+ All Categories
Home > Documents > Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga dan Gaya Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah Di Serian

Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga dan Gaya Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah Di Serian

Date post: 21-Feb-2023
Category:
Upload: independent
View: 2 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
31
Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga dan Gaya Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah Di Serian Ahi Sarok dan Andrew Modol ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains di enam buah sekolah di daerah Serian. Kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dari segi gaya pembelajaran dengan faktor jantina serta melihat perbezaan dari segi persekitaran keluarga dengan faktor lokasi. Seramai 210 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajian berkaitan persekitaran keluarga telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik Chuah (1994) dan Fatanah (1997), sementara instrumen kajian berkaitan gaya pembelajaran telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik Grasha-Riechmann (1996). Soal selidik ini telah digunakan untuk menentukan tahap min markat bagi komponen-komponen persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. Data yang diperoleh dianalisis dengan analisis korelasi Pearson, analisis korelasi Spearman dan ANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perhubungan dengan gaya pembelajaran bebas, dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri, manakala dimensi pengekalan sistem mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran bebas, mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Analisis korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian Sains. Analisis korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan antara gaya pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung dan mengelak dengan pencapaian Sains. Analisis ujian ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan. Manakala analisis ujian ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang ketara di antara persekitaran keluarga pelajar bandar dan pinggir bandar
Transcript

Kajian Hubungan Antara Persekitaran Keluarga dan Gaya

Pembelajaran Sains di Sekolah Rendah Di Serian

Ahi Sarok dan Andrew Modol

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan antara persekitaran keluarga dan gayapembelajaran dengan pencapaian Sains di enam buah sekolah di daerah Serian. Kajianini juga bertujuan untuk melihat perbezaan dari segi gaya pembelajaran denganfaktor jantina serta melihat perbezaan dari segi persekitaran keluarga dengan faktorlokasi. Seramai 210 orang pelajar tingkatan empat dari enam buah sekolah rendah didaerah Serian telah dipilih menjadi responden dalam kajian ini. Instrumen kajianberkaitan persekitaran keluarga telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidikChuah (1994) dan Fatanah (1997), sementara instrumen kajian berkaitan gayapembelajaran telah diambil dan diubahsuai daripada soal selidik Grasha-Riechmann(1996). Soal selidik ini telah digunakan untuk menentukan tahap min markat bagikomponen-komponen persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran. Data yangdiperoleh dianalisis dengan analisis korelasi Pearson, analisis korelasi Spearman danANOVA. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan antara persekitarankeluarga dimensi perhubungan dengan gaya pembelajaran bebas, dimensiperkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan gaya pembelajaran bebas,bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri, manakala dimensipengekalan sistem mempunyai hubungan dengan gaya pembelajaran bebas,mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Analisis korelasijuga menunjukkan terdapat hubungan antara persekitaran keluarga dimensiperkembangan dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian Sains. Analisiskorelasi juga menunjukkan terdapat hubungan antara gaya pembelajaran bebas,bekerjasama, bergantung dan mengelak dengan pencapaian Sains. Analisis ujianANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan gaya pembelajaran mengelak antarapelajar lelaki dan perempuan. Manakala analisis ujian ANOVA menunjukkan tidakterdapat perbezaan yang ketara di antara persekitaran keluarga pelajar bandar danpinggir bandar

Kata Kunci: Persekitaran Keluarga, Gaya Pembelajaran dan

Pencapaian Murid

PENGENALAN

Peranan pelbagai pihak seperti kerajaan, sekolah, masyarakat dan

ibu bapa adalah saling berkaitan dalam membantu murid-murid

mencapai kejayaan dan kecemerlangan. Sekolah menyediakan peluang

dan prasarana yang optimum untuk merealisasikan hasrat dan

wawasan kerajaan. Masyarakat pula menyediakan suasana yang

konduksif untuk mendorong para pelajar berkembang, manakala ibu

bapa pula seharusnya lebih peka terhadap keperluan perkembangan

dan pendidikan anak-anak.

Pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Sains sekolah rendah

di Malaysia belum boleh dibanggakan. Laporan Lembaga Peperiksaan

Malaysia (1997) menunjukkan masih ramai pelajar yang belum

menguasai konsep-konsep penting dalam mata pelajaran Sains.

Kelemahan dalam mata pelajaran ini boleh mengakibatkan kurangnya

peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi terutamanya dalam bidang sains dan teknologi. Walaupun

pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan oleh Kementerian

Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan

sekolah seperti skim prasarana, alat bantu mengajar serta skim

bantuan tuisyen, namun pencapaian mata pelajaran Sains masih lagi

rendah berbanding dengan mata pelajaran lain.

Namun demikian keputusan peperiksaan awam khususnya dalam

mata pelajaran Sains masih lagi menunjukkan pencapaian di tahap

yang rendah dari segi kualitinya. Sebagai contoh keputusan

peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi daerah

Serian untuk mata pelajaran Sains pada tahun 2005 hingga 2009

menunjukkan masih ramai calon yang mengambil peperiksaan masih

gagal iaitu mendapat gred D dan E. Daripada maklumat yang telah

diperoleh pada tahun 2005, lebih ramai murid-murid memperolehi

gred C manakala sedikit sahaja yang memperolehi gred A. Data

menunjukkan masih ramai murid yang gagal iaitu mendapat gred D

dan E iaitu sebanyak 24.60%. Pada tahun 2006 pula, data

menunjukkan pola yang lebih kurang sama iaitu sedikit sahaja

murid yang memperolhi gred A. Paling ramai murid mendapat gred C,

manakala 22.60% gagal iaitu mendapat gred D dan E. Pencapaian

murid-murid pada tahun 2006 menunjukkan peningkatan yang baik

iaitu 2% peningkatan yang positif berbanding pada tahun

sebelumnya. Tahun 2007 menunjukkan paling sedikit murid mendapat

gred A dan kebanyakan murid berada pada gred C manakala peratus

murid yang mendapat gred D dan E semakin bertambah iaitu sebanyak

24.94%. Pada tahun 2008, peningkatan yang baik ditunjukkan oleh

calon-calon UPSR daerah Serian di manasebanyak 6.33% memperolehi

gred A. Peratus murid yang mendapat gred B juga meningkat

manakala calon-calon yang memperolehi gred D dan E menurun iaitu

sebanyak 15.11%. Ini menunjukkan penurunan peratus calon yang

gagal iaitu sebanyak 9.83% kurang berbanding pada tahun 2007.

Pada tahun 2009 pula peratus calon yang memperolehi gred A turun

semula manakala ramai murid yang berada pada gred C. Peratus

calon yang mendapat gred D dan E meningkat semula iaitu sebanyak

21.12%, peningkatan sebanyak 11.29%. Data-data ini menunjukkan

bahawa pencapaian calon-calon UPSR di daerah Serian dalam mata

pelajaran sains masih tidak konsisten dan agak membimbangkan.

SOROTAN LITERATUR

Terdapat beberapa pengkaji sama ada dari luar atau tempatan telah

mengkaji hubungan keluarga dalam pencapaian akademik. Coleman

(1966) mendapati perbezaan dalam pencapaian akademik pelajar

berpunca daripada perbezaan dalam program yang disediakan di

sekolah, kecekapan guru dan kemudahan yang didapati di sekolah,

malah ia bermula daripada persekitaran keluarga. Perbezaan

individu dalam pembelajaran adalah fonomena yang dapat dilihat,

dijangka, diterangkan serta dapat diubah dengan pelbagai cara

(Bloom 1976). Hess dan Holloway (1984) telah mengenal pasti lima faktor

yang saling bersandar dan berkaitan antara peranan keluarga dengan

pencapaian akademik anak-anak iaitu: interaksi sosial antara ibu bapa dan

anak-anak; kemesraan hubungan antara ibu bapa dengan pelajar;

kepercayaan yang disandarkan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka;

strategi kawalan disiplin yang diamalkan oleh ibu bapa; dan, jangkaan dan

harapan ibu bapa terhadap masa depan anak mereka.

Woolfolk (1998) menyarankan beberapa strategi yang boleh diambil

oleh pihak sekolah bagi menggalakkan motivasi dikalangan pelajar yang

mempunyai pelbagai gaya pembelajaran iaitu; penuhi keperluan asas –sediakan persekitaran kelas yang selesa dan tersusu, bina keyakinan diri dan

jangkaan positif pelajar, tunjukkan nilai pembelajaran kaitkan tugasan–dengan keperluan pelajar, gunakan aktiviti yang menarik minat pelajar,

bantu pelajar beri fokus terhadap tugasan beri pelajar peluang untuk–membuat respon dan menyudahkan kerja mereka, kurangkan penekanan

terhdap gred dan pertandingan, dan guru perlulah bertindak sebagai model

kerana beliau adalah insan yang paling hampir selepas ibu bapa mereka.

Sekiranya guru dapat memahami atau mengenal pasti gaya

pembelajaran pelajar maka pengajaran mereka dapat diselaraskan

supaya para pelajar mudah menguasai isi pelajaran. Gaya

pembelajaran seseorang individu sekiranya disesuaikan boleh

mengakibatkan sikap terhadap pembelajaran bertambah baik dan

meningkatkan pencapaian serta kreativiti (Briggs 1994). Persoalan

tentang gaya pembelajaran amat penting untuk membantu mereka

dalam proses pembelajaran (Maznah & Yoong Suan 1995).

Dapatan kajian tempatan dan kajian luar seperti kajian

Sharifah Alawiah (1996), dan Douglas (1964) menunjukkan wujud

hubungan yang tinggi antara kesan persekitaran keluarga dengan

pencapaian akademik para pelajar. Menurut Fraser (1959) pula dua

orang kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan yang berbeza biasanya

datang daripada unit keluarga yang mempunyai ibu bapa yang

berbeza taraf pendidikannya. Begitu juga dengan sikap, dorongan,

minat serta hubungan mesra ibu bapa terhadap anak-anak akan

meningkatkan lagi prestasi akademik anak-anak mereka (Hazil Abdul

Hamid 1990).

Smith (1993) menyatakan kesan pengaruh keluarga terutamanya

ibu dan bapa terhadap pencapaian akademik adalah lebih besar.

Beliau menegaskan kepentingan ibu bapa dalam melaksanakan

tanggungjawab memerhati, dan memberi stimulasi dalam perkembangan

kanak-kanak. Mereka mempengaruhi sikap, cara kerja, nilai dan

kemahiran pembelajaran kanak-kanak melalui nilai mereka sendiri

terhadap pembelajaran, jumlah stimulasi intelek yang disediakan

di rumah, bentuk sokongan yang diberikan dan kemesraan mereka

dengan anak-anak. Selain itu keluarga juga memainkan peranan asas

dalam mendidik stimulasi intelek dan kemahiran sosial yang

diperlukan untuk kejayaan anak-anak sama ada di sekolah atau di

luar sekolah. Justeru kajian-kajian yang lebih terperinci

berhubung dengan persekitaran keluarga perlu dilakukan bagi

membantu meningkatkan prestasi pencapaian dalam mata pelajaran

Sains bagi kanak-kanak sekolah.

Selain daripada pengaruh persekitaran, gaya pembelajaran

pelajar juga memainkan peranan terhadap keberkesanan pengajaran

pembelajaran. Menurut Sims dan Sims (1995) guru perlu mengetahui

dan memahami gaya pembelajaran individu kerana gaya pembelajaran

yang berkesan bagi seseorang pelajar mungkin tidak sesuai bagi

pelajar yang lain. Menurut Keefe (1991) lokasi atau persekitaran

juga adalah faktor yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang

itu. Oleh itu seseorang guru perlu memperkenalkan pelbagai gaya

pembelajaran untuk memastikan wujud kesesuaian dan keserasian

bagi semua pelajar yang terlibat. Pelajar juga perlu mengetahui

dan menyedari gaya pembelajaran yang sesuai bagi mereka. Justeru,

guru perlu berperanan membantu pelajar memahami kecenderungan dan

gaya pembelajaran mereka bagi meningkatkan keberkesanan

pembelajaran seterusnya menghasilkan pencapaian yang cemerlang.

Pelajar merupakan seseorang individu yang unik dan berbeza di antara

satu sama lain walaupun mereka berada dalam tahap pembelajaran yang

sama. Perbezaan individu ini merangkumi aspek pemikiran, tindakbalas,

minat, kecenderungan, pencapaian dan pemahaman (Zubaidah 2007). Para

pelajar dikatakan mempunyai gaya yang tersendiri untuk menerima dan

bertindakbalas serta menggunakan rangsangan dalam proses pembelajaran.

Pendekatan yang diambil oleh setiap pelajar adalah dengan menurut

tanggapan subjektif mereka terhadap kehendak pengajar atau konteks

pembelajarannya. Pada pandangan para penyelidik, pengajar atau pendidik

merupakan penggerak utama kepada pembelajaran para pelajar (Zubaidah

2007).

Gaya pembelajaran yang sesuai penting untuk meningkatkan

pencapaian akademik pelajar (Chambers, 1991). Chambers berpendapat

bahawa pelajar harus menggunakan gaya pembelajaran sebagai kekuatan

mereka dalam bidang akademik. Hal ini kerana cara yang bersesuaian

dengan ciri-ciri pembelajaran akan menyebabkan pelajar di semua peringkat

lebih bermotivasi dan seterusnya akan meningkatkan pencapaian akademik.

Sebagai tambahannya, Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa apabila

kaedah, sumber dan program dipadankan dengan sifat-sifat gaya

pembelajaran pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan

meningkat. Sebaliknya, jika padanan di antara pengajaran dan pembelajaran

tidak sesuai, maka pencapaian akademik dan sikap juga turut merosot.

Beberapa kajian di Barat mendapati kesesuaian dan kepadanan gaya

pembelajaran akan menghasilkan pencapian akademik yang baik (Zamri &

Mohamed Amin 2000). Kajian yang dijalankan oleh Nelson (1993) bagi

melihat kesan gaya pembelajaran ke atas kefahaman dan pencapaian

pelajar menunjukkan kesan positif. Iaitu pelajar yang mendapat pendedahan

gaya pembelajaran memperolehi pencapaian akademik yang tinggi daripada

yang tidak mendapat pendedahan tentang gaya pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Bottroff (1993) menunjukkan terdapat

korelasi di antara paras pencapaian dan gaya pembelajaran pelajar yang

disukainya. Ini menunjukkan pelajar mengamalkan pelbagai gaya

pembelajaran mengikut kesukaan mereka. Gaya pembelajaran yang sesuai

dan betul merupakan faktor yang penting ke arah pencapaian yang

cemerlang dalam peperiksaan. Ini disokong oleh dapatan Abu Talib (1998).

Oleh itu beliau menyarankan agar guru mengambil kira gaya pembelajaran

yang disukai oleh pelajar semasa merancang aktiviti pengajaran dan

pembelajaran.

Menurut Ng Sook Chin (2005), kajian tentang gaya pembelajaran

pelajar adalah perlu dan kajian seumpama ini akan mencelikkan para guru

dalam mengetahui gaya pembelajaran yang paling banyak diamalkan oleh

para pelajar dan seterusnya meningkatkan minat pelajar dalam sesuatu

subjek atau matapelajaran dan membantu mereka dalam pembelajaran. Hal

ini kerana gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar mempunyai kesan

terhadap hasil pembelajarannya yang seterusnya memberi impak ke atas

pencapaian akademik pelajar. Adakah faktor-faktor keluarga dan gaya

pembelajaran pelajar mempengaruhi pencapaian Sains? Faktor-faktorseperti suasana pembelajaran, persekitaran dan pengaruh keluarga serta gaya

pembelajaran kurang dikaji oleh pengkaji tempatan. Justeru pengkaji ingin

mengenal pasti sejauhmanakah persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran

pelajar mempengaruhi pencapaian mereka dalam mata pelajaran Sains

khususnya.

Pendapat-pendapat yang dikemukakan di atas menggambarkan bahawa

persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran mempengaruhi tingkah laku

dan pencapaian akademik pelajar. Kajian-kajian yang dilakukan sebelum ini

lebih tertumpu kepada faktor-faktor sikap, minat, motivasi, asas akademik

dan sebagainya.

KAEDAH PENYELIDIKANKajian ini berbentuk tinjauan yang bertujuan untuk mengkaji hubungan

antara persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran terhadap pencapaian

Sains dalam peperiksaan UPSR di beberapa buah sekolah rendah. Seramai

210 orang responden telah diambil dan mereka terdiri daripada pelajar-

pelajar tahun enam dari enam buah sekolah rendah di daerah Serian iaitu

tiga buah sekolah di lokasi bandar dan yang selebihnya di pinggir bandar.

Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik sepenuhnya. Kaedah

analisis data yang digunakan ialah ANOVA untuk menguji hipotesis nol yang

melihat pemboleh ubah yang mempunyai dua kumpulan yang berbeza.

Manakala analisis korelasi Pearson dan analisis korelasi Spearman pula

digunakan untuk melihat hubungan antara dua pemboleh ubah secara

serentak.

PERBINCANGAN DAN DAPATAN KAJIANKajian ini telah mengkaji hubungan antara pemboleh ubah-pemboleh ubah

persekitaran keluarga dan gaya pembelajaran dengan pencapaian Sains

dalam peperiksaan UPSR. Kajian ini juga telah meneliti perbezaan di antara

gaya pembelajaran pelajar mengikut jantina, dan persekitaran keluarga

pelajar mengikut lokasi sekolah. Perbincangan hasil kajian yang lebih

menyeluruh akan diterangkan dalam bahagian berikutnya berdasarkan

hipotesis kajian yang telah dibentuk.

Hubungan antara Persekitaran Keluarga dengan Gaya Pembelajaran

pelajar

Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan

antara persekitaran keluarga dimensi perhubungan dengan gaya

pembelajaran bebas. Walau bagaimanapun hubungannya adalah lemah

iaitu r = 0.194 dan p = 0.005. Sebaliknya persekitaran keluarga

dimensi perhubungan tidak mempunyai hubungan dengan gaya

pembelajaran mengelak dan bekerjasama. Terdapat hubungan positif

yang sederhana antara persekitaran keluarga dimensi perkembangan

dan pertumbuhan personaliti dengan gaya pembelajaran bebas iaitu

r = 0.349 , p = 0.000 manakala terdapat hubungan negatif yang

sederhana dengan gaya pembelajaran bekerjasama iaitu r = -0.363

, p = 0.000. Sebaliknya tidak terdapat hubungan dengan gaya

pembelajaran mengelak.

Analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan

positif yang sederhana antara persekitaran keluarga dimensi

perkembangan dan pertumbuhan personaliti dan gaya pembelajaran

bergantung r = 0.315 , p = 0.000), gaya pembelajaran bersaing (r

= 301, p = 0.000) dan gaya pembelajaran melibatkan diri (r =

0.326, p = 0.000).Terdapat hubungan positif yang lemah antara persekitaran keluarga

dimensi pengekalan sistem dengan gaya pembelajaran bebas (r = 0.173, p =

0.012), hubungan negatif yang kuat dengan gaya pembelajaran mengelak (r =

-2.38, p = 0.001) serta hubungan positif yang sederhana dengan gaya

pembelajaran bekerjasama (r = 0.351, p = 0.000).

Analisis korelasi Pearson juga menunjukkan terdapat hubungan

positif yang lemah antara persekitaran keluarga dimensi

pengekalan sistem dengan gaya pembelajaran bergantung (r =

0.202, p = 0.000) dan gaya pembelajaran bersaing (r = 0.239, p =

0.000) serta mempunyai hubungan positif yang sederhana dengan

gaya pembelajaran melibatkan diri (r = 0.485, p = 0.000).

Dapatan kajian menunjukkan persekitaran keluarga dimensi

perhubungan mempunyai hubungan positif dengan gaya pembelajaran

bebas. Persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan

personaliti mempunyai hubungan positif dengan gaya pembelajaran

bebas, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Sebaliknya

mempunyai hubungan negatif dengan gaya pembelajaran bekerjasama.

Manakala persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem

mempunyai hubungan positif dengan kesemua gaya pembelajaran

(bebas, mengelak, bekerjasama, bergantung, bersaing dan

melibatkan diri). Ini bermakna persekitaran keluarga mempunyai

hubungan dengan gaya pembelajaran pelajar. Dapatan ini menyokong

Model Proses Pendidikan yang dikemukakan oleh Bryant (1974) dan

Alias Baba (1990) yang menekankan faktor latar belakang dan

persekitaran keluarga yang mempengaruhi proses pembelajaran

pelajar.

Hasil kajian ini juga menyokong dapatan pernyataan Alias

Baba (1990) dan Bryant (1974) yang menyatakan persekitaran

keluarga mempengaruhi proses pembelajaran individu iaitu faktor

latar belakang (persekitaran) keluarga, kebolehan dan sifat

peribadi pelajar. Persekitaran adalah faktor luaran yang banyak

mempengaruhi proses pembelajaran, manakala kebolehan pula lebih

kepada kelebihan yang ada pada individu. Sifat peribadi yang

menjurus ke arah kecemerlangan juga mempengaruhi pencapaian

individu.Hasil kajian ini menyokong dapatan hasil kajian Marjoribank (1994)

yang mendapati pencapaian akademik di pengaruhi oleh persekitaran

keluarga, atribut peribadi seperti daya intelek, taraf sosioekonomi dan

faktor sosial. Seterusnya persekitaran keluarga juga mempengaruhi sikap

tingkah laku pembelajaran anak-anak. Keakraban dan orientasi keluarga juga

didapati sangat mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial kanak-

kanak.

Hubungan antara Persekitaran Keluarga dengan Pencapaian Pelajar

dalam Mata Pelajaran Sains

Analisis korelasi Spearman menunjukkan hubungan antara persekitaran

keluarga dengan pencapaian adalah r = 0.153, p = 0.027. Hubungan antara

persekitaran keluarga dimensi perhubungan dengan pencapaian adalah r =

0.053, p = 0.444. Dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti

dengan pencapaian adalah r = 0.225, p = 0.001. Manakala dimensi

pengekalan sistem dengan pencapaian adalah r = -0.003, p = 0.969.

Persekitaran keluarga dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti

mempunyai hubungan positif dengan pencapaian Sains, namun demikian

hubungan tersebut adalah lemah (r = 0.225). Ini bermakna hipotesis nol

yang kedua ditolak kerana terdapat hubungan yang signifikan antara

persekitaran keluarga dengan pencapaian Sains

Dapatan kajian ini didapati bertepatan dengan hasil kajian oleh

Asmawati (1993) terhadap 151 murid tahun enam yang mengambil

peperiksaan UPSR dan mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara

persekitaran keluarga dengan pencapaian pelajar. Dapatan kajian ini juga

bertepatan dengan hasil kajian Wan Zuriah (2002) yang mengkaji ke atas 82

orang pelajar tingkatan 1, 2 dan 3 mendapati terdapat hubungan yang

signifikan antara persekitaran pelajar dan pencapaian dalam mata pelajaran

Sains. Dapatan kajian ini juga bertepatan dengan dapatan Fatanah (1997),

Keith (1982), Marjoribanks (1994) dan Atan Long (1978) yang mendapati

terdapat hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dan

pencapaian akademik pelajar.

Selain itu, kajian ini juga menyokong hasil kajian Moos dan Moos

(1993) yang mendapati keakraban dan orientasi intelektual

keluarga sangat mempengaruhi perkembangan kognitif dan sosial

kanak-kanak.

Daripada hasil kajian ini juga, ianya menyokong hasil

dapatan Clephane (1990) yang mendapati pemboleh ubah persekitaran

keluarga, iaitu tahap keakraban yang tinggi, sokongan, pernyataan

perasaan dan kawalan, mempunyai hubungan yang rapat dengan

pencapaian akademik. Ini menunjukkan keluarga memainkan pengaruh

yang berkesan dalam membentuk dan mengawal tingkah laku kanak-

kanak seterusnya meningkatkan pencapaian akademik mereka.Dapatan daripada kajian ini menyokong dapan kajian Fraser (1959) dan

Taha (1977) yang mendapati persekitaran rumah tangga boleh mempengaruhi

pencapaian akademik anak-anak mereka. Kajian ini juga menyokong kajian

Justice dan Calvert (1990) yang mendasarkan pendekatan sistem keluarga,

ingin melihat faktor-faktor persekitaran keluarga yang berhubungkait dengan

penganiayaan kanak-kanak. Faktor-faktor persekitaran keluarga yang

dipersepsikan itu termasuklah kohesif, ekspresif, konflik, kebergantungan,

orientasi pencapaian organisasi dan kawalan. Keputusan kajian menunjukkan

wujudnya hubungan yang signifikan antara tekanan yang diterima oleh

keluarga yang menganiaya anak dan keluarga yang tidak menganiaya anak.

Seterusnya, hasil kajian ini juga menyokong hasil kajian

Ensminger dan Slusarcick (1992) yang mendapati latar belakang

seperti penglibatan keluarga dengan sekolah mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Remaja dari keluarga yang mempunyai

peraturan ketat terhadap kerja sekolah di rumah dilaporkan lebih

berjaya dalam pencapaian akademik daripada mereka yang mempunyai

ibu bapa yang tidak begitu tegas.

Hubungan antara Gaya Pembelajaran dengan Pencapaian Pelajar Dalam

Mata Pelajaran Sains

Analisis Korelasi Spearman menunjukkan terdapat hubungan positif

yang lemah antara gaya pembelajaran bebas dan pencapaian (r =

0.168, p = 0.015), gaya pembelajaran bekerjasama dengan

pencapaian (r = 0.209, p = 0.002) dan gaya pembelajaran

bergantung dengan pencapaian (r = 0.193, p = 0.005). Manakala

terdapat hubungan negatif yang sederhana antara gaya pembelajaran

mengelak dengan pencapaian (r = -0.321, p = 0.000). Sebaliknya

tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran bersaing dan

gaya pembelajaran melibatkan diri dengan pencapaian Sains.

Dapatan kajian ini bertentangan dengan hasil kajian oleh

Rihan (2002), Suhana (1992) Melara (1996), Asiah (1999), Mcgowan

(1998) dan Cavanagh dan Stephen (1995) yang mendapati gaya

pembelajaran tidak mempunyai hubungan signifikan dengan

pencapaian pelajar. Hasil kajian ini juga bertentangan dengan

dapatan kajian Norlia Abd. Aziz dan Zamri Mahamod (2006) yang

mendapati tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dengan

pencapaian dalam mata pelajaran Geografi dan tidak terdapat

perbezaan gaya pembelajaran terhadap jantina dan lokasi pelajar.

Walau bagaimanapun, dapatan ini bertepatan dengan hasil

kajian Entwistle dan Entwistle (1970), Domino (1970), Pizzo

(1981), Shea (1983), Copenhaver (1979), Elizabeth (2000), Alias

Baba dan Chong Mooi Lian (1992), Abdul Razak Habib dan Rashidi

Azizan (1997) dan Norihan Abu Hassan (2001) yang mendapati gaya

pembelajaran mempunyai hubungan dengan pencapaian akademik

pelajar.

Perbezaan dari segi Gaya Pembelajaran antara Pelajar Lelaki dan

Perempuan

Keputusan ANOVA satu hala menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan bagi dimensi gaya pembelajaran bebas antara pelajar

lelaki dan perempuan, iaitu p = 0.027 < α = 0.05. Ujian juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi gaya

pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu

p = 0.013 < α = 0.005. Untuk dimensi bekerjasama pula, ujian juga

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar

lelaki dan perempuan, iaitu p = 0.019 < α = 0.005.

Seterusnya untuk item bergantung, ujian menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan,

iaitu nilai p = 0.041 < α = 0.05. Merujuk kepada item bersaing

pula, ujian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara

pelajar lelaki dan perempuan, iaitu nilai p = 0.040 < α = 0.05.

Manakala untuk item melibatkan diri, ujian menunjukkan tidak

terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan, iaitu nilai p = 0.058 > α = 0.05.Dapatan kajian ini bertepatan dengan dapatan Alias Baba dan Chong

Mooi Lian (1992) dan Hadiah (1977) yang mendapati terdapatnya perbezaan

yang signifikan gaya pembelajaran antara pelajar lelaki dan pelajar

perempuan. Dapatan ini bagaimana pun bertentangan dengan kajian Norlia

Abd. Aziz dan Zamri Mahamod (2006) yang mendapati tidak terdapat

perbezaan gaya pembelajaran di antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.

Perbezaan dari segi Persekitaran Keluarga antara Pelajar Bandar

dan Pelajar Pinggir Bandar

Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir

bandar bagi dimensi perhubungan keakraban dan pernyataan masalah

iaitu masing-masing, p = 0.013 < α = 0.05 dan p = 0.026 < α =

0.05. Manakala keputusan menunjukkan tidak terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar

bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan konflik iaitu,

p = 0.102 > α = 0.05. Ini bermakna keadaan hubungan sosial antara

ahli-ahli keluarga iaitu antara ibu dan bapa, antara ibu bapa dan anak-anak

serta di kalangan anak-anak itu sendiri adalah berbeza di antara keluarga di

bandar dan pinggir bandar.

Persekitaran keluarga yang berbeza ini mungkin disebabkan faktor

jarak yang banyak berbeza, serta kemudahan infrastruktur yang tidak sama.

Ibu bapa di bandar masa kini secara umumnya terdedah dengan kemahiran

keibubapaan serta kemahiran mendidik anak-anak yang diperolehi dengan

mudah menerusi media massa serta program-program keibubapaan yang

sentiasa dilaksanakan sama ada secara percuma atau pakej berbayar.

Kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan pendidikan anak-anak juga

merupakan penyumbang kepada wujudnya persekitaran keluarga yang lebih

konduksif terhadap suasana pembelajaran anak-anak di bandar.

Bagi dimensi perkembangan kebebasan, keputusan menunjukkan

tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran

keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu, p =

0.136 > α = 0.05. Dimensi perkembangan orientasi kejayaan juga

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar

iaitu, p = 0.064 > α = 0.05. Begitu juga dengan dimensi

perkembangan orientasi intelek yang menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara

pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu, p = 0.079 > α = 0.05.

Merujuk kepada dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran

keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu, p =

0.035 < α = 0.05. Manakala dimensi personaliti agama dan moral

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar

iaitu, p = 0.076 > α = 0.05.

Dimensi pengekalan sistem organisasi dan kawalan tidak

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar

iaitu masing-masing menunjukkan nilai p = 0.102 > α = 0.05 dan p

= 0.064 > α = 0.05. Kajian ini telah meneliti hubungan di antara persekitaran keluarga dan gaya

pembelajaran terhadap pencapaian Sains. Dapatan menunjukkan terdapat

hubungan yang signifikan antara persekitaran keluarga dengan gaya

pembelajaran. Persekitaran keluarga dimensi perhubungan iaitu dari segi

keakraban, pernyataan perasaan dan konflik mempunyai hubungan dengan

amalan gaya pembelajaran bebas. Persekitaran keluarga dimensi

perkembangan dan pertumbuhan personaliti iaitu dari segi kebergantungan,

orientasi pencapaian, orientasi intelektual dan budaya, orientasi rekreasi dan

penekanan nilai moral dan agama mempunyai hubungan dengan gaya

pembelajaran bebas, bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri.

Persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem iaitu dari segi organisasi

dan kawalan keluarga mempunyai hubungan dengan kesemua amalan gaya

pembelajaran yang dikaji.

Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di

antara persekitaran keluaraga dimensi perkembangan dan pertumbuhan

personaliti dengan pencapaian Sains. Ini menunjukkan persekitaran keluarga

yang menekankan nilai-nilai agama dan moral, memberi penekanan kepada

kegiatan intelektual dan kebudayaan, penglibatan dalam kegiatan rekreasi,

menggalakkan persaingan dan sentiasa memberi galakan ada mempunyai

hubungan dengan pencapaian Sains pelajar.

Manakala bagi gaya pembelajaran, dapatan menunjukkan terdapat

hubungan yang positif di antara gaya pembelajaran bebas, bekerjasama dan

bergantung dengan pencapaian Sains, manakala terdapat hubungan yang

negatif di antara gaya pembelajaran mengelak dengan pencapaian Sains. Ini

menunjukkan pelajar yang mengamalkan sikap yakin diri dan yakin boleh,

suka bekerjasama serta sentiasa meminta pandangan guru dan rakan-rakan

atau sebaliknya pelajar yang tidak bermotivasi dan tidak melibatkan diri

dengan aktiviti kelas mempunyai hubungan dengan pencapaian Sains

mereka.

Terdapat perbezaan yang signifikan bagi dimensi gaya pembelajaran

bebas antara pelajar lelaki dan perempuan. Ujian juga menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan bagi dimensi gaya pembelajaran mengelak antara

pelajar lelaki dan perempuan. Untuk dimensi bekerjasama pula, dapatan

menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan

perempuan. Seterusnya untuk item bergantung, dapatan menunjukkan

terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Merujuk kepada item bersaing pula, ujian menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan, iaitu nilai. Manakala

untuk item melibatkan diri menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan.

Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar

dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan keakraban dan

pernyataan masalah. Manakala keputusan menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara

pelajar bandar dan pinggir bandar bagi dimensi perhubungan

konflik.

Bagi dimensi perkembangan kebebasan keputusan menunjukkan

tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran

keluarga antara pelajar bandar dan pinggir bandar iaitu. Dimensi

perkembangan orientasi kejayaan juga menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara

pelajar bandar dan pinggir bandar. Begitu juga dengan dimensi

perkembangan orientasi intelek yang menunjukkan tidak terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara

pelajar bandar dan pinggir bandar.

Dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan terdapat

perbezaan yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara

pelajar bandar dan pinggir bandar. Manakala dimensi personaliti

agama dan moral menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar

dan pinggir bandar. Dimensi pengekalan sistem organisasi dan

kawalan menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari

segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir

Bandar.

Menyedari dan memahami gaya pembelajaran yang diamalkan

merupakan salah satu momentum ke arah mencapai kejayaan dalam

pendidikan. Hubungan positif di antara gaya pembelajaran bebas,

bekerjasama dan bergantung terhadap pencapaian Sains sedikit

sebanyak memberi gambaran terhadap keberkesanan amalan gaya

pembelajaran tersebut dalam membantu meningkatkan pencapaian

pelajar. Oleh itu para pelajar perlu mengenal pasti gaya

pembelajaran masing-masing dan seterusnya menyesuaikan dengan

persekitaran keluarga dan kaedah pengajaran guru bagi memperolehi

pencapaian yang terbaik terutama dalam mata pelajaran Sains.

Perubahan perlu dilakukan mulai dari sekolah rendah supaya

mendapat pencapaian cemerlang di sekolah menengah nanti.Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi maklumat tambahan

kepada para guru dan ibu bapa dalam mengenal pasti persekitaran dan gaya

pembelajaran anak-anak mereka ke arah menempa kejayaan yang lebih

cemerlang. Persekitaran keluarga memainkan peranan penting dalam proses

transisi kehidupan sesebuah keluarga (Baldwin dan Baronski 1990).

Peranannya terhadap proses pendidikan dan pembentukan sahsiah

kanak-kanak tidak dapat dinafikan. Walaupun tanggungjawab mendidik

secara formal terletak di bahu pihak sekolah , namun peranan ibu bapa

dalam menentukan kecemerlangan akademik seseorang pelajar adalah

penting kerana mereka merupakan antara orang yang signifikan dalam

kehidupan seseorang pelajar. Ibu bapa merupakan model kepada anak-anak

untuk dicontohi. Perhubungan yang intim dan mesra antara ibu bapa dan

anak mereka serta keprihatinan ibu bapa terhadap pencapaian anak boleh

menjadi penyumbang kepada pembentukan persekitaran keluarga yang

kondusif terhadap anak mereka. Oleh itu dalam menentukan aspirasi dan

persepsi keluarga terhadap kejayaan anak-anak mereka, para ibu bapa

perlulah memberi sokongan yang padu di samping sikap timbang rasa dalam

pengurusan diri dan masa anak-anak

Sebagaimana yang kita ketahui bahawa pihak sekolah adalah pihak

utama yang menyumbangkan pendidikan formal kepada pelajar. Oleh itu

pihak sekolah dan guru perlu menyediakan suasana pengajaran dan

pembelajaran yang positif dan terkini kerana ianya boleh membentuk

persekitaran yang kondusif dan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar

seterusnya dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar yang lebih baik.

KESIMPULAN

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan signifikan di antara

persekitaran keluarga dengan gaya pembelajaran. Kajian juga menunjukkan

terdapat beberapa amalan gaya pembelajaran yang mempunyai hubungan

dengan pencapaian Sains. Seterusnya didapati terdapat perbezaan dari segi

gaya pembelajaran mengelak antara pelajar lelaki dan perempuan. Selain

itu, terdapat juga perbezaan dari segi gaya pembelajaran bekerjasama dan

bergantung antara pelajar bandar dan pinggir bandar. Namun demikian tidak

terdapat perbezaan yang ketara di antara persekitaran keluarga pelajar

bandar dan pelajar pinggir bandar.

Dapatan kajian mendapati kebanyakan pelajar mempunyai

persekitaran keluarga yang berdimensi perkembangan dan

pertumbuhan personaliti manakala dari segi gaya pembelajaran pula

kebanyakan pelajar mengamalkan gaya pembelajaran bekerjasama dan

bergantung. Analisis korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang

signifikan antara persekitaran keluarga dimensi perhubungan

dengan gaya pembelajaran bebas. Bagi persekitaran keluarga

dimensi perkembangan dan pertumbuhan personaliti pula mempunyai

hubungan yang signifikan dengan gaya pembelajaran bebas,

bekerjasama, bergantung, bersaing dan melibatkan diri. Manakala

bagi persekitaran keluarga dimensi pengekalan sistem, dapatan

menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kesemua (enam) gaya

pembelajaran yang dikaji.

Dapatan anlisis korelasi juga menunjukkan terdapat hubungan

yang signifikan antara persekitaran keluarga dimensi perkembangan

dan pertumbuhan personaliti dengan pencapaian Sains. Manakala

gaya pembelajaran bebas, mengelak, bekerjasama dan bergantung

menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian Sains.

Keputusan ujian ANOVA mendapati terdapat perbezaan yang

signifikan gaya pembelajaran mengelak, bebas, bergantung dan

bersaing mengikut jantina. Namun demikian perbezaan yang

ditunjukkan adalah kecil. Bagi gaya pembelajaran terhadap lokasi

pula ujian ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan

dari segi persekitaran keluarga antara pelajar bandar dan pinggir

bandar bagi dimensi perhubungan keakraban dan pernyataan masalah.

Dimensi personaliti rekreasi pula menunjukkan terdapat perbezaan

yang signifikan dari segi persekitaran keluarga antara pelajar

bandar dan pinggir Bandar.

RUJUKAN

Abdullah Mohd Noor. (2008) Pengaruh Latar Belakang Sosial KeluargaTerhadap Pencapaian Sains dan Matematik Dikalangan Murid Sekolah Rendah.Universiti Brunei Darussalam

Abu Talib Abdullah. (1998). Gaya dan strategi pembelajaran Bahasa Melayudi kalangan pelajar tingkatan 4 daerah Johor Baharu. Projek Sarjana.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdul Razak Ahmad. (1999). Hubungan antara gaya pembelajaran denganpencapaian mata pelajaran Sejarah dari segi etnik dan lokasi sekolah. ProjekSarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Abdul Razak Habib & Rashidi Azizan. (1997). Hubungan antara stailpembelajaran dengan pencapaian Sains dan Matematik sekolah menengah

rendah. Jurnal Pendidikan 22: 39-49.

Alexander K.L. (1997). From first grade forward: Early foundations of highschool dropout. Sociology of Education, 70 (April):87-107.

Alias Baba. (1990). Statistik penyelidikan dalam pendidikan dan sains sosial.Bangi:

Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alias Baba & Chong, M.L. (1992). Hubungan di antara stail kognitif denganjantina, aliran dan kesannya terhadap pencapaian akademik pelajar. JurnalPendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 17: 61-73.

Anthony F. Grasha. (1996). Teaching with style. A practical guide to enhancingand learning styles. University of Cincinnati: AlliancePublishes

Asiah Hj. Pariekutty. (1999). Gaya pembelajaran dan pencapaian akademikpelajar tingkatan 4 Sekolah Menengah Teknik Juasseh, Kuala Pilah, NegeriSembilan. Tesis Sarjana. Universiti Malaya.

Asmawati bt Baharuddin. (1993). Kajian tentang pertalian antarapersekitaran rumah tangga dengan pencapaian akademik UPSR murid-muridsekolah rendah Felda Negeri Sembilan. Disertasi Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Atan Long. (1978). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasadan Pustaka.

Azizi Hj. Yahaya & Shareeza Abdul Karim. (2003). Hubungan GayaPembelajaran Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat SekolahMenengah Teknik Negeri Sembilan. Universiti Teknologi Mara CawanganSegamat.

Azizi Yahya & Syazwani Binti Abd. Razak. (2003). Hubungan Antara GayaPembelajaran dan Kaedah Pengajaran Dengan Pencapaian Mata PelajaranKejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik di Negeri Sembilan. UniversitiTeknologi Malaysia Skudai Johor.

Azizi Hj. Yahaya dan Shareeza Abdul Karim. (2007). Hubungan GayaPembelajaran Dengan Pencapaian Akademik : Tinjauan di Kalangan Pelajar-pelajar Sarjana Pendidikan Tahun Pertama, UTM, Skudai, Johor.

Baldwin, S.E. & Baronski, V.M. (1990). Family interactions and sex education inthe home. Adolescene. 99: 573 582.–

Bloom, B. (1976). Human characteristic and school learning. New York: Hill BookCompany

Bottroff, S. M. (1993). The impact of group versus individualized classroom activitieson the levels of achievement of student in atenth-grade religion course (groupactivities, individualized activities, learning style). Dissertation Abstract EDD.La Sierra university.

Bryant, E. C. (1974). Association between education outcomes andbackground variables. National Assessment of EducationalProgress.

Briggs, S.A. (1994). Counseling students through their individual learning.Massachusetts: Allyn and Bacon.

Cavanagh & Stephen. J. (1995). Nurse education today. ERIC:EJ507734

Chambers, B., & Abrami, C.P. (1991). The Relationship Between StudentTeamLearning Outcome and Achievement, Causal Attributions and Affect.Educational Psychology. 83: 140-146.

Chuah, M.K. (1994). Persekitaran Keluarga: Hubungannya dengan konsep kendiridengan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Projek penyelidikan DiplomaPsikologi Kaunseling, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Claxton, C. S. & Charles, P. H. (1987). Learning Style: implication forimproving

education. Washington: Ashe-ERIC Higher Education Report No.4.

Clephane, J. L. (1990). External and internal resources in transcultural transition.The impact of family environment on social exploration preference andachievement motivation on the social adjustment and academic achievement of

the black, English speaking, international student in the American high schools.Disertasi PhD University Maryland College Park.

Coleman et. al. (1966). Equality of educational opportunity. Washington, DC: U.S.Government Printing Office.

Copenhaver, R. W. (1979). The consistency of student learning style as studentsmove

from English to Mathematics. Tesis PhD. University Indiana.

Coral, A. (1985). Increasing Science Achievement for Disadvantaged Students.University Quarterly 32(3):2234-2246

Dauglas, J.W.B. (1964). The home and the school. London: MacGibbonand Kee.

Davis, B. G. (1993). Tools for teaching. USA: Jossey- Bass Inc.Publishers. 350 Sansome Street. San Fancisco, Calofornia.94104.

Domino, G. (1970). Interactive effects of an achievement orientation and teachingstyle on academic achievement. Act Research Report.

Dunn, R. & Dunn, K. (1978). Teaching students through their individuallearning styles: a practical approach. The 14th annual leadership institute,Jamaica. New York.

Dunn et. al. (1982). Teaching students through their individual learning styles:a practical approach. Jamaica. New York.

Dunnet. al. (1985). Teaching students through their individual learning styles: apractical approach. Jamaica. New York.

Elizabeth Soo Mee Ting. (2000). Gaya pembelajaran dan hubungannyadengan pencapaian Matematik: Satu kajian kes di Malaysia Franceinstitute(MFI). Projek Sarjana Universiti KebangsaanMalaysia.

Ensminger, M.E. & Slusarcick, A.L. (1992). Pars to high schoolgraduation or dropout: A longitudinal study of a first-grade

cohort. Sociology of Education 65:95-113.

Entwistle, N.J. & Entwistle, D.M. (1970). The relationship betweenpersonality, study methods and academic performance. British Journalof Educational Psychology 40:132-141.

Erikson, E. (1950). Childhood and society. New York: Norton.

Fatanah Mohamed. (1997). Perkaitan antara Pencapaian Akademik dengan FaktorPersonaliti dan Persekitaran Keluarga di Kalangan pelajar MRSM. DisertasiTesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Fraser,E. (1959). Home environment and the school. London:University of London. Press Ltd.

Gardner, P. C. (1975). Attitudes to science: A review. Studies in ScienceEducation, No. 2.

Grasha, A. F. (1996). Teaching with style. A practical guide to enhancinglearning by understanding teaching and learning styles.Alliancepublishes: University of Cincinnati.

Hannigee, M. L. (1998). Learning mathematics and science through play. In J.P. Bauch (ED), Early chilhhood education in the schools. Washington, DC:National Education Association.

Hadiah Senin. (1997). Faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pencapaianpelajar dalam mata pelajaran Sejarah di sekolah menengah daerah BatuPahat. Tesis Sarjana Pendidikan. Universiti KabangsaanMalaysia.

Hatcher, J. (1999). On-line and off-line survey instruments: Motivation,cognitive style and learning style.

Haron I. (1977). Social class and educational achievement in a plural society. PhDDissertation, University of Chicago, Illinois, USA.

Hazil Abd Hamid. (1990). Sosiologi dalam perspektif pembangunan negara.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hazliza Ismail. (2000). Satu tinjauan mengenai faktor-faktor sikap dalammata pelajaran Biologi berdasarkan jantina, tahap pencapaian dan status sosio-ekonomi keluarga di Daerah Kemaman, Terengganu. Latihan Ilmiah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hess, R.D. & Halloway, S.D. (1984). Family and school aseducational institutions. Review of Child development research: 179-222. Chicago: University of Chicago Press.

Hurlock, E.B. (1973). Adolescent development. New York: Mc Graw Hill,Inc

Justice, B. & Calvert, A. (1990). Family environment factors associatedwith child abuse. Psychological Reports. 1990.66(2):458.

Keith, T. Z. (1982). Time spent on homework and high school achivement.Journal of Educational Psychology 74: 248 – 253.

Keefe, J. W. (1979). School application of learning style concept. Student LearningStyle: Diagnosing and prescribing programs. 18 – 25. Reston: NationalAssociation of Secondary School Principals.

Keefe, J. W. (1991). Learning Style: Cognitive and thinking skill. Reston, VA:National Association of Secondary school, Principals.

Khalid Abdullah, Rosadah Abd Majid & Abdul Razak Habib. (1999). ModulPengajaran Kaedah Matematik. Pusat Pengajian Jarak Jauh(PJJ).Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kline, P. (1992). The everyday genius restoring children’s natural joy oflearning. Artlington, Virginia: Great Ocean publishers.

Kolb, D. A. (1984). Experiential Learning. Englewood cliffs, NJ: Prentice-Hall.

Leslie,G. (1976). The family in social carter. New York : OxfordUniversity Press.

Lyson, G.C. (1991). Achievement motivation: a cross – cultural comparison ofBritish and Chinese student. Educational Psychology. 16(3)L 271 –

278.

Marjoribanks, K. (1994). Families, school and children’s learningenvironments. International Journal of Educ. Research 21: 439 – 555.

McCarthy, B. (1987). The 4 MAT System: Teaching to learning style with right leftmode technique. Barrington Illinois: Excel ASCD.

Marimuthu,T. (1994). Pengenalan sosiologi pendidikan. Petaling Jaya:Fajar Bakti.

Maktab Perguruan Seri Kota. (1996). Gaya pembelajaran guru pelatihMaktab Perguruan Seri Kota. Jurnal Pendidikan TIGAENF 2(1): 1-9.

Maznah Ismail & Yoong Suan. (1995). Kajian terhadap pendekatan pembelajaranpelajar. Jurnal Pendidik dan Pendidikan 14: 11 17–

Mcgowan, B. W. (1998). An investigation of student and faculty learning stylecongruency and academic achievement in an undergraduate industrial

technology program (African – Americans). Disertasi Ph. D. Mississipi StateUniversity. Dissertation Abstracs International. 58(12): 4555A

McCarthy, B. (1987). The 4 MAT system: teaching to learning style with right/leftmode technique. Barrington Illiois: Excel. Inc. ASCD.

Melara, G. E. (1996). Investigating learning style on different hypertext environment:Hierarchichal – Like & Network – Like Structures. Journal of educational –

computing research 14(4) : 313 328–

Moos, R. F. & Moos, B. S. (1993). Family environment scale: manual. PaloAlto, CA: Consulting Psychologist Press, Inc. (secondedition; tenth printing)

Moos, R.H. & Moos, B.S. (1986). Family environment scale: manual PaloAlto: Counsulting Psychologists Press.

Mohd Majid Konting.(1998). Kaedah penyelidikan pendidikan. Ed. Ke-4.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Basar Marpan. (1997). Kajian untuk mengenal pasti faktor-faktor yangmempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains: Satu kajiansemula. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Natriello G. and McDill E.L. (1986). Performance standards, studenteffort on homework, and academic achievement. Sociology ofEducation, 59 (January):18-31.

Nelson. B. J. (1993). An investigation of the impact of learning style factors oncollege students retention and achievement. Disertasi Ed. D. St.John’s University: Dissertation Abstracts International.53(09): 3121.

Ng Sook Chin (2005). Relationship Between Learning Styles and Understanding ofSelected Chemical Concepts Among Pre-University Science Students. TesisSarjana. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Norlia Abd. Aziz & Zamri Mahamod. (2006). Kepelbagaian gayapembelajaran Bahasa Arab Komunikasi mengikut jantina dan lokasi sekolah.Prosiding Seminar Pendidikan Kebangsaan 2000. UniversitiKebangsaan Malaysia.70-78

Norihan Abu Hassan. (2001). Perkaitan antara gaya pembelajaran, keupayaanawal, kesukaran subjek dan kaedah pengajaran dengan pencapaian Matematikpelajar Diploma Kejuruteraan. Tesis Ph.D. Universiti KebangsaanMalaysia

Orr, A.J. (2003). Black-white differences in achievement: the importance ofwealth. Sociology of Education, 76 (October):281-304.

Pejabat Pelajaran Daerah Serian. (1999). Analisis Keputusan UPSR 2005-2009 Daerah Serian.

Pizzo, J. (1981). An investigation of the relationship between selected acousticenvironments and sound, an element of learning style, as they affect sixth gradestudent’s reading achievement and attitudes. Tesis Ph.D. University of St.john.

Rahil Mahyuddin, Jami ah Mohamad & Kasnani Ab Karim. (2000). ’ Psikologipendidikan II. Petaling Jaya: Addison Wesley Longman Malaysia Sdn.

Bhd.

Rihan Mansuri. (2002). Hubungan antara strategi pembelajaran denganpencapaian pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran Prinsip Akaun disekolah menengah. Tesis Sarjana Pendidikan. UniversitiKebangsaan Malaysia.

Rohaty Mohd Majzub. (1989). Persepsi pensyarah terhadap Pemboleh ubahyang mempengaruhi pembelajaran mahasiswa di Universiti KebangsaanMalaysia. Jurnal Personalia Pelajar. 11-21.

Sadler - Smith. E. (1996). Approaches to studying: Age, gender and academicperformance .Educational Studies 22 (3): 367 - 379.

Sharifah Alawiah Alsagoff. (1996). Sosiologi pendidikan. HeinemannSdn. Bhd : Kuala Lumpur.

Smith, D.D. (1993). Brain, environment, heredity and personality.Psychological Reports 72: 3 – 13

Sims. R.R. & Sims. S. J. (1995). The importance of learning styles:Understanding the implications for learning course design and education.Westport. Connecticut: Greenwood Press.

Shahril Marzuki & Habib Mat Som. (1999). Isu pendidikan di Malaysia sorotandan cabaran. Siri pengajaran dan pembelajaran utusan. Utusan

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Selmes, I. P. (1987). Improving study skills (Changing Perspective In education).Great Britain: Hodder and Stoughton Ltd.

Shea, T. (1983). An investigation of the relationship among preferences for learningstyle element of design, selected instructional environments and reading testachievement of ninth-grade students to improve administrative determinationsconcerning effective educational facilities. Tesis Ph. D. University of St.John.

Siti Rahayah Ariffin. (1988). Kajian mengenai sikap terhadap sains danpencapaian dalam mata pelajaran Sains bagi Tingkatan Tiga. Latihan Ilmiah.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Stigler (1982). Mathematics classrooms in Japan, Taiwan, and the U.S. ChildDevelopment. 58(5):1272-1285.

Susabda, E. (1992). The relationship between matched/mismatched studentslearning styles to faculty teaching style and academic performance in Christiansecondary school in Southen California. Talbot school of Theology.Biola University. Dissertation AbstractsInternational.53(11). 3854A.

Suriati Ismail. (1991). Pertalian di antara sikap pelajar tingkatan enam atasterhadap mata pelajaran ekonomi serta konsep kendiri pelajar denganpencapaian dalam mata pelajaran itu. Tesis Sarjana Pendidikan.Universiti Kebangsaan Malaysia.

Suhana Subahir. (1992). Hubungan di antara gaya pembelajaran denganpencapaian mata pelajaran Teknologi Elektrik di kalangan pelajar tingkatan 4sekolah menengah Vokasional – satu tinjauan ke atas Sek. Men. VokasionalKluang & Sek. Men. Vokasional Batu Pahat. Latihan Ilmiah. UniversitiTeknologi Malaysia.

Taha Abd Kadir. (1977). Persekitaran rumah tangga dan pencapaian akademikmurid-murid di sekolah Menengah Kebangsaan. Tesis sarjanapendidikan yang tidak diterbitkan Kuala Lumpur: UniversitiMalaya.

Treacy, A. L. (1996). Learning styles, feelings and beliefs about technology andMathematics achievement. Disertasi Ph.D. The ClavemontGraduate School. Dissertation Abstracts International. 56(12).4691.

T. Subahan Mohd Meerah. (1987). Pembelajaran pelajar-pelajar: Satupengenalan. Terbitan Tak Berkala 3: 1-16. FakultiPendidikan: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tumerah bt Rosimin. (1998). Faktor-faktor yang mempengaruhi gaya

pembelajaran dan kesannya terhadap pencapaian akademik.Tesis SarjanaPendidikan. Universiti Utara Malaysia.

Wan Zuriah Wan Ali. (2002). Pengaruh status sosio-ekonomi dan persekitaranke atas pencapaian dalam mata pelajaran Sains: satu kajian kes di SekolahMenengah Tengku Abdullah Pekan, Pahang. Latihan ilmiah UniversitiKebangsaan Malaysia

Wan Mohd Zahid Mohd Nordin. (1993). Wawasan pendidikan. Agendapengisian. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Wira Abd. Rahman Hj Arshad. Dipetik dari akhbar Berita Harian:Pendidikan. Woolfolk, A. E. 1998. Educational psychology. Edisi ke 3.

Englewood Cliff, N.J: Prentice Hall, Inc.

Watson. S.A. (1997). Learning style preferences: A comparison of traditional andnontraditional interior design students. Disertasi Education Doctor.University of Arkansas. Dissertation Abstracts International 59 (01):2999A.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi. (2000). Pengenalpastian gaya danstrategi pembelajaran bahasa sebagai satu cara mengatasi masalahkepelbagaian pelajar di dalam kelas bahasa. Prosiding PendidikanKebangsaan 2000. hlm. 60 – 69.

Zalizan Mohd Jelas, Ruhizan Mohamad Yasin, Norlena Salamuddin,Mohd Jasmy abd. Rahaman, Rosadah Abd. Majid, Ruslin Amir.(1998). Proses kognitif pelajar cemerlang dan bukan cemerlang. Laporanakhir penyelidikan UKM G3/98.


Recommended