Home >Documents >Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam ... secara penyebatian iaitu kemahiran berfikir

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam ... secara penyebatian iaitu kemahiran berfikir

Date post:12-Aug-2019
Category:
View:224 times
Download:1 times
Share this document with a friend
Transcript:
  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: 1 (1), 2019

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah

    Nor Laila binti Md Zain1 & Md Nasir bin Ibrahim,Ph.D2

    1,2 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

    Received: 20 Mac 2019 Accepted: 04 April 2019 Publish 15 April 2019 E-mail adress: ____________________ *corresponding Author : *norlailamdzain73@gmail.com _______________________

    Abstrak Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah elemen yang menjadi asas dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Abad ke-21 (PdPC PAK21). Asas penting ini dilihat sebagai suatu pendekatan yang membolehkan ruang terhadap proses PdPC yang menjadi penekanan kepada keperluan mencapai industri 4.0. Signifikannya, peranan guru sebagai fasilitator mampu membawa para pelajar meneroka dan menguasai aras pemikiran di luar kotak dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan sama ada di peringkat sekolah mahupun kehidupan mereka. Sementelah lagi, persediaan ini perlu dipandang serius dalam usaha menyediakan modal insan ini melangkah lebih jauh seiring dengan cabaran untuk keperluan sosial dan ekonomi pada masa depan. Kajian ini bertujuan untuk meneroka persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah. Kajian kes dipilih untuk mengumpul data secara empirikal. Proses ini melalui temu bual mendalam, pemerhatian dan analisis dokumen. Persepsi guru terhadap pelaksanaan KBAT dalam PdPC PSV amat baik kerana mereka beranggapan bahawa penerapan KBAT adalah kesinambungan daripada pelaksanaan Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. Pelaksanaannya adalah mengikut kemampuan dari segi kebolehupayaan para pelajar dan fasiliti yang ada di sekolah. Konklusinya, pelaksanaan KBAT tidak menjadi beban kepada mereka untuk mencipta PdPC yang kreatif selari dengan matlamat Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan generasi kreatif, berketerampian dan inovatif.

    Keyword: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Pendidikan Seni Visual, Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC)

    ____________________________________________

    Pengenalan

    Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam menyelesaikan masalah menjadi fokus dalam pendidikan masa ini. Ledakan teknologi yang semakin berkembang menjadikan setiap insan perlu meningkatkan kemahiran berfikir secara lebih matang dalam menempuh kehidupan yang kian mencabar ini. Oleh itu, tidak terkecuali dalam bidang pendidikan yang berkembang dengan pantas kemahiran ini yang perlu diperkasakan oleh guru-guru untuk kemenjadian para pelajar selari dengan Falsafah Pendidikan Negara. Pendidikan yang menumpukan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) telah diamalkan di dalam bilik darjah di luar negara seperti Amerika Syarikat dan England sejak tahun 1970-an lagi untuk membentuk kurikulum bagi mencapai pemikiran

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: 1 (1), 2019

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    global dan kemenjadian pelajar menuju abad ke-21 (Nik Nor Ahmarizam, 2015). Kini, transformasi pendidikan dilaksanakan dengan membangunkan pelbagai dasar untuk meningkatkan kualiti pendidikan yang sama seperti negara maju, terutamanya dalam KBAT (Ping & Hua, 2017). Oleh itu, langkah memperkenalkan dan meningkatkan KBAT oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) adalah bertujuan mengembangkan penikiran para pelajar. Pemikiran diertikan sebagai proses mental aktif yang menggalakkan pengetahuan baharu dengan cara mengaplikasikan pengetahuan sedia ada serta pengalaman bagi membolehkan berlakunya penambahan ilmu, membuat tindakan, membuat keputusan, merancang, memahami, menilai dan juga boleh menyelesaikan masalah melalui penggunaan kemahiran-kemahiran tertentu dan gaya berfikir bagi menyusun maklumat, konsep atau idea (Edward de Bono, 1991, Efland, 2002, Mok Soon Sang, 2013). KPM telah menggariskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif sebagai model kemahiran berfikir. Para pelajar digalakkan mengaplikasikan kedua-dua kemahiran ini dalam proses pemikiran yang melibatkan akal untuk menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengkonsepsi sesuatu yang telah mereka pelajari dengan aktiviti menyusun idea-idea atau kemahiran baru. Hal berikutan sistem penilaian dan peperiksaan memerlukan para pelajar menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran belajar untuk meningkatkan potensi mereka (Rosnanaini, et.al., 2011, Mohd Nashuha Jamidin et.al.,1995). KBAT bermaksud keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu yang baharu (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014). Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan KBAT dalam sistem pendidikan negara menjurus ke arah para pelajar yang berupaya mempunyai daya saing di peringkat antarabangsa.

    Pelaksanaan KBAT dalam Pendidikan Seni Visual (PSV) merupakan suatu kesinambungan disiplin ilmu yang merentasi kurikulum dalam proses kognitif dan kreatif. Penghasilan karya seni dapat meningkatkan pemikiran. Hal ini kerana kognitif berfungsi melalui penggunaan akal fikiran dan keupayaan berfikir untuk mereka dan mencipta idea-idea baharu dan secara langsung mengembangkan ilmu pengetahuan. Justeru, pelbagai langkah telah diambil untuk memperkembangkan bakat dan kecemerlangan guru-guru seni dalam memikul tugas melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran PSV. Sebelum ini, para pelajar yang mengambil subjek PSV lebih tertumpu melalui proses melukis sahaja. Proses transformasi yang berlaku pada masa ini telah membolehkan para pelajar memperkembangkan kedua-dua bahagian otak iaitu otak kiri dan otak kanan untuk lebih berkemampuan berfikir secara analitikal dan kreatif (Abdul Shukor Hashim, 1997).

    Peranan guru sangat signifikan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kebudayaan bangsa kerana tanggungjawab dan fungsi guru tidak hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dalam bilik darjah tetapi meliputi proses pembentukan sahsiah dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek supaya para pelajar mudah dilentur menjadi individu yang berilmu pengetahuan, bermoral tinggi, harmonis dan seimbang (Mok Soon Sang, 2004:185). Pernyataan ini disokong oleh Rohizan et,al.(2014) yang menjelaskan pendidik adalah tunjang aspirasi negara yang telah berkorban untuk membentuk dan mendidik para pelajar yang menjadi asas generasi akan datang, yang banyak bergantung kepada bagaimana pengajaran seseorang guru. Md Nasir Ibrahim & Iberahim Hassan (2003:24) pula menyatakan guru Pendidikan Seni memberi panduan dan bimbingan kepada para pelajar untuk meneroka hubungan seni dan kehidupan yang membabitkan proses menghasilkan sesuatu untuk dipamerkan dan dapat berkomunikasi dengan persekitaran. Collins (2014) pula mencadangkan guru bukan sahaja harus mengajar bahasa dan konsep tetapi juga perlu menjelaskan kepada para pelajar perkara yang perlu mereka lakukan dan

  • Journal of Educational Research and Indigeneous Studies Volume: 1 (1), 2019

    Journal Of Educational Research and Indigenous Studies @ipgktaa

    www.jerisjournal.com

    mengapa kemahiran berfikir yang lebih tinggi mereka perlukan untuk menyelesaikan masalah di sekolah dan dalam kehidupan. Oleh itu, guru berperanan besar dalam usaha menggilap KBAT bagi memenuhi keperluan para pelajar agar dapat menjiwai makna, mengetahui dan menilai kepentingan seni kepada masyarakat pada masa akan datang. Berdasarkan kenyataan ini, guru- guru perlu berpengetahuan luas dalam pengajaran KBAT. Justeru, persepsi guru amat penting dalam usaha untuk merealisasikan pengajaran KBAT yang efektif pada abad ke-21 dan seterusnya memberi impak dalam PAK21. Pernyataan Masalah Pada peringkat permulaannya, pengajaran berunsurkan KBAT menjadi satu cabaran kepada guru-guru. Semakin banyak sekolah dikritik disebabkan tidak menguruskan dengan baik cabaran pada era baharu ini dan kelemahan menguasai kemahiran berfikir dikatakan penyebab pencapaian sekolah agak ketinggalan (Rajendran, 2017). Pemahaman terhadap konsep dan pelaksanaan KBAT amat penting dan perlu dikuasai oleh guru-guru dan kemahiran berfikir ini boleh mempengaruhi persepsi mereka terhadap keberkesanan pengajaran dan pemudahcaraan pembelajaran abad ke-21.

    Pengetahuan guru tentang kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran masih lagi rendah. Laporan kajian keperluan oleh perunding Kestrel Education (UK) dan 21 Century Schools (USA) yang dibentangkan pada 2 November 2011 menghuraikan bahawa guru dan pelajar di Malaysia masih berada di tahap yang rendah dari segi pemikiran dan ini tentulah menjadi masalah untuk merealisasikan kemahiran berfikir pelajar. Tambahan pula, pengajaran masih berpusatkan guru dan cara tradisional (Nor Hasmaliza & Zamri, 2016).

    Vijayaletchumy Muniyandy & Selvam Narayanasamy (2015) pula menyatakan guru-guru berpendapat pengajaran bercirikan KBAT memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi. Tambahan pula, situasi guru-guru rasa terbeban dengan kerja-kerja tambahan seperti perkeranian dan memfokuskan para pelajar bagi persediaan peperiksaan dan kekangan untuk menghabiskan sukatan pelajaran, keadaan ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran untuk memberi perhatian terhadap KBAT yang dianggap sebagai konsep baharu. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati pemahaman guru-guru tentang KBAT dan amalannya masih kurang jelas. Oleh itu, para guru sangat memerlukan maklumat

Click here to load reader

Embed Size (px)
Recommended