+ All Categories
Home > Documents > KAEDAH DAN PENDEKATAN PENTADBIRAN OLEH RASULULLAH & ABU BAKAR

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENTADBIRAN OLEH RASULULLAH & ABU BAKAR

Date post: 10-Jan-2023
Category:
Upload: independent
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
30
KAEDAH DAN PENDEKATAN PENTADBIRAN OLEH RASULULLAH S.A.W DAN SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A. PENGENALAN (RASULULLAH S.A.W). Masyarakat Islam dibina atas asas perpaduan yang melampaui perkiraan jenis warna kulit, bahasa dan bangsa. Orang Islam bertanggungjawab untuk menghayati ajaran ajaran agamanya dan mempraktikkan hokum serta seluruh peraturannya. Umat Islam mesti memperkukuhkan perpasuan sesama mereka melalui aktiviti seharian, menyepadukan aspek pembinaan material dan spiritual serta mentadbir urusan kehidupan berasaskan matlamat kesejahteraan bersama seperti contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Semasa hayatnya, baginda dikenali sebagai seorang ketua negara dan Rasul melebihi tugas semata-mata sebagai ahli politik. 1 Bentuk pemerintahan dan pentadbiran Negara yang sistematik dalam Islam telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. Walaupun Negara pertama yang diasaskan baginda adalah dalam bentuk yang amat sederhana namun sudah mencukupi untuk 1 Dakwah dan etika politik di Malaysia, Zulkiple Abd. Ghani & Mohd.Syukri Yeoh Abdullah,utusan publications & distributors sdn bhd,2005, hal. 4
Transcript

KAEDAH DAN PENDEKATAN PENTADBIRAN OLEH RASULULLAH S.A.W DAN

SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A.

PENGENALAN (RASULULLAH S.A.W).

Masyarakat Islam dibina atas asas perpaduan yang

melampaui perkiraan jenis warna kulit, bahasa dan bangsa.

Orang Islam bertanggungjawab untuk menghayati ajaran ajaran

agamanya dan mempraktikkan hokum serta seluruh peraturannya.

Umat Islam mesti memperkukuhkan perpasuan sesama mereka

melalui aktiviti seharian, menyepadukan aspek pembinaan

material dan spiritual serta mentadbir urusan kehidupan

berasaskan matlamat kesejahteraan bersama seperti contoh yang

ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Semasa hayatnya, baginda

dikenali sebagai seorang ketua negara dan Rasul melebihi tugas

semata-mata sebagai ahli politik.1

Bentuk pemerintahan dan pentadbiran Negara yang

sistematik dalam Islam telah diasaskan oleh Rasulullah s.a.w.

Walaupun Negara pertama yang diasaskan baginda adalah dalam

bentuk yang amat sederhana namun sudah mencukupi untuk

1 Dakwah dan etika politik di Malaysia, Zulkiple Abd. Ghani & Mohd.SyukriYeoh Abdullah,utusan publications & distributors sdn bhd,2005, hal. 4

dijadikan panduan dan model bagi pemerintaha dan pentadbiran

sebuah Negara Islam yang unggul.

Baginda bukan sahaja seorang penyebar Islam, panglima

tentera, negarawan tetapi juga seorang pentadbir yang

berwibawa. Baginda memerintah Madinah selama 10 tahun. Ameer

Ali dalam bukunya The Spirit of Islam, menyimpulkan bahwa yang

bermaksud

“kerja yang dilakukan (rasulullah s.a.w) pada waktu yang singkat akan sentiasa

menjadi salah satu pencapaian yang terindah dalam catatan sejarah”. 2

Dengan menjadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai asas

utama pentadbiran Islam, kedua-dua sumber tersebut telah

berjaya menggariskan asas-asas pemerintahan dan pentadbiran

sebuah negara Islam.

Berikut adalah pendekatan yang dilaksanakan Rasulullah

s.a.w dalam tempoh pentadbiran baginda di Madinah berdasarkan

pecahan kepada aspek-aspek tertentu.

PENTADBIRAN DAN POLITIK.

2 K.Ali, A Study of Islamic History, New Delhi: Adam Publisher andDistributors, 2003, hal. 75

Tempoh pentadbiran Rasulullah s.a.w di Madinah menjadi titik

tolak kepada permulaan kebangkitan Islam sekaligus menjadikan

Madinah sebagai sebuah negara yang berpaksikan ajaran yang

terdapat pada kitab suci al-Quran dan al-Sunnah sebagai

rujukan utama dalam urusan pentadbirannya. Lebih penting lagi,

dengan kecekapan dan kecerdasan Rasulullah s.a.w sebagai

seorang pesuruh Allah dan juga ketua bagi sesebuah negara,

baginda telah berusaha memperkenalkan dan menyebarkan agama

Islam bukan sahaja di Madinah semata-mata bahkan juga di luar

kawasan Madinah seperti di Habsyah.

Untuk mencapai kestabilan dalam sesebuah negara yang

ditadbir, seseorang pemimpin itu mestilah berusaha untuk

menyatu-padukan rakyat yang bernaung di bawah pentadbirannya

selain menyakinkan rakyat yang berada di bawah pentadbirannya

itu benar-benar demi menjaga kesejahteraan. Ini bagi menjamin

keharmonian bersama terutama jika sesebuah negara itu

merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berbilang kaum atau budaya dan kepercayaan.3 Dalam peristiwa

perjanjian Aqabah sebagai contohnya, baginda Rasulullah s.a.w

telah menunjukkan kepimpinan politik yang matang sehingga

3 Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Utusan Publication, 1991, hal. 407

baginda mendapat sokongan yang utuh dari suku kaum Aus dan

Khazraj sehinggakan mereka semua sepakat untuk mengangkat

Rasulullah sebagai pemimpin mereka apabila baginda berhijrah

kelak.

Selain itu, Rasulullah s.a.w juga telah berjaya untuk

menyatukan para penduduk Madinah yang berbilang agama dan

keturunan selepas perpecahan mereka yang berlangsung dalam

suatu tempoh yang agak lama.4 Demi mengeratkan hubungan sesama

masyarakat Islam pula, baginda telah mempersaudarakan golongan

Muhajirin dan Ansar5 sebagai langkah memperkasakan kekuatan

Islam itu sendiri di mata penduduk Madinah yang bukan beragama

Islam.

Penggubalan Piagam Madinah juga bertujuan untuk

menyatukan dan mendamaikan antara kaum-kaum yang terdapat di

Madinah yang sentiasa bertelagah pada masa sebelum kedatangan

Islam selain untuk menjadi tanda penerimaan Rasulullah s.a.w

sebagai ketua negara Madinah. Intipati lain yang terdapat

pada Piagam Madinah juga menjelaskan tentang pengekalan

struktur kekeluargaan masyarakat madinah yang tidak

bertentangan dengan Islam di samping pengubahsuaian sebahagian4 Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Utusan Publication, 1991, hal. 4065 Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Utusan Publication, 1991, hal. 407

darinya mengikut syariat Islamiyyah. Selain dari itu, antara

hal yang ditekankan dalam Piagam Madinah juga ialah kebebasan

dalam menjalankan kegiatan ekonomi kepada semua penduduk yang

mana selama ini dikuasai oleh golongan Yahudi. Hal ini demi

mengelakkan peristiwa pemboikotan ekonomi seperti yang

dilakukan oleh kaum Quraisy di Makkah sebelum penghijrahan

Rasulullah s.a.w tidak akan berlaku. Langkah ini telah

menjadikan Madinah sebagai pusat perdagangan penting di

Semenanjung Tanah Arab dan di kawasan-kawasan sekitarnya.

Selain itu juga, Piagam Madinah juga menjelaskan bahawa

semua penduduk Madinah adalah bertanggungjawab untuk

memelihara keamanan dan keselamatan negara. Dengan peruntukan

piagam ini, golongan Yahudi tidak boleh membuat sebarang

pakatan dengan mana-mana pihak luar terutama kaum Quraisy di

Makkah dan wajib untuk mempertahankan negara dari ancaman luar

bersama-sama dengan orang Islam. Dengan itu, golongan Yahudi

secara tidak langsung mengiktiraf kewujudan Islam sebagai

agama, Madinah sebagai sebuah agama rasmi negara dan

Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara.6

6 Zuhairi Misrawi, Madinah: kota suci, piagam Madinah, dan teladan MuhammadSAW, Penerbit Buku Kompas, 2009, hal.301

Di dalam Piagam Madinah juga menjelaskan bahawa para

penduduk bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-

masing tanpa sebarang sekatan dan gangguan. Dengan kebebasan

ini, umat Islam khususnya boleh mengamalkan ajaran Islam

secara terbuka tanpa ada sebarang kebimbangan dan memberi

peluang masyarakat Islam dan bukan Islam untuk bergaul dan

bersosial sesama mereka kerana hak dan keselamatan setiap

penduduk di Madinah juga adalah terjamin.7

Di peringkat antarabangsa, Rasulullah s.a.w boleh

dianggap sebagai diplomat yang berjaya kerana baginda berjaya

menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzantine dan Parsi

bagi tujuan untuk memperkenalkan Islam. Selain itu juga,

baginda menghantar wakilnya ke kawasan luar Madinah menjadi

gabenor di kawasn tersebut, contohnya pada tahun 10 hijrah,

baginda telah menghantar gabenor ke Yaman.

Dalam penyusunan undang-undang pentadbiran negara,

Rasulullah s.a.w merujuk kepada al-Quran dan al-Sunnah baginda

sendiri sebagai panduan selaras dengan Kota Madinah yang

dikenali sebagai sebuah negara Islam.8 Selain itu juga, system

7 Mustafa Haji Daud, Tamadun Islam, Utusan Publication, 1991, hal. 4148 Adibah Sulaiman, Sejarah Kertas 1, Teks & Rujukan Lengkap, ArahPendidikan Sdn Bhd, 2006, hal. 304

syura’ turut dilaksanakan yang mana majlis syura’ ini

dianggotai oleh sahabat-sahabat yang telah dipilih baginda

sendiri.9 Kaedah ini juga dipraktikkan di pelbagai bidang bukan

sahaja politik tetapi juga di sektor ekonomi.

EKONOMI.

Ekonomi merupakan tulang belakang kehidupan masyarakat. Oleh

sebab itu, Islam sangat melarang sebarang perkara yang

merosakkan ekonomi masyarakat, seperti riba atau penipuan.

Islam juga melarang umatnya mencari kekayaan dengan perbuatan

yang keji. Islam menganjurkan agar bersama memastikan

keseimbangan ekonomi di dalam masyarakat, kerana segala

perbuatan atau tindakan yang dilakukan berteraskan Al-Quran

dan as-sunnah.10

Pada zaman Rasulullah s.a.w di Madinah, negara Islam

hanya bergantung kepada sumber al-sadaqat (sumbangan sukarela

daripada umat Islam untuk membiayai perbelanjaan Negara). Pada

9 Adibah Sulaiman, Sejarah Kertas 1, Teks & Rujukan Lengkap, ArahPendidikan Sdn Bhd, 2006, hal. 30410 GBEI : Garis-garis Besar Ekonomi Islam, Mahmud Abu Saud, Gema InsaniPress, 1996 hal. 8

masa ini, beberapa tabung khas telah ditubuhkan. Daripada

sumber al-sadaqat ini, keseluruhan Negara dan umat Islam

dibiayai. Pernah juga beberapa orang wakil dihantar oleh

Rasulullah s.a.w keluar dari Madinah untuk memungut sumbangan

sukarela bagi membantu pelaksanaan man-man perojek yang

dirancang baginda.11

Untuk menyelesaikan masalah kekurangan air, Rasulullah

s.a.w juga meminta para sahabat yang mempunyai sumber kewangan

yang lebih supaya membeli perigi di persekitaran Madinah.

Biasanya, para sahabat yang mampu menyambut baik permintaan

Baginda. Contohnya `Uthman Ibn `Affan membeli perigi rumah di

Madinah dan dijadikan sebagai perigi awam kepada penduduk

Madinah. Malahan, orang Islam jug membantu untuk kestabilan

sosio-ekonomi orang buka Islam Madinah. Bani Mudar, contohnya

pernah dibantu oleh orang Islam untuk menyelesaikan beberapa

masalah kewangan mereka.12

Al-sadaqat ialah sumber utama perbendaharaan Negara pada

zaman Rasulullah s.a.w. Akan tetapi disebabkan ia tidak

menjadi sumber tetap, Baginda terpaksa mencari sumber

11 Teori dan aplikasi kontemporari, system ekonomi Islam di Malaysia,Abdullah Alwi Hj. Hassan, Utusan Publication & distributors, 2005, hal.212 Teori dan aplikasi kontemporari, system ekonomi Islam di Malaysia,Abdullah Alwi Hj. Hassan, Utusan Publication & distributors, 2005, hal.2-3

pendapatan lain, seperti zakat, fay` ( tanah rampasan tanpa

perang ), ghanimah (bahagian daripada rampasan perang, khums

(satu per lima daripada rampasan perang), dan jizyah (cukai

kepala), yang sentiasa bertambah ekoran bertambahnya wilayah

baru yang ditakluki. Kesemuanya di kumpul dalam Bayt al-mal,

ia berfungsi sebagai pusat ekonomi.

Pada zaman Rasulullah s.a.w, tedapat sembilan jenis

perniagaan yang dilarang.13 Perniagaan-perniagaan tersebut

ialah perniagaan berasakan system riba, menjual tanaman yang

baru tumbuh, menjual buah-buahan yang masih putik, menjual

anak binatang dalam kandungan, menjuak tamar muda yang

dicampur dengan tamar masak, member barang dalam pemindahan

kerana penjual belum mengetahui harga pasaran, mendesak

pembeli membatalkan belian setelah dipersetujui untuk menjual

dan pembelian di luar kehendak. Ini dibuktikan melalui

Firman Allah s.w.t dalam Al-Quran Al-Kareem yang bermaksud:

“Riba yang kamu berikan dengan tujuan menambah harta manusia, sebenarnya ia

tidak menambah pada sisi Allah... (Surah al-Rom : 39)”

13 Teori dan aplikasi kontemporari, system ekonomi Islam di Malaysia,Abdullah Alwi Hj. Hassan, Utusan Publication & distributors, 2005, hal.2-3

“Hai orang yang beriman, jangan kamu makan riba berganda-ganda dan bertakwa

kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan” (Surah al-Imran:130)

“....dan jika kamu bertaubat (kembali pada aturan Allah s.w.t), kamu berhak atas

pokok hartamu...” 14

( Surah Al-Baqarah : 275)

Wang yang diperoleh dari penjualan khamar dan mengamalkan riba

dari tangan kafir Dzimmi bercampur dengan harta yang lain.

Demikian pula harta yang diperoleh dari penipuan dan rampasan

perang.15 Rasulullah melarang konsep riba dengan bersabda :

“Riba pertama yang kuhapuskan ialah riba Al-`Abbas” (HR Muslim)

MEMBINA PUSAT PEMERINTAHAN NEGARA (DAULAH) DAN MENYEDIAKAN

TEMPAT DAN PRASARANA UNTUK PERKEMBANGAN DAKWAH.

Sejarah telah membuktikan betapa besarnya peranan dan

tanggungjawab daulah dalam menyediakan tempat dan prasarana

untuk perkembangan dakwah. Sebagai contoh terbaik ialah apa

yang telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Antara tindakan

pertama yang dibuat oleh baginda selepas berhijrah ke madinah

ialah membina masjid. Masjid dilihat sebagai sebuah institusi

14 Al-Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 27515 Rahasia Halal-Haram,imam ghazali, terjemahan dari kitab al-halal wa al-haram, diterjemah oleh Iwan Kurniawan 2007 hal. 70

sosial dan tarbiyah yang paling penting untuk pembangunan

insan.

Terdapat satu tempat pengajian di dalam masjid tersebut

yang dinamakan Al-suffah. Al-Suffah ketika itu bukan semata-

mata menjadi pusat pengajian Islam yang biasa, bahkan menjadi

pusat dakwah yang berperanan besar melatih para pendakwah.

Pusat ini mempunyai system pengurusan dan pentadbiran yang

tersusun dan sistematik di mana Rasulullah s.a.w sendiri

bertindak sebagai pendidik yang mentarbuyah para pendakwah dan

masyarakat muslim. Keadaan ini dapat menggambarkan bahawa

selain bertanggungjawab untuk mewujudkan tempat dan prasarana

dakwah, daulah juga berperanan dalam mendidik atau mentarbiah

rakyat dan masyarakatnya untuk memahami dan menghayati serta

mengamalkan tuntutan agama.16

KETENTERAAN.

Agama Islam merupakan agama yang mementingkan kesejahteraan

bukan sahaja di kalangan penganutnya tetapi juga kepada mereka

yang bukan beragama Islam. Atas sebab itu, tiada sebab untuk

umat Islam itu untuk berperang dengan mereka yang berbeza

16 Dakwah dan etika politik di Malaysia, Zulkiple Abd. Ghani & Mohd.SyukriYeoh Abdullah, hal. 30 & 31

agama melainkan ada sebab-sebab yang membolehkan untuk

melakukan sedemikian. Hal ini dijelaskan sebagaimana di dalam

al-Quran yang bermaksud ;

“…jika mereka membiarkan kamu, dan tidak memerangi kamu serta

mengemukakan perdamaian kepadamu, maka Allah tidak memberi jalan bagimu

(untuk menawan dan membunuh) mereka.” 17

(al-Nisa’, ayat

90)

Meskipun begitu, ini tidaklah bermakna Rasulullah s.a.w

mengabaikan aspek ketenteraan sebaliknya baginda sentiasa

bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Malahan

baginda merupakan seorang jeneral yang unggul di medan

peperangan. Ini dibuktikan melalui catatan sejarah yang

menyatakan bahawa baginda menjadi pemimpin tentera bagi setiap

ekspedisi ketenteraan yang disertai sebanyak 27 kali.

Adapun asas ketenteraan Rasulullah s.a.w adalah

berdasarkan aqidah, syariah dan akhlak mulia. Baginda

mengekalkan sikap amanahnya meskipun dalam peperangan dan

tidak sesekali patah semangat dalam menghadapi musuh-musuhnya

di medan perang. Antara ciri-ciri unik baginda sebagai seorang17 Al-Quran, surah al-Nisa’, ayat 90

pemimpin di medan perang juga ialah baginda tidak akan

menyerang golongan yang lemah, mereka yang tidak bersenjata

dan tidak akan merosakkan tanaman meskipun begitu bersemangat

sekali apabila berhadapan dengan musuh. Dengan kata lainnya,

baginda sangat tenang dalam menghadapi situasi peperangan.

Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin dalam medan perang

memperlihatkan ciri-ciri unik dari segi pengurusan

ketenteraan. Baginda menguruskan ketenteraan melalui 4

peringkat sepertimana rajah di bawah :

1. Perancangan.

Perancangan adalah suatu kegiatan yang dilakukan untuk

merangka masa depan. Ia melibatkan keputusan yang saling

1.PERANCANGAN2.PENYUSUNAN3.PELAKSANAAN4.PENGAWALAN

bertindak untuk menuju kepada pembangunan strategi yang

berkesan. Nabi Muhammad s.a.w telah membuat perancangan yang

rapi sebelum sesuatu operasi peperangan dilancarkan. Ini jelas

kita lihat apabila baginda mengadakan mesyuarat bersama para

sahabat sebelum menentukan sesuatu ketetapan dalam rancangan

sesuatu operasi peperangan.

2. Penyusunan.

Penyusunan melibatkan kegiatan-kegiatan dalam melaksanakan

tugas-tugas yang ditetapkan. Dalam penyusunan sesuatu operasi,

seseorang ketua akan menentukan tanggungjawab di kalangan

anggota, membentuk struktur yang sesuai dengan keadaan dan

masa. Perkara yang perlu diambil berat adalah:

i. Melihat tugas-tugas yang terkandung di dalam perancangan

operasi secara menyeluruh;

ii. Membuat analisis tentang operasi semasa dari segi

keupayaan dalaman dan luaran yang boleh membantu;

iii. Mewujudkan kesinambungan dalam operasi dari segi fungsi

dan tanggungjawab; dan

iv. Memastikan setiap anggota memahami tugas dan

tanggungjawab masing-masing.

Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun aktiviti ketenteraan

sebelum peperangan. Baginda telah mewujudkan tugas-tugas yang

perlu dilaksanakan dalam operasi peperangan seperti tugas

menggali parit dalam operasi peperangan Khandaq, membuat

analisis semasa berkaitan keupayaan dalaman dan luaran pasukan

muslimin, kesinambungan operasi yang melibatkan tindakan-

tindakan yang perlu seperti mengadakan mesyuarat tergempar

apabila melihat keupayaan tentera muslimin yang mencemaskan

dalam peperangan Khandaq, seterusnya memikirkan tindakan

mewujudkan muslihat bagi menjamin kemenangan tentera muslimin

dan memastikan setiap anggota memahami tugas dan tanggungjawab

masing-masing.

Implikasi pengabaian terhadap tugas dan tanggungjawab

yang telah diamanahkan oleh seorang ketua tentera akan membawa

kepada kekalahan, sebagaimana yang berlaku di kalangan tentera

pemanah umat Islam dalam peperangan Uhud.

3. Pelaksanaan.

Aktiviti pelaksanaan sesebuah operasi melibatkan dua perkara,

iaitu pengarahan dan penyelarasan. Kedua tugas berjalan

serentak sepanjang proses pelaksanaan. Tugas-tugas pengarahan

melibatkan unsur kepimpinan dan pengurusan. Keberkesanan

pengarahan melibatkan keupayaan seorang ketua dalam

melaksanakan tugas-tugas kepimpinan. Pelaksanaan pengarahan

berkesan boleh dicapai melalui ;

i. Memberi ruang yang luas kepada anggota untuk bertindak;

ii. Mengurangkan arahan daripada pihak atasan;

iii. Menambahkan tanggungjawab anggota dari semasa ke semasa;

dan

iv. Memberi latihan yang diperlukan agar mereka terus maju.

Asas utama dalam proses pelaksanaan ialah mewujudkan

kesepaduan dalam sesebuah operasi yang dilakukan oleh pihak

yang terlibat. Penyelarasan diperlukan agar sesuatu tindakan

dapat dilaksanakan mengikut perancangan yang ditetapkan.

Sistem penyelarasan yang baik merangkumi penyelarasan

fungsi-fungsi perancangan, penyusunan dan pengawalan. Langkah-

langkah ke arah penyelarasan antaranya ialah:

i. Mempersepadukan semua aktiviti utama;

ii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan;

iii. Melaksanakan semua unsur kepimpinan; dan

iv. Menghidupkan suasana berkerjasama dalam satu pasukan.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang pelaksana yang

berwibawa. Ini jelas kita lihat dalam setiap operasi

peperangan yang dipimpin oleh baginda seperti peperangan

Badar, Uhud dan Khandaq.

4. Pengawalan

Pengawalan merupakan peringkat akhir dalam proses

perlaksanaan sesuatu operasi. Kawalan dapat mengukur prestasi

atau produktiviti. Sistem kawalan yang baik dapat memberi

maklumat berterusan tentang prestasi sesuatu operasi.

Pengawalan berkesan memerlukan ;

i. Perancangan yang membolehkan sesuatu objektif tercapai.

ii. Tindakan mengukur terhadap apa yang telah dicapai.

iii. Bandingan pencapaian sebenar dengan pencapaian yang

dirancang.

iv. Tindakan mengambil kesempatan daripada peluang-peluang

yang wujud.

Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang ketua tentera yang bijak

melaksanakan kawalan dalam setiap operasi ketenteraan yang

dipimpinnya. Sebagai ketua tentera, baginda sentiasa mengawal

perjalanan operasi peperangan yang berlaku dan bertindak

pantas dalam detik-detik kecemasan seperti yang berlaku dalam

peperangan Khandaq.

Kreativiti seorang ketua tentera merupakan antara faktor

yang menyumbang ke arah kejayaan sesuatu operasi peperangan.

Nabi Muhammad s.a.w telah mengadakan proses kawalan setelah

sesuatu operasi peperangan agar kelemahan yang berlaku tidak

akan berulang. Peperangan Khandaq telah dirancang dengan lebih

baik ekoran kelemahan yang menimpa kaum muslimin di peperangan

Uhud.

Keberkesanan dalam operasi peperangan yang diketuai oleh

Nabi Muhammad s.a.w merupakan hasil pengendalian efektif

baginda meliputi kitaran kaedah-kaedah pengurusan yang

disebutkan di atas.

PENGENALAN (SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ R.A).

Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a dilahirkan di Makkah pada

tahun 573 M, iaitu dua tahun selepas kelahiran baginda

Rasulullah s.a.w. Abu Bakar merupakan khalifah pertama selepas

kewafatan baginda Rasulullah s.a.w.

Pentadbiran Rasulullah s.a.w di Madinah telah berhasil

memberikan beberapa dasar hukum baru pada masyarakat Arab,

baik dari segi politik, sistem sosial dan sistem perundangan

yang akan mengatur masyarakat Muslim pada masa-masa akan

datang.

Pasca pentadbiran Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a

mengambil alih tugas-tugas pentadbiran selepas mendapat

persetujuan ramai umat Islam. Tempoh pentadbiran Abu Bakar ini

bolehlah dilihat sebagai tempoh yang amat genting kerana

beliau bukan sahaja perlu berhadapan dengan pelbagai tugas

yang ditinggalkan Rasulullah s.a.w tetapi juga menangani

pelbagai masalah yang timbul selepas kewafatan Rasulullah

seperti memerangi mereka yang enggan membayar zakat dan murtad

serta mengatasi risiko kehilangan al-Quran kerana ramainya

para Hafiz Quran yang gugur di medan perang. Selain dari itu

juga, beliau juga perlu mengekalkan kestabilan negara serta

hubungan diplomatik yang telah dijalinkan pada zaman

pentadbiran Rasulullah s.a.w demi memastikan kedaulatan agama

Islam tidak tercalar walau sedikit pun.

Berikut adalah pendekatan yang dilaksanakan Saidina Abu Bakar

r.a dalam tempoh pentadbiran beliau berdasarkan pecahan kepada

aspek-aspek tertentu.

SOSIAL.

Pada awal pemerintahan Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a,

masyarakat muslimin yang terdiri dari pelbagai lapisan suku

dan kaum khususnya menghadapi krisis kesatuan pada peristiwa

Saqifah. Hal ini kerana pada waktu kewafatan Rasulullah s.a.w

terdapat beberapa kumpulan yang cuba untuk melantik ketua dari

kalangan mereka sendiri. Hal ini boleh menjurus kepada

lahirnya bibit permusuhan di kalangan elit politik dan

masyarakat.18

Antara sebab terjadinya krisis ini juga adalah disebabkan

terdapat segelintir mereka yang berpendapat bahawa Saidina Ali

r.a adalah lebih layak untuk menjadi pengganti kepada

Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara memandangkan status

beliau sebagai menantu baginda selain mempunyai hubungan

kekeluargaan memandangkan beliau dan Rasulullah s.a.w berasal

dari suku kaum yang sama iaitu Bani Hasyim.

18 Ira M. Lapidus menyatakan bahwa itulah tujuan umum dari munculnya gerakan-gerakan ini. Ira, Sejarah Sosial, h. 56.

Dengan terlantiknya Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a

sebagai khalifah menerusi persetujuan ramai umat Islam, maka

risiko perpecahan sesama muslimin dapat dielakkan dan hal

pertama yang dilakukan beliau adalah memastikan kesatuan di

kalangan umat Islam ketika itu tetap utuh dan risiko

terjadinya perang saudara dapat dielakkan.

POLITIK.

Kestabilan politik yang telah dirintis oleh Rasulullah s.a.w,

beransur-ansur menjadi goyah setelah kewafatan baginda. Ini

terbukti dengan terjadinya beberapa pemberontakan di luar

Madinah, baik pemberontakan yang dimotivasi oleh keinginan

melepaskan diri dari kekuasaan Islam ataupun pemberontakan-

pemberontakan yang dilancarkan oleh kaum-kaum murtad.

Selain itu di Madinah, seperti yang disebutkan diatas,

muncul dua blok kekuasaan politik, satu pihak adalah Abu Bakar

r.a yang telah diangkat menjadi khalifah, di pihak lain adalah

Ali bin Abi Thalib r.a-yang mana pada pandangan beberapa

sarjanawan disebutkan bahawa beliau berpendapat dan disetujui

oleh pengikutnya sebagai orang yang lebih berhak untuk

menduduki kerusi kepimpinan.19

19 Haikal, Abu Bakar, h. 71. juga Jafri, Dari Tsaqifah, h. 95.

Anggapan bahwa Ali bin Abi Thalib r.a adalah orang yang

lebih berhak untuk mendapatkan tampuk kepemimpinan diawali

dengan mengemukakan hujah Ghadir Khum yang menyatakan bahwa

Ali bin Abi Thalib r.a adalah pewaris nabi Muhammad saw.

Peristiwa Saqifah yang tidak dihadiri oleh Ali bin Abi Thalib

r.a yang kala itu sibuk dengan mengurusi jenazah Rasulullah

s.a.w, dimata beberapa kalangan merupakan awal perampasan

kekuasaan dari Ali bin Abi Thalib r.a. Kesekongkolan antara

Umar bin Khattab r.a, Abu Bakar r.a dan Abu Ubaid bin Jarrah

dianggap sebagai salah satu usaha untuk tidak menggabungkan

kepemimpinan politik dan agama pada Bani Hasyim.20

Ada banyak versi yang menceritakan pertikaian politik

antara dua blok politik terbesar di Madinah. Akan tetapi ada

juga riwayat yang menafikan pertikaian politik tersebut,

seperti riwayat shahih yang diceritakan oleh at-Thabari.

Selain itu Haikal juga menyebutkan bahawa riwayat-riwayat yang

menyebutkan terjadinya pertikaian politik baru muncul jauh

sesudah berakhirnya kekhalifahan Abu Bakar r.a yakni pada masa

Abbasyiah.21

20 Ibid. S.H.M. Jafri juga menuliskan cerita yang sama, Dari Tsaqifah, h. 100.21 Haikal, Abu Bakar, h. 76.

KESEIMBANGAN NEGARA DI BAWAH SISTEM PENTADBIRAN DI ZAMAN ABU

BAKAR.

Pada masa pemerintahan Abu Bakar r.a, terdapat beberapa

pemberontakan yang membahayakan bagi kesatuan negara Islam. di

antaranya adalah gerakan-gerakan riddah yang muncul tidak lama

setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Pemberontakan-

pemberontakan itu disebabkan beberapa alasan baik alasan

politik, ekonomi ataupun agama. Beberapa pemberontakan dan

gerakan yang mengancam stabilitas negara itu dapat kita

sebutkan sebagai berikut:

i. Pemberontakan Thulaihah yang mengaku dirinya sebagai nabi

sebelum wafatnya Rasulullah saw.

ii. Pemberontakan Sajjah dan Malik bin Nuwairoh di dari

Yamamah.

iii. Perang Yamamah, dan Musailamah yang menyebut dirinya

sebagai nabi.

iv. Gerakan riddah di Baharain.

v. Gerakan riddah di Omman dan Muhrah.

vi. Gerakan riddah di Hadramaut dan Kindah.

Kesemua gerakan riddah dan pemberontakan di atas dapat diatasi

baik dengan cara peperangan mahupun melalui rundingan.

KEBIJAKAN POLITIK ABU BAKAR.

Dalam tempoh pentadbiran Saidina Abu Bakar al-Siddiq r.a,

beliau telah membuktikan kebijakannya dalam politik, di

antaranya ialah :

i. Menjadikan Hirroh sebagai pusat ketenteraan untuk

serangan selanjutnya ke Syam.

ii. Menakhluk daerah-daerah yang berpeluang untuk membantu

melawan Kaisar.

iii. Menempatkan Khalid bin Sa’id bin Ash dan pasukannya

sebagai pasukan cadangan di Taima, yakni perbatasan

wilayah kekuasaan negara Islam dengan Syam. Tekanan-

tekanan yang diberikan oleh Khalid bin Sa’id te;ah

memberikan sumbangan besar dalam penaklukkan Syam,

meskipun akhirnya mereka kalah.

iv. Pemindahan baitul mal dari Sunuh ke Madinah.

v. Menguruskan janda-janda perang di Madinah.

vi. Pengangkatan al-Mutsanna bin Haritsah menggantikan Khalid

bin Walid di Iraq.

vii. Penunjukan Umar bin Khattab r.a sebagai penggantinya

sebagai Khalifah. Beberapa pendapat mengatakan bahwa

beliau bimbang keadaan akan menjadi kritikal lagi bila

seorang pemimpin tidak menunjuk orang yang akan

menggantikannya.

viii. Mengampuni beberapa ketua pemberontak.

Selain itu beliau juga melantik beberapa orang sebagai

gabenor di kota-kota tertentu. Abu Bakar r.a melantik Saidina

Umar bin Khattab r.a menjadi hakim di Madinah, Abu Ubaidah

menjadi pengurus baitul mal, Ali bin Abi Thalib r.a, Uthman

bin Affan dan Zaid bin Tsabit sebagai sekretariat, Uttab bin

Usaid sebagai amir kota Mekkah, Uthman bin Abi al-Ash sebagai

amir di Thaif, al-Muhajir bin Abi Umayyah di Shun’a, Ziyad bin

Lubaid di Hadramaut, Abu Musa di Zubaid dan Rima’, Muadz bin

Jabal di Jund, al-Ala’ bin al-Hadramiy di Bahrain, Jarir bin

Abdullah di Najran, Abdullah bin Tsaur di Jurasy, Iyadh bin

Ghanm di Daumatuljandal, Khalid bin Walid sebagai jeneral

besar pemimpin pasukan tentera penakluk Syam.22

KEINTELEKTUALAN SAIDINA ABU BAKAR R.A.

22 Baik oleh Ibnu Atsir dan At-Thabari gerakan ini disebut Riddah, lih. IbnuAtsir, al-Kamil, h.420.

Antara tindakan bijak yang telah dilakukan Saidina Abu Bakar

al-Siddiq r.a semasa pentadbiran beliau adalah pengumpulan al-

Quran setelah peperangan Yamamah. Cadangan mengumpulkan al-

Quran ini sebenarnya pertama kalinya datang dari Saidina Umar

bi al-Khattab r.a kerana munculnya kebimbangan melihat kepada

jumla para Hafiz al-Quran yang gugur syahid di medan perang.

Pada mulanya Abu Bakar r.a ragu-ragu untuk menjalankan

cadangan tersebut, kerana Rasulullah s.a.w, sendiri tidak

pernah melakukan hal tersebut. tetapi setelah bermesyuarat

dengan para sahabat lain, beliau pun memerintahkan Zaid bin

Thabit untuk mengumpulkan dan menuliskan Alquran.

Beliau juga merupakan orang pertama yang memisahkan

pemerintahan pusat dengan lembaga kehakiman, meskipun mungkin

dalam tahap sederhana. Ketua pemerintahan sendiri dipegang

oleh Abu Bakar r.a, sedangkan hakim Madinah adalah Umar bin

Khattab yang berada dibawah ketua pemerintah.

SUMBANGAN LAIN.

Selain beberapa hal yang telah disebutkan diatas seperti

perluasan daerah, pemulihan kestabilan negara dan lain,

pemerintahan Saidina Abu Bakar r.a juga telah memberikan

sumbangan lain untuk kepentingan pemerintahan Islam

selanjutnya.

Sebenarnya, salah satu kejayaan Rasulullah s.a.w. dalam

kepemimpinannya adalah mengganti sistem politik bangsa Arab

yang dahulunya terpecah belah di bawah naungan kabilah.

Seseorang tidak boleh untuk mengaku bahawa dirinya adalah

seorang yang merdeka bila ia tidak bernaung dibawah sebuah

kabilah. Kemudian Rasulullah s.a.w. menggantikan sistem ini

dengan kesatuan politik yang bernama Ummah, yakni kesatuan

seluruh ummat Islam.23

Sedangkan pada masa Abu Bakar r.a, kesatuan politik

bangsa-bangsa Arab yang terpecah belah dibawah beberapa

kekuasan politik telah dirancang untuk disatukan dibawah

kekuasaan negara Islam. Kesatuan ini menjadi sistem

pemerintahan negara yang mana bangsa Arab sebelumnya tidak

mengambil berat kisah tentangnya.

Selain itu, Abu Bakar r.a juga telah merintis sistem

pengambilan keputusan dengan keputusan syura. Lain halnya

dengan Rasulullah saw. yang keputusannya adalah mutlak karena

memang beliau menjadi wadah penerima wahyu. Pada pengambilan

23 Ira, Sejarah Sosial, h. 29.

keputusan-keputusan genting, beliau sering memanggil orang-

orang yang menurutnya berkelayakan untuk didengar pendapatnya,

yakni pada saat itu adalah sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Dengan begitu beliau telah mulai merintis pembangunan dasar-

dasar pemerintahan imperium Islam.24

KESIMPULAN.

Sistem pentadbiran Islam perlulah dibezakan dengan

pentadbiran moden kerana sistem pentadbiran Islam berpaksikan

kepada semangat syariat dalam merealisasikan matlamat dan

objektifnya. Malah, sistem pentadbiran Islam adalah

berdasarkan dua prinsip yang penting iaitu Syariah berasal

daripada tuhan dan ianya bebas untuk semua umat, memberi

kelonggaran kepada setiap individu untuk melaksanakannya

berdasarkan kesedaran nurani dan keimanan.

Apa yang penting meskipun terdapat pelbagai definisi tentang

sistem pentadbiran Islam, namun yang paling utama ia mestilah

memenuhi sekurang-kurang lima aspek utama iaitu :

24 Haikal, Abu Bakar, h. 329.

i. Syura iaitu perundingan secara muhibah sebelum keputusan

dibuat.

ii. Keadilan kerana berasaskannya sahaja kesejahteraan

manusia dan masyarakat dapat diwujudkan dan terjamin

kesinambungannya.

iii. Kebebasan dalam batas-batas yang ditentukan oleh hukum

iaitu kebebasan untuk menegakkan masyarakat yang adil

yang setiap anggotanya menyuruh berbuat baik dan mencegah

kejahatan.

iv. Persamaan hak dalam mendapat keadilan dan kebaikan

samaada dari segi undang-undang mahupun pembahagiaan

kekayaan Negara.

v. Untuk memastikan keempat-empat aspek ini dapat

dilaksanakan, Islam menetapkan aspek kelima iaitu

kebebasan rakyat untuk mendakwa pemimpin yang

menyeleweng.

Sistem pentadbiran Islam bersumberkan Al-Quran dan as-

sunnah tanpa ada olahan atau undang-undang yang tidak selari

dengan kedua-dua sumber utama tersebut. Maka ia adalah bebas

daripada penyelewengan atau undang-undang dan pentadbiran yang

berkepentingan dari mana-mana pihak. Sistem ini juga bersifat

menyeluruh dan merangkumi segala aspek kehidupan manusia,

sosial, masyarakat, ekonomi politik, organisasi dan

pentadbiran yang dianjurkan oleh Islam.


Recommended