+ All Categories
Home > Documents > Asbab Al-Nuzul Pengharaman Riba

Asbab Al-Nuzul Pengharaman Riba

Date post: 05-Feb-2023
Category:
Upload: upsi-my
View: 0 times
Download: 0 times
Share this document with a friend
27
ASBAB AL-NUZUL PENGHARAMAN RIBA: KAJIAN SURAH AL-BAQARAH AYAT KE-275 HINGGA AYAT KE-281 Oleh: Mohd Shukri Bin Adinan ISMP Pendidikan Islam, UPSI 2009-2013 1.1 Pendahuluan Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai mukjizat, sama ada mukjizat yang mampu untuk difikirkan oleh akal dan dilihat oleh mata manusia ataupun mukjizat yang tersembunyi seperti adanya syurga, neraka, malaikat, jin dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Allah S.W.T. itu sendiri. 1 Al-Quran merupakan rahmat terbesar dan merupakan hidayah daripada Allah kepada hambaNya. Al-Quran juga sebagai cahaya yang menerangi perjalanan manusia serta sebagai jalan yang lurus yang mengarahkan dan menunjukkan kepada kebenaran yang hakiki. Al-Quran merupakan asas agama, sumber hukum, sumber ilmu pengetahuan dan sumber kehidupan. Tiada kemuliaan kecuali al-Quran telah menunjukkan jalannya dan tiada kebaikan di dunia dan akhirat kecuali al-Quran sebagai petunjuknya. 2 Al-Quran merupakan mashaf yang mengandungi beberapa pecahan ilmu yang menggabungkan ayat dengan ayat ke dalam sebuah surah dan menggabungkan surah dengan surah menjadi mashaf yang lengkap, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas yang meliputi 144 surah dan lebih kurang 6000 ayat. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat Jibril a.s. yang memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, bermula dari wahyu yang pertama ketika baginda berusia 40 tahun sehingga umur baginda 63 tahun. Penurunan ini dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu penurunan secara sekaligus dan penurunan secara beransur-ansur. 1 Abd Rahman Abd Ghani. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. h. xii. 2 Muhammad al-Sayyid Yusuf. (2006). Metode al-Quran dalam Membaiki Masyarakat. Johor Bahru: Perniagaan Jahabersa. h. xi
Transcript

ASBAB AL-NUZUL PENGHARAMAN RIBA: KAJIAN SURAH AL-BAQARAH

AYAT KE-275 HINGGA AYAT KE-281

Oleh:

Mohd Shukri Bin Adinan

ISMP Pendidikan Islam, UPSI

2009-2013

1.1 Pendahuluan

Al-Quran adalah kalam Allah yang mengandungi berbagai mukjizat, sama ada mukjizat yang

mampu untuk difikirkan oleh akal dan dilihat oleh mata manusia ataupun mukjizat yang

tersembunyi seperti adanya syurga, neraka, malaikat, jin dan perkara-perkara yang berkaitan

dengan Allah S.W.T. itu sendiri.1 Al-Quran merupakan rahmat terbesar dan merupakan

hidayah daripada Allah kepada hambaNya. Al-Quran juga sebagai cahaya yang menerangi

perjalanan manusia serta sebagai jalan yang lurus yang mengarahkan dan menunjukkan

kepada kebenaran yang hakiki. Al-Quran merupakan asas agama, sumber hukum, sumber

ilmu pengetahuan dan sumber kehidupan. Tiada kemuliaan kecuali al-Quran telah

menunjukkan jalannya dan tiada kebaikan di dunia dan akhirat kecuali al-Quran sebagai

petunjuknya.2

Al-Quran merupakan mashaf yang mengandungi beberapa pecahan ilmu yang

menggabungkan ayat dengan ayat ke dalam sebuah surah dan menggabungkan surah dengan

surah menjadi mashaf yang lengkap, dimulai dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan

surah al-Nas yang meliputi 144 surah dan lebih kurang 6000 ayat.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. melalui perantaraan malaikat

Jibril a.s. yang memakan masa selama 22 tahun 2 bulan 22 hari, bermula dari wahyu yang

pertama ketika baginda berusia 40 tahun sehingga umur baginda 63 tahun. Penurunan ini

dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu penurunan secara sekaligus dan penurunan secara

beransur-ansur.

1 Abd Rahman Abd Ghani. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala Lumpur: Yayasan

Dakwah Islamiah Malaysia. h. xii. 2 Muhammad al-Sayyid Yusuf. (2006). Metode al-Quran dalam Membaiki Masyarakat. Johor Bahru: Perniagaan

Jahabersa. h. xi

Al-Quran juga merupakan elemen penting dalam kehidupan umat Islam. Hal ini

kerana, pendidikan al-Quran adalah bermatlamat untuk membina atau melahirkan masyarakat

yang beriman, bertakwa, berakhlak mulia, bersikap adil, berkasih sayang antara satu sama

lain, tidak menzalimi orang lain, tidak sombong, bertanggungjawab, bertolak ansur dan

masyarakat yang mengikut acuan atau garis panduan yang terdapat dalam al-Quran. Dalam al-

Quran, Allah telah memberi panduan bagaimana untuk hidup sebagai seorang Muslim yang

beriman dalam bermasyarakat dan sebagainya.

Al-Quran yang diturunkan sebagai panduan perlulah dihayati dan difahami satu-

persatu. Ulama’ cuba untuk mendalami setiap perkataan yang terkandung dalam Al-Quran.

Segalanya diturunkan oleh Allah S.W.T. dengan penuh hikmah, tidak ada satu pun yang sia-

sia. Al-Quran adalah mukjizat agung yang mesti dikaji. Hingga ke hari ni pasti ada yang

tersirat daripada al-Quran yang masih belum diketahui oleh umat manusia. Setiap huruf yang

menjadi satu ketakjuban masyarakat jahiliah suatu ketika dahulu hingga terbina sebuah

empayar Islam di dunia ini.

1.2 Latar Belakang Permasalahan

Penurunan ayat al-Quran meliputi sebab turun ayat, yang dapat dibahagikan kepada dua

bentuk penurunan iaitu penurunan ayat dengan bersebab dan penurunan ayat tanpa sebab.

Penurunan ayat dengan bersebab meliputi sesuatu peristiwa yang terjadi kepada Nabi

Muhammad S.A.W. seperti menjelaskan sesuatu hukum, menjawab pertanyaan dan

berlakunya peristiwa. Adapun penurunan ayat tanpa sebab meliputi garis panduan hidup yang

mengikut dasar yang benar dan menceritakan kisah-kisah umat terdahulu yang dapat

menghiburkan Nabi Muhammad S.A.W. dan para sahabatnya.3

Pembahagian ayat al-Quran yang diturunkan dengan bersebab dapat dibahagikan

kepada tiga bentuk penurunan ayat, iaitu pertama, penurunan satu ayat dengan satu sebab;

3 Rosmawati bin Ali@ Mat Zin. (1997). Teks Pengajian Islam: Pengantar Ulum Al-Quran. Kuala Lumpur:

Pustaka Salam Sdn.Bhd. h. 136

kedua, penurunan satu ayat dengan beberapa sebab. Penurunan ayat ini bermaksud terdapat

beberapa riwayat yang menyatakan bahawa sesuatu ayat tersebut mempunyai sebab yang

berlainan, walaupun demikian untuk penetapan asbab al-nuzūl ayat tersebut adalah

bergantung kepada riwayat yang paling sahih daripada beberapa riwayat yang dikeluarkan;

dan ketiga, ialah penurunan satu sebab dengan ayat yang banyak.

Adapun penurunan satu sebab dengan ayat yang banyak bermaksud sesuatu ayat

diturunkan dengan banyak sedangkan sebabnya adalah satu. Hal ini meliputi peringkat-

peringkat penurunan ayat yang meliputi sesuatu hukum yang pada mulanya dibenarkan dan

seterusnya menjadi sesuatu hukum yang mutlak.

Seperti yang terjadi pada peringkat pengharaman riba iaitu pada permulaannya yang

terdapat dalam surah al-Rum ayat ke-39, menegakkan bahawa faedah yang haram akan

menjauhkan keberkatan Allah dalam kekayaan, sedangkan sedekah akan meningkatkannya

berlipat kali ganda kekayaan tersebut. Peringkat kedua dalam surah al-Nisa’ ayat ke-160

hingga ayat ke-161, mengutuk dengan keras amalan riba, sebagaimana larangannya pada

kitab-kitab samawi yang terdahulu. Peringkat ketiga, dalam surah Ali-Imran ayat ke-130

hingga ayat ke-131 pula menyeru kaum Muslimin untuk menjauhi riba jika mereka

mengkehendaki kesejahteraan hidup yang diinginkan dalam konteks Islam yang sebenar.

Peringkat terakhir, dalam surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281 pula mengutuk

dengan keras mereka yang mengambil riba, menegaskan perbezaan di antara perniagaan dan

riba dan memerintahkan kaum muslimin agar menghapuskan seluruh hutang piutang yang

mengandungi riba serta menyeru mereka agar mengambil modal pokok sahaja dan

mengikhlaskan kepada peminjam yang mengalami kesulitan.

Al-Quran yang diturunkan secara beransur-ansur melalui perantaraan malaikat Jibril

a.s. kepada Nabi Muhammad S.A.W. mempunyai hikmahnya yang tertentu. Antara hikmah

al-Quran diturunkan secara beransur-ansur ialah bagi memudahkan Nabi S.A.W. menghafal

dan memahami maksud pada ayat-ayat al-Quran tersebut, di samping mudah untuk

menjadikan ia sebagai amalan hidup yang akan menyerap masuk ke dalam jiwa dan hati

Baginda.

Di samping itu, ianya memberi kemudahan kepada Nabi Muhammad S.A.W. untuk

menyampaikan wahyu kepada umat ketika itu yang rata-rata tidak pandai membaca dan

menulis, termasuk Nabi S.A.W. sendiri. Malah Nabi Muhammad S.A.W. juga diutuskan

dalam kalangan masyarakat yang majoritinya adalah ummi, hal ini sebagaimana firman Allah

S.W.T.:

يہمأ ويعل تهۦ ويزك ـ ہمأ ءاي لوا عليأ ہمأ يتأ نأ من رسولا ـ ي م مهم هو ٱلذى بعث فى ٱلأ

بين ل م ـ ل لفى ضل مة وإن كانوا من قبأ حكأ ب وٱلأ ـ كت ٱلأ

(Surah al-Jumu’ah (62): 2)

Terjemahan: “Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang

(Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad S.A.W.) dari

bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah

(yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan

mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah

(Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-

hukum syarak) dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi

Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Justeru itu, kajian ini akan membincangkan tentang asbab al-nuzūl peringkat terakhir

bagi hukum pengharaman riba yang terdapat di dalam al-Quran. Pada dasarnya peringkat

pengharaman riba ini terbahagi kepada empat peringkat penurunan iaitu pada permulaanya

pada surah al-Rum ayat ke-39, peringkat kedua pada Surah al-Nisa’ ayat ke-161, peringkat

ketiga Surah ali-Imran ayat ke-130 hingga ayat ke-131 dan peringkat yang terakhir pada

Surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281. Oleh itu, kajian ini hanya menumpukan

kepada pada peringkat yang terakhir pada ayat ke-275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah

dengan melihat kepada sebab turunnya ayat tersebut sahaja.

1.3 Pernyataan Masalah

Agama Islam iaitu agama tauhid yang mempercayai bahawa Allah S.W.T. adalah Tuhan yang

Maha Esa dan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai pesuruh Allah dan kitab Al-Quran sebagai

petunjuk dan panduan hidup umat Islam. Namun begitu, menjadi kesalahan bagi umat Islam

jika tidak mempelajari ilmu yang terkandung dalam kitab al-Quran iaitu Kalam Allah yang

agung yang mengandungi pelbagai mukjizat.

Malahan, mempelajari isi kandungan al-Quran akan menambah lagi perbendaharaan,

pengetahuan serta penemuan baru dalam pelbagai aspek. Di samping itu, kita akan lebih yakin

apabila mengetahui keunikan isi kandungannya yang menunjukkan bahawa Allah itu Maha

Pengasih lagi Maha Penyayang terhadap semua makhluknya dan sebagai Pencipta yang

Agung.

Isi kandungan al-Quran perlu difahami melalui pentafsiran, pentafsiran al-Quran perlu

dilakukan dengan memenuhi syarat-syarat disiplin ilmu. Disiplin ilmu yang dimaksudkan

adalah ilmu-ilmu al-Quran serta ilmu-ilmu hadith. Hubungan di antara kedua-dua ilmu itu

sangat rapat dalam mencapai pentafsiran yang tepat dan benar berdasarkan kehendak yang

sebenar serta membawa pembacanya menemui hidayah.

Ilmu-ilmu al-Quran merupakan satu disiplin pengajian ilmu yang mulia. Melalui

pengajian ilmu ini, seseorang akan dapat mengetahui pelbagai rahsia dan keistimewaan al-

Quran. Antaranya ialah ilmu tafsir, nasikh dan mansukh, majaz, balaghah, makki dan madani

dan sebagainya.

Antara metode yang amat penting dalam memahami al-Quran dan mentafsirkannya

ialah melihat dan mengetahui sebab-sebab turun sesuatu ayat atau latar belakang sebab

penurunannya yang dikenali sebagai asbab al-nuzūl. Asbab al-nuzūl merupakan salah satu

syarat penting bagi seseorang memahami ayat-ayat al-Quran serta mentafsirkannya.4

Faedah dan kepentingan mengetahui asbab al-nuzūl tidak dapat disangkal lagi iaitu

dapat mengetahui falsafah dan hikmah di sebalik sesuatu pensyariatan hukum, menghilangkan

segala keraguan (al-labs) dan kesangsian (al-isykāl) dalam memahami maksud yang

dikehendaki oleh ayat al-Quran. Antara faedah lainnya juga adalah dapat mengetahui

perbezaan antara ayat yang umum dan khusus di samping melihat kepada pengajaran

berdasarkan lafaz yang umum bukan berdasarkan sebab yang khusus. Justeru itu, asbab al-

nuzūl mempunyai kaitan secara langsung dalam mentafsirkan ayat-ayat al-Quran.5

4 Yusuf al-Qaradawi. (2000). Bagaimana Berinteraksi Dengan al-Quran ( Kathur Suhardi, Terjemah). Jakarta:

Pustaka al-Kautsar. h. 266. 5 Khalid Abd al-Rahman al-‘Akk. (1998). Tashil al-Wusūl ila Ma’rifah Asbab al-Nuzūl: al-Jami’ Bayna

Riwayat al-Thabari wa al-Naysaburi wa Ibn al-Jauzi wa al-Qurthubi wa Ibn Kathir wa al-Suyuti. Beirut: Dar

al-Ma’rifah, Lihat Muqaddimah. h. 7

Sejarah pernah mencatatkan bahawa para ulama salaf telah mengalami kesulitan di

dalam mentafsirkan beberapa ayat al-Quran. Namun setelah mengetahui asbab al-nuzūl,

kesulitan tersebut dapat diatasi. Kadangkala terdapat perbezaan pendapat di antara para ulama

tentang ucapan para sahabat, sama ada ia termasuk di dalam asbab al-nuzūl ataupun tidak.

Tambahan pula, gejala penyelewengan tafsir al-Quran semakin membarah dalam masyarakat

kini. Kewujudan riwayat-riwayat yang berbagai-bagai mengenai asbab al-nuzūl sesuatu ayat

al-Quran juga banyak diketengahkan oleh mereka yang terlibat dalam pentafsiran al-Quran

sehingga tidak dapat memastikan yang mana paling thabit atau sahih.

Justeru itu, fenomena ini telah mendorong penulis untuk melakukan kajian terhadap

satu contoh ayat yang terlibat dengan asbab al-nuzūl iaitu Asbab Al-Nuzūl Pengharaman

Riba: Kajian Terhadap Surah Al-Baqarah Ayat Ke-275 Hingga Ayat Ke-281. Kajian ini

meneliti riwayat-riwayat yang berkait rapat dengan asbab al-nuzūl pengharaman riba ayat ke-

275 hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah yang diambil daripada tiga buah tafsir yang utama

iaitu Tafsir Ibnu Kathir, Tafsir al-Thabari dan Tafsir al-Qurthubi. Secara umumnya, penelitian

riwayat-riwayat ini adalah untuk memastikan riwayat yang paling benar dan tepat dalam

menetapkan asbab al-nuzūl ayat kajian.

1.4 Persoalan Kajian

Pengkaji melakukan kajian ini, disebabkan oleh beberapa persoalan yang timbul terhadap

kajian yang ingin dilakukan, antaranya ialah:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan riba?

2. Bagaimanakah sejarah pengharaman riba ini berlaku?

3. Kepada siapakah ayat 275 hingga ayat 281 surah al-Baqarah diturunkan?

4. Mengapa ayat 275 hingga ayat 281 surah al-Baqarah ini diturunkan?

1.5 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada persoalan kajian yang telah dinyatakan, wujudlah beberapa objektif

kajian yang dilakukan bagi menjawab persoalan yang timbul, antaranya ialah:

1. Menghuraikan konsep riba menurut perspektif Islam.

2. Menghuraikan sejarah kewujudan riba.

3. Mengkaji asbab al-nuzūl surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini dilakukan bagi memberi pengetahuan dan pemahaman kepada masyarakat terhadap

amalan riba berdasarkan kepada sebab turunnya ayat pengharaman riba secara mutlak pada

peringkat yang terakhir. Kajian ini juga menunjukkan bagaimana perkembangan hukum-

hukum syarak ditentukan dalam Islam terutama dalam hukum pengharaman riba.

Menyedarkan masyarakat tentang hakikat pengharaman riba dengan meneliti penurunan ayat-

ayat di dalam al-Quran yang turun secara beransur-ansur serta menekankan larangan keras

Allah S.W.T. dan hukuman Allah S.W.T. di dalam penurunan ayat yang terakhir.

Di samping itu juga, hasil kajian ini perlu diperluaskan kepada masyarakat agar

amalan riba ini tidak terjadi kepada umat Islam khasnya. Di samping mengumpul maklumat

melalui pengkajian tentang mekanisme asbab al-nuzūl dalam hukum pengharaman riba.

Malahan, kajian ini cuba membantu masyarakat dalam memahami beberapa istilah-istilah

yang baru yang secara umumnya ianya adalah riba.

Kajian ini juga dilakukan bagi memberi kesedaran kepada pengkaji, ahli keluarga,

saudara mara, agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta masyarakat umumnya agar menjauhi

amalan riba dalam kehidupan seharian. Tambahan pula, kajian ini dilakukan bagi memenuhi

kehendak universiti yang mewajibkan semua pelajar tahun akhir melakukan latihan ilmiah

atau projek akhir bagi memenuhi syarat untuk berijazah. Di samping itu, kajian ini diharapkan

dapat memperbanyakkan lagi kajian tentang riba di Malaysia khususnya dan umat Islam

umumnya.

1.7 Definisi Operasi Kajian

Bagi memudahkan kefahaman dalam memahami tajuk kajian, pengkaji mengeluarkan

beberapa perkataan yang amat penting untuk difahami sebelum memahami tujuan utama

kajian dilakukan. Perkataan yang dikeluarkan adalah berdasarkan kepada tajuk kajian yang

kebanyakan menggunakan perkataan bahasa Arab. Oleh itu pengkaji telah mengeluarkan

beberapa perkataan yang menjadi kata kunci berdasarkan pada tajuk kajian, antaranya ialah:

1.7.1 Asbab al-Nuzūl

Asbab al-nuzūl dari segi bahasa membawa makna sebab turun, sebab turun di sini ialah sebab

turunnya sesuatu ayat-ayat al-Quran kepada Nabi Muhammad S.A.W. Asbab al-nuzūl juga

merupakan antara salah satu ilmu al-Quran yang perlu dipelajari yang membahaskan

mengenai latar belakang atau sebab-sebab suatu ayat al-Quran diturunkan. Pada umumnya,

asbab al-nuzūl memudahkan para mufassir untuk menemukan tafsir dan pemahaman sesuatu

ayat dari sebalik kisah diturunkannya ayat tersebut.

Asbab al-nuzūl daripada segi istilah membawa maksud apa-apa yang menyebabkan

penurunan sesuatu ayat, beberapa ayat atau pemberian jawapan terhadap sebabnya ataupun

untuk menerangkan hukumnya pada masa berlakunya peristiwa itu. Dalam keadaan lain pula,

ulama mentakrifkan asbab al-nuzūl ialah penurunan ayat untuk menjelaskan peristiwa yang

berlaku atau menjawab pertanyaan yang dikemukakan kepada nabi atau memberi penjelasan

hukum terhadap sesuatu peristiwa berlaku.

Sebagaimana contoh turunnya sesebuah ayat apabila Nabi S.A.W. ditanya oleh para

sahabatnya tentang hukum syarak atau meminta penjelasan tentang perkara-perkara

bersangkut paut tentang agama. Hal ini sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Mu’az

Ibn Jabal, katanya:

, ان اليهود تغشانا , يا رسول هللا: معاذ بن جبل رضى هللا عنه أنه قال

فما بال الهالل يبدو دقيقا ثم يزيد حتى يستوى . ويكثرون مسألتنا عن الهلة

. ويستدير ثم ينقص حتى يعود كما كان؟ فأنزل هللا اآلية

Terjemahan: Sesungguhnya seorang Yahudi menipu kami dan

menambahkan masalah kami bertanya berkaitan dengan anak bulan.

Kenapa anak bulan itu mula-mula kecil bentuknya, kemudian semakin besar

sehinggalah menjadi separuh, kemudiannya menjadi purnama dan

kemudian kurang, mengecil balik hingga kedudukannya yang asal. Maka

Allah turunkan ayat al-Quran sebagaimana firman-Nya:6

هلة ـ لونك عن ٱلأ ح يسأ وٱلأ للنا .... قلأ هى موققي

( Surah al-Baqarah (2): 189)

Terjemahan: Mereka bertanya kepada-mu (Wahai Muhammad) mengenai

(peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah (peredaran) anak-anak bulan itu

menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat

haji…

Kepentingan mempelajari ilmu asbab al-nuzūl antaranya ialah seseorang akan

mengetahui hikmah di sebalik perundangan sesuatu hukum, mentafsirkan sesuatu ayat

berdasarkan kisah dan cerita yang benar. Ia juga memudahkan dan membantu seseorang

menghafaz al-Quran, mengetahui pengkhususan hukum dan membantu ahli tafsir dan ahli

Fiqh dalam mengithbat hukum. Walaupun bagaimanapun, kepentingan mempelajari ilmu

asbab al-nuzūl tidak terbatas kepada aspek-aspek menetapkan hukum semata-mata tetapi

juga meliputi kepentingan dalam pendidikan umat Islam sebagai satu didikan dan asuhan.

1.7.2 Pengharaman

Perkataan haram merupakan perkataan yang berasal daripada bahasa Arab yang dapat

difahami dengan dua makna iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah. Dari segi bahasa

perkataan haram ini berasal daripada kata terbitan haruma ( حرم), yahrumu ( يحرم ) , haraman wa

hirman (ا ا و حرما (حرما yang bererti menghalangi, tertutup, membatasi dan melarang. Manakala

6 Muhammad bin Ahmad bin Abi Bakr bin Farh al-Quthubi Abu Abdullah. (2002). Al-Jami’ lil Ahkam al-

Quran : Jilid 1. Kaherah: Dar al-Hadith. h. 713.

dari segi istilah pula ialah merujuk kepada konsep hukum al-taklifi, yang bersifat perintah.

Perintah bagi hukum haram ini ialah meninggalkan sesuatu perkara yang telah ditegah.7

Manakala penggunaan kata terbitan “peng” di awal perkataan dan kata terbitan “an” di

akhir perkataan yang menggabungkan di antara perkataan “haram” dengan kata terbitan

“peng” dan “an” menjadi “pengharaman” adalah membawa erti suatu tindakan atau ketetapan

mengharamkan sesuatu perkara atau melarang, menegah dan menolak sesuatu perbuatan yang

ingin dilakukan.8

1.7.3 Riba

Perkataan riba berasal daripada perkataan bahasa Arab al-riba dengan kata terbitan raba’ (ربأ)

- yarba’ (يربأ (, rab’an (ربئا) . 9

Dari sudut bahasa al-riba adalah kata nama (Ism) yang

bermaksud bertambah atau kata nama terbitan (Masdar) yang bermaksud tambahan. Al-Riba

juga lebih masyhur dengan kata nama akhiran dengan huruf alif (Ism maqsur) yang berasal

daripada kata terbitan Raba (ربا), yarbu (يربو), Rabwan (ربوا), wa Rubuwan wa Riba’an ( ربوا و

.yang bermaksud bertambah, berkembang, meningkat atau meninggi (رباء10

Walaupun demikian, perkataan ra ba wa ( و,ب,ر ) yang terdapat dalam al-Quran dapat diberi

kepada enam pengertian, iaitu al-Rabwah (الربوة) tempat yang tinggi ; Rabiyah (رابية) kuat ;

Arba (أربى) lebih banyak bilangan; al-Riba (الربا) pertambahan; al-Rabbiyyun (الربيون) terlalu

banyak atau beribu-ribu; dan yurbi (يربي) menerima.11

Al-Riba (الربا) secara umumnya

bermaksud al-ziyadah (الزيادة) menambah, al-numuwan (النموا) mengembang, al-Irtifa’ (اإلرتفاع)

dan al-uluw (العلو) meningkat dan membesar.12

Riba dari sudut istilah ialah lebihan yang dikenakan dalam urusan sama ada jual beli,

hutang piutang dan juga pertukaran mata wang. Dari sudut lain riba ialah faedah yang

7 Nina M.Armando et al. (2005). Ensiklopedia Islam. Jakarta: PT Ichtiar Baru van Hoeva. h. 288

8 Noresah bt Baharom. (2005). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h.

513 9 Osman Khalid. (2006). Kamus Besar Arab – Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. h.

839 10

Ab. Mumin Ab. Ghani. (1999). Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur:

JAKIM. h. 109 11

Ibid. h. 109 12

Sudin Haron. (2007). Sistem Kewangan dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Business School

Sdn. Bhd. h. 315

berganda yang membebankan mereka yang berhutang. Ulama’ telah membahagikan riba

kepada empat jenis iaitu riba al-Fadhl (ربا الفضل) , riba al-Nasi’ah (ربا النسيئة) , riba al-Qardh

(ربا القرض) dan riba al-Yad ( ربا اليد) .13

Riba al-Fadhl atau riba jual beli ialah pertambahan atau perbezaan kuantiti dalam

pertukaran atau jual beli barang yang sama jenis dari kumpulan barang ribawi. Riba al-

Nasi’ah atau riba hutang ialah lebihan atau pertambahan bayaran yang dikenakan apabila

penangguhan tempoh bayaran balik.

Riba al-Qardh atau riba pinjaman ialah sesuatu manfaat atau faedah yang disyaratkan

ke atas hutang piutang yang diberikan kepada seseorang. Riba al-Yad atau riba akad ialah

penangguhan penyerahan atau penerimaan barang pertukaran jenis ribawi sesama jenis

ribawi.

Bahan jenis ribawi yang telah disepakati oleh ulama’ termasuk dalam kalangan

mereka yang bermazhabkan Syafi’i ialah emas dengan emas, perak dengan perak, gandum

dengan gandum, beras dengan beras, buah tamar dengan buah tamar, garam dengan garam.

Bagi mazhab Syafi’i asas-asas bahan ribawi ini dibahagikan kepada dua iaitu pertama,

mata wang khasnya emas dan perak tanpa dikira sama ada kedua-dua bahan itu berbentuk

wang seperti Dinar dan Dirham atau barang kemas dan sebagainya. Kedua, bahan makanan

seperti gandum, beras, jagung, barli, dan sebagainya yang dikategorikan sebagai makanan

asasi atau bukan asasi seperti daging, tepung, garam dan sebagainya.14

Riba adalah satu istilah yang digunakan dalam sistem ekonomi dan kewangan

perbankan yang meliputi pengurusan dan perkhidmatan. Walaupun demikian istilah riba pada

hari ini telah ditukarkan kepada istilah-istilah yang baru seperti faedah, ujrah, bunga dan

interest. Istilah-istilah ini mengelirukan umat Islam bagi menambahkan lagi modal kepada

pemiutang. Manakala menurut syarak pula riba membawa maksud tambahan pada modal

(wang) pinjaman yang diterima orang pemiutang sesuai dengan waktu dan peratus bunga

pinjaman.15

Tambahan lagi, riba adalah proses pertambahan dalam bentuk wang yang berlaku

akibat memanjangkan tempoh bayaran balik hutang. Pertambahan ini diambil kira sama ada

13

Asyraf et al. (2008). Islam dan Ekonomi. Kuala Terengganu: Penerbit Universiti Malaysia Terengganu. h. 54 14

Ibid. h. 57 15

Nina M.Armando et al. (2005). Op.cit. h. 57

sudah sampai tempoh bayaran balik ataupun dari tempoh permulaan hutang tersebut.

Maksudnya ialah tambahan wang daripada jumlah asal hutang berdasarkan kepada tempoh

hutang itu diberikan atau tempoh bayaran itu ditundakan.16

Secara umumnya, riba dalam istilah sebenar ialah sesuatu proses keuntungan yang

haram yang diterima daripada ketidaksamaan nilai atau lebihan barangan yang asal. Ulama

telah bersepakat bahawa riba berlaku dalam tiga bentuk iaitu memperoleh keuntungan apabila

bayaran balik berlebihan daripada wang pokok mengikut perjanjian yang disyaratkan terlebih

dahulu.

Kedua, kontrak ke atas pertukaran barangan tertentu yang tidak diketahui

persamaannya pada timbangan atau sukatan yang diakui oleh syarak. Ketiga, penangguhan

serahan salah satu barangan yang ditukarkan atau yang diperdagangkan bagi pertukaran mata

wang dan barangan ribawi.

Oleh demikian, riba akan terjadi apabila berlakunya lebihan yang diminta oleh sesuatu

pihak dengan berbagai-bagai cara. Lebihan tersebut terjadi apabila jaminan pulangan kepada

individu semata-mata atas asas pemilikan tanpa berusaha. Contohnya: Multi-Level-Marketing

(MLM) yang terdapat “fixed return” atau janji kemasukan tetap iaitu pihak syarikat akan

membayarnya setiap bulan dengan kadar tertentu tanpa ada usaha yang dibuat.

Kedua, kontrak antara dua pihak yang menetapkan syarat awalan sejumlah keuntungan

tertentu tanpa melihat kepada hasil (outcome) daripada kontrak itu. Contohnya: Nilai wang

pampasan adalah lebih besar daripada jumlah premium yang dibayar oleh pemberi insurans

apabila berlaku kematian. Nilai pertukaran yang sama ini dipanggil riba.

Ketiga, kontrak-kontrak yang dipersetujui itu mengandungi unsur gharar dan

ketidakpastian. Contohnya: Riba dalam sesuatu insurans, seperti membayar sejumlah

premium yang hanya akan dapat jika berlakunya musibah, seperti kemalangan, kematian

ataupun sakit. Sedangkan sesuatu musibah tersebut masih lagi tidak diketahui bila akan

berlaku.

Ketiga-tiga bentuk di atas menurut ahli-ahli fiqh dan ahli-ahli ekonomi Islam telah

menetapkan bentuk-bentuk ini sebagai riba sekiranya bentuk-bentuk ini terjadi dalam

sebarang urus niaga. Di samping terdapat tiga unsur tambahan lain iaitu berlakunya sesuatu

lebihan dari jumlah pokok pinjaman, penentuan lebihan ini berkaitan dengan tempoh atau

16

Homoud. (1985). Islamic Banking. London: Arabian Information Ltd. h. 3

jangka masa dan persetujuan terhadap syarat lebihan ditentukan lebih dahulu iaitu dalam

perjanjian pinjaman.

1.7.4 Al-Quran

Pengertian al-Quran dapat diberikan dalam dua bentuk iaitu dari sudut bahasa dan dari sudut

istilah. Dari sudut bahasa, al-Quran ialah masdar daripada perkataan maqru’ (مقرروء) yang

bererti baca; Ada juga pendapat menyatakan bahawa al-Quran itu bermaksud yang dibaca

bukan bacaan yang sebagaimana perkataan asalnya Qiraah ( القراءة ) .

Manakala menurut Imam al-Syafi’i, perkataan al-Quran dieja dengan al-Quran (القران),

iaitu dieja tanpa huruf hamzah sebelum huruf alif bukannya al-Quraan ( القرءآن) . Pendapat

beliau ini adalah disebabkan al-Quran itu merupakan nama khusus bagi sesuatu benda

sebagaimana Taurat dan Injil.

Al-Farra’ dan al-Qurtubi pula menyatakan bahawa al-Quran berasal daripada

perkataan al-Qara’in ( القراءن) yang bermaksud tanda-tanda atau petunjuk. Ini kerana

sebahagian ayat-ayatnya menunjukkan maksud dan pengertian yang sama dengan sebahagian

ayat-ayat yang lain dan huruf Nun di dalam kata al-Qara’in itu menunjukkan Nun yang asal,

bukannya huruf tambahan. Manakala mengikut al-‘Asy’ari pula al-Quran berasal daripada

kata qarana (قرن) yang bermaksud menggabungkan. Hal ini kerana ayat-ayat al-Quran dan

surah-surahnya dihimpunkan dan digabungkan dalam satu mashaf.

Al-Quran dari segi istilah bermaksud kalam Allah yang azali yang diturunkan secara

mutawatir kepada Nabi Muhammad S.A.W. dengan perantaraan Jibril a.s., yang melemahkan

musuh-musuh Islam dan dikira ibadat bagi sesiapa yang membacanya. Al-Quran juga

merupakan kalam dan wahyu yang bersifat mutlak, tidak terbatas kepada sesuatu keadaan dan

waktu, sesuai dilaksanakan di mana-mana dan dalam apa jua keadaan sehingga hari akhirat.

Al-Quran juga merupakan wahyu Allah yang disampaikan kepada manusia melalui rasul yang

menjadi panduan dan ikutan manusia, terjamin kekal hingga hari akhirat. Seterusnya al-Quran

memberi kebahagiaan kepada manusia di dunia dan akhirat.17

17

Adel M. Abdul Aziz et al. (2006). Panduan dan Bimbingan Guru al-Quran. Kuala Lumpur: Yayasan Dakwah

Islamiah Malaysia. h. 3

1.7.5 Surah Al-Baqarah

Surah berasal dari kata al-su’ru yang bererti “sisa air dalam bejana”, al-sur yang bererti

“pagar pembatas (dinding) atau dari kata al-surah yang bererti pasal, surah ialah sekumpulan

ayat al-Quran yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tiga ayat yang mempunyai

pendahuluan dan penutup. Di dalam al-Quran terdapat 144 surah yang meliputi lebih kurang

6000 ayat.

Manakala al-Baqarah pula bermaksud sapi betina atau lembu betina. Oleh itu, surah al-

Baqarah membawa maksud “cerita pasal lembu betina”. Surah al-Baqarah ini merupakan

surah yang kedua dalam susunan mashaf Uthmani selepas surah al-Fatihah. Surah al-Baqarah

mengandungi 286 ayat yang mana di dalamnya juga terdapat ayat yang paling panjang iaitu

pada ayat yang ke 282. Surah ini diturunkan di Madinah yang sebahagian besarnya diturunkan

pada permulaan tahun Hijrah kecuali ayat 281 yang diturunkan di Mina pada Haji Wida' (haji

Nabi Muhammad S.A.W. yang terakhir). Seluruh ayat daripada surah ini merupakan ayat

Madaniyyah.

Surah ini dinamakan surah al-Baqarah adalah kerana memperingati kembali mukjizat

yang berlaku pada zaman Nabi Musa a.s kerana di dalamnya telah disebutkan kisah

penyembelihan sapi betina yang diperintahkan Allah S.W.T. kepada Bani Israel. Kisah ini

bermula daripada ayat 67 sehingga ayat 74. Al-Baqarah membawa maksud sapi betina (lembu

betina).

Pada zaman Nabi Musa as, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Bani Israel yang

telah dibunuh, tetapi pembunuhnya tidak diketahui. Apabila mereka mengadu tentang

pembunuhan ini kepada Nabi Musa a.s., Allah S.W.T. telah mewahyukan kepada Baginda

supaya menyuruh mereka (Bani Israel) untuk menyembelih seekor sapi betina, kemudian

memukul mayat dengan sebahagian anggota sapi tersebut. Dengan izin Allah, mayat yang

mati dibunuh itu dapat hidup semula dan memberitahu mereka siapakah

pembunuhnya. Mukjizat ini membuktikan betapa Allah S.W.T. berkuasa menghidupkan

semula makhluk walaupun sesudah mati.18

18

Ahlan Wa Sahlan Ke Blog Ustaz Shauqi. http://www.ustazshauqi.com/2008/05/rahsia-di-sebalik-surah-al-

baqarah.html. 26 Mei 2013

Surah ini juga dinamakan Fusthaat al-Quran (puncak Al Quran) kerana memuatkan

beberapa hukum yang tidak disebutkan dalam surah yang lain. Ia juga digelar surah alif-laam-

miim kerana surah ini dimulai dengan Alif-laam-miim.

Selain itu, surah ini juga mengisahkan hukum-hakam dan syariat seperti perintah

mengerjakan solat, menunaikan zakat, hukum puasa, haji dan umrah, qisas dan hal-hal yang

halal dan yang haram, bernafkah di jalan Allah, hukum arak dan judi, cara menghormati anak

yatim, larangan riba, hutang-piutang, nafkah dan yang berhak menerimanya, wasiat kepada

dua orang ibu-bapa dan kaum kerabat, hukum sumpah, kewajiban menyampaikan amanat,

sihir, haidh, 'iddah, talak, khulu', ilaa' dan susuan, melamar, mahar dan larangan mengawini

wanita musyrik.19

1.7.6 Kefahaman Tajuk Kajian

Tajuk kajian yang ingin dilakukan ini adalah berkaitan dengan pengharaman riba pada

peringkat yang terakhir pada ayat 275 hingga 281 Surah al-Baqarah. Pengharaman riba ini

telah diturunkan melalui empat peringkat yang mana peringkat pertama pada surah al-Rum

ayat 39, manakala pada peringkat yang kedua pula pada ayat ke 161 Surah al-Nisa’, peringkat

ketiga ayat 130 hingga 131 Surah ali-Imran dan pada peringkat terakhir iaitu ayat 275 hingga

281 Surah al-Baqarah. Kajian ini lebih tertumpu kepada asbab al-nuzūl ayat 275 hingga 281

Surah al-Baqarah sahaja, dalam kajian ini juga menceritakan bagaimana ayat tersebut

mengharamkan riba secara mutlak berdasarkan kepada kisah-kisah yang terjadi. Kisah-kisah

tersebut diambil berdasarkan kepada beberapa tafsir dan hadith-hadith melalui riwayat yang

sahih.

19

Oemar Bakri. (1982). Tafsir Rahmat. Jakarta: PT Mutiara. h. 7

1.8 Limitasi Kajian

Kajian ini dilakukan berdasarkan kepada bidang al-Quran. Sesungguhnya al-Quran itu

mempunyai pelbagai cabang ilmu apabila dikaji. Pemilihan ilmu-ilmu al-Quran yang

dilakukan dalam kajian ini adalah berkaitan dengan asbab al-nuzūl. Asbab al-nuzūl adalah

salah satu cabang ilmu al-Quran yang begitu menarik untuk dikaji. Walaupun demikian,

kajian ini hanya menumpukan kepada asbab al-nuzūl pengharaman riba sahaja.

Justeru, kajian ini dilakukan dengan memilih satu surah sahaja iaitu surah al-Baqarah

sebagai surah pilihan kajian. Walaupun begitu, hanya beberapa ayat sahaja yang menjadi

tumpuan kajian, ayat yang dimaksudkan ialah ayat ke-275 hingga ayat ke-281 sahaja. Ayat ini

dijadikan sebagai kajian kerana ia meliputi ayat hukum tentang pengharaman riba. Hukum

pengharaman riba pada ayat ini adalah bersifat mutlak, setelah tiga peringkat diturunkan

sebelumnya.

1.9 Metodologi

Di dalam penyelidikan yang akan dilaksanakan ini, pengkaji menggunakan penyelidikan

perpustakaan atau library researh sebagai medan penyelidikan, iaitu bahan penyelidikan lebih

banyak diperoleh daripada buku-buku atau bahan-bahan lain yang didapati di perpustakaan.

Kajian ini menjurus kepada perkembangan pensyariatan dalam pengharaman riba di

dalam al-Quran. Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang akan digunakan dalam mengumpul

dan menganalisis maklumat yang akan diperoleh.

1.9.1 Metode Pengumpulaan Data

Sesuai dengan kajian ini yang menjurus kepada kajian tentang ayat-ayat al-Quran mengenai

riba dan perkaitannya dengan asbab al-nuzūl. Maka, beberapa pendekatan kaedah

pengumpulan data perlu diambil kira.

Penyelidikan perpustakaan untuk mengumpul maklumat tentang ayat-ayat riba, konsep

asbab al-nuzūl, serta meneliti dengan lebih mendalam tentang perkaitan keduanya serta

hikmahnya secara terperinci. Penyelidikan ini melibatkan penggunaan sumber data seperti

tesis, disertasi, latihan ilmiah, manuskrip, laporan, kertas persidangan, buku, akhbar, majalah

dokumen dan jurnal. Di samping itu juga, bahan tersebut meliputi al-Quran, kitab-kitab tafsir,

kitab-kitab hadith dan lain-lain lagi yang terdiri daripada rujukan pelbagai bahasa termasuk

Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Penyelidikan dilakukan di beberapa lokasi gedung maklumat iaitu Perpustakaan

Tuanku Bainun UPSI, Perpustakaan Awam Negeri Kelantan, Perpustakaan Peringatan Za’ba

Universiti Malaya dan Perpustakaan Utama Universiti Malaya.

1.9.2 Metode Analisis Data

Melalui metode ini, setelah data-data dan maklumat diperoleh dan dikumpulkan, suatu

analisis akan dilakukan oleh penyelidikan melalui beberapa pendekatan.

1.9.2.1 Metode Induktif

Metode Induktif merupakan satu cara penganalisaan data melalui pola berfikir yang mencari

bukti-bukti berdasarkan perkara yang bersifat khusus untuk sampai kepada bukti-bukti

bersifat umum.

1.9.2.2 Metode Deduktif

Metode deduktif pula merupakan kaedah menganalisis dan mengolah penulisan berdasarkan

kepada pola berfikir yang mencari pembuktian berdasarkan kepada bukti-bukti umum kepada

yang khusus. Di samping itu juga, metode ini merupakan cara untuk menjelaskan sesuatu

persoalan terhadap isu-isu yang timbul dengan lebih terperinci. Metode ini dijalankan

berdasarkan data dan contoh-contoh yang berbentuk umum dan dihuraikan secara lebih

terperinci berserta nas-nas al-Quran dan al-Hadith.

1.9.2.3 Metode Komparatif

Metode komparatif ini digunakan bagi membuat perbandingan antara sumber-sumber yang

diperolehi bagi memastikan sumber yang lebih tepat dan benar. Metode ini juga bertujuan

untuk mengenal pasti perbezaan dan kebenaran yang kukuh. Penulis juga membuat

perbandingan hasil daripada maklumat yang diperoleh melalui bahan-bahan dokumentasi

daripada pelbagai pandangan tentang topik-topik perbincangan untuk membuat kesimpulan.

1.10 Kajian Literatur

Melalui pengamatan yang dibuat berdasarkan kepada kajian yang lalu, didapati kajian

berkaitan dengan asbab al-nuzūl pengharaman riba tidak banyak dibincangkan secara

terperinci oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Walaupun demikian, terdapat kajian-kajian

lepas yang dilakukan dengan memberi tumpuan kepada pecahan tajuk yang dikaji secara

berasingan, iaitu berkaitan dengan asbab al-nuzūl, pengharaman riba dan asbab wurud al-

hadith.

Walaupun begitu, penulis tidak menafikan bahawa telah dinyatakan penjelasan tentang

asbab al-nuzūl, pengharaman riba dan asbab wurud al-hadith secara umum oleh pengkaji-

pengkaji sebelum ini. Namun begitu, penulis lebih berminat untuk melihat dan mengkaji

tentang asbab al-nuzūl pengharaman riba dalam surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-

281. Namun kajian lepas tidak membincangkan secara terperinci dengan tajuk kajian yang

dilakukan ini.

Kajian tersebut ialah Asbab al-Nuzūl: Kajian Perbandingan Antara Karya al-Wahidi

dan al-Suyuti yang ditulis oleh Haliza Binti Ahmad Nowawi sebagai latihan ilmiah di

peringkat sarjana muda di bawah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam,

Universiti Malaya pada tahun 2009. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan bahawa asbab

al-nuzūl merupakan satu disiplin ilmu yang terkandung dalam bidang ilmu-ilmu al-Quran.

Juga merupakan kunci utama dalam mentafsirkan ayat al-Quran selari dengan konteks

maksud yang sebenar. Dalam kajian ini juga, pengkaji lebih tertumpu pada konsep dan

pengenalan secara umum berkaitan dengan asbab al-nuzūl termasuklah definisi, pandangan

para ilmuwan terhadapnya, pembahagiannya, riwayat yang thabit sebagai asbab al-nuzūl serta

faedah dan kepentingan mengetahuinya.20

Seterusnya kajian bertajuk Peranan Asbab al-Nuzūl Dalam Mentafsirkan Ayat-Ayat

al-Quran yang ditulis oleh Abd Wahid sebagai kajian ilmiah di peringkat sarjana di bawah

Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun

2001. Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan pengenalan umum terhadap ilmu asbab al-

nuzūl. Menurut pengkaji, umat Islam sentiasa memerlukan bimbingan al-Quran dalam semua

hal. Oleh itu, usaha-usaha dalam memahami isi kandungan al-Quran dan maksudnya yang

sebenar adalah penting untuk berdepan dengan segala cabaran dan keperluan masa kini. Fokus

kajian ini cenderung dalam membincangkan peranan utama asbab al-nuzūl dalam

mentafsirkan ayat-ayat al-Quran. Penulis juga menjelaskan tentang penggunaan dan fungsi

asbab al-nuzūl dalam membantu seseorang untuk memahami isi kandungan al-Quran.21

Di samping kajian bertajuk Penyelewengan Tafsir al-Quran: Kajian Dari Aspek Asbab

al-Nuzūl yang ditulis oleh Ruhayati binti Ruba’I sebagai Latihan Ilmiah di bawah Jabatan Al-

Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2007. Dalam

20

Haliza Binti Ahmad Nowawi. (2009). Asbab al-Nuzūl: Kajian Perbandingan Antara Karya al-Wahidi dan al-

Suyuti. Kuala Lumpur: APIUM. 21

Abd Wahid. (2001). Peranan Asbab al-Nuzūl Dalam Mentafsirkan Ayat-Ayat al-Quran. Kuala Lumpur:

APIUM.

kajian ini, pengkaji mengemukakan perbahasan tentang perkembangan ilmu tafsir. Pengkaji

menyatakan bahawa penyelewengan tafsir bermula akibat daripada perkembangan ilmu tafsir

itu sendiri. Ini berikutan berlakunya penghapusan isnad-isnad kerana pentafsir mengambilnya

tanpa sanad yang mana ia dapat membuka ruang kepada penyerapan kisah-kisah Israiliyyat

yang tidak tahu asal-usulnya. Begitu juga faktor kecenderungan individu dan mazhab teologi

membawa kepada penyelewengan dalam mentafsirkan al-Quran. Terdapat segelintir daripada

mereka yang membuat tafsiran baru selaras dengan kehendak dan matlamat yang

diperjuangkan. Golongan yang terlibat dalam melakukan penyelewengan ini termasuklah

sejarawan, ahli bahasa Arab, para ilmuwan, orientalis, muktazilah, syiah dan sebagainya.

Justeru itu, ia akan memberi impak yang negatif terhadap al-Quran itu sendiri dengan ada

yang beranggapan bahawa al-Quran tidak sesuai diamalkan dan dipraktikkan lantaran

kenyataan yang wujud setelah berlakunya penyelewengan.22

Penulis juga merujuk tajuk kajian bertajuk Kepentingan Asbab Wurud al-Hadith

Dalam Memahami Hadith: Analisis Hadith-Hadith Terpilih yang ditulis oleh Nusaibah Binti

Abdullah Habib sebagai latihan ilmiah di bawah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi

Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2009. Dalam kajian ini, pengkaji

mengemukakan bahawa asbab wurud hadith ialah suatu ilmu yang penting dalam memahami

matan hadith, kaedah untuk memahami hadith Rasulullah S.A.W. khususnya dalam

menentukan sesuatu hukum. Antara keperluan utama dalam berinteraksi dengan hadith

Rasulullah S.A.W. ialah mengetahui sebab-sebab mengapa hadith itu muncul. Pengetahuan

tentang perkara ini amatlah penting sehingga ulama’ hadith memberi perhatian khusus dan

seterusnya menjadi satu cabang ilmu hadith. Sekiranya ilmu gharib al-hadith membincangkan

makna lafaz-lafaz hadith, maka ilmu ini pula membahaskan latar belakang hadith itu

diucapkan atau perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.. Dari segi struktur

pengajian, ilmu ini termasuk dalam kategori ilmu dirayah hadith, iaitu pemahaman

kandungan hadith. Asbab wurud lebih bersifat sebagai penjelasan kepada wahyu dan maksud

al-Quran untuk dilaksanakan dan diterapkan dalam realiti masyarakat. Ia sedikit sebanyak

memperlihatkan kepada kita pengalaman Rasulullah S.A.W. dan sahabat dalam melaksanakan

Islam ketika itu.23

22

Ruhayati binti Ruba’I. (2007). Penyelewengan Tafsir al-Quran: Kajian Dari Aspek Asbab al-Nuzūl. Kuala

Lumpur: APIUM. 23

Nusaibah Binti Abdullah Habib. (2009). Kepentingan Asbab Wurud al-Hadith Dalam Memahami Hadith:

Analisis Hadith-Hadith Terpilih. Kuala Lumpur: APIUM.

Manakala kajian lepas yang merujuk kepada pengharaman riba adalah sebagaimana

tajuk kajian yang bertajuk Ayat-Ayat Riba: Kajian Menurut Perspektif Tertib Nuzul yang

ditulis oleh Norfadhilah Binti Khalid sebagai latihan ilmiah di bawah Jabatan Al-Quran dan

Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya pada tahun 2008. Dalam kajian ini,

pengkaji mengemukakan bahawa Allah S.W.T. telah menurunkan ayat-ayat pengharaman riba

secara beransur-ansur agar mereka yang hidup ketika perkembangan agama Islam dapat

menerima dan mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T. Tertib turunnya ayat

pengharaman riba ini juga mempunyai hikmah yang sangat besar dari sudut akidah, agama,

akhlak, sosial, ekonomi dan politik bagi mereka ketika penurunan ayat pengharaman riba

ini.24

Walaubagaimanapun, kajian berkaitan asbab al-nuzūl pengharaman riba masih kurang

dan tidak banyak dikaji oleh pengkaji-pengkaji sebelum ini. Jadi, kajian yang bertajuk Asbab

al-Nuzūl Pengharaman Riba: Kajian Terhadap Surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat

ke-281 ini amat relevan untuk dikaji. Di samping menambahkan lagi kajian rintis yang

memperincikan permasalahan tersebut.

1.11 Kerangka Kajian

Untuk menstrukturkan kajian ini, pengkaji telah menyusun draf rangka kerja tersebut bermula

dari Bab 1 sehingga Bab 5, Draf ini hanya sekadar untuk melihat sejauh mana tajuk kajian ini

dapat diteruskan atau sebaliknya.

Pada permulaan bab pengenalan atau bab satu. Pengkaji menyenaraikan subtopik-

subtopik yang mengambarkan keseluruhan tajuk kajian. Subtopik tersebut dibincangkan

secara ringkas dan padat agar kajian yang ingin dilakukan nampak jelas dan tersusun. Serta

menjelaskan beberapa perkara penting yang perlu dibincangkan sebelum meneruskan kepada

bab-bab akan datang, hal ini memudahkan isi dikupas mengikut urutan idea yang tersusun dan

teratur. Kajian lepas juga disertakan pada bab ini agar menjadi bahan bukti kepada kajian

rintis yang ingin dilaksanakan agar perbezaan kajian menjadi relevan untuk dikaji.

24

Norfadhilah Binti Khalid. (2008). Ayat-Ayat Riba: Kajian Menurut Perspektif Tertib Nuzul. Kuala Lumpur:

APIUM.

Seterusnya pada bab kedua, perbincangan tertumpu kepada konsep tajuk kajian, dalam

bab ini pengkaji memberi pengertian kepada tajuk kajian secara terperinci seperti menjelaskan

maksud dari sudut bahasa dan istilah tajuk operasi kajian. Serta mendatangkan dalil-dalil dari

al-Quran, hadith dan ijtihad sebagai bukti untuk mengukuhkan lagi penjelasan-penjelasan

kepada kajian yang ingin dilakukan. Di samping diselitkan dengan beberapa pendapat ulama’

berkaitan dengan tajuk kajian. Kewujudan tajuk operasi kajian juga diselitkan supaya

sejarahnya dapat diambil sebagai pengajaran kepada manusia.

Adapun pada bab ketiga, iaitu sejarah pengharaman riba, pengkaji mendatangkan ayat-

ayat al-Quran berkaitan dengan pengharaman riba dengan mengikut peringkat penurunan

pengharamannya. Bab ini lebih tertumpu kepada dalil-dalil yang membuktikan bahawa riba

adalah sesuatu perkara, perbuatan atau pengurusan yang diharamkan oleh syarak.

Manakala bab keempat, pengkaji meletakkannya sebagai bab analisis kepada tajuk

kajian iaitu kajian terhadap asbab al-nuzūl Surah al-Baqarah ayat ke-275 hingga ayat ke-281.

Bab ini adalah hasil kepada dapatan kajian yang dilakukan oleh pengkaji dengan meneliti,

mengkaji, menganalisa, membuat perbandingan dan membuat kesimpulan kepada hasil

kajian yang diperolehi.

Penutup, kesimpulan dan cadangan kepada kajian diletakkan pada bab yang kelima

iaitu bab terakhir tajuk kajian ini. Bab ini lebih tertumpu kepada kesimpulan tajuk kajian yang

dilakukan. Beberapa cadangan dinyatakan agar kajian yang dilakukan diteruskan lagi untuk

generasi yang akan datang agar kajian ini diperluaskan lagi agar ilmu pengetahuan tentang

tajuk ini diperbanyakkan. Seterusnya mendapat manfaat daripada kajian yang dilakukan.

1.12 Kesimpulan

Kajian ini membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan riba sebagaimana ayat ke-275

hingga ayat ke-281 surah al-Baqarah, yang mana pengharaman ini adalah bersifat mutlak

yang dianggap biasa bagi masyarakat Islam sekarang. Jadi dengan kajian ini, pengkaji cuba

untuk memulihkan pandangan masyarakat terhadap hukum pengharaman riba yang masih

keliru oleh masyarakat sekarang.

Larangan mengambil faedah atau riba dalam transaksi pinjaman dan pembiayaan

adalah berdasarkan terdapatnya unsur-unsur riba yang diharamkan oleh Allah dan RasulNya.

Oleh itu, kajian ini telah menerangkan sebab turunnya ayat pengharaman riba dan hikmah

terhadap penurunan ayat tersebut. Pengharaman riba juga dilihat daripada sudut akidah,

akhlak, sosial dan ekonomi.

Riba telah diharamkan oleh Allah S.W.T. secara berperingkat-peringkat selepas

Rasulullah s.a.w dilantik menjadi Rasul. Pada tahap permulaan, Allah S.W.T. hanya sekadar

menyatakan kebenciaannya terhadap perbuatan riba. Manakala tahap kedua, Allah S.W.T.

menjanjikan azabNya yang pedih ke atas sesiapa sahaja yang mengambil riba. Adapun tahap

ketiga, Allah S.W.T. mengharamkan orang yang beriman daripada memakan riba secara

berlebih-lebihan, manakala pada tahap yang terakhir, Allah S.W.T. bertindak mengharamkan

sama sekali semua bentuk riba, sama ada yang berlebih-lebihan ataupun yang hanya

melibatkan jumlah yang sedikit.

Oleh itu, pengkaji mengharap agar kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua

pihak, terutama sekali kepada pengkaji sendiri, masyarakat Islam serta pihak yang

bertanggungjawab dalam menguruskan kewangan.

Kajian ini dilakukan agar masyarakat terpelihara daripada terlibat dengan sebarang

pengurusan kewangan yang berunsurkan riba, malahan riba telah ditetapkan bahawa ianya

adalah haram untuk diamalkan. Walaupun begitu, kajian ini perlu diperbaiki dan ditambah

lagi untuk masa akan datang supaya masyarakat sedar bahawa bahayanya jika terlibat dengan

riba ini.

BIBLIOGRAFI

Al-Quran Al-Karim

Kitab Tafsir

Abu Ja’afar Muhammad Bin Jarir Al-Thabari. (2008). Tafsir Al-Thabari ( Ahsan Askan,

Terjemahan). Jakarta Selatan: Pustaka Azzam.

Ahmad Mustafa Al-Maraghiy. (2001). Tafsir Al-Maraghiy, Jilid 2. ( Muhammad Thalib,

Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Al-Qurthubi. (2002). Al-Jami’ Li-Ahkam Al-Qur’an, Jilid 2 ( Hadith Yang Ditakhrij Oleh Dr.

Mahmud Hamid Uthman). Kaherah: Dar Al-Hadith.

Al-Thabari. (2005). Jami’ Al-Bayan ‘An Ta’wil Ay Al-Qur’an, Jilid 3. Beirut: Dar Fikr.

HAMKA, Abdul Malik Abdul Karim Amrullah (1982). Tafsir Al-Azhar, Juzu’ 3. Jakarta:

Pustaka Paniimas

Ibnu Katsir. (2004). Tafsir Ibnu Katsir, Jilid 6 ( M.Abdul Ghoffar Dan Abu Ihsan Al-Atsari,

Terjemah). Bogor: Pustaka Imam Asy-Syafi’i.

Muhammad Ali Ash-Shabuni. (2000). Tafsir Ayat-Ayat Hukum Dalam Al-Qur’an ( Saleh

Mahfoed, Terjemah). Kuala Lumpur: Pustaka Al-Azhar.

Muhammad Bin Ahmad Bin Abi Bakr Bin Farh Al-Quthubi Abu Abdullah. (2002). Al-Jami’

Lil Ahkam Al-Quran : Jilid 1. Kaherah: Dar Al-Hadith.

Oemar Bakri . (1982). Tafsir Rahmat. Jakarta: PT Mutiara.

Sayyid Qutb. (1980). Tafsir Ayat Al-Riba. Beirut: Dar Al-Syuruq.

Tengku Muhammad Hasbi Al-Shidiqi. (1995). Tafsir Al-Quran Majid, Juzu’ 1. Jakarta:

Pustaka Rizki Putera Semarang.

Wahbah Al-Zuhaily. (2007). Tafsir Al-Munir, Juz 3 ( Surah Al-Baqarah-Surah Ali ‘Imran)(

Malaysia Dan Nusantara, Terjemah). Selangor: Persatuan Ulama Malaysia Dan Intel

Multimedia And Publication.

Kitab Suci Agama Lain

Lembaga Al-Kitab Indonesia. (2011). Al-Kitab (Bible). Jakarta: Anggota IKAPI.

Buku

Ab. Mumin Bin Ab. Ghani. (1999). Sistem Kewangan Islam Dan Pelaksanaannya Di

Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abd Al-Sami’ Al-Misr. (1987). Limadha Harrama Allah Al-Riba . Al-Azhar Mesir: Maktabah

Wahbah.

Abd Rahman Abd Ghani. (2009). Rasm Uthmani: Pelengkap Pembacaan Al-Quran. Kuala

Lumpur: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Abu A’ala Al-Mawdudi. (1987) . Al-Riba . Jeddah: Al-Dar Al-Sa’udiyyah.

Adel M.Abdulaziz. et al. (2006). Panduan Dan Bimbingan Guru Al-Quran. Kuala Lumpur:

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia.

Adiwarman Aswar Karim. (2001). Ekonomi Islam Suatu Kajian Kontemporer. Jakarta: Gema

Insani Press.

Al-Bujayrimi, Sulayman Ibn Muhammad Al-Bujayrimi. (1995). Hashiyat Al-Bujayrimi Ala

Sharh Manhaj Al-Tullab Al-Musamah Al-Tajrid Li-Naf' Al-Abid, Jilid 2 . Beirut: Dar

Al-Fikr.

Al-Hawawi, Yaqut Ibn ‘Abd Allah Al-Rumi. (1999). Mu’jam Al-Udaba' Irshad Al-Arib Ila

Ma'rifat Al-Adib, Jilid 6. Beirut: Mu’assasat Al-Ma’arif.

Al-Jassas. (2003). Ahkam Al-Qur’an, Jilid 1. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah.

Al-Suyuti, Jalal Al-Din Abd Rahman Bin Abi Bakr. (2000). Al-Durr Al-Manthur Fi Al-Tafsir

Al-Ma’thur, Juz 2. Beirut: Dar Al-Kutub Al-Ilmiyah.

Anwar Iqbal Qureshi. (1974). Islam And The Theory Of Interest. Lahore: Sh. Muhammad

Asharaf.

Asyraf Hj. Ab Rahman, Fadzli Adam Dan Nizaita Omar. (2008). Islam Dan Ekonomi. Kuala

Terengganu: Penerbit UMT.

Homoud, Sami Hassan. (1985). Islamic Banking. London: Arabian Information Ltd.

Ibn Hazm, Abu Muhammad ‘Ali Bin Ahmad Sa’d Bin Hazm. (2000). Al-Muhalla , Jilid 8.

Beirut: Dar Al-Jil.

Ibn Qudamah. (2001). ‘Umdat Al-Fiqh Fi Al-Madhhab Al-Hanbali. Beirut: Maktabah Al-

Asriyah.

Ibn Qayyim, Shams Al-Din Abi Abd Allah Muhammad Ibn Abi Bakr Ibn Qayyim Al-

Jawziyah. (2003). A’lam Al-Muwaqqi’in An Rabb Al-Alamin, Jilid 1, Juz 2. Beirut: Dar

Al-Fikr.

Ibn Rushd, Imam Al-Qadi Abu Al-Walid Muhammad Ibn Ahmad Ibn Muhammad Ibn Ahmad

Ibn Rushd Al-Qurtubi Al-Andalusi. (2001). Bidayat Al-Mujtahid Wa-Nihayat Al-

Muqtasid, Juz 1-2. Beirut : Dar Al-Fikr.

Jalaluddin Abdurrahman As-Suyuti. (1988). Sebab-Sebab Turun Ayat-Ayat Al-Quran (

Rohadi Abu Bakar, Terjemah). Selangor: Thinkers Library Sdn. Bhd.

La Shin, Musa Shahain. (2003). Taisir Sahih Al-Bukhari, Juz 3. Cairo: Maktabah Al-Sharouk

Al-Dauliah.

Muhammad Abdul Mun’im Al-Jammal. (1992). Ensiklopedia Ekonomi Islam ( Salahuddin

Abdullah, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Muhammad Al-Sayyid Yusuf. (2006). Metode Al-Quran Dalam Membaiki Masyarakat. Johor

Bahru: Perniagaan Jahabersa.

Muhammad Idris Abdul Ra’uf Al-Marbawi. (2000). Kamus Idris Al-Marbawi, Arab-Melayu.

Dar Al-Fikr.

Muhammad Rasyid Rida. (1986). Al-Riba Wa Al-Mu’amalah Fi Al-Islam. Beirut: Dar Ibn

Zaydun.

Muhammad Dan R. Lukman Fauroni. (2002). Visi Al-Qur’an Tentang Etika Dan Bisnis.

Jakarta: Salemba Diniyah.

Nasafi, ‘Abd Allah Ibn Ahmad Nasafi. (1997). Al-Bahr Al-Ra'iq, Sharh Kanz Al-Daqa'iq (Fi-

Furu' Al-Hanafiyah),Jilid 6. Beirut: Dar Al-Kutub Al-‘Ilmiyah.

Nina M.Armando et al. (2005). Ensiklopedia Islam. Jakarta: PT Ichtiar Baru Van Hoeva.

Noresah Bt Baharom. (2005). Kamus Dewan: Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Osman Khalid. (2006). Kamus Besar Arab – Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

Dan Pustaka.

Qamaruddin Shaleh, Dahlan & Mohd Dahlan. (1989). Asbabun Nuzul. Selangor: Klang Book

Centre.

Rosmawati Bin Ali@ Mat Zin. (1997). Teks Pengajian Islam: Pengantar Ulum Al-Quran.

Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn.Bhd.

Sahih Ibn 'Abd Al-'Aziz Ibn Muhammad Ibn Ibrahim Al-Shaykh. (2000). Al-Kutub Al-Sittah

Sahih Al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abi Dawud, Jami Al-Tirmidhi, Sunan Al-Nisa'i,

Sunan Ibn Majah. Al-Riyad: Dar Al-Salam.

Samir Al-Hudaybi. (1988), Nahw Iqtisad Al-Islami, Kaherah: Al-Zahra’ Lil-I’lam Al-‘Arabi.

Sudin Haron. (2007). Sistem Kewangan Dan Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Kuala Lumpur

Business School Sdn. Bhd.

Umar Al-‘Aziz Al-Matruk. (1997). Al-Riba Wa Al-Mu’amalah Al-Masrifiyyah Fi Nazr Al-

Syariah Al-Islamiyah. Al-Mamlakah Al-Arabiyah Al-Sa’udiyah: Dar Al-‘Asimah.

Wahbah Al-Zuhaily. (2010). Fiqih Imam Syafi’i: Mengupas Masalah Fiqhiyah Berdasarkan

Al-Qur’an Dan Hadits, Jilid 2 ( Muhammad Afifi Dan Abdul Hafiz, Terjemah). Jakarta:

Penerbit Almahira.

Kertas Kerja

Ab. Mumin Bin Ab. Ghani. (1997). Peristilahan “Riba”: Satu Analisis Hukum. Dalam

Jurnal Syariah, 5(2).

Wan Marhaini Wan Ahmad . (2005). Riba Dan Gharar Dalam Insurans: Satu Analisis Fiqh.

Dalam Jurnal Fiqh, 2.

Tesis, Disertasi & Latihan Ilmiah

Abd Wahid. (2001). Peranan Asbab Al-Nuzūl Dalam Mentafsirkan Ayat-Ayat Al-Quran.

Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Fatimah Mamat. (2000). Pengurusan Wang Riba: Satu Analisis Terhadap Tabung Serambi

Mekah. Kuala Lumpur: Jabatan Syariah Dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam

Universiti Malaya.

Haliza Binti Ahmad Nowawi. (2009). Asbab Al-Nuzūl: Kajian Perbandingan Antara Karya

Al-Wahidi Dan Al-Suyuti. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Norfadhilah Binti Khalid. (2008). Ayat-Ayat Riba: Kajian Menurut Perspektif Tertib Nuzul .

Kuala Lumpur: Jabatan Al-Quran Dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya.

Nusaibah Binti Abdullah Habib. (2009). Kepentingan Asbab Wurud Al-Hadith Dalam

Memahami Hadith: Analisis Hadith-Hadith Terpilih. Kuala Lumpur: Akademi

Pengajian Islam Universiti Malaya.

Ruhayati Binti Ruba’I. (2007). Penyelewengan Tafsir Al-Quran: Kajian Dari Aspek Asbab

Al-Nuzūl. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.

Sarina Binti Hamid. (2003). Pengharaman Riba Dan Alternatifnya Dalam Sistem Perbankan

Di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Sastera, Akademi Pengajian Islam Universiti

Malaya.


Recommended