Muslim.Rasulullah juga menggunakan tangan kanan untuk menyuap makanan dan sentiasa memilih lauk yang terdekat dengannya terlebih dahulu. Makanan yang paling disukai oleh Rasulullah ialah daging dan buah qana dan minuman yang digemarinya ialah susu kambing.Baginda tidak suka memakan bahagian dalam kambing seperti buah pinggang, pundit air kencing dan daging keras yang tumbuh di bawah kulit kerana sakit. Baginda juga tidak mengambil bawang putih dan bawang besar kerana ia mendatangkan bau yang tidak menyenangkan. Walaupun begitu, baginda tidak pernah

merasa jijik terhadap sesuatu makanan itu walaupun baginda tidak menyukainya.

3. Aspek berpakaianNabi Muhammad s.a.w. suka memilih pakaian yang berwarna putih. Pakaiannya yang dikenali sebagai jubah menutupi sehingga paras buku lalinya. Baginda mempunyai dua salinan baju khusus untuk solat Jumaat dan pakaian-pakaian lain untuk hari lain. Baginda suka memakai kopiah dibawah ikatan serbannya. Setiap kali memakai pakaian baginda memulakannya dari kanan dan membaca

6

doa yang bermaksud:Segala puji bagi Allah yang telah memberikan pakaian untuk menutup auratku dan untuk menghiaskan diri di hadapan orang ramai.Ketika menanggalkan pakaian baginda memulakan dari sebelah kiri.

4. Tutur kataRasulullah s.a.w. seorang yang fasih dalam berkata-kata. Tutur katanya dihiasi dengan kata-kata yang manis dan bersopan. Ketika berbicara, baginda menggunakan ayat-ayat yang padat dan lengkap, ringkasdan mudah difahami oleh orang-orang yang mendengarnya. Baginda tidak bercakap jika dirasakan tidak perlu dan hanya meninggikan suara apabila menyatakan sesuatu yang hak dan benar sahaja. Persoalan-persoalan yang dikemukakan pula dijawab

dengan jawapan-jawapan dan nasihat yang mudah diterima para hadirin.

5. Sifat berlapang dada dan pemaafBaginda Rasulullah s.a.w. juga memiliki sifat berlapang dada dan suka memaafkan orang lain walaupundiberi peluang untuk membalas dendam. Didalam suatu peperangan, seoreang tentera kaum musyrikin berjaya mengugut Rasulullah dan tentera kaum Muslimin dengan berkata: “Siapakah diantara kamu yang dapat menyelamatkan engkau daripada pedangku?” Lantas Rasulullah s.a.w. pun menjawab, “Allah”. Mendengar perkataan itu gentarlah tangan tentera musyrikin itu dan pedang tersebut jatuh daripada tangannya. Kemudian Rasulullah s.a.w. mengambil pedang tersebut sambil berkata, “Siapakah kini yang dapat mempertahankan engkau daripadaku?” Orang musyrikin itu dengan susah payah menjawab, “Ambillah nyawaku dengan cara yang baik.” Baginda pula berkata kepadanya, “Katakanlah aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku (Rasulullah) adalah pesuruhnya.Inilah salah satu contoh sifat Rasulullah s.a.w. yangsentiasa bersifat berlapang dada dan pemaaf.

7

6. Kasih- sayangApabila dua atau tiga hari Rasulullah s.a.w. tidak nampak salah seorang sahabatnya atau tidak bertemu dimana-mana, nescaya ditanya dan dicari oleh baginda. Baginda yang menziarahi kerumah sahabat tersebut tanpa rasa sombong. Malah baginda sembahyang, makan dan duduk bersama para sahabat.Islam menggariskan hak-hak sesama seagama yang menunjukkan betapa tingginya nilai kasih sayang sesama mukmin sehingga Rasulullah s.a.w. pernah menggambarkan kehidupan orang-orang mukmin umpama jasad yang satu yang saling merasakan segala yang dirasai dan dideritai oleh saudara seislam.

7. IbadahRasulullah menunjukkan contoh perlaksanaan ibadah sedemikian banyak untuk kita jejaki langkahnya keranasecara fitrahnya, Rasulullah menyukai pengabdian dan ibadah serta merasa senang melakukannya. Sebelum diangkat menjadi Rasul, pernah sehingga sebulan baginda memutuskan semua kesibukan untuk beribadat didalam sebuah gua di luar kota Mekah sehingga disebut para sahabat, baginda senang beribadat, mengabdi dan berkhalwat sejak dari kecil lagi. Begitulah orang-orang yang cerdik berkelakuan.Baginda bersolat sunat dengan begitu banyak sekali sehingga adakalanya baginda tidak tidur semalaman sehingga bengkak kakinya. Baginda turut berpuasa selang sehari dan berzikir diwaktu jaga dan tidur. Malah baginda digelar sebagai “Al-Qur’an bergerak”

kerana Al-Qur’an bukan sahaja dihafal malah dijadikanpanduan seluruh kehidupannya

( (BADAR) SBPI Sabak Bernam)

8

KEUTAMAAN AKHLAK

Abu Hurairah r.a mengambarkan bahawa suatu ketika Rasulullah pernah ditanya tentang criteria orang yang paling banyak masuk syurga. Baginda s.a.w menjawab : “Taqwa kepada Allah dan Akhlak yang baik.”(Hadits Riwayat Tirmidzi , juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad. Taktala Rasulullah s.a.w. menasihati sahabatnya, baginda menggandengkan antara nasihat untuk bertaqwa dengan nasihat untuk bergaul/ berakhlak yang baik kepada manusia sebagaimana hadis dari Abi dzar, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Bertaqwalah kepada Allah dimanapun engkau berada danbalaslah perbuatan buruk dengan perbuatan baik nescaya kebaikan itu akan menutupi keburukan dan bergaullah dengan akhlak yang baik.” (HR Tirmidzi)

9

KEPENTINGAN QUDWAH HASANAH DALAMKEHIDUPAN

THURSDAY, 29 AUGUST 2013

Bendung pengaruh Syiah di IPT

Taat perintah ALLAH, Ikut cara Nabi Muhammad SAW.

UNTUK MENGELAKKAN KITA DARI TERJERUMUS JAUH.10

Manusia juga dipengaruhi oleh idolanya. Idola tersebut kerap menjadi rol model dalam kehidupan mereka. Manusia yang berperanan menjadi rol model tersebut antara lain ialah

tokoh politik, artis, seniman, atlit sukan, ibubapa, guru dan sebagainya. Meskipun Rasulullah adalah qudwah yang paling ideal bagi umat Islam, namun penghayatan nilai-nilai yang dibawa oleh Rasulullah hendaklah dipaparkan oleh golongan idola berkenaan. Mereka sewajarnya sentiasa berusaha menunjukkan contohdan teladan yang terpuji agar dapat ditiru olehgenerasi muda. Penghayatan golongan idola tersebut terhadap nilai-nilai yang luhur dan utama pasti akan mengukuhkan keyakinan generasibaru bahawa keutamaan dan keluhuran memang sebenarnya boleh dilaksanakan. Ia bukan zaman dahulu kala atau idealisme khayalan belaka; tetapi malah ianya suatu realiti yang tentunya boleh dicontohi dan direalisasi oleh generasi masa kini.

Surah al ahzab ayat 21Firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 21 yang bermaksud: "Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baik teladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orang yang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaan hidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati Allah".

11

KESIMPULAN

SETIAP DARIPADA KITA PATUT MENTELADANI SETIAP SIFATNABI MUHAMAD SAW . SEBAIK-BAIKNYA KITA PATUT

MENCONTOHI AKHLAK RASULULLAH YANG TERMAKTUB JUGADALAM SURAH AL-AHZAB AYAT 21 YANG BERBUNYI :

"Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu sebaik-baikteladan bagi kamu (untuk diikuti) iaitu bagi orangyang mengharapkan (keredhaan) Allah dan (kemuliaanhidup) di akhirat dan orang yang banyak mengingati

Allah".

OLEH HAL YANG DEMIKIAN,WAJARLAH BAGI KITA MENCONTOHITELADAN BAIK DARIPADA RASULULLAH SAW TANPA RAGU-RAGU

DAN MEMPERSOALKANNYA.

12

RUJUKAN

AL-QURAN ( (BADAR) SBPI Sabak Bernam)

(HR Tirmidzi)

http://ukhuwahfisabilillah-87.blogspot.com/2009/02/qudwah-hasanah.html

BERITA HARIAN (THURSDAY, 29 AUGUST 2013)

13


Recommended