+ All Categories
Home > Documents > 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Date post: 01-Jan-2016
Category:
Upload: benny-lam
View: 45 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
12
Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1231 KONSTRUKTIVISME: DARI KACA MATA GURU SAINS DAN MATEMATIK Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh, Norul Haida Reduzan Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected] Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari kaca mata guru sains dan matematik. Kajian ini melibatkan lima orang guru, tiga orang guru sains dan dua orang guru matematik dari tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian kualitatif ini, dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa guru sains dan matematik telah biasa menjalankan kaedah pengajaran konstruktivisme dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. Antaranya ialah masa yang tidak mencukupi, silibus, dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme guru mencadangkan agar, silibus sains dan matematik dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik serta memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh. Kata kunci: Pendekatan Konstruktivisme, guru Sains dan Matematik, pengajaran dan pembelajaran Abstract This study aims to identify the strengths and weaknesses of the implementing the constructivist approach in teaching and learning from the viewpoint of science and mathematics teachers. The study involved five teachers, three science teachers and two mathematics teachers from three secondary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur. This qualitative study was conducted using a structured interview with the interview protocol as an instrument. The findings showed that science and mathematics teachers have been accustomed to carry out constructivist teaching methods and this assists teaching and learning. But not all teachers are comfortable practsing it as there are problems and constraints faced by teachers when implementing the constructivist approach. Among them are insufficient of teaching time, syllabus, and teacher heavy workload. But every problem has a solution to it. To increase the level of implementation of the constructivist approach, the teacher suggest that, syllabus of science and mathematics are reduced, positive thinking, plan lessons in advance and willing
Transcript
Page 1: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1231

KONSTRUKTIVISME: DARI KACA MATA GURU SAINS DAN MATEMATIK

Norazilawati Abdullah, Abdul Talib Hashim, Rosnidar Mansor, Noraini Mohamed Noh, Norul Haida Reduzan

Universiti Pendidikan Sultan Idris [email protected]

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dari kaca mata guru sains dan matematik. Kajian ini melibatkan lima orang guru, tiga orang guru sains dan dua orang guru matematik dari tiga buah sekolah menengah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kajian kualitatif ini, dijalankan secara temubual berstruktur dengan menggunakan protokol temubual sebagai instrumen kajian. Dapatan kajian mendapati bahawa guru sains dan matematik telah biasa menjalankan kaedah pengajaran konstruktivisme dan ianya membantu pengajaran dan pembelajaran. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. Antaranya ialah masa yang tidak mencukupi, silibus, dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme guru mencadangkan agar, silibus sains dan matematik dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme. Kesimpulannya, kajian ini memberi maklumat terkini tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik serta memberi ruang untuk memperbaiki kelemahan pelaksanaan konstruktivisme dengan lebih menyeluruh.

Kata kunci: Pendekatan Konstruktivisme, guru Sains dan Matematik, pengajaran dan pembelajaran

Abstract

This study aims to identify the strengths and weaknesses of the implementing the constructivist approach in teaching and learning from the viewpoint of science and mathematics teachers. The study involved five teachers, three science teachers and two mathematics teachers from three secondary schools in the Federal Territory of Kuala Lumpur. This qualitative study was conducted using a structured interview with the interview protocol as an instrument. The findings showed that science and mathematics teachers have been accustomed to carry out constructivist teaching methods and this assists teaching and learning. But not all teachers are comfortable practsing it as there are problems and constraints faced by teachers when implementing the constructivist approach. Among them are insufficient of teaching time, syllabus, and teacher heavy workload. But every problem has a solution to it. To increase the level of implementation of the constructivist approach, the teacher suggest that, syllabus of science and mathematics are reduced, positive thinking, plan lessons in advance and willing

Page 2: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1232

to attend courses organized by the ministry of education related to constructivist methods. In conclusion, this study provides current information on the implementation of the constructivist approach in science and mathematics as well as provide ways to improve weaknesses in the implementation of constructivism more comprehansively.

Field of Research: Constructivist Based Learning, Science and mathematics teacher, teaching and learning

1.Pengenalan

Malaysia sedang gigih menggapai matlamat untuk bergelar negara maju pada tahun 2020 yang berbaki tujuh tahun lagi. Untuk menjadi negara maju, sains mesti ditekankan dalam kalangan rakyat seiring dengan matlamat pendidikan sains yang menekankan usaha ke arah melahirkan masyarakat berliterasi serta membudayakan sains dalam setiap dimensi kehidupan. Terdapat banyak hambatan yang perlu diatasi secara kolektif untuk mencapai ‘aspirasi mega’ ini seperti kurikulum yang sejagat dan dinamik, pendekatan pengajaran yang berkesan, sistem penilaian piawai, prasarana serta pendidik yang komited.

Penggunaan teori konstruktivisme sangat penting kerana teori ini terbukti sangat dominan dalam pendidikan sekarang kerana menyediakan perubahan paradigma kepada pendekatan yang lebih berasaskan kognitif berbanding pendekatan tradisional yang lebih kepada behaviourisme. Kajian yang dilakukan oleh Peter, Abiadun dan Jonathan (2010), menunjukkan bahawa pendekatan konstruktivisme memberi kesan yang positif kepada murid dalam bidang akademik.

Teori konstruktivisme menurut Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa murid membina makna mengenai dunia dengan mensintesis pengalaman baru terhadap apa-apa yang mereka telah fahami sebelumnya. Mereka menjelaskan bahawa melalui prinsip konstruktivisme, ilmu pengetahuan dibina secara aktif oleh setiap individu berasaskan pengalaman yang dilaluinya. Manakala menurut Vighnarajah, Wong Su Luan dan Kamariah (2008), mendapati guru yang menggunakan pendekatan teori konstruktivisme dapat mengaktifkan murid dalam penglibatan proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengajaran secara konstruktivisme bermaksud pengetahuan yang dibina secara aktif oleh individu yang berfikir. Individu itu tidak menyerap secara pasif sebarang pengetahuan yang disampaikan oleh gurunya. Murid akan menyesuaikan sebarang maklumat baru dengan pengetahuan sedia ada mereka untuk membentuk pengetahuan baru dalam mindanya dengan bantuan interaksi sosial bersama rakan dan gurunya (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001).

Konstruktivisme merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia (Suriaty & Nor Hazian 2002). Konstruktivisme merupakan satu kepercayaan bahawa pembelajaran bermula dari pengetahuan dan pengalaman yang disimpan dalam storan memori atau struktur kognitif murid. Dalam proses pembelajaran, maklumat baru diproses dan diserapkan untuk dijadikan sebahagian daripada struktur kognitif di dalam minda.

Page 3: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1233

2. Pernyataan Masalah

Melalui kajian-kajian yang telah dijalankan mendapati bahawa pendekatan konstruktivisme mempunyai banyak kelebihan ke atas proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian-kajian yang telah dijalankan di dalam dan luar negara telah membuktikan kelebihannya dalam pembelajaran ilmu sains. Norazuan (2000) melalui kajiannya mendapati bahawa murid tidak memilih kerjaya sains sekiranya tidak meminati mata pelajaran sains. Tambahan pula terdapat guru melaporkan bahawa murid beranggapan bahawa sains sukar dipelajari dan seterusnya ini boleh mempengaruhi minat mereka terhadap mata pelajaran berkenaan (Ling 1999).

Baru-baru ini, media mendedahkan bahawa hanya 29 peratus pelajar menuntut dalam aliran sains di sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT) awam tempatan dan hal ini menunjukkan kemerosotan pada tahap yang sangat kritikal. Kajian Pelan Hala Tuju Modal Insan Sains dan Teknologi Tahun 2020 yang memerlukan 60 peratus aliran sains dan 40 peratus aliran sastera, nampaknya masih belum lagi dicapai. Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi teknologi ke arah transformasi ekonomi negara maju berpendapatan tinggi.

Abdul Jalil dan Bahtiar (2005), menyatakan bahawa aplikasi pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan berupaya melahirkan murid yang boleh membina pengalaman dan pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu alternatif yang wajar diaplikasi guru.

Menurut Azizi Yahaya dan Jaafar Sidek Latif (2005), corak pembelajaran konstruktivisme sepatutnya diaplikasikan oleh guru dalam membentuk identiti murid yang berdaya saing. Pendekatan ini dapat membantu murid merangsang kecerdasan pelbagai yang dimiliki dengan cara yang berkesan seterusnya mampu melakukan anjakan paradigma bagi diri sendiri untuk berfikir pada tahap berfikir di luar kotak. Jones dan Arage (2002) mendapati konstruktivisme memberi peluang kepada guru untuk menyediakan pembelajaran yang aktif, membentuk prakonsep sendiri, perkembangan minda secara kompleks dan mendalam untuk pemahaman yang kukuh dan jelas.

Oleh kerana proses pengajaran dan pembelajaran harus lebih berpusatkan murid supaya mereka merasa lebih seronok dengan apa yang dipelajari maka kajian harus dijalankan untuk menentukan sejauh manakah guru melaksanakan aktiviti yang melibatkan murid di dalam kelas. Melalui aktiviti ini seterusnya akan meningkatkan minat murid dan mereka menjadi lebih positif terhadap pembelajaran sains di sekolah. Bagaimanapun, pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan oleh guru mempunyai hubung kait dengan beberapa faktor iaitu kesediaan guru, kesediaan murid, sokongan dan bantuan dari pihak sekolah dan kekangan-kekangan lain yang harus dihadapi oleh guru untuk melaksanakannya. Oleh itu, kajian yang melihat pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti pendidikan sains dan matematik di Malaysia.

3. Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dari kaca mata guru sains dan matematik. Objektif kajian ini adalah untuk:

1) Mengenalpasti kelebihan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Page 4: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1234

2) Mengenalspati kekangan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik.

4. Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan temubual berstruktur, kaedah ini dipilih kerana ianya membantu untuk mendapatkan maklumat tentang sesuatu proses fenomena yang dikaji (Ibrahim Wahab & Abdul Hadi Harman Shah 1992; Locke 1976; Ryan 1982; Sekaran 2000). Dalam kajian ini , pengkaji menggunakan kaedah ‘opportunistic sampling’ (Jacob & Ary 1990; Patton 1990) bagi menentukan sampel temubual. Kaedah ini dipilih kerana ianya mudah di mana responden temubual diambil secara rawak. Jumlah sampel yang digunakan untuk temubual dalam kajian ini ialah lima orang sebagaimana yang disarankan oleh Haplin (1957). Beliau menyatakan bilangan sampel yang kecil diambil sebagai sampel temubual adalah memadai untuk dijadikan sampel kajian. Dalam kajian ini, tiga orang guru sains manakala dua orang guru matematik telah diambil sebagai responden temu bual. Selain daripada itu kepada pengkaji sendiri kaedah temubual turut digunakan kerana melalui temu bual pengkaji dapat menyoal responden kajian mengenai kelebihan dan kekangan yang dihadapi ketika menjalankan pendekatan konstuktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Responden yang dipilih adalah daripada 3 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang terlibat ialah sekolah-sekolah menengah kebangsaan harian biasa dan berasaskan aliran akademik sahaja. Guru yang menjadi responden kajian ini telah ada pengalaman untuk mengeluarkan pendapat sendiri tentang pelaksanaan pendekatan ini. Pemilihan ciri guru yang hampir sama akan meningkatkan lagi kesahan dan keboleh percayaan instrumen kajian kualitatif (Meriam 1998). Kajian secara kualitatif ini menggunakan soalan temubual sebagai instrumen kajian. Protokol temubual ini dibina berasaskan contoh yang diberikan dalam Gay dan Airasian (2000). Temu bual berstruktur dengan format yang sama dan soalan yang sama kepada setiap responden juga membantu meningkatkan kebolehpercayaan hasil temu bual yang dijalankan (Silverman 1993 dalam Cohen et. al. 2000). Selain daripada itu, kesahan data temu bual juga dilakukan dengan menunjukkan dapatan temu bual kepada responden untuk disemak semula, diperbetulkan sama ada tepat atau tidak catatan mengikut perspektif responden (Meriam 1998).

Bagi menentukan kebolehpercayaan data temu bual, pengkaji telah mendapatkan nilai pekali persetujuan Cohen Kappa. Pengkaji mendapatkan kerjasama tiga orang ‘peer checker’ untuk membuat pengesahan antara kod dan unit ( ayat dalam transkripsi). Skala Cohen Kappa mengikut Landis & Koch (1997) ialah bawah 0.0 (lemah), 0.0 hingga 0.2 (tidak memuaskan), 0.21 hingga 0.40 (kurang memuaskan), 0.41 hingga 0.60 (sederhana), 0.61 hingga 0.80 (baik) dan 0.81 hingga 1.00 (cemerlang). Nilai pekali Cohen Kappa yang diperoleh daripada temu bual yang dijalankan ialah 0.76. Ini menunjukkan bahawa kajian ini mempunyai nilai pekali yang baik dan boleh digunakan. Maklumat melalui temubual direkod dalam pita perakam suara supaya tidak terdapat maklumat penting yang disampaikan hilang tanpa direkod.

Sebagai permulaan soalan temubual, penyelidik merujuk kepada soalan separa berstruktur mengikut protokol temubual. Temubual dimulakan dengan perbualan umum di antara pengkaji dan responden kajian iaitu :

“Apa khabar cikgu? Boleh cikgu terangkan serba sedikit mengenai latar belakang cikgu? Seperti umur, etnik, pengalaman mengajar, kelayakan akademik, lokasi sekolah dan kursus dalam perkhidmatan yang telah dihadiri oleh cikgu?”.

Page 5: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1235

Soalan terbuka ini merupakan persediaan asas untuk penyiasatan yang lebih mendalam (Yin 1984). Perbualan umum ini juga menjalin hubungan baik selain mewujudkan suasana selesa untuk temubual. Secara khususnya protokol ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu soalan pembukaan atau pengenalan, soalan kunci dan soalan penutup. Soalan pengenalan menyoal mengenai latar belakang responden kajian, soalan pembukaan diperlukan untuk mendapatkan penerangan berkenaan maksud pendekatan konstruktivisme, soalan kunci menjelaskan mengenai proses pengajaran dan pembelajaran konstruktivisme dan kekangan yang dihadapi ketika menjalankannya. Manakala soalan penutup seterusnya menyoal responden mengenai kekangan-kekangan lain yang mempengaruhi penggunaan pendekatan ini. Pengkaji menggunakan alat perakam audio untuk merakamkan perbualan yang dijalankan supaya tidak ada maklumat yang tercicir.

Petikan perbualan atau percakapan daripada transkrip temu bual digunakan untuk menyokong penghuraian dan kesimpulan penulisan. Pengkaji menggunakan rajah pokok untuk menguraikan secara umum keseluruhan data temu bual yang dilakukan. Data temu bual ditranskripsikan dan diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan kosong disebelah kanan untuk tujuan pengekodan data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit ayat ini memudahkan pengkaji mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan memberi penerangan lanjut berkaitan tingkah laku berkenaan. Transkripsi dibaca dan tema-tema dikenal pasti kemudian dikodkan.

5. Dapatan Kajian

Jadual 1 merumuskan tentang latar belakang responden kajian yang telah di temubual.

Jadual 1 Latar belakang responden temubual kajian

Latar belakang guru 1 guru 2 guru 3 guru 4 guru 5

Jantina P L P P P

Umur 29 38 32 43 40

Etnik M M C M I

Pengalaman mengajar 5 12 7 18 15

Taraf akademik Ijazah Ijazah Sarjana Ijazah Ijazah

Opsyen Sc Mate Sc Mate Sc

Selepas sesi permulaan iaitu perbualan umum dengan responden, soalan seterusnya di ajukan tidak lagi mengikut susunan protokol temubual tetapi lebih berpandukan respons responden kajian. Pengubahsuaian cara menyoal dilakukan semasa temubul untuk membolehkan responden kajian disoal mengenai perkara yang dia lebih tahu. Dengan itu, penyelidik dapat memperolehi pelbagai maklumat

Page 6: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1236

untuk memberi satu gambaran menyeluruh tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik.

Memandangkan soalan temu bual berkait rapat antara satu sama lain dan berulang, transkrip dan nota temubual telah dikaji dengan teliti sehingga beberapa ketetapan dapat menghasilkan analisis kategori. Tiga kategori berdasarkan tema soalan temu bual adalah seperti berikut. Pertamanya ialah fahaman guru tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Keduanya ialah pandangan guru mengenai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Ketiganya ialah pandangan guru tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme.

i) Fahaman guru tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme merupakan salah satu pendekatan yang disarankan untuk dilaksanakan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Melalui temu bual responden kajian menjelaskan fahaman mereka tentang pendekatan konstruktivisme iaitu:

“... apa yang saya faham konstruktivisme ialah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan pelajar. Cikgu hanya sebagai fasilitator...”R1

“... melalui konstruktivisme cikgu tak banyak mengajar tapi pelajar yang mencari maklumat sendiri...”R2

“... konstruktivisme lebih kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran secara berkumpulan. Pelajar mencari maklumat, berkongsi dan menyampaikan maklumat kepada pelajar lain di dalam kelas...” R4

“ setahu saya, konstruktivisme ni adalah dari perkataan konstruk iaitu membina. Apa yang saya rasa ianya ialah kaedah pembelajaran yang menggunakan pelbagai aktiviti untuk menarik minat pelajar belajar...” R5

Kesimpulannya responden temu bual faham dan tahu apa itu konstuktivisme walaupun tidak tepat namun ianya adalah sebahagian daripada takrifan sebenar iaitu konstruktivisme ialah satu pandangan baru yang menganggap pelajar bukan hanya menerima pengetahuan secara pasif daripada gurunya tetapi membina pengetahuannya melalui interaksi dengan persekitarannya. Pembelajaran secara konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep bedasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.

ii) Pandangan guru tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme

Melalui soalan kunci yang di kemukakan, pengkaji mendapat pandangan responden temu bual tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Melalui soalan 1 dan 2 tentang pernahkah cikgu menjalankan kaedah konstruktivisme dalam P&P, kesemua responden menjawab:

“... pernah jalankan kaedah konstruktivisme, biasanya sekali seminggu...”R2

Berdasarkan soalan 3 , 4 dan 5 responden kajian menjelaskan:

“... saya selesa menjalankan P&P secara konstruktif kerana ianya membantu saya dalam mengajar subjek sains. Pelajar pandai beri kerjasama dan maklumat banyak pelajar yang cari...”R1

Page 7: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1237

“... kaedah pengajaran ini bagus, Cuma bagi subjek matematik susah untuk saya ajar. Ianya membantu P&P cuma pelajar lemah payah nak beri kerjasama, subjek matematik pun susah mereka faham apa lagi nak bercakap bila belajar dalam kumpulan...” R2

“... saya jalankan juga kaedah ini, tapi saya kurang selesa kerana saya lebih fokuskan kepada teori metematik dan nak kejar silibus yang banyak. Memang ianya membantu tapi saya rasa pelajar pandai boleh lah ikut...”R4

Bagi menjawab soalan 6 dan 7 iaitu tentang tahap penguasaan pelajar dan disiplin semasa dan selepas menjalankan kaedah konstruktivisme. Responden menjelaskan:

“...pelajar menunjukkan tahap penguasaan isi kandungan yang baik, mungkin mereka lebih bebas belajar dan suka berkongsi ilmu dengan rakan-rakan. Cuma disiplin kurang terkawal sikit terutamanya semasa sesi perbincangan...”R1

“...kurang lah, pelajar akan tanya balik saya, macam dua kali kerja pula. Disiplin dapat dikawal, sebab mereka takut dengan saya, cuma mereka tak boleh belajar matematik sendiri...”R2

“....tahap pengusaan kuranglah. Kadang-kadang tugasan mereka buat cincai, tak semua isi kandungan dapat disampaikan. Disiplin dapat di kawal, Cuma cikgu kena merangcang awal P&P. Ambil masa sikit la...” R5

Bagi soalan 8 dan 9 pula, guru ditanya sama ada mereka perlu mengetahui tahap pencapaian akademik pelajar sebelum melaksanakan pendekatan konstruktivisme dan adakah ia sesuai dijalankan dalam mata pelajaran sains dan matematik. Responden temu bual memberikan jawapan berikut:

“... memang perlu tahu, sebab bagi pelajar pandai, lebih mudah untuk mereka belajar secara konstruktif berbanding pelajar lemah. Pelajar lemah perlukan tunjuk ajar guru sepenuhnya. Pada saya, ianya sesuai dilaksanakan sejajar dengan pengajaran berpusatkan pelajar sekarang ini tetapi hanya untuk pelajar yang pandai sahajalah...” R1

“...seseorang guru itu memang perlu tahu tahap pencapaian pelajar, barulah mereka boleh mempelbagaikan aktiviti pengajaran. Ini kerana penerimaan pelajar pandai dan lemah adalah berbeza. Pada saya ianya sesuai dijalankan kerana ianya membantu guru memudahkan proses P&P apabila ianya berpusatkan pelajar. Guru tak perlu bercakap banyak...” R3

“...perlu tahu. Barulah mudah untuk guru mengajar pelajar. Pada saya, pendekatan konstruktivisme sesuai dijalankan. Semasa mengajar subjek matematik, saya dapati pelajar susah faham apa yang cikgu ajar. Inikan pula untuk meneroka maklumat dan belajar sendiri...”R4

Responden temu bual memberikan jawapan berikut bagi soalan 10 iaitu kaedah mana yang lebih banyak membantu guru:

Page 8: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1238

“...pada saya, pendekatan konstruktif lebih membantu guru berbanding kaedah biasa. Ini kerana, guru hanya perlu memberi sedikit penerangan dan selebihnya pelajar yang mendapatkan maklumat. Dengan zaman IT sekarang pelajar mudah mendapatkan sumber rujukan...” R1

“...saya lebih suka menjalankan kaedah pengajaran biasa. Kalau mengajar secara konstruktif perlu ambil masa yang lama sedangkan silibus matematik banyak yang perlu dihabiskan...” R2

“...pengajaran secara konstruktif lebih banyak membantu. Ianya lebih menarik minat pelajar. Jika menggunakan satu kaedah sahaja pelajar akan bosan...”R3

“... pengajaran secara biasa lebih banyak membantu dan memudahkan kerja guru. Macam saya, kiranya dah selesa dengan kaedah talk and chalk...”R4

Kesimpulannya, dari segi pandangan responden temu bual secara keseluruhannya, didapati guru biasa menjalankan kaedah pengajaran konstruktivisme. Ianya membantu proses pengajaran dan pembelajaran namun tidak semua guru selesa menjalankannya dan perbezaan ini ketara bagi guru sains dan matematik. Didapati guru sains lebih positif terhadap pendekatan ini berbanding guru matematik

iii) Pandangan guru tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme.

Bagi menjawab soalan penutup yang pertama iaitu apakah masalah dan kekangan yang dihadapi cikgu semasa menjalankan pendekatan konstruktivisme, responden kajian memberikan jawapan berikut:

“...memang seronok menjalankan kaedah konstruktif tapi banyak masalah la, kadang-kadang cikgu tak sempat nak merancang, masa tak ada, bebanan kerja lain di sekolah banyak. Bagi pelajar pula, kalau yang lemah memang tak boleh nak jalankan secara konstruktif sebab mereka mengharapkan cikgu yang berikan input, dan kena dwi bahasa, mereka tak faham kalau bahasa Inggeris sepenuhnya...”R1

“...tak cukup masa la nak jalankan secara konstruktif. 4 masa seminggu cukup-cukup untuk kejar silibus. Itupun kalau cikgu tak keluar kursus. Kalau tak, kena buat kelas tambahan. Lagi satu, pelajar main-main kalau secara konstruktif, mereka susah nak dikawal dan ambil kesempatan untuk berborak dengan kawan-kawan. Kalau yang lemah memang suka kaedah ini, mereka bebas sikit dan tak bagi tumpuan pada pelajaran...”R2

“... masalah guru sendiri pun kurang mahir menjalankan kaedah konstruktif. Dah biasa dengan kaedah lama. Lagipun bayak kerja lain selain mengajar. Saya rasa pada pelajar cerdik bolehlah dijalankan. Pada pandangan saya guru bertanggungjawab ke atas pembelajaran pelajar. Kalau serahkan pada mereka, takut objektif tak tercapai...”R4

“... tidak semua pelajar berikan kerjasama pada satu sama lain. Ada yang tak nak join, mungkin mereka malu, masalah yang paling banyak ialah masalah nak komunikasi dalam bahasa Inggeris. Pelajar lemah memang tak boleh dan akan tertinggal. Masa yang banyak juga diperlukan untuk mengajar secara konstruktif. Bukan tak nak jalankan secara konstruktif, tapi kita terikat dengan sukatan yang perlu dihabiskan, itu lagi penting untuk pelajar bersedia menghadapi peperiksaan...”R5

Page 9: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1239

Akhir sekali, responden temubual diminta memberikan cadangan untuk meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme, responden memberikan jawapan berikut:

“...pada saya, guru kena berfikiran positif dan bersedia mempertingkatkan ilmu pedagogi mereka. Kalau ada kursus berkaitan kaedah ini, boleh ikuti. Mungkin kita akan jadi lebih mahir. Masalah nak buat persediaan dapat diatasi. Kalau bebanan tugas lain dikurangkan bagus juga, barulah cikgu boleh mempelbagai P&P dan dapat berikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajar...”R1

“...kurangkan sikit sukatan pelajaran matematik, barulah cikgu tak terkejar-kejar nak habiskan silibus. Aktiviti P&P pun boleh di pelbagaikan...”R2

“...kalau nak buat juga cikgu kena rancang awal, kalau ada perancangan, tugasan dapat diagihkan kepada pelajar mengikut kemampuan masing-masing. Dengan cara ini disiplin pelajar semasa P&P dapat dikawal...”R4

“...guru perlu berdisiplin, contohnya, tetapkan dua masa seminggu adalah untuk aktiviti P&P secara konstruktif. Tugasan diberikan lebih awal kepada pelajar, dengan cara ini masa dapat dijimatkan...”R5

Hasil analisis temu bual telah dibahagikan kepada tiga kategori berdasarkan tema soalan temu bual iaitu pertamanya ialah kefahaman guru tentang pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Keduanya ialah pandangan guru mengenai pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Ketiganya ialah pandangan guru tentang kekangan dan cadangan untuk mengatasi kelemahan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Dari segi pandangan responden temu bual secara keseluruhannya, didapati guru biasa menjalankan kaedah pengajaran konstruktivisme. Ianya membantu P&P sains dan matematik. Namun tidak semua guru selesa menjalankannya kerana memang terdapat masalah dan kekangan yang dihadapi guru semasa melaksanakan pendekatan konstruktivisme. Antaranya ialah masa yang tidak mencukupi, silibus yang banyak, pelajar lemah dan bebanan kerja guru yang banyak. Namun setiap masalah ada cara untuk mengatasinya. Bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme guru mencadangkan agar, silibus sains dan matematik dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme.

6. Kesimpulan dan Cadangan

Kesimpulannya, kajian menunjukkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme tidak asing lagi bagi guru sains dan matematik. Melalui hasil dapatan kajian yang diperoleh, guru menjelaskan mereka biasa dengan pendekatan ini, dan tidak dinafikan pendekatan ini sangat membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Namun terdapat beberapa kekangan yang merencatkan pelaksanaan ini di sekolah. Melalui kajian ini, guru mengemukakan beberapa cadangan untuk tindakan sususan bagi memastikan pelaksanaan penekatan ini dapat dijalankan secara optimum di sekolah agar dapat melahirkan individu yang berpengetahuan dan meminati sains dan matematik serta menghasilkan ahli-ahli sains yang bertaraf dunia dengan moral dan etika yang baik. Antaranya ialah, guru harus didedahkan dengan kursus kemahiran melaksanakan pendekatan ini. Kursus dalam perkhidmatan yang berterusan dan mengikut program khas harus diadakan untuk guru-guru sains dan matematik kerana cara ini dapat membantu

Page 10: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1240

guru memperoleh pengetahuan dan kemahiran agar pendekatan ini menjadi mudah untuk dilaksanakan dan sebati dengan pengajaran mereka.

Selain itu, penggunaan pendekatan konstruktivisme boleh dimantapkan dan ditingkatkan penguasaan kemahiran melalui aktiviti perbincangan di kalangan guru-guru. Hal ini dapat diaplikasikan menerusi aktiviti Guru Pakar dan Guru Cemerlang. Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan menjadi pemangkin kepada aktiviti perbincangan dan percambahan pemikiran di kalangan guru-guru supaya dapat merangsang peguasaan dan penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains dan matematik. Kumpulan dinamik yang diketuai Guru Pakar dan Guru Cemerlang akan merancang cara aktiviti konstruktivisme yang terbaik dan sesuai dilaksanakan kepada murid di sekolah harian biasa mengikut peringkat kognitif mereka. Ini bertujuan supaya guru-guru sains dan matematik tidak bersendirian menghadapi cabaran pelaksanaan pendekatan ini.

Memandangkan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme adalah berpusatkan murid dan guru hanya sebagai fasilitator, pihak sekolah haruslah menyediakan kemudahan sewajarnya kepada murid untuk membantu mereka mendapatkan ilmu pengetahuan. Pusat sumber sekolah mestilah dilengkapi dengan pelbagai bahan rujukan kepada murid dan haruslah menyediakan kemudahan seperti internet untuk murid memperoleh lebih banyak ilmu di zaman dunia tanpa sempadan sekarang ini. Guru-guru juga seharusnya melengkapkan diri mereka dengan ilmu pengetahuan yang lebih banyak agar ilmu dapat dikembangkan melalui guru dan murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran.

Memandangkan penerapan nilai-nilai murni kurang ditekankan ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara konstruktivisme, ini akan melahirkan ahli-ahli sains yang hanya belajar ilmu sains semata-mata tanpa menghubungkaitkannya dengan nilai-nilai moral dan etika yang kukuh mengikut acuan Malaysia seperti yang dihasratkan dalam Wawasan 2020. Ini boleh menjejaskan keperluan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu untuk melahirkan masyarakat saintifik yang bermaruah berasaskan etika dan moral yang baik. Justeru, satu usaha yang bersungguh dan berterusan oleh pihak yang bertanggungjawab harus dilaksanakan untuk memastikan semua guru berjaya menerapkan nilai-nilai murni secara formal di kalangan murid-murid sekolah. Di samping itu, guru juga harus didedahkan dengan konsep, prinsip dan cara untuk menerapkan nilai-nilai murni menerusi pendekatan konstruktivisme.

Pada keseluruhannya, bagi meningkatkan tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme di cadangkan agar, silibus sains dikurangkan dan guru juga kena berfikiran positif, membuat perancangan pengajaran yang lebih awal dan bersedia mengikuti kursus yang dianjurkan oleh kementerian pelajaran yang berkaitan dengan kaedah konstruktivisme.

Menerusi kajian ini, dapatan dan perbincangan yang mendalam berkenaan dengan implikasi kajian ini kepada pengamalan pendekatan konstruktivisme, Dasar Pendidikan Sains KBSM dan kursus dalam perkhidmatan telah dilakukan. Adalah dirumuskan daripada perbincangan tersebut, apabila tahap pelaksanaan pendekatan konstruktivisme dapat ditingkatkan, maka proses pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik di dalam bilik darjah akan menjadi lebih berkesan. Oleh demikian, semua pihak wajar berganding erat untuk membantu bagi menjayakan pelaksanaan pendekatan konstruktivisme. Akhirnya, pihak kementerian dan institusi pendidikan adalah diseru supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan yang dikemukan melalui kajian ini untuk memperkembangkan pendidikan di Malaysia ke arah bertaraf dunia.

Page 11: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1241

RUJUKAN

Abdul Jalil Othman & Bahtiar Omar. (2005). Aplikasi pembelajaran secara konstruktivisme dalam pengajaran karangan berpandu. Makalah Pendidikan, 4: 6

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Jones, M. G. & Araje, L. B. (2002). The impact of constructivism on education language, discourse, and meaning. American Communication Journal, 5: 14-26

Bryan, L. A & Carolyn, W.K.2001. Co-constructing inquiry based science with teachers:essential research for lasting reform. Journal of research in science teaching 38(6):631-645

Appleton, K. 1995. Students teachers confidence to teach science: is more science knowledge necessary to improve self-confidence? International Journal Science Education 17(3):357-369.

Barnett , J. & Hodson, D. 2000. Pedagogical content knowleadge toward afuller understanding of what good science teachers know. International science education 85: 426-453

Dunkin, M.J & Biddle, B.J.1974. The study of teaching. New York: Holt Rinehart and Winston. Krejcie & Morgan. 1970. Determining sample size for research activities. Dlm. Gay, L. R dan Airasian, P.2000. Eductional research: Competencies for analysis and application. Ed ke-6. hlm. 135. New Jersey: Merrill

Ling, J.A.Y.1999. Primary science curriculum implementation in Malaysia: inquiry ashope and practice. Thesis PHD. University Massey, Palmerston, North New Zealand.

Nor Asmah, I. Dan Rubba, P.A. 1981. Perceive use of inquiry teaching by a sample of Malaysian Biology teachers. Journal of science and mathematics educations in Southeast Asia 4(2):5-10

Norazuan, R. 2000. Pemilihan aliran sains di kalangan pelajar tingkatan empat dan masalah kemerosotan pelajar dalam aliran sains. Latihan Ilmiah. UKM.Bangi.

Peter, O. I., Abiodun, A. P. & Jonathan, O. O. (2010). Effect of constructivism instructional approach on teaching practical skills to mechanical related trade students in western nigeria technical colleges, International NGO Journals, 5 (3): 59-64

Sahizam Johar.2007. Pendekatan konstruktivisme dalam pengajaran sejarah KBSM sekolah- sekolah menengah dalam daerah Bera, Pahang. Projek penyelidikan sarjana.UKM.Bangi.

Seymour & Hewitt. 1997. Dlm. Gibson, H.L.1998. Case studies of an inquiry-based science program impact on students attitude towards science interest in science careers. Paper presented at the annual meeting of the national Association for research in science teaching (19-22 April, 1998).ERIC:ED417980.

Shulman, L.S.1987. Those who understand knowleadge growth in teaching. Dlm. Habsah Ismail. Guru dan autoriti:Implikasi terhadap pendidikan. Jurnal guru,16 Mei 1994:

Suriaty Md Arof & Nor Hazian Mat Sapian. 2002 (atas talian)

Page 12: 280 - Norazilawati - Artikel Konstruktivisme Dari Perspektif Guru Sains Dan Matematik

Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2013. 4-5 June 2013, Penang, MALAYSIA. e-ISBN 978-967-11768-1-8. Organized by WorldConferences.net 1242

Vighnarajah, Wong Su Luan & Kamariah Abu Bakar. (2008). The shift in the role of teachers in the learning process. European Journal of Social Sciences, 7 (2).


Recommended